View
261
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
1/225
KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN E-SUBMISSION DI DALAMPROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG DI
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA ( JPBD )NEGERI SELANGOR
ZAINUDDIN BIN SIDEK
Jabatan Perancangan Bandar Dan WilayahFakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur
Universiti Teknologi MaraShah Alam
April 2005
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
2/225
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAFAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
APRIL 2005
Adalah disyorkan bahawa Tesis ini yang disediakan
Oleh
ZAINUDDIN BIN SIDEK
bertajuk
KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN E-SUBMISSION DI DALAM PROSESPERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG DI JABATAN
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA ( JPBD ) NEGERI SELANGOR
diterima sebagai memenuhi sebahagian dari syarat untuk memperolehi
Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian)
Penyelia :......................................... Prof. Madya Ahmad Fuzi bin Arshad
Koordinator :......................................... Prof. Madya Hj. Zakaria bin Ahmad
Ketua Program :......................................... Prof. Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
3/225
KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN E-SUBMISSION DI DALAM PROSESPERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG DI JABATAN
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA ( JPBD ) NEGERI SELANGOR
Oleh
ZAINUDDIN BIN SIDEK
Jabatan Perancangan Bandar dan WilayahFakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur
Universiti Teknologi MaraShah Alam
April 2005
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
4/225
i
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana disebabkan oleh rahmat dan berkat-Nya mampu
saya menyempurnakan kajian saya ini dengan jayanya walaupun terdapat rintangan
dan halangan yang harus ditempuhi.
Penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia saya yang
telah banyak berjasa memberikan tunjuk ajar dan panduan di dalam
menyempurnakan kajian ini beliau yang dimaksudkan adalah Prof. Madya Ahmad
Fuzi B. Arshad.
Dengan kesempatan yang ada ini saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada kakitangan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD )
Semenanjung Malaysia serta Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD )
Negeri Selangor di dalam membantu saya mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada ahli keluarga saya yang banyak
memberikan dorongan, semangat dan sokongan dari pelbagai sudut. Akhir sekali
tidak juga dilupakan kepada tunang tersayang iaitu Junatun Saadiah Bt. Baseron
yang selama ini telah bersama-sama saya di dalam mengharungi suka dan duka
bersama.
SEKIAN. TERIMA KASIH......................................
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
5/225
ii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana tahap penggunaan sistem serahanelektronik ( E-submission ) yang digunapakai oleh pihak Jabatan PerancanganBandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor dan kajian ini juga akan mengenal pastikelemahan-kelemahan yang wujud di dalam pemakaian sistem tersebut seterusnyamengemukakan cadangan dengan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi sistemserahan elektronik ( E-submission ) yang digunapakai oleh Jabatan PerancanganBandar dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor. Perkembangan Teknologi Maklumatdan Komunikasi ( ICT ) telah memberikan kesan kepada seluruh dunia di dalammenghadapi era globalisasi, Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke erakemajuan juga tidak dapat lari daripada impak tersebut. Pembentukan WAWASAN
2020 sebagai matlamat pembangunan negara pada era Tun Mahathir Mohamadtelah mencetuskan satu pembaharuan di dalam sistem pentadbiran negara bukansahaja dari segi politik tetapi melibatkan pembangunan sosial dan juga ekonomi.Bagi mencapai maksud tersebut penubuhan Koridor Raya Multimedia ( MSC ) telahmenjadi pemangkin bagi mempercepatkan lagi proses ke arah mencapai matlamatnegara tersebut. Di dalam mencapai maksud itu, beberapa aplikasi perdana telahdiutarakan sebagai pemangkin kepada penubuhan MSC, salah satu daripadaaplikasi tersebut adalah pembentukan Kerajaan Elektronik. Pembentukan KerajaanElektronik bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran kerajaan yangefisien, cekap dan produktiviti. Pihak kerajaan memandang serius akan penubuhankerajaan elektronik dengan menubuhkan satu badan yang dipanggil JawatankuasaICT Dan Internet Kerajaan atau JITIK. JITIK memainkan peranannya sebagai
penyelaras pembangunan ICT di semua sektor awam dengan mengenalkanbeberapa garis panduan penggunaan ICT di samping mewujudkan JawatankuasaLatihan dan Pendidikan IT (JLPIT) bagi melahirkan kakitangan sektor awam yangcelik IT. Selain daripada itu beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah JITIKbagi memantapkan lagi penggunaan ICT di semua agensi awam. Perkembangantersebut juga telah memberi kesan kepada sistem Perancangan Bandar Dan Desa diMalaysia. Penggunaan sistem berelektronik di dalam proses kebenaran merancangsecara langsung dapat membantu mempercepatkan proses pembangunan. Kaedahserahan elektronik ( E-submission ) di dalam proses permohonan kebenaranmerancang melalui penggunaan kemudahan internet mampu menyelesaikanbeberapa masalah yang wujud dari pada penggunaan sistem konvensional di dalamproses kebenaran merancang. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD )Negeri Selangor sebagai sebuah PBPT yang menjalankan proses permohonankebenaran merancang bagi kawasan pentadbiran mereka telah mengorak langkahdengan memperkenalkan Sistem Pengurusan Perancangan Pembangunan ( E-rancang ). Walau bagaimanapun sejauh manakah tahap penggunaan sistemtersebut dan adakah sistem tersebut mampu untuk dilaksanakan di setiap peringkatmencakupi semua pihak-pihak yang terlibat di dalam proses permohonan kebenaranmerancang seperti agensi-agensi teknikal, pemaju, perunding dan individu yang inginmemajukan tanah mereka. Hasil daripada kajian yang dijalankan di dapati wujudnyamasalah-masalah hasil daripada penggunaan sistem E-rancang tersebut. Di dalamkajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan yang amat berguna untukdiimplementasikan bersama-sama sistem E-rancang yang telah digunapakai oleh
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor dengan tujuanmemperbaiki kelemahan-kelemahan sistem tersebut.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
6/225
iii
Penghargaan iAbstrak iiIsi Kandungan iii
Senarai Jadual xiSenarai Rajah xIvSenarai Lampiran xvSenarai Singkat Kata xvi
KANDUNGAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.2 Pengenalan 1
1.3 Kepentingan Kajian 2
1.4 Kenyataan Masalah 3
1.3.1 Masalah-Masalah Yang Wujud Akibat Daripada
Penggunaan Kaedah Manual Di Dalam Proses
Kebenaran Merancang 3
1.3.2 Kebaikan Penggunaan Kaedah Serahan Elektronik
Di Dalam Proses Permohonan Kebenaran Merancang 7
1.4 Tujuan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Skop Kajian 12
1.7 Kajian Kes 13
1.8 Peringkat Menjalankan Kajian 14
1.8.1 Kajian Teoritikal 14
1.8.2 Pengumpulan Data 15
1.8.3 Analisis Data 16
1.8.4 Pembentukan Cadangan 17
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
7/225
iv
BAB 2 KAJIAN TEORETIKAL
2.1 Pengenalan 20
2.2 Definisi Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) 21
2.3 Definisi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ( PBPT ) 22
2.4 Definisi Pembangunan 24
2.5 Kawalan Pembangunan 28
2.5.1 Kepentingan Kawalan Pembangunan 29
2.5.2 Tujuan Kawalan Pembangunan 30
2.5.3 Aspek-Aspek Kawalan Pembangunan 31
2.5.4 Alat-Alat Kawalan Pembangunan 34
2.5.5 Alat-Alat Kawalan Bukan Perundangan 37
2.6 Definisi Kebenaran Merancang Mengikut Akta Perancangan
Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 ) 41
2.7 Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172 42
2.7.1 Permohonan Untuk Kebenaran Merancang 43
2.7.2 Laporan Cadangan Pemajuan 44
2.7.3 Pelan Susun atur 45
2.7.4 Layanan Mengenai Permohonan-Permohonan 45
2.7.5 Rayuan Terhadap Keputusan PBPT 46
2.7.6 Luputnya Kebenaran Merancang 47
2.7.7 Penarikanbalik Dan Pengubahsuaian Kebenaran
Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan 47
2.7.8 Kesalahan-Kesalahan Berhubung dengan Pemajuan Yang
Tidak Dibenarkan 48
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
8/225
v
2.7.9 Notis Permintaan 48
2.8 Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negara 49
2.8.1 Wawasan 2020 49
2.8.2 Koridor Raya Multimedia ( MSC ) 52
2.8.3 Kerajaan Elektronik ( E-Government ) 55
2.8.4 Pengurusan Proses Dan Sistem Di antara Agensi
Kerajaan Melalui 59
2.9 Undang-Undang Siber 61
2.9.1 Akta Tandatangan Digital 1997
( Digital Signature Act 1997 ) 61
2.9.2 Akta Jenayah Komputer 1997
( Computer Crime Act 1997 ) 61
2.9.3 Akta Hak Cipta ( Pindaan ) 1997 ( Copyright Act 1997 ) 62
2.9.4 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
( Communications And Multimedia Act 1998 ) 62
2.10 Penubuhan Beberapa Organisasi Bagi Merealisasikan
Penubuhan Kerajaan Elektronik 63
2.10.1 Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan ( JITIK ) 63
2.10.2 Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan IT (JTPIT) 64
2.10.3 Jawatankuasa Standard Keselamatan IT Kerajaan
( JKSKITK ) 66
2.10.4 Malaysian Civil Service Link (MCSL)Dan Laman Web
Kerajaan 68
2.10.5 Data Dictionary Sektor Awam ( DDSA ) 70
2.11 Electronic Development Application ( EDA ) Oleh Urban
Redevelopment Authority ( URA ) Singapore 72
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
9/225
vi
2.11.1 Keperluan Jaringan 72
2.11.2 Keperluan Sistem dan Hardware 73
2.11.3 Keperluan Perisian 73
2.11.4 Perincian Proses Electronic Development Application
( EDA ) 75
2.12 Aplikasi Sistem E-SubmissionPerbadanan Putrajaya 76
2.12.1 SUMBER-PUTERA 77
2.12.2 Peraturan Yang Perlu Dipatuhi Oleh Pemohon 77
2.12.3 Proses Permohonan Kebenaran Merancang Di
Perbadanan Putrajaya 79
2.12.4 Prosedur E-SubmissionBagi Pelan Susun atur Di
Perbadanan Putrajaya 80
2.12.5 Keperluan Yang Disyorkan Kepada Pemohon Untuk
Operasi E-submissionPutrajaya 83
2.14 Rumusan 84
BAB 3 KAWASAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 86
3.2 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD ) Selangor 87
3.2.1 Fungsi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
( JPBD ) Negeri Selangor 89
3.2.2 Struktur Organisasi JPBD Negeri Selangor 90
3.2.3 Proses Permohonan Kebenaran Merancang Dibawah
JPBD Negeri Selangor. 95
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
10/225
vii
3.2.4 Perincian Proses Permohonan Kebenaran Merancang
JBPD Negeri Selangor 99
3.10 Rumusan 104
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN
4.1 Pengenalan 105
