View
662
Download
33
Category
Preview:
Citation preview
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 1
KERTAS KERJA
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA
BIOTEKNOLOGIS MUDA
TARIKH
2-3 MEI 2015
TEMPAT
PANTAI KELANANG, BANTING
SELANGOR
ANJURAN
KELAB BIOTEKNOLOGI UKM,
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN
TEKNOLOGI,
PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN
PERHUBUNGAN ALUMNI,
MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
TEMA
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS
KEGEMILANGAN”
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 2
KERTAS KERJA
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
KELAB BIOTEKNOLOGI UKM,
FAKULTI SAINS DAN TEKNLOGI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan
Mahasiswa Dan Perhubungan Alumni bagi menjayakan “Team Building” dan Bakti Siswa
Bioteknologis Muda. Selain itu, bagi memohon menjadikan program ini sebagai aktiviti
kokurikulum para pelajar.
2.0 PENGENALAN
2.1 Kelab Bioteknologi UKM ditubuhkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011.
2.2 Kelab Bioteknologi ditubuhkan atas cetusan dan kesedaran untuk menyatukan pelajar
dari jurusan Bioteknologi Tumbuhan dan Bioteknologi dengan Pengurusan di bawah satu
bumbung bagi memberi bimbingan kepada pelajar baharu. Selain itu, bagi memberikan ruang
kepada pelajar membina kebolehan memimpin kelab di bawah fakulti. Di samping itu, dengan
kewujudan Kelab Bioteknologi membolehkan pelajar saling bertukar pendapat dan lebih
mendalami bidang bioteknologi ini.
2.3 Kelab Bioteknologi telah menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan serta
rekreasi luar. Antara aktiviti yang telah dianjurkan dengan jayanya adalah Rekreasi Kelab
Bioteknologi dan Bakti Siswa. Selain itu, program berbentuk percambahan ilmu iaitu Lawatan ke
BioMalaysia telah dijalankan. Malahan, Kelab Bioteknologi menjalankan program bagi
menghargai barisan kepemimpinan Kelab Bioteknologi seperti Malam Gemilang Graduan dan
malam Sedetik Bertemu Selamanya Terkenang.
2.4 Rentetan kejayaan program yang dilaksanakan, Kelab Bioteknologi akan menganjurkan
satu lagi program yang dinamakan “Team Building” dan Bakti Siswa Bioteknologis Muda.
Program ini adalah permulaan latihan berbentuk kepimpinan, bina pasukan dan menambah ilmu
pengetahuan terutama dalam proses pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa. Program ini
juga sebagai wacana untuk membina keyakinan dan keazaman diri mahasiswa supaya dapat
diaplikasikan dalam menjalani kehidupan seharian. Malahan, program ini dapat menyemai sifat
kemasyarakatan dalam diri pelajar.
2.5 “Team Building” dan Bakti Siswa Bioteknologis Muda merupakan satu program yang
dilaksanakan khas untuk pelajar jurusan Bioteknologi. Ia melibatkan pelajar Bioteknologi, iaitu
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 3
Bioteknologi dengan Pengurusan dan Bioteknologi Tumbuhan. Hal ini dapat mengeratkan lagi
ukhwah antara pelajar Bioteknologi.
2.6 Tujuan utama program ini adalah melahirkan mahasiswa yang dinamis, berilmu dan
mempunyai kredibiliti yang tinggi sejajar dengan wawasan Universiti dalam melahirkan graduan
yang mempunyai jati diri dan sahsiah yang unggul. Di samping itu,, dapat mengeratkan
silaturrahim antara pelajar Bioteknologi. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran
kepemimpinan dalam melaksanakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan
sumbangan positif dan manfaat terhadap Universiti khususnya Negara umumnya semoga cita-
cita murni UKM tercapai sebelum menjelangnya tahun 2020
3.0 MISI
Untuk mengukuhkan semangat kerjasama dan hubungan antara pelajar Bioteknologi dengan
Pengurusan dan Bioteknologi Tumbuhan. Selanjutnya, melahirkan mahasiswa Fakulti Sains dan
Teknologi yang mempunyai jati diri yang unggul dan berkepimpinan tinggi khususnya pelajar dari
Kelab Bioteknologi UKM selaras memartabatkan perkembangan ilmu dan pembangunan
Universiti. Serta memupuk semangat cinta akan negara dan menanamkan nilai-nilai yang baik
yang akan dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Universiti.
