Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    1/34

    Syeikh Daud al-FathoniKoleksi Tulisan Allahyarham: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAHNAMA penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daudbin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan

    Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela binMustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullahbin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.

    Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani inimempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan AbdulRasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijahbin Abdullah al-Fathani.

    Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Faqih Ali. Rujukan asal yangmengatakan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Faqih Alidiperolehi tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan iaitu:Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang mengambang di tepi langit,tersebutlah cerita anak raja Bugis lari daripada saudaranya menumpang sebuahbahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri rumah LaksamanaKota Tinggi, dipanggil Andik Ali.

    Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dandipeliharanya sebagai anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudiandiperjodohkan dengan anaknya Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu AndikAli serta dengan isterinya pun beredar ke Patani menumpang di rumah MekongDamit Kampung Bira pada tahun 1049 H.Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya dan berpelajaran orang di Patani

    memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri kepada Ce Dewi anak Sri Biji Diraja.Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 M.

    Berbalik kepada Syeikh Daud al-Fathani, beliau dilahirkan di Kampung ParitMarhum, Kerisek, Patani. Kota Kerisek ini terkenal dalam sejarah kerana disinilah Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggaldan mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur.Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihanpendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapakeluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.

    Sheikh Daud dan ilmu pengetahuanAyah Sheikh Daud iaitu Sheikh Wan Abdullah dan datuknya Sheikh Wan Idrisadalah ulama besar untuk zamannya. Sejak kecil Sheikh Daud al-Fathaniditanam dan dididik dengan ajaran Islam oleh datuk dan ayahnya.Tambahan pula menjadi tradisi zaman itu di Patani sentiasa diperkenalkan Islamsejak kanak-kanak lagi. Anak-anak yang berumur lima atau enam tahun dipaksasupaya menghafal pengetahuan mengenal Allah (ilmu tauhid), dan seterusnya

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    2/34

    diberi pelajaran nahwu dan sharaf juga secara menghafal.

    Syeikh Daud al-Fathani telah melalui kesemua sistem pendidikan tradisionalyang ada di Patani pada ketika itu.Pada peringkat awalnya Syeikh Daud berguru dengan kaum keluarganya sendiri

    yang memang terkenal alim. Seorang daripada mereka ialah bapa saudaranya,Sheikh Shafiyuddin.Ada yang berpendapat bahawa Sheikh Daud al-Fathani menerima pelajaranasasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan SheikhMuhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama dua tahun. SheikhMuhammad Zain al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh.

    Namun yang dapat dipercayai bahawa Sheikh Daud al-Fathani dan kawan-kawannya telah belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah.Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani.Setelah demikian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulangke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri.Namun timbul krisis peperangan antara Patani dengan Siam pada ketika itu.

    Diriwayatkan bahawa beliau melibatkan diri dalam peperangan itu, terjun secaralangsung di gelanggang jihad fi sabilillah.Apabila terjadi peperangan tersebut, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama beberapa pelarian politik. Sampai di Mekah, beliau dilantik menjadi KetuaSheikh Haji dan beliau adalah orang pertama dilantik secara langsung sebagaiketua. Beliau juga melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobibeliau, di samping mengajar di Masjidil Haram. Karangannya dalam dua bahasaiaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab.

    Karangan beliau dalam bahasa Arab tidak banyak tersebar di Asia Tenggara.Adapun dengan bahasa Melayu tersebar secara meluas, walaupun di zamannyamasih merupakan kitab tulisan tangan sahaja kerana belum ada yang bercetak.

    Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan. Antaralain tulisan beliau: Maka lazimkan olehmu hai saudaraku dengan menuntut ilmuyang fardu ain yang wajib atasmu. Belajar akan dia pada syarak supaya engkaudapat sahkan iktikad kamu dan ibadat kamu. Dan supaya sejahtera daripadaseksanya. Dan supaya engkau akan dapat pahala, keredaan dan kasihnya.Pada mukadimah karyanya Bughyatuth Thullab, beliau menulis, ertinya Danadapun kemudian daripada itu maka bahawasanya beberapa nafas yang cerdik-

    cerdik yang menuntut bagi beberapa martabat yang tinggi-tinggi sentiasaperangainya itu di dalam menghasilkan beberapa ilmu syarak.

    Beliau juga membuat penafsiran dalam beberapa hadis. Antaranya hadis berikut,Sedikit Fiqhi itu lebih baik daripada banyak ibadat yang ertinya: Barang siapabelajar ilmu dan tiada berkehendak dengan dia akan wajah Allah s.w.t., tiadakerana-Nya melainkan supaya mengena dengan dia akan kehendaknya daripadadunia tiada akan bilik syurga yang ke atas pada hari kiamat.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    3/34

    Beliau mengulas tentang hadis-hadis tersebut dalam Bughyatuth Thullab sepertiberikut: Maka dapat difahami hadis ini, tiada dipuji daripada kelebihan ilmu itumelainkan jikalau ada qasadnya dan tuntutnya itu berkehendak dengan dia akanwajah Allah s.w.t. dan berkehendak ia mengeluarkan dirinya daripada kelamkabut jahilnya kepada Nur ilmu.

    Maka jika ada qasadnya akan dunia seperti harta atau kebesaran atau gelaranatau kemegahan atau masyhur atau melengkapi muka manusia kepadanya danlainnya maka iaitu dicela seperti barang yang tersebut pada hadis itu.Menurut beliau lagi: Maka tatkala adalah kelebihan ilmu demikian itu makasebenarnya bahawa tiap-tiap orang yang kasih bagi dirinya kebajikan makahendaklah ia ijtihad atas qadar kuasa pada menghasilkan dia, kadang-kadangmengaji, kadang-kadang mengajar, kadang-kadang menunjukkan orang yangjahil satu bab daripada masalah memberi manfaat pada agama istimewa pulajikalau lebih lagi.

    Daripada kalimat-kalimat beliau itu dapatlah kita fahami bahawa seseorangIslam yang bertanggungjawab adalah terlebih dahulu memberikan pendidikanagama Islam kepada anak-anaknya. Ini adalah merupakan kewajipan agamaIslam.Adapun pendapat Sheikh Daud al-Fathani bahkan ulama-ulama di zamanlampau lebih terikat dan menitikberatkan pendidikan Islam berbandingpendidikan lainnya. Menurut Islam, yang utama dipelajari ialah belajar akanmemberi faham dua kalimah syahadat, wajib taharah (bersuci), solat, puasa,hukum zakat, hukum berjual-beli menurut Islam dan lain-lainnya, semuanyatelah diatur dalam fikah Islam.Sheikh Daud al-Fathani dalam Bughyatuth Thullab berkata: Selagi seseorangmasih tidak mengerti akan seluk belok tentang keIslaman, maka seseorang itutetap masih jahil, walau pengetahuan lain masih dikuasai demikian rupa.

    KewafatanSheikh Daud al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingandengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w.. Tahunkewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapatbeliau wafat sekitar tahun 1847 M, juga ada yang menyebut tahun 1265 H.

    Menurut cerita ibu penulis Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani,beliau mendengar daripada ibunya, Hajah Wan Siti Saudah binti Abdullahbahawa jenazah beliau telah dipindahkan oleh Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathanike Mekah, ditanam di bawah pohon Bedara di rumahnya.

    Hal ini disebabkan pada zaman itu pihak Wahabi akan membongkar semuakubur yang dikeramatkan termasuk kubur Sheikh Daud al-Fathani.

    Bagi penulis, walaupun beliau telah lama meninggal dunia namun jenazahnyatidak hancur, darah masih berjalan kecuali nafas sahaja yang tiada.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    4/34

    Tok Wan Din al-Fathani - Penyalin karya Syeikh Daud al-Fathani

    Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

    DUA orang adik beradik beliau telah diperkenalkan dalam Bahagian Agama,Utusan Malaysia, yang terdahulu daripada ini, kedua-duanya ialah: Syeikh`Abdul Qadir al-Fathani @ Tok Bendang Daya II dan Syeikh Abdul Lathif al-Fathani. Yang sulung di antara mereka ialah Tok Wan Din, nama yang sebenarialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani, kemudian disingkatdengan Syeikh Muhammad Zain saja. Lahir dalam tahun 1233 Hijrah/1817Masehi di Kampung Sena Janjar, Patani. Ulama dan tokoh ini selain mendapatpendidikan dari orang tuanya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok BendangDaya I), seterusnya Tok Wan Din mendapat pendidikan langsung dari ulamabesar yang terkenal, iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah. SetelahSyeikh Daud bin Abdullah al-Fathani wafat, Tok Wan Din al-Fathani mengikutipengajian-pengajian yang dijalankan oleh Syeikh Muhammad bin SulaimanHasbullah al-Makki dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan yang kedua-duanyaulama bangsa Arab yang sebaya umur dengan beliau.

    AKTIVITI

    Aktiviti sepanjang hayatnya ialah mengajar di Pondok Sena Janjar dan PondokBendang Daya kemudian mengajar pula di Mekah. Tok Wan Din al-Fathanimerupakan orang pertama mengambil inisiatif menganjurkan penyalinan kitab-kitab Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani secara besar-besaran dan teratur.Selain aktiviti di Mekah, beliau mengasaskan Dewan Tok Bendang Daya diPondok Bendang Daya. Di Dewan Tok Bendang Daya itulah dikumpulkan

    pelbagai kitab dan sekali gus dilakukan pekerjaan penyalinan pelbagai kitab.Penyalinan selain dilakukan sendiri juga dilakukan oleh beberapa orangmuridnya yang dapat dipercayai keilmuannya. Di antara yang terbanyakmembuat salinan pelbagai kitab ialah Haji Muhammad Husein bin Abdul LathifKelaba Beris al-Fathani (Tok Kelaba).

    Salah sebuah khazanah penting yang membicarakan Melayu dan Islam hasilusaha Tok Wan Din al-Fathani ialah salinan Tarikh Patani. Karya tersebut adalahsusunan Syeikh Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Safiuddin. Naskhah yang aslisudah tidak dapat dikesan lagi. Yang dapat dikesan hanyalah karya tersebutpernah disalin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam tahun 1228

    Hijrah/1813 Masehi. Salinan oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani jugatidak dijumpai lagi. Naskhah yang ada sekarang hanyalah dua buah salinan TokWan Din al-Fathani yang beliau salin dari salinan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dua buah naskhah salinan Tok Wan Din al-Fathani ialah: Sebuahpernah dimiliki oleh Dr. Sya'rani Madakakul (berasal dari Menara, Patani).Setelah beliau menyalinnya, naskhah salinan Tok Wan Din al-Fathani musnah,kerana tanpa disedarinya naskhah itu dibakar oleh salah seorang anaknya. Yangsebuah lagi adalah koleksi penulis. Dari naskhah yang saya miliki dan dibanding

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    5/34

    dengan salinan Dr. Sya'rani Madakakul itulah Tarikh Patani oleh Syeikh FaqihAli al-Fathani versi salinan Tok Wan Din al-Fathani telah diperbanyak berupatransliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada tulisan Latin/ Rumi.

