View
109
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
case study
Citation preview
1
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO : 22 NCVC -719-12/2013
ANTARA
KHAIRUDDIN BIN ABD RAHMAN
DAN 4 YANG LAIN .... PLAINTIF-PLAINTIF
[Kesemua Plaintif Pertama sehingga Plaintif Kelima sebagai pewaris kepada Harta Pusaka NOR HAYATI BINTI MOHAMED YASSIN selaras dengan PERINTAH FARAID dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor]
DAN
MALAYAN BANKING BERHAD .... DEFENDAN
KEPUTUSAN (Lampiran 9)
[1] Melalui Lampiran 9, defendan di dalam kes ini memohon supaya
Writ Saman dan Penyataan Tuntutan plaintif-plaintif dibatalkan di
bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 atas
alasan-alasan berikut :
i. Ia tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah (no
reasonable cause of action);
ii. ia adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan (scandalous, frivolous or
vexatious);
2
iii. ianya akan memprejudis, memalukan atau melewatkan (prejudice,
embarrass or delay) perbicaraan adil tindakan ini; ATAU
iv. ianya merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah (abuse of
process of the Court)
[2] Namun pada dasarnya permohonan defendan ini adalah
bersandarkan kepada premis bahawa kelima-lima plaintif tidak
mempunyai kapasiti di sisi undang-undang ataupun locus standi
untuk membawa tindakan ini terhadap defendan.
[3] Untuk lebih jelas, fakta latarbelakang tuntutan plaintif diperturunkan
seperti berikut :
(i) Kelima-lima plaintif mempunyai pertalian kekeluargaan dengan
seorang yang bernama Norhayati bt Mohamad Yunus (simati)
yang telah meninggal dunia pada 26 Februari 2013.
(ii) Plaintif pertama adalah suami simati, plaintif kedua pula adalah
ayah kepada simati dan manakala plaintif ketiga hingga kelima
adalah tiga orang anak hasil perkahwinan plaintif pertama
dengan simati.
3
(iii) Plaintif pertama dan simati semasa hayatnya telah membeli
sebuah rumah (rumah tersebut) di Bandar Sunway yang mana
dipegang di bawah Bandar Sunway, P.T No : 1337, HSD
273044.
(iv) Pembelian rumah tersebut telah dibiayai sebahagiannya
dengan pinjaman perumahan (pinjaman tersebut) daripada
bank Malayan Banking Berhad yakni defendan.
(v) Atas kegagalan pihak plaintif pertama dan simati di dalam
menjelaskan ansuran pinjaman tersebut, pada 21Jun 2012
defendan telah memulakan suatu prosiding halang tebus
terhadap plaintif pertama dan simati.
(vi) Plaintif pertama telah mendakwa bahawa selaras dengan surat
tawaran pinjaman perumahan yang diberikan oleh defendan
bertarikh 14 Ogos 2006, plaintif pertama dan simati telah
membeli insuran hayat dan membuat bayaran MRTA premium
sebanyak RM294,854.00.
(vii) Plaintif pertama telah dijadikan sebagai seorang bankrap dan
bagi menentang prosiding halang tebus yang dimulakan oleh
4
defendan, plaintif pertama telah memperolehi sanksi Jabatan
Insolvensi bertarikh 29 Februari 2013.
(viii) Dalam perkara prosiding halang tebus yang dimulakan oleh
defendan, dan dengan kematian simati dan bersandarkan
dakwaan bahawa insuran hayat MRTA telah diambil oleh
kedua-dua plaintif pertama dan simati, plaintif pertama telah
memohon kepada defendan supaya jumlah tuntutan insuran
hayat MRTA simati difaktorkan ke dalam jumlah hutang yang
tertunggak oleh plaintif pertama dan simati kepada defendan.