4.0 MATLAMAT
4.1 Meningkatkan dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan antara mahasiswa selari
dengan seruan gagasan 1Malaysia.
4.2 Mempromosi dan memperkenalkan kursus di bawah pusat Biosains dan Bioteknologi
serta Fakulti Sains dan Teknologi khususnya, dan Universiti Kebangsaan Malaysia
secara amnya.
4.3 Membina serta memperkukuhkan semangat patriotisma dan cintakan alam sekitar bagi
memelihara dan memulihara kelestarian Bumi.
4.4 Membimbing golongan mahasiswa ke arah berkepimpinan serta berkeyakinan tinggi
sebagai langkah persediaan menerajui negara pada masa hadapan.
4.5 Membentuk mahasiswa dan mahasiswi dinamis, berilmu dan mempunyai kredibiliti yang
tinggi sejajar dengan wawasan Universiti dalam melahirkan graduan yang cemerlang dari
sudut akademik serta berkepemimpinan tinggi.
5.0 OBJEKTIF
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 4
5.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang misi dan visi sebenar Universiti
Kebangsaan Malaysia.
5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di
Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya di Pusat Biosainsdan Bioteknologi, Fakulti
Sains dan Teknologi
5.3 Menanam dan memupuk minat dalam kegiatan rekreasi, cinta kepada alam dan pelbagai
aktiviti dalam kalangan peserta sebagai satu cara untuk memupuk semangat juang,
membangkit motivasi, mencipta kejayaan dan membina daya maju.
5.3 Memupuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat dan khalayak sebagai
seorang mahasiswa yang berilmu dan berpengetahuan.
5.4 Memperkasakan agenda pembangunan modal insan dengan kualiti dan kredibiliti
sebagai seorang mahasiswa yang berdaya saing, dan berfikiran jauh serta mampu dan
berani mengutarakan pendapat.
6.0 TEMA
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN”
7.0 ANJURAN
Kelab Bioteknologi UKM, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan
Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Mahasiswa Fakulti
Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Perbandaran Kuala
Langat.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 2-3 Mei 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
9.0 TEMPAT PROGRAM
Program ini dicadangkan untuk diadakan di Pantai Kelanang, Banting, Selangor.
9.0 INOVASI
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 5
Idea utama bagi program ini adalah mengukuhkan hubungan mahasiwa dengan
mahasiswa dan mahasiswa dengan masyarakat dan mahasiswa dengan Universiti.
Program ini merupakan landasan untuk mahasiswa mendekatkan diri dan lebih cakna
dengan masyarakat melalui menjalankan bakti siswa dan dalam masa yang sama
memberi pendedahan kepada masyarakat kepada kursus Bioteknologi di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
10.0 PUBLISITI
1. Digital board, Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Bunting di Pantai Kelanang, Banting, Selangor
3. Hebahan melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat, Selangor
4. Hebahan melalui wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
11.0 CADANGAN PERASMI
1. Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.
2. Dr. Mohd Firdaus bin Mohd Raih. Ketua Program Pengajian Prasiswazah
Bioteknologi Tumbuhan dan Bioteknologi dengan Pengurusan.
3. Dr. Noor Liyana binti Sukiran. Penasihat Kelab Bioteknologi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah Peserta = 46 orang
Jumlah Urusetia = 48 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk LAMPIRAN A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk LAMPIRAN B
15. 0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Ice Breaking
Seorang fasilitator akan mengendalikan ice breaking dengan menggunakan
modul yang telah dirancang. Peserta akan berkenalan antara satu sama lain dan
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 6
akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memupuk semangat
kerjasama antara kumpulan masing-masing.
15.2 Explorace
Peserta akan menjalani modul yang telah dirancang. Peserta akan dipecahan
kepada kumpulan dan menjalani checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai
matlamat dan rasional tersendiri dalam membina kerjasama dan nilai-nilai baik
dalam diri peserta. Explorace ini akan melibatkan pengunjung di Pantai
Kelanang.
