Teks Ucapan Penyampaian Hadiah

Preview:

DESCRIPTION

pengerusi majlis

Citation preview

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera dan salam sehati sejiwa,

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Ybrs Tn Hj Che Mansor Bin Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran SKSN

Ybrs Pn. Raifah Bt Osman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSN

Ybrs En. Shukor Bin Shafie, Penolong Kanan Kokurikulum, SKSN

Guru-guru Dan murid-murid yang dirahmati ALLAH sekalian.

Berdirinya saya disini adalah untuk menjalankan upacara penyampaian hadiah bagi pertandinga-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang sambutan kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2015 yang berlangsung Dari 16 Ogos 2015 hingga 27 Ogos 2015.

buat penegtahuan warga sekolah,

Panatia Sivik & Kewarganegaraan dengan kerjasama Panatia Sejarah dan Unit Bimbingan & Kaunseling SK Seberang Nyonya telah mengadakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah yang bermula Dari tarikh 16 Ogos 2015 hingga 27 Ogos 2015 iaitu selama 2 minggu.

Sepanjang 2 minggu program berlangsung, pelbagai aktiviti dan pertandingan yang melibatkan murid-murid dan warga sekolah telah disusun.

Hadirin sekalian,

-Program ini telah dirancang bagi mencapai objektif tertentu, iaitu untuk:

-menyemai semangat cinta akan negara Dan patriotisme

-Mencungkil bakat murid

-Menguji pengetahuan am murid

-Mewujudkan komitmen Dan daya saing antara warga sekolah

-Dan mengetahui Dan menilai kepekaan murid terhadap perkembangan isu selasa.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program adalah:

-Pertandingan Ceria Merdeka

-Pertandingan Kuiz Kemerdekaan bagi murid tahap 1 Dan tahap 2

-Dan akhir sekali ialah, Pertandingan Mewarna bagi murid PRA sekolah, tahap 1 Dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi, Dan Pertandingan melukis poster bagi murid-murid tahap 2,

-Disamping ITU, turut diadakan persembahan wakil murid yang bertemakan kemerdekaan pada setiap kali perhimpunan harian.

Hadirin sekalian,

Oleh ITU, bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah, dijemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Seberang Nyonya, Tn Haji Che Mansor B Mohd Nor diiringi oleh Pn Raifah Bt Osman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan dan sebagai simbolik upacara majlis penutupan program sambutan kemerdekaan peringkat SK Seberang Nyonya bagi Tahun 2015, dipersilakan.

Pertama Diumumkan,

bagi Pertandingan Kuiz Kemerdekaan,

Kategori Tahap 1

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Tahap 1 disandang oleh:

seterusnya

Kategori Tahap 2

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Tahap 2 disandang oleh:

Seterusnya kita beralih bagi Pertandingan Mewarna

Kategori PRA Sekolah

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Mewarna PRA Sekolah disandang oleh:

Kategori Tahap 1

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Kuiz Mewarna Tahap 1 disandang oleh

Kategori Program Pendidikan Khas & Integrasi (PPKI)

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Mewarna PPKI disandang oleh:

Bagi Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 pula

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Kuiz Melukis poster Tahap 2 disandang oleh:

Seterusnya penyampaian hadiah kepada wakil murid yang membhat persembaha. Kemerdekaan.

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama ialah:

Maka tibalah kita ke kemuncak acara dengan penyampaian hadiah kepada Pemenang Pertandingan Ceria Merdeka.

Pemenang bagi tempat ketiga ialah:

Pemenang bagi tempat kedua ialah:

Pemenang Tempat Pertama bagi Pertandingan Ceria Merdeka Jatuh disandang oleh:

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah ITU tadi, maka berakhirlah program sambutan kemerdekaan peringkat sekolah kebangsaan Seberang Nyonya bagi Tahun 2015. Terima kasih Tuan Guru Besar & Penolong Kanan Hal Ehwal murid kerana sudi menyampaikan hadiah.

Dengan INI saya mewakili ahli jawatankuasa program ingin memohon maaf jika Ada Seberang keterlanjuran Dan kesalahan sepanjang program ini berlangsung. Semoga program INI dapat dihayati dengan sebaiknya dan memberi kesan yang positif kepada semua warga sekolah amnya dan murid-murid khasnya dalam memupuk semangat cinta akan negara dan seterusnya berusaha untuk mencapai aspirasi negara dalam melahirkan modal insan kelas Pertama yang seimbang dan harmonis Dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani Dan sosial.

Sekian wabillahi taufik wa hidayah. Assalamualaikum wbt

Saya serahkan kembali kepada pengerusi majlis.

Recommended