View
1.568
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
1
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Bab 1: Pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani
dan sukan
PENGENALAN
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali.
Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan.
Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.
Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.
KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan.
Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan,pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan
dengan sukan dan pendidikan jasmani.
Fungsi pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan ialah
(a) Merancang (b) Menyediakan bajet (c) Mengawal (d) Mengarah (e) Mengelola (f) Menyediakan jadual pertandingan (g) Membuat keputusan (h) Menilai
Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:- (a) Persediaan profesional (b) Sikap profesional (c) Perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan
Memperolehi kecemerlangan dan
kegemilangan.
Pengurusan Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk
mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.
Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi.
Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)
Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi.
Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan
dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
2
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.
(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia
Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.
Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia.
Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran
pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.
(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: (i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor (ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri (iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian (iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal (v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan (vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)
Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang
persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.
Oleh yang demikian guru perlu
sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: “Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)
(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1.1)
Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
3
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani (vii) Memeriksa buku latihan pelajar (viii) Merancang pembelian alatan untuk
panitia
(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan
panitia
(x) Merancang latihan dalaman
1.2 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN SUKAN
1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan
Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.
Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing.
Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.
Falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.
Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor.
Pendidikan jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan sistematik.
Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan
sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan.
1.2.2 Prinsip Pengurusan Pendidikan
Jasmani
(a) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif. (b) Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan (c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu: (i) Kecergasan (ii) Kemahiran (iii) Kesukanan (d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
4
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
(e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang
sesuai dengan norma-norma masyarakat
1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip: (a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. (b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. (c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.
Definisi Organisasi
Sekumpulan individu berusaha untuk
menyempurnakan satu-satu tugas
yang tidak boleh dilaksanakan oleh
seorang individu sahaja.
Fungsinya, tujuan dan objektif
organisasi akan jenis struktur
organisasi .
Struktur pula menentukan tugas
seseorang individu dalam organisasi
tersebut dan perhubungan dengan
individu lain.
Mengikut Pfiffner (1960) organisasi
adalah persediaan yang sistematik
untuk tindakan dan menstrukturkan
individu serta fungsi kepada pertalian-
pertalian yang produktif. Organisasi
juga mencari satu pola kemahiran dan
tanggungjawab yang boleh di
selaraskan serta penyatuan tujuan
melalui pengawasan.
Definisi Pentadbiran
Pentadbiran merupakan satu proses
atau keadaan yang melibatkan 2 atau
lebih individu mengembleng tenaga
untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Leith (1990) pentadbiran melibatkan
proses perancangan, pengelolaan,
bimbingan dan kawalan keatas
sumber-sumber yang wujud untuk
menghabiskan kerja yang diharapkan
atau untuk mengarahkan program
kepada pencapaian matlamat-
matlamat tertentu.
Daughtrey & woods (1976) :
pentadbiran merupakan koordinasi
aktiviti oleh individu dalam kumpulan
yang tersusun. Pentadbiran melibatkan
pengurusan kakitangan, perancangan
organisasi, penghasilan dan
perhubungan awam.
Perkaitan antara Pentadbiran & Organisasi
Organisasi dibentuk untuk
membekalkan suatu struktur @ sistem
yang berkesan bagi mencapai tujuan
satu-satu kumpulan.
Pentadbiran ialah sebahagian
daripada organisasi. Ia membimbing
tingkah laku individu di dalam
organisasi untuk mencapai tujuan yang
ditetapkan.
5
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Organisasi membekalkan struktur
untuk mencapai sesuatu matlamat
oleh satu-satu kumpulan dan
pentadbiran membekalkan unit-unit
yang berfungsi untuk menjalankan
organisasi dengan berkesan.
Pentadbiran diperlukan untuk
menubuh sesuatu organisasi.
Organisasi memerlukan pentadbiran
untuk berfungsi.
Objektif pentadbiran dan organisasi
adalah untuk mengawal persekitaran
dan pentadbiran serta memberi arah
kepada organisasi.
Aspek perlu diberi perhatian dalam
perancangan organisasi:
1. Tentukan dengan jelas garis autoriti
dan tanggungjawab dari paras atas ke
bawah di dalam organisasi.
2. Individu yang mendelegasikan
tanggungjawab masih lagi
bertanggungjawab.
3. Memastikan bilangan paras organisasi
adalah terendah.
4. Delegasi autoriti dan tanggungjawab
adalah pada peringkat tindakan
sahaja.
5. Kedudukan dibentuk supaya tugas
pentadbiran dan fungsi dipisahkan.
6. Objektif unit atau bahagian dalam
organisasi adalah selaras dengan
objektif organisasi itu sendiri.
7. Setiap individu dalam organisasi
menerima arahan daripada seorang
ketua yang lebih tinggi sahaja.
PROSES DAN ASAS PENGURUSAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN
SUKAN
Pengurusan
satu proses perancangan,
pengelolaan, memimpin dan
pengawalan usaha-usaha anggota
sesebuah organisasi serta
menggembleng sumber-sumber yang
ada dalam organisasi bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan
Peranan sebagai pengurus Theory Mintzberg
PROSES PENGURUSAN
Fungsi Pengurusan
Perancangan (Planning)
6
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan. Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu: (i) Perancangan Strategik Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan”
(ii) Perancangan Operasi Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada dua aspek: (iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh
masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang. (iv) Perancangan Berfungsi Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti: � Perancangan sumber manusia � Perancangan kewangan � Perancangan program pembangunan atlet sekolah Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan (a) Memikirkan idea yang baik (b) Memilih idea yang terbaik (c) Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda (d) Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting (e) Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai
(f) Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan (g) Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai (h) Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu (i) Menentukan struktur organisasi (j) Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan (k) Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik (l) Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat (m) Melaksanakan rancangan ini (n) Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan Faedah Perancangan (a) Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat (b) Membantu organisasi menentukan masa hadapannya (c) Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan (d) Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusanny
Pengelolaan (Organizing)
7
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing). Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan (i) Membahagikan Tugas Secara Spesifik
Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian
tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Tanpa
membahagikan tugas seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai
tugasan dalam satu masa. Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah
organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya.
Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu yang
menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir melakukan
tugasnya kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang. Ini
memberikan manfaat dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan
menjamin pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan.
(ii)Pembahagian Tugasan Berdasarkan Kumpulan atau Unit Kecil
Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan secara
sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota di
bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda
ditugaskan sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan, tanggungjawab
anda adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa yang
sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas.
(iii) Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab
Setelah tugasan kepada kumpulan dan unit-unit kecil telah diberikan,
seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada
kesemua ketua berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti
yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini
merupakan kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap
ke bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas.
Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia
datang secara bersama. Tanggungjawab ini merupakan satu bentuk
akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima.
(iv) Menentukan “Span of Management”
“Span of Management” bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai.
(v) Mengkoordinasi Sumber Organisasi
Langkah ini adalah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan, Mengkoordinasi sumber organisasi oleh semua anggota kumpulan adalah merupakan
8
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman di antara kumpulan dan unit-unit lain. Faedah Pengelolaan
Tindakan yang diambil akan lebih
berkesan
Menggunakan segala sumber yang
anda dengan lebih efektif dan efisien
Membantu dan memudahkan proses
meletak tugasan dan tanggungjawab
kepada individu yang berkenaan
Membantu mewujudkan satu sistem
pelaksanaan dan pengawalan yang
berkesan
Memimpin (Leading)
Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.
Peranan Pemimpin Berikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi:
(i) Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan (ii) Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan (iii) Runtuhkan segala halangan (iv) Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi.
Pengawalan (Control)
Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik Perancangan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan.
Penetapan matlamat dan objektif yang
dirangka secara tersusun dan
sistematik. Jenis Perancangan :
Strategik ,
Operasi
Jangka panjang / Jangka
Pendek
berfungsi
9
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Bab 2 : Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan
antarabangsa
Perlembagaan organisasi badan
sukan
Pentadbiran organisasi sukan
PENGENALAN
Organisasi bermaksud satu sistem atau
kaedah yang tersusun dan memiliki
tatacara peraturan yang telah diwujudkan.
Pengorganisasian ini adalah aktiviti
pengurusan yang mengkordinasikan
kegiatan manusia di dalam organisasi
dengan sumber yang dimiliki oleh
organisasi. Ianya kemudian
digabungjalinkan melalui kepimpinan dan
aktiviti pengurusan yang berkesan dan
mantap.
KONSEP ORGANISASI (a) Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan. (b) Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan. (c) Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman atau kepercayaan, undang-undang atau peraturan, panduan pengurusan dan sebagainya. (d) Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal perjalanan organisasi.
(e) Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang tersusun dengan rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi dalaman ataupun perhubungan luar. (f) Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya yang tersendiri. Struktur ini menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara satu jawatan dengan yang lain. (g) Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang melibatkan pemimpin, pengurusan dan anggota biasa. (h) Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta menggariskan hala tuju organisasi. Perancangan dibuat dengan mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut. (i) Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan perancangan yang telah diputuskan. Ia mengatur program dan aktiviti untuk memenuhi matlamat tersebut. (j) Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang pengurusan untuk membantu perlaksanaan aktiviti
organisasi.
DEFINISI ORGANISASI Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara sumber yang ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki pertalian di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai organisasi:
(a) Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab. (b) Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah.
MATLAMAT ORGANISASI
Bagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan mengembangkan disiplin sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat tambahan yang dimaksudkan ialah seperti berjaya menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang lain seperti meningkatkan imej organisasi,meningkatkan kecekapan pengurusan
Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana: (a) Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak menyalahi undang-undang. (b) Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh organisasi.
(c) Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi semua kegiatan organisasi.
10
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
(d) Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang mesti dilakukan oleh sesebuah organisasi.
CIRI-CIRI SEBUAH ORGANISASI
(a) Organisasi Mempunyai Tujuan yang Jelas Organisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya bagi setiap organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki tujuan penubuhan yang berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin sukan di samping tugas utamanya mengembangkan jenis permainan tersebut hingga ke peringkat antarabangsa. (b) Autoriti Berhierarki Ini merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan membawa kepada tahap yang paling rendah dalam sesebuah organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk menghubungkan semua peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan keselarasan dalam setiap pengurusan kerja
dapat dilakukan dengan berkesan.
(c) Pemusatan Perintah Seseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima perintah serta arahan daripada seorang pihak atasan saja. (d) Delegasi Tugasan Seorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menjalankan tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia perlu dilaksanakan delegasi tugasan kepada orang bawahannya. Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti membuat keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan perlu berlandaskan tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang atasan setiap masa. (e) Kepertanggungjawaban Dalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak atasan. (f) Pembahagian Tugas Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi tidak akan sepi dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk memastikan setiap aktiviti pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin oleh setiap anggota kerja maka satu pembahagian tugas dilaksanakan. Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap anggota. Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan urusan tugasan dan rasa tanggungjawab kepada setiap tugasan yang diberikan. (g) „Span of Management’ Ini bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh seseorang ketua
perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan kakitangan ini perlu disesuaikan dengan bentuk dan jenis organisasi, semakin besar organisasi dengan jumlah kakitangan dan pegawai yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut. Ada dua jenis aturan iaitu „Flat structure‟ dan „Tall
Structure‟ seperti dalam rajah di bawah.
(h) Pemisahan Tanggungjawab Setiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak dapat dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari seorang kakitangan dan kakitangan lain adalah berbeza mengikut bidang tugas. (i) Keseimbangan Keseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan organisasi.
11
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di sesuai dengan matlamat sesebuah organisasi. Matlamat sesebuah organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan. Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang dianjurkan juga akan lebih sederhana dan bersesuaian dengan fungsinya berbanding organisasi sukan peringkat negeri ataupun kebangsaan. (j) Fleksibiliti Organisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan dinamakan organisasi sendiri (internal factor) dan dengan kewujudan pengaruh di luar organisasi (external factor), sehingga organisasi mampu menjalankan fungsinya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai. (k) Kepemimpinan Organisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan, atau dengan kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti pengurusan kerana adanya proses kepemimpinan yang digerakkan oleh pemimpin
dalam organisasi tersebut.
KEPENTINGAN REKA BENTUK ORGANISASI DAN STRUKTUR
(a) Berdaya Saing Reka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan kelebihan dalam
aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan kemampuan berdaya saing ini timbul dari kecekapan mengurus, pemilikan kemahiran dan kemampuannya membentuk nilai-nilai ke arah mencapai matlamatnya. Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain membolehkan organisasi sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang mampu melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan.. (b) Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity) Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan perbezaan yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut adalah terdiri daripada aspek anggota kerja dari aspek jantina, latar belakang pendidikan dan sebagainya. Kepelbagaian banyak mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan keberkesanan pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor kepelbagaian ini akan membantu meningkatkan kualiti dalam proses membuat keputusan. Rentetan dari itu ianya secara tidak langsung akan membantu mempertingkatkan kemampuan pengurusan yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang ada ketika membuat keputusan. (c) Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif dan Berinovasi Reka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang penting dalam
mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang bersesuaian dapat membantu organisasi meningkatkan kebolehannya menjadi lebih inovatif. Sebagai contoh, cara struktur organisasi menghubungkan individu dalam bidang dan kemahiran yang berbeza, seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan menentukan seberapa cepat organisasi d) Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi dalam Persekitarannya Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana berkesannya organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya terhadap pelbagai faktor dalam persekitarannya dan mendapatkan sumber yang terhad. Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan organisasi sukan untuk mendapatkan jurulatih atau pemain yang berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada reka bentuk dan struktur organisasi yang baik.
boleh mencapai matlamatnya.
(f) Membantu Organisasi Membangunkan dan Melaksanakan Strategi Bagi menentukan kejayaan bagi sesebuah organisasi apa yang menjadi kayu ukur kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi organisasi ialah berdasarkan reka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan berkesan. Melalui struktur organisasi. ianya berperanan menjelaskan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu atau kumpulan di dalam
12
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
organisasi dalam usaha mereka mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI SEBUAH ORGANISASI PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990) sesebuah organisasi sukan itu adalah ibarat sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan ianya mengarah kepada matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki struktur organisasi yang tersusun dan terarah bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Berikut adalah beberapa elemen utama yang wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang berkaitan: (a) Sebuah Institusi Sosial Kesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan setiap anggotanya memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai program dan aktiviti dalam organisasi tersebut (b) Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang lain seperti bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah,penglibatannya secara terus (direct) dalam sukan antaranya seperti pengendalian latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya. Kita juga tidak menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan
dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect) sebagai contoh terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya. (c) Mempunyai Matlamat yang Ingin Dicapai Semua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada. Antara contoh matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan banyak berkisar seperti membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai aspek seperti kejurulatihan, bakat ataupun melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan organisasi sukan ini sebenarnya agak sukar untuk dicapai kerana beberapa halangan tertentu yang membataskan pencapaian prestasi. Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak kepada individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara kolektif. (d) Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem Tersendiri Setiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya yang tersendiri. Organisasinya bukan dibentuk secara sambil lewa tetapi ianya merupakan usaha yang digembleng untuk memajukan sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk memajukan sukan itu sendiri.