(viiii) Plaintif pertama juga mendakwa bahawa Seksyen 5.02
Lampiran Gadaian memperuntukkan kuasa kepada defendan
untuk menentukan insuran hayat (life ansurance policy or a
mortgage decreasing term policy) tetapi defendan telah
enggan memfaktorkan jumlah tuntutan insuran MRTA ke dalam
jumlah hutang tertunggak oleh plaintif pertama kepada
defendan.
(x) Justeru, berasaskan premis atau dakwaan bahawa pihak
defendan telah gagal mengambil kira potongan insuran hayat
MRTA dan jumlah bayaran yang telah dibuat atas pinjaman
5
perumahan tersebut, Writ Saman dan Pernyataan ini difailkan oleh plaintif-
plaintif terhadap defendan, antara lain, untuk relif-relif
berikut :
(a) satu audit pinjaman dan bayaran yang jelas;
(b) satu deklarasi bahawa plaintif pertama dan arwah
isterinya telah membuat bayaran premium insuran
kepada defendan selaras dengan surat tawaran dari
defendan bertarikh 14 Ogos 2006;
(c) satu deklarasi bahawa defendan kini adalah
bertanggungjawab untuk bahagian atau penuh
bahagian yang tertunggak kepada defendan kerana
adalah defendan yang menguruskan insuran hayat (life
assurance policy or a mortgage decreasing term policy)
bagi plaintif pertama dan arwah isterinya.
(xi) Kesemua plaintif telah membawa tindakan bersama di dalam
kapasiti pewaris kepada harta pusaka simati selaras dengan
perintah faraid yang diperolehi daripada Mahkamah Tinggi
Shah Alam, Selangor.
6
Permohonan defendan di Lampiran 9
[4] Defendan, walaubagaimana pun telah menyangkal tuntutan plaintif
dan memfailkan permohonan Lampiran 9 untuk membatalkan
tuntutan plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012 (KKM 2012)
[5] Permohonan defendan untuk membatalkan Writ Saman dan
Penyataan Tuntutan plaintif-plaintif ini disokong oleh dua affidavit
yang diikrarkan oleh Rahmat bin Abu Bakar yang merupakan Ketua
Bahagian Remedial dan Litigasi defendan.
[6] Kedua-dua affidavit tersebut yakni Affidavit 1 Defendan dan
Affidavit 2 Defendan yang menyokong permohonan defendan
menegaskan perkara-perkara berikut :
(i) Plaintif pertama dan simati adalah pemilik bersama rumah
tersebut dan pinjaman perumahan yang diberikan oleh
defendan adalah untuk membiayai sebahagian dari harga
rumah tersebut. Namun begitu, insuran hayat MRTA yang
ditimbulkan plaintif pertama itu bukanlah dibeli bersama-sama
oleh plaintif pertama dan simati tetapi hanya dibeli oleh plaintif
7
pertama sahaja. Untuk tegasan ini, defendan merujuk
kepada ekshibit RAB yang terkandung di dalam Affidavit 1
Defendan di mana antara lain mengandungi Borang-Borang
Mayban Life Insurance Berhad yakni Borang Selidik Amaun
Besar dan Borang Permohonan bagi Insuran Gadai Janji
tempoh mengurang (MRTA). Kedua-dua borang ini jelas
menunjukkan bahawa permohonan insuran hayat MRTA hanya
dipohon oleh plaintif pertama sahaja dan bukannya secara
bersama dengan simati.
[7] Seperti yang dinyatakan awal tadi, pada dasarnya defendan telah
memfailkan Lampiran 9 bagi membatalkan tindakan plaintif-plaintif
berpremiskan bahawa plaintif-plaintif tidak mempunyai kapasiti di sisi
undang-undang atau locus standi untuk membawa kausa tindakan
ini terhadap defendan atas alasan-alasan berikut:
(a) plaintif pertama seorang undischarged bankrupt dan tidak
memperolehi sanksi dari Jabatan Insolvensi untuk memulai
tindakan.
(b) perintah faraid yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi tidak
memberikan plaintif-plaintif kapasiti undang-undang untuk
memulakan tindakan.
