Masalah Membaca Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran

Preview:

Citation preview

Masalah membaca dalam kalangan murid

bermasalah pembelajaran

Nama :Edna Mag Ery Georgiana ak MuniNama Pensyarah : Puan FatimahKelas : G2.3Subjek :Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Definisi membaca

• Perbuatan membaca dapat dianggap sebagai terbina daripada 2 proses :

i. Mentafsir bentuk bertulisii. Memahami mesej yang disampaikan oleh

oleh bentuk bertulis tersebut

• Membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.

• Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.

• Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

• Daripada definisi-definisi yang dibincangkan di atas, ternyata bahawa membaca adalah proses kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif.

• Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah membaca

1. Faktor pembelajaran• Kurikulum

• Strategi dan kaedah

mengajar• Bahan pelajaran

2. Faktor peribadi

• Kemiskinan• Masalah sosial

3. Faktor Kurang kecerdasan• Masalah

mental• Warisan

Keturunan ibu bapa

• Kelahiran secara tidak

normal• Kekurangan

zat makanan

4. Faktor fizikal• Kurang zat makanan

• Kekurangan tenaga kerja• Kurang sihat

• Kecacatan fizikal

5.Faktor fizikal• Emosi

Tingkah laku murid yang bermasalah dalam membaca

1. Teragak-agak. 2. Bacaan tersekat-sekat .

4. Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa

menghiraukan tanda bacaan.

5. Menunjuk perkataan dengan jari ketika

membaca.

6. Membaca terlampau lambat atau merangkak-

rangkak.

7. Suara terlalu perlahan dan tidak jelas.

8. Tingkah laku yang tidak

selesa.

9. Kedudukan mata terlalu dekat dengan

bahan bacaan.

10. Cuba mengelak.

11. Tidak boleh membaca langsung.

1. Masalah mentafsir bentuk bertulis

i. Masalah mengenal bentuk huruf.ii. Masalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.iii. Masalah tidak boleh menyebut nama huruf dengan

tepat.iv. Masalah membaca huruf besar .v. Masalah tidak boleh membatang suku kata dengan

betul. vi. Masalah menyebut perkataan dengan lancar.vii. Masalah membaca ayat-ayat dengan lancar.

i. Masalah mengenal bentuk huruf

• Sering kali keliru dengan huruf yang hampir serupa, terbalik, dan songsang.

(a)Huruf-huruf yang hampir sama m-n, h-n, f-t, i-j, c-e, n-t, r-t

(b)Huruf-huruf kecil yang mempunyai bentuk terbalik.

U-n, w-m, g-b, h-y

(c)Huruf-huruf kecil yang berbentuk sonsang b-d, b-p, p-q

ii. Masalah menyebut bunyi huruf dengan tepat

• Tidak boleh membezakan bunyi huruf yang hampir sama.

(a) Tidak boleh membezakan bunyi huruf yang hampir sama.

d-t, b-p, m-n, s-z

(b)Tidak boleh menyebut bunyi konsonan bergabung.

Kh, ng, ny, sy

(c)Keliru dengan bunyi ‘ja’, ‘ga ’, ‘gi’, dan ‘ji’.

iii. Masalah tidak boleh menyebut nama huruf dengan

tepat(a) Keliru menyebut nama huruf yang seakan-akan

sama bentuk m-n, n-h, n-r, r-t, i-j, c-e, f-t

(b) Menyebut bunyi nama huruf mengikut bunyi bahasa ibunda atau dialek

l-r, l-yel, m-hem, z-je, o-wo

iv. Masalah membaca huruf besar

(a) Keliru dalam mengenal bentuk huruf besar yang seakan-akan sama

D-P, I-T, M-N, E-F

(b) Keliru dalam mengenal bentuk huruf besar yang terbalik

N-Z, M-W, L-T

(c) Keliru dalam menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuk yang berlainan

A-a, B-b, D-d, E-e, G-g, L-l, Q-q, R-r

V. Masalah tidak boleh membatang suku kata dengan

betul(a) Tidak boleh membezakan bunyi suku kata yang

ada e pepet dan e taling Perang-perang, sepak-sepak, telur-telor

(b) Tidak boleh membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja dan membatang suku kata

Ti-ga=di-la

(c)Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi lebih daripada 2 suku kata

Sekolah=sekol-ah

(d)Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi diftong.

Penuh=pe-nuh

(e) Tidak boleh membatang suku kata dalam perkataan yang mempunyai imbuhan ‘me’.

Memukul=mem-ukul

(f) Tidak boleh membunyikan konsonan bergabung awal yang bermula dengan ‘ng’, ‘sy’, ‘ny’.

Ngantuk=gantuk Syarikat =siarikat Nyenyak=nenyak

vi. Masalah menyebut perkataan dengan lancar

(a) Boleh menyebut bunyi huruf tapi bukan bunyi perkataan.

E-r-t-i=?

(b) Tidak boleh membaca perkataan tanpa menyebut bunyi huruf-huruf perkataan.

E-k-o-r=ekor

(c) Sering mengubah ganti bunyi suku kata dalam perkataan.

Lari=laki Marah=merah

(d) Meninggalkan sesetengah bunyi huruf/suku kata dalam perkataan.

Marah=mara Kepada=pada

(e) Masalah menyebut perkataan yang seakan-akan sama rupanya.

kepala-=kelapa Rambut=rumput

(f) Salah menyebut perkataan yang sama dengan ejaan bahasa Inggeris.

Atom=‘atom’ Air=‘air’

(g) Salah menyebut perkataan yang seakan sama bunyi.

Layak=rakyat Talam=dalam

(h) Menyebut perkataan mengikut dialek. Air=‘ayer’

vii. Masalah membaca ayat dengan lancar

(a) Sering meninggalkan/menambahkan perkataan semasa membaca ayat.

Saya akan makan durian=Saya makan durian.

(b) Sering mengulangi sesetengah perkataan. Saya ada…ada seekor kucing…kucing.

(c) Sering meninggalkan imbuhan dalam perkataan semasa membaca ayat.

Ali suka melancong. = Ali suka lancong.

(d)Tidak memahami makna ayat semasa membaca. Abdullah makan angin di tepi laut= Abdullah makan…angin di…tepi laut.

2. Masalah-masalah dalam memahami bacaan

• i) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.

• ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat :

“Panjatlah lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada

memanjat pokok.

• iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.

• iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.

• v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.

• vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.

• vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Tamat&

Terima kasih

Recommended