View
238
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR
TINGKATAN SATU SEK. MEN. KEB. AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA
TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
NOR FAIZAH BINTI A. RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR
TINGKATAN SATU SEK. MEN. KEB. AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK,
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
NOR FAIZAH BINTI A. RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iiiDEDIKASI
Ku tujukan ucapan ringkas penuh bermakna ini khas buat...
Teristimewa.... Untuk ayah dan mak yang paling kusayangi...
A. Rahman bin Abdullah dan Kuntom binti Daud
Terima kasih di atas segala curahan kasih sayang dan didikanmu
Doa, nasihat dan restumu sentiasa mengiringi perjalanan hidupku
Hampir 23 tahun kita bersama.. doaku agar kita sentiasa dipanjangkan umur
Ya Allah.. berilah kesempatan yang secukupnya untukku membahagiakan mereka selagi hayat ada...
Berilah peluang kepadaku untuk menghargai masa yang seketika cuma ini,
Kerna kutahu suatu hari nanti aku pasti merindui ‘air tangan’
Yang takkan kurasai lagi seperti hari ini..
Doakanlah untukku.. Moga aku tergolong dalam kalangan anak-anak yang solehah..
Tidak lupa juga buat abang-abang dan kakak-kakak yang dihormati
Terima kasih atas segala dorongan dan sokongan selama ini,
Kalianlah pembakar semangat untuk aku terus menuntut ilmu
Buat arwah Kak Inah dan Ju yang telah pergi sebelum sempat
Melihat aku bergaya dengan topi graduan di kepala...
Pemergianmu di saat aku bertarung dengan peperiksaan akhir tidak pernah kuduga
Moga roh kalian dicucuri dan dirahmati Allah selalu, insyaAllah...
Buat anak-anak buah yang amat kurindui..
Terima kasih kerana sudi melayan kerenah mak su mu ini
Buat yang sentiasa diingati, satu-satunya tok yang masih ada...
Moga Allah sentiasa memanjangkan usiamu..
Agar kau sempat melihat kebahagiaan dan kegembiraanku yang kau harapkan...InsyaAllah..
Tidak ketinggalan, ucapan ini ditujukan khas buat..
Teman-teman... Mohd Zaidi bin Mohd Nazar, terima kasih kerana sudi mendengar
Luahan dan kerisauan sepanjang menyiapkan tesis ini,
Moga impian kita dimakbulkan Allah, insyaAllah...
Juga teman-teman seperjuangan
5 tahun kita di sini.. terlalu banyak suka dan duka kita lalui bersama
Akan ku abadikan kenangan kita bersama di bumi UTM ini
Sebagai memori indah dalam kamus hidupku... moga kita bersua lagi suatu hari nanti....
iv
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda, para
sahabat serta sekalian mujahidin yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka
bumi ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan
laporan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat P.M. Dr. Hussin bin
Salamon, selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang banyak membantu menghulurkan
kerjasama, bimbingan serta dorongan yang sepenuhnya untuk menyempurnakan laporan
projek ini. Turut dihargai kepada semua pensyarah dan staf PPIPS serta para responden
yang banyak membantu dalam menyiapkan projek ini.
Gugusan mawaddah terindah dirangkaikan buat kedua ibu bapa saya yang sentiasa
memberi semangat dan galakan serta menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk
meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Juga buat teman-teman yang terlalu
banyak memberi dorongan dan menyumbang budi.
Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas segala
kerjasama yang diberikan. Semoga segala sumbangan dan dorongan kalian akan
diberkati Allah.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Pertambahan bilangan SMKA dari setahun ke setahun menunjukkan
perkembangan positif terhadap penerimaan sekolah aliran agama di kalangan
masyarakat dan pelajar. Berdasarkan fenomena tersebut, penyelidik ingin mengkaji
tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih SMKA sebagai tempat belajar.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji tentang aspek kelebihan belajar di SMKA.