Pengendalian mesyuarat
Belanjawan
Belanjawan dan pengurusan ke Belanjawan ialah pelan kewangan
yang digunakan sebagai alat kawalan
untuk operasi yang akan datang.
Ia menganggarkan kos-kos masa
depan dan merupakan suatu pelan
sistematik untuk penggunaan sumber
manusia, bahan dan sumber-sumber
lain.
o 3 Langkah :
Pelan strategik Belanjawan – pihak
pengurusan atasan menentukan tujuan
dan objektif organisasi & peruntukan
kewangan utk melaksanakan program
yg dirancang.
Tjgwb Belanjawan – ia dipenuhi dgn
mengesahkan peruntukan digunakan
dgn sah & cekap.
Rancangan teknikal dan mekanikal –
mengadakan sistem perakaunan &
keselamatan, struktur kewangan dan
proses belanjawan.
Kepentingan Perancangan
Kewangan cekap:
1. Keputusan dibuat adalah pro-aktif dan
sistematik.
13
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
2. Menghubungkan kakitangan dari
semua paras organisasi melalui
komunikasi.
3. Mengurangkan bahaya dan
meningkatkan persaingan organisasi.
4. Membenarkan kawalan yg mencukupi
terhadap penilaian belanjawan.
Kelebihan menyediakan
Belanjawan:
1. Merupakan cara objektif untuk
menganalisa program PJ dan sukan.
2. Dijadikan satu „forum‟ untuk
mempersembahkan keperluan
kewangan dan untuk meminta
sokongan dari pihak atasan.
3. Memberi peluang kepada pihak
pentadbir untuk :
◦ Menghapuskan aktiviti yang
tidak boleh dibiayai lagi.
◦ Mengembang pelan jangka
panjang.
4. Membenarkan pengukuran dan
pengesahan kemajuan program dan
membuat analisa.
5. Membenarkan pemindahan sumber-
sumber mengikut keutamaan.
Prinsip-prinsip Belanjawaan:
1. Bersikap konservatif kerana mengguna
wang orang ramai.
2. Berdasarkan perbelanjaan dan
pendapatan dari belanjawan sekurang-
kurangnya 3 tahun lepas.
3. Tumpukan perhatian kepada faktor-
faktor yang mungkin mempengaruhi
perbelanjaan dan pendapatan.
4. Perancangan seharusnya mengambil
kira 10% kontigensi @ peristiwa yang
berlaku di luar dugaan atau jangkaan.
5. Melibatkan semua individu secara
langsung dalam proses perancangan.
6. Dipersetujui oleh pihak atasan.
7. Mengumumkan belanjawaan kepada
pihak pengguna yang terlibat.
Prinsip-prinsip pengurusan wang:
Gelagat mementingkan diri sendiri.
Urus niaga 2 pihak.
Isyarat
Tingkahlaku
Idea bernilai
Kelebihan secara berbanding.
Timbal balik antara risiko dengan
pulangan.
Kepelbagaian
Kecekapan pasaran modal
Nilai mata wang.
Prinsip gelagat mementingkan diri
sendiri.
Berasaskan teori agensi –
melihat konflik kepentingan diri
dgn ejen.
Contoh perhubungan prinsipal
dimana pengurus (ejen) dgn
pemegang saham (prinsipal).
Kadangkala harga sewa
stadium atau gelanggang
didapati terlalu mahal.
Penyewa perlu turunkan kadar
sewa untuk menarik lebih
ramai pengguna dan ia
membantu menampung kos
pembinaan walaupun ia
mengambil masa yang lebih
panjang.
14
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Prinsip urus niaga 2 pihak
Perlu mengambil kira bahawa
ada pihak lain yang turut
menilai urus niaga berkenaan.
Contoh penaajaan sesuatu
acara cukan bertujuan
mendapatkan peluang
pengiklanan melalui sukan
tersebut, manakala pihak
penganjur pula bertujuan
untuk mendapatkan sumber
kewangan bagi menampung
kos penganjuran. Kedua-dua
pihak dapat faedah.
Prinsip Isyarat
Sesuatu tindakan diambil oleh
individu / sy dapat
menyampaikan
maklumat/mesej.
Ia sambungan pada prinsip
gelagat mementingkan diri
sendiri.
Badan sukan @ sy
menguruskan organisasi dgn
sistematik, berdaya saing &
mempamerkan cth baik dlm
kebanyakan aspek supaya
dapat dipercayai oleh
penggemar sukan, dgn cara ini
sy@ bdn sukan dapat
mempromosikan perkhidmatan
produk sy kpd masy .
Prinsip Tingkah laku
Memerhatikan apa yang
berlaku pd sy lain sbg
panduan. Ia implikasi langsung
prinsip isyarat.
Memberi fokus kepada
penggunaan maklumat/mesej.
Pengurus kewangan kelab
sukan perlu banyak belajar
dpd pengalaman org lain. Cth
keberanian Real Madrid
membeli David Beckham dgn
harga yg mahal akhirnya
menyebabkan bil penonton &
peminat kelab meningkat dgn
mendadak diseluruh dunia.
Prinsip Idea bernilai
Seseorang boleh mencapai
kemewahan melalui idea baru.
Idea baru berupa produk @
perkhidmatan yg belum
diterokai oleh pihak lain
mungkin dapat memberikan
pulangan lumayan.
Cth kelab bola sepak selangor
beli pemain argentina
kesannya selangor jadi juara
piala M‟sia 2003.
Prinsip kelebihan secara berbanding
Jika setiap individu melakukan
apa yg blh dilakukan dgn
tebaik, maka terdapat individu
yg paling berkelayakan bg
setiap jenis pekerjaan.
Berpegang kepada konsep persaingan
bebas dan merupakan asas kepada
perdagangan antarabangsa
Prinsip timbal balik antara risiko dan
pulangan.
prinsip mengelak risiko penting
dalam “pemilihan” atlit yang
dihantar utk bertanding.
Negara kita kerap menghantar
byk atlit w/pun gagal, tetapi
mereka dapat menimba
pengalaman. Keadaan ini
perlu diubah kepada prinsip yg
mementingkan kualiti dan
bukannya kuantiti kerana
15
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
belanjawan pengurusan boleh
dikurangkan.
Prinsip Kepelbagaian
Terdapat beberapa
kemudahan sukan di negara
ini yg tidak digunakan dgn
maksimum.
Pengurusan kewangan boleh
menggunakan prinsip
kepelbagaian idea atau usaha
utk menarik minat pengguna.
Banyak gelanggang terbiar
tidak digunakan kerana sewa
mahal dan banyak kemudahan
sukan tidak mempunyai fungsi
pelbagai. Kerana itu dewan
serbaguna di tengah-tengah
bandar adalah satu aset
perniagaan sukan lumayan.
Prinsip kecekapan pasaran modal
Harga pasaran aset-aset
kewangan diniagakan
dipasaran modal terdedah
kepada maklumat baru.
Kecekapan pasaran modal
bergantung kepada maklumat
baru. Kecekapan pasaran
modal bergantung kepada
betapa cepat maklumat baru
digambarkan dalam harga
saham.
Prinsip nilai masa wang (wang
mempunyai nilai masa)
Kos „sewaan‟ wang.
Peminjam wang akan
membayar faedah atas
pinjaman tersebut.
Melihat nilai masa wang
sebagai peluang utk
memperolehi pulangan
(faedah) melalui akaun
simpanan bank.
Pengurus persatuan perlu
dilatih dgn ilmu pengurusan
kewangan profesional supaya
mereka peka dengan nilai
masa wang dan tidak
membazirkan sumber
kewangan yang dibekalkan
dgn sewenang-wenannya.
Jenis belanjawan:
Sistem belanjawaan mungkin bersifat
eklektik (eclectic) iaitu mengabungkan
beberapa bahagian dpd beberapa
siistem. Satu belanjawaan mungkin
wujud dari gabungan sistem-sistem
berikut;
1. Belanjawan liputan masa
2. Belanjawan semasa atau Operasional
3. Belanjawan harta
4. Pendapatan (revenue)
5. Belanjawan Item-Baris
6. Belanjawan Prestasi & Program
Biasanya pengurusan sukan hanya
melibatkan pengurusan Item-baris dan
Belanjawan Program / Prestasi.
Belanjawan item baris:
Belanjawaan ini menyenaraikan
barang – barang utk dibeli,
perkhidmatan & gaji perlu dibayar.
Kesahihan permintaan
dipertimbangkan atas dasar
perbandingan dgn pengalaman
perbelanjaan lepas.
Kelemahan
1. Menerima keputusan lepas
tanpa memeriksa dgn teliti
menggunakan kriteria politik
16
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
utk mendapat sokongan
kewangan bg program baru.
2. Tidak menjalankan analisa
kos-faedah.
Cth: Ringkasan Belanjawan Item Baris
Belanjaan Program / Prestasi –
Sistem PPBES (Planning,
Programming, Budgeting &
Evaluation):
Perbelanjaan melibatkan program
lebih setahun, dan ia patut
dibandingkan dengan yg lama utk
menentukan cara/kaedah paling
cekap menggunakan peruntukan bg
pencapaian obj organisasi.
Sistem ini membenarkan pentadbir
menilai program secara objektif &
menentukan di mana sumber boleh
diperuntukkan.
5 Langkah :
1. Membentuk pelan jangka
panjang. Menentukan objektif
dan kriteria pengukuran.
2. Menentukan program spesifik.
Menentukan bentuk program
dan mempertimbangkan
alternatif.
3. Anggaran belanjawan untuk
program dan peruntukan
sumber.
4. Pelaksanaan program.
5. Penilaian pencapaian.
Kelebihan :
1. PPBES menggabungkan
perancangan & anggaran
belanjawan.
2. Proses perancangan adalah
secara berterusan, ia mungkin
melibatkan beberapa tahun
lamanya.
3. Maklumat berkenaan jumlah
kos sistem adalah
berorientasikan output atau
program.
4. Analisa kos-faedah secara
formal dijalankan.
5. Memberi penekanan terhadap
menganalisa program altenatif
dan kaedah altenatif bg
pencapaian objektif organisasi.
6. Sistem ini tidak menerima
keputusan yg lepas sebagai
panduan tanpa pemeriksaan
spt sistem item -baris. Ia tidak
menggunakan kriteria politik
untuk mendapatkan
peruntukan belanjawaan.
Kelemahan
1. Sistem politik yg demokratik
menyebabkan PPBES tidak
praktikal dan tidak diperlukan.
2. Ia tidak praktikal kerana :
Adalah sukar dlm keadaan tertentu untuk
mengasingkan matlamat eksplisit yg boleh
17
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
diukur dan kemudian menilai alternatif yg
mungkin utk matlamat tersebut.
Ahli politik tidak memisahkan program dgn
matlamat.
Masalah bayaran kemudahan utk penggunaan
dalaman sukar ditetapkan. Sebagai contoh,
berapakah kos dikenakan ke atas kelas PJ dan
sukan.
Setengah unit atau bahagian tidak mempunyai
hasil.
Fungsi lama yg telah lama wujud di dlm
jabatan sukar utk diubah.
Format belanjawan Program
– ia beri gambaran ringkas utk membuat
keputusan belanjawan, dan maklumat berikut
diperlukan:
Nama program
Nama pentadbir/pengurus program
Nombor program (utk tujuan
pengenalan dan perakaunan)
Objektif program
Kriteria pengukuran
Polisi majlis
Maklumat sokongan
lain
Kos program
Staf diperlukan
Kesan terhadap
program lain.
Belanjawaan „Zero-Base‟ (BZB):
Ia merupakan suatu pendekatan
revolusi utk menentukan prioriti
program dan untuk mengurangkan
ketidakcekapan.
Ia memenuhi permintaan anggaran
belanjawan, mengenalpasti dan
menilai semua aktiviti dan
menempatkannya mengikut
kepentingan.
Ia juga memastikan setiap program
berjaya untuk memenuhi matlamat
organisasi
Kelebihan
1. Memaksa penentuan objektif ,
matlamat dan prioriti program.
2. Tidak membenarkan
ketidakberkesanan
dikekalkan. Ia sepatutnya
boleh memenuhi kehendak
analisa kos-untung.
3. Melahirkan maklum balas
antara perancangan dengan
pengawalan fungsi. Perkara yg
tidak menghasilkan keputusan
yg diingini akan dibatalkan dan
perkara baru dipilih untuk
menggantikannya. Proses ini
berulang.
Kelemahan
Pembentukan anggaran belanjawan ini
memakan masa lebih panjang
terutama organisasi besar.
Proses pembentukan BZB
1. Mengenalpasti unit pembuat
keputusan – mempunyai
autoriti & tjgwb utk merancang
& mengawal sumber
kewangan. Cth ketua unit
/penyelaras.
2. Menyediakan permintaan
anggaran belanjawan unit –
cth menyatakan apakah yg
perlu, penjelasan mengapa
item berkenaan dicadangkan,
menyenaraikan obj yg boleh
dipenuhi, cdgn kos & kebaikan
18
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
permintaan dan altenatif lain
jika permintaan tidak
diluluskan.
3. Menilai dan menyusun atau
mengatur mengikut
kepentingan – pentadbir
menyenaraikan permintaan
ikut katogeri & beri
pertimbangan dan susun ikut
kepentingan / prioriti.
4. Menyediakan anggaran
belanjawan tahunan – setelah
anggaran disusun seterusnya
penyediaan satu anggaran
belanjawan tahunan yang
terperinci.
Lawatan ilmiah ke agensi-agensi
sukan negara
-Agensi Sukan Nasional
� Kementerian Belia dan Sukan
� Majlis Sukan Negara
� Majlis Olimpik Malaysia
� MSSM
� Persatuan-persatuan Sukan di
Malaysia
Agensi Sukan Antarabangsa
-Agensi sukan di peringkat antarabangsa
menyelaraskan semua pentadbiran dan
program pembangunan serantau serta
bertanggungjawab terhadap penyelarasan
dan keseragaman permainan, undang-undang
dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia.
� FIFA : Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa atau The Federation
Internationale de Football Association (FIFA)
telah diasaskan penubuhannya pada 21
May 1904 di Paris. Idea penubuhan badan
antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan
dari penubuhan Football Association (FA) di
England sejak tahun 1863.
