Teori kritik fatwa ustaz wan ji

Preview:

Citation preview

TEORI KRITIK FATWA

Oleh;

Wan Ji bin Wan Hussin

METODOLOGI1. Tengok jenis fiqh?

• Fiqh Ibadat• Fiqh selain ibadat

2. Ijmak atau tidak?• Ijmak tasrihi• Ijmak sukuti

3. Ada nas atau tidak?• Sareh atau tidak sareh• Subut qatie atau zanni• Dilalah qatie atau

zanni

4. Percanggahan;• Akal• Usul agama• Nas-nas lain

5. Maqasid/ijtihad tanzili;• Manat/maqasid• Wasail• Maalat • Masa, tempat dan situasi

6. Kesimpulan dan Aqwal ulama

PERTAMA :

FIQH

• Fiqh Ibadat

“asal perkara ibadat adalah haram, selama tiada nas yang saheh dan sareh yang menyatakan keizinan”

“asal perkara ibadat adalah haram, selama tiada nas yang saheh, walaupun tidak sareh menyatakan keizinan”

Contoh : Tahlil arwah, membaca al-Quran di kuburan, sedekah bacaan al-Quran kepada si mati dan sebagainya.

• Fiqh Selain Ibadat;

“Asal sesuatu perkara adalah harus, selama tiada nas yang saheh dan sareh menyatakan sebaliknya”

“Asal sesuatu perkara adalah harus, selama tiada nas yang saheh (walaupun tidak sareh : berhukum pada manat) menyatakan sebaliknya”

Contoh : hukum demokrasi, hukum perbankan, hukum kad kredit dan sebagainya.

KEDUA :

JENIS IJMAK

IJMAK : SUKUTI ATAU TASRIHI

Ijmak : kesatuan keputusan dalam kalangan semua ulama yang berijtihad.

Ijtihad terbahagi kepada dua;1. Dalam memahami nas 2. Dalam menentukan keperluan zaman, masa dan

situasi.

IJTIHAD DALAM MEMAHAMI NAS

Contoh;maksud solat adalah beberapa perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam. *Ijtihad ini disepakati ulama, maka ijmak. Menyalahinya, rosak aqidah

Contoh : perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja (ulama tidak sepakat dalam isu mengeluarkan mani dengan sengaja. Al-Syaukani dan Albani menyatakan tidak batal puasa). *ijtihad disepakati ulama (ijmak) – memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka. Menyalahinya, rosak aqidah.*ijtihad tidak disepakati – mengeluarkan mani dengan sengaja.

IJTIHAD YANG PUNYAI KAITAN MASA, TEMPAT DAN SITUASI

Contoh;Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah pada era sahabat. * Berbeda pendapat dalam ijmak dalam perkara sebegini tidak merosakan aqidah, kerana ia berkaitan faktor masa, tempat dan situasi tertentu.

IJMAK TASRIHI & SUKUTI

• Ijmak tasrihi o semua ulama bercakap, o Contoh : maksud solat dan puasa.

• Ijmak sukuti o apabila seseorang mujtahid mengeluarkan sesuatu pandangan yang

diijtihadkan, lalu dalam kalangan mujtahid lain tidak bantah dan berdiam diri.

o Contoh : membunuh dalam kesalahan murtad dan hukuman rejam bagi kesalahan zina muhsan

IJMAK SEBAGAI HUJAH

• TASRIHIo Ia merupakan hujah dalam agamao Menyalahinya boleh merosakkan aqidah

• SUKUTIo Mazhab syafie, amidi, kurkhi – bukan hujah dan bukan ijmako Abu Hamid al-asfarayini – ijmak dan jadi hujaho Abu Hashim – hujah, tp bukan ijmak.

KETIGA:

TENGOK KEADAAN NAS

SAREH DAN SAHEH/ TIDAK SAREH DAN TIDAK SAHEH

• Hukum sareh : sesuatu hukum yang mencapai tahap qatie dilalah, walaupun zanni subut.

