View
246
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
sintaksis
Citation preview
Pengenalan
Sintaksis merupakan cabang ilmu yang mengaji bentuk, struktur dan binaan atau
kostruksi ayat. Sintaksis juga digunakan bagi mengkaji proses pembinaan ayat. Tambahan
pula, sintaksis juga digunakan bagi mengkaji hukum-hukum yang menentukan bagaimana
perkataan disusun dalam ayat.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang
ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.
Tiada bahasa tanpa tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan
sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah
yang paling mudah dan, tepat dan lengkap. Terdapat unsur klausa dalam ayat. Terdapat
unsur frasa dalam pembentukan ayat. Terdapat juga unsur perkataan dalam pembentukan
frasa. Pembentukan frasa, klausa dan ayat bergantung pada satu sama lain.
Frasa merupakan binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan
yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan
Klausa deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi konstituen
ayat. Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan predikat.
Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
1
Bahagian A
2.0 Frasa
Frasa boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai
kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak.
2.1 Frasa Nama
Frasa nama ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebgai satu konstituen dalam binaan ayat.
Frasa nama terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata
intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak.
2.1.2 Binaan Frasa Nama
Binaan Frasa Nama terdiri daripada:
Inti + Penerang berjalan kaki
Inti + Inti Ibubapa
Inti+Penerang Nama bilik tidur
Inti + Penerang bukan Nama buku lama
Inti merupakan penumpuan makna. Inti mewakili seluruh frasa dari segi makna.
Penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti.
Bagi inti + penerang nama, semua konstituen terdiri daripada kata nama iaitu inti
dari kata nama dan penerangnya juga kata nama. Antaranya penerangnya adalah penerang
nama keturunan. Contohnya merupakan kaum India. Seterusnya, penerang nama jenis.
Contohnya merupakan air mangga. Seterusnya penerang nama penyambut. Contohnya
merupakan pengawal sekolah. Tambahannya penerang nama kelamin. Contohnya
merupakan lembu betina. Seterusnya penerang nama tempat. Contohnya merupakan
kawasan desa. Seterusnya meupakan penerang nama arah. Contohnya merupakan
kawasan selatan, Tambahannnya penerang nama anggota badan. Contohnya merupakan
rantai leher. Seterusnya merupakan penerang nama tenaga penggerak. Contohnya
merupakan dapur gas. Seterusnya merupakan penernang nama hal atau perkara.
Contohnya merupakan borang pendaftaran. Selain itu, penerang nama milik. Contohnya
merupakan beg dia. Srterusnya penerang nama khas. Contohnya merupakan Negeri Johor.
Akhinya penerang nama panggilan atau gelaran. Contohnya merupakan Doktor Ali.
2
2.1.3 Susunan Konstituen Frasa Nama
Susunan konstituen frasa Nama dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu peraturan
D-M, kekecualiaan hukum D-M dan akhirnya bilangan dan panggilan.
2.1.4 Peraturan (Hukum D-M)
Abjad D memakili diterangkan manakala abjad M mewakili menerangkan. Antara
contoh perkataan yang menerangkan hukum ini merupakan pakar psikologi. Pakar
merupakan unsur yang perlu diterangkan. Psikologi merupakan unsur yang menerangkan
perkataan yang sebelumnya secara terperinci.
2.1.5 Kekecualiaan Hukum D-M
Hukum ini wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagi merasionalkan
penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim diguna secara mantap dalam masyarakat
penggunaan bahasa. Hal ini berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa
menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri. Lama-kelamaan, keadaan itu
menjadi perkara lazim dan wujud satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus
tatabahasa dalam konteks hukum D-M. Selain itu, kekecualian hukum D-M juga wujud
akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutamanya sekali yang melibatkan pada nama-nama
jawatan. Contohnya merupakan Perdana menteri dan ibu pejabat.
2.1.6 Bilangan
Menurut Abdullah Hassan kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam
frasa nama boleh wujud di hadapan kata nama inti. Bilangan digunakan bagi merujuk unsur
numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. Antara
contohnya merupakan sekumpulan pelajar dan dua ekor ayam. Kata bilangan bolh
dibahagikan kepada enam. Iaitu kata bilangan tentu. Kata ini menjurus kepada bilangan
khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.
Contohnya adalah satu dan iv. Seterusnya kata bilangan tak tentu. Kata bilangan ini merujuk
kepada jumlah bilangan yang tidak khusus. Contonya adalah segala dan semua. Tambahan
pula, kata bilangan himpunan. Kata bilangan ini merujuk kepada jumlah bilangan yang
terhimpun atau terkumpul. Contohnya adalah berpuluh-puluh dan beribu-beribu. Seterusnya
kata bilangan pisahan. Kata bilangan ini merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses
memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini adalah
sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contohnya adalah
masing-masing dan tiap-tiap. Seterusnya kata bilangan pecahan. Kata bilangan ini merujuk
3
kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contohnya
merupakan separuh dan segelintir. Akhirnya kata bilangan tingkatan. Kata bilangan ini
Merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan.
