View
175
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012
LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL
BOLA BERACUN
NAMA : AZELIN BINTI ABDUL MAJID
( 920906-13-5844)
FATIMAH AZAHARAH MOHAMAD
( 920706-02-5122)
MOHAMAD SHAZWAN B SULAIMAN
(921010-11-5239)
NELLSON JOUMIN
(920402-12-6143)
KUMPULAN / UNIT : PENGAJIAN MATEMATIK / P6D
SEMESTER / AMBILAN : SEMESTER 6 / JANUARI 2012
NAMA PENSYARAH : ENCIK NAZRI BIN BEDIN
BIODATA GURU PELATIH
BIODATA AHLI KUMPULAN
NAMA : AZELIN BINTI ABDUL MAJID
NO KAD PENGENALAN : 920906-13-5844
PENGAJIAN : MATEMATIK
NAMA : FATIMAH AZAHARAH MOHAMAD
NO KAD PENGENALAN : 920706-02-5122
PENGAJIAN : MATEMATIK
NAMA : MOHAMAD SHAZWAN BIN SULAIMAN
NO KAD PENGENALAN : 921010-11-5239
PENGAJIAN : MATEMATIK
NAMA : NELLSON JOUMIN
NO KAD PENGENALAN : 920402-12-6143
PENGAJIAN : MATEMATIK
PERMAINAN TRADISIONAL:
BOLA BERACUN
TUJUAN PERMAINAN TRADISIONAL BOLA BERACUN
Permainan ini akan dikendalikan oleh kumpulan yang dianggotai oleh Azelin, Fatimah,
Shazwan dan Nellson kepada semua ahli permainan tradisional IPSAH. Matlamat
pelaksanaan pertandingan tradisional ini adalah bagi mencapai objektif yang berikut;
i. Mengeratkan hubungan silaturahim guru pelatih antara satu sama lain.
ii. Maningkatkan keyakinan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.
iii. Meningkatkan pemahaman guru pelatih terhadap pengelolaan permainan tradisional.
iv. Menguji ketangkasan guru pelatih dalam mengelak ancaman.
v. Menguji daya tahan kardiovaskular guru pelatih.
vi. Membangukan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor guru pelatih
PENYERTAAN
Permainan tradisional ini disertai oleh semua guru pelatih yang menjadi ahli Persatuan
Permainan Tradisional IPSAH.
CARA BERMAIN
1. Permainan boleh dijalankan di gelanggang atau di tempat lapang seperti padang.
2. Bilangan pemain bagi permainan ini adalah tidak terhad.
3. Permainan ini melibatkan dua kumpulan. ( pembahagian kumpulan mestilah adil dan
saksama)
4. Permainan dimulakan dengan ahli kumpulan A membaling bola kertas ke arah ahli
kumpulan B. sesiapa yang dapat mengutip bola boleh membaling balik ke arah pihak
lawan.
5. Ahli kumpulan yang telah mati disebabkan balingan bola beracun, maka, di tidak boleh
bermain untuk kumpulannya lagi.
6. Sesebuah kumpulan dikira menang jika kumpulan tersebut mempunyai ahli kumpulan
yang terbanyak setelah masa permainan tamat.
PERATURAN PERMAINAN
1. Bola boleh dbaling oleh pihak lawan dari paras pinggang hingga ke bawah.
2. Jika bola yang dibaling terkena paras kepala hingga paras pinggang, maka balingan
tersebut dianggap batal.
3. Pemain tidak boleh melepasi atau keluar dari kawasan yang telah ditetapkan.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN
Bola kertas
KERTAS KERJA:
BOLA BERACUN
_________________________________________________________________________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL
BOLA BERACUN
TEMPAT:
PADANG IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH
ANJURAN:
PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012
(PENGAJIAN MATEMATIK)
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL
(BOLA BERACUN)
ANJURAN PELAJAR PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012
PENGAJIAN MATEMATIK
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang
berbilang kaum. Salah satu warisan yang menjadi identiti rakyat Malaysia adalah
permainan tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Namun begitu, seiring dengan
peredaran masa, terdapat unsur-unsur moden yang telah diserap masuk ke dalam
warisan ini sehingga melupuskan ketulenannya. Lantaran itu, kertas kerja ini
mencadangkan penengahan permainan bola beracun sebagai salah satu langkah untuk
memelihara, memulihara serta memperkenalkan permainan tradisional kepada
generasi moden. Maka, kertas kerja ini dicadangkan sebagai satu inisiatif untuk
melahirkan masyarakat yang menghargai permainan tradisional serta mengamal dan
mempertahankan budaya tempatan.
