View
265
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN
MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI
PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NORANIZA BTE MUHAMMAD SHAH
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Januari 2012
iii
DEDIKASI
Dengan bacaan basmallah….
Alhamdulillah,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya
dan kekuatan yang diberikan kepada diri ini, kajian dapat dijalankan dengan
sempurna.
Buat ayah, Muhammad Shah bin Ngarif & emak, Ruminah bte Bosro
Serta suamiku yang tercinta, Wan Abdul Rahman bin Wan Hamzah, dan
adik-adikku yang disayangi,
Ucapan terima kasih diucapkan diatas sokongan yang berterusan,
Buat pensyarah yang dihormati dan disegani,
PM Dr. Zaleha binti Ismail,
Terima kasih diatas segala ilmu dan tunjuk ajar
yang diberikan..
Semoga Allah membalas segala kebaikanmu..
Ucapan terima kasih juga buat sahabat-sahabatku
Ziha, Jaya, Ima, Nisa, Yati, Ama, Ina
Dan rakan seperjuangan
yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan,
Pahit manis yang diharungi bersama
menjadi kenangan kita…
Semoga kejayaan milik kita. bersama..insyaAllah
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya saya dapat menyiapkan tesis ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya
tujukan khas kepada Prof. Madya Dr Zaleha Ismail diatas segala tunjuk ajar, nasihat dan
cadangan-cadangan yang diberikan sepanjang kajian ini sehingga saya dapat
menyiapkan tesis ini mengikut garis panduan yang betul.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada sekolah di
daerah Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian
dan mengedarkan soal selidik di sekolah tersebut. Jutaan terima kasih juga kepada
pelajar-pelajar Tingkatan 4 di sekolah ini yang sudi memberikan kerjasama yang baik
semasa kajian dijalankan. Tanpa jasa baik daripada mereka, kajian ini tidak akan dapat
dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang turut memberikan sumbangan
dalam menyiapkan tesis ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada ibu bapa saya, buat suami yang tercinta dan ahli keluarga mertua saya yang
banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang pengajian saya. Dan
terima kasih juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan tesis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah sahaja
yang dapat membalas jasa kalian semua. Sekian.Terima kasih Wassalam.
v
ABSTRAK
Motivasi berhubungan dengan kekuatan atau dorongan yang berada di dalam
diri manusia. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu
tingkahlaku ke arah pencapaian suatu tujuan. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai
rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri
daripada kegagalan. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik. Dalam kajian ini, ia memberi fokus kepada pengaruh ruangan
“Kuiz Matematik Moden” dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi
pelajar Tingkatan 4. Majalah Web Dunia Matematik yang telah dibangunkan lebih 3
tahun ini menjadi platform untuk membantu pelajar dalam pembelajaran matematik
secara berkesan. Pembangunan Majalah Web Dunia Matematik adalah berteraskan
Model Motivasi ARCS iaitu Attention (Perhatian), Relevance (Relevan), Confidence
(Keyakinan) dan Satisfaction (Kepuasan). Ruangan Kuiz Matematik Moden pula
lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka.
Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel dan aktiviti-aktiviti
matematik yang menarik, pelajar dapat didedahkan kepada aplikasi matematik yang
menjangkau sehingga luar bilik darjah. Kajian ini melibatkan seramai 37 orang
pelajar Tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Kajian ini
dijalankan selama 2 jam dengan menggunakan Edisi Ogos 2010 bertemakan
„Matematik Bola‟. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua komponen
Model Motivasi ARCS dapat mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran
matematik. Namun, komponen Keyakinan adalah komponen dominan yang paling
mempengaruhi motivasi pelajar dalam ruangan Kuiz Matematik Moden.