� IAAF : Persekutuan olahraga amatur
antarabangsa atau International Amateur
Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan
badan utama antarabangsa mengawal selia
aktiviti sukan olahraga di peringkat
antarabangsa
� FIH : penubuhan FIH ianya menjadi
badan utama dunia kepada kemajuan
sukan hoki di dunia. Penubuhan badan
antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki
telah diinspirasikan penubuhannya oleh
Persatuan Hoki England and Belgium pada
tahun 1909 di mana kedua-dua negara mula
bersetuju menerima pelaksanaan udang-
undang yang seragam di peringkat
antarabangsa
� ITF : merupakan sebuah badan dunia
yang bertanggungjawab kepada
pembangunan dan perkembangan sukan
tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini
dianggotai oleh 203 persatuan tenis di
seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di
peringkat zon kawasan diwakili oleh enam
badan utama
� IRB : bertanggungjawab terhadap
perkembangan dan pembangunan sukan ragbi
di seluruh dunia.
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian
19
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972. Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Fungsi:
melaksanakan dasar-dasar Kerajaan
dalam pembangunan Belia dan Sukan
Fungsi Kementerian Belia dan Sukan
adalah:
� Melengkapkan belia dgn latihan,
kemahiran vokasional , sifat keusahawanan
dapat berdikari melalui kursus secara formal
di Institut-institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN).
� Memberi penekanan kepada
perubahan sikap bagi membentuk belia
yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya
maju dan mempunyai daya kepimpinan baik
melalui berbagai program yang diadakan di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
� tingkatkan rakyat amalkan cara
hidup aktif dan sihat melalui konsep "Sukan
Untuk Semua" dan "Malaysia Cergas"
� tingkatkan kecemerlangan sukan di
peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
� lahirkan tenaga kerja mahir dan
berkualiti bagi keperluan industri negara
Majlis Sukan Negara
Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha bersama telah dimulakan dengan melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan
sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Fungsi:
bertanggungjawab ke arah
penggalakan, pembangunan dan
pencapaian cemerlang dalam sukan-
sukan di pertandingan di peringkat
tertinggi.
Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut: (a) Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. (b) Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan. (c) Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah. (d) Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan. (e) Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.
20
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN
1. Program Pembangunan Atlet
2. Khidmat Sains dan Perubatan
Sukan
3. Pembangunan Kurikulum Dan
Kejurulatihan
4. Pengurusan dan Kepegawaian
Sukan
5. Kemudahan Sukan
6. Skim Penggalakan dan Anugerah
Sukan
7. Bantuan Organisasi dan Khidmat
Sokongan kepada Persatuan Sukan
Majlis Olimpik Malaysia
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang diiktiraf penglibatan dan penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa
(IFS). Penglibatan MOM sejak 1954melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik. Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti: (a) Association of National Olympic Committee (ANOC) (b) Olympic Council of Asia (OCA) (c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF) (d) Commonwealth Games Federation (CGF) (e) International Assembly of National
Confederation of Sports.
- badan bukan kerajaan yang diiktiraf
penglibatan dan penyertaannya dalam
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)
dan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS).
Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya
menjadi badan utama di negara ini dalam
penyertaan di sukan Olimpik.
MSSM
MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara objektif utama MSSM: (a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan. (b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. (c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. (d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri. (e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu. Fungsi:
memberi nasihat kepada Menteri
Pelajaran berhubung perkara-perkara
pembangunan dan pengurusan
sukan.
mempunyai bidang kuasa
mengeluarkan arahan berkaitan
kepada Jawatankuasa MSS Negeri,
Sekretariat Negeri dan mana-mana
pegawai dari Kementerian Pelajaran
Malaysia atau institusi pendidikan
mengenai pelbagai perkara yang
berkaitan dengan hal ehwal sukan.
STRUKTUR ORGANISASI MSSM
21
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga Pengurusan MSSM boleh menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri. Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti (a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM. (b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM. (c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga Pengurusan.
(d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri. (e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.
PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DI
MALAYSIA
KONGRESS TENPIN BOWLING MALAYSIA
(MTBC)
Kongres Tenpin Boling Malaysia adalah merupakan persatuan sukan kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya di peringkat antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs (FIQ). Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program “Partner in Sports” persatuan ini mendapat tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd di samping bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd. Keahlian dalam persatuan ini dianggotai oleh 14 persatuan tenpin boling peringkat negeri. Persatuan ini juga aktif menjalankan pelbagai program seperti kejohanan di pelbagai peringkat, program pembangunan dan
penggalakan.
PERSEKUTUAN KEBANGSAAN
BERBASIKAL MALAYSIA
Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale – UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan ini dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima melalui Program Jaya ‟98 untuk menyediakan atlet ke arah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa yang sama, atlet yang menjalani latihan
22
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
ini diserapkan dalam pasukan Negara menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula dianjurkan pada tahun 1996. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah Sukan SEA 2001. Pendaftaran semula Pertubuhan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana nombor pendaftarannya ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)
Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997. Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah: (a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan badminton di Malaysia.
(b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain. (c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang- udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM. (d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan
dengan isu-isu semasa.
Bab 3: Pengurusan Pendidikan Jasamani dan Sukan
Kepimpinan
Kepimpinan dari pandangan Islam:
Setiap kamu adalah pemimpin dan
setiap pemimpin bertanggungjawab ke
atas apa yang dipimpin.
Kepimpinan adalah :
Sidiq – benar dalam kata-kata
& tindakan
Amanah – memegang
tanggungjawab, akauntabilit,
akan dipersoalkan nanti.
Tabligh – menyampaikan,
mengajar, mendidik.
Fatonah – bijaksana dalam
pemikiran dan budi bicara.
Definisi:
Koonts & O‟Donnel “ kepimpinan
adalah semata-mata bermakna
pengaruh, satu seni @ proses
mempengaruhi orang supaya mereka
dapat berusaha secara sukarela
kearah pencapaian matlamat bersama.
Byars & Rue (1979) “ kepimpinan
sebagai suatu proses melibatkan
seorang individu mempengaruhi
tingkah laku ahli-ahli kumpulan. Ia
melibatkan 3 pekara iaitu individu lain,
pengagihan kuasa tidak sama rata dan
mempunyai pengaruh.
Elemen dalam kepimpinan:
Pengaruh interpersonal (interpersonal
influence)
Cara mempengaruhi ahli (a way of
influencing people)
Tindakan untuk mendapatkan
tindakbalas (An act that causes others
to respond)
Fungsi kepimpinan:
Meniup semangat keyakinan (Inspire)
23
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Memberi motivasi (motivate)
Membuat perubahan (change )
Mencapai visi
Proses perhubungan antara pemimpin
dengan pengikut.
Maju ke hadapan (moving forward)
Membina wawasan (vision)
Merancang (planning)
Mendaya usaha (initiate)
Mengawal (controlling)
Menyokong (supporting)
Memberitahu (inform)
Memotivasikan ahli sepasukan
(motivate followers)
Membimbing (guiding)
Mengukur dan menilai ( measure &
assessment)
Menjadi teladan (role model)
Mengupayakan ahli sepasukan
(empowering followers)
Teras Amalan Kepimpinan:
1. Menentukan hala tuju (setting
Direction)
2. Membina insan (Developing People)
3. Membina Institusi/Sekolah (Developing
the Organization/school)
Menentukan Hala Tuju :
Membentuk visi – merangsang ahli
untuk mencapai visi/matlamat.
Mencipta hasrat bersama.
Menetapkan tahap prestasi yang tinggi
Memantau prestasi organisasi.
Menterjemahkan visi sehingga dapat
diterima secara jelas & meyakinkan.
Menggalakan / meningkatkan
kerjasama & membantu yg lain.
Membina Insan
Merangsang intelek
Memberi sokongan secara individu
Menjadi contoh
Membina institut / sekolah
Menyediakan institusi / sekolah agar
menjadi satu komuniti pembelajaran
komuniti pembelajaran profesional
untuk meningkatkan prestasi semua
guru dan pelajar.
Memantapkan budaya institusi /
sekolah (berkongsi norma, nilai,
kepercayaan dan sikap serta
menggalakkan silaturahmi dan
kepercayaan di antara ahli-ahli),
koloborasi.
Kepimpinan Berkesan :
Matlamat / visi tercapai
Pelanggan puas hati
Seronok bekerja / beajar dll
Proses input& output diiktiraf berkualiti
(ISO)
Tidak membazir
Diiktiraf berjaya oleh ramai.
Cemerang, Gemilang dan Terbilang.
Ciri-ciri Pemimpin Berkesan:
Mempunyai daya intelek yang tajam
24
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Berpengetahuan dan berfungsi
Mempunyai keberanian
Sayang kepada pengikut / rakyat
Berpandangan jauh
Tegas
Mempunyai keazaman tinggi dan
benar.
Faham sejarah dan keadaan negara
Memastikan amanah dijalankan
dengan sempurna dan berkesan.
Kouzes & posner (2002)
7 Tabiat orang yang amat berkesan:
Jadilah Proaktif ( Be Proactive)
Mula dengan mengingat matlamat
(begin with the end in mind)
Mengikut keutamaan (do first thing
first)
Fikirkan menang-menang (think Win-
win)
Cuba fahami sebelum di fahami (seek
fist to understand then to be
undderstood)
Sinergi / bergabung tenaga (synergize)
Memperbaharui ilmu (sharpen the
saw)
Kepimpinan Perubahan:
Tujuan :
Meningkatkan motivasi
Meningkatkan kualiti kerja
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan konflik
Mengikut keperluan semasa
dan masa depan.
Prinsip ( 5M)
Manpower (sumber manusia)
Money (sumber kewangan)
Material (bahan )
Machinery (peralatan)
Marketing ( pemasaran )
Faktor mempengaruhi perubahan :
ekonomi, teknologi, politik & sosial.
Pemimpin mewujudkan suasana
perubahan:
Pemimpin perlu meraih kepercayaan
pengikutnya.
Pemimpin perlu mengubah diri sendiri
sebelum mengubah orang lain.
Pemimpin perlu memahami sejarah
organisasinya
Kedudukan kepimpinannya adalah
tempat yang berpengaruh
Perubahan memerlukan pengorbanan.
Pemimpin mendapatkan sokongan
pengikut terdekatnya sebelum
membuat perubahan untuk awam.
Menetapkan agenda untuk sesuatu
perubahan
Mengalakkan penyokong terdekat
mempengaruhi yang lain secara formal
Menunjukkan bahawa perubahan yg
diuat mendatangkan faedah.
Menguasahakan sehingga seseorang
itu memilih untuk berubah.
Pemimpin menyelesaikan masalah:
Kita semua mempunyai masalah
Masalah memberikan “makna” kepada
kehidupan
25
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Ramai orang yang cemerlang berjaya
mengatasi masalah dalam hidupnya.
Masalah kita kadangkala bukanlah
masalah sebenarnya.
Jika sesuatu itu masalah kita, kita
boleh membuat sesuatu terhadapnya.
Jika tidak, itu bukan masalah kita, itu
adalah resam hidup.
Ujian kepada pemimpin ialah
keupayaannya mengenalpasti masalah
sebelum ia menjadi satu kecemasan
Kita boleh mengukur kebolehan
seseorang pemimpin daripada cara
dan keupayaanya menangani masalah
Menyelesaikan masalah berkaitan
tugas dengan segera, masalah
berkaitan manusia dilakukan secara
berterusan.
Sentiasa bersikap positif
Membuat pelan tindakan yang betul
Mengenalpasti dan penggunaan
sumber
Pengurusan sumber manusia
Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan
salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan. Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan selari dengan strategi-strategi organisasi yang telah dirancang. Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.
Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan
dengan perancangan sesebuah organisasi. Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan (pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian prestasi) dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan) merupakan satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain. Situasi akan dapat diurus dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam mengendalikan proses ini. Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber manusia bagi organisasi pendidikan jasmani dan sukan amatlah diperlukan.
Bekerja dengan sukarelawan
Sumber kewangan
Perancangan
Penyelesaian masalah
Mengenal pasti masalah
Menyenaraikan masalah mengikut
keutamaan
Mentakrifkan masalah berkenaan lebih
rapi
o Bertanya soalan yang tepat
26
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
o Bercakap dengan orang yang
sepatutnya
o Mendapatkan fakta yang jelas
o Melibatkan diri dalam proses
di atas
Memilih kakitangan tertentu untuk
membantu proses penyelesaian
masalah.
Mengumpulkan punca masalah
Mengumpulkan cadangan
penyelesaian masalah
Menyenaraikan keutamaan dan
memilih cadangan terbaik
Melaksanakan cadangan yang terbaik
Menilai cadangan tersebut
Menyediakan prinsip/polisi tertentu
untuk memastikan masalah tidak
berulang.
Membuat keputusan
Penilaian
Penilaian : Satu proses yang
sistematik untuk menetapkan sejauh
mana sesuatu objektif itu tercapai.
Penilaian merupakan antara elemen
yang terpenting dalam perancangan sukan . Ia
boleh membantu untuk menentukan taraf atau
paras kecergasan sebenar seseorang individu.
Ia juga dapat digunakan bagi membantu dan
membimbing kumpulan sasaran mencapai
matlamat ke arah pencapaian matlamat /
sukan. Ianya haruslah merupakan satu proses
yang terancang dan berterusan. Jika ia
dijalankan dengan terancang dan sempurna ia
boleh digunakan sebagai satu strategi untuk
memotivasikan kumpulan sasar bagi
mengekalkan pengamalan senaman / stamina.
Untuk menjadikan sesuatu program aktiviti
fizikal itu paling berkesan ia hendaklah
dijalankan mengikut keperluan seseorang
individu itu.
Prinsip penilaian:
• Kaedah/teknik ujian dan penilaian
yang digunakan mempunyai kesahan
• Alat yang digunakan mengikut
keperluan yang telah ditetapkan
• Mempunyai objektif tertentu
• Mengikut keperluan serta selaras
dengan maksud dan kehendak
penilaian
• Penilaian harus mempunyai hubungan
dengan latihan yang dibuat
• Data yang diperolehi hendaklah
dianalisa secara kualitatif/kuantitatif
• Pengukuran dijalankan mengikut
prosedur/protokol yang telah
ditentukan
• Penilaian hendaklah dijalankan
mengikut kehendak kumpulan sasar
Objektif penilaian:
• Membantu guru/jurulatih menilai
prestasi pelajar/atlit
• Membantu pelajar/atlit menilai
pengetahuan/kemahiran
dalampelbagai aktiviti fizikal
• Membantu guru secara objektifnya
mengukur peningkatan dalam
penilaian sebelum dan selepas sesi
pengajaran.
• Mengklasifikasikan atlit/pemain untuk
latihan dan pertandingan
• Menilai keberkesanan sesuatu sesi
latihan
• Membantu pihak pengurusan menilai
prestasi jurulatih
• Memotivasikan pelajar ke tahap yang
mencabar dihujung sesi pengajaran
27
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
• Mengumpulkan data untuk tujuan
kajian
• Membolehkan guru untuk menilai
keberkesanan pengajarannya sendiri.
Aspek penilaian dan bateri ujian untuk
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.
