View
227
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK
“BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – DIODE”
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya NOR AIDAH BINTI MOHAMAD ARIFF ____ (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT No 31, Jalan meranti (NAMA PENYELIA) Felda Tenggaroh 01, 86810 Mersing, Johor Darul Takzim.
Tarikh : _______________________ Tarikh : ______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
Tandatangan : ..........................................
Nama Penyelia : En. Mahyuddin Bin Arsat
Tarikh : 19 April 2010
PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK
“BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – DIODE”
NOR AIDAH BINTI MOHAMAD ARIFF
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : Nor Aidah Binti Mohamad Ariff
Tarikh : 19 April 2010
iii
DEDIKASI
Allah S.W.T
di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan
untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
Ditujukan khas buat
En. Mahyuddin bin Arsat
pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu
Ayahanda dan Bonda tercinta
Mohamad Ariff Bin Sibok
&
Kamisha Binti Yusof
yang sentiasa memberi sokongan
untuk ku meneruskan perjuangan ini
Kekanda-kekanda yang tersayang
Rozita, Khairy, Mazuin, Erzan, Azmi
yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan
agar menjadi insan cemerlang
Juga buat insan-insan yang bergelar
Teman
yang sentiasa memberi semangat terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufik
dan HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam untuk
junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada En.Mahyuddin
bin Arsat yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan dorongan. Keikhlasan serta
dedikasi beliau amat saya kagumi. Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi
Malaysia, terima kasih diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan
dikenang sepanjang masa.
Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini.
Semoga Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.
Wassalam.
Nor Aidah Mohamad Ariff
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah modul akademik asas elektrik
dan elektronik bagi topik diode. Pembangunan modul akademik ini dilakukan sebagai
salah satu usaha untuk menyediakan bahan dalam proses pembelajaran individu. Oleh
sebab itu, projek ini telah dijalankan bagi membangunkan sebuah modul akademik
“Basic of Electric and Electronic – Diode” dengan berdasarkan kepada Teori Beban
Kognitif. Manakala, kaedah pembangunan modul ini adalah berasaskan kepada Model
Pembinaan Modul Sidek. Selain itu, modul akademik yang dibangunkan menggunakan
bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Tiga ujian berbeza telah dijalankan untuk
tujuan mencuba dan menilai modul. Tiga ujian tersebut adalah ujian kesahan kandungan,
ujian kebolehpercayaan dan ujian penilaian keberkesanan. Seramai 2 orang pakar bidang
dipilih untuk menjalankan ujian kesahan kandungan dan 36 orang pelajar telah terlibat
dalam ujian penilaian keberkesanan. Daripada sejumlah 36 orang pelajar tersebut, 17
orang pelajar telah dipilih bagi menjalankan ujian kebolehpercayaan modul. Data kajian
telah dikumpul menerusi borang soal selidik serta kertas soalan ujian yang berkaitan.
Hasil pembangunan modul ini menunjukkan modul mempunyai kesahan kandungan
yang tinggi daripada kedua-dua pakar iaitu sebanyak 90 peratus serta mempunyai
kebolehpercayaan sebanyak 0.682.
vi
ABSTRACT
This study is meant to build a basic electric and electronic academic module for
the topic of diode. The development of the module was intended to produce material in
individual learning process. Therefore, this project had been carried out to produced the
academic module entitled “Basic of Electric and Electronic – Diode” based on Cognitive
Load Theory. The development method of the academic module was based on Model
Pembinaan Modul Sidek. The academic module had been produced in English language.