vi
ABSTRACT
Motivation is related with the strength and encouragement that was already
have in human. Motivation can move people to show behaviour towards the
achievement of a goal. Motivation can also be said to be the stimulus for the success
or stimulus to avoid failure. There are two types of motivation that is intrinsic
motivation and extrinsic motivation. In this study, it focuses on the influence of the
„Modern Mathematics Quiz‟ in Dunia Matematik Web Magazine towards the
motivation of Form 4 students. Dunia Matematik Web Magazine that had been
developed more than three years ago has become a platform to help student to
achieve effective mathematics learning process. The development of Dunia
Matematik Web Magazine is based on the ARCS motivation model which is consists
of Attention (A), Relevance (R), Confidence (C), and Satisfaction (S). For
Mathematics Modern Quiz section, it will focus more on questioning technique in
order to check students‟ understanding. Through the information that has been
included in each articles and mathematical activity, students are exposed to the
application of mathematics beyond the classroom. This study involved 37 students
Form 4 from a secondary school in Johor Bahru. This research was conducted for 2
hours using one of the editions that have been published in Dunia Matematik Web
Magazine which is Edisi Ogos 2010 with the theme of ‘Matematik Bola’. The
findings of this study show that all the components of ARCS motivation model can
influence students‟ motivation towards learning. However, the dominant component
is confidence that the most influencing students motivation in the field of Modern
Mathematics Quiz.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kerangka Teori 10
1.7 Skop Kajian 13
viii
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Kepentingan Kajian 14
1.9.1 Pelajar 14
1.9.2 Guru 15
1.9.3 Sekolah 16
1.9.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 16
1.9.5 Majalah Web Dunia Matematik 17
1.10 Definisi dan Istilah 17
1.10.1 Pengaruh 17
1.10.2 Motivasi 18
1.10.3 Majalah Web 18
1.10.4 Ruangan Kuiz Matematik Moden 18
1.10.5 Pembelajaran Matematik 19
1.11 Penutup 20
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 22
2.3 Hubungan Antara Motivasi Dan Pencapaian 23
Pelajar Dalam Matematik
2.4 Perubahan Motivasi Pelajar Terhadap 25
Matematik Menggunakan Kepelbagaian
Pengajaran Dan Komputer
2.5 Penutup 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Persampelan 31
3.4 Instrumen Kajian 32
ix
3.4.1 Data Kuantitatif 32
3.4.2 Data Sokongan 36
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 38
3.6.1 Analisis Data 38
3.7 Penutup 41
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 43
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan 44
Subjek Matematik Pertengahan Tahun
4.3 Analisis Ruangan Kuiz Matematik Moden 46
Dalam Majalah Web Dunia Matematik
Berdasarkan Model Motivasi ARCS
4.3.1 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 46
Moden Ke Atas Motivasi Pelajar
Dari Aspek Attention (Perhatian)
4.3.2 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 50
Moden Ke Atas Motivasi Pelajar
Dari Aspek Relevance (Releven)
4.3.3 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 53
Moden Ke Atas Motivasi Pelajar
Dari Aspek Confidence (Keyakinan)
4.3.4 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 56
Moden Ke Atas Motivasi Pelajar
Dari Aspek Satisfaction (Kepuasan)
4.4 Aspek Paling Dominan Berdasarkan Model 60
Motivasi ARCS
4.4.1 Aspek Paling Dominan Berdasarkan
Model Motivasi ARCS Bagi
x
Ruangan Kuiz Matematik Moden 61
4.5 Komen Pengguna Majalah Web 62
Dunia Matematik
4.5.1 Komen Pengguna Dalam 62
Ruangan Kuiz Matematik Moden
4.6 Penutup 64
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Analisis Data
5.2.1 Motivasi Pelajar Dalam Ruangan Kuiz 66
Matematik Moden Berdasarkan Model
Motivasi ARCS
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa 71
Menjalankan Kajian
5.3.1 Capaian Internet 71
5.3.2 Kekangan Masa 71
5.4 Cadangan Penambahbaikan 72
5.4.1 Menambah Baik Capaian Internet 72
5.4.2 Pengurusan Masa Yang Teliti 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Kesimpulan 74
RUJUKAN 76-80
LAMPIRAN 81
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Pecahan Item-Item Pada Bahagian B Mengikut
Model ARCS
34
3.3 Indeks Kebolehpercayaan Dan Pengkelasan Ujian 39
3.4 Nilai Kebolehpercayaan Ruangan Kuiz
Matematik Moden
39
3.5 Nilai Kebolehpercayaan Berdasarkan Model
Motivasi ARCS
40
4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 1 46
4.2 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 2 47
4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 3 48
4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 4 48
4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 5 49
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 6 50
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 7 50
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 8 51
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 9 52
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 10 52
4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 11 53
4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 12 54
4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 13 54
4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 14 55
4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 15 56
xii
4.16 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 16 56
4.17 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 17 57
4.18 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 18 58
4.19 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 19 58
4.20 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 20 59
4.21 Tahap Purata Skor Min 60
4.22 Taburan Purata Min Skor Ruangan Kuiz
Matematik Moden
61
xiii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Kerangka Teori Kajian 12
3.2 Carta Aliran Prosedur Kajian 37
4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Peratusan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Bilangan Responden Mengikut Keputusan Subjek
Matematik Pertengahan Tahun
45
4.4 Peratusan Responden Mengikut Keputusan Subjek
Matematik Pertengahan Tahun
45
4.5 Komen-komen Responden Dalam Kuiz Matematik
Moden
63
xiv
SENARAI SINGKATAN
P & P Pembelajaran dan Pengajaran
ICT Information of Communication & Technology
ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN Jabatan Pelajaran Johor
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Data Analisis
B Statistik Diskriptif
C Borang Soal Selidik
D Ruangan Kuiz Matematik Moden
E Surat Kebenaran daripada KPM
F Surat Kebenaran daripada JPN
G Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan, UTM
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di negara kita telah melalui perubahan yang sangat
pantas selari dengan falsafah pendidikan Malaysia dan mengakibatkan
penstrukturan semula kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini adalah
impak penglobalisian di dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin
kepada penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dijalankan di sekolah di seluruh negara. Oleh itu, pengintegrasian elemen-elemen
multimedia dapat memberi satu sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih
menarik, kreatif, inovatif serta memberi pengalaman belajar dengan lebih berkesan
kepada para pelajar.
