View
2.126
Download
34
Category
Preview:
DESCRIPTION
Pentaksiran autentik
Citation preview
TAJUK TUGASAN :
PENTAKSIRAN AUTENTIK
NAMA : NO. MATRIK :
NORSHAHIDA BT. MOHD SHAH M20122001381
CHEW HOCK KIANG M20122001820
HASLIZA BT YUNUS M20131001140
LAU SHIAU CHING M20131001142
NAMA PENSYARAH :
PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR
KPN6074
PENTAKSIRAN AUTENTIK
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Definisi Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam
konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ia meliputi
pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah
setiap hari.
Menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992), penilaian
autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam
menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam
pentaksiran autentik.
Manakala menurut Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses
yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi
dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan
bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatan sebagai
satu alterbatif kepada ujian tradisional.
Antara ciri-cirinya ialah:
a) berorientasikan proces; membantu menunjukkan bagaimana murid dapat
meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.
b) Bersifat dua-hala; guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak
persepktif diambil kira dalam pernilaian yang dijalankan.
c) Bersistematik; merujuk kepada kriteria yang ditetapkan.
d) Bersifat autentik; berdasarkan kepada aktiviti bilik darjah yang sebenar
e) Bersifat ujian terbuka; lebih dinamik dan fleksibel.
Persekitaran Pembelajaran Autentik
Terdapat kajian menyatakan kebanyakan pengetahuan abstrak yang dipelajari oleh
seseorang pelajar dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi tidak dapat dikaitkan
dengan kehidupan sebenar pelajar atau memberi penyelesaian masalah konteks. Ini adalah
kerana pendekatan yang digunakan tidak saling berkait di antara situasi dengan kognitif.
Apabila pembelajaran dengan konteks dipisahkan, pelajar akan menganggap pengetahuan
itu bukan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah tetapi adalah hasil daripada
pelajarannya (J. Herrington & Oliver, 1999).
Sehubungan dengan itu, Brown et.al (1989b) telah menekankan fokus dalam teori
pembelajaran situasi atau juga dikenali sebagai kognisi situasi (situated cognition) dan
telah menghasilkan satu terjemahan mengenainya. Collins mendefinisikan pembelajaran
situasi ialah idea mempelajari pengetahuan dan kemahiran konteks yang menggambarkan
pengetahuan dapat digunakan dengan baiknya jika dikaitkan dengan kehidupan seharian.
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) merupakan pengajaran yang
melibatkan situasi yang autentik yang membawa pelajar kepada situasi sebenar.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi
Elemen Bagi Pembelajaran
Menerusi Situasi
Garis panduan bagi pengimplementasian
1.Menghasilkan konteks autentik di mana menunjukkan cara ilmu
pengetahuan akan digunakan dalam
kehidupan sebenar
• Persekitaran fizikal.
• Menunjukkan dalam keadaan sebenar.
• Rekabentuk tidak linear.
• Menyediakan sumber yang banyak.
2. Menghasilkan aktivit i-aktiviti autentik
• Aktiviti yang relevan dengan dunia sebenar.
• Aktiviti yang tidak dihuraikan dengan lengkap/sed ia
ada (ill-defined).
• Memberi tugasan yang kompleks.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk memahami
tugasan.
• Masa yang cukup untuk mengkaji.
• Peluang untuk mengenalpasti maklumat yang relevan.
• Peluang untuk bekerjasama.
• Tugasan yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai
situasi.
3. Menghasilkan akses untuk perlaksanaan yang baik dan proses
memodelkan / peniruan kepada konsep
sebenar
• Menggalakkan pemikiran kritis dan proses memodelkan atau meniru sesuatu daripada keadaan
sebenar.
• Membenarkan mereka belajar pada pelbagai aras
kebolehan.
• Berkongsi cerita.
4. Menghasilkan pelbagai
peranan dan perspektif. • Melihat dari pelbagai perspektif terhadap sesuatu
perkara itu serta menggalakkan pelbagai pendapat.
• Peluang untuk menunjukkan pelbagai pandangan dan
persilangan unjuran respon.
5. Menyokong pengetahuan dalam
membentuk kolaboratif
• Tugasan yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan berbanding individu.
• Organisasi bilik darjah dalam bentuk kumpulan-kumpulan keci.
• Struktur insentif yang bersesuaian untuk pencapaian berkumpulan secara keseluruhan.
6. Menggalakkan refleksi • Tugas dari sudut konteks autentik.
• Navigasi yang pelbagai.
• Peluang kepada pelajar untuk membandingkan / menunjukkan perbezaan kemahiran secara positif.