    Selain salinan Tarikh Patani karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang

    pernah beliau salin ialah Manhalus Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis Shufi. ManhalusShafi termasuk kitab Melayu/Jawi tentang tasawuf yang banyak ditemuisalinannya, tetapi kebanyakan salinan tidak terdapat nama Syeikh Daud binAbdullah al-Fathani sebagai pengarangnya. Walau bagaimanapun salinan TokWan Din al-Fathani adalah karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

    Karangan ulama-ulama yang berasal dari Aceh juga tidak luput dari perhatianTok Wan Din al-Fathani. Di antara kitab karangan ulama Aceh yang pernahbeliau salin ialah Bidayatul Hidayah karangan Syeikh Muhammad Zain bin FaqihJalaluddin al-Asyi. Kitab ini juga sangat banyak ditemui salinan, namun yangditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani untuk dicetak ialah berasal dari salinanTok Wan Din al-Fathani (ayah kepada Syeikh Ahmad al-Fathani). BidayatulHidayah yang sudah ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani itulah yang beredarberupa cetakan sejak tahun 1303 Hijrah hingga sekarang 1426 Hijrah/2005Masehi. Bidayatul Hidayah yang tersebut ialah ilmu akidah yang tertua yangmasih berada di pasaran kitab (selesai ditulis tahun 1170 H). Ada pun kitabakidah yang lebih awal atau pun yang berdekatan tahun selesai penulisandengannya sudah tidak diterbitkan lagi. Perlu juga saya sentuh di sini bahawaSyeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh itu menurut keterangan ibusaya Hajah Wan Zainab bin Syeikh Ahmad al-Fathani masih ada pertaliankekeluargaan dengan Syeikh Muhammad Zain al-Fathani (Tok Wan Din al-Fathani). Kedua-duanya serupa nama bukanlah satu kebetulan tetapi ada riwayatyang tersendiri. Selain karya salinan, Tok Wan Din al-Fathani juga meninggalkan

    beberapa buah karangan sendiri di antaranya sebuah bahasan perkara haji dansebuah lagi membicarakan Thariqat Syathariyah.

    KETURUNAN DAN MURID

    Tok Wan Din al-Fathani berkahwin dengan Hajah Wan Cik binti WanMuhammad Saleh al-Fathani bin Abdul Lathif al-Fathani salah seorangketurunan Syeikh Safiuddin al-Abbasi (Tok Raja Faqih). Tok Raja Faqih inilahyang diriwayatkan mengIslamkan Raja Antira, iaitu Raja Patani. Dari riwayat inibererti, Tok Wan Din al-Fathani berbiras dengan Syeikh Wan Ali bin AbdurRahman Kutan al-Kalantani, kerana adik Hajah Wan Cik bernama Hajah Wan

    Aisyah kahwin dengan ulama yang berasal dari Kelantan itu. Perkahwinan TokWan Din al-Fathani dengan Hajah Wan Cik memperoleh anak bernama SyeikhWan Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani memperoleh beberapa oranganak, tetapi yang meninggalkan keturunan hanya tiga orang saja. Anak beliauyang pertama ialah Qadhi Haji Wan Ismail al-Fathani yang pernahdiperkenalkan dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, terbitan Isnin, 31 Ogos2004. Hingga artikel ini saya tulis masih ramai keturunan Tok Wan Din al-Fathani yang bergerak dalam kepentingan Islam, masih ada yang menjadi ulama.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    6/34

    Murid Tok Wan Din al-Fathani yang menjadi ulama dan tokoh yang terkenalyang dapat dikesan juga ramai, sebagai contoh dalam artikel ini saya sebutbeberapa orang di antara mereka, ialah: Pertama; Datuk Abdullah bin Musa(1279 Hijrah/1863 Masehi - 1325 Hijrah/1907 Masehi). Datuk Abdullah bin Musa

    pernah menjadi Mufti dan Hakim Besar Kerajaan Johor (1889-1907 M). MuridTok Wan Din al-Fathani yang kedua, ialah Haji Ismail bin Mustafa al-Fathaniatau lebih dikenali dengan Cik Doi Kedah (Cik Dol). Beliau inilah yang mengasasPondok Gajah Mati, Pendang, Kedah yang pondok tersebut kemudian diserahkankepada menantu beliau Syeikh Wan Ibrahim/Pak Cu Him (anak saudara TokWan Din al-Fathani). Salah seorang anak Cik Doi Kedah (Cik Dol) yang sangatterkenal ialah Tuan Guru Haji Husein Cik Dui. Pusat pendidikan beliau ialahPondok Guar Cempedak, Kedah. Murid Tok Wan Din al-Fathani yang ketiga,ialah Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif al-Fathani/Tok Kelaba (1280Hijrah/1863 Masehi - l367 Hijrah/1948 Masehi). Beliau ini menghasilkanbeberapa buah karya. Salah seorang murid beliau yang berasal dari Terengganuialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah (tok kepada Datuk IdrisYusuf, Menteri Besar, Terengganu sekarang). Murid Tok Wan Din al-Fathaniyang keempat, ialah Qadhi Haji Muhammad Sa'id Umar Kedah, pengarang TafsirNur al-Ihsan. Ulama yang berasal dari Kedah ini dimuat dalam Bahagian Agama,Utusan Malaysia, hari Isnin, 13 Disember 2004. Murid Tok Wan Din al-Fathaniyang kelima, ialah adik beliau yang bongsu, bernama Syeikh Daud bin SyeikhHaji Wan Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan nama Tok Cik WanDaud al-Fathani. Beliau ini termasuk ulama besar Mekah pada zamannya, sangatramai ulama dunia Melayu adalah murid beliau. Ulama-ulama Mekah yangbukan bermazhab Syafie seumpama Syeikh Ali al-Maliki dalam membicarakanfiqh Syafie selalu merujuk kepada Tok Cik Wan Daud al-Fathani.

    100 TAHUN KEWAFATAN

    Beliau wafat seminggu setelah kewafatan anak beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani wafat pada 11 Zulhijjah 1325 Hijrah/14Januari 1908 Masehi. Tok Wan Din wafat pada 18 Zulhijjah 1325 Hijrah/21Januari 1908 Masehi. Secara kebetulan sekurang-kurangnya ada 4 orangkeluarga ini wafat pada bulan Zulhijjah. Yang dua orang lagi ialah Tok BendangDaya II wafat pada hari Ahad, 16 Zulhijjah 1312 Hijrah/10 Jun 1895 Masehi danyang bongsu Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud) di Mekahpada hari Selasa, 23 Zulhijjah 1354 Hijrah/17 Mac 1936 Masehi). Beliau ini jugaseorang ulama besar di Mekah pada zamannya. Oleh sebab Tok Wan Din al-

    Fathani dan anak beliau Syeikh Ahmad al-Fathani sama-sama wafat pada bulanZulhijjah 1325 Hijrah maka pada bulan Zulhijjah 1425 Hijrah yang baru berlalugenap 100 tahun.

    Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang tokoh pemikir yang besar, sama adaperingkat dunia Melayu atau pun antarabangsa, maka akan diadakan pelbagaibentuk peringatan 100 tahun kewafatan beliau. Pemikiran lengkap pelbagaiaspek dapat dalam 3 jilid buku berjudul, Syeikh Ahmad al-Fathani Pemikir

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    7/34

    Agung Melayu dan Islam. Buku tersebut diterbitkan oleh Khazanah Fathaniyah,dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara yang akan dilancarkanpada tarikh 5 Mac 2005 dalam ``Wacana Syeikh Ahmad Al-Fathani PemikirAgung Melayu Dan Islam'' di Wisma Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia.Wacana ini adalah anjuran bersama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan

    Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (PENGKAJI). Selanjutnyapihak PENGKAJI akan bergerak aktif dalam peringatan ``100 Tahun KewafatanSyeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu Dan Islam'' yang akandilaksanakan sepanjang tahun 1426 Hijrah/2005 Masehi di beberapa tempatserta bekerja sama dengan pelbagai pihak. Pada 25 Jun 2005 akan diadakan diKota Bharu, Kelantan. Manakala pada April 2005 di Mempawah dan Pontianak,Kalimantan Barat. Pada 23 - 25 September 2005 Nadwah Ulama Nusantara III:Ketokohan dan Sumbangan Ulama Tanah Melayu (Sempena Memperingati 100Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani) Fakulti Pengajian Islam (UKM)akan melaksanakan satu seminar peringkat antarabangsa. Dan lain-lainPENGKAJI sedang menyusun jadual pelaksanaan dan masih menunggupermintaan pihak-pihak yang berminat kepada kegiatan tersebut di atas.

    Artikel ini ditutup dengan bait ke-27 puisi Syeikh Ahmad al- Fathani untukSultan Zainal Abidin III, Terengganu, terjemahannya:

    ``Ayuhai segala cerdik pandai !

    Hidupkan sejarah bangsa mu !

    Dengan itu, kamu akan disebut dalam sejarah dan namamu akan harumsepanjang masa.''

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2CgWXCJKD Utusan Melayu (M) Bhd

    Syeikh Abdul Qadir al-Fathani - Khalifah Syeikh Daud al-Fathani

    Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

    Kedudukan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani dari sudut ilmupengetahuan adalah setaraf dengan ulama-ulama besar yang berada di Mekahdan Madinah pada zaman itu. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathanimenjalankan tugas ulama dengan aktiviti pengajarannya di Masjidil Haram,Mekah dan di rumahnya sendiri.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    8/34

    SYEIKH Ahmad al-Fathani menyebut bahawa ayahnya, Syeikh Wan MuhammadZain al-Fathani lahir dalam tahun 1233 H/1817 M. Diriwayatkan bahawa SyeikhAbdul Qadir al-Fathani itu lebih tua daripada Syeikh Muhammad Zain al-Fathani.

    Riwayat lain menyebut bahawa usia Syeikh Abdul Qadir al-Fathani lebih tuasekitar lima tahun daripada Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani. Jadibererti Syeikh Abdul Qadir al-Fathani lahir dalam tahun 1228 H/1813 M.Diriwayatkan pula bahawa Syeikh Abdul Qadir al-Fathani lebih tua daripadaSyeikh Nawawi al-Bantani (Imam Nawawi Tsani).

    Syeikh Nawawi al-Bantani lahir dalam tahun 1230 H/1814 M. Kedua-dua ulamayang berasal dari Patani dan Banten itu bersahabat ketika kedua-duanya belajardi Mekah. Kedua-duanya menerima bai`ah Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyahdaripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas (1217 H/1802 M-1289 H/1872 M).Dalam beberapa hal Syeikh Nawawi Banten belajar kepada Syeikh Abdul Qadiral-Fathani, di antaranya ilmu qiraah. Dan demikian sebaliknya dalam beberapahal Syeikh Abdul Qadir al-Fathani belajar pula kepada Syeikh Nawawi al-Bantani.

    Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani telah menyelamatkan cukupbanyak karya yang masih dalam bentuk tulisan tangan (manuskrip) yangdikarang oleh ulama dunia Melayu, terutama sekali karya-karya Syeikh Daud binAbdullah al-Fathani. Selain memelihara manuskrip dengan rapi, Syeikh AbdulQadir bin Abdur Rahman al-Fathani pula telah melakukan pentahqiqan danpentashhihan beberapa buah kitab yang dianggap penting, yang secara tradisinyabanyak diajarkan dari sebelum hingga zaman beliau.

    Pertubuhan

    Daripada khazanah simpanan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathaniitulah menimbulkan ilham bagi Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathanisehingga beliau mengasaskan suatu pertubuhan pentashhihan di Mesir, Mekahdan Turki. Munculnya istilah tashhih dan mushahhih bermula dari sini.

    Pendek kata Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani ini sangat pentingbagi orang-orang Melayu yang berada di Mekah pada zamannya. Beliau adalahguru bagi seluruh ulama Asia Tenggara, pakar tempat rujukan dalam semua

    bidang keilmuan keislaman.

