View
157
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,
22200, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN
TAJUK :
ISU-ISU MORAL PERINGKAT SEKOLAH :
PENYALAHGUNAAN DADAH
NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM
UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
NO. MATRIK :
5761
PENSYARAH :
USTAZ AHMAD SHIDKI B.MAT YUSOFF
TARIKH SERAHAN :
9 OGOS 2013
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya saya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa hasil nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
TANDATANGAN :……………………………
NAMA : NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM
TARIKH : 9 OGOS 2013
2
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 4
1.1 DEFINISI PENYALAHGUNAAN DADAH 5 - 8
1.2 SEJARAH PENYALAHGUNAAN DADAH 7 - 9
1.3 PERMASALAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH 10 - 11
1.4 KAJIAN LEPAS TENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH 12 - 24
1.5 RUMUSAN KAJIAN TERDAHULU 25 - 26
1.6 BAHAGIAN A : ANALISIS ISU 27 - 34
BAHAGIAN B : PENULISAN AKADEMIK 35 - 46
1.7 RUMUSAN 47
1.8 PENGHARGAAN
48
1.9 REFLEKSI 49 - 52
1.10 BIBLIOGRAFI 53 - 54
1.11 LAMPIRAN 55
3
PENDAHULUAN
Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat Negara kita
semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini kerana, dadah yang pada asalnya
menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah
ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri
sendiri.
Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha
memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan
sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk
melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah
diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia
pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Kerajaan telah
mewujudkan Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan dan diletakkan di bawah Majlis
Keselamatan Negara. Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan
yang bertanggungjawab sebagai Urus Setia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan
bertanggungjawab kepada semua tindakan antidadah. Semenjak itu, dadah dianggap
sebagai musuh nombor satu negara apatah lagi sasaran utama penagihan dadah ialah
generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan.
Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-
ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional
dan mengancam keselamatan negara (Agensi Dadah Kebangsaan, 1997).
Fenomena penyalahgunaan dadah dan penagihan dadah dalam kalangan remaja
dan belia sudah menjadi satu masalah serius yang kini melanda segenap lapisan
masyarakat di dunia ini. Fenomena ini sebenarnya bukanlah masalah baru, bahkan telah
wujud berkurun lamanya. Ia telah menjadi satu ancaman bukan sahaja kepada individu atau
keluarga, malah turut menjadi satu masalah besar kepada negara (Syed Amin 1995;
Mahmood 1999; Abdul Ghafar 1992; Ruslina 2004). Masalah dadah mengancam Negara
secara berantai bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada
penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah. Jika dilihat, isu penyalahgunaan dadah
yang melanda dunia khususnya negara barat pada hari ini adalah sangat kritikal.
Peningkatan kes penyalahgunaan dan penagihan dadah setiap tahun menuntut pelbagai
usaha untuk memerangi gejala ini yang sememangnya berhadapan dengan dugaan dan
cabaran yang begitu hebat.
4
1.1 DEFINISI PENYALAHGUNAAN DADAH
Dadah ialah apa sahaja bahan-bahan kimia sama ada yang asli atau yang tiruan.
Apabila seseorang itu menggunakan dadah dengan menyuntik, menghidu, menghisap dan
memakan ia boleh memberikan kesan yang negatif kepada si penagih dimana ia mengubah
fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakukan seseorang. Banyak hal yang berkaitan dengan
dadah sentiasa menjadi bahan di dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan
dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi
sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih
kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah mengikut definisi sosial adalah apa jua jenis bahan kimia yang apabila diambil
mempunyai kesan secara psikoaktif, kimia dan perubatan ( Akers 1992). Menurut Washton
(1995 dalam Field 2004) dadah boleh diambil secara positif sekiranya individu tersebut
mengambil dadah untuk tujuan kebaikan.
Bagi definisi penyalahgunaan dadah pula, ia bermaksud penyalahgunaan dadah
dengan tujuan yang salah terutamanya jika penggunaanya menjejaskan sistem urat saraf.
Seseorang akan bergantung kepada dadah apabila dia telah mencubanya berkali-kali
seterusnya akan berasa senang dan khayal. Secara psikologinya semakin seseorang itu
menghisap dadah semakin bergantung seseorang itu kepada dadah. Adakalanya
disebabkan keinginan untuk mencuba dadah dan mengambilnya berkali-kali mengakibatkan
seseorang itu mengalami gejala tarikan (symptom withdrawal). Ianya berlaku sekiranya
seseorang itu berhenti mengambil dadah selama beberapa waktu. Gejala tarikan sering kali
dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti muntah-muntah, cirit-birit, sering bersin,
sering menguap dan sebagainya.
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 mendefinisikan penagih
dadah sebagai seseorang yang sering menggunakan apa-apa sahaja dadah yang
merbahaya. Saunders & Allsop, 1987 memberi takrifan penagihan relaps sebagai “kembali
ke tahap sebelum rawatan”. Manakala menurut Mahmood (1996), penagihan relaps
bermaksud penggunaan, pengambilan atau penyalahgunaan bahan psikoaktif selepas
seseorang itu telah selesai menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah dari segi
pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah.
5
Menurut Rasmussen (2000) pula, relaps tercetus kerana terbinanya krisis lanjutan
seperti melihat remeh sesuatu masalah, perasaan yang tertekan, perancangan masa
hadapan yang lemah dan gagal, berfikiran bahawa semua perkara tidak dapat diselesaikan
dan bertindak secara tidak matang. Individu yang relaps juga mengalami perasan keliru dan
memberi reaksi yang berlebihan kesan daripada tidak dapat berfikir dengan jelas, tidak
dapat mengurus perasaan dan emosi, sukar untuk mengingati sesuatu, berasa keliru, tidak
dapat mengawal tekanan dan menjadi mudah marah seterusnya mengambil dadah bagi
menghilangkan tekanan.
RUMUSAN DEFINISI
6
DEFINISI
DADAH :
apa jua jenis bahan kimia yang apabila diambil mempunyai kesan secara psikoaktif, kimia dan perubatan ( Akers 1992).
PENYALAHGUNAAN DADAH:
bermaksud penyalahgunaan dadah dengan tujuan yang salah terutamanya jka penggunaanya menjejaskan sistem urat saraf.
PENAGIH DADAH :
seseorang yang sering menggunakan apa-apa sahaja dadah yang merbahaya. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
PENAGIHAN RELAPS :
(Saunders & Allsop, 1987) sebagai “kembali ke tahap sebelum rawatan”.
Mahmood (1996), bermaksud penggunaan, pengambilan atau penyalahgunaan bahan psikoaktif selepas seseorang itu telah selesai menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah dari segi pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah.
1.2 SEJARAH PENYALAHGUNAAN DADAH
Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia. Manusia telah
menggunakan dadah sejak berabad-abad dahulu. Namun tarikh sebenar manusia mula
menggunakan dadah dalam kehidupan amat sukar ditentukan. Dadah seperti marijuana
dipercayai telah digunakan oleh orang pada zaman dahulu sebagai “pencuci dosa”.
Daripada sumber sejarah China, dadah dianggap sebagai “sumber kegembiraan” dan
digunakan dalam upacara-upacara tertentu. Dalam kepercayaan Hindu Tua pula dadah
dianggap sebagai “pemandu ke syurga” dan “pelembut penderitaan batin”.
Sebenarnya dadah telah lama wujud dan digunakan sejak dari 5000 tahun dahulu,
mengikut sejarah Islam, dadah dibawa masuk ke negara Arab oleh orang Parsi yang tidak
beragama. Ini terbukti kerana adanya Kitab Al-Hitat yang ditulis oleh Al-Mugrizi yang
mengatakan “Telah datang ke Kahirah beberapa orang Parsi yang tidak mempercayai
tuhan, mereka membawa candu dan beberapa bahagian yang dikeringkan telah
dibancuh dengan madu dan dinamakan Al-Ukdah”
(Dr.Ahmad Shukri Al-Fanjar, 1975)
Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di Malaysia
dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris membawa masuk
buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong
bijih timah dan ladang getah. Buruh asing ini telah mengenali dadah dari Negara asal
terutamanya buruh asing dari China. Ini kerana pada ketika itu, penjajah Inggeris sendiri
membawa masuk atau memperkenalkan dadah atau candu kepada rakyat China dengan
tujuan untuk menjajah Negara tersebut. Seterusnya, buruh-buruh asing ini membawa
tabiat buruk mereka iaitu menyalahgunakan dadah ke Negara ini bertujuan untuk
mendapatkan keseronokan.
Menyedari keadaan ini, kerajaan Inggeris telah mengadakan langkah-langkah untuk
mengawal pengedaran candu. Pada tahun 1910 kerajaan Inggeris telah mengambil tugas
mengimport dan mengedar candu. Usaha kerajaan ini disebut sebagai “Kedai Candu
Kerajaan” atau lebih dikenali dengan nama “pajak candu”. Pada masa itu, kerajaan
Inggeris membenarkan penjualan dan penghisapan candu dan mengenakan cukai ke atas
penagih.
7
Pada tahun 1952 berikutan Persindangan Geneva, kerajaan Inggeris telah
mengenakan sekatan terhadap penghisap candu. Kerajaan hanya menjual candu kepada
penghisap candu yang berdaftar. Setelah persidangan kedua diadakan di Geneva,
sekatan selanjutnya telah dikenakan terhadap penghisap candu. Kerajaan Inggeris pada
masa itu hanya akan menjual candu kepada mereka yang memerlukannya atas nasihat
pakar perubatan. Sekatan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Ketika itu, bilangan penghisap candu yang berdaftar telah mencapai ke angka 75 000
orang dan bilangan penghisap candu yang tidak berdaftar mungkin dua ganda lebih ramai.
Setelah Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan Inggeris telah mengharamkan penghisapan
candu.
Pada tahun 1952 memandangkan penggunaan dadah amatlah bahaya, kerajaan
telah menguatkuasa undang-undang iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952. Mengikut akta ini
mengguna dan memiliki dadah adalah suatu kesalahan. Undang-undang ini masih
berkuatkuasa dan telah dipinda dari semasa ke semasa. Keadaan penyalahgunaan
dadah di Negara ini mula berubah pada akhir tahun 1960-an apabila didapati penagih-
panagih dadah bukan lagi terdiri daripada orang tua tetapi golongan belia dalam
lingkungan umur belasan tahun turut terlibat.
8
RUMUSAN SEJARAH
9
Sumber sejarah China, dadah dianggap sebagai
“sumber kegembiraan” dan digunakan dalam upacara-
upacara tertentu
Kepercayaan Hindu Tua , dadah dianggap sebagai “pemandu ke syurga” dan
“pelembut penderitaan batin”.
Sejarah Islam, dadah dibawa masuk ke negara
Arab oleh orang Parsi yang tidak beragama. Ini terbukti
kerana adanya Kitab Al-Hitat yang ditulis oleh Al-Mugrizi
Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa
penyalahgunaan dadah di Malaysia dikesan mula
berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah
Inggeris membawa masuk buruh asing dari India dan
China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah dan
ladang getah.
Pada tahun 1910 kerajaan Inggeris telah mengambil tugas mengimport dan
mengedar candu. Usaha kerajaan ini disebut sebagai “Kedai Candu Kerajaan” atau lebih dikenali dengan nama
“pajak candu”.
Pada tahun 1952 berikutan Persidangan Geneva, kerajaan Inggeris telah mengenakan sekatan
terhadap penghisap candu
Pada tahun 1952 memandangkan penggunaan
dadah amatlah bahaya, kerajaan telah menguatkuasa
undang-undang iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952
Keadaan penyalahgunaan dadah di Negara ini mula berubah pada akhir tahun 1960-an apabila didapati penagih-panagih dadah
bukan lagi terdiri daripada orang tua tetapi golongan
belia dalam lingkungan umur belasan tahun.
1.3 PERMASALAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Bagi tugasan projek kali ini, permasalahan yang ingin difokuskan oleh saya ialah
penyalahgunaan dadah dari aspek sekolah dimana sekolah merupakan antara tempat
terawal berlakunya penyalahgunaan dadah yang mungkin akan membawa ke arah yang
lebih serius. Oleh itu, saya telah mencari permasalahan yang wujud antaranya melalui
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian pada tahun 2008 yang menyatakan :
“Kita juga harus menyedari bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini
telah menjadi semakin rumit kerana masalah ini bukan saja melibatkan golongan
remaja dan dewasa, tetapi ia juga melibatkan murid-murid sekolah” (Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, 2008).
Fenomena penyalahgunaan dadah bukan hanya melibatkan golongan dewasa dan
belia tetapi gejala ini telah merebak di kalangan golongan remaja termasuk kanak-kanak
dan murid-murid di sekolah rendah. Golongan muda ini merupakan bakal pewaris yang akan
menerajui dan mewarisi negara pada masa depan. Seandainya golongan ini telah
dipengaruhi dengan ketagihan dadah maka harapan untuk melihat negara ini berkembang
maju dan makmur pada masa depan akan menjadi sia-sia.