Contohnya merupakan pertama dan kedua.
2.1.7 Panggilan/ Kata panggilan
Menurut Abdullah Hassan kata panggilan merupakan unsur frasa nama yang hadir
sebelum kata nama inti. Kata panggilan digunakan bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan
ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contohnya merupakan Tuan dan Puan.
2.2 Fungsi Frasa Nama
Terdapat beberapa fungsi frasa dalam binaan ayat. Pertamanya merupakan sebagai
subjek. Contohnya merupakan Abangnya guru. Fungsi frasa nama yang keduanya
merupakan sebagai predikat. Contohnya adalah Budak itu nakal. Seterusnya sebagai objek
kata transitif. Contohnya merupakan Siti memandu kereta. “Kereta” ialah objek kata kerja
transitif “memandu”. Selain itu sebagai pelengkap kata kerja tak transitif. Contohnya
merupakan Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun lalu. “Pensyarah USM” ialah
pelengkap kata kerja tak transitif “menjadi” .
2.3 Frasa Kerja
Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya
kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif dan kata kerja
transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
2.3.1 Binaan Frasa Kerja
Binaan frasa kerja boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu frasa kerja yang tidak
mengandungi objek dan frasa kerja yang mengandungi objek.
Frasa kerja yang tidak mengandungi objek tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa
nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Antara contoh ayatnya merupakan Ravi
kalah. Frasa kerja yang mengandungi objek, kata kerjanya disambut oleh frasa nama
sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Antara contoh ayatya merupakan Dia
menjalankan tugasnya dengan baik. Dia merupakan subjek, menjalankan merupakan kata
kerja, tugasnya merupakan objek akhirnya dengan baik merupakan unsur keterangan.
2.3.2 Binaan frasa kerja tanpa objek
4
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu
jenis kata kerja sebagai Intinya, yang disebut kerja tak transitif kata. Frasa kerja tak transitif
ialah jenis kata yang tidak disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek. Frasa nama
sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat
aktif dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.
Antara jenis kata kerja tak transitif merupakan kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap,kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang dan kata kerja tak
transitif dengan pelengkap. Kata kerja tak transitif dengan pelengkap boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu kata adjektif sebagai pelengkap, frasa sendi nama sebagai
pelengkap dan kata nama sebagai pelengkap.
2.3.3 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap.
Antara contoh ayatnya merupakan padi menguning.
2.3.4 Kata kerja tak transitif dengan pelengkap
Kata kerja yang tidak mempunyai makna sekiranya tidak diikuti oleh unsur
pelengkap. Antara unsur yang menjadi pelengkap adalah kata adjektif sebagai
pelengkap.Pelengkap kata adjektif seperti genting dan kukuh. Contoh ayatnya merupakan
badannya menjadi lemah. Unsur yang kedua merupakan unsur Frasa sendi nama sebagai
pelengkap. Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna
“tempat”. Contoh kata demikian ialah berada dan tinggal. Contoh ayatnya merupakan
Mereka tinggal di Sibu Jaya. Unsur yang ketiga merupakan kata nama sebagai pelengkap.
Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap
tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang
memerlukan pelengkap demikian. Kumpulan pertama iaitu Kata kerja yang berimbuhan ber-
…-kan. Contohnya adalah Pak Kaduk berbajukan kertas. Kumpulan yang kedua merupakan
Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada.
Antara contohnya merupakan Dia menjadi guru dan Orang itu ada harta.
2.3.5 Kata Keja Tak Transitif Dendan Kata Nama sebagai Penerang
Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek
kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut hanya
sebagai penerang bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa
merosakkan kesempurnaan makna ayat. Contoh ayatnya merupakan Mereka bersawah
padi. Mereka merupakan subjek dan bersawah padi merupakan frasa kerja.
5
2.3.6 Binaan frasa kerja dengan subjek
Pertamanya binaan frasa kerja dengan satu objek. Cntohnya merupakan Dia tidak
mengabaikan tugasnya . Keduanya binaan frasa nama dengan dua objek. Frasa kerja yang
dibentuk oleh kata kerja transitif. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara
langsung dan objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung.Contohnya merupakan
Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
2.3.7 Frasa Kerja dengan kata bantu
Frasa kerja dengan ata bantu bolrh dibhagikan kepada dua iaitu kata bantu aspek
dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan.
