of 40 /40
- Operasi Asas - Penyelesaian Masalah - Fobia Matematik ( Memori, Metakognitif, Tanggapan Visual / Auditori, Bahasa) Masalah Dalam Pembelajaran Matematik Di Kalangan Murid Pemulihan

2.4Masalah Dalam Pembelajaran Matematik Di Kalangan Murid Pemulihan

Embed Size (px)

Text of 2.4Masalah Dalam Pembelajaran Matematik Di Kalangan Murid Pemulihan

  • Operasi Asas Penyelesaian MasalahFobia Matematik ( Memori, Metakognitif, Tanggapan Visual / Auditori, Bahasa)

  • Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan.

  • Operasi Tambah

  • Guru-guru disekolah perlu membuat perancangan yang sesuai sebelum mengajar operasi tambah. Pada peringkat awal murid-murid telah didedahkan dengan penambahan dalam linkungan 10. Guru perlu menerangan tentang penyatuan dua kumpulan.

    Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam operasi tambah.Keliru dengan simbol tambah (+).Tidak tahu bahawa jawapan bagi 2 + 5 adalah sama dengan 5 + 2. Tidak dapat membuat penambahan secara bentuk lazim. Contohnya: 2 3 +1 8 3 1 1

  • Operasi Tolak

  • Guru perlu memperkenalkan situasi tolak dalam bahasa harian .

    Maksud tolak dalam matematik ialah pengurangan kuantiti sesuatu kumpulan objek .

    Secara teorinya tolak atau pengurangan ialah suatu operasi songsangan bagi penambahan.

    Masalah yang dihadapi dalam penolakan.Tidak mahir menulis ayat matematik operasi tolak melalui proses pengasingan.

    3 - 2 =

    2 .Tidak dapat menulis ayat matematik berdasarkan gambar.3.Tidak tahu menolak dengan menggunakan kaedah pinjam.

  • Operasi Darab

  • Bagi memperkenalkan konsep pendaraban kepada kanak-kanak kita kaitakan dengan pengetahuan sedia ada yang telah mereka pelajari iaitu konsep penambahan.

    Guru harus memperkenalkan konsep yang mudah dahulu iaitu penambahan berulang.

    Murid-murid diperkenalkan kepada operasi darab sejak tahun 2 lagi. ini kerana kebanyakan murid menguasai kemahiran menambah dalam tahun satu.Masalah dalam pendaraban.Pelajar akan keliru terhadap operasi tambah dan darab iaitu dengan simbol.Pelajar yang kurang mahir dalam penambahan berganda(repeatation addition) akan mengalami masalah.

    Cth: 2 +2+ 2= 6 (2 X 3)

  • Operasi Bahagi

  • Operasi bahagi dipelajari oleh murid setelah menguasai operasi tambah, toak dan darab.

    -Guru perlu memperkenalkan simbol bagi operasi bahagi.-Kemudian guru mengajar konsep pembahagian sebagai pengumpulan. Murid mula mengaitkan operasi bahagi dengan bilangan set yang sama besar daripada sesuatu jumlah objek.-Pembahagian secara pengongsian. Operasi ini memerlukan murid berkongsi secara sama rata dengan beberapa orang rakan.

    Kurang mahir dalam pembahagian sama rata. Cth : bapa memetik 15 biji timun dari ladangnya. Jika timun itu dilongokkan supaya terdapat 3 biji timun dalam satu longok,berapa longgok timunkah yang boleh didapati Tidak mahir dalam operasi bahagi berbaki. Tidak mahir dalam pembahagian yang berbentuk lazim.

  • Penyelesaian masalah matematik - satu kemahiran yang penting dalam pembelajaran matematik di sekolah.Penyelesaian masalah - satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985).

  • Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

  • CONTOH SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

  • SOALAN 1Harga bagi 6 biji epal dan 10 biji oren ialah RM 13. Jika harga bagi setiap 2 biji epal itu ialah RM 1.50, berapakah harga bagi 3 biji oren itu?