Maklumat dari ujian pengetahuan berdasarkan Jurnal Tahap Pengetahuan Murid
Sekolah Rendah Malaysia Tentang Bahaya Dadah Tahun 2009 menunjukkan bahawa
murid-murid hanya mempunyai pengetahuan umum tentang dadah, tetapi murid-murid yang
dikaji tidak mempunyai pengetahuan khusus tentang kandungan bahan kimia dalam rokok
dan kesan-kesan merokok
Menurut Bauman dan Phongsavan (1999 dalam Gau, Chong, Yang, Yen, Liang,
& Cheng 2007) penyalahgunaan dadah di kalangan remaja telah menjadi isu kesihatan
masyarakat yang sangat penting di kebanyakan Negara. Dalam skop Malaysia sendiri,
penyalahgunaan dadah telah mendapat perhatian yang serius dan disebabkan itu, wujudnya
kempen-kempen anti dadah yang banyak kelihatan di kaca-kaca televisyen dan juga di
peringkat sekolah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan remaja. Akan tetapi
kempen sahaja tidak mencukupi untuk mengatasi masalah ini. Perlunya kajian dijalankan
untuk mengetahui serta memahami dengan lebih mendalam mengenai isu ini.
10
Namun demikian, hingga kini, masih lagi terdapat murid-murid sekolah yang terlibat
dengan gejala tersebut. Ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan melaksanakan pelbagai
program untuk mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid sekolah masih
mempunyai kelemahan. Justeru itu, pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat
gejala dadah sebagai sesuatu gejala yang serius dan perlu diberi perhatian dari masa ke
semasa. Ini adalah kerana fenomena penyalahgunaan dadah akan membawa kesan negatif
terhadap emosi, prestasi akademik dan kehidupan sosial seseorang remaja. Kita juga harus
sedar murid-murid sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan menghadapi
kesukaran untuk berjaya dalam bidang akademik.
Ini kerana mereka sering tidak hadir ke sekolah dan menyebabkan mereka tertinggal
dalam pembelajaran (Suradi, 1996). Selain itu fungsi daya kognitif dan pemikiran individu
yang terlibat dengan dadah juga akan turut terjejas. Penyalahgunaan dadah akan
mengakibatkan mereka membuat tindakan yang tidak rasional dan dengan secara tidak
langsung sukar untuk mencetuskan idea yang bernas yang diperlukan sebagai seorang
pelajar (Mohamed Izham, Razak Lajis dan Mohd. Isa, 2002).
Kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Muzafar Shah Mohd Razali (2007) telah
menunjukkan bahawa kebanyakan daripada penagih dadah kronik terlibat dengan tingkah
laku delinkuen pada peringkat umur yang lebih awal berbanding dengan penagih yang tidak
kronik. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua sampel kajian iaitu 138 remaja di pusat
rawatan dan pemulihan dadah adalah perokok. Kebanyakan sampel kajian dalam kajian
tersebut didapati mereka ini mula merokok pada usia 12 tahun ke bawah. Penagih dadah
kronik pula mula merokok pada usia yang lebih muda berbanding penagih yang tidak kronik.
Ini menunjukkan bahawa semakin awal penagih mula merokok, semakin kronik penagihan
dadah mereka. Murid-murid sekolah yang ketagihan dadah tidak dapat mengurus diri
mereka dengan sempurna. Oleh yang demikian, proses kehidupan mereka akan terjejas,
prestasi akademik turut merosot, tingkah laku dan sikapnya juga berubah. Kebanyakan
penagih akan hilang minat dan tidak lagi mempedulikan tanggungjawab terhadap pelajaran,
pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Lazimnya perbuatan mereka itu
menimbulkan perasaan marah dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka (Dzulkifli,
2002).
11
1.4 KAJIAN LEPAS TENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH
JURNAL : TAHAP PENGETAHUAN MURID SEKOLAH RENDAH MALAYSIA TENTANG
BAHAYA DADAH TAHUN 2009 (http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_2.pdf )
Berdasarkan kajian dan penyelidikan apabila mencari jurnal ini, ia adalah sama
sekali berkaitan dengan tahap kemampuan murid dari aspek kognitif tentang betapa
bahayanya dadah. Pengetahuan setiap murid adalah berbeza-beza di mana ia boleh
mengambarkan seseorang murid yang prihatin akan bahaya dadah atau tidak.
Kita juga harus menyedari bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini telah
menjadi semakin rumit kerana masalah ini bukan saja melibatkan golongan remaja dan
dewasa, tetapi ia juga melibatkan murid-murid sekolah (Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, 2008).
Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah (2006),
Kementerian Pelajaran Malaysia, didapati seramai 1,015 orang pelajar sekolah telah
dikenalpasti terlibat dengan penyalahgunaan dadah dari tahun 2002 hingga 2005.
Menurut Hussain Habil dan Mustafa Ali Mohd (2001) pula, kajian rambang
mereka menunjukkan bahawa penggunaan bahan hidu seperti gam dan petrol adalah lebih
cenderung di kalangan remaja di kawasan pedalaman seperti di FELDA dan negeri
Sarawak. Salah satu sebab remaja di luar bandar lebih suka menghidu gam dan bahan larut
ialah bahan-bahan ini lebih mudah diperolehi dan lebih murah berbanding dengan bahan
khayal lain.
Demi tujuan sekolah bebas dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur
pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani masalah dadah di kalangan pelajar.
Salah satu daripada strategi tersebut ialah melalui pelaksanaan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Program tersebut ditumpukan di sekolah kerana
kajian menunjukkan penagih dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di bangku
sekolah lagi iaitu dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun (Mohd Muzafar Shah & Abdul
Malek, 2005).
12
Dengan itu, Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan
sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan golongan pelajar sekolah.
Program PPDa ini diharapkan dapat memupuk semangat jati diri pelajar yang seterusnya
dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan
memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa
dan negara (Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek, 2005).
Kita juga harus sedar murid-murid sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan
dadah akan menghadapi kesukaran untuk berjaya dalam bidang akademik. Ini kerana
mereka sering tidak hadir ke sekolah dan menyebabkan mereka tertinggal dalam
pembelajaran (Suradi, 1996).
Selain itu fungsi daya kognitif dan pemikiran individu yang terlibat dengan dadah juga
akan turut terjejas. Penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan mereka membuat tindakan
yang tidak rasional dan dengan secara tidak langsung sukar untuk mencetuskan idea yang
bernas yang diperlukan sebagai seorang pelajar (Mohamed Izham, Razak Lajis dan Mohd.
Isa, 2002).
Seterusnya, kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Muzafar Shah Mohd Razali
(2007) telah menunjukkan bahawa kebanyakan daripada penagih dadah kronik terlibat
dengan tingkah laku delinkuen pada peringkat umur yang lebih awal berbanding dengan
penagih yang tidak kronik. Dapatan ini menunjukkan bahawa kesemua sampel kajian iaitu
138 remaja di pusat rawatan dan pemulihan dadah adalah perokok. Kebanyakan sampel
kajian dalam kajian tersebut didapati mula merokok pada usia 12 tahun ke bawah. Penagih
dadah kronik pula mula merokok pada usia yang lebih muda berbanding penagih yang tidak
kronik. Ini menunjukkan bahawa semakin awal penagih mula merokok, semakin kronik
penagihan dadah mereka. Murid-murid sekolah yang ketagihan dadah tidak dapat mengurus
diri mereka dengan sempurna. Oleh yang demikian, proses kehidupan mereka akan terjejas,
prestasi akademik turut merosot, tingkah laku dan sikapnya juga berubah. Seterusnya ia
boleh menimbulkan perasaan marah dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka
(Dzulkifli, 2002).
Kesannya yang paling teruk ialah penyalahgunaan gam dan bahan larut boleh
menyebabkan maut kerana masalah pernafasan dan kemalangan yang berlaku sewaktu
dalam keadaan khayal (Husain Habil et. al., 2003
13
JURNAL : PENGAJARAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT (http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/5_6.pdf )
Utusan Malaysia pada 20 Mac 2006 melaporkan sebanyak sejuta golongan belia di
negara ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Keadaan ini amat membimbangkan
disebabkan remaja-remaja hari ini merupakan generasi yang bakal mencorakkan
pembangunan negara pada masa akan datang. Golongan remaja ini akan menjadi
pemimpin dan akan memainkan peranan penting demi memastikan negara terus maju
seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020 dengan jayanya .
Kebanyakan masyarakat berpendapat remaja adalah golongan yang penuh dengan
dengan masalah atau penuh dengan konflik serta suka memberontak. Remaja ialah mereka
yang berada dalam peringkat umur antara 12 tahun hingga 23 tahun dan merupakan satu
peringkat zaman yang dipenuhi pergolakan dan tekanan. Zaman ini ialah zaman di mana
remaja mengalami konflik dan perubahan ragam yang tidak menentu (Santrock,1998).
Menyedari perlunya gejala penagihan ini dibendung, penjajah Inggeris menggubal
Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengawal dan mencegah masalah penagihan sebelum
menjadi wabak yang sukar dikawal. (Agensi Antidadah Kebangsaan, 2006).
Meskipun Akta Kawalan Dadah wujud sejak 1950-an, namun gejala penagihan
masih sukar untuk dibendung. Gejala penagihan dadah masih sukar dibendung apabila
golongan muda mula terbabit dengan penagihan heroin yang dibawa masuk ke negara ini.
Meningkatnya pembabitan muda-mudi dalam penagihan dadah jenis heroin pada akhir
1960-an dan 1970-an menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan program rawatan dan
pemulihan secara drastik. Pada Mei 1983, Kementerian Dalam Negeri
dipertanggungjawabkan untuk merawat masalah ketagihan dadah. dan dalam masa yang
sama Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digubal dan dikuatkuasakan
(Agensi Antidadah Kebangsaan, 2006).
14
Satu kajian di Amerika Syarikat dalam Samsudin (2006), mendapati antara faktor
utama penglibatan remaja di dalam penyalahgunaan dadah adalah disebabkan oleh faktor
genetik, biologikal, emosi, kognitif dan sosial. Selain daripada itu faktor individu seperti
pemalu, agresif, personaliti impulsif dan pencapaian akademik yang rendah adalah antara
faktor risiko kepada penyalahgunaan dadah. Pada Januari hingga Mac 2005, terdapat
10,473 penagih yang ditangkap di mana 46.2% adalah penagih baru, manakala 53.8%
adalah penagih berulang. Antara jenis dadah yang digunakan oleh penagih-penagih adalah
heroin (36%), morfin (30%), kanabis (23%) dan metamphetamine (7%).
Justeru untuk memperbaiki fenomena tersebut ke arah yang lebih baik dan positif,
perubahan perlu dibuat bermula dari akar umbinya. Individu yang masih berada di alam
persekolahan perlu didorong untuk mengubah gaya hidup mereka demi kesejahteraan
hidup. Feigelman dan Feigelman (1993) dalam Mohanaraj (2003) menyatakan bahawa
zaman kanak-kanak ke alam remaja merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai
pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk cabaran. Dalam mengatasi masalah ini
remaja akan mencari jalan penyelesaian yang lebih mudah iaitu dengan melibatkan diri
dalam penyalahgunaan dadah.
Maka, secara kesimpulannya, bagi memastikan isu moral ini dapat dibendung
sekolah adalah tempat yang paling berkesan untuk murid-murid menimba dan mempelajari
serta mengaplikasi pelbagai kaedah pengetahuan yang didapati berdasarkan maklumat
yang disampaikan oleh tenaga pengajar berkaitan bahaya dadah. Justeru guru dianggap
sebagai pengantara paling berkesan untuk menyampaikan segala maklumat yang berkaitan
dengan kesejahteraan hidup serta mengaplikasikan dan mengamalkan gaya hidup sihat
sepanjang hayat (Kathleen, 2005).
15
BUKU: ABDUL GHAFAR TAIB, TAHUN 1988, DADAH, STRATEGI DAN KAWALAN DI
SEKOLAH-SEKOLAH
Berdasarkan buku ini mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Dier Al
Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya
Fatwa Al-Syari’yah halaman 184 mengatakan bahawa “dadah adalah haram hukumannya
dari segi penggunaan, pemberian dan penjualan, mengikut mazhab Hanafi, mazhab Syafie
dan Al Syekh Al Islam Ibn Taimiyah mengeluarkan fatwa berdasarkan beberapa aspek.
Antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat
seluruhnya. Jadi dadah termasuk dalam kategori hadis yang bermaksud “Tiap-tiap yang
memabukkan adalah haram”. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Universiti Sains Malasia pada tahun 1985 telah menjalankan kajian anjuran
bersama Pasukan Petugas Antidadah terhadap penghuni di Pusat Serenti Tampin
menunjukkan profil penagih dadah adalah seperti berikut iaitu 54 peratus yang terlibat
daripada mereka terlibat dengan dadah kerana ingin mencari keseronokan. Manakala
bakinya terdorong oleh perasaan ingin tahu, tekanan atau pengaruh persekitaran dan
masalah emosi.
Iqbal Rizvi dari Organisasi INTERPOL di Paris pula menegaskan bahawa rakyat
Nigeria memainkan peranan yang paling dominan dalam kes penyeludupan dadah di rantau
itu. Mereka menyeludup dadah jenis heroin dari Asia ke Afrika dan membekalkannya ke
Negara-negara di Eropah dan Amerika Utara.
Kesedaran inilah yang mendorong 138 buah Negara menghantar perwakilan ke
Persidangan Antarabangsa tentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah ini. Menurut
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, persidangan ini adalah satu langkah yang penting ke
arah mengembleng tenaga kebanyakan Negara di dunia untuk bersama-sama membanteras
kegiatan penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah. Saya begitu tertarik dengan kata-
kata beliau mengenai penyalahgunaan dadah iaitu :
“ melihat betapa rumitnya masalah dadah, tindakan membanterasnya hanya akan
berkesan jika semua Negara memberikan komitmen, bekerjasama dan mengekalkan usaha.