Kata bantu ragam menerangkan ragam (atau suasana perasaan) sesuatu perbuatan. Kata
bantu aspek dibahagikan kepada kepada tiga jenis iaitu masa berdasarkan sama ada
perbuatan itu sudah dilakukan. Contoh ayatnya adalah Saya pernah melihat orang itu. Bagi
perkara yang sedang, contoh ayatnya adalah Adik saya masih tidur lagi.Bagi perkara yang
belum dilakukan, contoh ayatnya merupakan Ibu belum memasak nasi. Dalam bahasa
Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama. Contohnya adalah Belum+ pernah. Bagi
yang tidak boleh hadir bersama, contohnya adalah Akan+sedang
Antara contoh kata bantu ragamnya adalah hendak dan boleh. Dalam bahasa
Melayu, kata bantu tertentu boleh hadir bersama. Contohnya adalah Harus + mahu. Bagi
yang tidak boleh hadir bersama, contohnya adalah Hendak + mahu.
Kata bantu aspek juga boleh hadir bersama kata bantu ragam secara berderetan,
baik secara mendahului atau mengikutnya. Misalnya Kata bantu aspek + kata bantu ragam.
Contohnya adalah Herman masih belum dapat tidur. Selain itu, Kata bantu ragam + kata
bantu aspek. Contohnya adalah Polis mesti telah menangkap pencuri itu.
2.3.8 Frasa Kerja dengan ayat komplemen
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat
komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Frasa kerja dengan
ayat komplemen boleh dibahagikan kepada dua iaitu Frasa kerja transitif dengan ayat
komplemen. Contohnya adalah Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada
usaha gigih. Keduanya merupakan Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen.
Contohnya merupakan Ibu Herna berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah
anaknya berkesan.
2.4 Fungsi Frasa Kerja
6
Frasa berfungsi sebagai predikat dalam sesuatu ayat. Contohnya merupakan Ali
makan. Perkataan makan merupakan frasa predikatnya. Kadangkala frasa kerja berfunsi
tanpa objek. Contohnya merupakan Datuk sedang baca. Ayat ini merupakan frasa kerja
tanpa objek dengan keterangan. Ayat ini juga boleh digugurkan. Seterusnya frasa kerja juga
mampu berfungsi tanpa objek dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contohnya
merupakan Ali berada di dalam rumahnya. Frasa kerja juga berfungsi dengan satu objek.
Contohnya merupakan Saya menjawab surat itu. Frasa kerja juga mampu berfungsi dengan
dua objek. Contohnya merupakan Kakak memasak masakan untuk kami.
2.5 Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
2.5.1 Binaan frasa adjektif:Unsur pengisi frasa adjektif
Pertamanya binaan satu perkataan binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti
rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas dan sebagainya. Contohnya
adalah Hati mereka cemas. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada perkataan-perkataan
berimbuhan. Contohnya merupakan sepandai dan kemerah-merahan.
Seterusnya binaan dua perkataan. Binaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu
Binaan kata adjektif + kata adjektif dan Binaan kata adjektif + kata nama . Bagi Binaan kata
adjektif + Kata adjektif, terdapat dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian
makna. Contohnya merupakan riang gembira dan kurus kering. Terdapat dua kata adjektif
yang maknanya berlawanan. Contohnya merupakan baik buruk dan tua muda. Terdapat
juga deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur
rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya adalah kaya raya dan kering kontang. Bagi Binaan
kata adjektif + kata nama terdapat frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan.
Contohnya adalah merah jambu dan biru laut. Terdapat juga frasa adjektif yang membawa
bahan kiasan. Contohnya adalah besar kepala dan banyak mulut.
2.6 Fungsi Frasa Adjektif
Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dalam ayatnya. Contohnya merupakan Siti
pandai. Perkataan pandai merupakan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat. Frasa
adjektif juga berfungsi sebagai penerang frasa nama. Contohnya budak kecil itu adik saya.
Frasa adjektif juga turut berfungsi sebagai penerang frasa kerja. Contohnya merupakan
Angin bertiup kencang. Seterusnya juga berfungsi sebagai subjek dalam ayatnya.
Contohnya hitam menawan.
7
2.7 Frasa Sendi Nama
Terbina daripada satu sendi nama dan satu frasa nama. Dalam ayat, frasa sendi
nama hadir di bahagian prediket atau sebagai unsur keterangan dalam frasa lain.
2.7.1 Binaan Frasa Sendi Nama
Binaan pertamanya merupakan Frasa Sendi Nama + Frasa Nama. Contohnya
merupakan ke Jepun dan dengan ayah kawannya. Binaan yang kedua merupakan Kata
sendi nama + Kata Arah + Frasa nama. Contohnya merupakan ke utara Indonesia dan ke
tengah laut. Ketiganya merupakan Kata Sendi nama + Kata arah + Frasa nama +
Keterangan. Contohnya merupakan malam ini dan daripada kakaknya di Sabah.