1. Dayatahan Kardiovaskular – Ujian ini
dilakukan untuk menilai kecekapan
atau kecergasan system jantung
termasuk saluran darah dan paru-paru.
Bateri Ujian – Larian 2.4
kilometer/Larian 12 minit/Ujian Bleep
2. Komposisi Tubuh Badan dan Peratus
Lemak Badan – Ianya berkaitan
dengan ukuran peratusan otot, tulang,
lemak dan tisu-tisu lain dalam badan.
Bateri Ujian – Ujian Komposisi
Tubuh/Skin Fold Caliper/Hydrostatic
Weighing
3. Kekuatan Otot – Kekuatan otot adalah
daya yang tertinggi yang mampu
dihasilkan oleh sesuatu usaha. Bateri
Ujian – Gantung siku bengkok.
4. Dayatahan Otot - Dayatahan otot
adalah keupayaan otot rangka
melakukan sesuatu pergerakan yang
mempunyai beban atau rintangan yang
tertentu berulang kali tanpa cepat lesu
untuk jangka waktu yang
panjang.Bateri Ujian – Tekan tubi.
Kelembutan – Merujuk kepada ukuran julat
pergerakan yang mampu dilakukan pada
sendi-sendi tertentu atau sekumpulan sendi.
Bateri Ujian – Ujian Duduk dan Jangkau.
Komunikasi
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai
"satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea
, dan fikiran seseorang individu kepada
individu atau sekumpulan individu
yang lain". Ia merupakan proses
interaksi yang bererti
antara hidupan dan merangkumi
kedua-dua:
o perbuatan menghantar
matklumat; dan proses untuk
bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan
pemahaman. Komunikasi
boleh mengambil bentuk, baik
secara lisan mahupun tidak,
misalnya bahasa gerak-
geri, bahasa
isyarat, sentuhan, hubungan
mata, dan penulisan.
Jenis Komunikasi
o Lisan
o Bahasa Bada
Proses Komunikasi Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting seperti berikut (Lihat Rajah Komunikasi): (a) Penghantar atau Penyampai Merupakan Individu yang Memulakan Komunikasi Tersebut (b) Menterjemah (Enkod) Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada perkataan dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas, status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan. (c) Mesej
28
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi (d) Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej (e) Dekod Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku apabila penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej. Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh penerima. (f) Gangguan Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang mengganggu pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama. Gangguan berlaku di mana- mana dalam proses tersebut, contohnya gangguan semasa mengkod mesej, statik dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan. (g) Maklum Balas Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah ditafsirkan. la melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi penghantar dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi penerima. Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan keberkesanan komunikasi mereka.
Komunikasi berkesan:
Bersifat 2 hala
• Wujudnya bentuk komunikasi bersifat
terbuka ( saluran tertentu yang jelas)
• Mesej disampaikan adalah jelas (
pemberi dan penerima )
• Tidak bersikap menilai serta mengkritik
setiap pandangan tanpa mendapat
penjelasan lanjut (elakan sifat defensif,
tuduhan melulu.)
• Pihak pengurusan peka serta
mengambil kira pandangan pihak
bawahan
• Tiada monopoli kuasa oleh golongan
tertentu
• Galakan ahli memberikan maklum
balas
• Wujudkan suasana yang positif / ceria
dalam persatuan
Ciri-ciri komunikasi berkesan:
• Menyampaikan mesej dengan cara
yang paling berkesan
• Menggunakan cara / bahasa yang
mudah difahami
• Penyampai mempunyai kredibiliti (
boleh dipercayai )
• Memastikan mesej difahami dengan
jelas (maklumbalas)
Kesan Komunikasi Yang Berkesan:
• Peningkatan Prestasi
• Suasana kerja yang kondusif
• Peningkatan keyakinan diri
• Iklim psikologi yang positif
• Membangun / mencapai apa yang
diingini.
Kesan ketidaklancaran Komunikasi:
• Aktiviti persatuan terhenti
• Wujudnya salah faham antara pihak
pentadbir dan ahli
• Suasana persatuan menjadi muram
• Terdedah kepada tafsiran negatif
• Persatuan akan mati.
29
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
• Sukar untuk memilih serta
mengembalikan minat, kepercayaan
serta keyakinan untuk menghidupkan
semula aktiviti.
Teknologi dalam sukan
Bertujuan meningkatkan prestasi atlit
ketika bertanding dalam sesuatu
kejohanan sukan antaranya :
o Teknologi Digital & Internet –
liputan sukan
o Alatan Sukan – Fotofinish,
Pakaian & Kasut , sistem
telemetri (alat dipakai
dipergelangan tangan untuk
merekod kadar denyutan nadi
dapat menentukan tahap
intensiti latihan dilakukan atlit.)
o Perkhidmatan keputusan
sukan
o Perkhidmatan teknologi video
dan audio dalam pelbagai
stadium serta pengawalan dan
pengawasan frekuensi
wayarless dsbnya.
o Teknologi komunikasi : 3 G,
kenderaan telekomunikasi
tanpa wayar & berwayar
Unit Teknologi Sukan : Institut
Sukan Negara:
• Fokus
– Khidmat analisis kepada
sukan
– Menyalurkan khidmat
maklumat kepada pusat
sains sukan, menyediakan
video motivasi kepada pusat
psikologi.
– Bantu perubatan sukan
mengenalpasti kecederaan
atlit semasa pertandingan,
melakukan kajian dari
sumber yang dimiliki dan
berperanan mendidik atlit
dan jurulatih akan
kepentingan teknologi
sukan dalam pencapaian
atlit.
• Fungsi
– Pusat pengembangan dan
penganalisaan bidang
teknologi terkini.
– Pusar R&D dalam
menghasilkan software
analisis membantu sukan
tanahair dengan kos yang
rendah dgn bantuan
kepakaran tempatan &
asing.
– Menjadi pusat rujukan bagi
jurulatih dan pengiat sukan
dalam hasil dari analisis
yang telah di arkibkan.
– Wujudkan jurang yang erat
dari segi teknologi sukan
negara maju dgn
menghasilkan perisian
software & hardware kita
sendiri.
Mendidik jurulatih berfikir kreatif &
inovatif dalam bidang kejurulatihan
dgn bantuan teknologi sukan yang
mana teknologi sudah menjadi
sebahagian dari kejayaan
seseorang atlit atau pasukan
Pengurusan stor dan kemudahan
30
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang- barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. (ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. (iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.
(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang- kurangnya sekali setahun. (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan. Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani (i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung
keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. (ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. (iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. (iv) Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak. (v) Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai. (vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara. (vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: � Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.
� Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. � Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. � Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
31
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
� Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. � Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. � Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. � Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. � Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur � Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal. (viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal
dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) Duduk di atas bola (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan
lain-lain.
Pengurusan Kemudahan /Stor Pendidikan
Jasmani
Guru Penyelia Stor :
biasanya bilik stor sukan terletak di bawah
jagaan guru PJ / guru yang sering
menggunakan peralatan sukan & permainan.
Pembantu penyelia stor :
Pembantu dilantik dari kalangan pelajar untuk
diberi latihan penyelenggaraan
Peraturan stor sukan :
Peraturan tentang stor perlu disenaraikan
untuk makluman semua pihak yang
berkenaan.
Buku Catatan:
Segala peminjaman alatan hendaklah
direkodkan di dalam sebuah buku dengan
terperinci . Sistem ini akan memastikan murid
yang bertanggungjawab apabila meminjam
sesuatu alat.
Buku Stok dan Pemeriksaan Stok:
Untuk merakamkan segala peralatan yang
telah dibekalkan kepada stor itu. Catatan
tentang peralatan yang rosak, hilang dan perlu
diganti juga dicatatkan. Pemeriksaan stor
hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa
supaya kedudukan peralatan dapat
dikemaskinikan.
Papan Kenyataan :
Adakan sebuah papan kenyataan untuk notis
atau risalah-risalah tentang stor sukan.
Keperluan Bilik Stor PJ / Sukan
32
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Ruang
Ruang untuk menyimpan peralatan yang
ada mestilah boleh menampung keperluan
alatan di samping tidak merosakkan alatan.
Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan
jasmani ialah lebih kurang 300 kaki
persegi. Saiz stor pendidikan jasmani
bergantung kepada tiga perkara jenis dan
jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah
dan saiz sekolah.
Rak / Pembahagian
Bagi memudahkan peralatan dapat sisusun
dengan teratur dan untuk mengoptimumkan
ruang penyimpanan rak perlulah dibina di
stor PJ. Rak yang di bina perlulah
bersesuaian dengan saiz barang yang
hendak di susun. Barang yang disusun
hendaklah dalam kedudukan teratur dan
senang di capai. Ini bertujuan untuk
menyenangkan proses menyimpan dan
mengambil barang.
Lokasi
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan
jasmani ialah di bangunan yang
berhampiran dengan padang. Ini bertujuan
bagi mengelakkan masa terbuang dalam
proses menyimpan dan mengambi barang.
Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan
tidak terpencil sehingga memudahkan
pencuri memecah masuk stor PJ dan
mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.
Tingkap
Tingkap stor sukan sekiranya besar akan
menyebabkan cahaya matahari masuk.
Keadaan yang panas akan menyebabkan
alat yang dibuat dari kain yang di tenun,
alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas
akan rosak.
Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8
hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung
kepada alatan yang hendak kita simpan.
Sekiranya kita hendak menyimpan galah
panjang, tinggi stor perlulah mempunyai
ketinggian yang sesuai. Peredaran Udara
Peredaran udara perlu bagi memastikan
barang yang tahan lama dan mengelak bau
yang tidak menyenangkan dalam stor
pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang
udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan
jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.
Pintu
Pintu stor hendaklah cukup luas suapaya
peralatan yang besar mudah dikeluarkan dan
disimpan. Pintu paling sesuai jenis boleh
dilipat. Contohnya jika kita ingin menyimpan
alat yang lebar dan tinggi seperti tilam
lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani
perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak
sesuai mungkin menyebabkan kerosakan
kepada alat-alat dan juga boleh
mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi
dengan alatan keselamatan dan dibina
dengan kukuh supaya barang pendidikan
jasmani boleh di kawal .
Keselamatan:
Berbagai langkah keselamatan perlu di
ambil bagi menjamin keselamatan alatan
dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan
pastikan ialah:
– Bangunan yang ditempatkan stor sukan
kukuh untuk mengelak di cerobohi.
– Susun alat berdasarkan keselamatan
contohnya alat yang berat perlulah di susun
di bahagian bawah rak simpanan.
– Alatan yang tajam perlulah di susun
secara menegak dengan bahagian yang
tajam menghala ke bawah.
– Memastikan alatan yang di buat dari logam
seperti lembing dan lain-lain dalam
33
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
keadaan kering sebelum di simpan bagi
mengelak karat.
– Memastikan tiada alat yang bersepah di
lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang
boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.
– Memastikan stor pendidikan jasmani
tidak sesak ketika mengambil dan
memulangkan alatan. Gunakan sistem
membenarkan pelajar tertentu sahaja yang
mengambil barang dan pelajar yang lain
tunggu di luar.
– Memastikan alatan yang di buat dari kayu
seperti kayu hoki dan lain-lain dalam
keadaan kering sebelum di simpan bagi
mengelak reput.
– Peraturan mengambil barang dan
memulangkan barang perlulah di
perkenalkan dan di kuat kuasa.
– Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
– Menyediakan alatan seperti kereta sorong
bagi memudahkan pemindahan barang
secara pukal.
Penjagaan Peralatan
Penyalahgunaan alatan PJ adalah
penyebab utama alatan PJ mudah rosak.
ketua panitia perlu memberi penerangan
tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar
yang akan menyebabkan barang-barang PJ
rosak.
Antara penyalahgunaan tersebut ialah:
(i) Duduk di atas bola
(ii) Menyepak bola yang bukan bola
sepak seperti bola tampar, bola jaring dan
lain-lain
(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki,
baton dll.
(iv) Mengheret barang-barang yang di
buat dari kanvas atau kain atau
material yang lembut contohnya tilam lompat
tinggi dll.
BAB 4 : PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL
Pengenalan kepada permainan
tradisional
Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan
sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Permainan tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional. Undang-undang dan sistem pertandingan yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan. Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisionaladalah kehidupan di
34
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi danrohani dan intelektual. Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah: (a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. (b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. (c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau. (d) Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti: (i) kekuatan kardiovaskular (ii) kelenturan (iii) Daya tahan otot (iv) Kekuatan otot (v) Ketangkasan (vi) Imbangan (vii) Koordinasi (viii) Kuasa
(ix) Masa tindak balas (x) Kelajuan Kebaikan Permainan Tradisional Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan permainan tradisional lebih bersifat permainan dari pertandingan. Oleh kerana sifat permainan tradisional ini sebagai permainan untuk beriadah. Ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk kesihatan emosi yang baik. Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah. Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk
menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi. Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal. Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurus badan merangkumi: � Penjagaan postur yang betul � Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi � Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan � Koordinasi pergerakan yang cekap � Pergerakan merentasi lantai
35
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
� ruang
Jenis-jenis permainan tradisional
Peraturan-peraturan permainan
tradisional
Pengurusan pertandingan tradisional
Kategori Pertandingan
Sistem Pertandingan Oleh kerana permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini permainan tradisional telah mula mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan. Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.
BAB 5: Program pembANgunan sukan
Aspek perancangan ,pengelolaan dan
pentadbiran
PERANCANGAN:
Tujuan: membantu organisasi
mencapai objektif dan bertindak balas
terhadap perubahan dalam
persekitaran yg bakal wujud
Kebaikan perancangan
1. Berorentasikan masa depan(Future
oriented)
2. Memperkukuhkan pengkoordinasian
keputusan
3. Menentukan objktif organisasi dapat
dicapai
Antara perancangan sukan yang
dilaksanakan:
Penggubalan kurikulum persekolahan
yang menggalakkan perkembangan
aktiviti sukan dan pendidikan jasmani;
Penggubalan kurikulum latihan guru
yang menggalakan perkembangan
pendidikan jasmani dan kejurulatihan;
Perancangan dan pelaksanaan
program mencungkil bakat dan potensi
ke arah kecemerlangan sebagai
sebahagian daripada rancangan
pembangunan sukan negara;
Penubuhan "Pusat Cemerlang" bagi
beberapa jenis sukan tertentu;
36
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Persediaan menubuhkan "Sekolah
Sukan"; dan
Penubuhan sebuah majlis sukan
sekolah-sekolah bagi
memperkemaskan pengurusan dan
perlaksanaan program termasuk
pertandingan di dalam dan di luar
negeri.
PROSES PERANCANGAN:
Pengelolaan:
Pengelolaan diartikan sebagai suatu
rangkaian pekerjaan atau usaha yang
dilakukan oleh sekelompok orang
untuk melakukan serangkaian kerja
dalam mencapai tujaan tertentu.