8
secara alternatif
(c) plaintif-plaintif tiada kausa tindakan terhadap defendan kerana
insuran hayat MRTA bukanlah dibeli oleh simati tetapi oleh
plaintif pertama seorang sahaja.
Alasan (a) - plaintif pertama seorang undischarged bankrupt dan
tidak memperolehi sanksi Jabatan Insolvensi untuk
memulai tindakan
[8] Adalah menjadi hujahan defendan bahawa melalui tajuk tindakan,
kesemua plaintif telah membawa tindakan bersama sebagai pewaris
simati dan bukannya atas kapasiti individu ataupun secara
berseorangan. Di dalam membawa tindakan bersama sebagai
pewaris ini, peguam defendan telah merujuk mahkamah ini kepada
kes Eh Riyid v En Tek [1976] 1 MLJ 262 di mana Mahkamah
Persekutuan telah mengesahkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi
bahawa bagi membawa tindakan untuk membetulkan kesilapan
pada pendaftaran tanah, pewaris hendaklah membuat tuntutan
bersama dengan pewaris-pewaris yang lain. Peguam defendan
telah menghujahkan bahawa di dalam kes ini sememangnya tuntutan
yang dibawa oleh plaintif-plaintif adalah tuntutan bersama sebagai
9
pewaris-pewaris kepada simati dan kesemua plaintif adalah plaintif
bersama. Dalam hal yang demikian kedudukan plaintif pertama
seorang bankrap memberi kesan kepada kapasiti dan kompetensi
kelima mereka disisi undang-undang untuk membawa tindakan
bersama terhadap defendan.
[9] Dalam hal sibankrap, undang-undang adalah jelas dan jitu bahawa
seorang bankrap tidak boleh memulai atau membawa tindakan
melainkan sanksi diperolehi daripada Jabatan Insolvensi. Keperluan
sanksi ini bukanlah setakat suatu yang formaliti sahaja tetapi ia
merupakan satu keperluan hakiki yang tidak boleh tidak. Tanpa
sanksi ini, seseorang bankrap tidak mempunyai kebolehan atau
keupayaan di sisi undang-undang untuk memulakan tindakan
terhadap mana-mana pihak kecuali sibankrap memfailkan tindakan
untuk gantirugi bagi kecederaan diri sendiri.
[10] Kedudukan undang-undang mengenai perkara ini adalah jelas.
Seksyen 38(1) Akta Kebankrapan 1967 jelas memperuntukan
bahawa :
(1) Where a bankrupt has not obtained his discharge
10
(a) the bankrupt shall be incompetent to maintain any action (other than
an action for damages in respect of an injury to this person) without
the previous sanction of the Director General of Insolvency;
[11] Terdapat begitu banyak otoriti mengenai ketidakupayaan undang-
undang seorang bankrap untuk memulai tindakan undang-undang
terhadap mana-mana pihak sehinggalah memperolehi sanksi
daripada Jabatan Insolvensi. Rujukan kepada beberapa kes adalah
memadai.
(1) Di dalam kes Sabah Bank Bhd v Syarikat Bintang Tengah
Sdn Bhd & Ors [1992] 2 MLJ 588 telah diputuskan dengan
jelas seperti berikut :
(i) Once receiving and adjudication orders are made, the bankrupts
estate vests with the OA and under Section 38(1)(a) of the
Bankruptcy Act 1967, the OA must first be consulted as any action
intended by the bankrupt may be detrimental to his creditors. The
only exception where no sanction is required from the OA is when
the bankrupt files an action for damages for injury to his person or
when he questions his status by filing an application under section
92(1) or 105 (1) of the Act.
(ii) Section 38 (1) (a) of the Act is wide enough to include the filing of an
application to set aside a default judgement.
11
(iii) Accordingly, the third defendant must first obtain the OAs sanction
and since this was not done, he had no locus standi to file the
application.