15.3 Kembara malam
Peserta akan menjalani aktiviti kembara malam . Aktiviti ini adalah dibantu
penjaga pantai dari Jabatan Pertahanan Awam. Tujuan aktiviti ini adalah untuk
peserta menghargai keindahan alam dan kebesaran Tuhan. Selain itu, membina
rasa berani untuk menghadapi cabaran dan masa depan serta membina
semangat percaya akan kawan.
15.4 Pembersihan pantai
Semua ahli akan bekerjasama untuk membersihkan Pantai Kelanang.
Subprogram ini adalah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mahasiswa lebih dekat dengan masyarakat dan
dalam masa yang sama memartabatkan nama Universiti dalam kalangan
masyarakat. Di samping itu, brochures Fakulti Sains dan Teknologi diedarkan
dan papan pameran diletakkan untuk kunjungan orang ramai.
16.0 LANGKAH KESELAMATAN
16.1 Berkhemah
a. Pemilihan Tapak
Urusetia perlu memastikan tapak yang sesuai bagi berkhemah bagi
mengelakkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Tiada pohon yang
berkemungkinan untuk tumbang atau dahannya hampir patah, tapak
perkhemahan mempunyai hubungan ke tempat berkumpul bagi memudahkan
pergerakan dan tapak bukannya laluan binatang liar. Selain itu tapak
perkhemahan jauh dari pantai, terlindung dari tiupan bayu laut dan mempunyai
cahaya lampu.
b. Kawalan Risiko
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 7
Urusetia akan memastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk
digunakan, menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di
sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan
mana-mana yang boleh mengganggu peserta. Selain itu, jadual sentri akan
disediakan bagi memantau keselamatan atau gangguan. Penjaga pantai juga
akan meronda kawasan tapak perkhemahan. Selain itu, urusetia akan membawa
kelengkapan ubat-ubatan serangga berbisa dan ubat-ubatan biasa.
c. Pengurusan Keselamatan
Taklimat perkhemahan kepada peserta akan diberi semasa tiba di ltapak
perkhemahan. Peserta dilarang membuat bising di kawasan perkhemahan
seperti melaung, bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat
sangat. Kebersihan diri akan dititikberatkan terutama bagi pelajar yang uzur.
Peserta juga akan diingatkan peserta untuk mematuhi semua arahan
keselamatan. Sistem sentri akan dijalankan dan rondaan dari penjaga pantai
bagi memastikan keselamatan peserta.
d. Pemakluman kepada Pihak Berwajib
Selepas mendapat kelulusan daripada PPMPA, urusetia juga akan memohon
kebenaran secara bertulis kepada Jabatan Pertahanan Awam, memaklumkan
tentang perkhemahan kepada Balai Bomba dan Penyelamat dan Balai Polis
terdekat di mana surat berkenaan akan disalinkan kepada Pengarah PPMPA.
16.2 Explorace
a. Regangan badan
Peserta akan melakukan regangan badan bagi mengurangkan risiko kejang otot.
Peserta juga diingatkan untuk menjaga keselamatan sendiri dan kumpulan.
b. Penyediaan ubat-ubatan
Urusetia akan menyediakan ubata-ubatan biasa bagi mengatasi kecemasan
namun diingatkan untuk tidak meberi secara sukahati ubat-ubatan.
Walaubagaimanapun, urusetia perlu membawa peserta ke hospital atau pusat
kesihatan sekiranya memerlukan tindakan lanjut. Peserta juga perlu membawa
ubat.ubatan sendiri sekiranya mempunyai masalah kesihatan atau bergantung
kepada ubat khas. Urusetia juga perlu memastikan peserta yang sensitif kepada
sebarang ubat-ubatan.