2.8 Fungsi Frasa Sendi Nama
Fungsi pertamanya merupakan sebagai keterangan. Frasa ini boleh hadir sebagai
unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Frasa sendi nama yang
menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, antaranya
keterangan masa, tempat bandingan, tujuan, hal, penyertaan dan alat. Frasa sendi nama
yang menjadi unsur keterangan bagi frasa adjektif pula mendukung makna-makna
keterangan bandingan, hal, masa dan tujuan. Manakala frasa sendi nama sebagai unsur
keterangan frasa nama pula mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber,
masa, asal, dan tujuan. Contohnya merupakan Suasana sudah berubah sejak April.
3.0 Klausa
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak
mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap
kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status
ayat.Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebas.
3.1 Klausa Bebas
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap. Klausa mempunyai subjek dan predikat.
Dengan itu klausa mampu berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis. Antara
contoh klausa merupakan mereka sedang menonton televesyen dan mereka ke sekolah.
3.2 Klausa tak bebas
8
Klausa bebas juga terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Ciri utamanya ialah ia
didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan
sebagainya. Antara contoh klausa tak bebas merupakan Sungguhpun dia sakit, dia hadir
juga dan Ravi lulus kerana dia membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu.
4.0 Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk
ayat.
4.1 Ayat Majmuk
Ayat majmuk merupakan ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu. Ayat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
ayat majmuk gabungan, ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk
pancangan boleh lagi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ayat majmuk pancangan
relative, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan.
4.2 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau
lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata
hubung seperti dan, atau, serta, tetapi, sambil, dan sebagainya. Contoh ayatnya merupakan
Ravi dan Ramu belajar di Universiti Malaya. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat
tunggal iaitu Ravi belajar di Universiti Malaya. Ayat kedua iaitu Ramu belajar di Universiti
Malaya. Kata hubung dan digunakan bagi menyambung kedua-dua ayat tunggalnya.
4.3 Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat majmuk campuran ini boleh terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat
majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk. Contoh ayatnya merupakan Amir sedang
membaca buku tetapi adiknya Abu yang belajar di tadika masih menonton televisyen. Ayat
ini sebenarnya terdiri daripada tiga ayat.Secara mudahnya ayat tersebut dapat dihuraikan
seperti yang berikut:
Ayat (a): Amir sedang membaca buku.
Ayat (b): Adiknya Abu masih menonton televisyen.
9
Ayat (c): Adiknya Abu belajar di tadika.
4.4 Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ayat majmuk
pancangan relatif. ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan
keterangan.
4.4.1 Ayat majmuk pancangan relatif
Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang menggunakan kata relatif yang.
Antara contoh ayatnya merupakan Hidayah memakai baju kurung yang berwarna merah
jambu.
Setiap ayat ini sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu ayat induk dan ayat kecil
relatif.Hidayah memakai baju kurung. Ayat ini merupakan ayat induk.Baju kurung itu
berwarna merh jambu. Ayat ini merupakan ayat kecil.Kata hubung relatif iaitu yang
digunakan bag menggabungkan kedua-dua ayatnya.
4.4.2 Ayat majmuk pancangan komplemen
Ayat majmuk pancangan komplemen terbina daripada ayat induk dan ayat
komplemen yang menggunakan kata komplemen bahawa atau untuk . Antara contoh
ayatnya merupakan Radha menerangkan bahawa ibunya demam dan Untuk Navin lulus
dalam peperiksaan itu amatlah mudah. Setiap ayat ini sebenarnya terdiri daripada dua
ayat,aitu ayat induk dan ayat komplemen.Radha menerangkan sesuatu. Ayat ini merupakan
ayat induk.Ibunya demam. Ayat ini merupakan ayat komplemen.Kata hubung komplemen
iaitu bahawa digunakan bagi menggabungkan ayat. Bagi contoh ayat yang kedua, Perkara
itu amatlah mudah. Ayat ini merupakan ayat induk. Navin lulus dalam peperiksaan. Ayat ini
merupakan ayat komplemen. Kata hubung komplemen digunakan bagi menggabungkan
ayatnya.
4.4.3 Ayat majmuk pancangan keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan atau ayat keterangan ialah ayat majmuk yang
terdiri daripada ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat. Ayat kecil ini berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja dalam
ayat induk. Ayat keterangan ini dapat dikenal berdasarkan kata keterangan yang digunakan
dalam pelbagai jenis ayat keterangan. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi
kepada lapan jenis. Pertamanya keterangan akibat. Contohnya merupakan Murid-murid itu
10
bermain hingga lupa hendak waktu rehat telah habis.Keduanya keterangan musabab.