Ciri-ciri pengelolalaan:
Masa yang diperuntukkan
Masa latihan, prapertandingan dan
pertandingan
Bilangan peserta
Jenis pertandingan
Belanjawan yang diberi
Menyenarai pegawai
Kemudahan tersedia
Kemudahan alatan yang tersedia
Skop Pengelolaan Pendidikan Jasmani
Dan Sukan:
Proses pengelolaan
Pembentukan ahli jawatankuasa
Ahli jawatankuasa boleh di bentuk
seperti berikut:
1. Ahli jawatankuasa induk
2. Ahli jawatankuasa kerja/kecil
3. Ahli jawatankuasa induk
terdiri daripada:
Pengerusi
Timbalan pengerusi
Setiausaha
Penolong setiausaha
Bendahari
Ahli gabungan/majlis
Ahli jawatankuasa kerja/kecil terdiri
daripada:
Negeri
Daerah
Individu
Ahli Gabungan
Jawatankuasa Pengelola adalah
berperanan didalam perkara-perkara
berikut :
I. Bertanggungjawab sepenuhnya
didalam pengelolaan kejohanan
II. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Pengelola dari semasa
ke semasa
III. Menubuh dan melantik Jawatankuasa-
jawatankuasa kecil dengan
37
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
mempunyai bidang tugas khusus
masing-masing dalam melaksanakan
pengelolaan kejohanan
Pentadbiran:
Menurut Haji Wan Azmi Ramli di
dalam bukunya „Pengurusan Terkini‟ –
Pentadbiran adalah „pentadbiran ialah
sesuatu yang ditadbirkan dan ini
merangkumi bidang batasan yang
amat luas seperti menelah (meramal),
merancang, mengelola, mengawal,
menasihat, menyelaras, menyelia,
melatih dan kadangkala ,meniru dan
menurut.
Mayo (1954) – mendefinisikan
pentadbiran adalah satu fungsi untuk
menetapkan, menentukan, dan
memperjelaskan sesuatu, menggubal
dasar dan peraturan serta memberikan
kepercayaan kepada kakitangan untuk
menyelesaikan penugasan terutama
penugasan yang berprestij tinggi
Pembangunan jurulatih
UNIT HAL EHWAL JURULATIH:
Mengenalpasti bakal jurulatih yang
berwibawa dan berkelayakan
sebelum proses pengambilan dan
perlantikan jurulatih ke dalam program
Menguruskan pelantikan baru jurulatih
Menguruskan perlanjutan dan
penamatan khidmat jurulatih
Menangani dan menyelesaikan isu
berhubung dengan tatacara dan etika
kejurulatihan.
Memantau pengurusan kontrak
perkhidmatan jurulatih, visa kerja,
penempatan, tuntutan untuk semua
jurulatih luar Negara dan tempatan.
Mengemaskini data dan maklumat
jurulatih dari masa ke semasa
UNIT PENILAIAN DAN
PEMBANGUNAN JURULATIH:
Memantau penilaian dan prestasi
jurulatih dari masa ke semasa dan
sekurang – sekurangnya setiap sekali
setahun
Mengenalpasti jurulatih yang
berpotensi untuk dihantar menghadiri
kursus-kursus yang boleh
meningkatkan lagi pengetahuan,
pengalaman serta kemahiran jurulatih.
Mengenalpasti symposium, seminar
dan bengkel kejurulatihan yang sesuai
sama ada di dalam atau luar Negara
untuk dihadiri oleh jurulatih tempatan.
Merancang dan mengendalikan
kursus-kursus akademik dan
profesional dalam bidang
kejurulatihan.
Meningkatkan prestasi jurulatih dari
segi penyimpanan data atlit untuk
bahan rujukan dan penyelidikan kajian
Membantu jurulatih dalam urusan
mendapatkan pensijilan penuh Skim
Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan
(SPKK) daripada Bahagian
Kejurulatihan ISN.
Mengemaskini pangkalan data semua
jurulatih yang menghadiri simposium,
kursus atau bengkel kejurulatihan.
UNIT PENDIDIKAN JURULATIH:
Bekerjasama dengan Institut Sukan
Negara (ISN), Institut Pengajian Tinggi
dan Institusi Sukan Luar Negara
mengenai program pendidikan
jurulatih.
Menganjurkan klinik peningkatan ilmu
kejurulatihan dengan kerjasama
Cawangan Elit, Pelapis, paralimpik dan
semua Majlis Sukan Negeri
Memastikan semua jurulatih sentiasa
bersedia menghadapi perubahan
38
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
dasar warsa sukan Negara dari masa
ke semasa
Sebagai pusat penyampaian
pendidikan kejurulatihan kepada
negeri-negeri.
Koordinator pendidikan dan
pembelajaran berterusan serta
memastikan setiap jurulatih mendapat
pendidikan terkini
KAEDAH MENYUSUN PROGRAM
PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH:
1) KEPERLUAN
Persatuan sukan mesti menentukan
keperluan mereka dalam bidang
sukan.
Pemimpin sukan hendaklah
menetapkan bentuk & peringkat
kepakaran yang diperlukan mereka.
Cth: sama ada melahirkan jurulatih di
peringkat tempatan, kebangsaan @
antarabangsa
2) PERINGKAT
Mempertimbangkan bilangan
jurulatih yang diperlukan di
tiap-tiap peringkat itu dalam
tempoh masa lima tahun akan
datang.
Memikirkan sumber,
kemudahan, peralatan &
tenaga pengajar yang akan
melatih mereka.
Mudah merancang latihan jika
terdapat segala kemudahan
yang diperlukan.
3) MENGENAL PASTI
Persatuan sukan harus dapat
mengenal pasti jurulatih yang
berkemahiran tinggi untuk :
Memberi latihan yang teratur.
Membantu merancang
program latihan.
Jika tiada kemudahan, mereka perlu
mencari altenatif lain, iaitu berhubung
dengan badan-badan sukan yang lain
untuk mengendalikan latihan.
4) MERANCANG
Latihan jurulatih boleh dirancang untuk
mencapai matlamat latihan.
Hal ini kerana latihan jurulatih
memerlukan latihan yang sistematik.
Rancangan tersebut mesti mengikut
keperluan jurulatih yang sering
berubah-ubah.
5) MEMIKIRKAN SUMBER
Mengambil kira sumber-sumber yang
ada di persekitaran persatuan sukan
itu.
Latihan dapat dikendalikan oleh
Kementerian dan Jabatan Belia &
Sukan.
Majlis Sukan Negara dan Majlis
Olimpik Malaysia dapat membantu
melatih jurulatih di peringkat pusat.
Tenaga kerja pensyarah dan guru
boleh digunakan untuk mengadakan
CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN
JURULATIH latihan jurulatih:
1) PERINGKAT
Latihan jurulatih terdiri daripada empat
peringkat:
Tahap asas: Jurulatih bertugas
dalam kalangan mereka yang
baru melibatkan diri dalam
sukan.
39
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Tahap pertengahan: Melatih
peserta di peringkat daerah.
Tahap lanjutan: Melatih
peserta di peringkat negeri.
Tahap tinggi: Melatih peserta di
peringkat kebangsaan
2) BAHAGIAN KURSUS LATIHAN
Bhg Pertama – Merupakan
pengetahuan teknik tertentu, seperti
teknik sukan, strategi dan
perancangan latihan.
Bhg Kedua – Teori kejurulatihan,
seperti psikologi, psisiologi,
biomekanik, prinsip latihan,
kecederaan ahli sukan, pemakanan dll.
Bhg Ketiga – Pengalaman amali
(bidang yang penting dalam kursus
sukan).
3) PENSIJILAN
Sangat penting menganugerahkan sijil
kepada ahli sukan yang berjaya
mengikuti kursus pada setiap
peringkat.
Sijil menjadi perangsang kepada
mereka meneruskan latihan.
Latihan kejurulatihan menjadikan
mereka lebih cekap mengendalikan
kegiatan sukan.
SUMBER & PELUANG LATIHAN
KEJURULATIHAN SUKAN:
1) KERJASAMA
Kerjasama yang erat antara sumber-
sumber yang telah memberi latihan
kejurulatihan.
2) KLINIK SUKAN
Jurulatih yang berwibawa di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa sering
menjadi tenaga pengajar bagi kursus
jurulatih peringkat perintis.
Perkhidmatan pakar-pakar klinik sukan
boleh diperolehi daripada mereka.
3) KLINIK TEORI KEJURULATIHAN
Meliputi psikologi sukan, biomekanik
dan teori latihan sukan.
Perkhidmatan didapatkan daripada
pusat latihan sukan di peringkat institut
perguruan, universiti, hospital
tempatan dll.
4) PRAKTIKAL
Dijalankan oleh guru PJK dan
pensyarah pusat IPT.
KRITERIA PEMILIHAN CALON
JURULATIH:
i. Memiliki kecerdasan & kematangan
fikiran.
ii. Mempunyai pengetahuan mengenai
pertumbuhan & perkembangan
manusia.
iii. Mempunyai motivasi yang tinggi dalam
bidang & perkembangan sukan.
iv. Berminat untuk melibatkan diri dalam
kegiatan sukan jangka panjang.
v. Mempunyai kemahiran mengajar
dengan menyeronokkan & berkesan.
vi. Mempunyai hubungan manusia yang
baik, mesra, ceria & pandai bergaul.
vii. Mempunyai banyak masa yang
diperlukan untuk melatih ahli-ahli
sukan kelak.
PRINSIP KEJURULATIHAN”
Individu yang pakar dan dapat
membantu mengembangkan bakat.
Menyedari perbezaan individu.
40
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Bermatlamat untuk mencapai
kecemerlangan.
Kepimpinan melalui teladan.
Berketrampilan menarik.
Sukan sebagai cabaran hidup.
BIDANG TUGAS DAN
TANGUNGJAWAB JURULATIH
SUKAN:
Menetapkan P&P mengikut individu
dan aktiviti.
Mewujudkan suasana persekitaran
pembelajaran sukan.
Memberi bimbingan yang diperlukan.
Menilai kejayaan individu mengikut
objektif yang telah ditetapkan.
Kenal pasti bakat
Pembangunan atlet
Bab6: undang-undang dan pentadbiran sukan
Kaitan undang-undang dan sukan
Liabiliti perundangan dalam sukan
Liabiliti Ialah pihak yang
dipertanggungjawabkan atas
kerosakan harta benda atau nyawa
yang berpunca dpd kecuaian atau
perlakuan yg tidak
bertanggungjawab.(Socros, 2000).
Membawa maksud guru dan pihak
pengurusan sekolah
dipertanggungjawabkan atas segala
kecuaian yang dilakukannya.
Peraturan liabiliti adalah satu garis
panduan bagi mengenalpasti ciri-ciri
kecuaian dalam sesuatu kes.
Contoh liabiliti guru:
Tidak menjalankan tanggungawab
Tidak mematuhi langkah keselamatan
Bertindak secara emosional
Cuai
Menggunakan kekerasan untuk
mendisplinkan murid.
Tidak mempunyai kemahiran yang
diperlukan.
Tidak bertindak secar rasional
Contoh Liabiliti Pihak Pengurusan
Sekolah:
Tidak menyediakan langkah-
langkah keselamatan.
Tidak menyediakan program dan
kursus-kursus keselamatan.
Tidak menyediakan peralatan
keselamatan.
Tidak menyediakan kakitangan
yang mahir dan berkelayakan.
Tidak mengawal displin murid.
Ciri-ciri kecuaian mengikut peraturan
liabiliti libatkan 4 pekara.:
1. Kewajipan menjaga (duty of care)
Kewajipan
menjalankan tugas
atau tanggungjawab
diberi. Cth guru
bertanggungjawab
menjaga keselamatan
murid semasa
mengajar dlm kelas,
sepjg waktu
persekolahan.
2. Langkah penjagaan yang berseuaian
(Reasonable care)
41
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Bermaksud telah
mengambil langkah-
langkah keselamatan
bersesuaian ikut
standard ditetapkan
pihak sekolah ikut
pekeliling.
3. Punca atau penyebab utama ( actual &
proximate cause)
Mengenalpasti punca
kemalangan dalam
kes kecuaian. Cth
mengajar lompat
tinggi tidak guna
tilam.. Pelajar cedera
kerana mendarat
tanpa tilam. Guru
dipersalahkan atas
kecuaian.
4. Kecederaan atau kerosakan (harm &
damage)
Bermaksud berlaku
kerosakan atau
kecederaan berupa
kerugian wang ringgit
atau harta benda. Cth
seorang pelajar
menghilangkan rekit
tenis sekolah. Pihak
sekolah berhak
mengenakan penalti
ke atas pelajar dan
memintanya
membayar ganti rugi
kerana menghilangkan
harta sekolah.
Undang – undang Tort:
Satu bentuk undang-undang
melibatkan pengabaian tjgwb secara
tidak berkontrak.
Contoh murid dan guru
bertanggungjawab menjaga harta
benda sekolah tetapi tanggungjawab
ini tidak dibuat secara bertulis atau
kontrak. Penyerahan tjgwb tersebut
hanya dlm bentuk lisan, jika mereka
mengabaikan tugas ini dan
menyebabkan kerosakan kepada harta
benda sekolah, maka mereka
dikatakan telah melakukan kecuaian di
bawah undang-undang tort.
Kedudukan undang-undang tort di
bawah undang-undang sivil.:
Undang –undang sivil ada 2 bahagian :
1. Berkontrak
Berkontrak ialah undang-
undang sivil yang melibatkan
perjanjian bertulis atau
kontrak.
2. Tort (tidak berkontrak)
Tort ialah undang-undang sivil
yang tidak melibatkan kontrak.
Ia melibatkan kes kecuaian
yang perlu dibuktikan
kesahihannya oleh pihak
pendakwa, baru mahkamah
boleh jatuhkan hukuman.
Terbahagi 2 iaitu tort dengan
niat dan tort tanpa niatt.
Undang-undang tort dengan niat :
5 jenis:
1. Menyerang tanpa memukul (assault)
Menyerang tanpa
menyebabkan kecederaan.
Cth seorang pelajar
menyerang pelajar lain dengan
mengertak hanya untuk
menakutkannya sahaja tanpa
memukul pelajar tersebut.
2. Memukul dan mencedera (battery)
Melakukan kecederaan
berbentuk fizikal dgn cara
pukulan. Cth seorang pelajar
42
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
dengan secara sengaja
memukul mangsa dengan
tujuan untuk
mencederakannya.
3. Bertukar niat (transferred intent)
Bermaksud mengubah niat
daripada menyerang kepada
memukul. Cth serangan
gertakan tidak berkesan,
pelajar menukar niat
melakukan memukul.
4. Mengurung (false imprisonment)
5. Menyebabkan tekanan secara emosi
(infliction of emotional distress)
Undang-undang tort tanpa niat:
1. Tidak berniat (unintentional)
Bermaksud pihak pertama
melakukan kerosakan secara
cuai dan tidak sengaja
menyebabkan kerosakan pada
harta benda orang lain.
