Kitab Tauhid Jilid 1 fasal 3

Preview:

DESCRIPTION

Kitab Tauhid Syeikh Majid Az-Zindani

Citation preview

Jilid 1 Fasal 3

_______Kepentingan Ilmu Tauhid

Dalam Kehidupan manusia_______

Bahaya Jahil Ilmu Tauhid

Apakah kesan tidak memahami ilmu Tauhid terhadap kehidupan manusia?

1 :Orang yang

tidak mengenal

penciptanya sama

seperti binatang ternak

Muhammad:12Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

2 :Orang yang

tidak beriman

dengan hari akhirat akan terpedaya

dengan kehidupan

dunia

3 :Akidah dan

amalan rosak ...mak

siat dan dosa

bermaharajalela

Ar-Rum:41Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Implikasi Ilmu Tauhid dalam

kehidupan manusiaApakah implikasi ilmu Tauhid dalam kehidupan

manusia?

1 : Tahu tujuan penciptaannya di dunia

al-Mulk : 22Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

2 : Hati manusia bersatu dibawah naungan satu Akidah

al-Hujurat: 10Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Perumpamaan orang yang beriman dalam kemesraan dan kasih sayang antara mereka umpama seperti satu jasad, Apabila satu anggota sakit,

semua anggota lain terpaksa berjaga malam dan menaggung

sakitnya ... maksud al-Hadis

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dankebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

3 : Membuahkan amal soleh

al-A’raf :96Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Muhammad : 7

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

KesimpulanOrang yang tidak mengetahui ilmu Tauhid

hidup dalam keadaan buta seperti haiwan.

Orang yang tidak beriman dengan kiamat

hanya tamakkan habuan dunia.

Iman yang lemah mudah melakukan dosa

dan mendapat laknat Allah.

Orang yang beriman tahu tujuan hidupnya

dan hidup mengikut petunjuk Allah

Iman membuahkan amal yang soleh

Recommended