4.2 Kaedah Permohonan Kebenaran Merancang Di Jabatan
Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor 106
4.2.1 Sistem E-rancang JPBD Negeri Selangor 106
4.2.2 Proses Kerja Melalui Sistem E-Rancang 107
4.2.3 Modul E-rancang 108
4.2.4 Keperluan Perkakasan Dan Perisian 109
4.3 Penyediaan Maklumat-Maklumat Permohonan Kebenaran
Merancang Melalui Sistem Pengurusan Perancangan
Pembangunan ( E-Rancang) 110
4.3.1 Penyediaan Maklumat Tapak 112
4.3.2 Penyediaan Maklumat Pemohon 115
4.3.3 Penyediaan Maklumat Perunding 116
4.3.4 Penyediaan Maklumat Pemilik Tanah 117
4.3.5 Penyediaan Maklumat Komponen Pembangunan 119
4.3.6 Penyediaan Maklumat Yuran Permohonan 120
4.3.7 Laporan Cadangan Pemajuan 121
4.3.8 Senarai Semakan Keperluan Permohonan 122
4.3.9 Kemas kini Permohonan Dan Nombor Fail Permohonan 123
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
11/225
viii
4.4 Proses Perrmohonan Kebenaran Merancang Di JPBD
Negeri Selangor 125
4.4.1 Kaedah Permohonan 125
4.4.2 Perolehan Borang Permohonan Kebenaran Merancang 127
4.4.3 Kehendak - Kehendak Permohonan Kebenaran
Merancang 128
4.4.4 Pendaftaran Permohonan Kebenaran Merancang 130
4.4.5 Pembayaran Fee Permohonan 132
4.4.6 Penyimpanan Maklumat 135
4.4.7 Pemberitahuan Tentang Pemajuan Kepada Tuan Tanah
Yang Bersempadanan Dan Bantahan Awam 136
4.4.8 Semakan Pelan Susun atur 137
4.4.9 Ulasan Permohonan Oleh Jabatan Teknikal 139
4.4.10 Kaedah Pemberitahuan Mengenai Pindaan Pelan
Susunatur Oleh Pihak JPBD Negeri Selangor 141
4.4.11 Kaedah Pindaan Pelan Susun atur 143
4.4.12 Status Permohonan 144
4.4.13 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri ( MMKN ) 145
4.4.14 Pemberitahuan Kelulusan Permohonan Kebenaran
Merancang 147
4.4.15 Rayuan Permohonan Oleh Pemohon 148
4.4.16 Tempoh Meluluskan Permohonan 149
4.4 Kesediaan Pihak JPBD Negeri Selangor Di Dalam Penggunaan
Sistem E-Submission 151
4.5.1 Pembekalan Komputer 152
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
12/225
ix
4.5.2 Kemahiran Kakitangan JPBD Negeri Selangor Di
Dalam Penggunaan Komputer 152
4.5.3 Keupayaan Perkakasan Komputer 153
4.5.4 Jaringan Komputer Dan Perkhidmatan Internet 155
4.6 Kesediaan Pihak Perunding Di Dalam Proses Kebenaran
Merancang Melalui Sistem E-submission 157
4.6.1 Kemahiran Pihak Perunding Membuat Permohonan
Melalui Sistem E-submission 158
4.6.2 Kesediaan Pihak Pemohon Menggunakan Kaedah
E-submission 159
4.6.3 Taklimat Dan Bengkel 159
4.6.4 Kaedah Yang Praktikal Digunakan Untuk Di Dalam
Proses Permohonan Kebenaran Merancang 160
4.7 Penemuan Isu Dan Masalah 161
4.7.1 Piagam Kelulusan Kebenaran Merancang Yang Panjang 162
4.7.2 Kepentingan Untuk Satu Pihak Sahaja 162
4.7.3 Penggunaan Bahan Bercetak 163
4.7.4 Ketidaksediaan Di peringkat Tertinggi Menggunakan
Sistem Berelektronik 163
4.7.5 Kurangnya Kerjasama Di antara Agensi-Agensi Kerajaan
Yang Lain 163
4.7.6 Proses Kebenaran Merancang Membebankan Pemohon 164
4.7.7 Kurangnya Keyakinan Pihak JPBD Negeri Selangor
Terhadap Sistem Pengurusan Perancangan
Pembangunan ( E-rancang ) 164
4.8 Rumusan 165
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
13/225
x
BAB 5 CADANGAN
5.1 Pengenalan 166
5.2 Cadangan Mempertingkatkan Sistem E-submissionDi Dalam
Proses Permohonan Kebenaran Merancang JPBD Negeri
Selangor 167
5.2.1 Membentuk Pelan Asas Negeri Selangor Berbentuk
Digital Menggunakan Koordinat Kadastral 167
5.2.2 Mempertingkatkan Sistem Hubungan Elektronik Di JPBD
Negeri Selangor 168
5.2.3 Perluasan Penggunaan Sistem Elektronik Bagi Semua
Pihak Yang Terlibat Di Dalam Proses Permohonan
Kebenaran Merancang 168
5.2.4 Mengurangkan Bahan-Bahan Yang Bercetak Di
Dalam Permohonan Kebenaran Merancang 169
5.2.5 Mewujudkan Satu Garis panduan Di Dalam Permohonan
Kebenaran Merancang Melalui Kaedah Elektronik 169
5.3 Cadangan Proses Kebenaran Merancang 169
5.3.1 Peringkat 1 : Penyerahan Permohonan 171
5.3.2 Peringkat 2 : Semakan Permohonan 172
5.3.3 Peringkat 3 : Kelulusan Permohonan Kebenaran
Merancang 174
5.4 Rumusan 176
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
14/225
xi
SENARAI JADUAL
Jadual 4.1 : Keperluan Perkakasan Dan Perisian Minimum Yang
Diperlukan Di Dalam Sistem E-rancang 108
Jadual 4.4 : Pernyataan Perunding Berkenaan Pemerolehan Borang
Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Di JPBD Negeri
Selangor 126
Jadual 4.5 : Pernyataan Perunding Berkenaan KeperluanDan Serahan
Permohonan Kebenaran Merancang JPBD Negeri
Selangor Oleh Perunding 128
Jadual 4.6 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Pendaftaran Permohonan Kebenaran Merancang JPBD
Negeri Selangor 130
Jadual 4.8 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Pembayaran Fee Permohonan Di JPBD Negeri Selangor 133
Jadual 4.9 : Pernyataan Perunding Berkenaan Pembayaran Fee
Permohonan Di JPBD Negeri Selangor 133
Jadual 4.10 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Penyimpanan Maklumat Permohonan JPBD Negeri Selangor 134
Jadual 4.11 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Pemberitahuan Kepada Tuan Tanah Berjiran Dan Bantahan
Awam Oleh JPBD Negeri Selangor 136
Jadual 4.12 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Kaedah Semakan Permohonan Oleh Kakitangan JPBD Negeri
Selangor 137
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
15/225
xii
Jadual 4.13 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Jaringan Sistem Komputer Diantara Jabatan Teknikal Dan
JPBD Negeri Selangor 139
Jadual 4.14 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Kaedah Pemberitahuan Pindaan Permohonan Oleh Pihak
JPBD Negeri Selangor Kepada Pemohon 141
Jadual 4.15 : Pernyataan Perunding Berkenaan Kaedah Pemberitahuan
Pindaan Permohonan Oleh Pihak JPBD Negeri
Selangor Kepada Pemohon 142
Jadual 4.16 : Pernyataan Perunding Berkenaan Kaedah Pindaan
Pelan Susunatur 143
Jadual 4.17 : Pernyataan Perunding Berkenaan Kaedah Semakan Status
Permohonan Di JPBD Negeri Selangor 144
Jadual 4.18: Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Berkenaan Kaedah
Perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri ( MMKN ) 146
Jadual 4.19 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor
Berkenaan Pemberitahuan Berkenaan Kelulusan
Permohonan Kebenaran Merancang Oleh JPBD Negeri Selangor 147
Jadual 4.20 : Pernyataan Perunding Berkenaan Penerimaan Jawapan
Kelulusan Permohonan Kebenaran Daripada JPBD Negeri
Selangor 148
Jadual 4.21 : Pernyataan Perunding Berkenaan Kaedah Megemukakan
Rayuan Permohonan Ke JPBD Negeri Selangor 149
Jadual 4.22 : Pernyataan Kakitangan JPBD Negeri Selangor Berkenaan
Tempoh 149
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
16/225
xiii
Jadual 4.23 : Pernyataan Perunding Berkenaan Tempoh Kelulusan
Permohonan Yang Diberi Oleh JPBD Negeri Selangor
Kepada Pemohon 151
Jadual 4.24 : Pembekalan Komputer Kepada Kakitangan 152
Jadual 4.25 : Kemahiran Penggunaan Komputer Kakitangan JPBD Negeri
Selangor 153
Jadual 4.26 : Keupayaan Pemprosesan Komputer Yang Dibekalkan Kepada
Kakitangan JPBD Negeri Selangor 154
Jadual 4.27 : Jumlah RAM Komputer Yang Dibekalkan Kepada Kakitangan
JPBD Negeri Selangor 155
Jadual 4.28 : Jaringan Komputer Diantara Kakitangan JPBD Negeri Selangor 156
Jadual 4.29 : Penyediaan Perkhidmatan Internet Di JPBD Negeri Selangor 157
Jadual 4.30 : Tahap Kemahiran Perunding Berkenaan Permohonan
Kebenaran Merancang Di JPBD Negeri Selangor 158
Jadual 4.31 : Kesediaan Pihak Perunding Menggunakan Kaedah
E-submission 159
Jadual 4.32 : Taklimat Atau Bengkel Yang Diadakan Oleh JPBD Negeri
Selangor 160
Jadual 4.33 : Kaedah Yang Praktikal Digunakan Di Dalam Proses 161
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
17/225
xiv
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 : Carta Alir Kajian 17
Rajah 2.1: Pembangunan Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Meliputi
Kawasan Seluas 750 Kilometer Persegi 53
Rajah 2.2 : Jaringan Fibre OptikDi Kawasan Pembangunan Koridor Raya
Multimedia ( MSC ) 54
Rajah 2.4 : Pengurusan Diantara Agensi Kerajaan Melalui Pembangunan
Kerajaan Elektronik 60
Rajah 2.5 : Rangkaian Laman Web Agensi Kerajaan dan Laman Web MCSL 69
Rajah 2.6 : Konsep dan Stuktur MCSL 70
Rajah 2.7 : Proses Permohonan Merancang Melalui Sistem Electronic
Development Application ( EDA ) 74
Rajah 2.8 : Sistem E-Submission Putrajaya 79
Rajah 2.7 : Proses Kebenaran Merancang Perbadanan Putrajaya 82
Rajah 3.1 : Kawasan Pentadbiran Jpbd Negeri Selangor Mengikut
Seksyen 5 ( 2 ) Akta 172, Pindaan 2001 ( A1129 ) 87
Rajah 3.2 : Struktur Organisasi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Negeri Selangor 95
Rajah 3.3 : Cartalir Proses Kebenaran Merancang Jpbd Negeri Selangor 97
Rajah 4.1 : Proses Kerja Melalui Sistem E-Rancang 106
Rajah 4.2 : Modul Sistem E-Rancang 107
Rajah 5.1 : Carta Alir Cadangan Proses Permohonan Kebenaran
Merancang 170
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
18/225
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A : Borang Soalselidik
Lampiran B : Contoh Surat Akuan Penerimaan
Lampiran C : Contoh Borang Kemudahankesanan Pemerosesan Permohonan
Lampiran D : Borang A Permohonan Kebenaran Merancang
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
19/225
xvi
SENARAI SINGKATKATA
EDA Electronic Development Application
CAD Computer Aided Design
DDSA Data Dictionary Sektor Awam
ICT Information Communication Technology
IT Information Technology
JITIK Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan
JTPIT Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan IT
JTIT Jawatankuasa Teknikal IT
JLPIT Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan IT
JKSKITK Jawatankuasa Standard Keselamatan IT Kerajaan
JPN Jawatankuasa Perancang Negeri
JPBD Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
LCP Laporan Cadangan Pemajuan
MCSL Malaysian Civil Service Link
MMKN Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
MPFN Majlis Rancangan Fizikal Negara
MSC Multimedia Super Corridor
PBN Pihak Berkuasa Negeri
PBPT Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
RFN Rancangan Fizikal Negara
RS Rancangan Struktur
RT Rancangan Tempatan
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
20/225
xvii
RKK Rancangan Kawasan Khas
URA Urban Redevelopment Authority
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
21/225
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
22/225
2
Seiring dengan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) di
Malaysia, kini proses permohonan kebenaran merancang telah dikemaskinikan agar
ianya lebih teratur dan mudah dikendalikan. Konsep penggunaan aplikasi komputer,
proses permohonan untuk kebenaran merancang menjadi semakin mudah di mana
pihak perunding boleh membuat penyerahan permohonan mereka secara on-line
pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan
internet, di samping itu kaedah penyerahan secara elektronik menjimatkan kos
perbelanjaan dan penyimpanan maklumat yang teratur di mana melalui kaedah ini
percetakan dokumen, pelan dan laporan tidak lagi diperlukan.