(2) Mahkamah Rayuan di dalam kes M/S Laksamana Realty Sdn
Bhd v Goh Eng Hwa [2004] 1 CLJ 274 telah menekankan
keperluan sanksi bagi sibankrap memulai tindakan. Di muka
surat 281 alasan penghakiman Mahkamah Rayuan, Abdul
Hamid Mohamad HMR (YAA pada masa itu) telah berkata :
....All that is required to enable a bankrupt to maintain an action as
provided by section 38(1)(a) of the Act is to obtain the sanction of
the OA. No assignment is required. The respondent having
obtained the sanction prior to his filing the counterclaim, he is
competent to do so.
The other point is whether the issue of locus standi should have
been allowed to be raised at all during the submission, it not
having been pleaded in the statement of defence. The requirement
of a sanction is not just a formality. Without the sanction a
bankrupt is incompetent to maintain an action. It goes to his
capacity. If he is incompetent to file the counterclaim without the
previous sanctions then the filing of the counterclaim without the
previous sanction would have been null and void....
12
(3) Di dalam kes Perwira Affin Bank Bhd v Sardar Mohd
Roshan Khan & Another Appeal [2009] 4 CLJ 43,
Mahkamah Rayuan di dalam mengariskan ketidakupayaan
seseorang di dalam membawa tindakan apabila telah dijadikan
bankrap telah berkata:
Section 38(1)(a) sets out the incompetence of an undischarged
bankrupt to maintain an action. The steps taken by the customer
clearly came within the ambit of maintaining an action in section
38(1)(a) and so attracted the application of section 38(1)(a)..........
[12] Bagi menjawab isu sanksi ini, peguam plaintif telah merujuk kepada
Affidavit Jawapan 1 Plaintif-Plaintif yang menyatakan di perenggan 6
bahawa plaintif pertama sebenarnya telahpun mendapatkan sanksi
dari Jabatan Insolvensi bertarikh 4 September 2013 dan telah
diekshibitkan sebagai ekshibit K di dalam affidavit tersebut.
Menurutnya lagi, di dalam sanksi bertarikh 4 September 2013
tersebut nombor kes guaman telah tidak tertera kerana pada masa
pengisuan sanksi ini, guaman di hadapan mahkamah ini masih
belum difailkan. Justeru, menurut peguam plaintif Jabatan Insolvensi
telah menggunakan nombor kes prosiding halang tebus yakni 24 F-
923-06/2012 kerana ianya bersangkutan. Kemudiannya peguam
13
telah merujuk kepada Affidavit Tambahan yang difailkan oleh plaintif-
plaintif pada 25 Jun 2014 yang mengeksibitkan sekali sanksi yang
baru diterima daripada Jabatan Insolvensi bertarikh 24 Jun 2014.
[13] Walaubagaimanapun, sebagai balasan kepada sanksi yang baru
diperolehi plaintif-plaintif, peguam defendan telah menghujahkan
bahawa sanksi Jabatan Insolvensi bertarikh 24 Jun 2014 yang baru
diterima oleh plaintif-plaintif ini tidak membantu plaintif-plaintif kerana
kes ini telah difailkan pada tahun 2013, manakala sanksi ini bertarikh
24 Jun 2013. Peguam defendan seterusnya telah menghujahkan
bahawa sanksi bertarikh 24 Jun 2013 tersebut adalah tidak jelas dan
tidak secara spesifik menyatakan bahawa ianya telah dikeluarkan
dengan mempunyai kesan kebelakangan yakni dari tarikh guaman
difailkan. Adalah dihujahkan oleh peguam defendan lagi, sanksi
yang tidak menyatakan dengan jelas dan spesifik akan kesan
kebelakangannya tidak mengesahkan (validate guaman ini.
[14] Bagi menyokong hujahan beliau, peguam defendan telah merujuk
mahkamah kepada satu kes yang baru-baru ini telah diputuskan oleh
Mahkamah Persekutuan Winstech Engineering Sdn Bhd v Espl
(M) Sdn Bhd [2014] 3 MLJ 1. Di dalam kes ini telah diputuskan oleh
Mahkamah Persekutuan seperti berikut :
14
(1) The sanction given in the Director-General of Insolvencys letter dated 19
August 2013 did not specify that it was to be retrospective. For the
doctrine of ratification to apply, the ratification must be clear (see para 20)
(2) There was no application for the official receivers sanction to be made
retrospective. In short, there was no nunc pro tunc leave application.