Then, three different tests had been carried out for the evaluation purpose. The three
tests include validity test, reliability test and effective evaluation test. A number of 2
subject expert had been involved in the validity test and 36 students had been involved
in the reliability test. Then, 17 students had been chose from the total of 36 students, to
get through the effective evaluation test. Data had been collected through questionnaire
form and the paper test. This study had shown module had achieved 90 percent high
content validity from both experts and 0.682 reliability.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan 7
viii
1.6.2 Pensyarah Fakulti Pendidikan 7
1.6.3 Fakulti Pendidikan 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Terminologi 9
1.9.1 Modul 10
1.9.2 Modul Akademik 10
1.9.3 Electric 10
1.9.4 Electronic 10
1.10 Kesimpulan 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Modul 13
2.2.1 Definisi Modul 14
2.2.2 Peranan Modul dalam Pendidikan Teknikal 15
2.2.3 Ciri-Ciri Modul 16
2.2.4 Prinsip Modul 20
2.2.5 Kelebihan Pengajaran Bermodul 21
2.3 Teori Pembangunan Modul 22
2.3.1 Teori Beban Kognitif 23
2.3.1.1 Prinsip-Prinsip Teori
Beban Kognitif 24
2.3.2 Teori Behaviorisme 25
2.3.2.1 Prinsip-Prinsip Teori
Behaviorisme 26
2.3.2.2 Aplikasi Prinsip Teori
Behaviorisme 27
2.3.3 Teori Konstruktivisme 27
2.3.3.1 Prinsip-Prinsip Teori
ix
Konstruktivisme 28
2.3.3.2 Implikasi Teori Konstruktivisme
dalam Pengajaran 29
2.4 Model Pembinaan Modul 29
2.4.1 Model Pembinaan Modul Sidek 30
2.4.2 Model Pembinaan Modul G.Rex Meyer 32
2.4.3 Model Pembinaan Modul Sharifah
Alwiah Alsagoff 35
2.4.4 Model Pembinaan Modul Russel 36
2.5 Kesimpulan 38
BAB 3 REKA BENTUK MODUL
3.1 Pengenalan 39
3.2 Kerangka Proses Pembinaan Modul 40
3.2.1 Rasional Pemilihan Model Pembinaan
Modul Sidek 41
3.3 Peringkat I: Menyediakan Draf Modul 41
3.3.1 Pembinaan Matlamat 41
3.3.2 Mengenalpasti Teori, Rasional, Falsafah,
Konsep, Sasaran dan Tempoh Masa 42
3.3.3 Kajian Keperluan 43
3.3.4 Menetapkan Objektif 43
3.3.5 Pemilihan Isi Kandungan 44
3.3.6 Pemilihan Strategi 44
3.3.7 Pemilihan Logistik 45
3.3.8 Pemilihan Media 45
3.3.9 Menyatukan Draf Modul 46
3.4 Peringkat II: Mencuba dan Menilai Modul 46
3.4.1 Kajian Rintis untuk Menilai Modul 46
3.4.2 Menguji Kesahan Modul 47
x
3.4.3 Menguji Kebolehpercayaan Modul 48
3.4.4 Penilaian Keberkesanan Modul 50
3.4.4.1 Ujian Pra 52
3.4.4.2 Ujian Pasca 53
3.5 Rekabentuk Kajian 54
3.6 Tempat kajian 54
3.7 Populasi Kajian 55
3.8 Sampel Kajian 55
3.9 Instrumen Kajian 56
3.9.1 Kertas Soalan Ujian 56
3.9.2 Borang Soal Selidik 57
3.10 Kaedah Analisis Data 58
3.10.1 Kesahan Modul 58
3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 59
3.10.3 Penilaian Keberkesanan 60
3.11 Andaian Kajian 61
3.12 Batasan Kajian 62
3.13 Kesimpulan 62
BAB 4 HASIL KAJIAN & ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 63
4.2 Analisis Kesahan Kandungan 64
4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 65
4.2.1.1 Kesahan Pakar Bidang Pertama 67
4.2.1.2 Kesahan Pakar Bidang Kedua 67
4.3 Analisis Penilaian Keberkesanan 68
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 2 69
4.3.1.1 Perbandingan Skor Markah
Kumpulan Kawalan 69
4.3.1.2 Perbandingan Skor Markah
xi
Kumpulan Eksperimen 71
4.3.1.3 Perbandingan Gred Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Eksperimen 73
4.4 Analisis kebolehpercayaan modul 77
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 3 79
4.5 Penutup 80
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2 Rumusan 81
5.3 Perbincangan 83
5.3.1 Mengaplikasikan teori pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dalam
membangunkan modul 83
5.3.2 Membangunkan Modul berdasarkan
Model Pembinaan Modul 88
5.3.3 Menghasilkan Modul Akademik
Berbahasa Inggeris Basic of Electric
and Electronic – Diode 90
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.5 Kesimpulan 93
BIBLOGRAFI 94
LAMPIRAN A-D
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert lima mata 57
3.2 Pemeringkatan Skala Likert empat mata 58
3.3 Sistem gred permarkahan UTM 61
4.1 Skala Likert empat mata 64
4.2 Skor pakar bidang pertama dan pakar bidang kedua 66
4.3 Pengiraan nilai kesahan pakar bidang pertama 67
4.4 Pengiraan nilai kesahan pakar bidang kedua 67
