View
2.134
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENGHARGA
AN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi – tinggi
penghargaan kepada beberapa pihak yang telah membantu bagi menjayakan tugasan
kerja kursus pendek yang wajib dilaksanakan oleh guru – guru pelatih bagi program pra
– ijazah sarjana muda perguruan.
Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Puan
Walaini Binti Abu Bakar, pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual unit PPISMP –
PS/BI/BM semester 3 yang telah memberikan bimbingan untuk melaksanakan tugasan
ini. Tanpa penerangan yang diberikan beliau, tak mungkin saya dapat melaksanakan
tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, ucapan penghargaan dan terima kasih juga
ingin saya tujukan kepada para pensyarah yang mengajar subjek Bahasa Melayu unit
PPISMP – PS/BI/BM semester 3 kerana selain Puan Walaini yang memberikan
penerangan, kami juga merujuk kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan yang
lebih lanjut lagi.
Keduanya, saya ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa dan keluarga yang telah memberikan sokongan dorongan kepada saya bagi
menjayakan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga diucapkan setinggi – tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada guru – guru pelatih semester 3
terutamanya guru – guru pelatih dari unit PPISMP – PS/BI/BM semester 3 yang banyak
membimbing saya bagi menyiapkan tugasan yang diberi ini.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
SOALAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
ISI
KANDUNGAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 1
2 SOALAN 3
3 ISI KANDUNGAN 6
4 PENDAHULUAN 8
5 DEFINISI UCAPAN 10
6 TEKS UCAPAN PENGACARAAN MAJLIS 12
7 TEKS UCAPAN “TRANSFORMASI PENDIDIKAN” 20
8 LAMPIRAN 29
9 REFLEKSI 44
10 BIBLIOGRAFI 48
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENDAHULUAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENDAHULUAN
Guru – guru pelatih bagi Program Pra – Ijazah Sarjana Muda Perguruan
semester 3 seluruh kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia diwajibkan untuk
melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu Kontekstual kerana
tugasan ini akan menyumbangkan sebanyak 50% markah untuk peperiksaan akhir
semester nanti.
Tugasan bagi kerja kursus pendek Bahasa Melayu Kontekstual (BMK) pada kali
ini perlu dilaksanakan secara berpasangan. Tugasan tersebut ialah penyediaan teks
ucapan pengacara majlis dan teks ucapan yang bertajuk “pembentukan modal insan
berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020”, di mana salah seorang daripada
pasangan tersebut akan memilih salah satu ucapan tersebut. Motif sebenarnya adalah
untuk mengesan kelancaran, kecekapan berbahasa, nada dan intonasi serta gaya
penyampaian yang digunakan di dalam teks pengacaraan majlis dan teks ucapan
tersebut.
Selain daripada itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk menguji penggunaan
bahasa yang digunakan oleh semua guru pelatih sama ada adanya kesalahan
penggunaan tatabahasa ataupun kesalahan penggunaan ayat. Pengujian ini adalah
amat penting supaya kesilapan yang dilakukan itu dapat diperbetulkan secepat
mungkin. Selain itu, ini adalah supaya guru – guru pelatih tidak akan mengulangi
kesilapan yang sama setelah tamat pengajian dan mula mengajar di sekolah.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
DEFINISI
UCAPAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
DEFINISI UCAPAN
Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam Bahasa Melayu antaranya
perbahasan, perundingan, ceramah, ucapan dan taklimat. Menurut Maimunah Haji
Omar, 1993, ucapan merupakan sebahagian daripada perucapan umumnya dalam
aspek perutusan.
Ucapan dapat diertikan sebagai apa – apa yang diucapkan atau cara menyebut
atau cara melafazkan sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan
penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Lazimnya,
ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti
pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi.
Walaubagaimanapun, ucapan agak berbeza dari pidato dan syarahan terutama
dari segi penglibatan dan majlis. Teks ucapan ini biasanya mempunyai tajuk tertentu
yang diberikan terlebih dahulu. Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh diselitkan
untuk menjadikan teks ucapan lebih menarik. Teks ucapan juga harus disertai dengan
penerangan, penjelasan, pujian atau sanjungan terhadap sesuatu perkara yang
dikatakan. Bahasa yang digunakan dalam teks ucapan haruslah mudah, padat, tegas
dan berkesan. Antara panduan penggunaan panggilan hormat dalam teks ucapan ialah;
PIHAK TERLIBAT KATA PANGGILAN HORMAT
Pengerusi/ pengacara majlis Yang Dihormati/Yang Mulia
Tuan pengarah/ ketua jabatan Yang berusaha
Golongan kehormat Yang berbahagia
Guru – guru/ ibu bapa Yang dihormati
Rakan – rakan Yang dikasihi
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TEKS
UCAPAN
PENGACARAAN
MAJLISKERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TEKS UCAPAN PENGACARAAN MAJLIS
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Selamat datang diucapkan kepada para hadirin sekalian.
Majlis kita akan bermula sebaik sahaja ketibaan Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri
Adnan Bin Yaakob, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur, Yang Hormat, Dato’
Haji Mazlan Bin Mohammad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan serta tetamu kehormat di Dewan Darul Makmur.
Sehubungan dengan itu, para hadirin diingatkan agar mematuhi adab – adab majlis
seperti berikut;
1. Sama – sama berdiri apabila pengumuman ketibaan Yang Amat Berhormat,
Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur,
Yang Hormat, Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad, Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan serta tetamu kehormat dibuat oleh
pengacara majlis.