• Hukum tidak sareh : Sesuatu hukum yang tidak mencapai tahap qatie subut dan dilalah, sama ada ia zanni subut dan dilalah, atau qatie subut dan zanni dilalah.

SUBUT• QATIE SUBUT : Sesuatu kehadiran nas secara

pasti, seperti al-Quran dan hadis-hadis mutawatir.• ZANNI SUBUT : sesuatu kehadiran nas secara

tidak pasti. Namun, penerimaan berdasarkan kajian, seperti hadis ahad yang dijadikan hujah jika saheh, dan tidak dijadikan hujah jika palsu atau doif.

DILALAH• QATIE DILALAH : sesuatu pendalilan yang dicapai

secara pasti, seperti kewujudan dua khutbah bagi solat jumaat.

• ZANNI DILALAH : sesuatu pendalilan yang tidak capai tahap pasti, namun tidak semestinya ditolak, seperti penentuan makna quru’ sebagai suci oleh Syafie, dan haid oleh Hanafi.

CONTOH SAREH• Solat jumaat dengan dua khutbah

o Hadis tentang dua khutbah adalah hadis ahad (zanni subut)o Hukum dua khutbah adalah qatie dilalah.

• Perempuan yang ditalak, perlu ada eddaho Al-Quran (qatie subut) menjelaskan bahawa perempuan ditalak perlu

ada eddah (qatie dilalah).

CONTOH TAK SAREH• Muzik

o Subut hadis : dikhilafi antara al-Bukhari dan Ibn Hazmo Dilalah hadis : kalimah “al-Maazif”, ada terjemahkan sebagai muzik,

dan ada terjemahkan sebagai alat-alat melaghakan.

• Perempuan haid duduk dalam masjido Subut hadis : khilaf antara ulama hadis (al-Qaradawi anggap doif)o Dilalah hadis : apabila doif, maka tidak boleh buat hujah. Justeru,

kembali kepada hukum asal.

• Kanak-kanak boleh berkahwino Subut hadis : umur Aisyah 7 tahun, hadis al-Bukhari, tetapi hadis

tersebut bercanggah dengan akal dan hadis-hadis yang laino Dilalah hadis – implikasi perlaksanaan memburukkan imej Islam.

• Sedekah bacaan al-Quran kepada si matio Subut hadis – tiada amalan nabi dan para sahabato Dilalah Hadis – khilaf : 1- Melarang kerana anggap ia bidaah. 2- izinkan,

kerana merujuk kepada manat (sedekah pahala pada ibadat badaniyyah, krn ada hadis tentang sedekah pahala sedekah, haji badal dll)

KEEMPAT:

TENGOK PERCANGGAHAN

ASAS PERCANGGAHAN

• AkalPerkara tak masuk akal, bukan perkara tak difahami akal*sebab – akibat, implikasi.

• Asas/dasar IslamRahmat, adil, kemanusiaan dll

• Nas-nas yang lain.Percanggahan sesama nas al-Quran, sesama hadis, atau antara al-Quran dan hadis.

• Jika tidak boleh diselaraskan, maka perlu takwil

• Jika tidak dapat ditakwil, maka ditolak.

Contoh:• Umur Aisyah kahwin dengan nabi 7 tahun

o Bercanggah dengan asas agama (akhlak Nabi saw tinggi) o Bercanggah dengan hadis-hadis yang lain (umur Aisyah 19 tahun)

• Membunuh sadis seperti rejamo Bercanggah dengan asas agama (rahmat), o Bercanggah dengan akal (Saidina Umar dakwa kalau tidak kerana

bimbang orang marah, pasti dia dah bubuh ayat rejam dalam al-Quran) o Bercanggah dengan hadis-hadis yang lain (suruh bunuh dengan baik)

• Membunuh pada kesalahan murtado Bercanggah dengan asas agama (kebebasan)o Bercanggah dengan al-Quran (jaga nyawa)o Bercanggah dengan akal (hukum zanni didahulukan hukum qatie)

KELIMA :

MAQASID DAN IJTIHAD TANZILI

APA MAKNA IJTIHAD• Dalam al-Risalah (Imam Syafie) ditanya; Apa itu

Qiyas, apakah ia ijtihad atau ia ada dua perkara yang berbeza?. Aku (syafie) berkata, “Ia adalah dua nama bagi satu makna”