    Ada beberapa ulama besar yang berasal dari Patani yang bernama Syeikh AbdulQadir al-Fathani. Di antara mereka yang sangat terkenal ialah Syeikh AbdulQadir bin Abdur Rahman al-Fathani yang dibicarakan ini. Menjalankanaktivitinya di Mekah, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani, lebihdikenali de-

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    9/34

    ngan nama Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu, kerana menjalankanaktivitinya di Bukit Bayas Terengganu, Syeikh Abdul Qadir bin Mushthafa al-Fathani lebih dikenali dengan nama Tok Bendang Daya, kerana menjalankanaktivitinya di Bendang Daya Patani. Ketiga-tiga ulama besar Patani itu satu samalainnya sempat bertemu, yang lebih tua menjadi guru kepada yang muncul

    kemudiannya.

    Ketiga-tiga mereka masih ada kaitan keluarga pertalian nasab yang dekat, yangbersumber daripada satu datuk nenek yang sama. Syeikh Abdul Qadir al-Fathanibin Abdur Rahman adalah cucu saudara bagi Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan dalam sebuah manuskrip ada dinyatakan bahawa beliau merupakanKhalifah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

    Pendidikan dan Keluarga

    Nama lengkapnya, Syeikh Wan Abdul Qadir bin Wan Abdur Rahman bin WanUtsman bin Tok Wan Su bin Tok Wan Abu Bakar bin Tok Kaya Wan Pandak binTok Wan Faqih Ali. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani adalahperingkat murid kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim Bukit BayasTerengganu dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

    Beliau mendapat pendidikan asas dimulai daripada beberapa pondok di Patani,tetapi yang lebih lama tempatnya memondok adalah di Pondok Pauh Bok Patani,iaitu sebuah pondok pengajian yang pernah mendidik ramai ulama, di antaranyatermasuk Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan ramai lagi.

    Pada zaman itu hampir semua pondok di Patani yang menjadi Tok Guru adalah

    di kalangan keluarga mereka. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathaniterganggu pendidikannya di Patani kerana terjadinya satu peperangan besarantara Patani dengan Siam (1828 M-1830 M). Syeikh Abdul Qadir bin AbdurRahman al-Fathani termasuk keluarga besar ulama Patani Syeikh Daud binAbdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim Terengganu yangturut berhijrah ke Pulau Duyung Kecil Terengganu.

    Dalam peristiwa penghijrahan itu diriwayatkan bahawa beliau baru berusiasekitar belasan tahun saja. Walau pun hijrah yang penuh darurat itu dilakukan,namun belajar kitab terus juga dilaksanakan, masa tidak boleh dibuang dandiabaikan. Dipercayai di Pulau Duyung Kecil itu beliau belajar kepada kedua-dua

    ulama yang telah disebutkan di atas.

    Lebih kurang empat puluh hari setelah kelahiran saudara sepupunya, iaituSyeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani/Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathanikeluarga besar ulama Patani tersebut, termasuk Syeikh Abdul Qadir bin AbdurRahman al-Fathani meneruskan perjalanan ke Mekah dan sepupunya bayi yangbaru dilahirkan juga dibawa bersama-sama.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    10/34

    Yang tinggal di Pulau Duyung Kecil itu hanya sebahagian kecil termasuk SyeikhAbdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani. Syeikh Abdul Qadir bin AbdurRahman al-Fathani saya katakan sepupu dengan Syeikh Muhammad bin IsmailDaud al-Fathani/Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani kerana ibunya adikberadik/saudara kandung.

    Ibu Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman bernama Wan Fathimah binti SyeikhWan Idris al-Fathani, ibu Syeikh Nik Mat Kecik bernama Wan Zainab bintiSyeikh Wan Idris al-Fathani. Ada pun Syeikh Wan Idris al-Fathani tersebut,nama lengkapnya ialah Syeikh Wan Idris bin Syeikh Wan Abdullah bin SyeikhWan Idris bin Syeikh Senik al-Karisiqi al-Fathan. Syeikh Wan Idris bin SyeikhWan Abdullah adalah saudara kandung Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Jadi dengan demikian Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani jugasempat belajar kepada datuknya, Syeikh Wan Idris bin Abdullah al-Fathani yangtersebut.

    Diriwayatkan bahawa ayahnya, Syeikh Abdur Rahman bin Utsman, jugatermasuk ulama. Dipercayai Syeikh Abdul Qadir juga belajar kepada ayahnya itu.

    Selain belajar di lingkungan kaum keluarga sendiri Syeikh Abdul Qadir binAbdur Rahman al-Fathani juga pernah belajar kepada Syeikh Muhammad binSulaiman Hasbullah al-Makki (1233 H.-1335 H), Syeikh Muhammad HaqqiNazili (wafat di Mekah 1301 H/1884 M), Syeikh Ahmad As'ad ad-Dihan (1222 H-1294 H), Saiyid Muhammad Amin Ridhwan dan ramai lagi.

    Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani merupakan kader SyeikhDaud bin Abdullah al-Fathani, oleh itu manakala Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani meninggal dunia, beliau menjadi rujukan utama ulama-ulama yang

    berasal dari dunia Melayu, yang berada di Mekah. Hal ini kerana beliau adalahseorang ulama yang menguasai ilmu pengetahuan keislaman dalam berbagai-bagai bidang. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani adalah seorangulama ahli syariat dan haqiqat.

    Pengaruh

    Telah disebutkan bahawa Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathaniadalah keluarga dekat kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, maka SyeikhAbdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani inilah yang pertama mengambiltempat kemasyhuran Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani setelah beliau

    meninggal dunia. Pengetahuan Islam dan predikat ulama pada peribadi SyeikhAbdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani tidak pernah diragukan oleh paraulama yang sezaman dengan beliau.

    Kedudukan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani dari sudut ilmupengetahuan adalah setaraf dengan ulama-ulama besar yang berada di Mekahdan Madinah pada zaman itu. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathanimenjalankan tugas ulama dengan aktiviti pe-

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    11/34

    ngajarannya di Masjidil Haram, Mekah dan di rumahnya sendiri.

    Beliau mengajar kitab yang tinggi-tinggi dalam bahasa Arab, juga kitab-kitabMelayu/Jawi yang dikarang oleh ulama-ulama yang berasal dari dunia Melayu

    yang terkenal. Murid beliau sangat ramai.

    Di antaranya yang terkenal me-

    ngarang dan menterjemah kitab-kitab ialah Syeikh Utsman bin SyeikhSyihabuddin al-Funtiani (Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia). Muridnya inibanyak meninggalkan karangan.

    Di antara kitab yang diterjemahkannya berjudul Tajul `Arus). Syeikh Ahmad al-Fathani juga termasuk salah seorang murid Syeikh Abdul Qadir bin AbdurRahman al-Fathani, iaitu kader yang bersambung dan berhubung dengan SyeikhDaud bin Abdullah al-Fathani hingga sampai kepada kegiatan datuk nenekmereka, iaitu ulama-ulama Patani yang telah berhasil sebagai patriot-patriotpenyebar ilmu pengetahuan Islam di dunia Melayu khususnya, dan duniaumumnya.

    Suatu hal yang menarik disebut di sini bahawa Syeikh Abdul Qadir bin AbdurRahman al-Fathani adalah seorang ulama yang besar pengaruhnya di kalanganThariqat Syathariyah. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani adalahseorang Mursyid dalam Thariqat Syathariyah tersebut. Syeikh Abdul Qadir binAbdur Rahman al-Fathani menerima Thariqat Syathariyah adalah secaralangsung kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

    Oleh sebab Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani telahdiperbolehkan mentawajjuh, membai'ah, dan mengijazahkan ThariqatSyathariyah tersebut, maka pengaruh beliau lebih besar di kalangan masyarakatpengamal sufi Islami. Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani dipercayai telahmenerima Thariqat Syathariyah daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahmanal-Fathani kerana ulama yang berasal dari Kelantan itu tidak bertemu ketikadewasa dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

    Selain Syeikh Wan Ali Kutan, murid Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani yang menjadi ulama pula, yang menerima bai`ah Thariqat Syathariyahkepadanya di antara mereka ialah Syeikh Muhammad Shalih bin Syeikh Zainal

    Abidin al-Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin Muhammad al-Fathani SyeikhAhmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismai/Nik MatKecik al-Fathani dan ramai la-

    gi.

    Bagi orang yang belajar ilmu tasawuf yang mempergunakan kitab Siyarus Salikinkarangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani pada masa dahulu, nama Syeikh

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    12/34

    Abdul Qadir bin Abdur Rahman al- Fathani ini tidak asing lagi bagi mereka.Kitab tersebut cetakan asalnya kemudian masih beredar sampai sekarang adalahberasal daripada naskhah tulisan, tashhih dan bekas Syeikh Abdul Qadir binAbdur Rahman al-Fathani mengajarnya.

    Penulisan

    Syeikh Abdul Qadir al-Fathani bin Abdur Rahman al-Fathani sekurang-kurangnya telah menghasilkan 14 buah karangan, namun kerana kekuranganruangan perbicaraan tentangnya terpaksa ditangguhkan.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive#ixzz2CgWpNo1Z Utusan Melayu (M) Bhd

    Tok Selehor Kelantani - Berdakwah lewat puisi

    Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

    TOK Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman binUtsman bin Senik. Ulama yang berasal dari Kelantan ini lahir di Kampung LubukJong, tahun 1289 H/1872 M, wafat malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20Februari 1935 M. Beliau adalah sahabat Tok Kenali, yang juga berasal dariKelantan dan lebih tua sedikit daripada Tok Selehor. Tok Kenali lahir pada tahun1287 H/1871 M, wafat pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M.Sahabatnya pula ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani,Syeikh al-Islam Selangor (lahir di Ban Sim Dip, Bangkok, tahun 1293 H/1876 M,wafat di Mekah al-Mukarramah, hari Rabu, 6 Rabiulawal 1376 H/10 Oktober1956 M), Utsman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahhab atau Tok Bacok(lahir tahun 1277 H/1860 M, wafat pada malam Ahad, 15 Zulkaedah 1372 H/27Julai 1953 M), dan ramai lagi yang belum dibicarakan dalam artikel ini.

    Tok Selehor memulai jihad keilmuannya belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul

    Malik, Sungai Pinang Kelantan. Kemudian memondok di Patani selama tujuhtahun, belajar kepada Tuan Guru Haji Abdur Rasyid di Kuala Bekah dan TuanGuru Haji Abdulah di Tok Jum. Tok Selehor belajar di Mekah selama 18 tahun.Di antara gurunya ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani wafat, beliau masih tetap belajar kepada ayahsaudara Syeikh Wan Ahmad al-Fathani, iaitu Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud al-Fathani), mendalami ilmu-ilmu alat Arabiyah,ilmu fikah Mazhab Syafie, dan ilmu qiraat yang berbagai-bagai. Tok Selehor

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    13/34

    mulai membuka pengajian pondok tahun 1340 H/1921 M.