Contohnya merupakan Beberapa buah rumah di pantai timur musnah kerana dilanda ribut
dan puting beliung. Ketiganya keterangan syarat. Contohnya merupakan En. Azmi akan
membawa anak-anaknya pergi melancong kalau mereka lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan. Seterusnya keterangan waktu. Contohnya merupakan Dia hidup senang
setelah menjalankan perniagaan sendiri. Kelimanya keterangan pertentangan. Contohnya
merupakan Dia masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguh-
sungguh. Seterusnya keterangan harapan. Contohnya merupakan Dia bekerja denan gigih
supaya dapat membaiki taraf hidup keluarganya.
5.0 Rumusan
Tiada bahasa tanpa tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan
sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah
yang paling mudah dan, tepat dan lengkap. Terdapat unsur klausa dalam ayat. Terdapat
unsur frasa dalam pembentukan ayat. Terdapat juga unsur perkataan dalam pembentukan
frasa. Pembentukan frasa, klausa dan ayat bergantung pada satu sama lain.
11
Bahagian B
Analisis ayat majmuk
Ayat 1
Setiap orang Melayu “memiliki” bahasa sebagai bahasa ibunda dan pertuturan harian.
Ayat ini ialah ayat majmuk gabungan. Susunan ayat ini terdiri daripada dua ayat tunggal iaitu
1) Setiap orang Melayu “memiliki” bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
2) Setiap orang Melayu “memiliki” bahasa Melayu sebagai pertuturan harian.
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Setiap orang
Melayu
Setiap orang
Melayu
“memiliki” bahasa
Melayu sebagai
bahasa ibunda.
“memiliki”
Ayat 2 Setiap orang
Melayu
Setiap orang
Melayu
“memiliki” bahasa
Melayu sebagai
pertuturan harian.
“memiliki”
Susunan ayat ini merupakan susunan ayat biasa. Ini adalah kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Ayat ini mengalami proses penguguran frasa predikat. Setiap orang Melayu
“memiliki” bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Ayat ini merupakan ayat tunggal pertama.
Setiap orang Melayu “memiliki” bahasa Melayu sebagai pertuturan harian. Ini merupakan
ayat tunggal kedua. Ayat digabungkan dengan kata hubung dan. Akhirnya terbentuk suatu
ayat iaitu Setiap orang Melayu “memiliki” bahasa sebagai bahasa ibunda dan
pertuturan harian.
12
Ayat 2
Lama-kelamaan satu lagi tamadun dan peradaban akan hilang daripada kekayaan
warisan dunia sejagat.
Ayat ini ialah ayat majmuk gabungan. Susunan ayat ini terdiri daripada dua ayat tunggal iaitu
1) Lama-kelamaan satu lagi tamadun akan hilang daripada kekayaan warisan dunia sejagat.
2) Lama-kelamaan satu lagi peradaban akan hilang daripada kekayaan warisan dunia
sejagat.
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Tamadun Tamadun akan hilang
daripada
kekayaan warisan
dunia sejagat.
hilang
Ayat 2 Peradaban Peradaban akan hilang
daripada
kekayaan warisan
dunia sejagat.
hilang
Susunan ayat ini merupakan susunan ayat biasa. Ini adalah kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Lama-kelamaan satu lagi tamadun dan peradaban merupakan subjeknya manakala
Hilang daripada kekayaan warisan dunia sejagat merupakan predikatnya. Ayat ini
mengalami proses pengguguran frasa predikatnya. Ayat digabungkan dengan kata hubung
dan. Akhirnya terbentuk suatu ayat iaitu Lama-kelamaan satu lagi tamadun dan
peradaban akan hilang daripada kekayaan warisan dunia sejagat.
13
Ayat 3
Maka merosot juga jadinya atas berbagai-bagai alasan dan helah walaupun
sesetenganhnya pada pandangan sepintas lalu, seolah-olah munasabah.
Ayat ini ialah ayat majmuk gabungan. Susunan ayat ini terdiri daripada dua ayat tunggal iaitu
1) Maka merosot juga jadinya atas berbagai-bagai alasan.
2) Maka helah walaupun sesetenganhnya pada pandangan sepintas lalu, seolah-olah
munasabah.
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Maka merosot juga
jadinya
Maka merosot Atas berbagai-
bagai alasan.
jadinya
Ayat 2 Maka helah Helah walaupun
sesetenganhnya
pada pandangan
sepintas lalu,
seolah-olah
munasabah.
munasabah
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Maka merosot juga jadinya atas berbagai-bagai alasan dan helah merupakan subjek
ayatnya manakala walaupun sesetenganhnya pada pandangan sepintas lalu, seolah-olah
munasabah merupakan predikat ayatnya. Ayat ini mengalami proses pengguguran frasa
predikatnya. Berlaku proses pengguguran frasa predikat. Ayat digabungkan dengan kata
hubung dan. Akhirnya terbentuk suatu ayat iaitu Maka merosot juga jadinya atas
14
berbagai-bagai alasan dan helah walaupun sesetenganhnya pada pandangan sepintas
lalu, seolah-olah munasabah.