Kajian ini berbentuk deskriptif dan telah dijalankan di SMKA Sheikh Abdul Malek,
Kuala Terengganu. Seramai 104 orang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan telah
dipilih sebagai responden. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan set soal
selidik berdasarkan kepada Skala Likert sebagai instrumen kajian manakala dapatan
kajian pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 11.0. Nilai alpha kebolehpercayaan bagi kajian rintis ialah 0.8092. Analisis
data dibuat mengikut kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan
dan min seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil dapatan kajian
menunjukkan faktor minat merupakan faktor utama pelajar memilih untuk belajar di
SMKA. Selain itu, faktor ibu bapa dan keluarga, faktor guru dan faktor rakan sebaya
juga turut mendorong pelajar untuk memilih SMKA sebagai tempat meneruskan
pembelajaran. Bagi aspek kelebihan belajar pula, penyelidik mendapati aspek aktiviti
dan pendekatan yang dipraktikkan di SMKA mempunyai skor min tertinggi berbanding
aspek pencapaian akademik dan pembentukan peribadi serta aspek kemudahan. Di akhir
kajian, penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang
terlibat.
vi
ABSTRACT
The increasing number of SMKA from year to year shows a positive acceptance
for religious school in society and among students. Based on that phenomena, the
researcher choose to survey the factors influencing the students to choose SMKA.
Besides that, the aim of this research is to survey the benefits of studying at SMKA. 104
form one student’s of SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu was chosen as
respondent. A set of questionnaire based on Likert Scale is used as research instrument
and were analyzed descriptively using Statistical Package for the Social Science (SPSS)
to determine the frequency, percentage and mean and were presented in a table form.
The reliability is α=0.8092. The results showed that the factor of interest is the main
factor why student choose to study at SMKA. Besides that, the factor of family, teachers
and friends are also contributing in choosing to study at SMKA. In aspect of benefits
studying there, it is discovered that the activity and methodology practiced at SMKA get
the highest mean as compare to the aspect of academic performance and personal
development and facilities. Researcher also has proposed a few suggestions in the end of
this research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii 1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi/ Istilah 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN PENULIS 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teori Asas Mengenai Bidang Yang Dikaji 14
2.3 Kajian Penyelidik 16
2.3.1 Minat 16
2.3.2 Ibu Bapa Dan Keluarga 18
2.3.3 Pengaruh Guru 21
2.3.4 Rakan Sebaya 23
2.4 Kelebihan Belajar Di SMKA 25
2.5 Kajian-kajian Terdahulu Yang Berkaitan 28
Dengan Bidang Yang Dikaji
2.6 Kesimpulan 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.2.1 Kajian Perpustakaan 32
3.2.2 Kajian Lapangan 33
3.2.2.1 Tempat Kajian 34
3.2.2.2 Populasi Dan Persampelan 35
ix 3.2.2.3 Instrumen Kajian 36
3.2.2.4 Kajian Rintis 38
3.2.2.5 Prosedur Kajian Sebenar 39
3.2.2.6 Analisis Data 40
3.2.2.7 Jangkamasa Kajian 41
3.3 Kesimpulan 41
BAB IV DAPATAN KAJIAN 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data 44
4.2.1 Analisis Data Bahagian A 44
4.2.1.1 Jantina 44
4.2.1.2 Umur 45
4.2.1.3 Keputusan UPSR 45
4.2.1.4 Tahap Pendidikan Bapa 46
4.2.1.5 Tahap Pendidikan Ibu 46
4.2.2 Analisis Data Bahagian B 47
4.2.2.1 Analisis Faktor Minat 47
4.2.2.2 Analisis Faktor Ibu Bapa dan 50
Keluarga
4.2.2.3 Analisis Faktor Guru 53
4.2.2.4 Analisis Faktor Rakan Sebaya 56
4.2.3 Analisis Data Bahagian C 58
4.2.3.1 Analisis Kelebihan Belajar 59
Di SMKA Dari Aspek
Aktiviti Dan Pendekatan
4.2.3.2 Analisis Kelebihan Belajar 62
x Di SMKA Dari Aspek
Pencapaian Akademik Dan
Pembentukan Peribadi
4.2.3.3 Analisis Kelebihan Belajar 65
Di SMKA Dari Aspek
Kemudahan
4.3 Analisis Keseluruhan 69
4.3.1 Faktor-faktor Yang Mendorong 69
Pelajar Untuk Belajar
Di SMKA
4.3.2 Faktor Utama Yang Mendorong 70
Pelajar Memilih SMKA
4.3.3 Kelebihan Belajar Di SMKA 70
4.4 Kesimpulan 71
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Latar Belakang Responden 73