7. Menggalakkan artikulas i • Mampu menerangkan/membentangkan tugasan yang
kompleks dalam penyampaiannya.
• Kumpulan yang cekap mengendalikan penyampaian.
• Persembahan awam berbentuk perdebatan bagi
mempertahankan pembelajaran
8. Menghasilkan pengajaran dan scaffolding
• Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan terbuka.
• Rekabentuk multimedia yang pelbagai.
• Panduan untuk menggunakan program dalam pelbagai
konteks.
• Sokongan daripada pensyarah yang bersesuaian
dengan pengajaran.
9. Menghasilkan penilaian pembelajaran autentik
termasuklah tugasan
• Ketepatan konteks.
• Peluang kepada pelajar untuk memperbaik i
persembahan dan hasil.
• Masa yangbersesuaian kepada pelajar dan usaha secara kolaboratif.
• Kompleks dan cabaran secara tidak berstruktur.
• Penilaian yang mengintegrasikan bersama dengan
aktiviti yang dijalankan.
• Pelbagai penunjuk pembelajaran
• Kesahan dan kebolehpercayaan dengan kriteria untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
Ciri-ciri tugasan autentik
• Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.
• Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dengan tugasan seperti dalam
profesion sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas
biasa dan tidak konteks.
• Tugasan autentik adalah terbuka (ill-defined), memerlukan pelajar
mengenalpasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu
aktiviti.
• Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka
kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah
diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau
satu jenis penyelesaian yang telah sedia ada.
• Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh
pelajar dalam tempoh masa atau jangkamasa yang lebih panjang.
• Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah
lebih baik daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau
penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber
yang benar dan berintelek.
• Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti dan
mengkaji tugasan dari pelbagai sudut perspektif serta menggunakan pelbagai
sumber.
• Tugasan ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenalpas t i
penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi
teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu
perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber
yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad dan dilimitas ikan
bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenalpasti maklumat yang
relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan.
• Tugasan autentik memberi peluang untuk berkolaborasi.
• Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan, samada ketika
dalam mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar, ia lebih
baik daripada pencapaian kejayaan secara individu.
• Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi.
• Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan
dan refleksi semula ke atas pembelajaran mereka samada secara individu
ataupun sosial.
• Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan merentas disiplin
subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan.
• Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai disiplin dan membenarkan
pelbagai peranan serta kemahiran.
• Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian.
• Penilaian bagi aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan
yang lebih besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik, iaitu lebih
baik daripada penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktivit i
sebenar yang berlaku.
• Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna
dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk
memenuhi persediaan sesuatu.
• Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau
berguna, lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan
sahaja atau langkah-langkah persediaan sesuatu.
• Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan
kepelbagaian hasil.
• Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara
terbuka yang semulajadi lebih baik daripada satu sahaja langkah
penyelesaian atau satu sahaja tindakbalas benar yang dihasilkan daripada
satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu.
Pembelajaran autentik dengan bantu ICT
• Pelajar menyesuaikan diri dengan situasi yang bermakna, relevan dan realistik.
• Dapat melihat aplikasi dalam keadaan sebenar. Contoh: senario, kajian kes atau
masalah autentik.
• Menggunakan audio, video, simulasi untuk menyampaikan situasi yang
menyerupai keadaan dunia sebenar yang autentik.
Perbezaan Persekitaran Pembelajaran
Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Baru ICT
Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar
Stimulasi satu deriaan Stimulasi multideriaan
Kemajuan satu hala Kemajuan pelbagai hala
Satu media Multimedia
Tugasan secara berasingan Tugasan secara kolaboratif
Penyampaian maklumat Perkongsian maklumat
Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penjelasan / pertanyaan
Pembelajaran berasaskan fakta Pemikiran kritis dan pembikinan
keputusan
Tindakan reaktif Tindakan proaktif
Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik
Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For
Technology Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco.
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran prasekolah merupakan proses yang sistematik untuk mengumpul
maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap
mereka dengan tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran di peringkat
prasekolah merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan kanak-kanak dari pelbagai
sudut iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Dalam pendidikan, ujian
bertulis merupakan satu kaedah atau mekanisme yang digunakan dalam proses pentaksiran.
Kaedah ini tidak sesuai sekiranya dilaksanakan bagi peringkat awal kanak-kanak. Ini
kerana perkembangan kanak-kanak meliputi pelbagai aspek yang mana ia tidak
memerlukan kaedah ujian sebagai alat untuk mengukur perkembangan mereka.