Persidangan ini tidak akan berjaya jika kerjasama dan tindakan bersama yang dipersetujui
tidak dilaksanakan. Usaha dunia membanteras wabak ini tidak akan berjaya jika terdapat
Negara yang masih menentang secara pasif selepas persidangan ini.”
16
BUKU: KHAIRI BIN AB.RAZAK, TAHUN 2007, DADAH MUSUH NO.1 NEGARA
Berdasarkan pemahaman saya sepanjang membaca buku ini, saya tertarik dengan
kata-kata bekas Perdana Menetri YAB Dato’Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi iaitu
mengingatkan semua pihak supaya mengkaji semula cara kita menangani gejala dadah
berikutan cabaran-cabaran yang kita hadapi hari ini. Katanya kerajaan telah
mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu Negara sejak tahun 1983. Kini setelah
21 tahun berlalu, gejala dadah ini masih belum dapat dibendung sepenuhnya malah
semakin serius.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis telah dijelaskan bahawa hukum
penyalahgunaan dadah adalah haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua
kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu
Majah bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar
“Rasulullah s.a.w melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, pembuat, pengedarnya,
peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang
hasilnya, pembelinya pemesannya”.
Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata
“Drunkenness and drug addiction is the cause for ones downfall”
Maksudnya: kemabukan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka
Pendapat Buddha tentang dadah pula boleh dilihat daripada kata-kata Mahaguru
Buddha dalam “Mpaanggala Sutta”, iaitu :
“To cease and abstain from evil with respect to intoxicants, and steadfastness in doing good
deeds is the highest virtue”
Maksudnya: Memberhenti dan menjauhkan diri daripada kejahatan berhubung dadah dan
sesuatu yang memabukkan dan berperang kepada kebaikan. Ini adalah satu restu yang
paling tinggi.
Berdasarkan kandungan di dalam buku ini terdapat salah satu akhbar berkaitan
penyalahgunaan dadah dilampirkan. Kosmo Ahad 17 April 2005 Kuala Lumpur telah
mengemparkan seluruh dunia apabila idea lucu seorang ahli Parlimen yang menyarankan
agar dadah dijual bebas dengan berlesen , tanpa disedari kawasan sekolah kini sudah
menjadi tumpuan penjualan bahan berbahaya itu kepada murid-murid.
17
JURNAL : PEMBINAAN HARGA DIRI PELAJAR MELALUI PROGRAM PINTAR DI
SEKOLAH KEBANGSAAN. ADAKAH KITA BERJAYA ?
http://repo.uum.edu.my/2333/1/08152010111553_02.pdf
Di Malaysia, program pendidikan pencegahan dadah merupakan satu strategi
jangka panjang ke arah penyelesaian konflik penagihan dadah. Program ini merupakan
suatu usaha untuk memberi peluang terutamanya pelajar sekolah menguasai kemahiran
sosial yang diperlukan bagi menghadapi tekanan rakan sebaya di samping mengekalkan
hubungan antara satu sama lain (Dusenbury 1996). Program ini telah dilaksanakan di 59
buah sekolah rendah seluruh Negara ( Program Pintar, ADK 1997)
Aspek-aspek yang ditekankan di dalam perlaksanaan program ini ialah pembentukan
visi pendidikan pencegahan awalan terhadap dadah, kurikulum sekolah, pengesanan
pelajar-pelajar yang berisiko tinggi, latihan kepada guru-guru, penglibatan ibu bapa dan
anggota masyarakat, dan projek pendidikan pencegahan awalan terhadap dadah oleh pihak
swasta atau kerajaan (Laporan Dadah 1998)
United States Department of Education 1986 menyatakan bahawa penagihan
dadah mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada pelajar sekolah antaranya hilang
tumpuan, persepsi dan mempunyai perasaan yang terlalu sensitif. Pembentukan program
pendidikan pencegahan dadah dan teknik-teknik pencegahan di sekolah adalah suatu yang
sukar untuk diimplementasikan (Wald & Abrams 2002). Oleh itu, amat jelas kegagalan
kebanyakan program pendidikan pencegahan dadah untuk remaja berpunca dari kegagalan
guru dan ibu bapa dalam memberi komitmen bagi menjayakan program ini (Syayne &
Kaplan 1988, Tobler 1992)
Seterusnya, Hansen (1992) mendapati program yang komprehensif dan pengaruh
aspek-aspek sosial merupakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah yang paling
berjaya. Tobler & Stratton (1997) pula menunjukkan program interaksi yang melibatkan
remaja lebih efektif jika dibandingkan dengan program berbentuk didaktik, ceramah atau
penyebaran maklumat kepada remaja.
18
JURNAL : FAKTOR-FAKTOR KELUARGA DAN TINGKAH LAKU PENYALAHGUNAAN
DADAH: SATU KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PENYALAHGUNA DADAH
DENGAN BUKAN PENYALAHGUNAAN DADAH,
http://psasir.upm.edu.my/2946/1/Faktor-
Faktor_Keluarga_dan_Tingkah_Laku_Penyalahgunaan_Dadah.pdf
Dari sudut struktur keluarga umpamanya, kajian Tee(1970), Wiener dan Egen
(1973) dan Friedmandan Beschner (1982) melaporkan majoriti penagih dadah berasal
daripada keluarga yang berpecah-belah akibat daripada perceraian, perpisahan atau
kematian ketua keluarga. Kajian berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh Lewis dan
Osberg (1958) juga mendapati kebanyakan ibu bapa penagih adalah bercerai ataupun
berpisah. Aspek kasih sayang ibu bapa dan anak juga telah dihubungkan dengan tingkah
laku penyalahgunaandadah (Russell, 1974;Woodward dan Bahr, 1978; Mohd Reduan,
1990; dan Maimun, 1991). Kajian Russell (1974) mendapati anak-anak yang kurang
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa besar kemungkinan akan terlibat dengan tingkah
laku devian terutamanya tingkah laku penyalahgunaan dadah.
Streit et al. (1974), dan Eldred dan Brown (1974) turut mendapati sebilangan besar
penagih dadah membuat persepsi bahawa ibu bapa mereka kurang memberi kasih sayang
terhadap mereka. Kajian juga telah menghubungkan faktor komunikasi ibu bapa dan anak
dengan tingkah laku penyalahgunaan dadah (Gecas et al. ]974; Russell, 1974; Offer dan
Offer, ]975;Jurich et al. 1985). Menurut Gecas et at. (1974), tanpa hubungan komunikasi
yang berkesan, anak-anak akan merasa diri mereka tidak diberi perhatian dan disayangi.
Akibat daripada keadaan ini, anak-anak tersebut akan cuba memenuhi keperluan ini
daripada sumber-sumber lain termasuk dadah. Kajian Russell (1974), dan Jurich et al.
(1985) mendapati anak-anak remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
mempunyai corak hubungan komunikasi yang renggang dengan ibu bapa. Corak hubungan
yang sedemikian menyebabkan perhatian anak-anak beralih kepada rakan-rakan sebaya.
19
Sementara itu, kajian-kajian Ausubel (1961) dan Laskowitz (1961) mendapati cara
gaya lindung lampau mempunyai kaitan dengan tingkah laku penyalahgunaan dadah di
kalangan anak-anak. Menurut kajian Barnes (1984), cara gaya keibubapaan bersifat
autokratik berkait rapat dengan tingkah laku anti-sosial di kalangan remaja.
Penelitian hasil-hasil kajian yang berkaitan jelas menunjukkan berbagai faktor
keluarga telah dihubungkan dengan tingkah laku penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun
kebanyakan kajian ini merupakan kajian-kajian luar negara. Persoalannya, apakah faktor-
faktor ini turut mempunyai kaitan dengan tingkah laku penyalahgunaan dadah di negara ini?
Sehubungan dengan ini, satu kajian terperinci masalah dadah telah dijalankan diperingkat
tempatan.
20
JURNAL : PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN
MATI KE ATAS PENGEDAR DADAH DI MALAYSIA: SATU ANALISIS
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_1.pdf
Berdasarkan pemahaman saya melalui jurnal ini, bolehlah dirumuskan bahawa
hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah di Malaysia menyamai hukuman hudud
daripada sudut ketegasan hukuman dan kesamarataan hukuman mati ke atas setiap
pesalah yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah yang melibatkan hukuman
mati. Dengan itu tidak timbul soal ketidakadilan hakim dalam menjatuhkan hukuman yang
sama ke atas penjenayah iaitu hukuman mati.
Penulis berpendapat hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah di Malaysia
lebih menepati ta‘zīr. Walaupun pesalah mendapat hukuman yang sama rata dalam
penghukuman iaitu hukuman mati, hukuman itu ditetapkan berdasarkan kepada keparahan
jenayah yang munasabah. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tuduhan ketidakadilan
hakim dalam menjatuhkan hukuman.
Walaupun hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah tidak menepati
hukuman hudud atau ta‘zīr keseluruhannya, agak sukar bagi kita untuk mengatakan yang ia
bertentangan dengan Islām.
21
JURNAL: PENGESAN PENANDA AWAL PENYALAHGUNAAN DADAH DAN BAHAN
DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA (KAJIAN KES DI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA)
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_1.pdf
Kajian ini cuba mengenalpasti petanda awal bagi penyalahgunaan dadah dan bahan
terlarang di kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Rakyat Malaysia yang
mempunyai kualiti yang tinggi serta dipenuhi dengan nilai dan kerohanian yang sejahtera
adalah paksi kepada tegaknya wawasan tersebut. Namun begitu, cabaran sememangnya
timbul dalam konteks kesejahteraan masyarakat apabila gejala penyalahgunaan dadah
wujud secara meluas di negara ini (Khairul & Noraini 2004). Di Malaysia, penyalahgunaan
dadah bukan satu persoalan baru. Ia telah menjadi satu ancaman bukan sahaja kepada
individu atau keluarga, malah turut menjadi satu masalah besar kepada negara (Syed Amin
1995; Mahmood 1999; Abdul Ghafar 1992; Ruslina 2004). Berjuta-juta wang juga telah
dibelanjakan untuk membasmi penyalahgunaan dadah. Namun usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh pihak-pihak tertentu tidak menampakkan kesan positif yang ketara (Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPBM) 2008).
Bagi mengekang penyalahgunaan dadah peringkat IPT, AADK telah mengadakan
beberapa jenis program pencegahan di peringkat IPT seperti aktiviti ceramah, pameran, dan
tayangan video, ujian saringan air kencing, Program Kesejahteraan Kampus dan
penglibatan langsung AADK pada minggu Orientasi dan Konvokesyen IPT. Pada Julai 2008,
94 program telah dijalankan dan daripada 23,345 peserta program yang terlibat, 16 darinya
didapati positif terlibat dengan penagihan dadah melalui Ujian Saringan Air Kencing,
peningkat 93.75% berbanding Jun 2008 (AADK, 2008).
Kajian yang dijalankan oleh Melissa S. S., Eric A. S., Gary R. G., Erin M. K. &
Audrey L. B. (2004) mendapati terdapat hubungan yang wujud di antara keagamaan dan
masalah alkohol dengan penyalahgunaan dadah. Impak keagamaan ke atas pencegahan
penyalahgunaan dadah dan alkohol telah didokumentasikan. Pusat Penagihan dan
Penyalahgunaan Bahan Kebangsaan Universiti Columbia (2001) (The National Center
on Addiction and Substance Abuse at Columbia University [CASA]) menemui bahawa
agama dan kerohanian mempunyai potensi yang sangat besar untuk mengurangkan risiko
penyalahgunaan bahan di kalangan remaja dan orang dewasa apabila digabungkan
dengan rawatan professional untuk pemulihan (2001).
22
JURNAL: ETNIK DAN GAYA KEIBUBAPAAN KE ATAS PENGLIBATAN PELAJAR
DALAM PENAGIHAN DADAH: SATU KAJIAN AWAL DI SABAH
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2008/6.pdf
Semenjak kecil lagi peristiwa yang diperlakukan oleh keluarga adalah merupakan
sebahagian daripada proses sosialisasi (Mohd Taib Osman, 1995). Berdasarkan kepada
kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Taib Osman (1995) ini, ia memberi satu persoalan
kepada pengkaji adakah hubungan gaya keibubapaan iaitu (autoritarian, autoritatif dan
permisif) dalam membesarkan anak-anak sebagai pelajar akan terlibat dalam penagihan
dadah atau tidak.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Jas Laile Suzana Jaafar (2002), gaya
keibubapaan autoritarian dan permisif cenderung membesarkan anak-anak yang
mempunyai masalah seperti terlibat dengan dadah. Manakala keibubapaan berwibawa iaitu
jenis autoritatif lebih cenderung membesarkan anak-anak yang tinggi harga diri dan tidak
mudah terjebak dengan permasalahan sedemikian.
Kajian yang dilakukan oleh Longmore, Monica dan Giordano (2001), mengenal
pasti bahawa struktur keluarga mampu mempengaruhi gaya keibubapaan. Longmore
(2001), menunjukkan keputusan bahawa ibu bapa tunggal jarang terlibat dalam kerja
sekolah anak dan ini membawa kepada kesulitan dalam menyelia dan mendisiplinkan anak
mereka.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-
ubatan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1985 dan 1986, terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan pelajar terlibat dengan dadah. Antara faktor-faktor tersebut termasuklah
kurang daya ketahanan diri dalam menghadapi masalah peribadi, strategi keluarga dalam
mendidik, pengaruh sosial dan perasaan ingin mengetahui dan mencuba dadah. Oleh itu
para remaja perlu didedahkan tentang bahaya dan kesan buruk dadah (dalam Pendidikan
Pencegahan Dadah dalam KBSM)
Melalui pandangan yang di lakukan pula oleh Muhd Mansur Abdullah melihatkan
kecuaian dan kelalaian ibu bapa merupakan punca masalah-masalah sosial yang berlaku di
kalangan remaja. Semasa zaman remaja mereka memerlukan penjagaan, pengawasan dan
pendidikan yang rapi daripada pihak ibu bapa mahupun pihak sekolah dan juga masyarakat
23
setempat. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting dalam membentuk
pertumbuhan seseorang anak remaja itu.