  • SOALAN 2Cikgu Kassim ada 176 batang pensel. Dia memeberi 26 batang pensel kepada Muthu. Baki pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti. Tentukan bilangan pensel yang diterima oleh Siti.

  • Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Pemulihan Dalam Penyelesaian Matematik

  • Kesukaran untuk menentukan cara penyelesaian masalah.Murid pemulihan tidak dapat menentukan apakah maklumat yang diberi serta objektif yang hendak dicapainya.Adakalanya, pelajar tahu kehendak soalan tetapi mereka tidak tahu kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik.

  • Kesukaran untuk memahamai sesuatu masalah yang abstrak. murid menghadapi masalah untuk memahami maksud soalan, menghubungkan maklumat dengan operasi, menjalankan operasi dan mendapatkan penyelesaian yang dikehendaki. Proses yang amat sukar bagi murid pemulihan.

  • Matematik sebenarnya merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan minda manusia.Ramai murid murid menunjukkan sikap kurang minat terhadap subjek Matematik.Fobia Matematik merupakan satu bentuk kecenderungan emosi yang mengakibatkan rasa takut, cemas, gugup dengan kemampuan mereka untuk menguasai ilmu matematik.

  • Sebab sebab murid pemulihan fobia dengan Matematik adalah seperti berikut: Asas penguasaan SIFIR yang lemah. Teknik Penguasaan yang tidak betul. Kurang minat terhadap matepelajaran Matematik.

  • Mengikut Hudson (1966) di dalam Sabri Ahmad et. Al (2006) dalam buku modul OUM dinyatakan bahawa personaliti dan tanggapan yang negatif terhadap matematik adalah antara sebab murid pemulihan fobia terhadap Matematik.

  • Keupayaan untuk menerima maklumat yang diutarakan secara lisan atau secara visual, memproses maklumat, menyimpan dalam ingatan dan mengingat kembali apa yang telah didengar atau diamati.

  • Metakognitif

  • Mengikut perspektif metakognitif, murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam: a) kebolehan menyelesaikan masalah b) mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai.c) menyusun maklumat yang telah dipelajari.

  • Masalah tanggapan auditori pula merujuk kepada ketidakbolehan murid mengenal dan membezakan bunyi sebutan yang didengar ,ketidakbolehan mengenal arah bunyi yang didengar.Contohnya, murid pemulihan akan keliru dengan angka atau nombor yang didengar oleh mereka.Misalnya, mereka akan keliru dengan nombor 3 dan 9.

  • MASALAH BAHASAMasalah bahasa juga menyebabkan murid pemulihan mengahadapi masalah dalam pembelajaran matematik.Apabila mereka mempunyai masalah dalam bahasa,maka mereka akan menghadapi kesulitan dalam memahami konsep-konsep dan istilah yang terdapat dalam matematik. Tidak memahami istilah istilah dalam matematik seperti pecahan wajar, titik perpuluhan, nombor perdana, kelajuan

  • Contohnya, kita juga boleh menggunakan istilah-istilah seperti tambahkan,jumlahkan dan hitungkan untuk operasi tambah.Jadi murid akan keliru jikalau mereka mempunyai masalah bahasa.

    1. LUKISKAN JUMLAH BENTUK SEGI TIGA.

  • Masalah bahasa juga menyebabkan mereka sukar untuk membaca soalan matematik yang diberi.Mereka juga menghadapi masalah dalam membaca angka, nombor dan ayat matematik. Ini menyebabkan murid pemulihan menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik.

  • http://jurnalpendidikan.com/pedagogi/pendidikan-khas/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-pemulihan matematik.html

    http://www.scribd.com/doc/36915305/masalah-memori-auditori

    http://bijakstudy.com/blog/?p=68

    http://syamsinaharyanti.blogspot.com/

    Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.(1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M).

    Kamarudin Hj. Husin, & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Penguasaan kemahiran membaca kaedah dan teknik membaca. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.