1.5 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana penggunaan kaedah
serahan elektronik ( E-submission ) yang diguna pakai oleh Jabatan Perancangan
Bandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor di dalam proses permohonan kebenaran
merancang. Melalui kajian ini penerangan berkenaan proses dan prosedur
permohonan melalui kaedah serahan elektronik ( E-submission ) yang perlu dilalui
oleh pemohon di dalam mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada
JPBD Negeri Selangor akan diterangkan dengan lengkap supaya ianya menjadi
panduan kepada pemohon untuk mengemukakan permohonan kebenaran
merancang kepada JPBD Negeri Selangor. Kajian yang dijalankan juga akan melihat
kepada kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam kaedah serahan elektronik ( E-
submission ) di dalam proses permohonan kebenaran merancang yang diamalkan
oleh JPBD Negeri Selangor seterusnya mengemukakan cadangan dengan tujuan
mempertingkatkan lagi kaedah serahan elektronik ( E-submission )tersebut.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
23/225
3
1.6 Kenyataan Masalah
Permohonan untuk kebenaran merancang merupakan asas kepada pembangunan.
Setiap pemilik tanah yang berhasrat untuk memajukan tanahnya, terlebih dahulu
perlulah mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada PBPT di mana
tanahnya berada. Pemprosesan permohonan untuk kebenaran merancang secara
manual yang masih diamalkan oleh kebanyakan PBPT di Malaysia telah
menyebabkan timbulnya masalah-masalah kepada pelbagai pihak seperti pemaju,
perunding dan juga PBPT itu sendiri di dalam permohonan kebenaran merancang.
1.6.1 Masalah-Masalah Yang Wujud Akibat Daripada Penggunaan Kaedah Manual
Di Dalam Proses Kebenaran Merancang
Secara keseluruhannya masalah-masalah yang wujud akibat daripada penggunaan
kaedah manual di dalam memproses permohonan kebenaran merancang adalah :
( i ) Penyimpanan Maklumat Yang Tidak Efektif
Permohonan untuk kebenaran merancang yang dikemukakan kepada PBT
melibatkan percetakan borang, pelan dan laporan yang banyak oleh itu ianya
memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan segala maklumat-maklumat
tersebut. Penyimpanan maklumat-maklumat permohonan yang dibuat secara
manual menggunakan fail-fail kertas boleh mengakibatkan segala maklumat-
maklumat tersebut mudah hilang dan cepat rosak. Penimbunan fail-fail
permohonan yang lama juga mendatangkan masalah kepada PBT di mana
fail-fail permohonan tersebut perlulah disimpan bagi membolehkan maklumat-
maklumat permohonan pembangunan di dalam kawasan PBT mudah
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
24/225
4
diperoleh. Pada kebiasaannya apabila masalah kerosakan dan kehilangan
maklumat-maklumat permohonan ini berlaku pihak perunding akan diminta
menyediakan semula maklumat-maklumat tersebut seperti dokumen
pembangunan, pelan susunatur dan juga laporan cadangan pemajuan.
( ii ) Tempoh Pemprosesan Permohonan Kebenaran Merancang Yang
Panjang
Setiap permohonan untuk kebenaran merancang perlulah melalui beberapa
proses yang panjang di mana setiap permohonan tersebut perlulah melalui
beberapa prosedur sebelum ianya diluluskan. Permohonan kebenaran
merancang yang dikemukakan juga memerlukan ulasan-ulasan jabatan-
jabatan teknikal yang terlibat di dalam proses kebenaran merancang sebagai
sokongan kepada permohonan tersebut. Proses bantahan juga perlulah
dibuat oleh PBPT bagi mendapatkan pandangan daripada pemilik-pemilik
tanah berjiran dan ianya mengambil masa selama 21 hari mengikut Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 pindaan 2001 ( A1129 ).
Sekiranya terdapat bantahan majlis bantahan awam akan dibuat bagi
memberi peluang kepada pemilik-pemilik tanah berjiran berbincang dengan
PBsT untuk mengatasi masalah yang timbul akibat daripada pelaksanaan
pembangunan itu nanti, ianya mengambil masa selama 30 hari untuk
melaksanakannya. Setelah segala prosedur tersebut telah dilaksanakan
permohonan tersebut perlulah dibawa masuk ke Mesyuarat Jawatankuasa
Perancang dan juga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tujuan
meluluskan permohonan tersebut dan ianya mungkin mengambil masa lebih
daripada 1 minggu dan sekiranya terdapat pindaan ke atas pelan susunatur
yang dikemukakan kepada PBT pihak pemohon perlulah membuat pindaan
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
25/225
5
mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat
tersebut dan ianya juga memakan masa tidak kurang daripada 1 minggu
untuk pihak pemohon membuat pindaan dan membuat serahan semula
kepada PBT terbabit dan beberapa prosedur perlulah dilalui semula oleh
pihak pemohon. Kelulusan yang diberikan oleh PBPT terhadap satu-satu
permohonan kebenaran merancang itu secara puratanya mengambil masa
selama 4 hingga ke 5 bulan .
( iii ) Karenah Birokrasi
Permohonan untuk kebenaran merancang juga tidak dapat lari daripada
masalah karenah birokrasi. Karenah birokrasi ini selalunya wujud disebabkan
oleh masalah kakitangan yang tidak mencukupi, tidak terlatih, tidak berdisiplin
dan selalu bercuti. Ianya juga menjadi salah satu faktor penyebab mengapa
proses untuk kebenaran merancang tidak dapat diluluskan di dalam masa
yang singkat. Prosedur jabatan juga dilihat penyebab utama kelewatan
kelulusan permohonan kebenaran merancang sering berlaku di mana
permohonan-permohonan yang telah mendapat kelulusan perlulah mendapat
pengesahan daripada Pegawai Perancang Bandar ataupun Ketua Jabatan
Perancang Bandar dan sekiranya mereka mempunyai hal-hal tertentu seperti
mesyuarat di luar kawasan, seminar atau berkursus dan bercuti kelulusan
permohonan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga pegawai tersebut balik
bertugas semula baru kelulusan permohonan tersebut dapat disahkan
seterusnya PBPT tersebut boleh mengeluarkan surat rasmi menandakan
permohonan kebenaran merancang tersebut telah diluluskan dan kerja-kerja
tanah boleh dijalankan.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
26/225
6
( iv ) Penglibatan Kos Perbelanjaan Yang Tinggi
Melalui kaedah manual kos perbelanjaan percetakan, penghantaran dan
semakan semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh perunding, oleh itu
pihak perunding secara keseluruhannya perlulah mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi untuk memastikan permohonan mereka untuk mendapatkan
kelulusan kebenaran merancang mencapai matlamatnya. Kos percetakan
yang melibatkan pelan susunatur dan laporan cadangan pemajuan di dalam
jumlah yang banyak memerlukan tenaga pekerja membuat kerja lebih masa
dan memerlukan mereka keluar untuk membuat penghantaran permohonan
tersebut kepada PBPT serta memerlukan mereka untuk membuat semakan
dari semasa ke semasa melalui panggilan telefon, kesemuanya ini
melibatkan kos operasi yang tinggi.
( v ) Pindaan Ke Atas Pelan Susunatur
Pindaan ke atas pelan-pelan susunatur sentiasa berlaku dari semasa ke
semasa dan pihak perunding perlulah sentiasa bersemuka dengan pegawai
yang bertugas untuk membuat perbincangan bagi mengatasi masalah yang
wujud dan seterusnya membuat pindaan ke atas pelan susunatur yang
dikemukakan. Pindaan pelan susunatur yang dibuat sekali lagi melibatkan
percetakan semula pelan dan juga laporan cadangan pemajuan oleh itu pihak
pemohon terpaksa menanggung segala kos percetakan pelan dan juga
laporan cadangan pemajuan yang dibuat. Bagi pemohon yang melantik
perunding di luar kawasan tapak cadangan mereka perlulah menanggung kos
perjalanan kakitangan yang membuat perbincangan dan serahan semula
permohonan yang telah siap dipinda.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
27/225
7
Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Informasi ( ICT ) telah memberi kesan ke
atas sistem pentadbiran negara. Kerajaan elektronik adalah salah satu daripada
pendekatan kerajaan di dalam melicinkan lagi jentera pentadbiran negara. Bidang
perancangan bandar juga tidak dapat lari daripada impak perkembangan ICT. Sistem
pengawalan perancangan, pengurusan dan juga koordinasi kerja mampu dijalankan
dengan sempurna dengan bantuan sistem berelektronik ini. Proses permohonan
kebenaran merancang di bawah PBPT juga pada masa kini sedang menuju kepada
satu perubahan di dalam kaedah pemprosesan setiap permohonan yang
dikemukakan oleh pemohon melalui kaedah serahan elektronik ( E-Submission ).