Ayat 4
Apa-apa yang kita tidak tahu akan membawa apa-apa kesan sekalipun.
Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk pancangan relatif kerana kata relatif yang
memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan frasa yang berulang.
1) Apa-apa kita tidak tahu. (ayat induk)
2) Apa-apa akan membawa apa-apa kesan sekalipun. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Apa-apa Apa-apa Kita tidak tahu Tidak tahu
Ayat 2 Membawa Apa-apa Apa-apa kesan
sekalipun
membawa
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan konstituen
subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Apa-apa yang kita tidak tahu merupakan subjek ayatnya manakala membawa apa-
apa kesan sekalipun merupakan predikatnya. Ayat ini mengalami proses peluasan. Proses
perluasan merupakan satu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa
relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif wujud melalui
penggunaan kata relatif yang.Ayat induk dipancangkan ke dalam ayat incuk dengan
menggunakan kata hubung yang. Maka terbentuknya ayat. Apa-apa yang kita tidak tahu
akan membawa apa-apa kesan sekalipun.
15
Ayat 5
Wasiat Raja Melayu yang berpesan bahawa orang Melayu ditinggalkan 50 peratus
daripada tanah yang ada untuk kegunaan mereka nampaknya tidak ketersampaian.
Ayat ini adalah ayat majmuk pancangan relatif kerana kata relatif yang memancangkan
ayat kecilnya dan menggantikan frasa yang berulang.
1) Wasiat Raja Melayu yang berpesan bahawa orang Melayu ditinggalkan 50 peratus
daripada tanah yang ada. (ayat induk)
2) Wasiat Raja Melayu adalah untuk kegunaan orang Melayu nampaknya tidak
ketersampaian. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Wasiat Raja
Melayu
Wasiat Raja
Melayu
berpesan bahawa
orang Melayu
ditinggalkan 50
peratus daripada
tanah yang ada.
berpesan
Ayat 2 Wasiat Raja
Melayu
Wasiat Raja
Melayu
untuk kegunaan
orang Melayu
nampaknya tidak
ketersampaian.
kegunaan
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Apa-apa yang kita tidak tahu
merupakan subjek ayatnya manakala membawa apa-apa kesan sekalipun merupakan
predikatnya.
16
Ayat ini mengalami proses peluasan melalui komplementasi proses yang mengubah
ayat menjadi satu Frasa Nama dan memancangkannya pada ayat yang lain.Ayat induk
dipancangkan ke dalam ayat kecil menggunakan kata hubung yang. Akhirnya terbentuknya
ayat iaitu Wasiat Raja Melayu yang berpesan bahawa orang Melayu ditinggalkan 50
peratus daripada tanah yang ada untuk kegunaan mereka nampaknya tidak
ketersampaian.
17
Ayat 6
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Filipina sudah tentunya
tidak banyak mempunyai masalah untuk menghidupkan hasrat tersebut.
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komlemen kerana ayat induk dan klausa
komplemen (KK), kata hubung komplemen ‘untuk’ digunakan untuk memanjangkan ayat
komplemen.
1) Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Filipina sudah tentunya tidak
banyak mempunyai masalah. (ayat induk)
2) Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Filipina sudah tentunya tidak
dapat menghidupkan hasrat tersebut. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Malaysia,
Indonesia, Brunei,
Singapura, Selatan
Thai dan Filipina
Malaysia,
Indonesia, Brunei,
Singapura,
Selatan Thai dan
Filipina
sudah tentunya
tidak banyak
mempunyai
masalah.
mempunyai
Ayat 2 Malaysia,
Indonesia, Brunei,
Singapura, Selatan
Thai dan Filipina
Malaysia,
Indonesia, Brunei,
Singapura,
Selatan Thai dan
Filipina
.
sudah tentunya
tidak dapat
menghidupkan
hasrat tersebut.
menghidupkan
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Apa-apa yang kita tidak tahu
merupakan subjek ayatnya manakala membawa apa-apa kesan sekalipun merupakan
18
predikatnya. Ayat kecil dipancangkan dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung
untuk. Akhirnya terbentuk suatu ayat iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura,
Selatan Thai dan Filipina sudah tentunya tidak banyak mempunyai masalah untuk
menghidupkan hasrat tersebut.
19
Ayat 7
Laporan yang menyatakan bahawa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus lagi
amat mengejutkan dan menyedihkan sekali.
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komplemen kerana kata hubung komplemen
bahawa digunakan untuk memanjangkan ayat komplemen.