    TOK SELEHOR DAN KITAB HIKAM

    Salah sebuah kitab ilmu tasawuf yang diajar oleh Tok Selehor ialah Kitab al-

    Hikam. Sebelum membicarakan keterlibatan Tok Selehor dalam pengajaranKitab al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'ullah as-Sakandari yang sangat terkenalitu, saya dulukan cerita tentang Kitab al-Hikam terlebih dulu, bahawa terdapatdua buah Kitab al- Hikam versi bahasa Melayu, yang sebuah dalam bentuk matandan yang sebuah lagi dalam bentuk syarah. Penerbitan awal kedua-dua versidalam bahasa Melayu itu ditashih dan diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani.Selain yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Kitab al-Hikam yang dalambahasa Arab pula terdapat berbagai-bagai syarah. Syeikh Ahmad al-Fathanidipercayai telah mengajar kitab tersebut kepada murid-muridnya, sama ada dirumahnya di Mekah mahu pun di Masjid al-Haram. Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin, istilah `hikam', beliau takrifkansebagai jamak daripada perkataan hikmah', yakni perkataan yang diteguhkan'.Ada pun istilah hikmah/hikmat mengandungi pengertian yang berbagai-bagai, diantaranya ialah: pandai menyurat/menulis, ilmu yang dapat melahirkansesuatu yang luar biasa/menyalahi adat kebiasaan, kata-kata nasihat yangmantap, dan lain-lain lagi. Tok Kelaba al-Fathani menyebut bahawa perkataan`hikmah', ditafsir oleh Ibnu Abbas r.a. yang terdapat dalam al-Quran ialah,``dengan belajar halal dan haram''. Yang lain berpendapat, ``ditinjau dari segilughah ialah ilmu serta amal''. Pendapat yang lain, ``hikmah itu diambil faedahdaripadanya, iaitu yang sebenar pada diri pekerjaan dengan sekira-kira kuasamanusia''. Pendapat yang lain, ``tiap-tiap kalam yang muafakat akan hak, makaiaitu hikmah''.

    Sanad

    Jika kita jejak sanad pengajian Kitab al-Hikam mulai pengarangnya, iaitu SyeikhIbnu Atha'ullah as-Sakandari hingga turun sampai kepada Tok

    Selehor, ialah Tok Selehor merupakan yang ke-17. Untuk lebih jelasnya dapatdiperhatikan sanad sebagai berikut:

    1. Tok Selehor, Kelantan, belajar kepada (2)

    2. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, belajar kepada (3)

    3. Saiyid Abi Bakri Syatha, belajar kepada (4)

    4. Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, belajar kepada(5)

    5. Syeikh Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, belajar kepada (6)

    6. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi, beliau telah menulis syarah kitab

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    14/34

    yang dibicarakan ini. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi belajar kepada (7)

    7. Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni, belajar kepada (8)

    8. Syeikh `Id an-Namrisi, belajar kepada (9)

    9. Syeikh `Abdullah bin Salim al-Bashri, belajar kepada (10)

    10. Syeikh Muhammad bin `Ala' al-Babli, belajar kepada (11)

    11. Syeikh Abi an-Naja Salim bin Ahmad as-Sanhuri, belajar kepada (12)

    12. Saiyid an-Naju Muhammad bin Ahmad al-Ghaithi, belajar kepada (13)

    13. Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari, belajar kepada (14)

    14. Saiyid al-'Izzu Abdur Rahim bin al-Farrat, belajar kepada (15)

    15. Syeikh at-Taju `Abdul Wahhab bin `Ali bin `Abdul Kafi, belajar kepadaayahnya (16)

    16. Syeikh at-Taqiy `Ali bin `Abdul Kafi as-Subki, belajar kepada (17)

    17. Syeikh al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin `Abdul Karim bin Ibnu`Atha'ullah as-Sakandari atau disingkat namanya dengan Ibnu Atha'ullah as-Sakandari, iaitu pengarang Kitab al-Hikam yang sedang dibicarakan ini. Ulamayang aktif beramal dengan Thariqat asy-Syaziliyah ini menghasilkan beberapabuah kitab, selain Kitab al-Hikam ialah Tajul `Arus fil Washaya wal Mawa'izh,Lathaiful Minan fi Manaqib al-Mursi wa Abi al-Hasan, dan lain-lain. Syeikh IbnuAtha'ullah as-Sakandari, ulama besar sufi yang sangat besar pengaruhnya diseluruh dunia Islam, termasuk dunia Melayu, tersebut wafat di Kaherah, tahun709 H/1309 M.

    Ustaz Ismail Awang, dalam majalah Pengasuh menyebut: ``Tok Selehormempunyai kebolehan dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan, tetapiyang sangat diminatinya ialah bidang tasawuf. Kitab Hikam oleh Ibnu Ataillahmerupakan kitab paling suka diajarkan kepada orang ramai, mungkin keranakitab ini mendorong manusia membaiki diri dan mendampingi diri kepada Allah,serta menjauhi sifat-sifat terkeji seperti sombong, hasad dengki, riak, sum`ah

    dan sebagainya.'' Oleh sebab Tok Selehor adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani, maka bererti sanad Tok Selehor dan murid-murid beliau dalampengajian Kitab al-Hikam dan kitab-kitab lain karangan Syeikh Ibnu Atha'ullahas-Sakandari dapat disambung seperti sanad yang telah disebutkan di atas.

    Tasawuf

    Kitab pengetahuan tasawuf selain Kitab al-Hikam secara umum juga dipelajari di

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    15/34

    seluruh dunia Melayu, termasuk dalam pondok yang diasaskan oleh Tok Selehor.Keseluruhan karangan Imam al-Ghazali, dalam hal ini yang paling ditekankandan dimantapkan di antaranya ialah Minhajul Abidin dan Ihya' Ulumid Din.Sanad yang sampai kepada Imam al-Ghazali mulai nombor 1 sampai nombor 7(Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni) pada sanad Kitab al- Hikam

    adalah sama, tetapi untuk sampai kepada Imam al-Ghazali adalah belajar kepada(8)

    8. Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Budairi, belajar kepada (9)

    9. Syeikh Mullah Ibrahim al-Kuarni, belajar kepada (10)

    10. Syeikh Muhammad Syarif, belajar kepada (11)

    11. Syeikh Abi Ishaq at-Tanukhi, belajar kepada (13)

    13. At-Taqiy Sulaiman bin Hamzah, belajar kepada (14)

    14. Syeikh `Umar bin Karam ad-Dainuri, belajar kepada (15)

    15. Syeikh al-Hafiz Abi al-Faraj `Abdul Khaliq bin Ahmad bin Yusuf al-Baghdadi,belajar kepada (16)

    16. Al-Imam Hujjah al-Islam Abi Hamid bin Muhammad bin al-Ghazali yangdisingkatkan panggilan dengan Imam al-Ghazali saja. Sebagaimana yang tertulisdalam sanad yang tersebut di atas jelaslah bahawa ulama dunia Melayu yangdiriwayatkan ini adalah sanadnya bersambung sampai kepada pengarangMinhajul `Abidin dan Ihya' Ulumid Din, iaitu Imam al-Ghazali yang sangat

    masyhur namanya itu.

    BERZANJI DAN BURDAH

    Ustaz Ismail Awang menulis, ``Tok Selehor pernah mengadakan Maulid an-Nabisecara besar-besaran dan dialah ulama Kelantan yang mempelopori perayaan itu.Berzanji dibaca dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran di adakan.Pernah berpuluh-puluh ribu orang datang ke majlis perayaan Maulid Nabianjurannya. Hal ini pernah dikritik oleh akhbar-akhbar pada zaman itu, tetapibeliau tidak juga berhenti kerana beliau ingin menanam rasa cinta umat kepadaRasulullah s.a.w. yang penuh tenaganya berjuang menyebarkan Islam. Dengan

    cara itu anak-anak pondok lebih cepat bermesra dengan Rasulullah s.a.w.daripada hanya menyampaikan kisah tanpa diadakan gerak kerja.''

    Praktik memperingati Maulid Nabi, membaca Barzanji, dan lain-lain sejenisnya,sama ada dalam dunia Arab sendiri, mahu pun dalam dunia Melayu telahberjalan sejak lama, oleh itu yang dilakukan oleh Tok Selehor seperti yangtercatat di atas adalah tidak dapat dimasukkan dalam klasifikasi bidaah dhalalahseperti yang pernah dilemparkan oleh hanya sekelompok kecil orang. Kitab

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    16/34

    Berzanji yang disyarah dalam bahasa Arab banyak dilakukan oleh ulama. Ulamayang berasal dari dunia Melayu yang mensyarah kitab Maulid Nabi pernahdilakukan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani. Beliau termasuk salah seorang gurukepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Yang bererti ada pertalian keilmuan denganmurid-murid Syeikh Ahmad al-Fathani termasuk Tok Kenali, Tok Selehor dan

    lain-lain.

    Lima

    Syeikh Nawawi al-Bantani telah menulis tentang Maulid Nabi dalam lima judulkaryanya, bahkan mengenai Maulid Nabi merupakan karyanya yang terawal.Karya tersebut ialah Targhibul Musytaqin li Bayani Manzhumatis Saiyid BarzanjiZainal `Abidin fi Maulidil Awwalin wal Akhirin, yang diselesaikan pada hariJumaat, 13 Jumadilakhir 1284 H. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah,Mekah, 23 Rejab 1311 H. Semua karya Syeikh Nawawi al-Bantani dengan judul-judul yang lain adalah ditulis kemudian daripada kitab mengenai Maulid Nabiyang tersebut. Syeikh Ahmad al-Fathani juga memulakan penulisannyamengenai Maulid Nabi ketika beliau berusia 15 tahun, ditulis dalam bentuk puisi.Karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang pertama itu diberi judul Nazham NurilAnam, diselesaikan pada hari Rabu, 15 Syaaban 1287 H/10 Oktober 1870 M.Transliterasi lengkap dapat dibaca dalam buku Syeikh Ahmad Al-FathaniPemikir Agung Melayu dan Islam, jilid 2, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur,lihat hlm. 3 - 46.

    Kitab Berzanji dapat dikategorikan dalam bidang sastera Arab, demikian jugaBurdah Bushiri. Burdah Bushiri pernah diterjemah oleh Tok Kenali, sahabat TokSelehor, yang diberi judul Risalatud Durril Mantsur, selesai beliau tulis padabulan Jumadilakhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan

    terjemahan dan penjelasan fadilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk hurufbatu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Meah, Jumadilakhir 1310 H. Selainitu juga oleh guru kedua-duanya, iaitu Syeikh Wan Ali Kutan yang diberi judulRisalah Majma' al-Qashaid wa al-'Awaid yang selesai ditulis pada bulanZulkaedah 1320 H/ Februari 1903 M.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0627&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive#ixzz2CgWx5aer Utusan Melayu (M) Bhd

    Sultan Zainal Abidin III - Umara bertaraf dunia

    Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    17/34

    SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orangulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antaraSultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. Dua ulama yangberasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukanpelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani

    (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

    Sesuatu permasalahan yang sukar diselesaikan oleh Sultan Zainal Abidin III akansentiasa dirujuk kepada kedua-dua ulama di Mekah itu. Kadang-kadang dengancara mengirim surat atau adakalanya mengirim utusan yang khusus. SewaktuSyeikh Ahmad al-Fathani datang ke Kota Bharu, Kelantan, Sultan Zainal AbidinIII berserta beberapa pembesar Terengganu datang menjemput beliau supayasudi mengunjungi Kuala Terengganu. Syeikh Ahmad al-Fathani telah menggubahpuisi 33 bait dalam bahasa Arab yang bercorak memuji Sultan Zainal Abidin IIIyang diiringi dengan pengharapan agar baginda memperkukuh kedudukanagama Islam, bahasa dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayuyang lengkap. Sultan Zainal Abidin III yang dibicarakan ini lahir pada 1281H/1865 M dan mangkat hari Selasa, 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M.