2.0 RASIONAL
Tujuan permainan tradisional, congkak ini diketengahkan adalah untuk menghidupkan
semula warisan tradisi orang Melayu yang kian lupus. Ia agar budaya tempatan akan
terus mengalir dalam darah generasi kini mahupun akan datang. Selain itu, aktiviti ini
juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih dalam hal
pengurusan dan pengelolaan sesebuah karnival. Ia agar guru-guru pelatih dapat
meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka dalam bidang ini . Di samping itu,
perlaksanaan aktiviti ini juga dilihat sebagai medan yang dapat memupuk semangat
kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan guru pelatih.
3.0 MATLAMAT
Antara matlamat permainan tradisional, congkak ini diadakan adalah untuk:
3.1 Mengeratkan hubungan silaturahim guru pelatih antara satu sama lain.
3.2 Maningkatkan keyakinan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.
3.3 Meningkatkan pemahaman guru pelatih terhadap pengelolaan permainan tradisional.
3.4 Menguji ketangkasan guru pelatih dalam mengelak ancaman.
3.5 Menguji daya tahan kardiovaskular guru pelatih.
3.6 Membangukan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor guru pelatih
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif permainan tradisional, congkak ini diadakan adalah untuk:
4.1 Membolehkan guru pelatih mempelajari dan meningkatkan kemahiran pengurusan
serta pentadbiran untuk penganjuran pertandingan mahupun karnival sukan.
4.2 Memupuk semangat kerjasama, bersatu padu, toleransi serta silaturahim peserta
melalui permainan yang disertai.
4.3 Membina komitmen, nilai-nilai murni serta etika yang unggul melalui penglibatan
dalam karnival yang dilaksanakan.
4.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali permainan
tradisional dan keunikannya secara lebih mendalam.
5.0 TARIKH DAN MASA
14 Oktober 2014 (3.00 – 5.00 petang) : Persatuan Permainan Tradisional
6.0 LOKASI
Kawasan lapang seperti padang.
7.0 KUMPULAN SASARAN
PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2012 – ahli persatuan permainan tradisonal
8.0 PERMAINAN TRADISIONAL – BOLA BERACUN
CARA BERMAIN
1. Permainan boleh dijalankan di gelanggang atau di tempat lapang seperti padang.
2. Bilangan pemain bagi permainan ini adalah tidak terhad.
3. Permainan ini melibatkan dua kumpulan. ( pembahagian kumpulan mestilah adil dan
saksama)
4. Permainan dimulakan dengan ahli kumpulan A membaling bola kertas ke arah ahli
kumpulan B. sesiapa yang dapat mengutip bola boleh membaling balik ke arah pihak
lawan.
5. Ahli kumpulan yang telah mati disebabkan balingan bola beracun, maka, di tidak boleh
bermain untuk kumpulannya lagi.
6. Sesebuah kumpulan dikira menang jika kumpulan tersebut mempunyai ahli kumpulan
yang terbanyak setelah masa permainan tamat.
PERATURAN PERTANDINGAN
1. Bola boleh dbaling oleh pihak lawan dari paras pinggang hingga ke bawah.
2. Jika bola yang dibaling terkena paras kepala hingga paras pinggang, maka balingan
tersebut dianggap batal.
3. Pemain tidak boleh melepasi atau keluar dari kawasan yang telah ditetapkan.
9.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama yang utuh dalam menjayakan
Kanival Permainan Tradisional ini. Komitmen yang tinggi dapat membuatkan karnival ini
berlangsung dengan jayanya. Semoga pengalaman yang dibawa oleh semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan pertandingan ini mampu mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segala segi iaitu jasmani,emosi,rohani,dan intelek.
Disediakan oleh,
(AZELIN ABDUL MAJID)
Recommended