Secara rumusannya, Gecas dan Seff (1990) menyatakan bahawa cara layanan ibu
bapa termasuk cara asuhan anak secara tidak langsung akan membentuk personaliti anak
dan menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi dunia luar dengan nilai-nilai
tertentu. Berkenaan dengan isu ini, Kohn, Slomczynski dan Schoenbach (1986), melalui
kajian mereka mengenai pemindahan nilai daripada ibu bapa kepada anak mendapati
bahawa nilai ibu bapa memberi kesan yang signifikan terhadap nilai remaja tidak kira
samada lelaki atau perempuan (Gecas & Seff, 1990).
24
1.5 RUMUSAN KAJIAN TERDAHULU
PENYELIDIK/PENULIS KAJIAN/TAJUK TAHUN
Chan Yuen Fook, Abd
Halim Mohd Hussin,
Gurnam Kaur Sidhu,
Nazeera Ahmed
Bazari dan Rozilah
Abdul Aziz
Jurnal : Tahap Pengetahuan Murid Sekolah Rendah Malaysia
Tentang Bahaya Dadah
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_2.pdf
2009
Mohd Noorazam Abd
Razak, Fatin Aliana
Mohd Radzi,
Mohamad Azmi
Adnan, Hashbullah
Ismail, Ani Mazlina
Dewi Mohamed dan
Siffian Omar Fauzee
Jurnal : Pengajaran Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/5_6.pdf
2009
Abdul Ghafar Taib Buku : Dadah, Strategi Dan Kawalan Di Sekolah-Sekolah 1988
Khairi Bin Ab.Razak Buku : Dadah Musuh No.1 Negara 2007
Mahmood Nazar Pembinaan Harga Diri Pelajar melalui Program PINTAR di
25
Mohamed & Yahya
Don
Sekolah Kebangsaan. Adakah kita berjaya ?
http://repo.uum.edu.my/2333/1/08152010111553_02.pdf
2004
H.M. Abdullah Al-Hadi Faktor-Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Penyalahgunaan
Dadah: Satu Kajian Perbandingan antara Penyalahguna Dadah
dengan Bukan Penyalahgunaan Dadah
http://psasir.upm.edu.my/2946/1/Faktor-
Faktor_Keluarga_dan_Tingkah_Laku_Penyalahgunaan_Dadah.pdf,
1993
Azman Mohd Noor &
Mohd Al-Ikhsan bin
Ghazali
Penyalahgunaan Dadah Dan Kewajaran Peruntukan Hukuman
Mati Ke Atas Pengedar Dadah Di Malaysia: Satu Analisis
2010
Khaidzir Hj. Ismail,
Mohd Fauzi Mohd
Jani, Abdul Hamid
Jaafar, Fariza Md
Sham, Zainab Ismail,
Doris Padmini a/p
Selvaratnam, Noriah
Mohd Ishak & Khairil
Awuar,
Pengesan Penanda Awal Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan
Dalam Kalangan Pelajar Ipta(Kajian Kes Di Universiti
Kebangsaan Malaysia)
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_1.pdf
2009
Balan Rathakrishnan
& Rahimah Abd
Rahim
Etnik Dan Gaya Keibubapaan Ke Atas Penglibatan Pelajar Dalam Penagihan Dadah: Satu Kajian Awal Di Sabah
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2008/6.pdf2008
1.6 BAHAGIAN A : ANALISIS ISU
26
1.6.1 PENYALAHGUNAAN DADAH YANG BERLAKU SEKARANG
Sepanjang tahun 2012, kes penagihan dadah di Malaysia menunjukkan penurunan
sebanyak 19.74% berbanding tahun 2011 (11,194 orang). Penagihan ini dibahagikan
kepada dua jenis iaitu penagih yang baru dikesan oleh sistem AADK iaitu sebanyak 5,270
orang, penurunan sebanyak 24.24% berbanding 6,956 orang tahun sebelumnya. Manakala
bagi kes penagihan berulang yang pernah menjalani rawatan di bawah AADK dan
direkodkan di dalam sistem AADK sebelum ini mencatatkan 3,745 orang iaitu penurunan
sebanyak 11.63% berbanding tahun 2011 (4,238 orang).Secara purata, seramai 751 orang
penagih dikesan setiap bulan dengan 439 orang daripadanya penagih baru dikesan dan 312
orang penagih berulang
STATUS
KES
2012 % 2011 PERBEZAAN
2012/2011
(%)
PURATA TAHUN 2012
SEBULAN SEHARI SEJAM
Penagih
Baru
Dikesan
5,270 58.46% 6,956 -24.24% 439 15 1
Penagih
Berulang 3,745 41.54% 4,238 -11.63% 312 10 0
JUMLAH 9,015 100.00% 11,194 -19.47% 751 25 1
Jadual 2 : Perbandingan Penagih yang Dikesan Bagi Tahun 2012 dan 2011
Mencari satu formula untuk menyelesaikan masalah penyalahgunaan dadah di
Malaysia nampaknya tidak semudah yang dibayangkan. Dengan angka yang menunjukkan
peratus yang masoh tinggi bagi kes berulang, sikap dan pandangan segelintir masyarakat
terhadap penagih-penagih dadah dan kesungguhan sebahagian penagih sendiri untuk
kembali menjalani kehidupan normal menunjukkan bahawa semuanya itu menjadikan isu ini
tidak mudah untuk diselesaikan dalam sekelip mata. Kelebihan bagi Negara Malaysia di
sudut ini untuk menyelesaikan penyalahgunaan dadah mungkin agak menonjol dari sudut
akta dan perundangan. Hukuman mati mandatori yang dikenakan ke atas pengedar dadah
sedikit sebanyak dapat membendung gejala ini dari sampai ke tahap yang lebih kronik
27
seperti yang berlaku sekarang ini di beberapa negara di Barat. Hukum Islam di dalam
penyalahgunaan dadah amat jelas. Ramai ulamak dan badan-badan fatwa yang telah
mengeluarkan fatwa tentang pengharaman penyalahgunaan dadah. Tanpa perlu diulang,
masyarakat kita juga telah terdidik dengan beberapa istilah terhadap dadah yang
menunjukkan kehinaan penyalahlakunya. Ini memberi gambaran tentang penolakan
masyarakat Malaysia secara umumnya terhadap penyalahgunaan dadah.
Bagi remaja khasnya, mereka merupakan antara golongan yang mudah terjerumus
di dalam penyalahgunaan dadah ini. Masa remaja adalah masa perantaraan dari alam
kanak-kanak ke alam dewasa. Pada masa inilah para remaja mengalami delima dalam
mengenal pasti peribadinya, kewujudan norma-norma dan nilai hidup dirinya serta
perancangan masa depannya. Para remaja begitu sensitif kerana pada masa itu emosi
mereka sudah mulai bergolak, mempunyai pemikiran tersendiri yang perlu diselaraskan
dengan sikapnya, nilai hidupnya dengan norma keluarganya sendiri, kawan-kawan dan
masyarakat di sekitar kehidupannya. Apabila terjadi pencanggahan pemikiran atau krisis
identiti maka mereka biasanya akan mulai cenderung bersikap agresif , menonjoklan diri
sendiri dan kadang kala menentang sikap tradisi masyarakatnya. Dalam keadaan sbegini
jika orang disekelilingnya tidak memberikan sokongan moral yang kuat dan tidak memahami
perasaan mereka, maka besar kemungkinan golongan seperti ini akan mencari jalan
keluarnya sendiri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Lazimnya, mereka akan beralih kepada golongan lain yang dapat memahaminya,
iaitu golongan yang sebaya dan sealiran dengannya. Mereka akan cuba membuatkan diri
masing-masing diterima oleh kumpulan baru tersebut. Pada masa inilah mereka akan
mudah terperangkap dengan golongan penagih yang akan sentiasa mencuba bagi
mendapatkan ahli-ahli baru bertujuan bagi memenuhi hasrat pengedar yang sentiasa
berusaha untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai usaha bagi menghilangkan ketegangan,
mereka akan berpaling kepada ubat-ubatan yang dapat menghilangnya ketegangan
tersebut. Lazimnya golongan remeja ini akan mengambil pil-pil yang dapat memberikan
ketenteraman seperti ubat tidur, barbiturate librium dan sebagainya. Pada mulanya pil ini
diambil bagi percubaan sahaja tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.
Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan isu moral
penyalahgunaan dadah ini dapat di atasi bermula daripada akar umbi lagi. Masalah yang
lebih serius dapat dihindarkan apabila semua piha memberikan kerjasama dalam
menyelesaikan isu ini
1.6.2 JANGKAAN PADA MASA HADAPAN
28
Malaysia mempunyai wawasan yang sangat jelas untuk menjadi sebuah negara
maju berasaskan acuan sendiri menjelang tahun 2020. Dalam usaha menjadikan wawasan
tersebut satu kenyataan, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan manusia merupakan
teras kepada pencapaiannya. Rakyat Malaysia yang mempunyai kualiti yang tinggi serta
dipenuhi dengan nilai dan kerohanian yang sejahtera adalah paksi kepada tegaknya
wawasan tersebut. Namun begitu, cabaran sememangnya timbul dalam konteks
kesejahteraan masyarakat apabila gejala penyalahgunaan dadah wujud secara meluas di
negara ini (Khairul & Noraini 2004).
Masalah ini merupakan masalah global di mana 185 juta penagih dadah di seluruh
dunia dan 15 juta daripadanya adalah penagih dadah jenis heroin (The News Straits
Times, 4 Jun 2006). Kerajaan Malaysia sahaja telah membelanjakan 50 juta setahun dalam
menangani dan memberikan rawatan pemulihan kepada penagih-penagih di negara ini
sehingga tahun 2005. Jumlah ini menunjukkan bilangan penagih dadah di Malaysia adalah
ramai iaitu 292,696 orang penagih sehingga Mac 2006, bermakna beban merawat dan
memulihkan penagih amat berat (AADK). Negara meletakkan matlamat bebas daripada
penyalahgunaan najis dadah pada tahun 2015 selaras dengan deklarasi Asean Bebas
Dadah yang dibuat Di Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-33 pada tahun 1998.
Ini bermakna kita hanya ada lebih kurang 2 tahun untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Ramai berpandangan agak sukar untuk mencapainya kerana bilangan penagih
baru yang semakin ramai, bilangan penagih ulangan juga meningkat, di samping berlakunya
penagihan kepada dadah jenis sintetik yang lebih berbahaya kepada pengguna dadah
berkenaan
TAHUN PELAN STRATEGIK
1998-1999
Semua guru mempunyai pengetahuan
tentang dadah, Pendidikan pencegahan
dadah di ajar melalui Pra Sekolah, Kurikulum
Bersepadu Sekoah Rendah (Program Intelek
Asuhan Rohani), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian
Tinggi mula dilaksanakan.
Pada masa ini, semua guru mempunyai
29
2000-2002 kemahiran untuk mengendalikan pelajar-
pelajar yang bermasalah
2002-2010
Tempoh ini, pendidikan pencegahan dadah
pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dan institusi pengajian
tinggi telah mantap
2012 Pada tahun 2012, Sekolah Bebas daripada
Dadah sepenuhnya.
2015 Negara bebas penyalahgunaan najis dadah
Jadual 1 : Pelan Startegik Bebas Dadah
( Sumber : Laporan Dadah (1998), ADK Kementerian Dalam Negeri)
1.6.3 BENCANA/KESAN
30
Sudah hampir 56 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Semenjak
tahun 1957 sehinggalah kini, Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.
Namun, di sebalik semua kemajuan ini, terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi.
Masalah nombor satu yang negara sedang hadapi kini ialah penyalahgunaan dadah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan diri mereka
sendiri baik dari segi fizikal, rohani, mental mahupun emosi. Kalau tiada angin, masakan
pokok bergoyang. Kalau tiada penyalahgunaan dadah, masakan ada kesan-kesannya.
Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.
Antaranya ialah, penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi
kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk
membasmi penyalahgunaan dadah, tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat
dengan penyalahgunaan dadah, sudah pasti kesannya akan menjadi sangat teruk.
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan rumahtangga
menjadi tidak aman. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perceraian jika
penagihnya ialah suami ataupun isteri. Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka
menyalahgunakan dadah pasti akan mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik.
Kesannya seseorang penagih tidak berupaya lagi untuk memberikan sumbangan kepada
keluarganya kerana mereka sendiri yang berkehendakkan wang bahkan mereka sering kali
juga menjadi beban keluarga masing-masing. Dalam tempoh jangka masa yang panjang ,
penagih dadah akan meruntuhkan dan memporak-perandakan keharmonian keluarga dan
masyarakat.
Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dan sindiket
dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah kepada para pembeli dan masalah
pengedaran dadah oleh sindiket-sindiket ini telah berlaku sejak puluhan tahun lagi.