Pada masa kini kaedah serahan elektronik ini telah diguna pakai oleh Majlis Daerah
Kulim, Majlis Perbandaran Sepang, JPBD Negeri Selangor dan juga JPBD Negeri
Perak. Kaedah pemprosesan elektronik ini mungkin baru di negara kita tetapi ianya
telah dipraktikkan di negara lain seperti Britain, Australia dan juga Singapura.
1.6.2 Kebaikan Penggunaan Kaedah Serahan Elektronik Di Dalam Proses
Permohonan Kebenaran Merancang
Di antara kebaikan di dalam penggunaan sistem serahan elektronik di dalam proses
permohonan kebenaran merancang adalah :
( i ) Mempertingkatkan Sistem Penstoran Maklumat
Penyimpanan maklumat dapat diurus dan ditadbir dengan tersusun
memandangkan ianya mudah dikendalikan dan dicari, tidak memerlukan
ruang yang luas, tidak memerlukan kakitangan yang ramai dan boleh dilayari
di mana-mana sahaja melalui bantuan internet. Kaedah elektronik ini juga
memudahkan pelbagai pihak seperti orang awam, perunding, pemaju dan
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
28/225
8
PBT itu sendiri untuk memperoleh maklumat berkenaan pembangunan,
prosedur dan proses bagi satu-satu perkara yang ingin diketahui.
( ii ) Memendekkan Masa Pemprosesan Permohonan Kebenaran
Merancang
Permohonan kebenaran merancang yang telah dibuat akan diedarkan
kepada jabatan-jabatan teknikal yang terlibat untuk memberi ulasan-ulasan
bagi menyokong atau tidak menyokong permohonan tersebut. Segala ulasan-
ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal terbabit boleh diterima dengan cepat
dan ianya boleh disemak melalui sistem internet, berbanding kaedah manual
di mana pemohon terpaksa menunggu surat ulasan tersebut untuk sampai
kepada mereka dalam tempoh beberapa hari daripada surat itu telah siap
diproses.
( iii ) Menjimatkan Masa, Kos Pengangkutan Dan Tenaga Kerja.
Penyerahan permohonan kepada PBT melalui kaedah serahan elektronik
adalah sangat berbeza berbanding kaedah manual di mana melalui cara ini
setiap permohonan kebenaran merancang dihantar melalui sistem on-line
tanpa melibatkan serahan permohonan di kaunter-kaunter Jabatan
Perancangan Bandar di bawah PBT oleh itu penjimatan dari segi kos
pengangkutan, masa perjalanan dan tenaga kerja dapat dikurangkan di mana
ianya tidak memerlukan kakitangan pemohon untuk keluar membuat serahan
permohonan kepada PBPT terbabit. Pihak pemohon juga secara langsung
dapat menyemak status permohonan mereka dengan melayari laman web
yang disediakan khas oleh PBT terbabit bagi membuat semakan status
permohonan kebenaran merancang tanpa perlu membuat semakan dari
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
29/225
9
semasa ke semasa di PBPT dan agensi-agensi teknikal yang terbabit di
dalam proses permohonan kebenaran merancang.
( iv ) Menghindarkan Karenah Birokrasi
Permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh pemohon boleh dibuat di
mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa menghadapi sebarang
masalah seterusnya menghindarkan masalah karenah birokrasi di PBPT.
Permohonan-permohonan untuk kebenaran merancang akan diterima jika
permohonan tersebut lengkap, sekiranya kakitangan yang bertugas bercuti,
berkursus, keluar membuat pemeriksaan kawasan atau pun keluar berehat
permohonan tersebut masih boleh diterima oleh aplikasi komputer tanpa
sebarang masalah dan tidak memerlukan pihak pemohon untuk menunggu
kakitangan terbabit untuk membuat serahan.
( v ) Pindaan Permohonan Dapat Dibuat Dengan Mudah
Pindaan pelan-pelan susunatur dapat dilakukan dengan mudah melalui
kaedah elektronik ini di mana pihak pemohon hanya perlu mematuhi ulasan-
ulasan pindaan yang dinyatakan oleh PBPT terbabit secara digital di mana
pindaan tersebut ditunjukkan di atas skrin komputer. Pihak pemohon yang
telah mendapat arahan meminda semua pelan susunatur mereka hanya perlu
membuat pindaan mengikut ulasan-ulasan yang telah diberikan oleh PBPT
menggunakan semula pelan digital yang dihantar kepada mereka secara on-
line. Sekiranya pihak pemohon telah membuat pindaan mengikut ulasan-
ulasan yang diberikan oleh PBPT terbabit permohonan tersebut boleh
dihantar semula secara on-linekepada PBPT terbabit tanpa melibatkan kos
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
30/225
10
percetakan, kos pengangkutan dan tidak memerlukan tenaga kerja untuk
membuat serahan di kaunter.
1.7 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai tahap penggunaan kaedah
serahan elektronik ( E-submission ) di dalam proses kebenaran merancang yang
digunapakai oleh PBPT sebagai alternatif kepada kaedah konvensional yang
diamalkan oleh PBPT pada masa kini dan mengemukakan cadangan bagi maksud
mempertingkatkan keberkesanan penggunaan kaedah serahan elektronik ( E-
submission ) di PBPT.
1.5 Objektif Kajian
( i ) Membuat kajian teoretikal berkenaan idea dan teori-teori untuk mewujudkan
satu sistem berelektronik di dalam proses permohonan kebenaran
merancang.
( ii ) Mengkaji keperluan-keperluan permohonan kebenaran merancang melalui
kaedah serahan elektronik ( E-submission ) yang digunapakai oleh PBPT di
dalam memproses permohonan untuk kebenaran merancang yang
dikemukakan oleh pihak pemohon kepada PBPT.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
31/225
11
( iii ) Mengkaji peranan Jabatan Perancangan Bandar sebagai urusetia untuk
mengimplementasikan kaedah serahan elektronik ( E-submission )di dalam
proses kebenaran merancang.
( iv ) Mengkaji penglibatan agensi-agensi teknikal yang lain di dalam proses
permohonan kebenaran merancang melalui kaedah serahan elektronik ( E-
submission ) dengan melihat hubungan yang wujud di antara agensi-agensi
tersebut.
( v ) Mengkaji mekanisma yang digunapakai oleh PBPT di dalam memproses
permohonan kebenaran merancang melalui kaedah serahan elektronik ( E-
submission ) untuk menilai sejauh mana efisiennya kaedah serahan
elektronik ( E-submission ) tersebut.
( vi ) Mengkaji pihak perunding dan pemaju untuk menilai kesediaan dan
penerimaan mereka untuk mendapatkan kelulusan permohonan kebenaran
merancang melalui kaedah serahan elektronik ( E-submission ).
( vii ) Mengemukakan cadangan dengan tujuan untuk mempertingkatkan lagi
keberkesanan di dalam memproses permohonan kebenaran merancang
melalui kaedah serahan elektronik ( E-submission ).
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
32/225
12
1.6 Skop Kajian
Kajian yang akan dijalankan akan menitikberatkan beberapa aspek yang penting
yang perlu diberi perhatian yang khusus. Di antara aspek-aspek yang penting
tersebut adalah :
( i ) Kajian teoretikal yang dijalankan akan melibatkan pelbagai teori yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan khususnya kepada proses melalui
kaedah serahan elektronik.
( ii ) Kajian ini akan melihat kepada keperluan-keperluan, proses, prosedur serta
tempoh yang diambil di dalam proses permohonan untuk kebenaran
merancang melalui kaedah pemprosesan berelektronik yang digunapakai
oleh PBPT yang dikaji.
( iii ) Kajian ini akan mengambil kira corak pentadbiran dan organisasi PBPT
terbabit sama ada kaedah serahan elektronik tersebut telah memberi kesan
ke atas pentadbiran dan organisasi PBPT tersebut dari segi pertambahan
kakitangan dan juga penubuhan unit-unit tertentu.
( iv ) Kajian ini akan memberi penekanan kepada aplikasi yang digunapakai di
dalam kaedah serahan elektronik bagi menilai keupayaan aplikasi tersebut
untuk beroperasi dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
33/225
13
( v ) Melalui kajian ini juga pandangan, idea dan komen daripada pihak-pihak
yang terlibat di dalam proses kebenaran merancang khususnya pihak
perunding dan PBPT akan diperoleh melalui soal selidik yang akan dijalankan
untuk menilai penerimaan mereka terhadap kaedah serahan secara
elektronik.
( vi ) Kajian ini akan mengenal pasti isu dan masalah yang wujud serta kesannya
kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam proses permohonan kebenaran
merancang melalui kaedah serahan elektronik.
( vi ). Kajian ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan dan pembaikan
bagi mempertingkatkan lagi kaedah serahan elektronik yang diamalkan oleh
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor.
1.7 Kajian Kes
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor merupakan
urusetia di dalam proses permohonan kebenaran merancang bagi kawasan-kawasan
di luar bidang PBT di negeri Selangor. JPBD Negeri Selangor terpilih untuk
menjalankan kajian ini oleh kerana pihak JPBD Negeri Selangor salah sebuah PBPT
yang menjalankan proses permohonan kebenaran merancang bagi tujuan
pembangunan melalui kaedah serahan berelektronik yang dipanggil E-rancang. E-
rancang merupakan satu Sistem Pengurusan Perancangan Pembangunan secara
berelektronik yang dikatakan mampu untuk membantu pihak JPBD Negeri Selangor
untuk mempercepatkan proses permohonan kebenaran merancang di samping
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
34/225
14
mampu menyelesaikan beberapa masalah yang wujud sewaktu memproses
permohonan kebenaran merancang menggunakan kaedah manual. Pemilihan
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa ( JPBD ) Negeri Selangor adalah tepat
dengan kajian yang dijalankan bagi menilai sejauh mana tahap penggunaan kaedah
E-submissionyang digunapakai di dalam proses permohonan kebenaran merancang
oleh pihak JPBD Negeri Selangor.