Contoh seorang pelajar tidak
sengaja telah memecahkan
cermin tingkap bilik darjah
semasa bermain dengan
rakannya.
2. Liabiliti bersama (vicarious liabiliti)
Bermaksud pihak yang
dipertanggungjawabkan atas
kesalahan yang dilakukan
pihak kedua.
Contoh penyokong bola sepak
dari sekolah A telah
merosakan harta benda di
sekolah B semasa
menyaksikan satu
pertandingan bola sepak yang
diadakan di sekolah B. pihak
dipertanggungjawabkan atas
kerosakan yang berlaku ialah
penyokong sekolah A.
Pengetua sekolah A juga akan
disabitkan kesalahan yang
dilakukan oleh muridnya
kerana gagal mengawal displin
pelajar. Secara tidak langsung
pengetua A telah menanggung
kecuaian yang dilakukan
pelajarnya.
Bentuk Hukuman yang dikenakan
dibawah undang-undang tort:
Bentuk hukuman dalam bentuk pampasan :
1. Pampasan setimpal
Pampasan atau gantirugi
dibayar berdasarkan jumlah
kerugian dialami pendakwa (
plaintif)
2. Pampasan menghukum
Di bawah hukuman ini kadar
ganti rugi yang dikenakan
adalah tinggi. Tujuan
pampasan ini adalah untuk
menghukum pihak defenden
(tertuduh) yang telah
melakukan kecuaian dengan
niat untuk mencederakan
plainitif.
3. Pampasan nominal
Pampasan atau ganti rugi
yang dibayar adalah sedikit
kerana palintif hanya
menanggung kerugian yang
sedikit.
Bab7: isu-isu dalam sukan
Wanita dan sukan
Lelaki 10% lebih tinggi daripada wanita
Berat badan : lelaki > 11kg dari wanita
43
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
kerana struktur tulang yang lebih
besar pada lelaki dan otot yang lebih
banyak pada lelaki
Rupa bentuk tubuh badan : lelaki >
wanita
Tulang : lelaki >berat daripada wanita
Tulang kaki, tulang tangan : lelaki >
panjang daripada wanita
Sendi : lelaki >besar daripada wanita
(kecuali sendi lutut, wanita lebih besar
untuk kestabilan tubuh wanita)
Pelvik girdle wanita yang lebih lebar
menyebabkan lutut wanita
membengkok ke dalam – tapak dirian
wanita lebih sempit
Bentuk pelvis dan tulang femur wanita
lebih tirus dan membengkok ke dalam
– menjadi pengalang kepada prestasi
larian
Amnya, prestasi sukan wanita lebih
rendah :
Abdomen yang lebih besar apabila
meningkat dewasa berbanding lelaki
yang besar dan lebar di bahagian atas
tubuh badan
Kesan daripada perbezaan tubuh :
wanita mengalami masalah untuk
aktiviti berlari, melompat atau menukar
arah tiba-tiba (bola jaring, tenis)
Rupa bentuk tubuh : wanita =
endormorf (kegemukan), lelaki =
mesomorf (tubuh berotot)
Isu pemakaian tudung dan pakaian
menutup aurat oleh para atlit wanita
negara yang beragama Islam.
Ketaksamaan peluang kesukanan
kepada wanita.
Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dari
Bahrain memenangi pingat emas
dalam acara lumba lari 200 meter
wanita di Sukan Asia tahun lalu
sebenarnya sudah cukup untuk
menjawab kritikan terhadap
pemakaian tudung oleh atlit Islam yang
kononnya dikatakan merencatkan
kualiti persembahan mereka
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
mengambil tindakan 'menggantung'
pasukan bola sepak wanita Malaysia
daripada menyertai sebarang aksi
kompetitif akibat kekalahan yang
memalukan pada tahun 2009.
Pasukan bola sepak wanita Malaysia
kalah 14-0 kepada Thailand yang
disusuli 8-0 kepada Vietnam.
sumber:-Berita Harian, 8 Dis 2009
Di Arab Saudi, wanita tidak boleh
melibatkan diri dalam bersukan, malah
wanita juga tidak dibenarkan menjadi
penonton pertandingan sukan
Sukan dan media massa
Media bukan sahaja merupakan
cermin kepada masyarakat malahan ia
juga merupakan alat perubahan
kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala
Aggarwal, 2002: xvii).
L. JohnMartin pula berpendapat
bahawa media massa merujuk kepada
alat yang mewujudkan interaksi
sosial,politik, dan ekonomi dalam
ukuran yang lebih moden.
o Media haruslah
menyampaikan maklumat dan
mendidik masyarakat serta
menjadi medium perantaraan
dalam sesuatu masyarakat
(Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii).
44
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Media massa jugaberperanan dalam
membantu perkembangan ekonomi.
Penjualan surat khabar jugamembantu
dalam ekonomi, penyiaran stesen
televisyen berbayar juga turut
menyumbang kepada faktor
perkembangan ekonomi
negara.contohnya sukan SEA yang
berlangsung dari negara kita Malaysia
dan banyak lagi.
Terdapat beberapa bahagian dalam
media massa seperti surat khabar,
majalah,laman web seperti blog,
internet, televisyen, radio dan lain-lain
lagi. Setiap bahagian yang akan
memainkan peranan dalam proses
penyebaran maklumat kepada orang
ramai.
Contohnya suratkhabar yang
merupakan salah satu medium dalam
menyebarkan maklumat kepada
masyarakat.
Penghasilan surat khabar ini juga
dalam mendapatkan maklumat untuk
disampaikan kepada masyarakat
mengenai perkembangan dalam
sukan.
Melalui media massa ,sesuatu
pasukan atau persatuan boleh
mendapat sumbangan dan juga tajaan
dari pelbagai pihak untuk kemajuan
dalam membangunkan sukan.
Boleh meningkatkan fasiliti dan kualiti
sukan dengan pelbagai bentuk tajaan
yang diperolehi.
Menaikan nama pasukan dan juga
atlet negara melalui publisiti oleh
media massa.
Sebagai contoh, penggunaan media
seperti suratkhabar sebagai medium
untuk menjatuhkan orang lain dan
maklumat salah yang telah
memberikan pandangan negatif
masyarakat terhadap atlet-atlet
negara.( isu penyalahgunaan dadah)
Melalui media juga suka menyalahkan
pasukan dan pemain yang kalah
dalam suatu perlawanan sehingga
timbulnya pelbagai andaian dan
spekulasi.
Peranan:
JARINGAN INFORMASI SUKAN
o Berita memberi maklumat
tentang perkembangan sukan
semasa
“people are well information of
the current sports event”
PROMOSI DAN PUBLISITI
Membantu menjana
pembangunan sukan ke
martabat yang lebih tinggi.
Contohnya, publisiti tentang
world cup yang sekaligus
menarik minat orang ramai
untuk menyaksikannya.
Rancangan seperti SoccerKids
dan MyTeam iaitu pencarian
pemain bola sepak terbaik
adalah antara usaha media
menaikkan taraf dalam
menjana kemajuan sukan.
HIBURAN
seperti siaran langsung
perlawanan bola sepak.
Di samping menghiburkan, ia
juga memberi pendedahan
yang bersifat ilmiah kepada
penonton (teknik, strategi, dan
cara bermain)
JUALAN
Media juga memerlukan maklumat
atau isu dan berita terkini mengenai
sukan untuk melariskan jualan mereka.
45
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Politik dan sukan
Politik ialah proses melambangkan
gelagat manusia yang mengandungi
konflik antara kebaikan di sebelah
pihak dan kehendak-kehendak
kumpulan di pihak yang lain.
Ia juga proses digunakan manusia
untuk menyelesaikan perbalahan
antara kepentingan individu dengan
kepentingan awam dalam sesebuah
institusi.
Ahli sosiologi sukan menyatakan
politik tidak terlibat dlm sukan
disebabkan aspek berikut:
◦ Atlit menceburi sesuatu sukan
kerana rasa tanggungjawab,
kebanggaan, semangat
kesukanan dan kesetiaannya
kepada negara.
◦ Atlit bertanding untuk
membuktikan atau menilai
kebolehan diri sendiri.
◦ Atlit, persatuan dan pentadbir
menceburi bidang sukan untuk
mendapatkan kuasa dan
pengaruh atas sebab
kepentingan peribadi.
Kuasa politik dalam sukan
Antarabangsa:
1980 – Malaysia memboikot Sukan
Olimpik Moscow sebagai membantah
pencerobohan soviet ke atas
Afghanistan.
Politik dalam sukan menjelaskan
wujudnya campur tangan kuasa
politik kerajaan dalam pengurusan
dan pentadbiran sesuatu badan
sukan.
Kebanyakan pucuk pimpinan
badan-badan sukan di negara kita
dikuasai oleh ahli-ahli politik dan
sektor korporat.
Kuasa politik memberikan kesan
besar terhadap perkembangan dan
kemajuan sukan peringkat dunia.Ia
boleh mengakibatkan keretakan
hubungan antara negara kerana
perbezaan ideologi dan ia juga
boleh merapatkan hubungan
negara-negara serta mewujudkan
integrasi nasional.
Isu-isu politik dalam sukan
seringkali terjadi kerana perbezaan
pendapat.Isu-isu yang sering
berlaku adalah seperti perebutan
kuasa dalam badan sukan,pemilihan
penyertaan atlet dalam sesuatu
pertandingan,kemerosotan prestasi
atlet dalam sukan,displin atlet dan
pegawai serta perkara yang
berkaitan dengan pembayaran gaji
dan elaun.
Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi:
“ AHLI-ahli politik atau kerabat diraja
boleh menyandang jawatan utama
dalam sukan asalkan mereka
memberikan komitmen tinggi terhadap
sukan yang diceburi. ”
Menurut bekas Perdana Menteri,
penglibatan golongan (ahli politik) ini
tidak memberi masalah kepada sukan,
sebaliknya mereka juga boleh
memainkan peranan sebaik golongan
profesional atau mereka yang
mempunyai latar
belakang sukan
KESAN POSITIF
Seperti yang diketahui, sesebuah
badan sukanyang aktif memang
memerlukan pertolongandari segi
kewangan.
46
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Dengan adanya bantuan daripada ahli
politik,
maka sumber kewangan badan sukan
tersebut
sedikit sebanyak dapat
dipertingkatkan.
Selain itu, badan sukan tersebut juga
boleh
menggunakan nama ahli politik untuk
mendapatkan penaja-penaja yang
dapat
memberi sumbangan dari segi
kewangan.
Secara tidak langsung, dengan adanya
sumber
kewangan, maka badan sukan
tersebut dapat
mencari jurulatih-jurulatih yang
berkebolehan
dan berkemampuan untuk memberi
latihan
kepada ahli-ahli sukan dalam badan
tersebut.
Latihan yang profesional dapat
membantu
dalam mempertingkatkan kejayaan
ahli-ahli
sukan dan ini juga dapat akan
membantu
dalam meningkatkan kebolehan
mereka untuk
mendapatkan johan dalam pelbagai
pertandingan sukan.
Apabila terdapatnya pertandingan
yang
melibatkan pertandingan antarabangsa
seperti sukan ASEAN sebagainya,
ahli-ahli
politik akan dihantar ke luar negara
untuk
mengadakan persahabatan dengan
negara
lain.
Perhubungan yang baik antara negara
akan
dapat membantu badan sukan dalam
negara
ini mendapat pelbagai maklumat
bagaimana
hendak mempertingkatkan prestasi
sesebuah
badan sukan dan sebagainya
KESAN NEGATIF
Terdapat sesetengah ahli politik yang
suka benar memegang pelbagai
jawatan dalam persatuan sukan dan
belia. Ini kerana mereka tahu jawatan-
jawatan tersebut sudah tentu dapat
mempopularkan nama mereka selain
ianya juga boleh digunakan untuk
membantu
mereka ketika pemilihan parti dan
pilihanraya umum.
Keterlibatan ahli politik dalam
menerajui sesuatu persatuan kadang-
kadang akan menjejaskan penumpuan
mereka mentadbir
negeri dan negara.
Selain itu ianya juga menjejaskan
persatuan- persatuan itu sendiri
kerana pemimpin ini juga sibuk dengan
urusan pentadbiran kerajaan dan
politik.
Malah kadang-kadang persatuan-
persatuan terjejas kerana urusan
politik
dicampuradukkan dengan urusan
persatuan.
Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu
jawatan kerajaan dan persatuan
diabaikan oleh kerana kesuntukan
masa dan kurangnya penumpuan.
Insentif dan atlet
Insentif
o merupakan penghargaan kepada atlet
yang cemerlang dalam sesuatu kejohanan.
47
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
o Dorongan kepada atlet untuk
mencapai kejayaan dalam sesuatu
pertandingan .
o 2 jenis intrinsik dan ekstrinsik
o Contoh skim insentif atlet remaja
majlis sukan negara :
Skim hadiah kemenangan sukan
(SHAKAM)
Skim hadiah Kemenangan Atlet
Remaja (SHAKAR)
Rawatan perubatan percuma
Bantuan yuran persekolahan dan
pengajian di institut pengajian tinggi (
biasiswa, yuran pengajian dan khidmat
jurulatih).
Insentif Intrinsik ialah keinginan untuk
mencapai kejayaan disebabkan oleh
faktor pendorong lahir daripada diri
individu seperti :
o Minat terhadap sesuatu jenis
sukan
o Semangat patriotisme
Insentif Ekstrinsik merupakan
penghargaan yang diberikan kepada
seseorang atlit.
o Contoh wang, cendermata,
pingat atau trofi, sijil
penyertaan dan biasiswa
pelajaran
Keberkesanan Insentif intrinsik &
ekstrinsik:
Menggalakkan murid melibatkan diri
dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
Meningkatkan semangat atlet untuk
belatih dengan bersungguh-sungguh
untuk menghadapi pertandingan
Mendorong atlit untuk berjaya dalam
pertandingan akan datang.
Meningkatkan kepuasan atlet kerana
berasa sumbangan mereka dihargai
oleh sekolah, masyarakat atau negara.
DEFINISI INSENTIF
Insentif adalah pengupahan yang
memberikanimbuhan yang berbeza
mengikut kepadaprestasi yang
berbeza.
TUJUAN INSENTIF
Tujuan Pemberian Insentif :
Fungsi utama dari insentif adalah
untukmemberikan tanggungjawab
dan dorongankepada atlet serta
meningkatkan produktivitikerja
individu mahupun kelompok
KEBAIKAN
‡
Memberi sokongan moral kepada
atlet.‡
Merupakan penghargaan kepada atlet
atas usaha keras mereka.
Penyuntik semangat kepada atlet
untukmengekalkan pencapaian.
KEBURUKAN‡
Tidak semestinya menjanjikan
pencapaianberterusan kepada atlet.