Menurut Moh. Surya (1997), belajar adalah sebagai satu usaha seseorang
individu untuk mengalami perubahan tingkahlaku secara keseluruhan, baik aspek
2
kognitif, afektif dan psikomotor. Namun hingga saat ini, proses pembelajaran di
sekolah lebih cenderung kepada perubahan pencapaian kognitif iaitu intelektual
yang dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pendekatan, strategi, dan model
pembelajaran tertentu.
Dalam era teknologi maklumat masa kini, para pelajar mempunyai pelbagai
alternatif untuk mereka menggunakan kaedah lain dan cara tersendiri dalam
memahamkan sesuatu subjek yang mereka pelajari di sekolah terutamanya
menggunakan teknologi. Kajian yang dilakukan oleh Baharuddin (2001) mengenai
penggunaan ICT ataupun teknologi maklumat ini menunjukkan bahawa pelajar
mampu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang
berkenaan. Di samping itu, ia juga dapat membantu para pelajar dalam
meningkatkan motivasi mereka terhadap penggunaan teknologi ini.
Seperti yang kita sedia maklum, pada tahun 2010 kerajaan telah memberi
sejumlah besar komputer riba mini 1Malaysia kepada semua sekolah terpilih di
Malaysia. Usaha kerajaan ini sangat baik kerana memberi peluang kepada pelajar
yang kurang berkemampuan untuk merasai nikmat menggunakan komputer riba
secara percuma. Mereka juga turut diberikan kursus cara-cara menggunakan
komputer riba mini ini seperti cara penggunaan Microsoft Office dan sebagainya.
Selain itu juga, mereka turut diberikan peluang melayari internet di rumah. Dengan
adanya kemudahan seperti ini, ia memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran
mereka kerana tidak perlu ke pusat komputer untuk mencari maklumat atau
menyiapkan tugasan.
Dalam pada itu, pembelajaran secara kognitif merujuk kepada aktiviti-
aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,
menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan kognitif merupakan pendekatan
3
yang memberi perhatian kursus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori
oleh ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Motivasi sangat mempengaruhi sukses atau tidaknya seseorang dalam
melakukan sesuatu. Motivasi juga berfungsi sebagai pendorong kepada individu
untuk memulakan mahupun meneruskan kegiatannya. E-pembelajaran sebagai suatu
aktiviti yang menuntut para pelajar untuk memiliki motivasi yang kuat apabila ingin
sukses dalam proses pembelajaran yang diikutinya. Sistem e-pembelajaran juga
sistem yang menuntut usaha daripada individu dan motivasi diri haruslah kuat dan
datang daripada individu tersebut.
Motivasi intrinsik dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan,
minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai
motivasi dalaman (intrinsik). Ia juga merupakan ciri semulajadi manusia, atau tabii
manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu
yang diingininya (Reeve, 1996). Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik
merupakan ‘…what motivates us to do something when we don’t have to do
anything (p.3).’
Dalam kajian (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992;
Chazan, 1988; Mc Coy, 1991) didapati bahawa penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan memberikan beberapa kesan kepada pelajar antaranya pelajar lebih
positif dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks serta
perisian yang digunakan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip
matematik dengan lebih berkesan.
4
Menurut Gross (1992), mendefinisi motivasi adalah sama sukar seperti
mendefinisi psikologi. Ini adalah disebabkan kajian motivasi melibatkan faktor
pendorong dan faktor penghalang dari segi biologi, sosial, ataupun psikologi dalam
usaha mengatasi kemalasan dan mendorong kita secara diingini. Kajian terkini
terhadap kesan teknologi maklumat dan komunikasi telah menunjukkan peningkatan
minat dan komitmen pelajar terhadap pembelajaran, di samping peningkatan
keseronokan untuk belajar, keyakinan diri, keberdikarian dan konsep kendiri (Cox,
1997; 1999).