There was, therefore, no material before the court to consider and to justify
the grant of nunc pro tunc leave (see para 23).
(3) The argument that the respondent had not been prejudiced and that no
miscarriage of justice had been caused did not arise as the applicant, on its
own accord, failed to utilise the enabling provisions of the law to
commence the legal proceedings. The court, in law, was not in a position
to render assistance to such a litigant (see para 15 & 21).
[15] Di dalam kes Winstech ini, sebelum Mahkamah Persekutuan
mendengar permohonan kebenaran merayu yang difailkan pemohon,
peguam responden telah memohon Mahkamah Persekutuan melalui
Lampiran 8 untuk membatalkan permohonan pemohon atas alasan
bahawa pemohon tidak mempunyai kapasiti undang-undang atau
locus standi. Menurut peguam responden, pemohon yang telah
digulungkan telah memfailkan permohonan kebenaran tersebut tanpa
sanksi Pegawai Penerima. Pegawai Penerima di dalam kes ini
15
hanya telah mengeluarkan sanksi mereka lebih kurang tiga (3) bulan
selepas permohonan kebenaran merayu difailkan oleh pemohon di
Mahkamah Persekutuan.
[16] Di dalam hal pengeluaran dan kesan kebelakang sanksi Pegawai
Penerima selepas 3 bulan daripada tarikh pemfailan permohonan
untuk kebenaran merayu, Mahkamah Persekutuan di mukasurat 8
perenggan 20 alasan penghakimannya menyatakan berikut :
The sanction as per the Director General of Insolvencys letter dated 19
August 2013, did not specify that it is to be retrospective. For the
doctrine of ratification to be applicable, the ratification must be clear.
Furthermore, in the present case, there is no evidence to show that there
is ever any application for the sanction to be retrospective.
[17] Berbalik pula kepada kes di hadapan mahkamah ini, mahkamah ini
telah membuat penelitian ke atas sanksi yang dikeluarkan oleh
Jabatan Insolvensi bertarikh 24 Jun 2014. Di dalam sanksi
sememangnya nombor kes bagi guaman telah dinyatakan tetapi telah
tidak terdapat apa-apa penyataan yang jelas dan spesifik bahawa
sanksi mempunyai kesan kebelakang retrospective. Oleh yang
demikian, mahkamah bersependapat dengan peguam defendan
bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Winstech
16
adalah mengikat kes ini, walaupun di dalam kes Winstech, isunya
adalah sanksi Pegawai Penerima dan di hadapan mahkamah ini
sanksi yang diperlukan oleh sibankrap adalah sanksi Jabatan
Insolvensi bagi membolehkan plaintif pertama memulai satu tindakan
undang-undang. Pada asasnya prinsip yang terpakai adalah, bagi
sanksi yang dikeluarkan di dalam keadaan kes-kes sebegini untuk
mempunyai kesan kebelakang ia hendaklah jelas dan spesifik
menyatakan sedemikian.
[18] Perlu dinyatakan di dalam kes ini juga, sanksi yang dikeluarkan oleh
Jabatan Insolvensi bukan sahaja tidak spesifik atau jelas untuk
mewujudkan kesan kebelakangan tetapi apa yang dinyatakan oleh
Jabatan Insolvensi di dalam sanksi tersebut adalah Ketua Pengarah
Insolvensi telah meluluskan plaintif pertama meneruskan tindakan.
Untuk lebih jelas, ayat-ayat yang digunakan di dalam sanksi tersebut
diperturunkan :
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Insolvensi telah meluluskan
sanksi untuk tuan meneruskan tindakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi
Guaman No : 22NCVC-719-12/2013 dan melantik Tetuan Azian & Co. Advocates
& Solicitors untuk mewakili tuan dalam tindakan guaman tersebut.
