View
98
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
laporan intern
Citation preview
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
Sebelum
Bermula 7 Julai hingga 8 Ogos 2014, saya dan rakan-rakan telah
diamanahkan untuk melaksanakan internship di sekolah yang sama kami
berpraktikum iaitu Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis. Pada peringkat permulaan ini,
kami telah melakukan perbincangan antara kami bagi memilih projek-projek yang
bersesuaian dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak unit praktikum
IPG Kampus Perlis. Sebelum itu, kami telah melakukan rondaan di sekitar sekolah
bagi mengenal pasti kawasan atau tempat yang boleh dijadikan bahan projek
internship kami. Setelah itu, kami terus menetapkan projek-projek yang kami akan
buat sepanjang tempoh internship kami di SK IPGM Perlis iaitu selama sebulan.
Kami telah bersepakat memilih membuat ‘banner’ carta organisasi sekolah di bilik
tetamu atau dikenali juga sebagai bilik VVIP, mencetak serta melekatkan gambar-
gambar guru-guru dan staf yang menjadi ketua bagi setiap bilik dan menulis nilai-nilai
murni di setiap anak tangga di tangga utama pejabat.
Kami juga melakukan sesi kolaborasi dengan guru pembimbing kami
berkenaan ketiga-tiga projek yang telah kami pilih itu. Seterusnya, saya dan rakan-
rakan terus mengusulkan projek ini kepada guru besar SK IPGM Perlis, Encik
Burhanudin serta membentangkan draf kepadanya mengenai perancangan yang
telah kami bincangkan sebelum ini. Guru besar juga memberikan tindak balas positif
dengan memberi lampu hijau serta memberi idea-idea tambahan kepada kami
dengan harapan supaya projek yang akan kami lakukan ini dapat direalisasikan dan
disiapkan dengan jayanya.
Setelah itu, saya dan rakan membahagikan tugas masing-masing dan mula
mendraf kertas kerja bagi ketiga-tiga projek ini. Kami sentiasa melakukan ‘follow up’
dengan pihak sekolah dengan sentiasa merujuk kepada guru besar akan segala
yang telah kami lakukan dan apa yang pihak sekolah mahukan. Sebagai contoh, draf
kertas kerja juga telah kami rujuk kepada guru besar supaya tiada kesilapan dari segi
ejaan nama, dan tarikh kerana kesempurnaan dalam sesuatu tugas itu amat kami
titik beratkan. Akhirnya, draf yang kami rujuk kepada guru besar diterima dan
seterusnya kami panjangkan dengan kertas kerja bagi ketiga-tiga projek ini.
Semasa
1. ‘Banner’ Carta Organisasi SK IPGM Perlis
Carta organisasi yang ada semasa kami sampai di sekolah pada awal
minggu kami sampai untuk menjalankan projek internship, carta organisasi
tersebut merupakan carta organisasi yang tidak dikemaskini, terdapat guru
yang sudah keluar dan juga guru yang baru mendaftar di sekolah tersebut,
tidak dikemaskini. Jadi, kami telah pun mendraf sebuah carta organisasi
sekolah yang lengkap dan dikemaskini dan merujuknya kepada pihak sekolah
yakni guru SK IPGM Perlis.
Setelah mendapat lampu hijau daripada pihak sekolah, kami terus
mereka carta organisasi sekolah menggunakan perisian Adobe Photoshop
dan menghantarnya kepada syarikat percetakan untuk mencetaknya. Proses
mereka dan mencipta sebuah carta organisasi sekolah sebenarnya
mengambil masa yang agak lama kerana kami perlu mendapatkan maklumat
terkini mengenai bilangan guru dan staf sekolah yang ada di sekolah.
Kemudian proses mereka dan mencipta juga mengambil masa yang agak
lama kerana kami masih lagi dalam peringkat pembelajaran. Namun, atas
usaha yang tidak pernah henti, kami akhirnya dapat mencetaknya pada masa
yang ditetapkan.
Proses mereka dan mencipta carta organisasi sekolah menggunakan perisian
Adobe Photoshop
Proses melekatkan ‘banner’ carta organisasi sekolah di bilik VVIP
2. Gambar Ketua Bilik
Mencari pihak individu yang bertanggungjawab ke atas sesuatu bilik
menjadi satu masalah kepada bukan sahaja murid, malah guru juga kerana ia
akan memakan masa pengajaran dan pembelajaran untuk mencari individu
yang bertanggungjawab bagi bilik yang hendak digunakan. Bagi
menyelesaikan masalah ini, kami mencari satu altenatif iaitu mencetak dan
menampal nama dan gambar guru atau staf yang bertanggungjawab atau
menjadi ketua bagi bilik-bilik tersebut.
Oleh kerana kami telah mendapat maklumat dan gambar guru dan staf
pada projek pertama, nyata ia amat memudahkan kami untuk menjalankan
projek yang kedua. Dalam projek yang kedua ini, kami mencetak
menggunakan kertas gambar atau ‘golssy papper’ dan ‘laminate’ gambar
tersbut supa ia tahan lama dan tidak mudah koyak. Seterusnya, kami
menampal gambar tersebut di bilik-bilik yang sepatutnya mengikut senarai
yang diberikan kepada kami.
Gambar-gambar ketua bilik yang telah siap dicetak
Proses menampal gambar ketua bilik
3. Menulis Nilai-Nilai Murni Pada Anak Tangga
Tangga utama berhampiran bilik guru dan pejabat sekolah merupakan
tangga tumpuan yang sering menjadi laluan utama guru dan murid turun naik.
Tidak terkecuali juga para tetamu seperti pihak nazir dan pelawat-pelawat
luar. Jadi, kami bersepakat mencantik dan memperindahkan lagi tangga
tersebut supaya ia turut menjadi tarikan utama bagi sekolah yang menjadikan
sasaran sekolah kluster pada tahun 2015 ini.
Hal ini juga bersifat serampang dua mata kerana kami bukan sahaja
memperindahkan tangga tersebut, malah kami juga memperindahkannya
dengan nilai-nilai murini yang kami tulis bagi setiap anak tangga di tangga
utama tersebut. Jadi, secara tidak langsung, ia dapat mengingatkan warga SK
IPGM Perlis dengan nilai-nilai murni yang ada serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Proses mengecat anak tangga sekolah
Selepas
Setelah sebulan menjalankan projek internship di SK IPGM Perlis, akhirnya
sempurna juga ketiga-tiga projek yang telah kami rencanakan pada awal kami
menjejakkan kaki di sekolah ini. Berikut merupakan hasil projek internship kami di SK
IPGM Perlis. :
Recommended