Tambahan pula, kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah laluan antarabangsa
menyebabkan Malaysia dijadikan pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara-negara
lain. Sindiket-sindiket dadah di Malaysia pasti mengambil kesempatan ke atas peluang yang
berada di hadapan mata mereka lalu mengedarkan dadah di sini. Akibat pengedaran dadah
oleh mereka,10 peratus daripada 11 juta belia di Malaysia dikesan terlibat dengan dadah
pada tahun 2006 yang lalu. Menurut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang
dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia pada 21 Mac 2006,sindiket dadah juga terlibat
dengan jenayah ganas yang lain. Kenyataan ini juga disokong oleh pengalaman para
pegawai polis yang terlibat dengan usaha menentang sindiket-sindiket dadah.
31
Jika kita tidak berupaya menangani sindiket-sindiket ini, sudah pasti jenayah akan
berleluasa di negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sindiket-sindiket
ini juga pasti akan menguasai negara kita.
Bukan setakat itu sahaja, penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan pembaziran
wang. Contoh pembaziran wang yang paling jelas dapat dilihat pada penagih dadah itu
sendiri. Menurut sebuah sumber kajian, secara puratanya 100 000 penagih dadah telah
membelanjakan RM 1 000 000 sehari dan RM 360 000 000 setahun. Selain itu, kerajaan
telah membazirkan RM 100 000 000 setahun bagi pusat serenti, pusat pemulihan akhlak
dan PUSPEN. Jumlah ini sudah cukup untuk membina 15 buah sekolah yang lengkap.
Tambahan lagi, purata RM 138 000 sehari diperuntukkan kepada 11 500 pelatih di pusat-
pusat serenti. Pihak polis pula terpaksa mengeluarkan RM 100 000 bagi mendapatkan
maklumat tentang sindiket dadah. Bayangkan jika semua duit yang dibazirkan ini digunakan
untuk keperluan negara, sudah tentu kita boleh membangunkan negara kita dan menjadi
maju seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh itu,jelaslah bahawa penyalahgunaan
dadah membawa kepada pembaziran wang.
Di samping itu, seseorang penagih dadah akan hilang maruah diri dan tidak lagi
menghormati ibu bapa dan orang-orang tua. Kehidupan mereka hanya berkisar kepada
usaha bagi memperolehi bekalan dadah sehinggakan mereka sanggup mencuri daripada
keluarga sendiri dan melakukan jenayah supaya dapat terus menyara tabiat penagihan.
Dadah juga akan mengubah, mempengaruhi dan mengawal perlakuan seseorang sehingga
menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan. Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang
penagih untuk melawan ketagihan dadah adalah lemah. Penagih dadah secara langsung
ataupun tidak telah mendedahkan diri mereka kepada berbagai-bagai penyakit kerana
mereka berkongsi menggunakan alat-alat penyuntik yang kotor.
Mengikut perangkaan yang terkumpul sehingga bulan Jun 1987, kira-kira 77 peratus
daripada penagih didapati menagih heroin. Bakinya 23 peratus lagi didapati menagih ganja,
morfin dan candu. Heroin dan morfin ialah dadah yang paling berbahaya. ia boleh
menghilangkan pertimbangan seseorang , kawalan dan perhatian diri menurun dengan
cepatnya kerana penggunanya mengalami gangguan jiwa. Ia boleh mweujudkan
pergantungan antara dadah dengan jiwa dengan cepatnya sehingga menyebabkan dosnya
mesti sentiasa ditambah untuk mendapatkan kesan yang sama seperti dos yang awal.
Kebiasaannya penagih tidak mengetahui bahayanya apabila mengambil dos yang terlalu
banyak kerana dos yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan maut. 30 miligram
merupakan dos maut bagi seseorang penagih dadah. Potensi heroin adalah dua atau tiga
kali lebih kesannya daripada morfin terutamanya ke atas pernafasan.
32
Mengikut perhitungan, satu gram heroin tulen boleh membawa maut kepada lebih kurang
30 orang. Peracunan darah juga kerap berlaku di kalangan pengguna heroin dan morfin ini.
Mereka akan terus mengambil dadah jenis ini kerana jika mereka cuba untuk melupakan
tabiat ini dan berhenti, mereka akan mengalami tindak balas yang tidak tertanggung. Jika
penagih dadah ini berhenti secara serta merta sudah semestinya mereka akan menderita
dari segi rohani dan jasmani seterusnya boleh membawa maut. Ganja, walaupun kurang
berbahaya berbanding dengan dadah yang lain, tetapi dalam kebanyakan kes, penagihan
ganja akhirnya akan menyebabkan penagihnya beralih kepada jenis dadah yang lebih
berbahaya.
Dalam jangka panjang, keharmonian masyarakat dari segi sosial juga akan tergugat.
Imej diri dan penyesuaian sosial penagih-penagih dadah tidak normal lagi kerana mereka
harus mendapatkan bekalan dadah daripada punca-punca yang haram. Mereka akan mula
menghadkan hubungan sosial mereka dan hanya bergaul sesama penagih dan pengedar
dadah sahaja.
Walaupun seseorang penagih merupakan seseorang yang tidak antisosial sebelum
ini tetapi selepas mereka terperangkap ke dalam jerat dadah, mereka akan memikirkan
cara-cara yang haram juga bagi mendapatkan wang untuk memperoleh bekalan dadah
yang secukupnya. Banyak masa dihabiskan bagi mendapatkan wang dan membeli dadah.
Dengan demikian penagih dadah seperti ini tidak mempunyai masa dan kesanggupan untuk
berkecimpung di dalam aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah. Bagi pelajarnya amnya, ia amat
memberikan kesan yang negatif untuk masa depannya kerana masyarakat sudah
mengetahui bahawa mereka merupakan salah seorang penagih dadah dan
berkemungkinan besar mempunyai rekod jenayah. Maka secara tidak langsung peluang
pekerjayaan setelah tamat persekolah adalah amat tipis.
Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk.
Kemantapan sosiopolitiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan masyarakatnya
hidup dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan
kaum yang lain. Kemantapan ini akan tergugat jika ramai daripada rakyatnya khususnya
pelajar-pelajar sekolah yang hilang pertimbangan dan perhitungan akibat dadah. Di
samping itu mungkin akan timbul satu pola di mana pengedar dadah terdiri daripada satu-
satu kaum sementara penagih-penagih pula terdiri daripada satu kaum yang lain. Dengan
demikian perasaan curiga mencurigai di antara kaum di Negara ini akan timbul. Sekiranya
keadaan ini berlaku, yang bermula dari bangku persekolahan sehinggalah ke dunia luar
maka akan musnahlah keharmonian masyarakat di Negara ini.
33
.
Pada keseluruhannya, kira-kira 60- hingga 70 peratus daripada jumlah jenayah ada
hubungannya dengan dadah. Jika masalah dadah ini tidak dapat dikawal, aktiviti masyarakat
akan terjejas. Semua orang memerlukan suasana yang bebas daripada rasa takut,
kehilangan harta benda, kecederaan yang disebabkan oleh jenayah, aktiviti-aktiviti yang
boleh mengganggu keamanan, ketenteraman, dan ketertiban peraturan dan undang-
undang. Keadaan masyarakat yang sentiasa diburu oleh perasaan takut dan tidak selamat
akan membantutkan perkembangan ekonomi, politik, sosial dan cara hidup keseluruhannya.
Dalam ruang lingkup yang lebih luas, masalah penagihan dadah boleh pula
mengancam keselamatan sesebuah Negara. Pelajaran dan pembelajaran amat mustahak
bagi pembangunan Negara, dan belia kita yang terlibat dengan dadah akan menjejaskan
segala usaha kerajaan untuk membina masyarakat yang dinamik dan maju (Abd Ghafar
Taib, 1991).
Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan dadah sekalipun, kesan yang
paling jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan bersuluh,
kalau sudah penagih itu menyalahgunakan dadah, tentulah penagih itu yang terkena
kesannya dahulu. Tetapi, tidak semua dadah memberikan kesan yang sama kepada
penagih. Sebagai contoh, candu pada peringkat awal akan memberi kesan mengantuk,
badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa manakala kesan jangka panjangnya
ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan mental. Selain itu, morfin memberi kesan jangka
pendek yang berbeza iaitu rasa resah, cirit-birit, sakit perut, rasa sejuk dan berpeluh. Kesan
jangka panjang bagi pengambilan morfin ialah gangguan jiwa, HIV dan kematian. Bagi
heroin pula, kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang tenang,
tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya, bingung, kekejangan dan berkelakuan
seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya pula ialah keracunan darah, hepatitis,
kancing gigi, HIV dan kematian. Walau berjuta jenis dadah didapati sekalipun, kesannya
pasti ada pada penagih itu sendiri.
Konklusinya, terdapat banyak kesan penyalahgunaan dadah. Oleh itu semua pihak
perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing serta memainkan peranan penting bagi
merealisasikan hasrat negara untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang
tahun 2015. Kita sudah semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak
dahulu lagi musnah hanya kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Semoga segala
usaha kita untuk menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan menampakkan
kejayaan.
34
BAHAGIAN B : PENULISAN AKADEMIK
PUNCA-PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada bertambah seriusnya masalah
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah. Antaranya
ialah sokongan yang lemah di kalangan ahli keluarga dan masyarakat terhadap bekas
penagih dimana ia memberi pengaruh yang tinggi terhadap kecenderungan penagihan
relaps (Daley, 1987; Hawkins & Fraser, 1987; Miller, 1992; Zackon, McAuliffe & Ch‟ien,
1985). Kajian yang dijalankan oleh Mohd Taib, Rusli & Mohd Khairi (2000) terhadap pola
komunikasi kekeluargaan di kalangan keluarga penagih dadah dan bukan penagih dadah
dapat disimpulkan bahawa pola komunikasi yang longgar dan interaksi yang kurang
berkesan di kalangan keluarga bekas penagih merupakan salah satu kebarangkalian tinggi
terhadap aktiviti penagihan dadah. Sesungguhnya, sokongan keluarga amat diperlukan bagi
memastikan proses rawatan berjaya dan perkara-perkara seperti tidak mengambil peduli
dan memulaukan bekas penagih dapat dielakkan. Ini kerana jika keluarga tidak memberikan
sokongan ia hanya akan menggagalkan proses rawatan yang seterusnya menyebabkan
bekas penagih kembali semula ke alam penagihan (Daley & Marlatt, 1992; Vicary &
Lerner, 1986).
Selain itu, penagihan relaps adalah disebabkan oleh pengaruh rakan lama yang
masih menagih di mana ia memainkan peranan yang penting dalam keterlibatan
penggunaan semula dadah. Cole dan Hall (1970) mengatakan bahawa rakan sebaya
merupakan sebuah unit sosial yang merupakan satu kumpulan yang kecil dalam sesebuah
masyarakat. Mahmood, dll., (1999) mendapati 50 peratus rakan-rakan lama mempengaruhi
bekas penagih untuk kembali semula kepada tabiat penagihan dadah setelah mereka keluar
daripada pusat pemulihan. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 76 peratus rakan-
rakan bekas penagih tahu di mana tempat untuk mendapatkan bekalan iaitu dadah.
Keadaan inilah antara faktor yang mendorong berlakunya penagihan relaps di kalangan
bekas penagih yang telah mendapatkan khidmat rawatan.
Namun, kajian di atas berbeza dengan dapatan kajian yang ditemui oleh Chuah
(1990). Beliau mendapati sokongan rakan berupaya membantu seseorang bekas penagih
untuk tidak menagih. Beliau berpendapat dengan adanya sokongan berbentuk emosi dan
semangat yang tinggi, ia secara tidak langsung meningkatkan tahap keyakinan diri penagih
dan mengurangkan risiko seseorang terhadap penagihan relaps
35
Yahya & Mahmood, (2002) pula mendapati bahawa program rawatan dan
pemulihan dadah yang dikendalikan di mana-mana negara menghadapi pelbagai cabaran
untuk memastikan program tersebut berjaya. Faktor keberkesanan program pemulihan
dadah juga merupakan salah satu faktor yang dikaitan sebagai punca berlakunya penagihan
relaps di kalangan penagih. Ini kerana sesetengah pengkaji mendapati program pemulihan
dadah yang dijalankan ke atas penagih kurang berkesan untuk memberi kesedaran kepada
penagih (Mokhtar,1997, Wellish & Prondergast, 1995; Friesen, 1986; Donkin, 1989).
Banyak kajian pula mendapati model rawatan dan pemulihan dadah yang sedia ada masih
lagi menunjukkan kadar kegagalan yang tinggi (Brill, 1981; Tims, 1981; McLellan,
Luborsky, O‟Brien, Woody & Druley, 1982; De Leon, 1984; Scorzelli, 1987).
Selain itu, seseorang itu mula menagih dadah mungkin disebabkan oleh perasaan
ingin tahu yang tinggi. Setiap orang mempunyai perasaan atau naluri ingin mengetahui
sesuatu perkara, tidak kira perkara itu baik atau tidak baik bagi dirinya. Oleh sebab
keinginan inilah seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina. Mereka boleh
terjebak dengan dadah kerana tertipu oleh perasaan mereka dan kemahuan mereka.
Mereka menganggap bahawa mencuba sekali tidak akan mendatangkan bahaya. Tetapi
perlu ditekankan bahawa dadah tidak boleh dicuba walaupun sekali.
Di samping itu, kurangnya pengetahuan tentang bahaya dadah boleh mendorong
seseorang untuk mencuba pelbagai jenis dadah. Kebodohan atau kejahilan tentang bahaya
setiap jenis dadah menyebabkan seseorang mudah ditipu oleh pengedar atau penagih
dadah yang sentiasa mencari jalan melibatkan orang lain.
