Potret Diri

Preview:

DESCRIPTION

seni

Citation preview

“Potret Diri” atau “Self Potrait” yang dihasilkan pada tahun 1958 merupakan karya yang begitu

ulung dan dikagumi hingga kini yang dihasilkan oleh Mohd. Hossein Enas. Dengan

menggunakan medium pastel, dan berukuran 44 cm x 33.5 cm karya beliau begitu diminati oleh

pelukis seangkatannya.

Hossein, pelukis yang berasal dari tanah Jawa , berhijrah ke Tanah Melayu selepas

Perang Dunia Kedua membawa bersamanya pengetahuan melukis potret Indonesia. Pendekatan

ala Hossein dapat dihayati dalam karya-karya Mazli Mat Som seperti “Yati” (1963), dan “Pasar

Minggu”( 1964). Sebagaimana “Potret Diri Hossein Enas”(1958), ia terbentuk menerusi

penggunaan pastel di atas kertas. Pengolahannya serupa kerana memberi tumpuan sepenuhnya

kepada bahagian muka sementara pakaian dan tubuh badan model dipermudahkan. Ini

merupakan satu pengolahan terperinci yang mengambil kira kesan cahaya dan bayang dalam

mempengaruhi bentuk untuk melahirkan kesan-kesan naturalistik : suatu kaedah konvensional

berperingkat-peringkat dalam bentuk potret manusia,(Muliyadi Mahmod,2001)

Sebagai Pengerusi Angkatan Pelukis Semenanjung yang ditubuhkan pada 1956 di Kuala

Lumpur. Hossein dan ahlinya banyak menumpukan kepada karya-karya berbentuk potret yang

disesuaikan dengan identiti kebangsaan.

Sekitar tahun 1960-an dan 1970-an jelas memperlihatkan kemuncak kecenderungan

beliau pelukis-pelukis tempatan kepada aliran seni lukis Barat terutamanya Ekspresionisme dan

Abstrak Ekspresionisme.

Hossein merupakan pelukis-pelukis potret yang ulung dalam APS. Beliau banyak

menghasilkan potret-potret yang bersifat naturalistik serta mencerminkan budaya Melayu

menerusi fesyen, perwatakan dan unsur-unsur sosioekonomi. Karya awalnya seperti “Potret

Diri”(1958) dan “Gadis Melayu”(1959) terbentuk menerusi daya pengamatan yang begitu

sensitif terhadap subjek. Raut wajah digambarkan sebaik mungkin sambil memancarkan nilai-

nilai peribadi Melayu yang lemah lembut dan bersopan. Dari segi pengolahan bentuknya,

Hossein memberi tumpuan lebih kepada wajah dengan mengabaikan latar belakang.

Pendekatan ini agak berbeza dengan karya pemandangannya yang lain seperti

“Menyemai”(1989). Di samping pengolahan figura serta pakaian yang terperinci, lanskap yang

membentuk latar belakang figura memberi kekuatan kepada pengertian profesion model dan

kegiatan ekonomi tempatan. Jarak waktu yang memisahkan penghasilan karya ini melukiskan

kesetiaan Hossein terhadap tema potret dan landskap dalam proses berkarya.

Recommended