1.8 Peringkat Menjalankan Kajian
Bagi melengkapkan kajian ini beberapa peringkat untuk menjalankan kajian telah
dikenal pasti. Di antara peringkat-peringkat menjalankan kajian tersebut meliputi :
1.8.1 Kajian Teoritikal
Kajian teoritikal adalah sebagai panduan kepada pengkaji untuk mendapatkan
gambaran penyelidikan yang akan dijalankan. Kajian teoritikal yang dibuat meliputi
beberapa peruntukan perundangan seperti yang terdapat di dalam Akta Perancang
Bandar Dan Desa ,1976 ( Akta 172), Akta Kerajaan Tempatan ( Akta 171 ) , Kanun
Tanah Negara ( Akta 56 ) dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan ( Akta 133 ) Bagi
melihat bidang kuasa dan fungsi sebuah PBT atau PBPT. Pada peringkat ini juga
struktur organisasi dan jabatan-jabatan teknikal yang terlibat di dalam proses
permohonan kebenaran merancang akan dikenal pasti berpandukan kepada
Laporan Tahunan, kertas-kertas taklimat, jurnal dan risalah yang dikeluarkan oleh
pihak JPBD Negeri Selangor.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
35/225
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
36/225
16
b. Pemilihan Sampel
Satu senarai pendaftaran permohonan perunding diperoleh daripada
JPBD Negeri Selangor untuk mengenal pasti pihak-pihak pemohon
yang pernah membuat serahan permohonan kebenaran merancang
dan di bawah JPBD Negeri Selangor. Sampel yang dipilih adalah
secara rawak mudah daripada senarai perunding yang pernah
membuat permohonan kepada JPBD Negeri Selangor tersebut.
Daripada senarai tersebut sejumlah 15 firma Perunding Perancang
Bandar telah dipilih untuk menjalankan kaji selidik.
( ii ). Data Sekunder
Data sekunder diperlukan sebagai sokongan kepada data-data yang telah
diperoleh hasil daripada pengumpulan data primer. Data sekunder diperoleh
daripada laporan-laporan taklimat, manual, piawaian perancangan dan jurnal
yang dikeluarkan oleh JPBD Negeri Selangor atau pihak-pihak yang terbabit
yang pernah menjalankan kajian ini.
1.8.3 Analisis Data
Segala data yang diperoleh hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan ke atas
kakitangan JPBD Negeri Selangor dan Perunding Perancang Bandar serta
pengumpulan data sekunder akan dianalisis bagi memastikan maklumat yang
diperoleh adalah tepat dengan tujuan kajian yang dijalankan. Daripada analisis
tersebut penemuan isu dan masalah akan dikenal pasti seterusnya satu bentuk
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
37/225
17
cadangan akan dikemukakan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan proses
permohonan kebenaran merancang melalui kaedah E-submission yang digunapakai
oleh pihak JPBD Negeri Selangor.
( i ) Kaedah Analisis Data
Analisis yang dijalankan menggunakan Special Package For SocialScience (
SPSS ) secara Inferentials Statistic. Daripada kaji selidik yang telah
dijalankan data-data mentah yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam
komputer menggunakan SPSS. Seterusnya data-data tersebut akan
dianalisis bagi melihat pola jawapan di dalam bentuk peratusan sebagai bukti
kepada kenyataan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang dikaji.
1.8.4 Pembentukan Cadangan
Peringkat ini merupakan peringkat yang terakhir di mana hasil kajian yang dijalankan
akan dibentuk menjadi satu laporan bagi kajian yang telah dijalankan.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
38/225
18
Rajah 1.1 : Carta Alir Kajian
KAJIAN TEORETIKAL
Peringkat Kajian Ilmiah meliputi teori-teori berkaitan dengansistem kerajaan elektronik yang telah diperkenalkan olehkerajaan di dalam Koridor Raya Multimedia ( MSC ) didalam merealisasikan wawasan 2020. Kerajaan elektronikyang diperkenalkan meliputi pengurusan pentadbiran,permohonan dan juga penngkongsian maklumat.
DATA PRIMER
Pemilihan sample melalui kaedah ConvenienceNon- Random Samping
SoalSelidik Bersemuka ( One to one interview )
- Pegawai Perancang JPBD Negeri Selangor- Perunding
DATA SEKUNDER
Kertas-Kertas Taklimat, Laporan DanRisalah Yang Berkaitan.
Laporan Kajian-Kajian Terdahulu YangPernahDijalankan Yang Berkaitan DenganKajian.
PENGUMPULAN MAKLUMAT
PENGANALISAAN
Kaedah Yang digunakan adalah Inferential Statisticalsmenggunakan SPSS
PEMBENTUKAN CADANGAN
KENYATAAN MASALAH
Penyimpanan Maklumat Yang Tidak Efektif Tempoh Pemprosesan Untuk Kebenaran Merancang Yang
Panjang
Karenah Birokrasi
Penglibatan Kos Perbelanjaan Yang Tinggi
PENEMUAN ISU DAN MASALAH Hasil daripada analisis beberapa penemuan isu dan masalah
yang dapat dikenalpasti seterusnya satu cadangan akandikemukakan bagi menyelesaikan masalah yang wujud.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
39/225
19
Jadual 1.1 : Jadual Kerja
Tahun 2004 2005
Bulan NOVEMBER DISEMBER JANUARI FEBRU
Peringkat Kajian 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2
1. KAJIAN TEORITIKAL
2. PENGUMPULAN DATA
3. LAWATAN TAPAK
4. ANALISIS DAN PENEMUAN
5.PEMBENTUKAN CADANGAN
6.PEMBENTUKAN DANSERAHAN LAPORAN AKHIR
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
40/225
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
41/225
21
2.2 Definisi Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT )
Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) merupakan satu unit-unit daerah yang
mempunyai sempadan tertentu serta identiti yang sah dan struktur institusi kuasa
melalui peruntukan perundangan di dalam menjalankan tugas dan mempunyai
sumber kewangan.
MenurutM.W. Norris ( 1980 )di dalam bukunya Local Government In Peninsular
Malaysia ( m.s 4 ) mentafsirkan PBT itu adalah:
A political subdivision of nation or ( in a federal system ) state, which is
constituted by law and has substantial control of local affairs, including the
power to impose taxes
( M.W. Norris, 1980: 4 )
Mengikut Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 ) PBT adalah
membawa maksud :
mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Majlis
Bandaran, Lembaga Bandaran, Majlis Tempatan, Lembaga Luar Bandar atau
mana-mana pihak berkuasa lain seumpamanya yang ditubuhkan oleh atau di
bawah mana-mana undang-undang bertulis.
( Bahagian I,Seksyen 2 Akta 172 ( pindaan ), 2001 : 13 )
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
42/225
22
Manakala mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) pula PBT itu adalah :
mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah
Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah
seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
( Bahagian I,Seksyen 2, Akta 171 : 1976, 15 )
Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dibentuk berpandukan kepada perundangan dan
dibentuk di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri ( PBN ). PBT juga adalah
sebahagian daripada kerajaan sebuah negara atau negeri yang memberi
perkhidmatan kepada rakyat dan terlibat di dalam pembangunan kawasan
pentadbirannya yang ditadbir oleh penguasa tempatan di bawah kerajaan pusat.
2.3 Definisi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ( PBPT )
Mengikut Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, ( Pindaan ) 2001 ( A1129 )
menyatakan bahawa :
pihakberkuasa perancang tempatan, berhubung dengan sesuatu kawasan,
hendaklah ditafsirkan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 5 dan,
berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya pihakberkuasa
perancang tempatan, sebagaimana ditafsirkan sedemikian, bagi kawasan di
mana tanah atau bangunan itu terletak
( Bahagian I, Seksyen 2 Akta 172 ( pindaan ), 2001 : 13 )
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
43/225
23
Di dalam Bahagian II, Seksyen 5 (2) pula menyatakan bahawa kawasan-kawasan
yang mana tidak diliputi oleh PBT, Pengarah Negeri boleh memainkan peranannya
sebagai PBPT bagi kawasan di luar pentadbiran PBT.
Bagi mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian
daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah Negeri
hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan, dan sebutan
mengenai pihak berkuasa perancang tempatan dalam Akta ini hendaklah
disifatkan termasuk Pengarah Negeri apabila Pengarah Negeri itumelaksanakan tugas-tugas pihak berkuasa perancang tempatan berhubung
dengan kawasan itu.
(Bahagian II, Seksyen 5 ( 2 ) Akta 172 ( pindaan ), 2001: 21 )
Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Pindaan 2001 ( A1129 )
telah memperuntukkan kuasa kepada Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa (
JPBD ) Negeri untuk melaksanakan tugas sebagai sebuah PBPT bagi mana-mana
kawasan yang tidak terletak di bawah bidang kuasa PBT.
Sebuah PBPT hendaklah memberi sebarang maklumat dan penyata mengenai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dari semasa
ke semasa. Berpandukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 ),
Bahagian II, Seksyen 6 (1), PBPT mempunyai tugas-tugas seperti :
( i ) Mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semula
tanah serta bangunan dalam kawasannya.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
44/225
24
( ii ) Mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan,
penyelenggaraan dan penyiaran, perangkaan, buletin dan monograf serta
lain-lain siaran yang berhubung dengan Perancang Bandar dan Desa atau
metodologinya.
( ii ) Melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari
semasa ke semasa oleh PBN atau oleh jawatankuasa.
Sesebuah PBPT itu boleh melaksanakan apa-apa tugas lain yang menjadi tambahan
kepada tugas-tugasnya seperti yang terdapat di dalam Seksyen 6 (1) dan melakukan
perkara-perkara yang difikirkan perlu atau sesuai dengan berpandukan Akta
Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 ) di dalam menjalankan
tanggungjawabnya.
2.4 Definisi Pembangunan
Menurut Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 ) pembangunan atau
pemajuan membawa maksud :
pembangunan atau pemajuan ertinya menjalankan apa-apa kerja
bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain
yang seumpamanya, di atas, di sebelah atas atau bawah tanah, membuat
sesuatu perubahan matan tentang penggunaan sesuatu tanah atau
bangunan dan mana-mana bahagian daripadanya atau memecah sempadan
atau mencantumkan tanah serta membangunkan atau memajukan .
( Bahagian I,Seksyen 2 Akta 172 ( pindaan ), 2001 : 11 )
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
45/225
25
Pembangunan juga telah di definisikan oleh pelbagai profesion mengikut kefahaman
dan pengertian masing-masing. Menurut seorang daripada ahli sosial Maimunah
Ismail ( 1999 ) di dalam bukunya Pengembangan Implikasi Ke Atas
Pembangunan Masyarakat ( m.s 8 )bahawa pembangunan adalah :
satu proses perubahan yang berlaku secara berterusan dan menyeluruh,
merangkumi tiga unsur utama pembangunan ekonomi, sosial dan
kemanusiaan
( Maimunah Ismail, 1999 : 8 )
Menurut beliau pembangunan tidak melihat kepada pendapatan per kapita sebuah
negara semata-mata malah ianya lebih ke arah pembangunan kualiti kehidupan yang
lebih sejahtera. Terdapat 4 indikator yang diketengahkan oleh beliau di dalam
mengukur tahap pembangunan iaitu :
( i ). Pendidikan
Ilmu memainkan peranan yang utama di dalam membangunkan masyarakat
seterusnya kepada pembangunan sebuah negara. Tiada seorang pun yang
dapat menyangkal bahawa ilmu adalah kuasa untuk kemajuan. Persoalannya
sekarang Apakah kriteria dari segi pendidikan yang boleh digunakan untuk
mengukur pembangunan?. Pertambahan sekolah rendah dan menengah,
pertambahan murid yang berdaftar, pengurangan peratus buta huruf
penduduk, pertambahan guru yang berkelayakan, kemudahan-kemudahan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, peratus kelulusan pelajar di
sekolah-sekolah dan jumlah penuntut di pengajian tinggi. Kriteria-kriteria ini
boleh dinyatakan di dalam bentuk kuantitatif untuk mengukur sejauh mana
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
46/225
26
pendidikan itu di dalam pembangunan. Walau bagaimanapun banyak juga
indikator lain yang boleh digunakan untuk menerangkan kemajuan yang
dicapai secara kualitatif umpamanya adakah kesesuaian sekolah yang dibina
sesuai dengan taburan penduduk dalam sesuatu kawasan.