5.2.2 Faktor-faktor Yang Mendorong Pelajar 74
Untuk Belajar Di SMKA
5.2.2.1 Minat 74
5.2.2.2 Ibu Bapa Dan Keluarga 76
5.2.2.3 Guru 77
5.2.2.4 Rakan Sebaya 79
5.2.3 Faktor Utama Yang Mendorong Pelajar 80
Memilih SMKA
5.2.4 Kelebihan Belajar Di SMKA 81
xi 5.2.4.1 Aspek Aktiviti Dan Pendekatan 82
5.2.4.2 Aspek Pencapaian Akademik 83
Dan Pembentukan Peribadi
5.2.4.3 Aspek Kemudahan 84
5.3 Rumusan 86
5.4 Cadangan 87
5.4.1 Pelajar 87
5.4.2 Ibu Bapa 87
5.4.3 Guru Dan Sekolah 88
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 88
5.5 Kajian Lanjutan 89
5.6 Kesimpulan 90
SENARAI RUJUKAN 91
LAMPIRAN A - C
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan pelajar 35
3.2 Skala likert 37
3.3 Pecahan soalan mengikut bahagian 38
3.4 Tahap skor min 41
4.1 Analisis data mengikut bahagian dalam 44
soal selidik
4.2 Taburan jantina responden 44
4.3 Taburan umur responden 45
4.4 Taburan keputusan UPSR responden 45
4.5 Taburan tahap pendidikan bapa responden 46
4.6 Taburan tahap pendidikan ibu responden 46
4.7 Taburan data item berkaitan dengan faktor 47
minat
4.8 Taburan data item berkaitan dengan faktor 50
ibu bapa dan keluarga
4.9 Taburan data item berkaitan dengan faktor 53
guru
4.10 Taburan data item berkaitan dengan faktor 56
rakan sebaya
xiii4.11 Taburan data item berkaitan dengan kelebihan 59
belajar di SMKA dari aspek aktiviti dan
pendekatan
4.12 Taburan data item berkaitan dengan kelebihan 62
belajar di SMKA dari aspek pencapaian
akademik dan pembentukan peribadi
4.13 Taburan data item berkaitan dengan kelebihan 65
belajar di SMKA dari aspek kemudahan
4.14 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian 69
yang pertama
4.15 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian 70
yang ketiga
xiv
SENARAI SINGKATAN
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JAPIM - Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KUIM - Kolej Universiti Islam Malaysia
MRSM - Maktab Rendah Sains Mara
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
UIA - Universiti Islam Antarabangsa
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 95
B Surat Kebenaran KPM 101
C Surat Akuan Dari Fakulti Pendidikan 103
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang begitu penting dalam merealisasikan
kehendak dan harapan yang ingin dicapai oleh sesuatu bangsa dan negara. Tanpa
pendidikan sudah pastinya sesebuah negara itu akan mundur dan mudah dijajah
sebagaimana yang pernah berlaku ke atas negara kita suatu masa dahulu. Kini terdapat
semakin ramai golongan yang cerdik pandai serta masing-masing berlumba-lumba untuk
menimba ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu kita dapat mengangkat darjat dan
martabat bangsa, agama dan negara. Huraian di atas amat bertepatan dengan apa yang
telah digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam
Utusan Malaysia (Sabtu, 17 Disember 2005) berkaitan kepentingan pendidikan.
Menurut ahli falsafah Inggeris yang terkenal iaitu Herbert Spencer, dasar
pendidikan itu ialah untuk menyediakan manusia menjalani kehidupan yang sempurna di
samping mempunyai tubuh badan yang kuat, akhlak yang sempurna serta mampu
berfikir dengan baik. Jika diteliti pendapat beliau ternyata orang barat juga ingin melihat
2
anak-anak mereka menjalani kehidupan yang sempurna dan bahagia. Bagi mereka,
pendidikan ialah menyediakan anak-anak untuk menghadapi masa depan dengan penuh
kegemilangan. Namun apa yang berbeza dengan umat Islam dilihat dari sudut istilah
kebaikan dan kebahagiaan yang dinyatakan. Bagi umat Islam, kebaikan itu ialah
kebaikan dalam agama dan kehidupan, manakala kebahagiaan yang dicapai ialah dari
dunia hingga ke akhirat (Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, 1982: 43-44).
Konsep Pendidikan Islam adalah menyeluruh. Ianya menitikberatkan bukan
sahaja pemupukan potensi dan perkembangan personaliti seseorang individu, tetapi juga
berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan ajaran al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w. bagi membentuk insan salih, bertakwa dan beriman serta merapat dan
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. semata-mata. Pendidikan Islam merupakan
proses yang berterusan sepanjang hayat samaada secara formal ataupun tidak formal.
Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya
menghadkan pengajaran akademik dalam bilik darjah. Dengan adanya didikan agama
ianya dapat membangunkan rohani dan jasmani seseorang insan agar bertakwa kepada
Allah. Didikan agama berlandaskan al-Quran dan hadis Rasululllah s.a.w. dapat
membantu mencapai matlamat wawasan yang seimbang dengan tuntutan dunia dan
akhirat. Oleh yang demikian, ibu bapa bukan sahaja harus memberi didikan secara tidak
formal kepada anak-anak di rumah malah dipertanggungjawabkan untuk menghantar
mereka ke sekolah bagi mempelajari ilmu dalam bidang agama dan bukan agama secara
formal.
Sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan ilmu semata-mata malahan
ianya juga merupakan sebuah institusi yang berperanan menarik masyarakat untuk
mencintai ilmu. Kini, dalam sistem pendidikan negara, mata pelajaran Pendidikan Islam
telah dititikberatkan dan diberi penekanan di semua sekolah tidak kira sekolah harian
3
biasa ataupun sekolah aliran agama. Oleh yang demikian, pelajar tidak mempunyai
masalah sekiranya ingin meneruskan pengajian pendidikan Islam yang telah dipelajari di
sekolah rendah kerana mata pelajaran tersebut terdapat di sekolah menengah. Oleh itu,
mereka boleh membuat pilihan sama ada ingin belajar di sekolah menengah harian biasa
ataupun sekolah menengah aliran agama.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penjajahan British di Tanah Melayu telah meninggalkan implikasi yang begitu
besar bukan sahaja dari segi politik, ekonomi, sosial malah juga dalam aspek pendidikan
khususnya bidang Pendidikan Islam. Sebelum kedatangan penjajah British, proses
pendidikan agama di kalangan masyarakat Islam di Tanah Melayu berjalan dengan
lancar tanpa sebarang gangguan. Proses pendidikan Islam di Tanah Melayu telah
berjalan sekian lamanya. Kajian yang dibuat setakat ini telah menunjukkan bahawa
pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru, kemudian
berkembang menjadi pondok seterusnya menjadi madrasah dan akhirnya menjadi
sekolah-sekolah agama (Ahmad Mohd Salleh, 1997: 65). Manakala Haron Din dan Sobri
Salamon pula menyatakan bahawa secara umumnya perkembangan pendidikan agama di
Semenanjung Malaysia mengalami empat tahap iaitu institusi rumah imam atau guru,
pondok, madrasah dan sistem sekular (Ahmad Kilani Mohamed, 2003: 24-25).
Sebelum wujudnya sistem persekolahan, pendidikan Islam berlangsung di rumah
guru. Mereka yang berkebolehan dalam bidang agama menjadi tumpuan untuk proses
sosialisasi kanak-kanak dan orang dewasa berasaskan ajaran Islam. Antara pelajaran
yang dipelajari adalah berkaitan al-Quran, Usul Fiqh dan hikayat-hikayat yang
mendatangkan pengajaran yang baik. Perkembangan yang semakin pesat telah
4
menyaksikan peningkatan bilangan pelajar sehingga tempat belajar terpaksa dipindahkan
ke surau atau masjid. Malah terdapat juga pelajar yang datang dari jauh. Lantaran itu,
sebagai kemudahan kepada pelajar yang terpaksa berulang alik, maka pondok kecil
didirikan sekitar rumah guru lantas wujudlah apa yang disebut sebagai sistem pondok
(Ahmad Mohd Salleh, 1997: 67).
Menurut kajian oleh Abdul Samat Musa dalam Ahmad Kilani (2003: 27), sistem
pengajian pondok tidak mempunyai matlamat yang jelas. Menurut Abdullah Ishak pula,
sistem pendidikan dan pembelajaran pondok lebih berbentuk tradisional di mana calon
pelajar tidak dihadkan umur dan kebolehan. Mereka diterima masuk jika boleh membaca
jawi dan al-Quran. Secara keseluruhannya, kurikulum institusi pondok di Tanah Melayu
tidak mempunyai bentuk yang selaras sebagai panduan kepada pondok-pondok lain.
Setiap pondok mempunyai kurikulumnya yang tersendiri mengikut budi bicara tok guru
masing-masing. Antara pelajaran yang disampaikan di sekolah pondok ialah Tauhid,
Fikah, Tasawwur, Usul Fiqh dan Tarekat Islam. Subjek ini diajar untuk memberi
keteguhan agama di samping mewujudkan perasaan kekitaan.