    Sekurang-kurangnya terdapat dua buah puisi mengenai Sultan Zainal Abidin III.Satu lagi ialah dalam judul Syair Tuan Hampris karya Hajah Wok Aisyah binti al-Haji Nik Idris Terengganu yang dikarang jauh kemudian daripada puisi SyeikhAhmad al-Fathani. Pada beberapa bait ada persamaan maksudnya. Sebagaicontoh beberapa bait untuk perbandingan dapat disemak di bawah ini:

    Puisi Syeikh Ahmad al-Fathani

    ``Itulah Sultan Terengganu, Raja yang berani

    Bermurah, dan bertuah.'' (bait yang ke-11)

    Syair Tuan Hampris pula,

    ``Negeri khabarnya itu

    seorang raja memerintah tentu

    adil dan murah bukan suatu

    sangatlah alim paduka ratu.'' (bait yang ke-18)

    ``Perangainya halim tangannya murah

    sekalian kasih memandang wajah ... `` (bait yang ke-22, dua baris awal)

    Kesimpulannya daripada petikan kedua-dua puisi di atas ialah memunculkanwatak Sultan Zainal Abidin III itu sebagai seorang yang pemurah. Mengenai sifat

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    18/34

    pemurah itu disebut oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait yang lain, iaitu baityang ke-8, katanya,

    ``Bagaikan laut, pemurah tiada tepi

    Bagaikan hujan, penolong tiada beza

    Memberi sebelum diminta.''

    Watak seorang sultan yang berilmu pengetahuan juga terdapat pada Syair TuanHampris, disebut juga oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait ke-12 dan 13,katanya,

    ``Raja yang agung lagi bijaksana

    Pandai mentadbir

    Banyak berilmu

    Petunjuk jalan bahagia.

    Kemuncak usahanya ialah menggali ilmu, menyelami makrifah

    menunjuk jalan hidayah.''

    Pada Syair Tuan Hampris yang sama maksudnya dengan puisi di atas terdapatpada bait yang ke-20, 21 dan 22, iaitu:

    ``Rajanya alim lagi jauhari

    kitab Quran sangat pelajari

    alimnya tidak lagi terperi

    termasyhurlah khabar ke sana ke mari.

    Saleh dan warak lagi pendeta

    bijak laksana jangan lagi dikata

    masyhurlah khabar di dalam warta

    di alam Melayu sekalian rata.

    Perangainya halim tangannya murah

    sekalian kasih memandang wajah

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    19/34

    cukup fahamnya ilmu Arabiyah

    baginda nan gemar ilmu falakiah.''

    Setelah kita membandingkan beberapa contoh di atas yang perlu diberi ulasanialah pada Bahagian II. Bahagian ini merupakan pujian khusus untuk SultanZainal Abidin III, kerana ia mengandungi unsur sejarah dan asal-usul SultanTerengganu. Ada tiga bait yang perlu dibicarakan di sini, iaitu pada bait yang ke-18, 19 dan 20 ialah:

    ``Baginda adalah orang yang mulia,

    bahkan kemuliaan itu, warisan daripada datuk neneknya keturunan mulia daridahulu sampai sekarang.

    Memang raja putera raja

    Keturunan yang mempunyai rantai kemuliaan yang tiada pernah putusnya

    Keturunan Saidina Ali

    Saiyid anak Saiyid

    Keturunan yang tak melahirkan,

    kecuali hanya kemuliaan.''

    Pada bait yang ke-18 dan 19, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawabaginda adalah seorang raja yang mulia yang diwarisi daripada datuk neneknya.Yang diriwayatkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ini adalah benar, namun walaubagaimana pun silsilah yang telah ditemui masih terdapat perbezaan pendapat.Yang disebut oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait di atas relevan dengantulisan Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (MISBAHA) dalam bukunya,Mengkaji Sejarah Terengganu, jilid ke-2, beliau menulis, ``... maka Tun ZainalAbidin Paduka Maharaja ialah Sultan yang pertama dilantik bagi negeriTerengganu, keturunan beliaulah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-SultanTerengganu memerintah hingga ke hari ini bagi negeri Terengganu dan jajahantakluknya. Yang demikian jadinya keturunan Sultan Zainal Abidin itu Kerabat-

    Kerabat Diraja Terengganu kiranya disusuli sehingga kepada Bendahara Melakayang pertama Tun Perpatih Besar (bapa saudara Sultan Muhammad Syah) sudahturun temurun dari semenjak kurun Masihi yang keempat belas lagi. SultanZainal Abidin ini adalah seorang daripada putera Bendahara Paduka Raja AbdulMajid Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor yang kesembilan belas, lahirdi Johor kira-kira pada tahun 1089 Hijrah ...''

    Puisi Syeikh Ahmad al-Fathani pada bait yang ke-25 dan ke-26 adalah penting

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    20/34

    untuk ditafsirkan. Namun di sini saya mulai daripada bait yang ke-24,maksudnya ialah:

    ``Dan yang lebih besar lagi, aku berharap,

    semoga baginda berkenan menyuruh ulama dan cendekiawan yang memahamipetunjuk

    Agar mereka dapat membukukan bahasa Melayu

    Kerana aku bimbang ia akan hilang atau dirosak oleh perubahan yang berlakudari masa ke masa

    Begitu pula hendaklah mereka itu mengarang Sejarah Melayu yang meliputisegala perihal Melayu

    Kalau tidak, mereka nanti akan hilang, dalam lipatan sejarah.''

    BUDI BAHASA

    Surat menyurat antara Sultan Zainal Abidin III dengan Syeikh Ahmad al-Fathanisesuai dijadikan contoh budi bahasa' untuk persuratan. Setelah Syeikh Ahmadal-Fathani menerima sepucuk surat daripada Sultan Zainal Abidin III lalu beliaumenjawabnya. Di antara kalimat-kalimat yang halus, lunak dan berkesan, katabeliau, ``Bahawasa marqum yang mulia, yang Hadhrat Duli Tuanku kurniakepada patik itu, telah patik sambuti akan dia, serta junjung ihtiram dan syukur''.Maksud-nya bahawa surat daripada sultan itu adalah surat mulia, oleh itu SyeikhAhmad al-Fathani memandang perlu mencurahkan rasa hormat (ihtiram) dan

    rasa terima kasih terhadap sultan, itulah maksud perkataannya ``serta junjungihtiram dan syukur''.

    Syeikh Ahmad al-Fathani membangsakan surat Sultan Zainal Abidin III kepadabeliau itu sebagai `nuran lil bashar wa syifa-an lima fish sadhri', mengandungimaksud `cahaya bagi pandangan mata dan ubat bagi penyakit yang tersembunyidi dalam hati'. Sepintas kilas jika kita perhatikan kalimat Syeikh Ahmad al-Fathani nampaknya beliau merendah diri, namun dalam masa yang sama adasasaran untuk kepentingan memartabatkan Islam dan bangsa Melayusebagaimana kata beliau, ``Dan dilimpahi dengan nikmat, dan rahmat, dankekayaan, yang ada padanya berkat yang memberi manfaat bagi agama Islam.

    Dan terangkat dengan dia oleh sebutan jenis Melayu''. Jika kita tafsirkansepotong pertama kalimatnya, iaitu ``... dan kekayaan, yang ada padanya berkatyang memberi manfaat bagi agama Islam''.

    Walau pun surat Syeikh Ahmad al-Fathani itu ditujukan kepada Sultan ZainalAbidin III tetapi sasarannya boleh saja kepada semua sultan, semua pemimpinyang beragama Islam, semua orang Islam (Muslim/ Muslimat) yang memiliki`kekayaan'. Pada pandangan Syeikh Ahmad al-Fathani, kekayaan' tiada bererti

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    21/34

    sekiranya pemiliknya tiada memanfaatkannya untuk kepentingan agama Islam.Jika menggunakan perkataan yang kasar atau `tidak berbudi bahasa', bahawa`Raja atau pemimpin yang beragama Islam yang memiliki kekayaan, yangkekayaan itu tiada manfaat bagi agama Islam, maka raja atau pemimpin ituadalah tidak bertanggungjawab terhadap Islam'.

    Kalimat ini pun masih lunak, kerana masih banyak bahasa yang lebih kasardaripada itu, boleh saja dianggap sebagai `bakhil', `kedekut' dan lain-lainsejenisnya. Pada sepotong kalimat keduanya pula, iaitu ``Dan terangkat dengandia oleh sebutan jenis Melayu''.

    Kalimat ini jelas berbicara tentang Melayu. Tafsirannya juga sama, jika kitamenggunakan perkataan yang kasar atau tidak berbudi bahasa', bahawa `Rajaatau pemimpin Melayu, yang tiada manfaat bagi bangsa Melayu, maka raja ataupemimpin itu adalah pengkhianat terhadap bangsa Melayu, bangsanya sendiri.''Daripada contoh di atas terbuktilah bahawa ulama perlu bijak dan `berbudibahasa' dalam menyampaikan dakwah dan pendidikan melalui surat terhadapgolongan tinggi seperti tersebut di atas. Sebaliknya umara (pemerintah) yangbijak perlu mendekati ulama ikhlas dan jujur.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2CgX2D1GF Utusan Melayu (M) Bhd

    Ensiklopedia Nusantara: Bidayah al-Hidayah banyak petik tulisan al-GhazaliOleh Wan Mohd Shaghir Abdullah

    RAMAI berpendapat bahawa kitab Bidayah al-Hidayah dalam bahasa Melayuadalah Hidayah as-Salikin oleh Syeikh 'Abdus Samad al-Falimbani. Karya Syeikh'Abdus Samad al-Falimbani yang tersebar sangat luas itu disebut Bidayah al-Hidayah Melayu yang pertama.Kitab yang diberi judul Tarjamah Kitab ash-Shalihin karya Syeikh 'Abdul Ghafurbin 'Abbas al-Maduri (Madura) hanya ditemui sebuah manuskrip, belum ditemuiberupa cetakan.

    Karya ulama Madura ini disebut Bidayah al-Hidayah Melayu yang kedua. Hal inikerana beberapa faktor, antaranya sangat banyak petikan daripada Bidayah al-Hidayah karya Imam al-Ghazali. Ia sama juga dengan Hidayah as-Salikin olehSyeikh 'Abdus Samad al-Falimbani, yang petikan asas adalah karangan Imam al-Ghazali walaupun banyak lagi kitab lain yang dirujuk.

    Tarjamah Kitab ash-Shalihin diselesaikan oleh Syeikh 'Abdul Ghafur bin 'Abbas

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    22/34

    al-Maduri pada 1200 Hijrah/1785 Masihi, tahun yang sama dengan penulisanAd-Durr an-Nafis oleh Syeikh Muhammad Nafis al- Banjari. Hal ini berertikedua-dua kitab itu lebih kurang tujuh tahun terkemudian daripada Hidayah as-Salikin.

    Perlu disimpulkan bahawa ketiga-tiga ulama itu hidup sezaman dan seperguruandi Makkah. Manuskrip Tarjamah Kitab ash-Shalihin yang dijumpai tidaklengkap, hanya 220 halaman. Muka sebenar belum diketahui kerana beberapahalaman bahagian akhir tidak dijumpai. Ukuran manuskrip 19 kali 15.8sentimeter. Purata 17 baris setiap halaman.