16.3 Kembara Malam
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 8
a. Menggunakan khidmat penjaga pantai dan Jabatan Pertahanan Awam
Peserta akan mengikut arahan penjaga pantai yang merupakan petugas dari
Jabatan Pertahanan Awam yang sememangnya berpengalaman membawa
pengunjung pantai untuk aktiviti kembara malam. Selain itu, setelah mendapat
kebenaran PPMPA, surat bertulis akan dihantar ke Jabartan Pertahanan Awam
untuk meminta beberapa orang pembantu dan staf bagi keselelamatan. Laluan
kembara malam juga akan dipastikan selamat dari sebarang gangguan dan
halangan. Peserta juga diingatkan untuk menjaga tutur kata, mengambill,
memetik atau mengalihkan objek sepanjang aktiviti dijalankan,
16.4 Pembersihan pantai
a. Wajib berkasut
Setiap ahli diwajibkan berkasut bagi mengelakkan terpijak benda-benda tajam.
17.0 BELANJAWAN
Rujuk LAMPIRAN C
18.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi :
Pejabat Pengurusan Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,
Aras G, Bangunan Biologi,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Muhammad Khudri Syafie bin Abdul Wahab)
Tel : 011-15703746
E-mel : quedanvine@yahoo.com
19.0 PENUTUP
Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan kewangan
daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni. Semoga program ini
berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan.
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 9
Terima kasih kepada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni di atas
kerjasama dan sokongan yang diberikan.
LAMPIRAN A
_____________________________________________________________________________
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 10
STRUKTUR ORGANISASI
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM
Penyelaras
Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni
Penasihat
Dr. Noor Liyana Binti Sukiran
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (K016132)
Penasihat bersama
Dr. Nurulhikma Binti Md Isa
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (K019990)
Dr. Babul Airianah Binti Othman Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (K016137)
Ketua Pengarah
Muhammad Khudri Syafie Bin Abdul Wahab (FST/2/A145768)
014-7408927
Timbalan Ketua Pengarah
Nurul Syakinah Binti Shabudin (FST/2/A146705)
011-15629569
Setiausaha
Nurul Amera Binti Woddilllah /(FST/2/A145669)
017-3293193
Bendahari
Khairunnisa Binti Amid Dudin (FST/2/A145665)
013-9198793
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 11
Siti Zaharah Binti Imran (FST/2/A145751)
013-9068499
Pengarah Program
Mohd Bajuri Bin Asruri (FST/2/A145766)
013-6501933
Ahli Jawatankuasa Program
Abdul Aqmal Isma Bin Abdul Ghani (FST/1/A150006) 012-7527521
Nur Zuriayati Binti Mohd Zainun FST(1/A149495) 019-3949486
Mohamad Fakhzan B Ab Aziz (FST/1/A149071) 014-8208130
Noradibah Binti Hanafi (FST/1/A149264) 017-8871108
Pengarah Pemasaran
Shafwaniza Binti Mat Desa (FST/2/A145771) 014-5150486
Ahli Jawatankuasa Pemasaran
Siti Solehah Seman (FST/1/A149157)012-7466193
Nur Hidayah Binti Yusoff (FST/2/A149038) 013-4118766
Atiqah Binti Saifuzzaman (FST/1/A150373) 014-7314487
Husna Munirah Binti Ramliefauzi (FST/2/A150527) 014-5393362
Noor Syahirah Binti Abdul Rajab (FST/1/A151106) 010-5790801
Norsyahida Hamimi Binti Samsudin (FST/2/A145758) 019-9352320
Nor Azni Adila Binti Abdul Aziz (FST/2/A145761) 011-17857679