Tahap seterusnya, sistem pendidikan Islam semakin berkembang sehingga
tertubuhnya madrasah. Institusi ini wujud hasil gerakan islah yang dipelopori oleh
golongan pelajar yang diketuai oleh Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin.
Haron Din dan Sobri Salamon menegaskan bahawa sistem madrasah lebih sistematik
dan lebih formal dari sistem pondok (Ahmad Kilani Mohamed, 2003: 30). Dalam sistem
madrasah, mata pelajaran Islam sudah tidak tertumpu kepada soal-soal ibadat dan
Tauhid semata-mata tetapi lebih komprehensif lagi dengan memasukkan dalam
kurikulumnya mata pelajaran lain seperti bahasa Arab, Ilmu Hisab serta subjek lain yang
boleh membantu pelajar mendapat pendidikan yang sempurna.
5
Namun demikian, kedatangan penjajah menyebabkan proses pendidikan di
madrasah dan sekolah agama terancam kerana sistem sekular yang dibawa oleh mereka.
Pada peringkat awal, penjajah British telah menubuhkan sekolah Inggeris yang
dikendalikan oleh golongan mubaligh Kristian. Hal Ini menunjukkan bahawa British
telah berusaha membawa elemen agama dalam proses kristianisasi semasa menjajah
negara ini. Keadaan ini telah menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu yang
kebanyakannya beragama Islam (Kassim Tukiman, 2002: 79). Selain itu, kedatangan
penjajah juga telah mengganggu corak pendidikan Islam di Tanah Melayu. Kesannya,
pendidikan Islam yang diterapkan di kalangan pelajar semakin terhakis akibat
pengenalan kepada pendidikan sekular. Pengajian agama dan al-Quran di sekolah-
sekolah Melayu telah ‘diketepikan’ dari jadual rasmi sekolah dan diarahkan supaya
diajar pada waktu petang (Ghazali Darusalam, 2001: 103).
Keadaan menjadi semakin runcing apabila sekolah Melayu didirikan hanya untuk
golongan elit agar rangkaian kepimpinan Melayu lahir berlatar belakangkan pendidikan
barat. Dari sinilah timbulnya konflik pendidikan masyarakat Melayu yang
membahagikan pendidikan sekular dan agama. Malah pihak penjajah telah memajukan
sekolah-sekolah tajaan mereka dengan bantuan yang besar manakala perkembangan
sekolah agama diserahkan kepada rakyat. Ekoran daripada itu, timbullah
ketidakselarasan dalam sistem pendidikan Islam. Terdapat perbezaan dari segi
kurikulum dan pentadbiran. Lulusan sekolah agama tidak mendapat pengiktirafan
daripada penjajah (Ghazali Darusalam, 2001: 104). Malah hanya mereka yang
mendapat pendidikan barat berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik dan lebih
terjamin masa depannya.
Tambahan pula, dasar pelajaran kerajaan yang terdapat dalam Penyata Razak
1956 dan Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 memberi gambaran amat berbeza
dari segi prospektif dan sistem pelajaran sekolah agama di mana jaminan ekonomi lebih
jelas bagi para pelajar yang lulus dari sekolah-sekolah kerajaan berbanding sekolah
6
agama. Oleh kerana rakyat Malaysia menyedari bahawa ekonomi merupakan satu
daripada faktor asas dalam kehidupan, maka ramai ibu bapa lebih tertarik menghantar
anak-anak mereka ke sekolah kerajaan (Ahmad Mohd Salleh, 1997: 73).
Walaupun begitu, sebahagian masyarakat Islam masih lagi dapat berfikir dengan
waras dan rasional di sebalik propaganda yang dibawa oleh barat. Semua aspek yang
terdapat dalam agama Islam khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam harus
difahami oleh masyarakat dengan sempurna seterusnya memperbaiki setiap kelemahan
tersebut. Berdasarkan resolusi yang diambil dari Seminar Pendidikan Islam pertama,
banyak pihak termasuk Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) mendesak Kementerian Pendidikan (kini Kementerian
Pelajaran) mengambilalih secara berperingkat pentadbiran semua jenis sekolah agama
untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang sama seterusnya mengubah sistem sekolah
agama agar selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Ismail Ab. Rahman, 1992:
16, 198). Pengambilalihan sekolah-sekolah menengah agama oleh Kementerian
Pendidikan berlaku dengan pesat pada tahun 1977 (Ismail Ab. Rahman, 1992: 199).