• Al-Qaradawi : o Ijtihad intiqaie (pilih pendapat ulama)o Ijtihad Insyaie (mengambil kesimpulan hukum baru dalam sesuatu

masalah)

• Pada ramai ulama;o Ijtihad Bayani (penjelasan hukum-hukum syarak)o Ijtihad Qiyasi (membandingkan hukum realiti dengan hukum-hukum sedia

ada dalam nas)o Istislahi (menemukan hukum berdasarkan kemaslahatan ketika ketiadaan

nas)

• Perbincangan ini tentang ijtihad:o Ijtihad Fi Fahm al-Nusus (dalam memahami Nas)o Ijtihad Fi al-Tanzili (dalam mengadaptasikan hukum)

• Abd Allah Darraz menyatakan bahawa ijtihad itu adalah; “Mencurahkan kemampuan dan sehabis daya, sama ada untuk mengetahui hukum syara’ atau dalam mengadaptasikan hukum syara’ tersebut”

 األحكام , درك فى إما الوسع غاية بذل و الجهد استفراغ

تطبيقها فى وإما الشرعية

DILIHAT PADA;• Manat/maqasid (tujuan dan pengikat hukum)• Wasail (Mekanisma mencapai tujuan)• Maalat (implikasi atau kesan sampingan)• Hukum berkaitan dengan masa, tempat dan

situasi.

BAHAGIAN MAQASID• Maqasid terbahagi kepada empat;

o Maqasid umumo Maqasid khususo Maqasid kullio Maqasid juzie

Maqasid umum• Ia adalah perkara dasar bagi agama, yang

mustahil tidak wujud dalam agama.• Antara maqasid umum adalah;

o Keadilano Kemanusiaano Ketenangan jiwao Kemaslahatan kepada manusiao Rahmat sekelian alamo Amanah.

Maqasid khusus• Maqasid yang berlegar pada bab-bab khusus

dalam syariah• Contoh;

o Fiqh ibadat – Hampir diri kepada Allah | Kenal Allaho Fiqh Jinayah – pencegahan penjenayah | pencegahan orang lain |

hilangkan dendamo Fiqh Muamalat – saling redha meradhai | Saling bantu membantuo Fiqh Munakahat – Keturunan | kasih sayango Fiqh Jihadat – keamanan

Maqasid kulli• Ia adalah roh bagi syariah• Ia merangkumi jaga lima perkara;

o Nyawao Agamao Keturunano Akalo Harta

• Ditambah oleh al-Qarafi – jaga maruah

Maqasid juzie• Berlaku pada kes-kes tertentu• Contoh;

o Larangan melabuhkan pakaian – sebab sombongo Haram riba – sebab penambahan.o Haram arak – sebab mabuk.o Sedekah bacaan al-Quran kepada si mati – Ibadat badaniyyah.

Pertembungan maqasid umum - khusus

• Fiqh Muwazanat sebut;o Maslahah umum didahulukan dari maslahah khususo Dibolehkan lakukan mafsadah khusus demi mencapai maslahah umum

• Saidina Umar tangguhkan hukuman potong tangan tahun kebuluran sebab elak kezaliman (berhukum pada orang yang terpaksa mencuri)

Wasail• Ia adalah penghubung atau mekanisma kepada

tujuan (maqasid)• “perkara yang membawa kepada haram, maka

hukumnya juga ada haram” – “tidak sempurna buat perkara wajib kecuali buat perkara itu, maka buat perkara itu adalah wajib”.

• Wasail;o Ada nas yang qatie – Solat, zakat, hindari zina, tidak minum arako Ada nas yang tidak qatie – perang, jizyah, hukum hambao Tiada nas – demokrasi, kaedah atasi rasuah, kaedah atasi zina.