4.5 Perbandingan skor markah ujian pra dan ujian pasca
kumpulan kawalan 70
4.6 Perbandingan skor markah ujian pra dan ujian pasca
kumpulan eksperimen 72
4.7 Perbandingan gred kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen 74
4.8 Ringkasan perbandingan gred kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen 75
4.9 Nilai pekali Alpha Cronbach 79
4.10 Pengiraan nilai kebolehpercayaan modul 80
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH MUKA SURAT
2.1 Model Pembinaan Modul Sidek 31
2.2 Model Pembinaan Modul G.Rex Meyer 33
2.3 Model Pembinaan Modul Sharifah Alwiah Alsagoff 35
2.4 Proses pembinaan modul ubah suaian pendekatan Russel 37
3.1 Kerangka Proses Pembinaan Modul 40
3.2 Proses mendapatkan nilai kebolehpercayaan modul
berdasarkan Model Kebolehpercayaan Vale jenis sesiri 49
3.3 Proses Pernilaian Keberkesanan 51
4.1 Taburan pencapaian kumpulan kawalan ketika ujian pra
dan ujian pasca 76
4.2 Taburan pencapaian kumpulan eksperimen ketika ujian pra
dan ujian pasca 77
5.1 Kandungan modul akademik Basic of Electric and
Electronic – Diode 85
5.2 Kaedah gabungan gambarajah dan teks di dalam modul 87
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pendidikan Tinggi Awam
IPTS - Institut Pendidikan Tinggi Swasta
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SPSS - Statistical Packages for Social Science
f - Kekerapan
% - Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Contoh Soal Selidik Menguji Kesahan Kandungan Modul
Akademik Basic of Electric and Electronic - Diode
B Contoh Soal Selidik Menguji Kebolehpercayaan Modul
Akademik Basic of Electric and Electronic - Diode
C Contoh Soalan Ujian Pra
D Contoh Soalan Ujian Pasca
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan secara asasnya bermula dari satu sistem yang mudah iaitu,
melibatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di antara golongan individu yang
digelar guru dan murid. Hari ini, sistem yang mudah ini telah berkembang dengan maju
menjadi suatu sistem yang sistematik dengan pelbagai bentuk P&P yang telah
diinovasikan supaya bersesuaian dengan setiap peringkat umur masyarakat. Salah satu
inovasi tersebut adalah sistem P&P bercorak modul. Bagi mencapai matlamat negara ke
arah melahirkan individu yang cemerlang dan memperolehi sesuatu maklumat dengan
mudah, tepat, ringkas serta padat, pembelajaran bercorak modul telah diperkenalkan
dalam usaha untuk memperkembangkan lagi status pendidikan negara (Norshahidah,
2009). Proses P&P bercorak modul telah berkembang dan direvolusikan dengan baik.
Malahan, modul telah digunakan secara meluas di beberapa buah maktab perguruan
di Malaysia sejak dahulu lagi.
Modul mempunyai banyak potensi untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984). Menyedari akan kewujudan potensi
tersebut, pembangunan modul telah dipergiatkan supaya modul sedia ada sentiasa
dikembangkan dan sentiasa diperbaharui. Hasil perkembangan ini maka lahirlah
pelbagai jenis modul termasuklah modul akademik. Modul akademik merupakan salah
satu jenis modul yang wujud pada masa kini. Modul akademik telah digunakan
secara meluas di institut pengajian tinggi (IPT) seperti di Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Modul ini digunakan
dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang sedang mengikuti
pengajian mereka. Modul akademik yang digunakan merupakan satu sumber P&P yang
lengkap yang turut meliputi nota yang disediakan oleh pensyarah.
Di pusat pengajian tinggi, modul akademik disediakan untuk memenuhi
keperluan pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa dan juga pengajian separuh
masa. Bagi memenuhi keperluan ini, maka modul akademik Basic of Electric and
Electronic - Diode dibangunakan dengan inisiatif untuk meningkatkan mutu pengajaran
pensyarah serta prestasi pembelajaran pelajar yang mengikuti subjek Asas Elektrik dan
Elektronik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Modul
akademik ini mempunyai kekuatan yang tesendiri untuk menjadikan sesuatu isi
pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah menjadi lebih jelas. Ia mempunyai ciri-ciri
tertentu untuk menjadi sumber P&P yang efektif menerusi penerapan teori pengajaran
dan pembelajaran serta model pembinaan modul yang bersesuaian dengan pelajar.