1) Laporan meyatakan sesuatu.(ayat induk)
2) Tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus lagi amat mengejutkan dan menyedihkan
sekali. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Laporan Laporan Meyatakan
sesuatu
Sesuatu
Ayat 2 Tanah rizab
Melayu
Tanah rizab
Melayu
. hanya tinggal
12 peratus lagi
amat
mengejutkan
dan
menyedihkan
sekali.
tinggal
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Apa-apa yang kita tidak tahu
merupakan subjek ayatnya manakala membawa apa-apa kesan sekalipun merupakan
predikatnya.
20
Ayat ini mengalami proses peluasan melalui komplementasi iaitu proses yang
mengubah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain. Ayat induk
telah dipancangkan ke dalam ayat kecil menggunakan kata hubung bahawa. Akhirnya
terbentuk ayatnya iaitu Laporan yang menyatakan bahawa tanah rizab Melayu hanya
tinggal 12 peratus lagi amat mengejutkan dan menyedihkan sekali.
Ayat 8
21
Hal ini bermakna bahawa masa depan orang Melayu akan menjadi lebih susah lagi
untuk bertapak di tanah air sendiri.
Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk pancangan komplemen kerana ayat induk dan
klausa komplemen (KK), kata hubung komplemen ‘untuk’ digunakan untuk memanjangkan
ayat komplemen.
Hal ini bermakna bahawa masa depan orang Melayu akan menjadi lebih susah lagi (ayat
induk)
Bertapak di tanah air sendiri. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Hal ini bermakna Hal ini bermakna masa depan
orang Melayu
akan menjadi
lebih susah lagi
menjadi
Ayat 2 bertapak - Di tanah air
sendiri
bertapak
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Ayat ini mengalami proses peluasan melalui komplementasi iaitu proses yang
mengubah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain. Ayat induk
telah dipancangkan ke dalam ayat kecil menggunakan kata hubung untuk. Akhirnya
terbentuk ayatnya iaitu, Hal ini bermakna bahawa masa depan orang Melayu akan
menjadi lebih susah lagi untuk bertapak di tanah air sendiri.
22
Ayat 9
Semua perkara ini ada kaitannya dengan perkembangan perniagaan sukuk.
23
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan kerana ia terdiri daripada ayat
induk dan klausa komplemen (KK), kata hubung komplemen dengan digunakan untuk
memancangkan ayat keterangan. Dengan merupakan ayat majmuk pancangan keterangan
cara.
1) Semua perkara ini ada kaitannya. (ayat induk)
2) Perkembangan perniagaan sukuk. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Semua perkara ini Semua perkara Ada kaitannya Ada kaitannya
Ayat 2 Perkembangan Perkembangan Perniagaan
sukuk
Perniagaan
sukuk
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan konstituen
subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Apa-apa yang kita tidak tahu merupakan
subjek ayatnya manakala membawa apa-apa kesan sekalipun merupakan predikatnya.
Ayat ini mengalami proses peluasan dengan kata hubung. Proses ini merupakan
proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung.Ayat
induk telah dipancangkan ke dalam ayat kecil menggunakan kata hubung dengan. Akhirnya
terbentuk suatu ayat iaitu, Semua perkara ini ada kaitannya dengan perkembangan
perniagaan sukuk.
Ayat 10
24
Jika pun dapat pengembaliannya kemungkinan besar tidak serupa dengan yang asal.
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan kerana ia terdiri daripada ayat
induk dan klausa komplemen (KK), kata hubung komplemen dengan digunakan untuk
memancangkan ayat komplemen. Dengan merupakan ayat majmuk pancangan keterangan
cara.
1) Jika pun dapat pengembaliannya. (ayat induk)
2) Kemungkinan besar tidak serupa dengan yang asal. (ayat kecil)
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja
Ayat 1 Jika pun Jika pun dapat
pengembaliannya
dapat
Ayat 2 Kemungkinan
besar
Kemungkinan
besar
tidak serupa
dengan yang
asal.
tidak serupa
dengan yang
asal.
Susunan ayat dalam ayat di atas adalah susunan biasa kerana kedudukan
konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Apa-apa yang kita tidak tahu
merupakan subjek ayatnya manakala membawa apa-apa kesan sekalipun merupakan
predikatnya.
Ayat ini mengalami proses perluasan dengan kata hubung Ini merupakan proses
penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung.Ayat induk telah
dipncangkan ke dalam ayat kecil menggunakan kata hubung dengan. Akhirnya terbentuk
suatu ayat iaitu Jika pun dapat pengembaliannya kemungkinan besar tidak serupa
dengan yang asal.
Bahagian C
Refleksi
25
Bersyukur saya kepada tuhan kerana saya dapat siapkan tugasan kerja kursus
projuk semester 2 dalam subjek Sintaksis Bahasa Melayu ini dalam masa yang
ditetetapkan.Saya menyusun sepuluh jari untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
sensyarah pembimbing iaitu Puan Hapsah kerana telah memberikan segala bimbingan dan
tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada guru Bahasa Melayu di sekolah rendah saya yang turut membantu dan
memunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Harapan saya agar tugasan
saya lakukan ini memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan.