Ma-alat• Al-Quran melarang mencela sembah-sembahan

selain Allah, bimbang mereka cela Allah tanpa ilmu dan prejudis (Surah al-An’am, ayat 108)

• Dosa besar, adalah mencela ibu bapa kawan, sebab kawan akan cela ibu bapa kita (hadis)

• “kalau tidak kaum kamu baru sahaja meninggalkan kekufuran, sudah pasti aku lakukan (perubahan pada binaan kaabah)” (hadis)

Bentuk Ma-alat• Implikasi mafsadah besar – Haram (cela

sembahan, datang celaan balas dan prejudis)• Implikasi kurangkan mafsadah - Halal, jika

wasailnya mafsadah besar (masuk gereja untuk baiki imej Islam)

• Implikasi maslahah besar – Halal, jika wasailnya mafsadah kecil (bertunang, tengok perempuan | berbohong untuk elak pergaduhan)

Hukum berdasarkan tempat, masa dan situasiIbn Qayyim al-Jauziyyah : “Telah terbukti bahawa Pengharaman dan harus itu terikat dengan kemaslahatan. Ia boleh berlaku perubahan berdasarkan perubahan masa, tempat dan situasi. Ada sesuatu itu haram pada satu millah, tetapi tidak pada millah yang lain; haram pada satu ketika waktu, tetapi tidak pada ketika waktu yang lain; haram pada di sesuatu tempat, tetapi tidak haram pada tempat yang lain, haram pada situasi tertentu, tetapi tidak pada situasi yang lain. Perkara ini diketahui secara pasti dalam syariah. (Ilam Muwaqqi’in : 2/87)

بإختالف يختلفان إنما و ، للمصالح تابعان اإلباحة و التحريم أن ثبتدون ملة فى حرا;ما الواحد الش;يء فيكون ، الحال و ا;لمكان و الزماندون حال وفى ، مكان دون مكان فى و ، وقت دون وقت فى و ، ملة

الشرا;ئ. من باإلضطرار معلوم وهذا عحال

tempat• penurunan al-Quran di peringkat Mekah dan

Madinah. Di peringkat Mekah, perang terlarang. Selepas berada di pemerintahan Madinah, membalas serangan dari pihak musuh dibenarkan.

• Amru bin al-As yang menunaikan solat hanya bertayammum sahaja ketika berjunub dalam satu permusafiran, iaitu di satu tempat yang terlalu sejuk

• Umar bin al-Khattab tidak membahagikan harta rampasan perang kepada para tentera dalam peperangan di Iraq. Ini kerana, keperluan di situ untuk menguatkan perolehan Bait al-Mal dan menjaga keperluan warga tempatan

Masa • larangan Nabi SAW di peringkat awal Islam dari

umat Islam menziarahi kubur• Nabi SAW dan Abu Bakar al-Siddiq menetapkan

hukuman sebat sebanyak empat puluh sebatan kepada peminum arak, tetapi disebat sebanyak lapan puluh sebatan kepada peminum arak pada era pemerintahan Umar bin al-Khattab

situasi• Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengizinkan orang muda dari

mencium isterinya ketika dia sedang berpuasa, sedangkan Nabi SAW mengizinkannya kepada orang tua

• Abu Hanifah menfatwakan keizinan sementara kepada orang Farsi yang baru sahaja memeluk Islam bahawa menunaikan solat dengan membaca bacaan solat dalam bahasa Farsi, ekoran kesukaran mereka menyebut sebutan arab

• Al-Imam al-Nawawi ada mengisahkan tentang seorang lelaki bertanya kepada Ibn Abbas tentang taubatnya; “Daripada Ibn Abbas, sesungguhnya beliau ditanya berkenaan taubat pembunuh. Beliau menjawab, “tiada taubat baginya”. Lalu ditanya pula lelaki yang lain tentang taubat orang yang membunuh. Beliau menjawab, “Taubatnya di terima”. Kemudian dari itu, Ibn Abbas berkata, adapun orang yang pertama itu, aku melihat pada dua matanya wujud perasaan marah yang dia mahu membunuh orang lain. Adapun yang kedua, dia datang dalam keadaan tenang

KEENAM:

KESIMPULAN DAN ANALISA PERKATAAN ULAMA

HUKUMAN BUNUH KESALAHAN MURTAD

• Fiqho Bukan fiqh ibadat

• Ijmako Ijmak sukuti, bukan ijmak tasrihi

• Nas – tidak sareho Hadis itu doif di sisi kebanyakkan ulama.o Diandaikan saheh : hadis itu tidak qatie dilalah. o Dalam al-Quran tidak ada hukum bunuh kecuali Qisas dan Muharabah.