Tambahan pula, dadah yang diambil dapat menghilangkan kerunsingan bagi
seorang penagih dadah. Dalam kajian Park et al (2007) menjumpai untuk melepaskan diri
atau `escapism’ dari stress, penyalahgunaan bahan merupakan salah satu `escapism‟ atau
kaedah remaja untuk mengelak atau melarikan diri daripada perasaannegatif yang tidak
menyenangkan sebagai salah satu kesan psikologikal dan perkembangan (Bemam,1995).
Masalah kehidupan boleh menyebabkan seseorang itu hilang pedoman atau perhitungan
terutama sekali di kalangan golongan remaja. Jalan mudah yang mereka ambil bagi
menghilangkan segala kerunsingan ini ialah dengan mengambil dadah. Kononya dadah
dapat menghilangkan segala masalah dan penderitaan hidup mereka. Tetapi mereka tidak
sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa kehilangan itu hanyalah sementara sahaja
iaitu semasa mengambil dadah hanyalah khayalan bukan realiti. Malah akan timbul pula
masalah lain misalnya masalah kewangan yang amat diperlukan bagi membeli dadah,
masalah mendapatkan dadah, gejala tarikan dan sebagainya.
36
Selain itu, salah satu masalah yang menjadi punca bagi isu moral ini kerana remaja
kini terutamanya pelajar sekolah sudah lagi tidak menggunakan masa dnegan berfaedah.
Kini, sering kali terdapat remaja yang tidak tahu menggunakan masa lapang dengan sebaik-
baiknya. Ada diantara mereka yang lebih suka berkumpul dengan budak-budak nakal di
tempat-tempat awam atau berfoya-foya tanpa tujuan. Ini adalah semata-mata kerana
mereka ingin menarik perhatian orang lain. Walau bagaimanapun mereka tidak sedar
bahawa tingkah laku mereka ini akan mendedahkan lagi diri mereka kepada bahaya dadah.
37
HUBUNGAN DENGAN PROSES SOSIALISASI
Seperti yang disarankan oleh Erikson (1968), (dalam Durkhein, 1995), peringkat
remaja merupakan peringkat krisis identiti di mana remaja dalam tahap perkembangan ini
akan berusaha untuk mencapai identiti personal. Melalui proses sosialisasi yang semakin
luas, remaja mula memiliki nilai yang tersendiri. Menurut Rodowicz dan Kitto (1994)
(dalam Mazni Mustapha, 1999) mengetengahkan nilai yang ada pada individu akan
mempengaruhi cara individu berfikir, bertingkah laku, menilai sesuatu hal serta melakukan
sesuatu dalam hidup. Nilai yang terbentuk dari persekitaran pada waktu kanak-kanak
sememangnya terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa dan diaplikasikan untuk seumur
hidup.
Bagi memastikan isu moral penyalahgunaan dadah ini dapat diatasi, proses
sosialisai amatlah penting bagi memastikan penyalahgunaan dadah dapat dibendung. Oleh
itu saya telah membahagikan proses sosialisasi ini kepada dua bahagian iaitu peranan
masyarakat sekolah itu sendiri dalam pendidikan pencegahan dadah dan yang kedua ialah
peranan masyarakat luar sekolah dalam pencegahan dadah.
Masyarakat sekolah terdiri daripada tiga golongan yang besar iaitu guru, pelajar dan
pekerja di sekolah yang bukan guru. Dalam usaha mencegah wabak dadah daripada
merebak ke dalam masyarakat sekolah, maka perlulah masyarakat sekolah memainkan
peranan masing-masing dengan penuh semangat, dedikasi, bertanggungjawab, jujur dan
melakukan segala tindakan yang positif dalam membanteras penyalahgunaan dadah di
kalangan pelajar. Yang penting ialah setiap masyarakat sekolah mengetahui tentang
tanggungjawab masing-masing dan mengamalkannya, mempunyai sikap yang positif serta
tahu segala pengetahuan yang perlu untuk menyediakan diri dalam memerangi wabak
dadah ini.
Guru yang merupakan salah satu masyarakat sekolah tidaklah hanya semata-mata
hanya mengajar mata pelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Pada masa kini, peranan guru
adalah lebih luas dan lebih mencabar. Kemajuan ekonomi dan perubahan yang kerap
berlaku mewujudkan berbagai-bagai masalah. Justeru itu, guru perlulah menyediakan
pelajar supaya dapat mengadaptasikan suasana semasa dengan perubahan yang berlaku.
38
Apakah peranan guru dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di
kalangan pelajar?. Sikap dan nilai merupakan senjata yang penting untuk menjadi seorang
guru pendidikan pencegahan dadah. Dengan adanya nilai dan sikap yang positif barulah
seseorang guru itu boleh menggunakan kemahiran dan pengetahuannya dengan berkesan
dalam membimbing pelajar. Sikap guru terhadap pelajar dan juga terhadap profesion
perguruan itu sendiri boleh mempengaruhi perkembangan dan kepentingan kemahiran
dan pengetahuan dalam soal pendidikan pencegahan dadah. Sekolah pda hari ini
merupakan satu-satunya institusi yang bertanggungjawab membimbing pelajar ke arah
perkembangan ini.
Oleh itu, sebagai seorang guru, antara sikap yang perlu ada di dalam diri seorang
guru ialah perlu menerima hakikat bahawa guru juga berperanan sebagai kaunselor dan
fasilititor. Ia amat penting bukan sahaja sebagai penyampai maklumat tetapi bertindak
sebagai perangsang untuk setiap pelajar menyertai pelbagai program pencegahan dadah.
Pastikan juga segala maklumat yang disampaikan berhubung dengan penggunaan dadah
dan pendapat berkenaan isu-isu dadah ini dibuat dengan tepat. Segala isu-isu dadah yang
disampaikan haruslah sesuai dibincangkan di dalam bilik darjah. Maka amat penting bagi
setiap guru untuk mewujudkan minat di kalangan pelajar tentang isu-isu dadah yang
dibincangkan. Jika guru ingin memberi peluang kepada pelajar untuk memahami maklumat
saintifik hubungan dadah dengan keadaan fizikal, mental dan kesihatan sosialnya maka
guru perlulah mengetahui tentang dadah dan kesanya yang positif dan negatif. Ini sekaligus
dapat membantu guru menjawab segala pertanyaan yang dikemukan oleh pelajarnya
dalam perbincangan.
Di samping itu, pastikan juga bahawa pendidikan pencegahan ini boleh
menggalakkan pelajar bagi memilih kegiatan-kegiatan lain yang berfaedah. Yang penting
kepada guru ialah menolong pelajar mencari cara yang lain untuk melakukan aktiviti yang
lain apabila mengalami tekanan bukannya dengan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti
penyalahgunaan dadah. Maka, secara tidak langsung guru itu sendiri akan dapat
memahami pelajar yang bermasalah melalui aktiviti seharian yang dilakukan oleh pelajar itu
sendiri.
39
Seterusnya bagi pelajar pula, mereka haruslah memahami peranan sebagai seorang
pelajar supaya isu moral penyalahgunaan dadah tidak berlaku di dalam hidup mereka. Ini
kerana pelajar pada hari ini merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang. Dalam
usaha Negara melahirkan rakyat yang bertanggungjawab, berdedikasi, jujur dan beriman
maka pelajar perlulah dididik dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna berlandaskan
lima prinsip Rukunegara.
Dalam hal pendidikan pencegahan dadah, pelajar perlulah mengenali jenis-jenis
dadah. Ia amat penting kerana pelajar dapat membezakan dadah yang akan memberikan
kesan positif dan negatif dengan menggunakan dos yang sesuai mengikut tujuan yang
betul. Setiap fungsi dadah dan keburukannya apabila disalahgunakan haruslah difahami.
Apabila masalah dadah wujud di dalam diri seseorang pelajar atau disekelilingnya, maka
mereka ini tahu ke mana hendak mencari bantuan dan bijak menggunakan sumber-sumber
yang ada. Jika masalah dadah telah berlaku, pelajar boleh berhubung terus dengan Guru
Bimbingan dan Kaunseling, Guru Agama, Pegawai Kesihatan dan sebagainya.
Pekerja bukan guru yang bekerja di sekolah juga mempunyai peranan yang sama
pentingnya dengan guru dan pelajar dalam usaha untuk mencegah penyalahgunaan dadah.
Setiap pekerja perlulah berusaha atas inisiatif sendiri untuk bersama-sama mebantu dalam
membanteras penyalahgunaan dadah di sekolah. Para pekerja haruslah mengamalkan
sikap seperti memahami dan mematuhi undang-undang penyalahgunaan dadah di sekolah.
Ini kerana, setiap pekerja haruslah mengetahui tentang hukuman dan tindakan yang
dikenakan terhadap kesalahan penyalahgunaan dadah. Maka secara tidak langsung,
mereka sedar tentang kesan-kesan negatif yang bakal berlaku jika penyalahgunaan dadah
semakin berleluasa.
Dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah, penglibatan semua pihak amat
diperlukan. Masyarakat luar sekolah juga memainkan peranan dalam mencegah
penyalahunaan dadah. Ibu Bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Murid-
murid Tua (PMT) dan sebagainya perlulah berusaha melaksanakan tindakan positif yang
terancang sama ada secara individu ataupun melalui kumpulan supaya wabak ini tidak
menular dengan lebih ganas lagi.
40
Ibu bapa haruslah mengetahui faktor-faktor yang mendorong seseorang itu terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Ini akan menolong mereka merancang segala tindakan
yang perlu diambil sama ada secara individu ataupun melalui kumpulan seperti Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, PEMADAM dan sebagainya. Ibu bapa mestilah bersikap tegas
terhadap penyalahgunaan dadah. Ibu bapa janganlah sekali-kali membenarkan anak-
anaknya mengambil dadah. Sikap tegas ini haruslah diikuti pula dengan tindakan yang
tegas sekiranya didapati anak-anak sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Singkirkan perasaan malu untuk berhadapan dengan kenyataan. Laporkan atau serahkan
anak-anak yang terlibat itu kepada pihak yang berkuasa untuk mendapatkan pertolongan
dan sebagainya. Apa yang penting ialah ibu bapa haruslah berusaha untuk mendapatkan
maklumat tentang dadah dan penagihan dadah. Maklumat ini boleh didapati melalui
ceramah-ceramah, media massa dan sebagainya. Yang penting seseorang itu mestilah
berusaha bagi mendapatkan maklumat tersebut.
Namun, para ibu bapa malah seluruh masyarakat belum lagi memainkan peranan
atau bertindak dalam erti kata “action oriented” untuk mencegah penyalahgunaan dadah di
kalangan anak-anak. Semenjak kecil lagi peristiwa yang diperlakukan oleh keluarga adalah
merupakan sebahagian daripada proses sosialisasi (Mohd Taib Osman, 1995).
Ada ibu bapa yang marah apabila diberitahu bahawa anak mereka disyaki terlibat
dengan dadah dan ada yang menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak berkuasa
setelah tidak dapat mengawal kegiatan anak-anak. Oleh itu PIBG adalah satu-satunya
saluran yang sangat sesuai untuk mendapatkan kerjasama para ibu bapa bagi
membanteras penyalahgunaan dadah ini.
Kesimpulannya, hubungan antara penyalahgunaan dadah ini dengan proses sosialisai
adalah saling berkait rapat. Jika persekitaran sosial setiap pelajar adalah negatif dan mudah
terdedah dengan risiko pengambilan dadah, tidak mustahil setiap pelajar akan mengambil
dadah. Berbeza pula jika sebaliknya apabila persekitaran sosial mereka adalah positif dan
lebih cenderung dalam memerangi musuh nombor satu Negara, sudah pasti setiap pelajar
prihatin akan isu ini. Oleh itu, persekitaran sosial harus dipandang berat kerana seseorang
pelajar akan mencuba atau melakukan sesuatu perkara melalui pemerhatian mereka.
41
CADANGAN PENYELESAIAN
Mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar mempunyai hubungan yang
rapat dengan usaha kita untuk memperbaiki lagi kualiti dan kuantiti pelajaran. Jika
seseorang pelajar itu terlibat dengan dadah, sudah pasti pelajar tersebut tidak akan
mendapat manfaat daripada taraf pelajaran yang tinggi yang disediakan di dalam dan di luar
sekolah. Pengajaran dan pembelajaran amat mustahak bagi pembangunan Negara dan
semestinya belia kita yang terlibat dengan dadah akan menjejaskan segala usaha kerajaan
untuk membina masyarakat yang dinamik dan maju.
Golongan belia di Malaysia pada 2007 berjumlah 11.96 juta orang. Sepanjang
tempoh 2002 hingga 2007, jumlah bilangan belia (18 hingga 39 tahun) yang dikesan
menagih dadah adalah seramai 130, 006 orang. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2008
pula, jumlah bilangan belia yang dikesan menagih dadah (19 hingga 39 tahun) adalah
seramai 5,996 orang (66.85%) dari keseluruhan bilangan penagih dadah yang dikesan
dalam tempoh berkenaan. (IPPBM, 2008; AADK, 2008).
Sungguhpun perangkaan ini tidak menyebut jumlah sebenar pelajar yang terlibat
dengan dadah sama ada dari sekolah bantuan kerajaan dan swasta, kita perlulah
merancang suatu strategi agar wabak ini tidak menjalar ke dalam masyarakat sekolah
khasnya pelajar.