(cth: Hafiz Hashim)‡
Perjuangan dipertikaikan. (negara atau
wang?)‡
Atlet-atlet mudah berasa berada dalam
zonselesa.
‡
Atlet tidak menunjukkan prestasi yang
baiksekiranya insentif tidak
memuaskan hati.‡
Memberi tekanan kepada atlet
48
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Perjudian dan sukan
Wang Pertaruhan – bertaruh wang
ringgit untuk menentukan pihak yang
bakal menjadi pemenang.
Rasuah – terdapat pihak tertentu yang
merasuah dan mengatur perlawanan
yang dilangsungkan
Perjudian merupakan satu dosa dan ia
boleh menjauhkan manusia daripada
keberkatan.
Hasil perjudian merupakan hasil yang
tidak halal, maka sumber yang tidak
halal akan menggelapkan hati dan
menjadikan kita jauh daripada
keberkatan.
Perjudian juga akan menimbulkan
suasana yang tidak harmoni di dalam
keluarga dan masyarakat.
Perjudian juga akan menimbulkan
kejahatan atau kemungkaran-
kemungkaran yang lain seperti
penipuan, pencurian, pergaduhan dan
sebagainya yang semua ini ditaja oleh
nafsu dan syaitan.
DEFINISI :
Menurut kamus dewan edisi ke-3
(1997), Perjudian bermaksud
permainan dengan memakai wang dan
lain- lain sebagai taruhan.
Menurut Tesaurus Umum Bahasa
Melayu (1990), judi didefinisikan
sebagai memperjudikan,
mempertaruhkan, mempertarungkan
dan menggadaiakan yang melibatkan
sebagai pertaruhan.
Menurut kamus pelajar cetakan ke-13
(1997), Perbuatan atau hal menjudikan
dengan bertaruhkan wang.
“Perjudian ialah perihal berjudi iaitu
permainan dengan menggunakan
wang atau barang-barang berharga
sebagai taruhan” :Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6(
2007).
Mengapa wujudnya perjudian dalam
sukan?
Kewangan
Hiburan
Bookie (individu atau
organisasi yang
menjadi dalang dalam
menguruskan
perjudian dalam sukan)
JENIS PERJUDIAN DALAM
SUKAN:
Menentukan dan mengatur
perlawanan
Sebelum pertandingan
bermula keputusan
perlawanan sudah ditentukan.
Sogokan akan diberikan
kepada atlet atau pegawai
perlawanan untuk mengatur
keputusan pertandingan.
Bertaruh keputusan
pertandingan
Peminat sukan akan bertaruh
untuk sesuatu pertandingan
contoh bola sepak –
keputusan pertandingan
jumlah jaringan
KESAN RASUAH:
Mencemarkan imej sukan negara
Mutu sukan merosot
Kepercayaan peminat sukan terjejas
49
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Menjejaskan hubungan dalam
pasukan
CARA ATASI:
Menghayati dan mengamalkan Rukun
Negara
Memberi penerangan tentang gejala
rasuah dan perjudian
Penglibatan dalam ceramah agama
dan kursus motivasi
Peranan kelab penyokong
Kebajikan atlet itu dijaga dengan baik
Cabaran sukan membangun masa kini
Infrastruktur dan Fasiliti
Infrastruktur dan kemudahan yang
sedia ada harus diperbetulkan dan
dinaik taraf.
Negara kita kekurangan:
a. Gimnasium
b. Kompleks sukan bertaraf
dunia
c. Gelanggang
Peralatan latihan usang
Aspek penyelenggaraan agak lemah
Kekurangan infrastruktur boleh
mengakibatkan kepadatan jadual
kuliah pelajar yang mungkin boleh
mendatangkan kesan terhadap
keselesaan belajar di kalangan pelajar.
Pelajar hanya memiliki masa yang
terhad untuk mengulangkaji pelajaran
dan bergiat aktif dalam bidang sukan.
“World Class Player”
Melahirkan pemain nombor satu dunia
seperti:
o Datuk Nicole Ann David
o Datuk Lee Chong Wei
Kekurangan:
Jurulatih berpengalaman – Jurulatih
diimport dari luar negara.
Kemudahan – Menyebabkan atlet
dihantar menjalani latihan di luar
negara.
Pakar pemakanan (diet), ahli
fisioterapi dan pakar psikologi
– Untuk meningkatkan prestasi
atlet
Pembangunan atlet
Majlis Sukan Negara & Institut Sukan
Negara
o Melibatkan pusat latihan,
jurulatih, aktiviti program dan
sebagainya.
Kemelesetan ekonomi menjejaskan
program pembangunan atlet.
Banyak syarikat tidak mampu menaja
program, persatuan sukan dan atlet
negara.
Program pembangunan atlet yang
tidak seagresif atlet luar negara.
Pegawai sukan dan jurulatih kurang
bersunguh-sungguh untuk
merencanakan program pembangunan
sukan.
Kerajaan masih dalam proses
mewujudkan pusat kecemerlangan
bagi sukan-sukan tertentu.
Contohnya :
50
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sekolah Sukan Bandar Penawar
Kebajikan atlet - YAKEB
Pusat kecemerlangan atlet – IPTA
Pemilihan beberapa buah IPTA
sebagai pusat kecemerlangan sukan
bagi melahirkan atlet bertaraf dunia
untuk menggantikan atlet yang sedia
ada. Penubuhan sekolah-sekolah
sukan
Kekurangan hubungan yang wujud
antara persatuan sukan dengan
kerajaan.
Perbincangan mengenai sukan yang
wujud adalah terbatas
Persatuan sukan hanya menerima
bantuan dan sokongan kewangan
yang sedikit daripada kerajaan untuk
kegiatan sukan
Badan-badan sukan dan pihak
kerajaan kurang peka terhadap
keperluan masing-masing
Kurangnya kerjasama antara badan
sukan dengan pihak kerajaan
Isu sosiobudaya
Sosiobudaya ialah cara hidup atau
kegiatan manusia dalam sesebuah
masyarakat.
Ia mencerminkan nilai, norma, agama
dan adat resam anggota masyarakat
terdiri ahli keluarga, saudara mara dan
jiran tetangga.
Ia diambilkira dalam sukan dari segi
pemilihan aktiviti sukan & permainan,
pakaian dan idola, perlu mengambil
kira aspek sosiobudaya masyarakat
malaysia.
Pemilihan permainan:
Faktor mempengaruhi :
◦ Agen sosialisasi
◦ Status sosioekonomi
◦ Kemudahan
Agen sosialisasi merupakan individu,
kumpulan atau institusi yang
memperkenalkan aktiviti sukan kepada
seseorang serta mengajar nilai, sikap
dan kemahiran .
◦ Agen sosialisasi keluarga (
ibubapa, kakak, abang, datuk
dll), masyarakat (jiran,
persatuan, institut
keagamaan), Sekolah ( guru &
jurulatih), Rakan (sekelas &
sepasukan) dan Media Massa
(televisyen, suratkhabar,
majalah, ICT)
Status sosioekonomi
◦ Taraf kehidupan manusia dari
aspek ekonomi individu.
◦ Sukan golf & ekuesterian
hanya mampu disertai atlit
sosioekonomi tinggi.
Kemudahan seperti padang,
gelanggang, dewan , kolam, alatan
dan sebagainya.
Pemilihan pakaian:
Pakaian yang sesuai dan mempunyai
ciri keselamatan.
Pakaian sukan merangkumi baju,
seluar dan kasut bersesuaian dengan
aktiviti sukan, budaya dan adat resam
negara.
Faktor penting memilih pakaian sukan
ialah keadaan cuaca, bentuk aktiviti,
perlindungan keselamatan dan identiti.
51
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Pakaian sukan perlu selesa dan
memudahkan pergerakan untuk
mengelakkan kecederaan dan
kemalangan
Ciri-ciri pakaian sesuai untuk cuaca
panas:
◦ Mudah menyerap peluh dan
lembapan
◦ Baju lengan pendek
◦ Pakaian jenis nipis, lembut,
gebu dan selesa dipakai.
◦ Berwarna cerah
◦ Pembebas haba yang baik
Ciri pakaian aktiviti berisiko /
perlindungan khas :
◦ Kalis api , kalis air, tahan
geseran, menyerap hentakan
dan tahan tekanan udara.
IDOLA:
Individu yang disanjung dan menjadi
pujaan orang ramai. Peminat sering
kali meniru gelagat serta tingkahlaku
idola mereka.
Kualiti / ciri istimewa ada pada idola:
◦ Seringkali membantu pasukan
memenangi pertandingan /
kejohanan
◦ Rekod pencapaian cemerlang
seperti pemegang rekod
jaringan gol terbanyak atau
acara lari pecut.
◦ Kemahiran yang tinggi dalam
sesuatu bidang sukan
◦ Tahap kecergasan yang tinggi.
◦ Mempunyai semangat
kesukanan yang tinggi
◦ Mempunyai personaliti yang
menarik
Komersialisme dalam sukan
Sebuah perniagaan yang berasaskan
barangan, kepakaran dan
perkhidmatan sukan.
Contoh Sukan Komanwel, Formula 1
telah membawa masuk berjuta-juta
wang ringgit asing.
Semua keuntungan diperolehi melalui
pengelolaan, pembuatan alatan sukan,
pelancongan, pengiklanan dan
penyiaran. Industri ini telah menjana
keuntungan bagi negara.
FAKTOR PENDORONG
KOMERSIALISME:
Keuntungan
◦ Pihak penaja akan meraih
keuntungan berlipat ganda
melalui penjualan tiket,
penajaan dan hak penyiaran.
Pembangunan sukan negara
◦ Sokongan dan tajaan daripada
pihak swasta dapat
membangunkan program
sukan negara.
Atlet profesional
◦ Kewujudan atlet profesional
yang popular dapat membantu
pihak swasta mengiklan
produk mereka.
Pembangunan teknologi
◦ Perkembangan pesat industri
penyiaran dan multimedia
memudahkan sukan untuk
dipromosikan di seluruh dunia.
Kesan Positif komersialisme dalam sukan:
52
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Membantu membangunkan program
sukan negara melalui tajaan daripada
pihak swasta dengan menyediakan
dana kewangan yang besar.
Melahirkan ramai bintang sukan
bertaraf dunia melalui tajaan dan
sokongan pihak korporat seperti
Shalin, Nicole, Ong Beng Hee
Menyediakan peluang pekerjaan
menerusi sektor-sektor berkaitan dgn
sukan spt pelancongan, perhotelan,
penyiaran dan perkilangan.
Mempromosikan negara ke seluruh
dunia melalui penganjuran sukan
bertaraf antarabangsa
Kesan negatif komersialisme:
Memetingkan keuntungan dan
mengetepikan nilai-nilai murni yang
ingin dibentuk melalui sukan.
Melahirkan atlet yang kurang jati diri,
komitmen dan semangat patriotisme
kerana mereka hanya mengejar
kebendaan.
Membebankan penonton dengan
mengenakan bayaran atau harga tiket
yang tinggi untuk menyaksikan acara
sukan.
Bab 8: nilai dan etika dalam sukan
Etika dalam sukan:
Panduan peranan peserta, penonton,
jurulatih, kumpulan sorak, pegawai,
pengurus dan juga pentadbir sukan.
Untuk menangani insiden negatif
dalam sukan spt caci-mencaci,
pergaduhan, rusuhan dan tingkahlaku
lain tidak beretika.
Semangat Kesukanan ialah kualiti
tingkahlaku yang adil terhadap
pasukan sendiri dan pihak lawan serta
sedia menerima kekalahan dan
kemenangan dgn hati terbuka.
Ciri semangat kesukanan penonton:
Keberanian diri
Ia berani serta berazam
melakukan sesuatu pekara
dgn betul dan bersifat
kemanusiaan.
Mengetahui peraturan dan undang-
undang permainan
ia dapat memahami
keputusan pengadil, beri
komen dgn lebih teknikal,
bernas dan terperinci melalui
saluran betul untuk
penambahbaikan pasukanya.
Sentiasa menghormati pihak lawan &
pengadil
Pihak lawan perlu dihormati,
disambut dan beri layanan
baik.
Pengadil individu mengadili
sesuatu perlawanan.
Penonton perlu bersifat tolak
ansur, bersopan santun,
mengambil berat &
menjalinkan persahabatan dlm
situasi kemenangan @
kekalahan.
Dapat mengawal perasaan diri
Penonton perlu mengetahui
cara menyokong pasukannya
ketika menang & dpt
mengawal perasaan bila
kalah. Sabar & tenang
menerima keputusan.
Kesetiaan kepada pasukan sendiri
Pemain perlu diberi peluang &
galakan peningkatan prestasi
diri dlm pasukan diwakilinya.
53
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Menghargai kemahiran dan
persembahan berkualiti.
Penonton perlu memberi
sokongan kpd persembahan
kemahiran baik, perlakuan ini
menunjukkan kesedaran dan
pengargaan terhadap prestasi
yang berkualiti tanpa mengira
pasukan
Kesan semangat kesukanan kepada
pasukan / negara:
1. Motivasi terhadap pasukan
2. Peningkatan keyakinan diri para
pemain.
3. Para pemain mempamerkan mutu
permainan yang bersih
4. Memberi imej yang baik kepada
negara
5. Memperolehi hak mengelola dan
menganjurkan sesuatu pertandingan
diperingkat antarabangsa.
Permainan bersih
Etika merupakan prinsip, nilai dan
pegangan diterima sebagai panduan
tingkahlaku dlm kehidupan seharian.
Etika ditekankan dalam sukan ialah
permainan bersih .
Amalan permainan bersih pada
o Peserta
o Jurulatih & pegawai sukan
o penonton
Etika peserta-permainan bersih:
Mematuhi semua peraturan dan
undang-undang permainan
Mematuhi keputusan pengadil
Mematuhi arahan jurulatih
Menjaga displin dan maruah diri
semasa perlawanan
Menjaga imej dan nama baik keluarga
dan sekolah.
Menghormati pasukan lawan.
Bermain dengan tenang dan tidak
mengikut emosi.
Bermain dengan adil dan berlaku jujur.
Elak daripada bermain kasar.
Bermain sebagai satu pasukan
Etika penonton –permainan bersih:
Menghormati keputusan pengadil.
Menghormati pemain dan pegawai
pasukan lawan.
Mematuhi peraturan tempat
pertandingan
Menghormati arahan pegawai
pertandingan dan pegawai
keselamatan.
Menjaga displin dan maruah diri.
Menjaga imej dan nama baik keluarga
dan sekolah.
Menjaga kebersihan padang atau
tempat pertandingan.
Menjaga harta awam atau peralatan di
tempat pertandingan.
Menghormati perasaan penyokong
pasukan lawan dan penonton lain.
Sentiasa tenang dan tidak mengikut
emosi.