Siti Nabila Binti Jamil (FST/2/A146692) 011-15776817
Pengarah Publisiti dan Tugas-tugas Khas
Azlyn Izzati Binti Adinie (FST/2/A145769) 013-8955619
Ahli Jawatankuasa Publisiti dan Tugas-tugas Khas
Nuriffatul Izzati Binti Rosman(FST/1/A148702) 018-9066672
Nurul Hasnieza Binti Abu Bakar (FST/1/A150291) 010-4395659
Najiha Binti Mohd Khedzir (FST/1/A150417 /013-4542868
Pengarah Cenderamata
Nor Suraya Binti Aziz (FST/2/A145755) 017-4581660
Ahli Jawatankuasa Cenderamata
Nur Salihah Binti Ghani(FST/1/A148539) 012-9600786
Nur Zuriayati Binti Mohd Zainun (FST/1/A149495) 019-3949486
Muhammad Aeiman Farhan Bin Arziallah (FST/1/A150024) 014-383596
Pengarah Jamuan
Maryati Binti Marzukhi (FST/2/A145759) 013-5167448
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 12
Ahli Jawatankuasa Jamuan
Siti Noor Azlien Binti Abas (FST/2/A145763) 011-12965913
Ayesha Sofea Binti Hisham (FST/1/A152086) 019-3615709
Syafiqah Binti Ibrahim (FST/1/A150286) 012-9801477
Pengarah Teknikal dan Keselamatan
Muhammad Nazirul Haziq Bin Mohd Yusof (FST/2/A145668) 011-19730198
Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Keselamatan
Muhammad Faisal Bin Abdul Rahman Maniselvan (FST/1/A149995)
Muhammad Firdaus Bin Maslan (FST/1/A150095) 010-7149644
Mohammad Hairullah Bin Azmi (FST/1/A149656) 010-7052608
Muhd Norazmir Bin Hanif (FST/1/A150992) 017-2800651
Muhammad Aiman Hafiz Bin Jaya Karso (FST/1/A149896) 014-5223794
Adib Uzair Bin Ramlan (FST/1/A148147) 017-6078384
Pengarah Protokol
Siti Adaha Binti Mohd Kasir (FST/2.A145663) 016-8175094
Ahli Jawatankuasa Protokol
Muhammad Shahrul Faiz Bin Mohd Ripin (FST/1/A149951) 019-9891197
Aizatun Zawiyah Binti Hasim (FST/1/A149825) 019-4797648
Fatin Suhada Binti Subri (FST/1/A149876) 011-12517013
Asymal Farhanina Binti Nordin (FST/1/A151564) 017-5854135
Nur Fatihah Binti Mohd Zaidi (FST/1/A149373) 012-3248854
Pengarah Kebajikan dan Penginapan
Noor Aina Zulafa Nadhirah Binti Adnan (FST/2/A145774) 013-7139235
Ahli Jawatankuasa Kebajikan
Nazihah Binti Zainal (FST/2/A145665) 013-9345851
Siti Nadzirah Binti Mustaffa Kamal (FST/1/A150604) 014-5403110
Nurfarahin Binti Jais (FST/1/A150186) 017-6574304
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 13
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
TARIKH & MASA
PERISIAN
TEMPAT
2 Mei 2015 (Sabtu)
8.00 pagi
8.30 pagi
8.45 pagi
10.45 pagi
10.50 pagi
11.15 pagi
12.30 tengah hari
3.00 petang
5.00 petang
7.30 petang
11.00 malam
12.30 pagi
3 Mei (Ahad)
6.00 pagi
7.15 pagi
7.45 pagi
8.30 pagi
12.30 tengah hari
2.30 petang
4.30 petang
5.00 petang
Pendaftaran Peserta
Taklimat
Bertolak dari Pusanika
Tiba di Pantai Kelanang
Taklimat program
Aktiviti 1: Pembahagian Kumpulan dan Ice
Breaking
(Penyelaras: Mohd Bajuri Asruri)
Makan tengahari/Rehat/Kemas diri/ Solat
Zuhur/Pasang khemah
Aktiviti 2: Explorace
(Penyelaras: Mohd Bajuri Asruri)
Minum petang/Solat asar/Bacaan al-
Mathurat/Kemas diri/Rehat
Solat maghrib/Makan malam/Solat
isyak/Rehat
Aktiviti 3: Kembara malam
Tidur
Solat subuh/Kemas diri
Senaman pagi
Sarapan
Aktiviti 4: Bakti siswa
Makan tengah hari/Rehat/Solat
Zuhur/Kemas diri
Majlis perasmian penutupan
Minum petang/Solat asar/Kemas tapak
khemah
Pulang
Pusanika
Pantai Kelanang,
Kuala Langat
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 14
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA RM
1.
2.