Memandangkan perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, maka bentuk
dan instrumen perlu berbeza mengikut domain-domain yang ingin dinilai. Justeru itu, satu
kaedah pentaksiran baru perlu dilaksanakan agar lebih menyeluruh dan ini boleh dilakukan
melalui pentaksiran autentik.
Ke Arah Pentaksiran Autentik Prasekolah
Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan peperiksaan tidak
dapat mengukur keseluruhan potensi murid. Peperiksaan berbentuk objektif menekankan
pentaksiran pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan
dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi
sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan kepada pentaksiran autentik adalah
untuk menghendaki murid menggunakan pengetahuan dengan bermakna, mahir
menggunakan pelbagai kemahiran, melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis
dari semasa ke semasa dan merangsang penggunaan kombinasi kemahiran, pengetahuan
dalam dunia sebenar. Selain itu, pentaksiran autentik juga dapat mencungkil kemahiran di
samping memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki diri.
J. Michael O’ Malley , siswazah dari School of Education di Universiti George
Mason menyenaraikan ciri-ciri prestasi murid yang perlu dipertimbangkan dalam
pentaksiran autentik ialah:
Membentuk reaksi : memberi reaksi berdasarkan pengalaman terhadap situasi.
Tahap pemikiran tinggi: Reaksi terhadap soalan terbuka yang menggabungjalinkan kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian.
Kejituan:Tugasan yang bermakna, mencabar dan melibatkan aktiviti dalam konteks
kehidupan sebenar.
Integratif: Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusasteraan dengan pelbagai
kandungan lain yang merentasi kurikulum
Proses dan Produk: Strategi dan prosedur yang membawa peningkatan potensi dan
meneroka penyelesaian terhadap masalah kompleks.
Sehubungan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu
dipertimbangkan sebelum menggunakan pentaksiran autentik.
KEPERLUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DI PRASEKOLAH
Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan kanak-kanak di
prasekolah secara menyeluruh. Pentaksiran ini boleh mencungkil bakat kanak-kanak
kerana sifatnya yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran. Ini terbukti dengan kenyataan
Ratcliff dan Nancy (2002), kemahiran literasi kanak-kanak yang diukur menggunakan
pentaksiran autentik didapati memberi kesan yang positif dalam mengenal pasti dan
melaporkan proses perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di prasekolah.
Selain itu melalui laporan pentaksiran autentik dapat memperbaiki penyediaan guru dalam
proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk ke alam persekolahan yang
lebih tinggi.
Pentaksiran autentik dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu
pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Selain itu, pentaksiran autentik
juga merupakan pentaksiran yang telus yang dapat memberi maklumat terus kepada ibu
bapa tentang perkembangan anak-anak.
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran. Ciri-ciri utama
pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
1. Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi kanak-kanak.
2. Lebih mementingkan proses
3. Dijalankan secara tidak langsung, semula jadi, tidak formal dan dalam keadaan yang tenang.
4. Dijalankan secara berterusan
5. Tidak membanding dan melabelkan murid
6. Bersifat diagnostik iaitu bertujuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.
7. Berfokus kepada tahap perkembangan murid
8. Tugasan pentaksiran menyerupai situasi dan pengalaman murid.
9. Menepati standard pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.
APAKAH YANG DITAKSIR ?
Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkara-perkara
(merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin dikembangkan dalam
diri mereka dikategorikan mengikut 6 tunjang:
- Tunjang Komunikasi
- Tunjang Sains dan Teknologi
- Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai
- Tunjang Fizikal dan estetika
- Tunjang Kemanusiaan
- Tunjang Keterampilan diri
(sila rujuk Lampiran)
BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIEAN DI PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat
pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Untuk
mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang
dan berterusan.
Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran
autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan
tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat evidens
terbaik, konteks yang digunakan untuk mentaksir murid haruslah mengambil kira minat,
budaya, latar belakang sosioekonomi, pengalaman seharian, persekitaran , kekuatan,
ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan .Maka, instrumen yang dirancang perlu fleksible.
Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu
guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat dari
pelbagai sumber akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru
membuat keputusan yang lebih jelas.
Proses Menjalankan Pentaksiran
Merancang
Menentukan konstruk dan kaedah
Membina instrumen
Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi
Melaksanakan pentaksiran
Pemerhatian tingkah laku
Merekod
Menganalisa data yang dikumpul
Tindakan susulan/
Aktiviti Tindakan susulan/
Aktiviti Bolehkah
murid
menguasai
Kemahiran/ Hasil
pembelajaran baru/ ke tahun 1
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SATU PENTAKSIRAN HOLISTIK
Perubahan dalam ekonomi yang memerlukan produk yang lebih berkualiti di mana bukan
sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan, tetapi berkemahiran dalam semua aspek
kehidupan , menjadikan sistem pendidikan juga turut mengalami perubahan.