(penekanan oleh Mahkamah ini)
17
[19] Mahkamah ini berpandangan, perkataan meneruskan ini bermakna
bahawa sanksi yang diberikan oleh Jabatan Insolvensi adalah
memberi kebenaran kepada pihak sibankrap untuk meneruskan apa-
apa tindakan yang telah dan sedang berjalan contohnya suatu kes
telah dimulakan oleh mana-mana pihak terhadap sibankrap sebelum
beliau dijadikan bankrap dan semasa kes berjalan, perintah
menjadikan sibankrap telah dikeluarkan. Maka bagi kes-kes
sebegini, barulah benar bahawa sanksi yang dikeluarkan oleh
Jabatan Insolvensi adalah bagi membenarkan sibankrap meneruskan
tindakan tersebut.
[20] Tetapi di dalam kes di hadapan mahkamah ini adalah tidak dinafikan
bahawa daripada awalnya lagi plaintif pertama sememangnya tidak
memperolehi sanksi Jabatan Insolvensi bagi membolehkan plaintif
pertama memulaikan tindakan. Bersandarkan kes Winstech, adalah
pandangan mahkamah ini bahawa sanksi yang dikeluarkan
hendaklah jelas dan spesifik memberikan kebenaran kepada plaintif
pertama memulakan tindakan guaman ini terhadap defendan dan
bukanlah setakat menyatakan nombor kes dan dengan hanya
perkataan meneruskan. Mahkamah ini berpandangan bahawa
nombor kes yang tertera dan perkataan meneruskan bagi mahkamah
18
adalah tidak memadai untuk menunjukkan yang sanksi itu secara
speksifiknya dan jelasnya memberi kesan kebelakangnya.
Alasan (b) - perintah faraid yang dikeluarkan oleh
mahkamah tinggi tidak memberikan plaintif-
plaintif kapasiti undang-undang untuk
memulakan tindakan.
[21] Peguam defendan telah menghujahkan plaintif-plaintif pada setakat
memfailkan tindakan terhadap defendan hanya telah memperolehi
perintah faraid daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Sijil
faraid yang dikeluarkan adalah hanya menentukan bahagian-
bahagian atau hak-hak yang diterima oleh setiap pewaris dan tidak
lebih daripada itu. Menurut peguam defendan lagi, pembahagian
hak-hak waris ini tidak menimbulkan kapasiti undang-undang kepada
pewaris-pewaris untuk membawa tindakan guaman ini terhadap
defendan. Untuk hujahan ini, peguam defendan telah merujuk
kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chor
Phaik Har v Farlim Properties Sdn Bhd [1997] 3 MLJ 188.
Mahkamah Persekutuan di dalam memutuskan kedudukan undang-
undang ini telah membuat kesimpulan berikut :
19
It could be concluded that in law, a beneficiary under an intestacy has no
interest or property in the personal estate of a deceased person until the
administration of the latters estate is complete and distribution made
according to the law of distribution of the intestate estate.
Peguam defendan juga telah merujuk kepada kes Rosman Roslan
v Kassim Hj Arshad & yang lain [2005] 2 CLJ 669 di mana
Mahkamah Rayuan di dalam kes ini yang telah juga merujuk kepada
kes Chor Phaik Har dan di muka surat 674 alasan penghakiman
Mahkamah Rayuan telah dinyatakan seperti berikut :
Jadi, surat kuasa tadbir adalah penting dan ia hendaklah diperolehi
terlebih dahulu dari Mahkamah Sivil sebelum seseorang benefisiari hendak
memulakan sesuatu tindakan untuk menuntut apa-apa kepentingan
terhadap harta pusaka simati. Jika tidak, dia tidak mempunyai locus
standi untuk membawa tindakan dalam mahkamah. Oleh kerana
responden-responden tidak mempunyai surat kuasa tadbir bagi mentadbir
harta pusaka simati Haji Abu Bakar, maka mereka tidak berkompeten dan
mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini.