( ii ) Infrastruktur
Indikator bagi pembangunan infrastruktur yang digunakan mudah dikesan
kerana pembangunannya bercorak fizikal sebagai contoh pembinaan jalan
raya, bekalan air dan elektrik serta infrastruktur yang lain. Kewujudan
infrastruktur ini biasanya disertai dengan kewujudan kemudahan asas yang
lain seperti pejabat pos, perkhidmatan telefon, balai raya, balai polis dan
kedai. Kemudahan-kemudahan tersebut juga boleh dilihat secara kualitatif
umpamanya adakah selepas kewujudan kemudahan-kemudahan di atas
telah meningkatkan taraf keselesaan dan kesejahteraan hidup masyarakat
atau meningkatkan hubungan masyarakat di anatara dua wilayah yang
berdekatan.
( iii ) Kesihatan
Bagi indikator kesihatan pula ianya banyak bergantung kepada kriteria
demografi sebagai contoh kadar kematian bayi berbanding kematian kanak-
kanak, kadar kelahiran, kadar kematian ibu-ibu bersalin, kadar kelahiran dan
kadar pertambahan penduduk. Penilaian juga boleh dilihat kepada
penyediaan kemudahan kesihatan seperti jumlah klinik, hospital dalam
sesuatu kawasan, jumlah katil di dalam sebuah hospital, nisbah doktor dan
kakitangan hospital, jumlah doktor dengan pesakit, jenis ubat-ubatan yang
ada, bilangan pesakit yang berdaftar dan kemudahan-kemudahan rawatan
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
47/225
27
dalam hospital dari segi ubat-ubatan dan teknologi yang digunakan. Indikator
kesihatan juga dapat dilihat kepada taraf pemakanan masyarakat dan
individu. Indikator-Indikator tersebut mempengaruhi secara signifikan ke atas
taraf atau kualiti hidup manusia.
( iv ) Perumahan
Perumahan merupakan salah satu daripada petunjuk kepada pembangunan.
Rumah merupakan keperluan asas manusia untuk berlindung. Satu daripada
matlamat pembangunan negara juga memberikan perhatian kepada
pembangunan perumahan. Jika dibandingkan dengan pembangunan
perumahan dua dekad dahulu memang banyak perubahan terutamanya bagi
kawasan bandar dan sekitarnya. Banyak rumah-rumah yang berharga rendah
dan sederhana telah didirikan dan kemampuan memperoleh rumah pada
umur yang lebih muda telah meningkat. Secara khususnya indikator
kuantitatif yang digunakan untuk melihat tercapainya kemajuan dalam bidang
perumahan ialah jumlah rumah yang didiami di peringkat mewah, sederhana
dan rendah, jumlah rumah dalam kawasan tertentu, purata penghuni dalam
satu rumah, susunan lokasi rumah dalam satu kawasan yang dikenal pasti
dan nisbah penduduk mengikut kaum dalam satu kawasan perumahan. Dari
segi kualitatif pula dilihat kepada hubungan sosial sama ada bentuk dan
susunan perumahan dapat mengeratkan ikatan sosial dan keharmonian
dalam masyarakat begitu juga dengan perpaduan dan kerjasama antara jiran.
Dengan adanya kawasan perumahan yang baik dan moden adakah taraf
hidup keluarga dari segi pendidikan, kesihatan, perkembangan kanak dan
moral generasi muda mengalami perubahan yang dikehendaki.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
48/225
28
2.5 Kawalan Pembangunan
Menurut Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad ( 1989) di dalam Kertas Kerja Kursus
JangkaPendek Perancangan Bandar Dan Wilayahberkenaan Sistem Kawalan
Pembangunan Teori Dan Pelaksanaan ( m.s 17 )menyatakan bahawa :
kawalan pembangunan adalah satu proses memeriksa permohonan
perancangan untuk membolehkan pembangunan dijalankan dan Ia
merupakan satu kaedah memberi lesen untuk menjalankan sebarang aktiviti
pembangunan atau membuat perubahan ke atas tanah dan bangunan
( Prof.Madya Ahmad Fuzi Arshad, 1989: 17 )
Kawalan pembangunan merupakan alat perancangan yang digunapakai di dalam
mengawal dan mencorak pembangunan sesebuah kawasan. Kawalan pembangunan
secara langsung melibatkan segala aktiviti-aktiviti yang dikaitkan dengan proses dan
pelaksanaan pembangunan. Pengawalan pembangunan bukan sahaja dilaksanakan
di peringkat tempatan sahaja malahan ianya melibatkan peringkat negeri dan juga
persekutuan di mana perancangan pemajuan dirancang di peringkat negara melalui
Majlis Rancangan Fizikal Negara. Kawalan pembangunan bukan sahaja menyentuh
pada aspek fizikal sahaja malah ianya merangkumi aspek sosial, keselamatan,
kesihatan dan keselesaan bagi menjamin kesejahteraan hidup awam.
Permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh pemohon kepada PBPT
haruslah diteliti dengan baik agar segala kriteria kawalan pembangunan yang
dikenakan ke atas setiap pembangunan itu dipatuhi oleh pemohon. Prosedur di
dalam permohonan kebenaran merancang juga perlulah dipatuhi oleh pemohon di
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
49/225
29
mana proses kebenaran merancang itu mengikut beberapa peringkat yang perlu
dipatuhi sebelum mendapatkan kelulusan kebenaran merancang.
2.5.1 Kepentingan Kawalan Pembangunan
Kawalan pembangunan merupakan satu bentuk sistem yang dibentuk untuk
mewujudkan satu keadaan yang tidak tersusun tidak terus berlaku. Melalui kawalan
pembangunan PBT mampu untuk membuat satu kawalan dengan menggunakan
alat-alat kawalan pembangunan bagi maksud memperelok alam sekitar. Selain
daripada itu, ianya dibentuk agar masalah seperti kesesakan, pencemaran dan
kesihatan yang sering berlaku dapat diatasi atau dielakkan daripada berlaku dengan
mengenakan kawalan terhadap sebarang bentuk pembangunan melalui penggunaan
alat-alat kawalan pembangunan. Kawalan pembangunan adalah penting bagi
memastikan pembangunan yang dirancang berpandukan kepada pelan
pembangunan yang telah diluluskan untuk menyelaras pembangunan yang telah
dirancang. Dasar dan polisi kerajaan perlu juga diambil kira agar pembangunan itu
selaras dengan matlamat pembangunan negara dengan berpandukan kepada
kehendak perundangan.
Menurut Halmi bin Zainol ( 1997 ) di dalam bukunya Pendahuluan Kepada
Perancangan Fizikal ( m.s 140 ) menyatakan bahawa kepentingan kawalan
pembangunan adalah :
( i ) Kawalan pembangunan merupakan aspek utama perancangan bandar bagi
sesebuah negeri dan PBPT kerana kawalan pembangunan yang dibuat
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
50/225
30
adalah berhubung kait dengan Rancangan Pembangunan dan saling berkait
dan tidak berfaedah jika dikendalikan satu tapak yang lain.
( ii ) Kawalan pembangunan menekankan fungsi perancangan sebagai satu
disiplin yang mengendalikan sumber alam dan memberi perhatian terhadap
ciri-ciri alam sekitar dan masyarakat. Ianya memainkan peranan yang penting
pada masa ini bagi melancarkan pembangunan kawasan dengan adanya
garis panduan daripada Akta dan piawaian.
( iii ) Kawalan pembangunan merupakan satu proses yang mengehendaki PBPT
dan kerajaan negeri mengguna undang-undang mengawal kesemua
pembangunan sejajar dengan kehendak pelan pembangunan.
( iv ) Ketiadaan kawalan pembangunan di bawah kuasa PBPT akan mengujudkan
satu keadaan bebas yang mengakibatkan kesan perancangan tidak optima
contohnya mengakibatkan intensiti pembangunan tanah.
( v ) Kawalan pembangunan membantu proses pembangunan dan memelihara
penduduk-penduduk daripada implikasi pembangunan perancangan yang
tidak efektif dan mungkin membahayakan penduduk.
2.5.2 Tujuan Kawalan Pembangunan
Kawalan pembangunan adalah bertujuan untuk mengadakan kawalan di dalam
segala bentuk pembangunan yang akan atau sedang dijalankan. Setiap pemohon
seharusnya mematuhi segala bentuk kawalan pembangunan yang dikenakan oleh
PBT sama ada di dalam bentuk perundangan atau bukan perundangan.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
51/225
31
Kawalan pembangunan adalah satu kaedah dan aturan yang telah diperuntukkan ke
atas perancangan dan perlaksanaan sebarang bentuk pembangunan. Kawalan
pembangunan juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti persekitaran serta
mewujudkan bangunan-bangunan yang lebih tersusun dengan berpandukan kepada
aspek-aspek sosial, ekonomi dan fizikal. Ianya juga bertujuan untuk mengawal
aktiviti-aktiviti guna tanah supaya kesan yang wujud ke atas tanah yang dijalankan
pembangunan tidak memberi kesan yang serius ke atas kawasan-kawasan yang
bersebelahan dengan pembangunan yang dijalankan serta mewujudkan alam
persekitaran yang sihat dan terjamin.
Melalui kawalan pembangunan dapat mewujudkan keselesaan dengan memberi
penekanan terhadap alam sekitar berdasarkan kepada ciri-ciri yang bersesuaian
dengan kawasan setempat. Kawalan pembangunan dapat ditakrif juga sebagai satu
alat di dalam mengawal pembangunan agar kewujudan kawasan yang tidak sihat
dari segi pembangunan sosial,fizikal dan ekonomi dapat dielakkan atau sekurang-
kurangnya dikurangkan bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang dapat menjamin
kesihatan dan mewujudkan sebuah pembangunan yang efisien daripada segi
perletakan, sirkulasi jalan raya, kemudahan dan pelbagai lagi untuk tujuan orang
ramai.