Pada abad ke 21 dicirikan bahawa pendidikan akan bersifat berasaskan murid,
pembelajaran yang dijalankan bersifat kolaboratif, mementingkan pencapaian dari segi
kemahiran, memerlukan proses yang panjang, mementingkan penguasaan murid ke aras
pemikiran aras tinggi, lebih praktikal, melihat kepada kemahiran hidup, berkumpulan,
komuniti, pentaksiran yang formatif dan murid akan belajar untuk diaplikasikan dalam
kehidupan yang sebenar. Pada abad ke 21, pendidikan berfungsi untuk membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang kreatif ,inovatif
dan berdaya saing ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya dapat
memartabatkan pendidikan di Malaysia. Perubahan tersebut bagi memastikan produk
(pelajar) yang dihasilkan mampu bersaing dalam ekonomi tempatan dan juga global.
Justeru aspek pentaksiran yang lebih efisen dan menyeluruh telah dijalankan.
Pada asasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah lama dijalankan di sekolah oleh
guru-guru, namun keputusan yang diperolehi tidak direkodkan atau diambil kira sebagai
markah untuk pelajar yang di nilai kerana pemarkahan untuk pelajar dinilai hanya
berdasarkan keputusan peperiksaan. Kini dalam sistem pendidikan di Malaysia, PBS
dilihat merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh. Daripada satu kertas kerja yang
dibentangkan oleh Dr khodori Ahmad dalam Kolokium Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah tahun 2012, PBS dilihat sebagai satu pentaksiran yang mampu
menghasilkan generasi yang kreatif dan inovatif yang berupaya untuk berdepan dengan
cabaran dalam abad ke 21. PBS merupakan satu pentaksiran yang holistik atau menyeluruh
kerana PBS merupakan satu pentaksiran yang menilai aspek kognitif, afektif dan
psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan.
Dengan kata lain PBS merupakan pentaksiran terhadap aspek akademik dan bukan
akademik.
Sejauhmana PBS dilihat sebagai pentaksiran yang holistik adalah dengan melihat dari segi
konstruk yang ditaksir, instrumen yang digunakan, orang yang mentaksir, masa
pentaksiran, aspek penskoran dan dari segi perkara dan agensi yang melapor. Ciri tersebut
menjadikan PBS mempunyai persamaan dengan pentaksiran autentik.
Pentaksiran yang bersifat holistik akan dapat memenuhi kehendak yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selain
mengubah kaedah pentaksiran, perubahan juga perlu dilakukan untuk pendekatan dalam
aspek penyediaan kurikulum dan huraian sukatan pelajaran, perubahan oleh guru bagi
kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatan latihan guru dan juga mengubah kaedah
penaziran.
LAMPIRAN
Contoh Konstruk yang ditaksir (TUNJANG)
Untuk mengenal pasti perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan dibuat ke
atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap tunjang di dalam
dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah
Tunjang Konstruk
Komunikasi
BM1 Kemahiran Mendengar
BM2 Kemahiran Bertutur
BM3 Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan
BM4 Kemahiran Membaca Perkataan
BM5 Kemahiran Membaca Ayat
BM6 Kemahiran Mencerita Semula
BM7 Kemahiran Menulis
Kemanusiaan
KM1 Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga Rakan, Sekolah, Komuniti.
KM2 Amalan sikap yang baik dalam hubungan antara diri dengan Keluarga
Rakan, Sekolah, Komuniti.