Justeru, pembangunan modul akademik ini dilihat dapat membawa pembaharuan serta
mewujudkan kelancaran perhubungan P&P di antara pelajar dan pensyarah semasa
proses P&P tersebut berlangsung.
Kesimpulannya, sistem P&P telah mengalami pelbagai inovasi pembaharuan
yang mengarah kepada suatu sistem yang lebih baik. Usaha strategik seperti penghasilan
modul merupakan langkah bijak dalam membantu membentuk sistem P&P yang
berkualiti. Modul mampu menjadi salah satu wadah terbaik dalam menyalurkan sesuatu
maklumat. Oleh sebab itu, proses pembangunan, penyelidikan, penghasilan, serta
penggunaan modul seharusnya dipergiatkan dan diperluaskan.
3
1.2 Latar belakang masalah
Pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik merupakan salah satu cabang
bidang ilmu kejuruteraan yang meluas yang telah lama wujud di negara semenjak awal
tahun 1970an lagi. Pengajian di dalam bidang ini telah lama wujud di dalam institusi
pendidikan di Malaysia sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat IPT dan
kolej. Semasa peringkat awal kewujudan, proses P&P bidang ini dijalankan dengan
menggunakan bahasa melayu, Namun begitu selepas lebih 30 tahun, sistem P&P yang
sedia ada telah diubah kepada sistem yang melibatkan penggunaan bahasa inggeris di
dalam proses P&P di setiap peringkat sekolah dan juga IPT .
Pada peringkat awal pelaksanaan dasar P&P bidang ilmu kejuruteraan di dalam
bahasa inggeris telah membawa kesulitan kepada beberapa pihak seperti guru. Kesulitan
berpunca dari masalah kekurangan bahan P&P yang menggunakan bahasa inggeris.
Maka bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, mereka telah menggunkan bahan
P&P di dalam bahasa inggeris yang sedia ada yang merupakan hasil terbitan penerbit
luar negara. Bahan P&P terbitan luar negara telah membanjiri negara ekoran wujudnya
permintaan terhadap bahan-bahan tersebut. Kewujudan permintaan ini, turut
menyebabkan masalah ini berlarutan sehingga ke hari ini. Ini kerana, di peringkat IPTA
senario yang masih boleh dilihat pada hari ini apabila berlaku situasi di mana terdapat
pensyarah yang meminta pelajar membeli buku rujukan yang merupakan hasil terbitan
luar negara. Menurut Hasri Hassan (Utusan Malaysia, 3 Ogos 2004), persepsi para
pensyarah tempatan sendiri yang lebih percaya dengan kewibawaan para penulis barat
berbanding buku-buku akademik tempatan. Penggunaan buku rujukan terbitan luar
negara ini akan menimbulkan kesukaran dalam pembelajaran yang dilalui pelajar kerana
menggunakan bahasa inggeris yang agak rumit. Penggunaan bahasa inggeris yang tinggi
menyukarkan pelajar terutamanya bagi mereka yang kurang menguasai bahasa tersebut.
Menurut Yahya Ramli (2008), penerbit tempatan perlu mengorak langkah yang
lebih drastik untuk menyediakan pelan, dana, dan tenaga kerja untuk menyahut cabaran
4
menerbitkan buku ilmu kejuruteraan dalam bahasa inggeris. Oleh sebab itu, jelaslah
di sini akan kepentingan semua pihak untuk terlibat dalam proses penyediaan bahan
P&P bidang ilmu kejuruteraan seperti subjek Asas Elektrik dan Elektronik. Walaupun
telah terdapat penerbit tempatan yang giat menghasilkan dan membangunkan bahan
P&P bidang ilmu kejuruteraan seperti penghasilan modul, namun penghasilan tersebut
masih menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini bercanggah
dengan dasar sistem peperiksaan akhir di dalam subjek Asas Elektrik dan Elektronik
yang menggunakan bahasa inggeris. Perbezaan istilah bahasa melayu di dalam modul
dengan istilah bahasa inggeris yang digunakan di dalam kertas peperiksaan akan
menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Malahan, modul bahasa melayu yang
dihasilkan juga tidak bersesuaian dengan proses P&P di peringkat universiti yang telah
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.