2.5.3 Aspek-Aspek Kawalan Pembangunan
Aspek-aspek pengawalan pembangunan meliputi pelbagai bentuk. Aspek-aspek
kawalan pembangunan ini bertujuan untuk memastikan sesuatu pembangunan yang
dilaksanakan lengkap dan mematuhi kriteria-kriteria pembangunan. Aspek-aspek
dan kriteria yang digunakan bagi mencapai maksud kawalan pembangunan ialah :
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
52/225
32
( i ) Jalan Raya
Setiap pembangunan haruslah disertakan dengan pembangunan jalan yang
sistematik dan mengikut hierarki yang telah ditetapkan bagi satu-satu
pembangunan untuk mewujudkan kemudahsampaian yang baik. Fungsi
sesuatu pembangunan jalan perlu diberi perhatian di mana penentuan jalan
utama, jalan sekunder atau jalan tempatan. Pembinaan jalan perlulah
menjamin keselamatan penggunanya mengikut sirkulasi yang betul. Kajian
dari semasa ke semasa perlu dibuat bertujuan untuk menampung
pertambahan kenderaan pada masa atau datang supaya tidak timbul
kesesakan jalan raya.
( ii ) Infrastruktur
Bagi menjamin kesejahteraan hidup pembangunan infrastruktur adalah
penting bagi kesejahteraan hidup manusia. Pembangunan sistem
pembetungan, saliran, air dan elektrik perlu disediakan dengan terancang.
Kemudahan infrastruktur perlulah mendapat kebenaran daripada PBPT.
Ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal diperlukan bagi memastikan
penyediaan kemudahan infrastruktur dapat menampung keperluan
pembangunan.
( iii ) Tempat Letak Kereta ( TLK )
Penyediaan TLK perlulah berpandukan kepada jenis dan aktiviti yang
dijalankan. Penyediaan TLK perlulah mencukupi bagi menampung jumlah
kenderaan. PBPT perlulah membuat perancangan yang teliti di dalam
merancang perletakan TLK supaya tidak menyebabkan kesesakan
pergerakan kenderaan.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
53/225
33
( iv ) Pemotongan Dan Penimbunan Tanah
Alam sekitar merupakan amanah yang perlu dijaga daripada dimusnahkan.
Hakisan-hakisan tanah berlaku disebabkan oleh pemotongan bukit dan
penimbunan tanah yang dilakukan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. Akibat daripada pemotongan bukit yang tidak terkawal
mengakibatkan tanah tidak stabil.
( v ) Reka bentuk Bandar
PBPT memainkan peranan di dalam memastikan piawaian pembangunan
dipatuhi oleh pemaju dan perunding. Kebenaran merancang merupakan
fokus utama mengawal aspek ini, di mana setiap pembangunan yang akan
dijalankan pasti melalui proses untuk mendapatkan kebenaran merancang.
( vi ) Pengkawasanan
Setiap pengkawasanan diwujudkan mengikut zon-zon tertentu seperti zon
bagi kawasan industri, perumahan, perniagaan, perdagangan dan
sebagainya. Pengkawasanan dapat membantu PBT dalam mengawal
pembangunan dan dapat mengekalkan kawasan-kawasan yang difikirkan
perlu dikekalkan.
( vii ) Kemudahan Masyarakat
Penyediaan kemudahan-kemudahan ini perlulah mengikut keperluan
sesebuah tempat dengan melihat jumlah penduduk dan keperluannya masa
hadapan. Penyediaan kemudahan masyarakat seperti klinik, masjid, surau,
sekolah dan lain-lain kemudahan adalah amat penting bagi mewujudkan
sebuah kehidupan yang harmoni.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
54/225
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
55/225
35
Perancangan Bandar Dan Desa dirunding dengan PBN dan diluluskan
oleh Majlis Fizikal Negara ( MPFN ).
b. Rancangan Struktur Negeri ( RSN )
Rancangan Struktur Negeri ( RSN ) merupakan satu pernyataan
bertulis yang menerangkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am
PBN dalam memandu arah tuju pembangunan fizikal negeri dan
menyelaras dasar-dasar Rancangan Struktur sedia ada. RSN
dibentuk dengan kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri ( JPN )
serta dipersetujui oleh PBN dan disediakan oleh Pengarah JPBD
Negeri.
c. Rancangan Tempatan Daerah ( RTD )
Rancangan Tempatan ( RT ) adalah satu pernyataan bertulis yang
menerangkan berkenaan cadangan-cadangan dengan lebih terperinci
dengan disertai peta cadangan, gambar rajah, pelan subjek dan juga
garis panduan perancangan. RT berfungsi untuk menterjemah dasar-
dasar RSN ke dalam bentuk spatial. Di samping itu RT juga
menyediakan satu bentuk gari panduan perancangan mengikut kelas
guna tanah yang disokong dengan peta, gambar rajah dan lakaran
bagi tujuan kawalan perancangan. Pembentukan RT diluluskan oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri ( JPN ) serta dipersetujui oleh PBN
dan disediakan oleh PBT.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
56/225
36
d. Rancangan Kawasan Khas ( RKK )
Rancangan Kawasan Khas ( RKK ) merupakan suatu cadangan
kegunaan tanah terperinci yang disokong dengan satu bentuk garis
panduan dan piawaian perancangan untuk memandu arah untuk
tujuan pelaksanaan pembangunan untuk tempoh jangka masa yang
pendek. Pembentukan RKK disokong dengan peta, gambar rajah dan
lakaran untuk tujuan pengawalan pembangunan. Ianya bertujuan
untuk mempercepatkan perancangan bagi sesuatu kawasan atau
sebahagian daripada kawasan yang telah dikenal pasti yang
mempunyai kepentingan dan karektor tertentu. RKK ini diluluskan
pembentukannya oleh JPN dipersetujui oleh PBN disediakan oleh
Pengarah JPBD Negeri atau PBT melalui arahan JPN.
e. Akta-Akta Yang Telah Diwartakan
Selain daripada rancangan pemajuan kawalan pembangunan juga
melibatkan akta-akta yang telah diwartakan seperti Akta Perancangan
Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 ), Akta Kerajaan Tempatan, 1976
(Akta 171), Kanun Tanah Negara, 1965 ( Akta 56 ), Akta Bangunan,
Parit Dan Saliran ( Akta 133 ) dan undang-undang kecil yang diterima
pakai oleh PBT.
Pada asalnya hanya terdapat 2 sahaja alat perundangan bagi kawalan
pembangunan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang
memberi penekanan kepada skop atau kawasan yang lebih kecil. Walaupun
RFN masih belum siap dibentuk PBPT boleh menyediakan RS dan juga RT
bagi kawasan-kawasan yang memerlukan pelan pemajuan. Bagi kawasan-
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
57/225
37
kawasan kecil dan memerlukan tindakan segera RKK boleh dilaksanakan
dengan persetujuan oleh pihak PBN.
2.5.5 Alat-Alat Kawalan Bukan Perundangan
Alat-alat kawalan bukan perundangan tidak tertakluk kepada Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 ). Ianya lebih bersifat sebagai pelengkap kepada
alat-alat perundangan. Alat-alat bukan perundangan merupakan penerangan
terperinci berkenaan bagaimana pelaksanaan pembangunan itu dijalankan
berpandukan kepada garis panduan seperti garis panduan tempat letak kereta,
tataatur perumahan, kepadatan penduduk, ukuran tambahan rumah dan sebagainya.
Berpandukan kepada Kertas Kerja Kursus Jangka Pendek Perancangan Bandar
Dan Wilayahberkenaan Pendekatan Secara Bukan Perundangan Dalam Sistem
Kawalan Pembangunan (m.s 6 ) olehProf. Madya Ahmad Fuzi Arshad ( 1990 )
bahawa terdapat 9 bentuk alat-alat bukan perundangan yang khusus sering
digunakan sebagai garis panduan pembangunan iaitu :
( i ) Notis Perlaksanaan Kawalan Pembangunan / Nota Dasar
Aspek-aspek terperinci di dalam kawalan pembangunan perlulah diberikan
perhatian yang khusus. Pengawalan ke atas garis panduan tempat letak
kereta, tataatur serta kepadatan perumahan, pelan tambahan untuk rumah,
iklan depan kedai dan lain-lain polisi am kawalan pembangunan perlulah
mengikut perubahan dari semasa ke semasa dengan melihat
kepentingannya.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
58/225
38
( ii ) Ringkasan Pembangunan
Ahli-ahli profesional seperti ahli perancang bandar, arkitek, jurutera dan yang
lain-lain boleh menggunakan ringkasan pembangunan sebagai panduan
terperinci dari segi bentuk pembangunan yang akan berlaku diatas sesebuah
tapak. Ringkasan pembangunan adalah alat untuk pihak pemaju merangka
kerja-kerja tanah. Ia juga sebagai panduan kepada pemaju tentang aspek-
aspek perancangan untuk sesuatu pembangunan. Alat ini mengandungi
maklumat seperti spesifikasi tapak termasuk lokasi, hak milik, halangan-
halangan serta perkhidmatan tertentu dan panduan mengenai reka bentuk
pembangunan.
( iii ) Rancangan Tempatan Informal ( Informal Local Plan )
Rancangan Tempatan Informal mempunyai fungsi yang sama dengan
Rancangan Tempatan. Ianya mengandungi perkara-perkara berkaitan
dengan pembangunan dan guna tanah. Alat ini boleh disediakan bagi
memperincikan pembangunan sesuatu kawasan dalam konteks rancangan
tempatan sedia ada. Di dalam Rancangan Tempatan Informal mengandungi
perkara-perkara dalam merancang petempatan, kerja-kerja pembangunan
baru atau pembangunan semula pusat bandar. Rancangan Tempatan
Informal ini boleh dibuat meliputi separuh kawasan atau keseluruhan
kawasan di dalam sesebuah daerah.
( iv ) Rangka Asas Topik Khusus ( Single Topik Base Framework )
Rangka Asas Topik Khusus berkait dengan dasar-dasar serta polisi-polisi
yang terkandung di dalam Rancangan Struktur. Perhatian diberikan terhadap
sesuatu isu yang wujud di dalam sesuatu kawasan. Ianya disediakan pada
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
59/225
39
peringkat awal perancangan untuk membentuk dasar-dasar tertentu sebelum
menyediakan pelan-pelan formal. Topik pelancongan, perkedaian,
pengekalan, tanah, perumahan dan industri terkandung di dalam alat ini.
( v ) Lain Rangka Polisi ( Other Policy Framework )
Rangka polisi ini disediakan bukan untuk keseluruhan kawasan PBT atau
khas untuk beberapa kawasan tertentu sahaja. Ianya berfungsi hampir sama
dengan Rancangan Tempatan yang formal dan ia bersangkut dengan isu-isu
yang timbul di dalam kawasan pentadbiran PBT.
( vi ) Ringkasan Rancangan Tempatan ( Local Plan Brief )
Alat ini dibentuk sebagai asas kepada pembentukan Rancangan Tempatan.