Penyelidik tersebut mendapati bahawa majoriti guru melaporkan tahap
motivasi pelajar telah meningkat dan pelajar telah memperoleh sikap yang lebih
positif untuk belajar apabila komputer riba digunakan. Menurut Semiawan, 1986
(dalam kajian Loh Li E, 2006), motivasi dalaman ialah suatu keinginan bertindak
yang terjadi tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor dari persekitaran manakala
motivasi luaran pula ialah tingkahlaku terjadi kerana dipengaruhi oleh rangsangan
dari luar. Mark Lepper, 1985 (dalam kajian Loh Li E, 2006) menunjukkan bahawa
motivasi adalah berkesan dengan penggunaan komputer sebagai bahan bantu
mengajar dalam bilik darjah. Menurut teori kesusasteraan untuk motivasi intrinsik,
penggunaan komputer dalam pembelajaran adalah salah satu cara yang boleh
meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.
Menurut Norasmawati (2011), penggunaan internet menyediakan peluang
unik dan cabaran baru berbanding pengajaran di bilik darjah yang dilakukan secara
tradisional. Pelajar tidak hanya tertumpu kepada buku teks sahaja, tetapi mampu
mendapatkan pelbagai maklumat melepasi dari luar bilik darjah di sekolah. Melalui
internet juga, ianya dapat membantu menyelesaikan masalah kesuntukan masa dan
rintangan lokasi, serta mengakses maklumat secara berkesan mengikut tahap
sendiri.
5
Oleh itu, ruangan kuiz Matematik Moden di dalam Majalah Web Matematik
dibangunkan untuk melihat sejauhmana pengaruh ruangan ini terhadap motivasi
pelajar tingkatan empat. Ruangan kuiz Matematik Moden ini mengandungi pelbagai
bentuk kuiz seperti aneka pilihan, jawapan pendek dan soalan betul atau salah serta
artikel-artikel yang membincangkan isu-isu mengenai matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu
‘Motivation’. Perkataan asalnya ialah ‘Motive’ yang juga telah dipinjam oleh bahasa
melayu kepada motif, yang bermaksud tujuan. Jadi ringkasnya, oleh kerana
perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan
seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras
mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau
positif.
Menurut Norasmawati (2011), kebanyakan pelajar menganggap
matapelajaran matematik sebagai satu matapelajaran yang sukar, rumit dan
mengelirukan kerana matematik melibatkan rumus dan proses pengiraan yang
panjang. Tanggapan negatif terhadap matematik seperti susah dan keliru
menyebabkan motivasi dalam diri pelajar menurun (Noor Azlan Ahmad Zanzali,
2003). Menurut Muhammad Suhaimi Ramly (2009), matematik sebenarnya
memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap
soalan atau permasalahan dan perlu kritis serta kreatif.
6
Menurut Zanzali (2003), ‘The relationship of Mathematics to the real world
is the basic theme used in all the topics of the syllabus. KBSM (Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah), in general, is mainly based on the constructive view
of learning’. Berdasarkan kenyataan ini juga, KBSM menekankan serta
menanamkan penggunaan konstruktivisme di kalangan pelajar agar dapat membina
idea baru berdasarkan apa yang berada di sekeliling kita. Ini adalah kerana dengan
mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kehidupan seharian, penjelasan
matematik itu mudah difahami oleh pelajar.
Oleh itu, di dalam subjek Matematik sendiri penggunaan cd-pembelajaran
ataupun courseware kadangkala membantu pelajar untuk memahami sesuatu tajuk.
Ini adalah kerana pelajar boleh melihat dengan jelas sama ada dalam bentuk animasi
mahupun sebagainya. Tidaklah hanya bergantung kepada buku semata-mata dan
penghafalan rumus tanpa diaplikasikan dengan kehidupan seharian. Menurut Nik
Aziz Nik Pa (1995), guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai maklumat
yang terdapat di dalam buku teks tetapi berperanan untuk mewujudkan komunikasi
pelajar. Justeru itu, guru seharusnya mengubah cara pengajaran agar kesannya dapat
dirasai oleh pelajar.
Penyelesaian masalah adalah salah satu kaedah pengajaran yang amat
sesuai bagi menguji penguasaan pelajar di dalam kemahiran yang telah mereka
pelajari di mana latihan atau tutorial boleh dilakukan secara berbantukan komputer.
Dengan menggunakan komputer ia memudahkan lagi kerja guru semasa mengajar di
dalam kelas kerana terdapat sesetengah guru yang agak sibuk sehingga kadang kala
tidak sempat memberikan latihan kepada pelajar. Di samping kesuntukan masa
dalam mengejar silibus.