    Kandungan, pada mukadimah pengarangnya menulis: "Ada pun kemudiandaripada itu, lagi akan berkata faqir yang berkehendak kepada rahmat-Nya yangkuasa, iaitu asy-Syeikh 'Abdul Ghafur yang 'Abbasi, Mandura nama asalnegerinya, dan Syafi'ie mazhabnya, dan Khalwati thariqatnya, dan asy-SyeikhSamman itu syeikhnya dan gurunya. Tatkala adalah hijrah an-Nabi SAW genapseribu dua ratus (1200 H/1785 M), dan kelebihan akan zaman telah berubah, dansegala manusia daripada jalan yang benar telah berpaling membelakangkan dia.Ertinya seperti firman, "Telah nyatalah kebinasaan dalam daratan dan lautandengan suatu yang diperbuat akan dia oleh segala tangan manusia.?br>Daripada mukadimah itu disimpulkan bahawa mazhab Syafiie, ThariqatKhalwatiyah dan gurunya bernama Syeikh Muhammad Samman tiada bezanyadengan pengakuan Syeikh 'Abdus Samad dan Syeikh Muhammad Nafis.Perbezaan hanya nama negeri asal saja iaitu Palembang, Banjar dan Madura.

    Selanjutnya Syeikh 'Abdul Ghafur bin 'Abbas al-Maduri menulis: "Tergeraklahbagiku khathir, bahawa hendak ku terjemahkan kitab yang bernama sh-Shalihin?.. iaitu karangan asy-syeikh yang alim, lagi banyak ilmunya, yang

    mentahqiqkan segala masalah, lagi halus pada fahamnya, lagi 'arif dengan AllahTa'ala, iaitu asy-Syeikh 'Abdullah yang anak asy-Syeikh 'Abdul 'Aziz. Memberimanfaat kiranya akan kami oleh Allah dengan dia dan dengan segala ilmunyadan segala Muslimin." Sesudah mukadimah langsung membicarakan akidah AhliSunnah wal Jamaah. Kemudian dilanjutkan dengan Fasal Pada MenyatakanKelebihan Orang Alim Dan Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu.

    Mengenai fasal ini dimulakan dengan hadis riwayat Saidina Ali tertulis:"Bahawasanya dia berkata, "Telahku dengar Rasulullah "... ertinya: "Bermulamenilik kepada muka orang yang alim itu menjadi ibadat, dan menjadi cahayapada badan dan menjadi cahaya dalam hati."

    Fasal yang paling panjang dibicarakan oleh Syeikh 'Abdul Ghafur bin 'AbbasiMadura adalah mengenai sembahyang yang disentuh pelbagai aspek. Fasal yangberikutnya diberi judul Fasal Pada Menyatakan Puasa. Mengenai ini nampaknyahanya sebagai pelengkap saja, huraian yang diberikan sangat singkat, tidakseperti mengenai sembahyang.

    Diikuti Fasal Pada Menyatakan Zakat. Huraian mengenai zakat lebih panjang

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    23/34

    daripada huraian mengenai puasa. Sebagai penutup huraian zakat Syeikh 'AbdulGhafur bin 'Abbasi Madura menegaskan: "Syahdan wajib menunaikan zakatdengan bersegera apabila diperoleh dengan dia, seperti ada harta hadir atausudah kering buah-buahannya daripada dapat dia atau lainnya..."

    Syeikh 'Abdul Ghafur bin 'Abbasi Madura juga memandang penting adabgolongan perempuan, maka sesudah Fasal Pada Menyatakan Zakat diikutidengan Fasal Pada Menyatakan Segala Perempuan Dan Bersama-sama DenganDia. Sesudahnya diikuti dengan Fasal Pada Menyatakan Adab/Sopan SantunSerta IbuBapa. Termasuk bahagian terpenting Tarjamah Kitab ash-Shalihin ialahmembicarakan perkara maksiat zahir dan maksiat batin. Sesudah itu dilanjutkanFasal Pada Menyatakan Hukum Zina.

    Pada fasal ini terjadi penggabungan pentafsiran ayat al-Quran, hukum fiqhSyafi'iyah dan hadis targhib (kabar gembira) dan hadis tarhib (kabar takut).Syeikh 'Abdul Ghafur bin 'Abbasi Madura memulakan perkara ini dengankatanya: "Ketahui olehmu bahawa zina itu, iaitu dosa besar, tiada di bawah kufurdan menyekutui Allah daripada dosa yang terlebih besar daripada zina. Hinggadirejam yang berbuat dia ..." Fasal mengenai ini sekali gus disentuh jugamengenai ancaman memakan harta riba dan zalim tidak menjalankan hukummenurut yang sebenar yang diperintah oleh Allah.-- dipetik dari Berita Harian, 9. Ogos. 2005

    Ensiklopedia Nusantara: Ad-Durr al-Mantsur bukti Tok Kenali pernah menuliskitab terjemahan Arab

    Bersama Wan Mohd Shaghir Abdullah

    TOK Kenali dari Kelantan adalah nama paling terkenal dalam dunia pengajianIslam di Malaysia. Beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Namun, tidakkurang pula orang menyesali kerana mereka beranggapan Tok Kenali tidakmenghasilkan penulisan. Anggapan demikian adalah penilaian yang keliru.Justeru, Ensiklopedia Nusantara kali ini memperkenalkan sebuah karya nadiryang dihasilkan oleh Tok Kenali yang judul lengkapnya Ad-Durr al-Mantsur PadaMenyatakan Burdah Yang Masyhur.

    Nama lengkap penterjemah pada halaman bahagian depan adalah Syeikh YusufAhmad Kalantani. Nama Yusuf Ahmad Kalantani, itulah nama Tok Kenalisebenar yang digunakan pada setiap karangan beliau.

    Ad-Durr al-Mantsur selesai penulisannya di Makkah, pada Jamadilakhir 1310Hijrah/Disember 1892. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh'Abdullah Mujallid, Makkah, Jamadilakhir 1310 Hijrah. Hanya sebuah kitab inisaya peroleh iaitu di Ketapang, Kalimantan Barat, Indonesia. Hingga tulisan ini,

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    24/34

    belum diketahui naskhah selainnya.

    Kandungannya adalah terjemahan dan penjelasan fadilat Burdah al-Bushiri.Kandungan terjemahan puisi Burdah al-Bushiri yang lengkap lafaz Arabnyadiletakkan pada bahagian dalam dan huraian diletakkan pada bahagian tepi

    kitab.

    Pada mukadimah (bahagian tepi) Tok Kenali menulis: "Maka berkata hambayang hina, tatkala adalah beberapa qasidah pada hak Nabi kita Muhammad SAWitu, banyak dan sabitlah bagi setengahnya itu beberapa faedah dan beberapakelebihan dan beberapa khasiat. Aku tentukan sebagai tentu Qasidah Burdahyang masyhur dalam sekalian negeri yang sabit antara Masyriq (Timur) danMaghrib (Barat) yang dinazamkan dia bagi Imam Bushiri dan QasidahMadhriyah yang melengkapi bagi sekalian Shalawat Dalail yang mula baginyapula. Dan sabitlah baginya pula beberapa kelebihan yang banyak telahmembilang akan dia oleh Abu Sa'id Muhammad al-Khadimi di dalam syarahnyaatas hingga sampai ia lima puluh tiga...

    Oleh sebab qasidah, nazam, syair dan sejenisnya, termasuk dalam bidangkesusasteraan dan kesenian Islam yang bersepadu dengan amalan sesuatuthariqah shufiyah, dapat disimpulkan bahawa Tok Kenali adalah penggemaramalan tradisi yang diamalkan beberapa ulama seperti yang disebut di atas.

    Selain qasidah, Tok Kenali dalam terjemahannya itu menyebut QasidahMaimunah karya Imam Abu Hanifah. Tok Kenali menulis selanjutnya: ...kemudian berkata seorang, yang mengarang akan ini kitab dengan bahasa Arab,yang hamba terjemahkan dia dengan bahasa Jawi. Telah memintalah daripadakuoleh sesetengah daripada sekalian orang yang rindukan Rasulullah SAW akan

    bahawa aku himpunkan sekalian qahidah ... Hingga kalimat ini, naskhah itutidak dapat dibaca kerana koyak pada bahagian bawah (halaman pertama danhalaman 2).

    Selain halaman pertama dan dua, semuanya dapat dibaca kecuali halaman 17juga koyak pada bahagian bawah.

    Memperhatikan tarikh selesai penulisan (Jamadilakhir 1310/ Disember 1892)bererti karya Tok Kenali ini mendahului sekitar 10 tahun karya guru beliau iaituSyeikh Wan 'Ali bin 'Abdur Rahman Kutan yang berjudul Risalah Majma' al-Qashaid wa al-'Awaid. Karya ini selesai ditulis pada Zulkaedah 1320/Februari

    1903.

    Kedua-dua kitab itu walaupun membicarakan Burdah al-Bushiri, namunperbahasannya dalam bentuk berbeza. Dalam karya Syeikh Wan 'Ali Kutan tidakada terjemahan qasidah yang disebut itu kerana yang lebih diutamakan adalahkelebihan membaca atau mengamalkan Burdah al-Bushiri.

    Dalam karya Tok Kenali pula, pada halaman pertama terlebih dulu adalah

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    25/34

    salinan lafaz Burdah dalam bahasa Arab dari bait ke bait. Setiap bait padabahagian bawahnya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

    Contoh gaya bahasa terjemahan Tok Kenali, tiga bait antaranya saya transliterasisebagai berikut di bawah ini:

    - Adakah kerana ingat akan keluarga, yang pada tempat yang mempunyai kayusalam Engkau campurkan air mata, yang liar ia daripada biji mata dengan darah?

    - Atau kerana berhembus anginkah, daripada pihak negeri yang bernamaKazhimah? Dan cemerlang kilat dalam kelam daripada bukit yang bernamaAdhim?

    - Maka adakah bagi dua matamu itu, jika engkau kata bagi kedua-duanya :Berhenti olehmu, nescaya mengeluar kedua-duanya akan airnya. Danmengapakah bagi hatimu itu, jika engkau kata baginya: Minum olehmu,nescaya ia gila.

    Daripada semua yang dipaparkan di atas dapat diambil kesimpulan bahawaSyeikh Yusuf Ahmad al-Kalantani atau Tok Kenali ialah ulama yangmenghasilkan karangan. Beliau mampu menulis dalam bentuk prosa dan puisi.

    Tok Kenali juga menulis dalam bahasa Melayu dan menghasilkan sekurang-kurangnya dua karangan dalam bahasa Arab iaitu Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfiyang selesai penulisannya pada 15 Rabiulawal 1351. Satu lagi, Mulhiq li MiftahitTa'allum, selesai penulisan pada 29 Syaaban 1354.-Dinukil daripada Berita Harian, Selasa, 12 Julai. 2005.

