View
235
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
LAMPIRAN 1
PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN DAN APLIKASI GOOGLE MAPMAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
1.0 PENGENALAN
1.1 Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diterajui oleh tiga bahagian penting
iaitu Bahagian Penilaian, Bahagian Pengurusan Harta dan Bahagian Pentadbiran
diterajui oleh 57 pegawai. Peranan besar bagi jabatan ini adalah dalam membentuk
dan memelihara Sistem Percukaian MPSP supaya ianya sentiasa responsif dan efektif
menjurus konsep keadilan dan kemampanan bagi maksud pengenaan Cukai Taksiran
di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Di samping itu, Jabatan turut
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih MPSP bagi maksud
komersial dan awam.
2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)
2.1 Tujuan Inovasi
Pelaksanaan Integrasi Sistem GOS Penilaian dan Aplikasi Google Map adalah bagi
memenuhi keperluan semasa berdasarkan sasaran Jabatan iaitu untuk meningkatkan
hasil Majlis menerusi pencarian hasil-hasil baru, maka sasaran utama hasil tersebut
adalah difokuskan ke atas bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis.
2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi
Pembangunan projek ini adalah gabungan hasil kerja dari beberapa pihak yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Pihak – pihak yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Sistem GIS Penilaian dibangunkan dan dimodifikasi oleh vendor yang dilantik
menggunakan Perisian Open Source.
ii) Lapisan Peta Asas diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
iii) Lapisan-lapisan lain diperoleh daripada lain-lain Jabatan yang terlibat dengan
usahasama dengan Pusat Sistem Maklumat Geografi Negeri Pulau Pinang
(PeGIS).
iv) Titik Koordinat adalah usaha sama pegawai teknikal di Jabatan untuk
menterjemahkan Data Spatial secara digital dalam bentuk Georgraphic
Information System (GIS). Titik koordinat tersebut adalah bagi tujuan
kemudahkesaan lokasi sesuatu pegangan berkadar.
2.3 Proses sebelum dan selepas
Sebelum
Bermula tahun 2006, Jabatan telah mula memperkenalkan Sistem GIS Penilaian
berdasarkan modul daripada Pusat Sistem Maklumat Geografi Negeri Pulau Pinang
(PeGIS). Bagi mengaktifkan penggunaan Sistem GIS Penilaian, semua maklumat
pengangan berkadar dihubungkan ke sistem tersebut dan penandaan lokasi atau
kedudukan pegangan berkadar seperti mana yang dibuat di atas peta asas FWB
(Field Work Block) telah dipersembahkan secara digital mengikut keperluan jabatan.
Bagi memastikan ketepatan penandaan lokasi pegangan berkadar, rujukan dan
semakan maklumat nombor lot pegangan berkenaan perlu dibuat terlebih dahulu.
Namun begitu, pelaksanaan Sistem GIS Penilaian masih mempunyai kelemahan
kerana ia hanya dapat digunakan untuk rujukan bagi pegangan berkadar sedia ada
sahaja. Ini bermakna, sistem tersebut tidak dapat membantu dalam mengenalpasti
pegangan-pegangan berkadar yang masih belum dinilaikan.
Selepas
Atas dasar tanggungjawab untuk meningkatkan hasil cukai, Jabatan telah mengambil
inisiatif untuk membuat suatu inovasi ke atas Sistem GIS Penilaian tersebut. Maka
suatu inovasi bercirikan penggunaan teknologi terkini telah dilaksanakan dengan
Mengintegrasikan Sistem GIS Penilaian dan Aplikasi Google Map. Integrasi ini
sangat efektif untuk digunapakai bagi mengenal pasti lokasi atau kedudukan
bangunan yang didirikan tanpa kelulusan Majlis. Ini dapat memendekkan proses kerja
tersebut terutamanya bagi pegawai-pegawai teknikal kerana tidak perlu lagi mencari
secara pengamatan di lapangan sebelum kerja-kerja lawat periksa dapat dijalankan.
2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)
2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:
i) Elemen Inovatif/Kreativiti
Pelaksanaan Integrasi Sistem GIS Penilaian dan Aplikasi Google Map dapat
meningkatkan hasil Majlis menerusi pencarian hasil-hasil baru, maka sasaran
utama hasil tersebut adalah difokuskan ke atas bangunan-bangunan yang
dibina tanpa kelulusan Majlis.
ii) Elemen Keberkesanan
Peningkatan Hasil Keseluruhan Cukai Taksiran Secara Berterusan
iii) Elemen Signifikan
Signifikan Objektif Projek
Keberhasilan yang signifikan hasil daripada objektif projek adalah dapat
menjana dan meningkatkan hasil kepada Majlis dengan pengenaan Cukai
Taksiran terhadap bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis
yang berjaya dijejaki.
Pengurangan Sumber Manusia
Pengurangan sumber tenaga kerja di Jabatan sebelum inovasi seramai 16
orang kakitangan telah diarahkan untuk mengenalpasti bangunan-bangunan
yang dibina tanpa kelulusan Majlis, tanpa sebarang panduan yang jelas di
mana lokasi atau kedudukan bangunan-bangunan dari jenis tersebut. Walau
bagaimanapun selepas inovasi dilaksanakan hanya 2 orang pegawai sahaja
yang diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja penilaian.
Penjimatan Bayaran Tuntutan Perjalanan
Jabatan telah berjaya menjimatkan kos bayaran tuntutan perjalanan bulanan
yang dibuat oleh 16 orang pegawai yang ditugaskan untuk menjejaki
bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis, apabila Jabatan
menetapkan hanya 2 orang pegawai sahaja bagi menjalankan kerja-kerja
tersebut.
Penjimatan Tempoh Masa
Tempoh masa untuk menjejaki bangunan-bangunan yang dibina tanpa
kelulusan Majlis dapat dipendekkan dalam tempoh beberapa minit sahaja.
iv) Elemen Relevan
Pelaksanaan Projek Selaras Dengan Agenda Nasional
Pelaksanaan projek ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri,
Dato' Seri Najib bin Tun Razak untuk melihat penambahbaikan dalam
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan meningkatkan prestasi,
produktiviti dan sumbangan penjawat awam ke arah pembangunan negara.
Mengambilkira Persekitaran Semasa dan Sesuai di Peringkat Tempatan /
Global
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa di mana aplikasi-aplikasi
pemudahcara menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan masyarakat,
maka mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini seperti Sistem GIS
Penilaian dan Aplikasi Google Map sebagai alat yang boleh membantu
penyampaian perkhidmatan dengan berkesan, cepat, tepat dilihat sangat
relevan.
2.6 Pengiktirafan diterima
Tiada
2.7 Gambar-gambar berkaitan
2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)
3.0 PENUTUP
Projek yang berpontensi untuk berkembang dan mempunyai perancangan masa hadapan
projek beserta dengan penambahbaikan dan outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan
perancangan tersebut. Outcome yang disasarkan daripada penambahbaikan adalah untuk
mengurangkan lagi pemantauan kakitangan ke atas kawasan masing-masing yang secara
konvensionalnya keluar ke lapangan bagi kes-kes binaan tambahan tanpa kebenaran.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai :SHAHAROM BINTI MOHD SHAH HIMI
Tel :6505748
Emel : shaharom@penang.gov.my
Recommended