KM3 Amalan tabiat menjaga alam sekitar
KM4 Pengetahuan asas tentang warisan budaya tradisional pelbagai kaum di Malaysia
KM5 Pengetahuan asas tentang Negara Malaysia
KM6 Amalan cintakan negara
Tunjang Konstruk
Keterampilan Diri
Perkembangan
Sosioemosi
SE1 Kemahiran mengenali dan mengurus emosi sendiri ``
SE2 Kemahiran mencapai emosi yang positif
SE3 Kebolehan membina kemahiran sosial
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Perkembangan Fizikal
FZ1 Kemahiran motor halus
& Penjagaan
Kesihatan
FZ2 Kemahiran motor kasar
FZ3 Kemahiran menjaga kebersihan diri
FZ4 Mengamalkan tabiat pemakanan yang berkhasiat
FZ5 Kemahiran menjaga kebersihan persekitaran
FZ6 Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit
FZ7 Pengetahuan tentang sumber bahaya
Fz8 Mengamalkan langkah-langkah menjaga keselamatan
diri
Kreativiti
KR1 Kemahiran menghasilkan karya seni visual secara kreatif
KR2 Mengamalkan sikap apresiasi seni
KR3 Kemahiran dalam menyanyi
KR4 Kemahiran Memainkan alat perkusi
KR5 Kemahiran Gerakan Kreatif
KR6 Kemahiran Berlakon dan main peranan
Sains dan Teknologi (perkembangan kognitif)
Awal Sains ST1 Kemahiran memerhati
ST2 Kemahiran merekod hasil pemerhatian
ST3 Kemahiran membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai
ST4 Kemahiran membanding dan membeza
ST5 Kemahiran meengelas
ST6 Kemahiran membuat ramalan
ST7 Kemahiran menyelesai masalah
ST8 Kemahiran membuat seriasi
ST9 Kemahiran mengecam corak berulang dan membina
pola
ST10 Pengetahuan tentang nombor 1-20
ST11 Pengetahuan tentang 20,30,40,50
ST12 Kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10
ST13 Kemahiran menyelesai operasi tolak dalam lingkungan 10
ST14 Kemahiran mengecam duit yang berlainan nilai
ST15 Pengetahuan tentang konsep masa
ST16 Pengetahuan tentang kedudukan objek dalam ruang
ST17 Pengetahuan tentang bentuk
ST18 Kemahiran membuat pembinaan
ST19 Kemahiran menggunakan komputer
Tunjang Konstruk
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam PI1 Pengetahuan tentang Rukntanun Islam
PI2 Pengetahuan tentang rukun Iman
PI3 Pengetahuan Kalimah Syahadah
PI4 Pengethuan dan kebolehan melakukan ibadah
PI5 Pengetahuan tentang Sirah tentng Rasulullah SAW
PI6 Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW
PI7 Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran
PI8 Pengetahuan Asas Tulisan Jawi
Pendidikan Moral
PM1 Mengamalkan nilai baik hati
PM2 Mengamalkan nilai bertanggungjawab
PM3 Mengamalkan nilai berterima kasih
PM4 Mengamalkan nilai berhemah tinggi
PM5 Mengamalkan nilai hormat-menghormati
PM6 Mengamalkan nilai kasih sayang
PM7 Mengamalkan nilai keadilan
PM8 Mengamalkan nilai keberanian
PM9 Mengamalkan nilai kejujuran
PM10 Mengamalkan nilai kerajinan
PM11 Mengamalkan nilai kerjasama
PM12 Mengamalkan nilai kesederhanaan
PM13 Mengamalkan nilai toleransi
PM14 Mengamalkan nilai berdikari
PM15 Mengamalkan nilai berdisplin
Jika diteliti pentaksiran autentik telah diterapkan dalam panduan perkembangan pembelajaran murid. Sebagai contoh tugasan yang
telah diberikan kepada pelajar untuk mencapai band 6 bagi tema Hubungan Kekeluargaan pelajar tingkatan 2 akan diberi tugasan secara
pentaksiran autentik terbuka.
Bagi mentaksir pelajar mencapai band 6 pentaksiran autentik terbuka boleh digunakan. Guru boleh mentaksir pelajar dengan lebih
baik jika pentaksiran autentik ini disertakan dengan rubrik. Contoh rubrik yang dibina adalah seperti di bawah.
NAMA PELAJAR : ____________________________________________________________
TINGKATAN : ____________________________________________________________
PETUNJUK:
Lembaran ini diisi untuk menilai gerak kerja secara berkumpulan. Berikan tanda (/) pada kolum skor sesuai dengan hasil lakonan
pelajar, dengan kriteria seperti berikut:
4= Sangat berpuas hati 3= Berpuas hati 2= Kurang berpuas hati
1= Tidak Berpuas hati
No.
Aspek Pengamatan Skor Keterangan
1 2 3 4
1. Ahli kumpulan pelajar dapat menyatakan cara menyelesaikan konflik yang dihadapi
2. Ahli kumpulan pelajar dapat membuat pilihan yang bijak untuk menyelesaikan konflik
3. Ahli kumpulan pelajar dapat menunjukkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk menyelesaikan
konflik yang dihadapi
4. Ahli kumpulan pelajar menghayati lakonan dengan sangat baik
5. Kerjasama antara ahli kumpulan pelajar dengan sangat baik
JUMLAH SKOR
PETUNJUK PENSKORAN
Nilai diperoleh:
Baik sekali : Apabila memperoleh skor 16-20
Baik : Apabila memperoleh skor 11-15
Sederhana : Apabila memperoleh skor 6-10
Kurang Baik : Apabila memperoleh skor 1-5
Recommended