View
27.220
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
PEMULIHAN
PENGAYAAN
PELBAGAI KECERDASAN
BERKEPERLUAN KHAS
DEFINISI
AHLI KUMPULAN
DEFINISI
PEMULIHAN -- Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluanpendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran.- Menurut Pringle (1966)‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.-Menurut Kamus Dewan , pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.•Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan ataumembetulkan sesuatu yang tidak betul.
PENGAYAAN-Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah
FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN
Faktor peribadi Faktor kurang kecerdasan Faktor fizikal Faktor psikologi Kurikulum di sekolah tidak sesuai dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan
kurang sesuai diterima oleh pelajar. Bahan pelajaran yang disediakan kurang
menarik minat .
FAKTOR PERIBADI keadaan ekonomi keluarga :
kerja rumah menjaga adik-adik membuat kerja sambilan
masalah sosial
segan dan malu
FAKTOR KURANG KECERDASAN
berkait rapat dengan masalah mental Ciri-ciri: lebih lambat berfikir, cepat lupa, sukar
memahami sesuatu, lemah pengamatan
FAKTOR FIZIKAL
Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan pelajar:cepat berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
Kekurangan tenaga dan semangat kurang sihat :mengambil cuti sakit Masalah kecacatan fizikal
PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN
PEMULIHAN
•mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan• menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan•menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran •menyediakan bahan dalam sesi pemulihan• menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan •mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN KELAS
MengenalPasti murid
Penganalisian masalah
Perancangan dan penyediaan
bahan
Pengajaran dan pembelajaran
Ujian dan penilaian
Tindakan susulan
Proses pengelolaan sesi pemulihan
FAKTOR PSIKOLOGI
berkait rapat dengan masalah emosi lebih mudah berperasaan takut, benci, diam,
malu, tidak berkeyakinan, rendah diri
Langkah-langkah proses pengelolaan sesi pemulihan kelas
Pengajaran guru Pembelajaran
murid
Latihan lisan/
bertulis
Ujian dan penilaian
Langkah-langkah pengajaran pemulihan
STRATEGI PENGAJARAN- PEMBELAJARAN PEMULIHAN Boleh dibahagikan kepada 2 strategi:
Secara kumpulan
Secara individu
KONSEP PENGAYAAN
sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu
OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGAYAAN
1. menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu.
2. menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka.
3. menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
1. memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
2. menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
3. memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
4. memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN
Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada:
∗ bacaan (membaca)∗ tulisan (menulis)∗ kiraan (mengira)
AKTIVITI PENGAYAAN BACAAN (MEMBACA)
Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan.
Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan.
Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.
AKTIVITI PENGAYAAN TULISAN (MENULIS)
Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja.
Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.
AKTIVITI PENGAYAAN MATEMATIK (MENGIRA)
1. Permainan - Ular dan tangga, domino,
cantuman nombor dengan
bilangan benda, aktiviti juaI beli.
2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi. 3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar,
graf turus dan graf melintang.
PENYEDIAAN BAHAN AKTIVITI PENGAYAAN
1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid.
2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid, tanpa memerlukan banyak
bimbingan daripada guru.
3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.
STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti
pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara:
1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan.
2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
SAMBUNGAN……
Kumpulan cerdas Kumpulan sederhana Kumpulan lambat
Aktiviti pengayaan Aktiviti pemulihan
Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan
•Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. •Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.
Teori Pelbagai kecerdasan
Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
Jenis-jenis kecerdasan
Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.
Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam patern, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan
Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
•Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam•Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara •Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan•Melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid
Faedah Teori pelbagai kecerdasan
PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Definisi
Kanak-kanak yang dianggap berhadapandengan batasan keupayaan dengansendirinya bagi memperoleh keperluanbiasa dan untuk hidup bermasyarakatkerana had fizikal atau mental.
• Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status
Barirah (1995) menyatakan 4 objektifpendidikan inklusif:
i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagiandaripada ahli masyarakat.
ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan
iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.
iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
RUJUKAN
Dr. Ragbir, (2009). “Panduan Ulangkaji ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI )”. Kumpulan Budiman,Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang, ( 2003 ). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi ). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.
Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 1997 ), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
http://www.moe.gov.my
http://drragbirnet
MUHAMMAD FARHAN BIN ISHAK - DB100343 NORZULINAH BINTI ZOLKEFLI - DB100332 MASDIANA BINTI AHMAD KAMIL - DB100933 NORMALA BINTI ABU TALIB - DB100027 NOR HAZEAN BINTI ISMAIL - DB100066 ZAIFIRUS SINAR SURIATI BINTI MAHMUD - DB100334 NAZARUDIN BIN ALI - DB100331 LIM AI PING - DB100509 LAM JIUN MEE - DB100553 YAP KIEN HUI - DB100554
Recommended