Sehingga kini terdapat 55 buah SMKA di Malaysia. Langkah yang diambil oleh
kerajaan telah memberi kebaikan kepada pelajar. Sehingga akhir tahun 1970an dan awal
tahun 1980an, pelajar-pelajar aliran agama bukan sahaja mampu melanjutkan pelajaran
mereka dalam bidang agama tetapi juga berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang
lain seperti sains, perubatan, undang-undang, ekonomi dan lain-lain (Ismail Ab.
Rahman, 1992: 17). Kini, aliran teknik dan kejuruteraan juga turut diwujudkan di
SMKA sebagai memenuhi keperluan tenaga kerja negara yang mahir dalam bidang sains
dan teknologi. SMKA menjadi antara pilihan utama ibu bapa dan pelajar di seluruh
negara.
Sesuai dengan peredaran zaman, golongan ibu bapa semakin sedar dan prihatin
tentang kepentingan pendidikan agama dalam setiap ruang kehidupan sama ada di dunia
7
mahupun di akhirat. Apa yang pasti, aspek agama dan keperluan akademik tidak dapat
dipisahkan malah perlu disepadukan antara kedua-duanya. Tanpa agama pasti
pincanglah hidup seseorang itu. Akibat daripada perubahan tersebut, semakin ramai ibu
bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama supaya pendidikan
agama yang diterapkan dalam diri pelajar dapat menjadi benteng untuk menghalang
sebarang anasir negatif yang boleh mempengaruhi anak-anak mereka.
Tambahan pula, melihat kepada senario remaja hari ini yang dilanda pelbagai
masalah disiplin dan salah laku, maka kebanyakan pihak terutamanya ibu bapa
berpendapat penekanan terhadap aspek pendidikan agama harus lebih dititikberatkan di
samping persekitaran sekolah yang bersifat Islamik ke arah membentuk pelajar bukan
sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah mempunyai akhlak yang baik. Atas
kesedaran inilah permohonan masuk ke SMKA mengalami perubahan yang
memberangsangkan malah semakin meningkat dengan begitu cepat dari setahun ke
setahun. Rentetan daripada itu, penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang yang
mendorong pelajar memilih SMKA sebagai tempat pengajian mereka yang seterusnya.
1.3 Pernyataan Masalah
Perubahan yang berlaku di dalam sistem pelajaran Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama telah banyak meyakinkan banyak pihak terutamanya ibu bapa untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Tidak seperti suatu ketika dahulu, SMKA
dianggap sebagai sekolah ‘sementara’ bagi sesetengah pelajar sebelum mendapat
tawaran dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM). Malah kini SMKA menjadi antara sekolah pilihan utama kebanyakan ibu bapa
8
dan pelajar kerana SMKA telah berjaya membuktikan kecemerlangan bukan sahaja
dalam bidang akademik malah dari aspek akhlak juga.
Jika diperhatikan, permohonan masuk ke SMKA semakin meningkat dari
setahun ke setahun tetapi peratus permohonan yang berjaya dan diterima belajar di
SMKA masih terlalu rendah. Hal ini disebabkan bilangan SMKA yang ada adalah jauh
lebih sedikit berbanding sekolah menengah harian biasa. Bahkan kekurangan tempat
yang disediakan di SMKA menjadi isu mengapa permohonan kebanyakan pelajar
terpaksa ditolak. Walaupun pelajar yang memohon ke SMKA rata-ratanya mendapat
keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun
hanya pelajar yang terbaik sahaja yang dipilih belajar di sini. Justeru itu, kajian yang
dijalankan akan mengenal pasti apakah faktor yang mendorong pelajar memilih SMKA
sebagai tempat meneruskan pengajian mereka setelah tamat sekolah rendah.
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
i) Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk belajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
ii) Mengenal pasti faktor utama yang mendorong pelajar memilih Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama
9
iii) Mengenal pasti kelebihan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama
1.5 Persoalan Kajian
Berpandukan latar belakang masalah, kajian ini bertujuan mengenal pasti:
i) Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk belajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama ?
ii) Apakah faktor utama yang mendorong pelajar memilih Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama ?
iii) Apakah kelebihan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ?
Recommended