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang menkaji bentuk struktur
dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan
atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa
Menurut Nik Satiah kerim dalam tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan
penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa seperti pengkaji yang
lain beliau turut mendefenisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat.
Pada era golabalisasi ini, guru Bahsa Melayu semkain memandang rendah tentang
bidang sintaksis. Sintaksis ialah satu kkajian tentang ayat. Ayat ialah unit pengucapan yang
paling tinggi dalam susunan tatabahasa yang mempunyai makna yang lengkap dan ia boleh
terbentuk dengan satu perkataan atau lebih. Dari segi pengucapanya ia bermula dan diakhiri
dengan kesenyapan serta mengandungi infomasi yang sempurna sintaksis juga ditakrifkan
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Seseorang
guru Bahasa harus mengetahui mengenai sintaksis.
Guru bahasa sepatutnya merupakan pengajar pelatih dan bahasa yang mantap
terhadap bahasa yang diajarnya. Antara pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis. Hal
ini kerana bahasa terdiri dari ayat – ayat sedangkn sintaksis pula berhubung dengan
bagaimana hendak membentuk ayat. Bagaimana mungkin seseorang guru bahasa dapat
mengajarkan bahasa tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis. Jadi setiap guru
bahasa harus menguasai sintaksis untuk menjadi pengajar yang yang baik.
Para guru bahasa melayu perlulah memahami bidang sintaksis dengan lebih
mendalam kerana guru bahasa melayu perlulah memahami bidang sintaksis dengan lebih
26
mendalam kerana guru bahasa melayu merupakan pengerak atau perantaran untuk murid –
murid lebih memahami bidang ini dengan lebih sempurna. Masalah akan timbul apabila guru
bahasa melayu yang kurang mahir dalam bidang sintaksis menyebabkan murid akan
menulis ayat dengan salah tanpa ditetepkan. Misalnya kesilapan lazim yang dibuat oleh
murid ada pengunaan “adalah”. Senario ini wujud murid – murid kurang sedar akan
pengunaan perkataan “ialah” dan “adalah” dalam penulisan ayat. Maka ini akan menjurus
kepada dalam konteks ataupun kandungan asas sesuatu ayat.
Tahap pendidikan Malaysia telah melalui beberapa tahap dan perkembangan.
Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutamakan bagi memperbaiki dan
memperhalusi sistem pendidikan yang antaranya ialah menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama. Dalam abad ke 21 ini telah berlaku banyak pencampuran
bahasa dimana murid – murid sering kali akan menulis ayat dengan struktur yang salah.
Jadi seorang guru bahasa harus menguasai sintaksi untuk memberi pengajaran yang
bernas dan membantu murid – murid membina ayat dengan betul.
Seorang guru bahasa juga harus mengunakan bahan bantu mengajar yang menari
semasa mengajar sintaksis untuk menarik perhatian dan minat murid. Pemgetahuan isi
kandungan mengenai sintaksis sama ada secara langsung atau tidak langsung merupakan
faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru berkenaan. Maka
untuk menarik perhatian murid untuk mendalami ilmu sintaksis dengan cara yang betul.
Perunahan – perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak
mencabar keupayaan dan kebolehan guru Bahasa Melayu khasnya bila mengajar bidang
sintaksis ini. Hal ini penting diketahui dan dikuasai setiap guru agar pengajaran yang dibuat
dapat disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa seperti keperluan pemdidikan
abad ke 21.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar –
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan pencapaian, kecendurungan serta minat yang
berbeza – beza. Seorang guru bahasa melayu mengunakan pendekatan dan kaedah yang
berbeza untuk mengajar sintaksis. Misalnya sewaktu mengajar guru perlu mengunakan
pendekatan daripada mudah kepada abstrak. Pada abad ke 21 ini guru harus menguasai
bidang sintaksis ini dengan menyeluruh suoaya dapat mewujudkan seorang murid yang
baik.
27
Rujukan
Buku
Azman Wan Chaik, (1982). Pendidikan Bahasa Kuala Lumpur: Rydasprint
Asmah Haji Omar,(1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Abdullah Hassan, (1970). SINTAKSIS Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Akademia
Hashim bin Musa, 1994. Pengantar Falsafah bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Jurnal
Jeyagibi a/l Damodarem (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap
Kemahiran Menulis di sekolah rendah Jurnal peyelidikan Institut Perguruan Islam.
Che Zanariah Che Hassan. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1): 67-87
Semat Salleh. (2005). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
ipba, 3(2)
28
Lampiran
29
30
31
32
33
Recommended