[22] Justeru, adalah menjadi undang-undang yang jitu bahawa surat
kuasa pentadbiran hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum
seorang benefisiari atau waris boleh memulakan sesuatu tindakan
untuk menuntut apa-apa kepentingan terhadap harta pusaka simati.
Selagi surat kuasa pentabiran belum dikeluarkan pentadbiran pesaka
20
simati tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana waris atau
benefisiari.
[23] Malahan di dalam kes ini, di perenggan 9 Affidavit Jawapan 1
Plaintif-Plaintif bagi menentang permohonan defendan, plaintif-plaintif
sendiri telah mengakui bahawa plaintif masih dalam proses memilih
dan melantik seorang pentadbir. Menurut plaintif-plaintif pemfailan
tindakan ini sebelum perlantikan pentadbir dibuat adalah kerana
sekiranya guaman ini tidak difailkan, defendan akan menjual rumah
tersebut yang merupakan asset plaintif-plaintif.
[24] Maka jelaslah di sini bahawa kedudukan plaintif-plaintif pada masa
ini, hanyalah setakat pewaris yang telah ditentukan bahagian-
bahagian masing-masing sahaja. Pembahagian hak-hak tidak
mengujudkan keupayaan ataupun kapasiti undang-undang untuk
membawa tindakan terhadap defendan. Apatah lagi tindakan ini
bukan dibuat secara berasingan oleh setiap plaintif tetapi merupakan
tindakan bersama atas tajuk pewaris Norhayati binti Mohd Yunus.
Alasan (c) - plaintif-plaintif tiada kausa tindakan terhadap
defendan kerana insuran hayat MRTA bukanlah dibeli
21
oleh simati bersama plaintif pertama tetapi oleh
plaintif pertama seorang sahaja.
[25] Mahkamah ini telah meneliti ekshibit RAB yang terkandung di dalam
Affidavit 1 Defendan. Jelas daripada ekshibit-ekshibit ini insuran
hayat MRTA ini telah dibeli oleh plaintif pertama sahaja bukannya
bersama-sama simati. Justeru, insuran hayat MRTA tidak
mempunyai apa-apa operasi dengan kematian simati. Insuran hayat
MRTA ini tidak ada kena mengena langsung dengan simati. Maka
penggantungan pewaris-pewaris Norhayati binti Mohd Yunus ke atas
insuran tersebut tidak timbul sama sekali.
[26] Mahkamah ini juga ingin menyentuh tegasan plaintif-plaintif di
perenggan 4 Affidavit Jawapan Plaintif-Plaintif berkenaan isu insuran
hayat ini yang telah juga ditimbulkan oleh plaintif pertama di hadapan
YA Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Disember di mana
menurut mereka YA Hakim di dalam prosiding halang tebus telah
bersetuju bahawa elegasi plaintif bermerit dan YA Hakim telah
memberi perintah penggantungan prosiding halang tebus dalam
guaman 24F-923-06/2012.
22
[27] Perlu dinyatakan di sini bahawa prosiding halang tebus dan guaman
yang ada di hadapan mahkamah adalah dua tindakan yang berbeza
dan berdasarkan pemakaian dan keperluan undang-undang yang
berbeza.
Berdasarkan alasan-alasan di atas mahkamah ini membenarkan
permohonan defendan di Lampiran 9 dengan kos RM2,000.00 kepada
defendan. Justeru, Writ Saman dan Penyata Tuntutan plaintif-plaintif
dengan ini dibatalkan.
t.t.
...................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR)
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 13 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Bertarikh 14 Ogos 2014.
Peguam Plaintif - Tetuan Azian & Co
Encik Ekbal Singh Sandhu
Peguam Defendan - Tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq
Dato Mohd Haaziq, Encik Nizam Bashir
& Encik Hasziq Hasry
DatukAzimahOmar/sar/13814/3365
Recommended