7
Kita sedia maklum bahawa, penilaian atau pengujian sangat penting bagi
guru untuk menilai tahap kefahaman dan juga kecekapan pelajar dalam subjek yang
telah diajar. Ujian dan peperiksaan merupakan cara atau contoh terbaik yang kerap
kali digunakan dari dulu hinggalah sekarang dalam menguji tahap pemahaman
pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Namun, disebabkan negara sedang
mengalami proses kemajuan terutama sekali dalam bidang teknologi maklumat ini
banyak pendekatan yang dilakukan oleh para guru untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan pantas. Antaranya, pelajar tidak
perlu menggunakan kertas dan pen untuk menjawab soalan tapi hanya menggunakan
komputer.
Menurut Skemp (1989), pembentukan konsep harus wujud dalam
pemikiran pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh melakukan untuknya. Tetapi guru
haruslah membantu dalam proses pembentukan kefahaman pelajar. Ruangan kuiz
Matematik Moden yang terdapat di dalam Majalah Web Matematik ini mempunyai
pelbagai kelebihan kepada pelajar. Antaranya, pelajar boleh mengetahui kesalahan
yang telah dilakukan kerana respon jawapan disertakan. Maklumbalas yang
diberikan akan dapat memotivasikan pelajar agar tidak mengulangi kesalahan yang
sama dan mencubanya untuk kali yang kedua sehingga mereka berjaya menjawab
jawapan yang betul.
1.3 Pernyataan Masalah
Guru selalu mengajar mengikut buku teks dan ini akan menyebabkan
fikiran pelajar mudah menjadi beku dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong oleh
Fauziah Hashim (2002), bahawa pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus
tanpa mengetahui konsep sebenarnya. Matapelajaran Matematik Moden merupakan
8
matapelajaran yang banyak melibatkan penggunaan rumus dan kaitannya dengan
kehidupan seharian. Berdasarkan perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa
penggunaan perisian multimedia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih efektif.
Pihak KBSM juga turut mementingkan pembelajaran matematik haruslah
dapat membentuk pelajar yang menghargai dan dapat melihat kepentingan
matematik dalam kehidupan. Maka, Majalah Web Dunia Matematik dibangunkan
untuk menyahut cabaran dan juga saranan dari KBSM yang ingin melahirkan
pelajar seperti yang diinginkan. Seperti yang sedia maklum, majalah web ini telah
dibangunkan oleh ramai pihak. Maka, banyaklah idea dan juga ilmu-ilmu baru yang
dikongsikan bersama kepada pengguna majalah web ini terutama sekali ruangan
kuiz yang menyajikan latihan latih tubi khusus kepada golongan pelajar.
Menurut Anis Hayati (2011), Majalah Web Dunia Matematik dibangunkan
untuk menunjukkan matematik luar daripada bilik darjah dengan menyajikan
pelbagai info-info yang menarik khususnya bagi 13 ruangan yang terdapat dalam
majalah web ini. Antaranya, ruangan Isu Semasa, Statistik, Sejarah, Kesenian,
Aplikasi, Kerjaya, Tokoh, Tahukah Anda, Pelajari Matematik, Perisian Matematik,
Permainan, Uji Minda, dan Kuiz.
Kajian lepas juga telah dilakukan oleh Norulhuda (2010), ia menunjukkan
bahawa penyertaan pelajar dalam majalah web ini telah dapat meningkatkan
motivasi pelajar sekolah menengah. Oleh itu, kajian seterusnya telah dijalankan bagi
mengkaji pula ruangan manakah yang paling mempengaruhi motivasi pelajar. Maka
dalam kajian ini, ruangan kuiz dikaji samada ia mempengaruhi motivasi pelajar
dalam pembelajaran matematik berdasarkan model motivasi ARCS.
9
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan motivasi pelajar sekolah
menengah yang mengalami pembelajaran dalam Majalah Web Dunia Matematik
melalui ruangan kuiz Matematik Moden dari aspek:
i. Perhatian (Attention)
ii. Relevan (Relevance)
iii. Keyakinan (Confidence)
iv. Kepuasan (Satisfaction)
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menentukan motivasi pelajar setelah melayari
ruangan Kuiz Matematik Moden Majalah Web Dunia Matematik mengikut model
motivasi ARCS. Antara persoalan kajian yang timbul adalah:
i. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar
dari aspek perhatian (Attention)?
ii. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar
dari aspek relevan (Relevance)?
iii. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar
dari aspek keyakinan (Confidence)?
iv. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar
dari aspek kepuasan (Satisfaction)?
Recommended