Dalam usaha bagi mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar, kita
perlulah mengkaji, meneliti dan memastikan bahawa segala program atau aktiviti itu
memberikan kesan yang positif sama ada dalam jangka masa panjang ataupun jangka
masa pendek. Kesan segera yang seharusnya dicapai ialah dengan memperolehi maklumat
tentang penglibatan seseorang itu dengan penyalahgunaan dadah di peringkat awal lagi..
Menurut kajian yang dilakukan oleh Jas Laile Suzana Jaafar (2002), gaya keibubapaan
autoritarian dan permisif cenderung membesarkan anak-anak yang mempunyai masalah seperti
terlibat dengan dadah. Manakala menurut Longmore, Monica dan Giordano (2001), mereka
mempercayai bahawa pengaruh hubungan gaya keibubapaan adalah mempunyai sifat positif
terhadap tingkah laku yang cenderung kepada aktiviti penagihan dadah di kalangan remaja
42
Oleh itu, bagi mengekang penyalahgunaan dadah peringkat IPT, AADK telah mengadakan
beberapa jenis program pencegahan di peringkat IPT seperti aktiviti ceramah, pameran, dan
tayangan video, ujian saringan air kencing, Program Kesejahteraan Kampus dan penglibatan
langsung AADK pada minggu Orientasi dan Konvokesyen IPT. Pada Julai 2008, 94 program
telah dijalankan dan daripada 23,345 peserta program yang terlibat, 16 darinya didapati positif
terlibat dengan penagihan dadah melalui Ujian Saringan Air Kencing, peningkat 93.75%
berbanding Jun 2008 (AADK, 2008)
Melalui program jangka panjang kesannya tidak dapat ditentukan dan kita tidak
dapat memastikan bila kita akan dapat mengesan pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan
dadah dan bila mereka akan sedar tentang bahayanya mengambil dadah. Ini ialah kerana
segala program atau aktiviti jangka panjang ini seperti seminar, kursus, khemah kerja dan
sebagainya kebanyakannya ditujukan kepada kumpulan sasar yang tidak terlibat dengan dadah.
Merekalah yang diharapkan dapat memainkan peranan dalam usaha mencegah
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar khasnya dan masyarakat amnya.
Biasanya kita dapat mengetahui dengan cepat tentang penglibatan pelajar dengan
penyalahgunaan dadah melalui soal siasat, sistem kawalan dadah, ujian air kencing, dan
sebagainya. Dengan cara ini secara tidak langsung kita dapat mengesan sama ada seseorang
itu mengambil dadah atau tidak. Dengan ini, kita dapat mengawasi mereka, menyelia dan
mengadakan khidmat bimbingan dan kaunseling kelompok. Ibu bapa mereka yang terlibat
dengan dadah dapat terus dihubungi dengan segera. Ini memungkinkan kerjasama dua hala
dapat diwujudkan segera sebelum penglibatan mereka menjadi serius.
Dalam persoalan dadah tidak memadai jika kita hanya menumpukan perhatian
kepada penyalahgunaan dadah semata-mata tanpa memberikan perhatian tentang keruntuhan
akhlak. Cara bagi mencegah penyalahgunaan dadah juga tidak memadai jika hanya tertumpu
kepada yang berbentuk material sahaja tanpa menitikberatkan aspek kerohanian dan
keagamaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keagamaan berperanan sebagai daya
kawalan dalaman yang sangat utama untuk mengelak dari tingkah laku penyalahgunaan bahan
(Nik Mohd. Zaini, 1991. Paulo Dalgalarrondi et al, 1998. Nazrul, 2000. Merrill Ray M et all,
2001). Pusat Penagihan dan Penyalahgunaan Bahan Kebangsaan Universiti Columbia
(2001) (The National Center on Addiction and Substance Abuse at Columbia University
[CASA]) menemui bahawa agama dan kerohanian mempunyai potensi yang sangat besar
untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan bahan di kalangan remaja dan orang dewasa dan
apabila digabungkan dengan rawatan professional untuk pemulihan (2001)
43
Agama merupakan asas pegangan hidup manusia. Agama Islam merupakan ajaran
yang merangkumi seluruh perlakuan dan peradaban manusia yang berkaitan dengan aspek
jasmani dan rohani yang mana ia boleh menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Akhlak yang berteraskan keimanan dan kepercayaan yang tunggal kepada Allah
membolehkan seseorang itu mengenali dan membezakan antara perkara yang baik dengan
perkara yang buruk selaras dengan hakikat yang telah ditetapkan syarak.
Selain itu, pendedahan tentang bahaya dadah amat perlu disampaikan kepada
semua pelajar dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat menengah. Pengetahuan ini
sekurang-kurangnya dapat berfungsi sebagai benteng untuk menahan mereka terjebak
dengan dadah. Cara yang paling praktikal ialah dengan mengadakan Minggu Kempen
Antidadah. Minggu Kempen Antidadah ini memerlukan penglibatan yang sepenuhnya daripada
pihak guru bagi menjayakannya. Di sepanjang minggu, berbagai-bagai aktiviti yang berkaitan
perlu diadakan tanpa menjejaskan keseluruhan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
harian. Dalam masa tujuh hari sahaja, pelajar didedahkan tentang bahaya dan tanggungjawab
seorang pelajar. Ini akan dilakukan oleh guru yang bertanggungjawab membicarakan tentang
dadah sekurang-kurangnya selama lima minit sebelum memulakan pengajarannya. Pihak
sekolah juga haruslah menyediakan tajuk-tajuk mengenai dadah serta huraian yang jelas
supaya kelak tiada masalah lain yang timbul. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan sepanjang
satu minggu. Antaranya ialah mengadakan peraduan melukis poster, peraduan mengarang
mengenai dadah, memaparkan keratan akhbar di papan-papan kenyataan, mengadakan
ceramah tentang akhlak keagamaan dan sebagainya.
Di samping itu, pihak sekolah haruslah mewujudkan Skim Lencana Antidadah
Pasukan Berpakaian Seragam di Sekolah Menengah. Skim Lencana ini bertujuan
membolehkan pelajar sekolah menengah menganggotai pasukan berpakaian seragam
melibatkan diri dalam aktiviti antidadah. Di samping itu, diharapkan agar skim ini dapat
menanamkan perasaan benci terhadap dadah di dalam jiwa mereka.
44
Tambahan lagi, salah satu keutamaan Negara membangun hari ini ialah mengaitkan
pendidikan dengan perkembangan sosial dan ekonomi Negara. Jika sekolah hendak
memainkan peranannya sebagai agen utama perubahan sosial, maka satu perhubungan
yang lebih rapat mestilah dititikberatkan iaitu antara perkara yang berlaku di sekolah
dengan yang berlaku di dalam masyarakat. Apa yang tidak boleh diketepikan ialah suatu
kajian ke atas kecaman yang sering ditujukan kepada sekolah yang datangnya dari luar dan
juga daripada sistem persekolahan bahawa pendidikan yang diberikan adalah berbentuk
akademik dan tidak berkaitan dengan masalah yang bakal ditemui oleh pelajar apabila
mereka berhenti sekolah kelak.
Sejajar dengan itu, pihak polis sememangnya sedar dan maklum akan tingkah laku
pelajar dan kegiatan mereka. Kaji selidik yang dijalankan oleh polis menunjukkan terdapat
peningkatan jumlah kanak-kanak termasuk penuntut sekolah yang terlibat dalam kegiatan
jenayah dan penyalahgunaan dadah. Bertolal dari sinilah pihak polis melancarkan satu
projek yang dikenali sebagai Projek Sekolah Anak Angkat Polis. Projek ini telah mendapat
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Kedua-dua pihak telah mengadakan mesyuarat
bersama beberapa kali untuk menyediakan garis panduan bagi projek ini. Ternyata dengan
kewujudan projek ini, ia memberikan beberapa kebaikan kepada semua pihak. Antaranya
ialah dapat memberikan peluang kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi merapatkan
perhubungan dan bertukar-tukar pendapat dengan pihak polis dari segi pencegahan
jenayah dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya ia turut membantu bagi meningkatkan lagi
perasaan menghormati undang-undang dan orang tua di kalangan pelajar dan yang paling
utama ialah untuk menyedarkan pelajar tentang gejala dan ancaman dadah supaya lebih
berhati-hati untuk keselamatan diri. Oleh itu, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menjayakan
projek ini. Misalnya mengadakan ruangan “Sudut Polis”. Melalui sudut ini, pelbagai mesej
dapat disampaikan agar setiap pelajar sentiasa peka dan berwaspada. Ruangan ini ternyata
dapat memuatkan sebarang artikel, petikan akhbar, dan kerjaya polis. Aktiviti ceramah juga
boleh diadakan ditambah pula dengan tayangan video berkaitan cerita yang bersesuaian
dengan dadah.
45
Selain itu, bagi memastikan ancaman dadah ini tidak berleluasa di sekolah, satu
Rancangan Sistem Penjaga harus diwujudkan. Sistem ini merupakan saluran yang
sistematik di mana ia menerima apa sahaja persoalan yang ditimbulkan oleh pelajar. Guru
yang merupakan pengganti kepada ibu bapa haruslah memahami setiap pelajar dengan
lebih mendalam sama ada dari segi emosi, minat, kebolehan, cita-cita dan aspirasi pelajar
berkenaan. Maka secara tidak langsung perhatian lebih rapat yang diberikan dapat
membantu kita dalam mengawasi gerak geri tingkah laku mereka agar tidak terjebak dengan
ancaman dadah.
Di samping itu, selain program jangka panjang, program jangka pendek juga
haruslah dilakukan sekerap yang mungkin. Dalam usaha untuk mengenalpasti penglibatan
awal seseorang itu dengan penyalahgunaan dadah , kita perlulah melaksanakan program
ini. Melaluinya kita akan dapat mengetahui dengan serta merta sama ada seseorang itu
terlibat dengan dadah atau tidak. Antara aktiviti jangka pendek ialah mendapatkan
maklumat, siasatan, pemeriksaan mengejut dan ujian air kencing, kaunseling dan serbuan.
Namun harus diingat bahawa aktiviti ini dilakukan tujuannya hanyalah mengesan pelajar
yang baru mencuba dadah bukanlah bertujuan untuk menghukum atau sebagainya. Dengan
ini pelajar tersebut dapat diawasi oleh guru dan juga ibu bapa.
Secara kesimpulannya isu moral penyalahgunaan dadah ini haruslah dibendung
dengan segera. Tanpa masalah ini sudah pasti prestasi pembelajaran mereka akan
mencapai tahap kemajuan yang cukup memuaskan. Dengan ini segala kejadian yang tidak
diingini yang dilakukan oleh pelajar seperti ponteng sekolah, vandalisma, memeras ugut,
mencuri, jenayah dan kejadian-kejadian lain yang melanggar undang-undang dan displin
sekolah tidak akan berlaku lagi. Seterusnya kita akan dapat melahirkan generasi pelajar
dan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan, berdedikasi, mempunyai kesihatan mental
dan fizikal yang baik, dinamik, hormat-menghormati serta bertanggungjawab terhadap
agama, bangsa dan Negara.
46
1.7 RUMUSAN
Kesimpulannya, dadah ternyata sekali membawa lebih banyak membawa kesan
yang buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan
banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan
mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama Negara.
Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan
hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan
berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu berkerjasama untuk membanteras
masalah ini.
Melalui pembacaan dan pemerhatian melalui pelbagai sumber tentang
penyalahgunaan dadah ini, diharapkan permasalahan dadah yang semakin berleluasa ini
dapat dikurangkan statististik sekurang-kurangnya. Jelas, menunjukkan pengetahuan amat
penting bagi setiap pelajar kerana melalui pengetahuanlah mereka dapat membanding beza
perkara yang baik dan yang buruk. Oleh itu, pendedahan dan penyampaian maklumat
mengenai dadah haruslah diberikan dari masa ke semasa.
Punca-punca berlakunya penyalahgunaan dadah haruslah disampaikan dengan
lebih jelas dan tepat kepada setiap pelajar dan masyarakat di sekelilingnya. Ini kerana
melalui pemahaman tentang puncalah seseorang pelajar dapat menghindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara tersebut. Ditambah pula apabila mereka didedahkan dengan
kesan atau bencana seseorang penagih dadah. Ternyata pelajar sekolah belajar melalui
pemerhatian dan bacaan. Maka, penting bagi setiap pihak mendedahkan mereka kepada
perkara-perkara yang positif. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.
Ibu bapa yang merupakan orang yang paling rapat dengan pelajar perlu memainkan
peranan bagi membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf
bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan Negara.. Berjuta-juta wang telah
dibelanjakan untuk membasmi penyalahgunaan dadah. Namun usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh pihak-pihak tertentu tidak menampakkan kesan positif yang ketara (Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPBM) 2008). Oleh itu teruslah tanpa putus
asa bagi memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah seperti bak kata
pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
47
1.8 PENGHARGAAN
Assalamualaikum .....
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan rahmat dan izin-Nya dapat saya
menyiapkan Tugasan Projek untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Mata
Pelajaran ELM 3104 Isu-Isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Murni.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Shidki
Bin Mat Yusoff dan Ustaz Mohamad Kamil Bin Jaafar yang telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan sepanjang saya menyiapkan Tugasan Projek ini. Sememangnya kerjasama yang
diberikan oleh kedua-dua pensyarah saya ini amat dihargai memandangkan saya perlu
menjalani Praktikum Fasa 2 sepanjang proses Tugasan Projek ini disiapkan.