    Ensiklopedia Nusantara: Ad-Durrah an-Nafisah bahasan tasawuf, guna bahasaberadabBersama Wan Mohd Shaghir Abdullah

    Kitab dipercayai dikarang Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari

    SEBUAH kitab tasawuf peringkat tinggi yang cukup terkenal di dunia Melayuyang banyak kali dicetak adalah Ad-Durr an-Nafis karya Syeikh Muhammad

    Nafis bin Husein al-Banjari. Kitab ini ditulis pada 1200 hijrah/1785 masihi dandicetak pertama kalinya seratus tahun kemudian iaitu pada 1300 hijrah/1882.Cetakan pertama ditashhih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.Kitab yang saya perkenalkan dalam artikel ini bukan Ad-Durr an-Nafis, tetapiAd-Durrah an-Nafisah fi Bayan Wahdah fi al-Af'al wa al-Asma' wa ash-Shifat waaz-Zat al-Muqaddasah yang ditulis kira-kira 39 tahun selepas Ad-Durr an-Nafis.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    26/34

    Tarikh tepat penulisan mulai waktu Dhuha, Jumaat, 15 Rabiulakhir 1239/19Disember 1823. Ia selesai ditulis pada tengah malam Isnin, 9 Muharam 1240/3September 1824.

    Kitab ini belum pernah diterbitkan dalam bahan cetakan. Manuskrip yang ada

    hanya sebuah dan ada dalam simpanan saya.

    Sungguhpun tidak ada nama pengarang, dapat diduga ia adalah karangan SyeikhMuhammad Nafis al-Banjari. Ia adlah syarah kitab beliau yang berjudul Ad-Durran-Nafis. Jadi, manuskrip yang sekarang menjadi koleksi peribadi saya adalahasli tulisan tangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari.

    Sebelum memasuki kandungan Ad-Durrah an-Nafisah, sebagai mukadimahSyeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari memperkenalkan dua karyaringkas mengenai tasawuf. Sebuah 18 muka dan satu lagi 14 halaman. Kedua-duanya tanpa judul. Sebuah tanpa tahun dan sebuah lagi selesai penulisan padamalam, 30 Jamadilawal 1235/16 Januari 1820.

    Pada mukadimah risalah yang pertama, Syeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari menyebut mengenai diri ada empat jenis.

    Kata beliau: Pertama, diri yang berdiri, iaitu diri jasad atau tubuh badan. Kedua:diri yang terperi. Ketiga, diri yang nyata pada ilmu Allah. Keempat, diri yangsebenar-benar diri.

    Keempat-empat diri dihuraikan dengan agak panjang menurut kaedah dalamilmu tasawuf.

    Kedua-dua risalah yang dianggap sebagai mukadimah Ad-Durrah an-Nafisah,saya tinggalkan dan langsung saja kepada manuskrip yang sedang diperkenalkan.

    Syeikh Muhammad Nafis bin Husein al-Banjari memulakan bicara dengankatanya: Aku memulai akan risalah ini pada hijrah Nabi SAW seribu dua ratustiga puluh sembilan tahun, pada tahun Alif, pada lima belas hari bulanRabiulakhir, yaum al-Jumah, waktu Dhuha, jam pukul dulapan (maksudnya:Jumaat, jam 8 pada 15 Rabiulakhir 1239 pen:)

    Sebab beliau menulis kitab itu juga dinyatakan dalam mukadimah pada halamanberikutnya. Kata beliau: Kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun

    seribu dua ratus tiga puluh lima tahun, daripada tahun hijrah, pada hari yangketiga puluh cukup, daripada bulan Jamadilawal, (maksudnya: pada 30Jamadilawal 1235, pen:).

    Selanjutnya beliau jelaskan: Sanya memintalah kepadaku setengah daripadasaudaraku yang telah dibukakan [oleh] Allah hatiku dan hatinya dengan cahayaterang musyahadah, yakni cahaya terang memandang dan mengenal. Beliaujelaskan selanjutnya: "Bahawa itu aku perbuatkan baginya akan suatu risalah

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    27/34

    yang simpan (maksudnya: yang ringkas) perkataannya dengan bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut...

    Barangkali oleh kerana kandungan keseluruhan Ad-Durrah an-Nafisah adalahtasawuf peringkat tinggi, maka diperlukan bahasa yang beradab. Itulah yang

    dimaksudkannya dengan bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut bukan bahasaMelayu yang kasar, yang tiada beradab atau tiada berakhlak atau boleh jugadikatakan tiada berbudi bahasa.

    Sebelum memasuki bahasan tasawuf, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjariterlebih dulu membicarakan mazhab dalam akidah. Megenai perkara ini adayang beliau bicarakan dalam Ad-Durr an-Nafis. Tetapi, selepas dibandingternyata dalam manuskrip Ad-Durrah an-Nafisah penambahan dan bahasan jauhlebih banyak serta perbicaraan jauh lebih luas dan mendalam.

    Mengenai dua mazhab iaitu Qadariyah dan Jabariyah tidak banyak tambahan,tetapi mengenai mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ad-Durrah an-Nafisahada tambahan yang sangat banyak.

    Dalil mengenai mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, beliau jelaskan ketika turunayat al-Quran mengenai kaum yang kasih kepada Allah salah seorang sahabatbertanya kepada Rasulullah. Nabi menjawab dan menunjuk sahabat Baginda,Abu Musa al-Asy'ari. Manakala muncul keturunan beliau, iaitu Imam Abu Hasanal-Asy'ari, maka sepakatlah ulama bahawa Imam Abu Hasan al-Asy'ari R.Aadalah imam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari menyebut pula, mazhab yang berpegangkepada iktikad Imam al-Asy'ari ini, iaitu Imam Malik ibnu Anas dan Imam

    Muhammad anak Idris Syafie. Maka, mazhab Imam Abu Hanifah ibnu Tsabit danImam Ahmad ibnu Hanbal itu adalah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yangpada iktikad itu, iaitu Imam Abu Manshur Maturidi.

    Selepas membicarakan tiga mazhab di atas, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjarimembahas pula mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah golongan Ahl al-Kasyaf danMusyahadah.

    Walaupun karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari judul Ad-Durr an-Nafisyang pernah dicetak berlaku kontroversi dengan beberapa tokoh ahli zahir,namun bagi saya Ad-Durrah an-Nafisah yang juga syarah Ad-Durr an-Nafis mesti

    diperkenalkan. Kedua-dua kandungan kitab itu tidak salah menurut ulama ahlisufi.- dipetik dari Berita Harian, Selasa 27hb. Disember. 2005.

    Penulisan puisi oleh ulama Asia Tenggara

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    28/34

    TIADA dapat dinafikan bahawa apabila kita membicarakan syair dan nazam diAsia Tenggara, sebahagian besar para sarjana sastera berpendapat telah dimulaioleh Sheikh Hamzah al-Fansuri.

    Sama ada pada satu sudut lain, ada pihak yang memandang beliau sebagaiseorang zindiq kerana faham wihdah al-wujudnya, mahupun golonganpengkagum melihat bahawa beliau adalah seorang siddiq. Bagi yang pro ataukontra kepadanya, mereka turut bersependapat bahawa beliau adalah seorangcerdik cendekiawan Islam-Melayu, atau dengan perkataan lain, Hamzah al-Fansuri adalah seorang ulama sufi.

    Peranan para ulama silam Melayu di bidang penulisan dalam bentuk prosaataupun puisi memang terbukti dengan peninggalan-peninggalan mereka yangcukup banyak dan sangat berpengaruh terhadap rumpun Melayu.

    Karya-karya mereka dalam bentuk prosa di sana sini telah diperkenalkan, akantetapi mengenai senarai nama para ulama dan puisi-puisi Melayu (terutamagenre syair dan nazam) gubahan ulama kita secara lengkap belum pernahdiperkenalkan.

    Kumpulan puisi Raja Ali Haji telah diusahakan oleh Abu Hassan Sham yangditerbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan puisi Sheikh Ahmad al-Fathani pula telah selesai penyusunannya oleh penulis sendiri, yang dapatdirujuk buku berjudul Sheikh Ahmad al-Fathani: Pemikir Agung Melayu danIslam, Jilid 2, yang diterbitkan oleh Khazanah Fathaniyah.

    Umum mengetahui bahawa Raja Ali Haji dan Sheikh Ahmad al-Fathani adalah

    ulama. Apabila kita kaji dengan teliti bahawa puisi Melayu ada yang digubah olehulama dan ada pula yang digubah oleh orang biasa.

    Di antara mereka pula ada yang kita ketahui identitinya sebagai seorang ulama,tetapi tidak kurang pula yang tidak dapat dikesan. Adakah dia seorang ulamaataupun bukan, walaupun sesetengah namanya diketahui.

    Artikel kali ini cuba memperkenalkan beberapa nama penggubah syair/nazamMelayu yang telah dikenalpasti identitinya sebagai seorang ulama.

    Ulama penggubah puisi abad 16-17

    Sebagaimana disebutkan di atas bahawa penggubah syair pertama dalam bahasaMelayu adalah Sheikh Hamzah al-Fansuri. Tokoh ini sangat banyak diminati olehpara pengkaji/sarjana, baik pengkaji/sarjana tempatan mahupun dunia luarterutama orang Barat.

    Sungguhpun demikian masih dianggap sukar mendapatkan karya-karya SheikhHamzah al-Fansuri dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi, sama ada dalam bentuk

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    29/34

    manuskrip mahupun berupa bahan cetakan.

    Bagi penulis, menemukan atau mengesan manuskrip karyanya lebih mudahberbanding karya-karya dalam bentuk cetakan Melayu/Jawi.

    Sampai sekarang keseluruhan puisi Hamzah Fansuri yang terkumpul dalamsebuah buku yang lengkap belum ditemui, walaupun sebuah buku yang padatmembicarakan pelbagai aspek Hamzah al-Fansuri telah ditulis oleh Syed M.Naquib al-Attas.

    Ulama penggubah puisi abad ke-18

    Ulama yang sezaman dengan Hamzah al-Fansuri mahupun sesudahnya sepertiSheikh Syamsuddin al-Sumatra-i, Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri dan lain-lain walaupun diketahui banyak menghasilkan karya dalam corak prosa, tetapitidak dapat dikesan karya mereka yang bercorak puisi.

    Hingga abad ke-18, zaman kemunculan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani,beliau ini banyak menghasilkan karya bercorak prosa, tetapi hanya sedikit sajamenghasilkan karya bercorak puisi.

    Karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang bercorak puisi dari awal karyahingga akhir hanya sebuah sahaja, iaitu yang diberi judul 'Iqdu al-Jawahir,berupa syair mengenai akidah. Syair ini beliau syarah sendiri sehinggamenghasilkan sebuah kitab yang besar diberi judul Ward al-Zawahir bi Alfaz 'Iqdial-Jawahir.

    Di sini ada perbezaan dengan Ruba'i Hamzah Fansuri, tidak disyarah oleh

    Hamzah al-Fansuri sendiri tetapi disyarah oleh Sheikh Syamsuddin Sumatra-i.

    Selain itu, dari karyanya yang bercorak prosa hanya banyak terdapat dalamJam'u al-Fawaid saja. Di beberapa tempat lain pula terdapat sisipan beberapapuisi mengenai shalawat dan lain-lain.

    Selain Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ulama yang seangkatan denganbeliau juga tidak dapat dikesan sebagai penggubah puisi, sehingga munculperingkat murid beliau, ialah Raja Ali Haji, pujangga bahasa Melayu yangterkenal. Sewaktu Raja Ali Haji bersama ayahnya ke Mekah tahun 1243 H/1827M, beliau sempat belajar daripada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

    Jika dibandingkan beberapa baris bahagian mukadimah Gurindam Dua BelasRaja Ali Haji, terdapat persamaan maksudnya dengan mukadimah syair SheikhDaud bin Abdullah al-Fathani dalam 'Iqdu al-Jawahir.