Sumbangan
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan
Perhubungan Alumni
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan
Teknologi
Pejabat Daerah Kuala Langat
Pusat Islam UKM
Tabung kelab
Syarikat korporat
Yuran ahli (RM10 X 94)
RM 1,000.00
RM 1, 000.00
RM 500.00
RM 500.00
RM 200.00
RM 5, 660.00
RM 940.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 9,800.00
Anggaran Perbelanjaan
BIL POST/PERKARA RM
1.
Program
Barang program
Bayaran penggunaan pantai (RM15X 94)
Kebajikan dan Penginapan
Sewaan khemah (RM15 X 94)
Sewaan tapak khemah (RM5 X 94 X 2 hari)
Teknikal dan Keselamatan
Peralatan (Tali keselamatan, belerang dll)
Publisiti
Banner (RM100 X 2 helai)
Bunting (RM50 X 4 helai)
Tag nama (RM 5 X 94)
Jamuan
Peserta dan urusetia (RM5 X 94 X 6 kali)
Perasmi dan VIP (Staf JPAM, pensyarah)
(RM 12 X11 x 1 kali)
RM 250.00
RM 1, 410.00
RM1, 410.00
RM 940.00
RM 250.00
RM 200.00
RM 200.00
RM 470.00
RM 2, 820.00
RM 132.00
RM 210.00
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 15
Staf Jabatan Pertahanan Awam (RM5 X 7 X
5 kali)
Penasihat/Pensyarah (RM 5 X 3 X 5 kali)
Cenderamata
VIP perasmi (RM100 X 1)
Staf Jabatan Pertahanan Awam (RM10 X 7)
Penghargaan Jabatan Pertahanan Awam
(RM 50.0 0 X 1)
Peserta (RM8 X 46)
Urusetia (RM10 X 48)
Runcit & Kontijensi
RM175.00
RM 75.00
RM 100.00
RM 70.00
RM 50.00
RM 368.00
RM 480.00
RM 190.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 9,800.00
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 16
LAMPIRAN D
PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI
KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM
A. KENDERAAN
Bil. Perkara Kuantiti
Bil. Perkara
Kuantiti
1. Bas 2 4. Lori/Pick Up 1
2. Bas Mini/Coaster 5. Pacuan Empat Roda
3. Kereta 6. Van/Window Van/MPV
B. PERALATAN MAJLIS
Bil. Perkara Kuantiti
Bil. Perkara
Kuantiti
1. Kerusi untuk Pentas (Sofa Single) 3 9.
Papan Pameran 3’ x6’ x 6’
2. Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 9 10. Booth 10’ x 10’ 1
3. Kerusi Plastik 100 11. Meja Jamuan 3’ x 3’ 4
4. Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 2 12. Meja Bulat untuk Jamuan 13
5. Kanopi 20’ x 20’ 2 13 Meja Peperiksaan
6. Kanopi 15’ x 15’ 14. Meja Pameran
7. Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15. Meja Kopi 1
8. Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’ 2
C. KEPERLUAN ELEKTRIK
Bil. Perkara Kuantiti
Bil. Perkara
Kuantiti
1. Set Sistem Siaraya 1 5. Kipas Siling Khemah 2
2. Mikrofon 2 6. Lampu Khemah 6
3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah 10
4. Rostrum 1 8. Kipas Berdiri 3
Catatan : Borang ini hendaklah dilampirkan bersama ketika memuat naik kertas kerja di Sistem Pembangunan Insaniah.
Perkara A:
0 Selepas mendapat kelulusan mengadakan aktiviti, sila lengkapkan Borang Tempahan Kenderaan dan hantar kepada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni untuk sokongan dan seterusnya kepada Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar untuk kelulusan.
Perkara B dan C:
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA
2-3 MEI 2015
”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 17
0 Selepas mendapat kelulusan mengadakan aktiviti, sila lengkapkan Borang Permohonan Peralatan dan Kemudahan Majlis (UKM-SPKP-JPP-PK09-BO01) dan dapatkan sebut harga peralatan yang akan digunakan daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan diserahkan kepada Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni untuk kelulusan.
0 Peralatan yang dibekalkan oleh kontraktor panel UKM akan ditolak (caj) dari peruntukan Fakulti/Jabatan/Bahagian/Persatuan.
Recommended