Terdapat juga pihak yang mempersoalkan kaedah interpretasi kandungan sesuatu
modul yang sedia ada. Interpretasi yang dimaksudkan adalah tentang persembahan atau
penyampaian kandungan sesuatu modul. Hal ini kerana, cara persembahan keseluruhan
kandungan sesuatu modul akan mempengaruhi tahap kefahaman pembacanya. Oleh
sebab itu, interpretasi kandungan modul mestilah berpandukan kepada kesesuaian gaya
atau kaedah pembelajaran individu yang wujud pada masa kini. Kaedah pembelajaran
ini akan mengambil setiap pertimbangan teori pengajaran dan pembelajaran yang wujud.
Kandungan yang diinterpretasi berdasarkan kaedah pembelajaran seseorang individu
akan mempengaruhi kadar kecepatan atau kelambatan individu tersebut untuk
memahami kandungan modul. Seperti menurut Nadiya (2004) mengenai faktor
kegagalan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran belajar, antara faktornya adalah
pelajar tersebut lambat menerima sesuatu di dalam proses pembelajaran dan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang tidak bermutu.
Kesimpulannya, pembangunan dan penghasilan modul seperti modul akademik
untuk kegunaan para pelajar serta pensyarah di dalam bidang ilmu kejuruteraan
khususnya di dalam subjek Asas Elektrik dan Elektronik adalah amat signifikan.
Penggunaan modul akademik dijangka dapat membantu memenuhi kehendak mereka
5
terhadap sumber bahan P&P yang berkualiti bagi membantu meningkatkan kefahaman
mereka dengan lebih mendalam di dalam subjek Asas Elektrik dan Elektronik.
1.3 Pernyataan masalah
Selepas 30 tahun bidang ilmu kejuruteraan bertapak di negara ini, masih wujud
beberapa kelemahan melibatkan proses P&P khususnya terhadap penggunaan bahan
P&P di dalam pengajian bidang ini yang perlu diperbaiki. Di dalam pengajaran subjek
Asas Elektrik dan Elektronik, penggunaan bahan P&P di dalam bahasa inggeris hasil
terbitan penerbit luar negara terus menerus berleluasa di peringkat IPTA, IPTS dan
kolej. Situasi ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penerbit tempatan disebabkan
faktor bahan P&P luar negara yang menggunakan tahap bahasa inggeris yang terlalu
tinggi dan rumit yang akan memberi kesukaran dalam pembelajaran pelajar. Maka, hal
ini telah menjadi satu cabaran kepada penerbit tempatan untuk menghasilkan bahan P&P
yang menggunakan bahasa inggeris seperti modul akademik yang menepati dasar kertas
peperiksaan akhir subjek Asas Elektrik dan Elektronik serta dasar P&P universiti yang
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Modul akademik yang
dibangunkan juga perlu menitikberatkan kaedah interpretasi kandungan yang
mengambil kira teori pengajaran dan pembelajaran yang wujud supaya kefahaman
tehadap kandungan modul diperolehi dengan mudah.
6
1.4 Objektif kajian
Modul akademik yang hendak dibangunkan adalah menggunakan konsep
memberi kemudahan kepada penggunanya khususnya pelajar universiti. Dengan
mengambil kira faktor kemudahan ini, maka objektif kajian telah dikenalpasti. Objektif
kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
i. Membangunkan modul akademik Basic of Electric and Electronic - Diode
berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
ii. Membangunkan modul akademik Basic of Electric and Electronic - Diode
berdasarkan model pembinaan modul yang dikenalpasti.
iii. Menghasilkan modul akademik berbahasa inggeris yang bertajuk Basic of
Electric and Electronic - Diode.
1.5 Persoalan kajian
Berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan di atas, maka persoalan
kajian ini adalah seperti berikut:
i. Adakah pembangunan modul akademik Basic of Electric and Electronic - Diode
dapat mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran yang releven?
ii. Adakah modul akademik Basic of Electric and Electronic - Diode dapat
dilakukan berdasarkan model pembinaan modul yang telah dikenalpasti?
iii. Adakah modul akademik berbahasa inggeris bertajuk Basic of Electric and
Electronic - Diode dapat dihasilkan?
Recommended