Komunikasi Bukan Lisan

Preview:

DESCRIPTION

Budaya & Pemeblajaran dalam Pendidikan

Citation preview

KOMUNIKASI BUKAN LISAN & LARAS BAHASA

Disediakan oleh:Khairul Bariah binti Kassim

Siti Mardhiatunnor binti Zainuddin

Konsep

• Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan.

• Semakin banyak etnik yang menduduki sesebuah negara, semakin banyak amalan dan perlakuan bukan lisan yang terkumpul di negara tersebut.

• Guru-guru perlu memahami tentang unsur perlakuan bukan lisan bagi membolehkan wujudnya persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

• Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk:

Bahasa Tubuh Mesej melalui lambang dan artifak Mesej melalui muzik dan bunyi-bunyian

Bahasa Tubuh

Bahasa Tubuh

• Gestur atau pergerakan tubuh badan yang: memberi makna atau isyarat tentang

sesuatupostur atau kedudukan tubuh badan kontak mata dan renungan ekspresi muka sentuhan.

• Peranan bahasa tubuh:1) Membantu manusia menyampaikan mesej tanpa

ujaran2) Menggantikan peranan bahasa verbal dalam

menyampaikan maksud 3) Menyampaikan emosi dan perasaan yang adakalanya

tidak mampu diucapkan melalui kata-kata.

• Bahasa tubuh wujud dalam semua budaya tetapi tidak semestinya mempunyai maksud yang sama.

• Contohnya, cara duduk bagi orang Melayu, cara duduk kaum lelaki dan perempuan ada bezanya.

• Kaum lelaki duduk bersila manakala kaum perempuan duduk bersimpuh.

• Lelaki biasanya duduk di anjung atau di ruang depan rumah manakala perempuan duduk diruang yang berhampiran dengan dapur atau bilik belakang.

Ekspresi Muka

• Dalam perhubungan seharian, anda boleh mengesan perasaan orang lain melalui ekspresi muka.

• Jika wajahnya masam, menunjukkan dia tidak gembira, tidak ceria dan ada sesuatu yang membosankan atau merunsingkannya.

• Muka berkerut-kerut menggambarkan sesorang dalam keadaan tertanya –tanya tentang sesuatu yang tidak pasti dan mungkin juga berasa hairan.

• Wajah yang manis dengan senyuman menggambarkan keramahan, keceriaan dan kegembiraan.

Gestur/Pergerakan Tubuh

• Bagi masyarakat Timur, menunjuk ke arah sesuatu dengan menggunakan jari telunjuk dianggap kurang sopan.

• Bagi masyarakat Melayu, anak-anak diminta membongkokkan sedikit badan mereka sekiranya melintas di depan atau belakang orang tua.

• Bagi masyarakat India, mereka sujud di kaki orang yang lebih dewasa sebagai tanda hormat kepada golongan tua.

• Bagi masyarakat Melayu, golongan yang lebih muda akan bersalaman dan mencium tangan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.

Sentuhan

• Seorang ibu membelai kepala atau rambut anaknya sebagai lambang kasih sayang.

• Dalam situasi di bilik darjah, perlakuan memgang kepala dianggap kurang sopan terutama apabila guru lelaki yang membelai kepala atau rambut murid perempuan.

• Menggosok-gosok belakang murid sebagai tanda kemesraan dan mengambil berat bagi memotivasikan murid

Kontak Mata

• Apabila anak-anak bercakap dengan orang tua, mereka perlu menundukkan muka dan elakkan daripada merenung tepat ke muka orang tua kerana tindakan ini dianggap kurang ajar.

Mesej Melalui Lambang atau Artifak

• Terdapat artifak yang memainkan peranan dalam menyampaikan mesej yang jelas dan diterima dengan mudah oleh masyarakat.

• Setiap guru perlu memahami makna lambang –lambang yang digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dan terlanggar adat dan fahaman

• Contoh, dalam masyarakat India, anak gadis akan memakai bedak kunyit sewaktu kedatangan haid.

• Mengikat tali dalam upacara Rakhi merupakan lambang persaudaraan dan kasih sayang yang diamalkan dalam masyarakat India.

• Thali juga sebagai lambang ikatan pasangan menjadi suami isteri.

• Masyarakat Iban mengenakan manik-manik sebagai rantai dan perhiasan tubuh badan sebagai lambang kemewahan dan penghormatan.

• Tepak sirih bagi masyarakat Melayu ialah lambang kemesraan dan persahabatan dan dijadikan kepala adat dalam rundingan pertunangan.

• Bagi masyarakat Cina pula, minum teh ialah lambang kemesraan dan keakraban yang dihidangkan oleh pasangan pengantin baru kepada ibu bapa mereka

• Pengantin perempuan dalam masyarakat Cina akan dipayungi payung merah untuk menunjukkan restu yang diterima dalam perkahwinannya.

• Memakai pakaian hitam atau melekatkan sedikit potongan kain yang dijahit pada bahagian lengan menandakan mereka baru sahaja kehilangan orang yang dikasihi.

Mesej melalui Muzik dan Bunyi-Bunyian

• Terdapat sesetengah masyarakat dan etnik yang menunjukkan perasaan mereka melalui nada atau bunyi-bunyian seperti gong dan gendang.

• Bagi masyarakat Iban, bunyi-bunyian pada waktu malam perkahwinan dipercayai membawa maksud tertentu samada petanda baik atau buruk.

• Bagi masyarakat Melayu, upacara pengebumian adalah ringkas dan berlaku dalam keadaan yang tidak riuh atau bising

• Walaubagaimanapun, upacara perkahwinan akan diiringi oleh paluan kompang

Recommended