    Bagaimanapun, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani lebih banyak dibicarakanpada sektor ketokohannya sebagai ulama, sedang Raja Ali Haji lebih banyakdibicarakan sebagai tokoh bahasa Melayu.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    30/34

    Sebagaimana Sheikh Hamzah al-Fansuri, demikianlah Raja Ali Haji sudah cukupbanyak dibicarakan. Setiap kali seminar bahasa, terlalu banyak orangmembicarakan tentang ulama dan tokoh besar golongan bangsawan yang berasaldari Riau itu.

    Pengumpulan puisi yang dimuat dalam satu buku khas nampaknya Raja Ali Hajimendahului tokoh-tokoh lainnya.

    Buku tersebut diberi judul Puisi-puisi Raja Ali Haji, oleh Abu Hassan Sham,merupakan penerbitan pertama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun1993.

    Buku tersebut juga merupakan salah satu projek Bahagian Sastera DBP. Bukuyang tebalnya 803 halaman termasuk halaman Bibliografi dan Indeks itumungkin buku pertama hasil usaha pengumpulan hasil puisi Melayu yangdihasilkan oleh tokoh-tokoh sasterawan kita yang terkenal.

    Demikian nama Raja Ali Haji menjulang tinggi sejak beliau hidup, hingga masihsegar di ingatan para pencinta sastera klasik dunia Melayu pada zaman modensehingga kini.

    Sezaman dengan Raja Ali Haji ialah Saiyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Aidrus (1795 - 1878 M) yang berasal dari Terengganu. Beliau ini juga sempatbelajar kepada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

    Datuk Misbaha dalam tulisannya menyebut bahawa Saiyid Muhammad al-Aidrusadalah sebagai 'Pelopor dan Bapa Kesusasteraan Melayu Terengganu' (majalah

    Pesaka, 1983:87).

    Selanjutnya digelar juga dengan Tukku Tuan Besar. Beliau adalah seorang ulamayang mengarang dalam bentuk prosa dan puisi. Mengenai puisinya yang palingpopular dan berpengaruh ialah berjudul Kanzil Ula.

    Harun Mat Piah dalam bukunya Puisi Melayu Tradisional (1989) telahmembahas kandungan Kanzil Ula dan Jauharus Saniyah secara ilmiah danpanjang lebar, kedua-dua judul itu dikategorikan karya tersebut sebagai nazam.

    Kedua-dua ulama penggubah puisi peringkat murid Sheikh Daud bin Abdullah

    al-Fathani itu, Raja Ali Haji (Riau) lebih banyak mendapat liputan penulisanantarabangsa dan dunia Melayu jika dibandingkan dengan Tukku Tuan Besar(Terengganu) yang masih baru diperkenalkan oleh para sarjana dan pengkaji.

    Ulama-ulama penggubah puisi abad ke-19

    Pada abad ke-19, barulah ramai ulama dunia Melayu menyerlahkan diri merekayang berperanan aktif sebagai penggubah puisi Arab dan Melayu.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    31/34

    lSheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani,

    lSheikh Muhammad Zainuddin al-Sumbawi,

    lSheikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi (Aceh),

    lSheikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani,

    lSheikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga (Riau),

    lSheikh 'Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani (Pontianak),

    lSheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Minkabawi,

    lHaji Muhammad Husein bin Abdul Latif al-Fathani,

    lHaji Abdur Rauf Melaka,

    lSheikh Muhammad Shalih al-Fathani

    lRaja Haji Muhammad Sa'id Riau.

    Maklumat beberapa puisi yang telah dihasilkan oleh ulama-ulama yang tersebutdiringkaskan sebagai yang tersebut di bawah ini:

    Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani

    Hamzah al-Fansuri dan Raja Ali Haji kedua-duanya adalah ulama Melayumerupakan lambang terbesar penggubah puisi Melayu pada zamannya. Makademikian halnya Sheikh Ahmad al-Fathani adalah lambang terbesar dalam halyang sama pada abadnya.

    Bahkan ketiga-tiga ulama dan tokoh yang tersebut memang merupakanpenggubah puisi Melayu yang produktif, meninggalkan hasil gubahan puisi yangterbanyak jika dibandingkan dengan semua tokoh Melayu setiap zaman dari duluhingga kini.

    Bezanya hanyalah Hamzah al-Fansuri dan Raja Ali Haji telah banyak

    diperkenalkan, sedang Sheikh Ahmad al-Fathani belum begitu banyak.

    Ada pun khas mengenai sejarah hidup serta puisi-puisi gubahan Sheikh Ahmadal-Fathani telah penulis kumpulkan dan dimuat dalam buku Sheikh Ahmad al-Fathani: Pemikir Agung Melayu dan Islam, Jilid 1 dan 2.

    Dengan diterbitkan buku tersebut, bererti merupakan buku yang keduakumpulan puisi Melayu sesudah buku Puisi-puisi Raja Ali Haji yang telah

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    32/34

    disebutkan di atas.

    Raja Ali Haji hidup antara tahun 1809 - 1870 M, manakala Sheikh Ahmad al-Fathani pula hidup antara tahun 1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M.

    Ini bererti sewaktu Raja Ali Haji wafat, Sheikh Ahmad al-Fathani berusia sekitar14 tahun. Dengan demikian, secara tidak langsung Sheikh Ahmad al-Fathanimerupakan penyambung aktiviti bahasa dan sastera yang dijalankan oleh RajaAli Haji. Ini bererti bahawa dunia Melayu tidak pernah kekeringan tokoh penyairatau penggubah puisi.

    Puisi Sheikh Ahmad al-Fathani yang pertama dalam bahasa Melayu bercoraknazam ditulis dalam usia 15 tahun, pada tahun 1287 H, diberi judul Nazam NurilAnam ditulis sewaktu berada di dalam Masjidil Haram, Mekah.

    Karya puisi beliau yang pertama dalam bahasa Arab ialah Jumanat at-Tauhid(diselesaikan di Mesir, 1293 H/ 1876 M), ditulis dalam Masjid Jamik Al-Azhar,Mesir.

    Nazam Nuril Anam ditinjau dari segi genre nazam banyak persamaan modelsusunan dan gaya bahasanya dengan Kanzil Ula karya Tukku Tuan BesarTerengganu, tetapi jika ditinjau dari segi kandungan maka Nazam Nuril Anamjauh lebih lengkap daripada Kanz al-'Ula. Nazam Nuril Anam Sheikh Ahmad al-Fathani membicarakan mulai kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menyentuhhampir keseluruhan aspek Islam, sedangkan Kanzil Ula Tukku Tuan BesarTerengganu yang dibicarakan hanya di persekitaran riwayat kelahiran NabiMuhammad SAW saja.

    Keseluruhan puisi Sheikh Ahmad al-Fathani, baik berbahasa Arab mahupunbahasa Melayu yang banyak disiarkan dalam hampir semua kitab yangditashihnya, diletakkan di bahagian depan ataupun di bahagian belakangpenerbitan itu. Selain itu ada pula yang masih dalam bentuk manuskrip.

    Sheikh Muhammad Zainuddin al-Sumbawi

    Beliau ini adalah seorang ulama yang berasal dari Sumbawa (Indonesia) yangtinggal di Mekah dan mengajar di Masjid al-Haram, Mekah. Ditinjau dari segisejarah perkembangan Islam di Asia Tenggara beliau adalah termasuk ulama dantokoh penting, tetapi ditinjau dari segi seorang penyair tidaklah begitu menonjol.

    Hanya sedikit puisinya dapat disemak dalam sebuah karyanya yang berjudulSirajul Huda.

    Sheikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi

    Beliau adalah seorang ulama yang berasal dari Aceh. Kurang begitu jelas apakahada dua orang yang bernama Sheikh Ismail bin Abdul Mutalib itu, kerana selaindisebutkan berasal dari Aceh ada pula yang di hujung namanya memakai nama

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    33/34

    "al-Minankabawi".

    Baik yang memakai nama "al-Asyi" (pada semua kitab karyanya), mahupun yangmemakai "al-Minankabawi" (dalam surat menyurat.

    Nama sama, tetapi di hujung berlainan. Namun kedua-duanya ada hubungandengan aktiviti Sheikh Ahmad al-Fathani.

    Ulama bernama Sheikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi (di Mekah) dilantik olehSheikh Ahmad al-Fathani sebagai pentashih kitab Melayu/Jawi pada saksi yangdikarang oleh ulama-ulama Aceh.

    Pada kitab-kitab yang ditashihnya itulah kita dapat mengenal beberapa puisiSheikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi. Bagi yang memakai nama "al-Minankabawi", di hujung nama pula ditugaskan oleh Sheikh Ahmad al-Fathanisebagai Rais Thalabah (Mahasiswa) Melayu di Mesir.

    Namun penulis lebih cenderung beranggap bahawa Sheikh Ismail bin AbdulMutalib yang berasal dari Jawi itu hanya satu orang sahaja, walaupun di hujungnama berbeza. Puisi-puisi Sheikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi terdapat padacetakan Jam'u Jawami' al-Musannafat, cetakan Taj al-Muluk, cetakanMuqadimat al-Mubtadiin dan lain-lain.

    Sheikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani

    Beliau adalah ulama yang berasal dari Palembang, merupakan ulama produktifdalam penulisan sesudah Sheikh Abdus Samad al-Falimbani yang terkenal itu.Sheikh Abdus Samad al-Falimbani juga menghasilkan puisi sama ada bahasa

    Melayu, mahupun bahasa Arab, berbeza dengan Sheikh Muhammad Azhari al-Falimbani bahawa beliau menghasilkan puisi dalam bahasa Melayu saja.

    Puisi-puisi Sheikh Muhammad Azhari al-Falimbani terdapat dalam karyanyaBadi'uz Zaman. Puisi-puisi tersebut telah penulis transliterasi dan dimuat dalambuku Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani: Shufi dan Jihad Dunia Melayu(cetakan 1995).

    Sheikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga

    Ulama yang berasal dari Riau ini adalah seorang tokoh bahasa Melayu yang

    cukup terkenal di Mekah pada zamannya sehingga beliau digelar 'Qus BahasaMelayu'.

    Beliau menghasilkan beberapa buah karangan dalam bentuk prosa, dan puisi-puisinya. Hampir semua karyanya dalam bentuk prosa ada dalam simpananpenulis, tetapi belum ditemui yang berupa puisi, sungguhpun dikatakan beliaubanyak menghasilkan karangan berbentuk puisi.

  • 7/27/2019 Artikel2 Ustaz Shaghir (Rhm.)

    34/34

    Sheikh 'Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani

    Beliau adalah murid Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, yangbanyak menghasilkan karya. Puisi-puisi Sheikh 'Utsman al-Funtiani ditemuidalam karyanya yang berjudul Fath al-Makkah.

    Ada yang merupakan terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, tetapisajak pada rima akhir setiap puisi tetap dikekalkan. Ada pula merupakan ciptaansendiri bukan terjemah.

    Keterbatasan ruangan ini mengehadkan perbicaraan ini dibicarakan sepenuhnya.Maka ia dilanjutkan pada ruangan akan datang dengan memperkenalkan pulaulama-ulama lain yang turut terlibat dalam penulisan puisi di Asia Tenggara.

    Selebihnya yang akan dibicarakan adalah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddinal-Minkabawi, Haji Muhammad Husein bin Abdul Latif al-Fathani, Haji AbdurRauf Melaka, Sheikh Muhammad Shalih al-Fathani dan Raja Haji MuhammadSa'id Riau.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2CgYgDijR Utusan Melayu (M) Bhd