View
35.123
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Nama Penulis : Fify Farisa Mohamad Firdaus IEB 060027 (kapochilulu@yahoo.com)
Norhayati Osman IEB 060094 (norhayati_409@yahoo.com)
Siti Zamriah Mohd. Hussin IEB 060141 (ctzamriah@yahoo.com)
ABSTRACK
This article attempt to discuss the Islamic Education are among important element towards human self moulding desirableness. There is no doubt that rapid change in national education through IT's reformation and communication give large impact lesson and learning in process. Educational technology use of the equipment like computer and internet by Islamic Education teacher is one of the ways practicable of process increase effectiveness lesson and learning. Apart from that, student interest and focus can be pulled through neat and systematic computer application planning. Religious teacher should make Islamic Education as a attractive subject and interested student.
Keyword : Islamic Education, lesson and learning
BAB 1 PENGENALAN
Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk
mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran
yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam
penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih
1
terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT).
Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia
pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam
bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang
semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada
mereka.
BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin
munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi
kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan
dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong
manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut.
Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau
mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam
sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah
mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang
lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika
terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram.
2
Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Firman Allah
S.W.T yang bermaksud:
Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan.
Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan
bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang
sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang
dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif Islam
untuk kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah
S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu
perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun
Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan
diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
3
Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat
komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet
menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong
daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat
yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari
dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan
kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat.
Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya
menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya
digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang
terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-
Quran. Sebagai contoh firman Allah S.W.T :
Dan Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara
kamu dalam peperanganmu.
Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru
dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga
menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan
4
keagungan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di
langit dan di bumi. Firman Allah S.W.T :
Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.
Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan
yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh
itu, islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan
perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada peralatan teknologi dalam
bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan objektif
tamadun Islam.
BAB 3 IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan
KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di
samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan
5
menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai
dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia.
Menurut Blai (1988,195-200), penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan
proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka
dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia,
fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu
sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan
komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di
samping penerangan bersuara.
Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek
teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan
teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia perlu mengorak langkah
menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan
komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan
mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran
tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk
6
mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik
dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran
yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan
pemahaman pelajar.
Menurut Jonassen (1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan
attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku
lebih daripada satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan
multimedia terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran
berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk
menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru
berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. Di samping itu terdapat
pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran yang antaranya ialah :
1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan
pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka
boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
7
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih
berdikari.
5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod
deria yang digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara
interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan
menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh
maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam
pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka
dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam (
Halimah, 1996,37-48).
Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru
melalui pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh
Md. Yusoff dan Azhar (2000) :
1. Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan.
2. Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru mempunyai ruang
untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana
program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan
latihan dan ujian untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang
disampaikan. Program ini biasanya memuatkan maklum balas serta merta untuk
menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.
8
Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung
kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan
berlaku antara pelajar dengan pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan
pengajaran. Menurut Jonassen (1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara
individu dengan kumpulan dan seterusnya membenarkan pelajar membina
pengetahuannya sendiri serta membolehkan mereka memahami dan mengingati apa yang
dipelajari.
Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi
tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar
terhadap pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan penyataan yang dikemukakan oleh
Zainab et al. (2002,) yang menyatakan bahawa terdapat banyak laman web yang boleh
dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang
berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor
dan beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com,
islm.gov.my, haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik
pengajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar
mengetahui perkhidmatan agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia.
Pengajar boleh menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan
perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta
melayari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil
bahagian dalam perkhidmatan soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan
maklumat ibadah haji serta umrah di laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga
9
boleh mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo
untuk mencari laman yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan guru,
para pelajar juga boleh mendapat maklumat dengan mudah dan luas di laman web
pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris.
Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan
yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu.
Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang
disampaikan dalam Pendidikan Islam.
Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan bantu mengajar yang
efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat memberikan
maklumat terkini secara interaktif dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh
menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik
tertentu dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi
kerajaan atau bukan kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di
Malaysia.
Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi
dengan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan
Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al (2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum
Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat
10
Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada
menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini
mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga
yang kekal abadi.
RUMUSAN
Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan
hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam
haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses
11
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik
dan menarik tumpuan pelajar. Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah
menggunakan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk
mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio,
filem, komputer dan internet.
Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini.
Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta
memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid
untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada
penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat
tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi
maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang
lain. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT
dalam bidang Pendidikan Islam.
12
Recommended