Ringkasan Rancangan Tempatan memperincikan Rancangan Struktur
dengan mengaitkan kepada objektif serta dasar yang lebih sesuai di dalam
pembentukan Rancangan Tempatan. Ianya dibentuk berpandukan kepada
polisi cadangan Rancangan Struktur.
( vii ) Kajian Usaha Sama Informal ( Informal Joint Study )
Kewujudan alat ini adalah untuk dapat menyelesaikan masalah yang timbul
daripada peringkat perancangan strategik dan tempatan. Ianya dibentuk bagi
faedah bersama dan kajian dilakukan berdasarkan kepada isu mengenai
perumahan, perniagaan atau petempatan luar Bandar yang melibatkan
pengagihan sumber.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
60/225
40
( viii ) Rancangan Kawasan Khas ( Special Area Work )
Alat ini dibentuk bertujuan bagi mewujudkan satu corak reka bentuk sebuah
kawasan tertentu. Di dalam Rancangan Kawasan Khas mengandungi huraian
pembangunan bagi masa hadapan serta kerja-kerja untuk memulihkan
sesuatu kawasan. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan projek-projek
tersebut diberi kepada PBT bagi melaksanakannya.
( ix ) Panduan Reka Bentuk ( Design Studies )
Panduan reka bentuk adalah satu bentuk piawaian untuk kemudahan
pemaju. Penyataan mengenai polisi-polisi PBT terhadap aspek kejuruteraan
dan seni bina diterangkan di dalam alat ini. Reka bentuk yang sesuai untuk
elemen-elemen pembangunan seperti jalan atau rupa bentuk bandar diberi
perhatian yang lebih di dalam alat ini. Penekanan yang lebih diberikan
kepada aspek reka bentuk serta memberi rundingan nasihat kepada pemaju.
Bagi memperoleh kelulusan kebenaran merancang alat-alat bukan perundangan ini
menjadi panduan kepada pihak pemaju di dalam mengemukakan permohonan
kebenaran merancang mereka kepada PBT. Alat-alat bukan perundangan dibentuk
sebagai penyelesaian kepada sesuatu isu atau masalah berkenaan dengan perkara-
perkara yang tidak disentuh di dalam alat-alat perundangan.
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
61/225
41
2.6 Definisi Kebenaran Merancang Mengikut Akta Perancangan
Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 )
Mengikut Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 ) bahawa maksud
kebenaran merancang itu adalah :
Kebenaran merancang ertinya adalah kebenaran yang diberi dengan atau
tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan
( Bahagian I, Seksyen 2 Akta 172 ( pindaan ), 2001 : 9)
Pihak pemohon yang ingin membuat pemajuan ke atas tanah mereka perlulah
membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang kepada
PBT dimana tanah mereka berada. Pihak pemilik tanah tidak boleh dengan
sewenang-wenangnya membangunkan apa-apa struktur bangunan di atas tanah
milik mereka tanpa mendapatkan kebenaran merancang daripada PBT di mana
tanah itu berada. Di dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 ( Akta 172 )
Bahagian IV, seksyen kecil 19 (1), menyatakan bahawa:
Tiada seorang pun, selain daripada Pihak Berkuasa Tempatan, boleh
memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan
Kebenaran Merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberi
kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah seksyen 24 (3).
( Bahagian IV, Seksyen 19 ( 1 ) Akta 172 ( pindaan ), 2001: 43 )
Setelah kebenaran merancang telah diberikan oleh PBT, pihak pemaju atau pemilik
tanah tidak boleh dengan apa cara sekalipun mengubah atau tidak mematuhi
kelulusan kebenaran merancang yang telah diberikan. Larangan berkenaan dengan
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
62/225
42
pemajuan yang berlawanan dengan kelulusan kebenaran merancang yang telah
diberikan telah diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (
Akta 172 ) seksyen 20 menyatakan di mana :
Tiada seorang pun boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa
pemajuan lain daripada yang menurut kebenaran merancang yang diberi
kepadanya di bawah seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan itu atau
syarat-syarat kebenaran merancang itu
( Bahagian IV,Seksyen 20 Akta 172 ( pindaan ), 2001 : 45 )
Bagi pemilik-pemilik tanah yang telah melanggar undang-undang bagi kebenaran
merancang seperti yang telah diperuntukkan di dalam Akta Kebenaran Merancang di
dalam seksyen 19 atau seksyen 20, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM
500, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-
duanya sekali. Sekiranya pihak pemilik tanah masih meneruskan kesalahan tersebut
setelah dia disabit dengan kesalahannya, denda tambahan akan dikenakan
sebanyak RM 5000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.
2.7 Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976, Akta 172
Permohonan untuk kebenaran merancang terkandung di dalam Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976, Bahagian IV, Seksyen 21. Keseluruhannya akta ini
menerangkan bagaimana proses kebenaran merancang itu dilaksanakan serta
kehendak-kehendak yang harus dipatuhi oleh pihak pemohon di dalam
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
63/225
43
mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada PBT. Secara ringkas
diterang bagaimana proses kebenaran merancang mengikut Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 ) :
2.7.1 Permohonan Untuk Kebenaran Merancang
Setiap permohonan untuk kebenaran merancang perlulah dibuat kepada PBPT
dengan disertakan dokumen-dokumen, pelan dan bayaran-bayaran yang telah
ditetapkan oleh PBPT. Jika pemohon yang mengemukakan permohonan kebenaran
merancang itu bukanlah pemilik tanah, pemohon tersebut perlulah terlebih dahulu
mendapatkan satu pernyataan bertulis daripada pemilik tanah menyatakan
persetujuaannya melantik pemohon tersebut. Bagi permohonan yang melibatkan
pendirian sesuatu bangunan PBPT dengan kuasa yang ada boleh memberi arahan
secara bertulis kepada pemohon berkenaan perkara berikut :
( i ) Aras tapak bangunan tersebut
( ii ) Garisan bidang hadapan dengan bangunan-bangunan yang berhampiran
( iii ) Penaikan bangunan
( iv ) Kelas, rekabentuk dan rupa bangunan.
( v ) Anjakan ke belakang bangunan itu ke sesuatu garisan bangunan.
( vi ) Laluan kepada sesuatu tanah dimana sesuatu bangunan akan didirikan.
( vii ) Apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh PBPT bagi tujuan merancang
Pemohon yang diberi arahan bertulis di bawah seksyen 21 subseksyen (3)
hendaklah membuat sebarang pindaan berpandukan kepada arahan bertulis yang
diperoleh dan permohonan tersebut perlulah dihantar semula dalam tempoh atau
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
64/225
44
tempoh lanjutan yang dipersetujui oleh PBPT. Sekiranya pihak pemohon gagal untuk
menghantar semula permohonan tersebut di dalam satu jangka masa yang telah
ditetapkan, permohonan kebenaran merancang tersebut boleh ditarik balik tetapi
pihak pemohon boleh mengemukakan permohonan baru.
Sekiranya sebuah PBPT itu menerima permohonan untuk kebenaran merancang
yang baru dan pemohon tersebut telah mematuhi arahan seksyen 21 subseksyen (3)
tetapi tanah yang hendak dimajukan oleh pemohon itu masih tidak mempunyai
rancangan pemajuan maka PBPT perlulah mengeluarkan notis secara bertulis
kepada pemilik-pemilik tanah bersempadan berkenaan pemajuan yang akan
dijalankan di atas tanah tersebut.
Sekiranya terdapat bantahan terhadap pemajuan tersebut PBPT di dalam masa 30
hari selepas tempoh membuat bantahan tamat, satu pembicaraan di antara PBPT
dan pembantah-pembantah haruslah dibuat untuk mendengar bantahan-bantahan
tersebut.
2.7.2 Laporan Cadangan Pemajuan
Sewaktu mengemukakan permohonan kebenaran merancang pihak pemohon
perlulah menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP ) yang mengandungi
butiran-butiran pembangunan dan menerangkan keadaan fizikal tapak cadangan
secara terperinci termasuk jenis-jenis tanaman yang berada di atas dan di sekeliling
tapak cadangan. Pemohon juga perlulah menerangkan tentang implikasi sosial yang
wujud hasil daripada pembangunan itu nanti. Pihak pemohon juga perlulah
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
65/225
45
menyediakan pelan susunatur untuk dikemukakan kepada PBPT dan ianya perlulah
disediakan oleh orang berkelayakan.
2.7.3 Pelan Susunatur
Pelan susunatur yang dikemukakan oleh pihak pemohon perlulah menunjukkan
pemajuan yang dicadangkan. Pelan susunatur yang dikemukakan mestilah
mematuhi segala peraturan, piawaian dan perundangan yang ditetapkan oleh PBPT
berkenaan langkah-langkah penjagaan alam sekitar. Sekiranya terdapat pindaan
keatas pelan susunatur tersebut pihak pemohon akan diminta meminda pelan
tersebut dan menyerahkan semula di dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBPT.
Sekiranya pihak pemohon tidak dapat menyerahkan semula permohonan tersebut di
dalam tempoh yang ditetapkan PBPT mempunyai kuasa untuk menarik semula
permohonan tersebut tetapi pihak pemohon boleh mengemukakan permohonan
kebenaran merancang yang baru. Pelan-pelan susunatur tersebut perlulah
disediakan oleh orang yang berkelayakan.
2.7.4 Layanan Mengenai Permohonan-Permohonan
Dengan seberapa segera setelah permohonan tersebut mematuhi seksyen 21 ( 6 )
dan telah melalui proses bantahan di bawah seksyen 21 ( 7 ) PBPT hendaklah
membuat keputusan dengan seberapa segera. PBPT hendaklah memberi
pertimbangan kepada apa-apa perkara yang pada pendapatnya adalah sesuai atau
perlu untuk merancang :
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
66/225
8/10/2019 Thp Pggunaan E-submission Di Dlm Proses Pmhonn Kebenrn Mrcg Di JPBD s'Ngor
67/225
47
pemohon pihak Lembaga Rayuan boleh menolak rayuan atau mengubah keputusan
permohonan tersebut.
2.7.6 Luputnya Kebenaran Merancang
Kebenaran merancang yang diberikan oleh PBPT kepada pemohon yang telah lewat
selama 12 bulan tanpa sebarang permohonan lanjutan dan masih tidak menjalankan
apa-apa kerja pembangunan dengan tersendirinya permohonan tersebut telah
terbatal.
2.7.7 Penarikanbalik Dan Pengubahsuaian Kebenaran Merancang dan Kelulusan
Pelan Bangunan
Bagi kepentingan awam PBPT boleh menarik semula pemberian kebenaran
merancang dan kelulusan pelan bangunan yang diberikan kepada seseorang itu
melalui persetujuan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri. Sekiranya
seseorang itu telah mendirikan bangunan di atas tapak tersebut dengan tempoh
yang diberikan oleh PBPT terbabit perlulah merobohkannya dan PBPT akan
menanggung kos perobohan tersebut. Jika di dalam tempoh yang diberikan
Recommended