• Percanggahano Nas :

• Bunuh orang murtad bercanggah dengan umum al-Quran (jaga nyawa adalah Qatie)

• Nabi Muhammad tidak membunuh orang murtad.

o Dasar agama;• Bercanggah dengan konsep kebebasan dan konsep rahmat

o Akal• Zanni didahulukan berbanding Qatie

• Maqasido Manat : Menjaga agamao Wasail : hukuman bunuho Ma-alat : orang yang terbunuh, mati dalam keadaan tidak beriman

(ayat al-Quran : jangan mati kecuali atas nama Islam)

* Jangan mahu menjaga agama, sampai bercanggah dengan al-Quran suruh mati dalam keadaan Islam.

• Kesimpulan/aqwal ulamao Hukuman bunuh terhadap riddah muharabah (murtad yang disertakan

pemberontakan, seperti tindakan Abu Bakar al-Siddiq) (Taha Jabir)o Tiada hukuman bunuh terhadap riddah mujarradah (murtad tanpa

memberontak, sebaliknya berdiam sahaja). (al-Raisuni)

HUKUMAN REJAM• Fiqh

o Bukan fiqh ibadat

• Ijmako Ijmak sukuti

• Naso Hukuman rejam tak ada dalam al-Qurano Hadis tentang rejam tidak sareh (Hadis diragui dari sudut sanad dan

matan)

• Percanggahano Nas-nas;

• Al-Quran kata jaga nyawa, tp rejam dibunuh.• Hadis kata, bunuh elok-elok, sedangkan rejam bunuh tidak elok.

o Dasar agama• Membunuh dengan rahmat, sedangkan rejam bunuh tidak ada

rahmat.

o Akal• Jaga Nyawa adalah hukum qatie, sedangkan keizinan bunuh

dengan rejam nas yang zanni.

• Maqasido Manat : Jaga keturunano Wasail : bunuh sadis (rejam)o Ma-alat : Islam kelihatan agama sadis dan hilang sifat rahmat.

*jangan hendak menjaga keturunan sampai menghilangkan dasar bagi Islam, iaitu sifat rahmat.

• Kesimpulan/aqwal ulamao Hukuman rejam bukan hudud, tetapi takzir (al-Zarqa)o Hukuman rejam adalah syariah yahudi (Abu Zuhrah)

BAKAR TAWANAN PERANG

• Fiqho Bukan fiqh ibadat

• Ijmako Tidak diijmakkan, sama ada tasrihi atau sukuti

• Naso Tiada nas sareh. Namun, digunakan alasan nas tidak sareh (Qisas)

• Percanggahano Nas-nas

• Hadis : apabila bunuh, maka bunuh elok2.• Hadis : tidak boleh mengazab menggunakan api kecuali Allah

sahaja.

o Dasar agama• Sifat rahmat bagi Islam, sedangkan bakar hidup2 tawanan perang

tidak bersifat rahmat.

o Akal• Jaga nyawa adalah qatie, sedangkan keizinan bakar itu tiada nas

dan hanya pandangan mereka sahaja (waham). Qatie didahulukan berbanding waham.

• Maqasid:o Manat : Jaga nyawa | hilangkan dendamo Wasail : bakar manusia hidup2 (sadis)o Ma-alat : Imej Islam kelihatan sebagai sadis, tiada kemanusiaan.

*jangan kerana hendak menjaga nyawa | hilangkan dendam, sehingga imej Islam semakin menjadi buruk.

• Kesimpulano Membakar manusia hidup-hidup bercanggah dengan hadis yang

menyatakan tidak boleh azab manusia dengan api (Abdullah bin Bayyah)

Wallahu ‘Alam