54
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Etika jurulatih dan pegawai sukan –
permainan bersih:
Mematuhi peraturan dan undang-
undang permainan pada setiap masa.
Menerapkan semangat kesukanan
dalam diri semua atlit
Memastikan keselamatan dan
kebajikan pemain
Sentiasa menjaga displin pemain
Menghormati pasukan lawan.
Mengamalkan permainan yang bersih.
Kesan daripada Permainan Bersih:
Pengadil & pegawai sukan
Kelancaran perlawanan dan
pertandingan
Mengurangkan jumlah pemain
yang dikenakan tindakan
displin.
Mewujudkan keharmonian dan
keselesaan pemain dan
penonton
Pemain
Mengelak daripada berlaku
kecederaan.
Merapatkan hubungan pemain
dengan pasukan yang lain.
Mengajar nilai-nilai penting
seperti semangat kesukanan (
sportmanship)
Meningkatkan imej pasukan
Penonton
Menjadikan aktiviti sukan satu
aktiviti yang menyeronokan.
Meningkatkan minat penonton
terhadap sesuatu acara sukan
Meningkatkan jumlah
penonton
PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM
SUKAN
Apakah isu-isu yang melibatkan dadah
dan sukan?
• Penggunaan drug untuk
meningkatkan tahap keupayaan sukan
bukan sahaja
menyebabkan kesan sampingan yang
buruk tetapi boleh membawa maut
kepada ahliahli sukan tahun demi
tahun.
• Dalam tahun 1967, Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa telah bersetuju
untuk
mengharamkan atau menghadkan
penggunaan sesetengah bahan atau
kaedah yang
boleh meningkatkan tahap keupayaan
atlit.
• Atlit berisiko disingkirkan dari
menyertai pertandingan sekiranya
didapati positif
mengambil dadah terlarang melalui
ujian secara rambang. Mereka juga
akan merana
akibat kesan drug samada secara
jangka pendek dan panjang.
Apakah maksud Drug?
Drug adalah merupakan sesuatu
bahan (selain daripada makanan) yang
apabila diambil, akan menyebabkan
perubahan dalam badan. Jika
perubahan itu memberi manfaat
kepada badan, drug ini disebut
sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini
55
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
membawa keburukan kepada badan,
ianya disebut sebagai racun.
Apakah 'doping'?
'Doping' adalah penggunaan bahan
atau kaedah yang diharamkan untuk
meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku
apabila atlit mengambil ubat untuk
merawat sesuatu penyakit dan tanpa
disedari ubat berkenaan mengandungi
bahan yang dilarang.
Atlit-atlit tertakluk kepada polisi
melarang 'doping' dan
bertanggungjawab untuk menyemak
status bahan-bahan dan ubat-ubatan
yang diambil.
Kenapa sesetengah bahan dan
kaedah diharamkan?
Alasan diharamkan melibatkan
beberapa isu: • Kesihatan - Banyak
bahan boleh menyebabkan kesan
yang tidak baik terhadap kesihatan jika
tidak digunakan dengan betul.
• Etika - Di dalam sesetengah keadaan
bahan-bahan dan kaedah-kaedah
yang diharamkan boleh meningkatkan
tahap keupayaan atlit melebihi tahap
biasa.
• Undang-Undang - Sesetengah drug
adalah haram dan dengan itu
penggunaannya adalah dilarang dalam
sukan.
Apakah polisi penyalahgunaan drug
dalam sukan di Malaysia?
Strategi yang diambil bertujuan untuk :
• Pencegahan
• Pembasmian :
o Salah laku dan penyalahgunaan
dadah
o Sikap dan kebiasaan yang
cenderung ke arah doping
• Memantau :
o Ujian doping di luar pertandingan
o Parameter latihan dan tahap
keupayaan
Langkah berjaga-jaga Sebelum
mengambil sebarang ubat, atlit perlu
mendapatkan khidmat nasihat
daripada doktor, pegawai sukan
bertauliah dan pegawai pusat doping,
jika ingin menyertai acara sukan di
peringkat kebangsaan atau
antarabangsa. Ini adalah kerana
terdapat banyak ubat yang boleh
membawa kesan terhadap tahap
keupayaan atlit.
Kenapa terdapat penyalahgunaan
bahan oleh atlet berlaku sewaktu
pertandingan?
kerana atlet ingin berada atau
mengekalkan tahap kesihatan yang
terbaik di samping sebagai jalan
mudah untuk mengecapi kejayaan
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan
stamina dan tenaga pada tahap yang
tinggi selain bertindak sebagai ubat
tahan sakit sekiranya atlit mengalami
sebarang kecederaan tertentu.
Sebagai bukti, petikan artikel Berita
Harian bertarikh 09 September 2009
menyatakan bahawa pelumba basikal
Negara, Muhammad Fauzan Ahmad
Lutfi mengambil dadah terlarang
kerana ingin berada pada tahap
kesihatan yang terbaik selepas
mendapat tahu dia terpilih buat
mengikuti program latihan elit skuad
trek negara di Australia.
56
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Fauzan, 23 dalam petikan akhbar
menyatakan beliau sebenarnya
mengalami kecederaan otot lutut kiri
yang membuatkan dia bertindak
mengambil keputusan untuk mencari
kaedah perubatan yang lain tanpa
menyedari ubat yang diambil telah diuji
positif sewaktu Mini Olimpik
Apakah contoh penyalahgunaan
bahan yang selalu digunakan atlet
sewaktu pertandingan?
Antaranya ialah dadah rangsangan
jenis nandrolone iaitu sejenis steroid
anabolik yang digunakan oleh atlit
lumba basikal Negara, Muhammad
Fauzan Ahmad Lutfi.
trio atlet menembak Kebangsaan,
Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti
Nur Masitah Badrini juga terpalit
kesalahan dalam penyalahgunaan
bahan terlarang apabila didapati
mengambil dadah jenis propranonol
bertujuan bagi mengurangkan
debaran. (petikan artikel akhbar Berita
Harian, 08 Sept 2009) oleh Norbakti
Alias.
Apakah akibat/ hukuman yang akan
diterima atlet tersebut sekiranya dia
didapati bersalah?
Hukuman penggantungan selama
beberapa tahun dikenakan ke atas
mana-mana atlet yang disahkan
mengambil bahan terlarang tertentu
dalam sukan selain tindakan tataterbib
dikenakan pada atlet tersebut.
Sebagai contoh bagi membuktikan
kenyataan ini, dalam satu pernyataan
artikel akhbar berita harian,
memberitahu MSN mengambil langkah
awal dengan menghentikan segala
bantuan, elaun latihan dan kemudahan
kepada Amirul serta melarangnya
daripada menyertai skuad kebangsaan
untuk menjalani sesi latihan di
Hughou, China.
Bagaimanakah caranya untuk
menyelesaikan masalah
penyalahgunaan bahan yang kerap
berlaku pada era modenisasi ini?
dengan memberi pendedahan yang
lebih mendalam kepada para atlet dan
perkara ini perlu dilakukan pada
peringkat bawahan.
Hal ini boleh dilaksanakan melalui
aktiviti kaunseling, ceramah, kempen
kesedaran dan sebagainya kepada
para atlet agar mereka dapat berusaha
dan bekerja keras dalam mencapai
sesuatu kejayaan.
Selain itu, para atlet juga perlu sedar,
mereka harus bertanggungjawab atas
apa sahaja makanan yang diambil
kerana persatuan mahupun pegawai
sukan tidak boleh memerhatikan
pergerakan mereka sepanjang masa.
Apa sahaja makanan khususnya
makanan tambahan perlu dirujuk
kepada Institut Sukan Negara (ISN)
untuk memastikan `kebersihannya'
daripada dadah larangan.
Keganasan dalam sukan
Berlaku pada atlit, pegawai, jurulatih
dan penonton semasa pertandingan.
Tindakan yang boleh mengakibatkan
kecederaan kepada orang lain atau
kerosakan kepada objek tertentu
seperti perlakuan fisikal, ugutan lisan (
akibat kecederaan mental) .
Lahir daripada perasaan marah, tahap
kebangkitan (arousal) yang tinggi serta
keadaan emosi diluar kawalan.
Punca :
o Faktor Psikologi
57
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
o Faktor persekitaran
o Faktor biologi
Keagresifan berpunca dari faktor
psikologi:
1. Tindakan provokasi
◦ Tindakan mencabar lawan
supaya membuat reaksi balas.
2. Tekanan Emosi : mudah hilang
kawalan berpunca dari stres akibat
◦ Prestasi dibawah jangkaan
◦ Jangkaan kejayaan terlalu
tinggi tetapi diambang
kekalahan.
◦ Provokasi pihak lawan dan
penonton.
3. Jangkaan perlakuan kasar
◦ Individu yang menjangka
bahawa beliau akan dikasari
pihak lawan mempunyai
kecenderungan tinggi untuk
bertindak agresif.
4. Kurang pengetahuan contah :
◦ Dlm sukan terutama
melibatkan kontak, pemain yg
kurang mengetahui peraturan
kontak berkemungkinan
memijak pemain lwn yg
sedang terbaring kerana
beranggapan perbuatan
tersebut tidak menyalahi
peraturan permainan.
◦ Penonton yg kurang
berpengetahuan mungkin tidak
berpuas hati dgn keputusan
pengadil lalu bertindak liar.
Keagresifan berpunca dari faktor
persekitaran:
1. Lokasi pertandingan
◦ Sokongan padu penonton blh
menggalakkan pasukan tuan
rmh bertindak agresif.
Sebaliknya pasukan pelawat
juga blh bertindak agresif
kerana mempertahankan
kedudukan atau akibat
provokasi dpd penonton.
2. Cuaca ketika pertandingan
◦ Bermain ketika cuaca panas
@ hujan boleh menyebabkan
seseorang bertindak agresif.
Cth keadaan padang licin blh
mengakibatkan perbuatan
tidak disengajakan tetapi
disalah anggap sebagai
tindakan kasar oleh pihak
lawan.
3. Keputusan pertandingan
◦ Keputusan perlawanan tidak
dijangka blh merangsang
tindakan agresif. Dlm situasi
ini pemain mungkin berasa
tertekan kerana gagal
mencapai kemenangan.
4. Aspek Keselamatan
◦ Tahap keselamatan yg longgor
dilokasi pertandingan adalah
faktor utama perlakuan agresif
di kalangan penonton.
Tingkahlaku provokasi yg tidak
dihalang juga adalah punca
utama keganasan sukan.
Keagresifan berpunca dari faktor
biologi:
1. Hormon adrenalin
◦ Kajian sains menunjukkan
hormon ini boleh merangsang
perlakuan agresif. Rembesan
58
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
hormon ini meningkat dlm
keadaan suhu tinggi, kelesuan
dan suasana bising.
2. Kesan steroid
◦ Pengambilan steroid memberi
kesan sampingan kepada
mood seseorang. Perubahan
mood yang kadangkala sukar
dikawal boleh mencetuskan
sikap agresif.
3. Kebangkitan fisiologi
Kebangkitan fisiologi ialah fenomena
biasa dikenali “naik semangat”. Setiap
orang mempunyai respons yang unik
apabila mengalami fenomena ini dan
kesannya rembesan hormon adrenalin
meningkat dan ia mangkin kepada
keganasan.
Langkah-langkah meminimumkan
keagresifan dalam sukan:
Mewujudkan sistem kawalan
keselamatan yg ketat.
◦ Memastikan tiada objek
berpotensi dijadikan senjata @
alat provokasi dibawa masuk
ke kaw pertandingan.
Memisahkan penyokong pasukan
lawan.
◦ Pisahkan tpt ddk penyokong
mengelakkan tingkah laku
provokasi. Kawasan penonton
dan pertandingan perlu
dipisahkan dgn meletakkan
pagar.
Menggalakkan role-model yang baik
◦ Ia mempamerkan nilai-nilai
positif yg blh dijadikan teladan
kpd atlit muda.
Memberi ganjaran permainan bersih
◦ cth anugerah fair play utk
permainan bersih.
Menghukum tindakan agresif
◦ Spt penggantungan atlet,
jurulatih & pegawai terlibat dlm
tempoh tertentu.
Mendisplinkan diri
◦ Displin diri yg tinggi asas
kawalan sifat agresif dan ia
boleh dibina melalui
pengetahuan tinggi terhadap
aspek kesukanan diceburi
serta pemupukan nilai positif
spt semangat berpasukan,
setia kawan dan patriotisme.
Menguasai kemahiran pengurusan
stres
◦ Mengekalkan sifat tenang dlm
situasi yg tegang. Jurulatih blh
mengadakan sesi mempelajari
kemahiran pengurusan stress
seiring dgn program latihan
kemahiran yg dijalankan.
Gangguan dalam sukan
Apa itu gangguan dalam sukan?
Gangguan di dalam sukan ialah berbagai
tingkah laku oleh individu atau organisasi iaitu:
1. Provokasi,keganasan,memperkecil
atau mengugut
2. Boleh berlaku kepada individu atau
kumpulan
3. Merujuk kepada perwatakan individu
atau kumpulan tersebut
Perbuatan yang dipanggil sebagai gangguan
adalah tingkah laku yang diaggap tidak
disenangi oleh individu atau kumpulan.
Jenis- Jenis Gangguan Dalam Sukan
59
N.IA
NAMA : PISMP 5C AMBILAN JANUARI 2010 PJM 3112 PPJ
Terdapat 3 jenis iaitu:-
1. Gangguan seksual
2. Kelakuan ganas/ kasar
3. Diskriminasi
Gangguan seksual
Gangguan seksual ialah:-
1. Provokasi secara seksual
2. Permintaan melakukan perbuatan
seksual
3. Perbuatan yang meransang seksual
(lucah samada secara lisan atau
bertulis)
Kelakuan ganas/ kasar
Kelakuan kasar ialah:-
1. Kekasaran secara fizikal (menyerang)
2. Serangan emosi (ugutan, desakan atau
ketidakpuasan hati)
3. Pengabaian (kegagalan memberi
layanan asas fizikal dan emosi seorang
manusia)
4. Penyalahgunaan kuasa (antara
jurulatih-pemain atau pengurus-
pemain)
Rusuhan adalah satu bentuk gangguan
sivil yang terdiri daripada kumpulan yang
tidak teratur dan mengamuk secara tiba-
tiba serta bertindak melakukan keganasan,
laku musnah atau jenayah lain. Sementara
seseorang individu mungkin cuba
memimpin atau mengawal rusuhan,
rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak
teratur.
Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi
kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak
puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan
berlaku kerana keadaan kerja serta taraf
hidup yang teruk, penentangan terhadap
kerajaan, penentangan terhadap cukai,
konklik antara kaum atau agama, ataupun
setelah kekalahan sesebuah pasukan di
sesuatu acara sukan terutamanya bola
sepak.
4 corak kepimpinan
Prinsip belanjawan
Isu politik
Kesan dadah
Recommended