Memandangkan kekangan masa dan kerja yang banyak, maka saya telah mengambil
inisiatif untuk merangka isu permasalahan yang telah diberikan dan mencari bahan-bahan
kajian sebelum Praktikum Fasa 2 berlangsung. Bagi memastikan kualiti tugasan ini sentiasa
mengikut standart yang telah ditetapkan, maka saya kerap kali menghantar tugasan ini
melalui laman sesawang kepada pensyarah bagi memudahkan pemeriksaan dan
penambahbaikan dilakukan. Sememangnya ia amat membantu saya agar tugasan ini dapat
disiapkan mengikut perancangan.
Disamping itu, terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan unit Pendidikan
Jasmani yang sudi memberikan idea dan pendapat bagi menghasilkan Tugasan Projek bagi
Mata Pelajaran ELM 3104 Isu-Isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Murni yang
lebih berkualiti. Setinggi-tingi penghargaan juga ditujukan kepada kedua orang tua saya
yang sedia memberikan bantuan dari segi moral dan kewangan dalam menyiapkan tugasan
ini.
Diharapkan agar tugasan ini akan membantu saya dalam menghasilkan tugasan
seterusnya yang lebih bersistematik. Tugasan Projek yang saya lakukan diharapkan dapat
dijadikan panduan dan petunjuk kepada pembaca. Sumber-sumber dari internet dan buku
turut diselitkan bagi membuktikan tugasan ini sahih dan saya tidak melakukan sebarang
plagiat. Akhir kata, semoga tugasan ini membantu saya dan anda semua kelak.
48
1.9 REFLEKSI
Bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan Kerja Kursus Projek bagi Mata Pelajaran Isu-isu Moral dan Cabaran
Penghayatan Nilai-nilai Murni ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Satu pelan kerja
telah dirangka bagi memastikan saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini mengikut
masa yang ditetapkan. Berdasarkan kepada tugasan yang diberikan, saya dikehendaki
untuk menghasilkan satu literatur mengenai isu-isu moral bagi penyalahgunaan dadah di
peringkat sekolah. Tujuannya adalah bagi menganalisis permasalahan yang wujud dan
memikirkan cara bagaimana permasalahan isu ini dapat diselesaikan.
Langkah pertama setelah saya menerima tugasan ini ialah saya terus melihat
secara rawak apakah isu-isu moral penyalahgunaan dadah yang kerap kali berlaku
sekarang ini. Walaupun isu ini telah berkurun lamanya, namun isu ini masih lagi berleluasa
malahan makin menjadi barah . Maka berdasarkan permasalahan yang telah wujud, saya
perlu mencari pelbagai sumber dan kajian bagi memenuhi objektif kerja kursus ini.
Memandangkan pensyarah saya iaitu Encik Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff dan Ustaz
Mohamad Kamil bin Jaafar merupakan pensyarah yang mengajar bagi mata pelajaran ini,
maka setiap daripada kami telah diberikan tajuk-tajuk isu-isu moral yang perlu dikaji. Ia
sedikit sebanyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dan menjimatkan masa
Kemudian, satu rangka piramid berkaitan bagaimana tugasan ini dilakukan
telah diterangkan oleh beliau. Setiap penerangan yang diberikan memerlukan saya untuk
mengenalpasti isu atau masalah secara umum dahulu. Kemudian barulah berfokus kepada
isu sepesifik yang telah dibahagikan oleh beliau. Melalui isu penyalahgunaan dadah yang
diberikan kepada saya, saya dapati isu ini memerlukan saya untuk mencari bahan bacaan
yang pelbagai. Contohnya buku rujukan, majalah, surat akhbar , internet dan sebagainya. Ini
kerana pembacaan yang lebih mendalam amat penting agar setiap maklumat yang akan
ditulis adalah sahih dan boleh dibuktikan.
Oleh itu, semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah berbincang dahulu
bersama Encik Ahmad Shidki bin Mat Yusoff dan Ustaz Mohamad Kamil bin Jaafar
berkaitan isu ini. Saya menerangkan sedikit sebanyak draft tugasan kali ini dengan
menyatakan bahawa isu umum yang dipilih adalah berdasarkan pembacaan daripada jurnal
yang berkaitan. Melalui jurnal tersebut, saya dapati masalah penyalahgunaan dadah
semakin berleluasa dan kini ia kian merebak dalam golongan pelajar sekolah pula. Ternyata
ia bertepatan dengan isu penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.
49
Setelah selesai menerangkan draft tugasan ini, beliau sedikit sebanyak telah
membantu saya dalam memberikan idea untuk memastikan tugasan kali ini lebih berkualiti.
Penambahbaikan oleh beliau dari segi bagaimanana untuk menganalisis dan menggunakan
bahan-bahan literature view amatlah penting bagi memastikan segala isu ini sahih dan
terbukti, bukan hanya pendapat kosong semata-mata.
Selesai sahaja melakukan perbincangan, saya terus mencari bahan-bahan
rujukan seterusnya menganalisis bahan-bahan yang diperolehi. Semasa sedang
menganalisis bahan-bahan yang diperolehi, saya harus mengumpul seberapa banyak
pendapat yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini. Namun begitu saya
menghadapi masalah apabila saya dapati bahan-bahan rujukan saya tidak pelbagai dan
kurang. Maka saya telah mengambil inisiatif lain untuk menambah dua lagi 2 buah buku
berkaitan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah. Setiap bahan bacaan yang
digunakan oleh saya untuk dijadikan rujukan sangat membantu disamping perkongsian idea
oleh rakan sekelas dan rakan dari kelas-kelas yang lain. Saya harus berhati-hati untuk
menghasilkan kerja kursus ini kerana apa sahaja yang ditulis di dalam ini tidak mengelirukan
mana-mana pihak. Oleh itu, saya harus memahami isu penyalahgunaan dadah ini dengan
sepenuhnya terlebih dahulu.
Kemudian selesai sahaja menyiapkan separuh tugasan ini, saya terus
menghantar draft tugasan ini kepada Encik Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff untuk semakan
dan penambahan idea oleh beliau. Draf ini dihantar sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri lagi di
mana saya menghantar draft mengenai permasalahan, kajian-kajian lepas dan rumusan
kajian lepas mengenai isu penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah. Setiap cadangan
dan persetujuan beliau amat saya hargai dan ia amat membantu saya untuk membaiki kerja
kursus sebelum menghantar tugasan yang selengkapnya mengikut tempoh masa yang
diberikan.
Seterusnya, apabila draft tugasan saya diterima oleh Encik Ahmad Shidki Bin
Mat Yusoff maka, saya terus bergerak kepada langkah seterusnya iaitu membuat analisis
dan penulisan akademik berkaitan isu ini dengan lebih mendalam lagi. Semasa tugasan ini
dihasilkan terdapat juga pelbagai masalah yang timbul. Antaranya ialah, saya perlu
membuat analisis dan penulisan akademik sebanyak 15 hingga 25 muka surat. Pada
awalnya ia amat menyukarkan saya untuk menghasilkan tugasan sebanyak itu, tetapi
akhirnya saya dapat menyiapkannya dengan bantuan pensyarah pembimbing saya. Beliau
telah menunjukkan kepada saya dan rakan sekelas contoh tugasan yang betul.
50
Walaupun terdapat banyak kesukaran semasa menyiapkan kerja kursus ini,
namun saya dapat menanganinya dengan penuh kesabaran terutama ketika mencari,
mengumpul dan memahami maklumat isu penyalahgunaan dadah ini. Pelbagai masalah
telah dihadapi oleh saya ketika menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah kesuntukan masa
untuk memastikan kerja kursus ini berkualiti. Namun berkat semangat dan kesabaran,
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang berkualiti ini tepat pada masanya. Selain itu
masalah internet yang dihadapi menyukarkan saya untuk mencari bahan-bahan kajian. Saya
terpaksa meluangkan banyak masa untuk mencari, mengumpul, membaca, memahami dan
merangka isi-isi penting. Di samping itu, kesukaran untuk meminjam buku kerana
kebanyakannya telah dipinjam oleh rakan lain dan saya terpaksa menunggu giliran.
Untuk memastikan kerja kursus ini sentiasa berkualiti saya mengharapkan
agar perpustakaan menambahkan lagi buku-buku berkaitan penyalahgunaan dadah yang
berlaku di peringkat sekolah n untuk edisi terbaru kerana kebanyakan buku ini adalah edisi
yang lama. Kebanyakan buku-buku edisi lama hanya menerangkan secara ringkas dan
hanya mengandungi statistik penyalahgunaan dadah yang lama menyebabkan saya sukar
untuk mencari statistic terbaru. Ditambah pula dengan kurangnya bahan bukti
menyukarkan saya untuk membuat pemerhatian dengan lebih mendalam. Pembaharuan
pada edisi baru mungkin akan memberikan tugasan saya ini lebih baik. Selain itu
meletakkan banyak lagi surat khabar, majalah atau jurnal berkaitan isu semasa ini di
papan tanda atau rak ruangan membaca. Ini memastikan agar kami sentiasa peka dengan
maklumat berkaitan beserta bahan-bahan bukti. Selain itu, membaik pulih ‘line’ internet bagi
memudahkan saya untuk menyelesaikan tugasan ini agar saya dapat menyiapkannya
dengan berkualiti.
Pada mulanya amat sukar bagi saya menyiapkan kerja kursus ini terutama untuk
memastikan hasilnya adalah yang lebih berkualiti. Saya amat bersyukur dengan adanya
pensyarah pembimbing, berkat nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan, akhirnya saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan. Walaupun masa yang
diberikan tidak mencukupi tetapi tugasan ini sememangnya memberi saya satu
pengalaman dimana ia membantu saya dalam meningkakan tahap kognitif saya.
Ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk membaca, memerhati,
menganalisis, dan seterusnya membuat kesimpulan bagi setiap maklumat yang diperolehi.
Secara tidak langsung ia membantu otak saya untuk terus berfikir dengan lebih mendalam.
Setiap bahan bacaan yang pelbagai turut memerlukan saya untuk memberikan perhatian
yang lebih kerana ada kalanya setiap maklumat yang diberikan sering kali berulang-rulang.
51
Sesungguhnya sebagai bakal guru, kita haruslah bijak untuk memahami
setiap permasalahan yang wujud sebelum, semasa dan selepas. Tujuannya agar kita dapat
mempersiapkan diri dengan setiap permasalahan ini agar isu ini tidak terus merebak dan
menghancurkan pewaris tonggak Negara iaitu pelajar-pelajar sekolah khasnya. Melalui
tugasan inilah segalanya saya fahami dan diharapkan ia dapat membantu saya kelak ketika
mengajar.Wassalam.
52
1.10 BIBLIOGRAFI
Mohd Noorazam Abd Razak, Fatin Aliana Mohd Radzi, Mohamad Azmi Adnan Hashbullah
Ismail Ani Mazlina Dewi Mohamed & Soffian Omar Fauzee, Pengajaran Penyalahgunaan
Dadah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat,
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/5_6.pdf , Di akses pada 25 Jun 2013
Chan Yuen Fook, Abd Halim Mohd. Hussin, Gurnam Kaur Sidhu, Nazeera Ahmed Bazari &
Rozilah Abdul Aziz, Tahap Pengetahuan Murid Sekolah Rendah Malaysia Tentang Bahaya
Dadah, http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_2.pdf, Di akses pada 25 Jun
2013
Mahmood Nazar Mohamed & Yahya Don, Pembinaan Harga Diri Pelajar melalui Program
PINTAR di Sekolah Kebangsaan. Adakah kita berjaya ?
http://repo.uum.edu.my/2333/1/08152010111553_02.pdf , Di akses pada 25 Jun 2013
H.M. Abdullah Al-Hadi, Faktor-Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Penyalahgunaan Dadah:
Satu Kajian Perbandingan antara Penyalahguna Dadah dengan Bukan Penyalahgunaan
Dadah, http://psasir.upm.edu.my/2946/1/Faktor-
Faktor_Keluarga_dan_Tingkah_Laku_Penyalahgunaan_Dadah.pdf, Di akses pada 25 Julai
2013
Azman Mohd Noor & Mohd Al-Ikhsan bin Ghazali, Penyalahgunaan Dadah Dan Kewajaran
Peruntukan Hukuman Mati Ke Atas Pengedar Dadah Di Malaysia: Satu Analisis , http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4033/02%20Penyalahgunaan%20Dadah.pdf,
Di akses pada 25 Jun 2013
Khaidzir Hj. Ismail, Mohd Fauzi Mohd Jani, Abdul Hamid Jaafar, Fariza Md Sham, Zainab
Ismail, Doris Padmini a/p Selvaratnam, Noriah Mohd Ishak & Khairil Awuar, Pengesan
Penanda Awal Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Dalam Kalangan Pelajar Ipta(Kajian Kes
Di Universiti Kebangsaan Malaysia) http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_1.pdf,
Diakses pada 26 Jun 2013
53
Balan Rathakrishnan & Rahimah Abd Rahim, Etnik Dan Gaya Keibubapaan Ke Atas
Penglibatan Pelajar Dalam Penagihan Dadah: Satu Kajian Awal Di Sabah
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2008/6.pdf, Di akses pada 26 Jun 2013
Akmal Adib bin Fadzil, Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah
http://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/kesan-kesan-penyalahgunaan-dadah.html,
Di akses pada 26 Jun 2013
Abdul Ghafar Taib,Tahun 1988,Dadah, Strategi Dan Kawalan Di Sekolah-Sekolah
Khairi Bin Ab.Razak, Tahun 2007, Dadah Musuh No.1 Negara
54
Recommended