2. Sama – sama menyanyikan lagu dengan penuh semangat.
3. Mematikan telefon bimbit atau menukarkan modnya kepada mod senyap.
4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berlangsung.
Mengumumkan ketibaan,
Yang Amat Berhormat,
Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob,
Menteri Besar Negeri Pahang,
Darul Makmur,
Yang Hormat,
Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang,
Yang Berbahagia,
Prof. Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan,
Naib Canselor,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak,
Encik Roselan Bin Ahmad,
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang,
Para pensyarah kanan dan ketua – ketua jabatan ke dewan.
Nyanyian lagu;
1. Guru Malaysia.
2. Institut Pendidikan Guru.
3. IPTAA Berjaya.
Para hadirin dipersilakan duduk.
Yang Amat Berhormat,
Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob,
Menteri Besar Negeri Pahang,
Darul Makmur,
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Yang Hormat,
Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,
Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang,
Yang Berbahagia,
Prof. Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan,
Naib Canselor,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak,
Encik Roselan Bin Ahmad,
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang,
Para pensyarah kanan,
Ketua – ketua jabatan,
Yang dihormati,
Para pensyarah, guru – guru sekitar negeri Pahang dan guru – guru pelatih sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Kuala Segan,
Pemanis kata selamat datang,
Assalamualaikum kami ucapkan.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Selamat datang ke “Majlis Transformasi Pendidikan”.
Sebelum majlis dimulakan,
Pihak majlis menjemput dan mempersilakan,
Al – fadhil Ustaz Jamaluddin Bin Adam,
Pensyarah Jabatan Agama Islam dan Moral,
Untuk membacakan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bacaan doa.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Al – fadhil Ustaz Jamaluddin Bin Adam di atas bacaan
doa itu sebentar tadi.
Sebelum majlis diteruskan,
Pihak majlis ingin memperkenalkan penceramah jemputan kita pada pagi ini,
Prof. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan,
Dilahirkan pada 31 Ogos 1960 di Kampung Tersuson, Batu Gajah, Perak.
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Gajah Mati, Batu Gajah, Perak pada 1967.
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak pada
1973.
Seterusnya, beliau memperoleh diploma perguruan dalam bidang Pendidikan Islam dan
Moral di Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1979.
Beliau mula berkhidmat di SK Padang Hang, Alor Setar, Kedah selama 5 tahun.
Kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Kaunseling di Universiti Malaya pada 1986. Antara sekolah terakhir beliau adalah SMK
Clifford, Kuala Lipis, Pahang pada tahun 2005.
Sudah berkahwin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Antara jasa – jasa beliau ialah;
1. Menjadi hakim pertandingan 3K di setiap sekolah seluruh Malaysia pada tahun
2006.
2. Terlibat di dalam penerbitan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5.
3. Pernah menjadi pengetua di SMK Clifford pada tahun 2005.
Antara bidang kepakaran beliau ialah bahagian Pendidikan Agama Islam dan Moral
serta bahagian kaunseling.
Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Prof. Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan untuk menyampaikan
ucapan beliau. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Ucapan penceramah jemputan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Dr. Haji
Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan di atas ceramah beliau sebentar tadi.
Para hadirin sekalian,
Di sini terdapat beberapa perkara menarik yang dapat diulas mengenai ucapan yang
telah disampaikan oleh Prof. Dr. Haji Muhammad Arif sebentar tadi iaitu pertamanya,
dunia pada hari ini lebih menonjolkan kanak – kanak genius dalam pelbagai bidang.
Contohnya, Adi Putra, kanak – kanak yang baru berumur enam tahun yang hanya
mengambil masa selama lebih kurang lima minit sahaja untuk menyelesaikan soalan
matematik di peringkat tinggi. Amat menakjubkan.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Keduanya, kami amat tertarik dengan kenyataan sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang
mampu melahirkan para pemimpin negara yang berkaliber. Kita dapat melihat di mana
Kolej Melayu Kuala Kangsar dapat melahirkan tokoh – tokoh pemimpin yang berwibawa
seperti Tun Abdul Razak dan Dato’ Onn Jaafar. Oleh itu, demi untuk melahirkan lebih
ramai lagi tokoh – tokoh pemimpin yang hebat, pihak kerajaan telah berusaha
memperbanyakkan sekolah berprestasi tinggi. Usaha – usaha murni kerajaan ini
perlulah diberi sokongan yang padu oleh rakyat jelata.
Dan yang terakhir, Allah s.w.t menuntut agar hamba – Nya agar berusaha bersungguh
– sungguh untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupan mereka. Dalam satu petikan
ayat Al – Quran, Allah s.w.t menuntut hamba – Nya agar sentiasa memperbaiki diri,
masyarakat dan negara ke arah mencapai negara yang maju. Ini sesuai dengan sejarah
kehidupan Za’ba yang sentiasa berusaha menghasilkan karya – karya ilmiah yang
dapat dijadikan bahan rujukan oleh generasi yang seterusnya dalam penguasaan
bidang Bahasa Melayu.
Hadirin yang dihormati,
Sekarang, majlis menjemput dan mempersilakan Encik Roselan Bin Ahmad, Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi mengiringi
Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Seri
Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Pahang dan Haji Muhammad Arif Bin Mohd.
Mazlan, Timbalan Pengarah Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Lipis.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad di
atas penyampaian hadiah tersebut.
Seterusnya, pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Prof.
Dr. Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan bagi mengiringi Dato’ Seri Adnan Bin
Yaakob untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
19
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob di atas
penyampaian hadiah tersebut.
Hadirin sekalian,
Tampaknya, majlis kita pada pagi ini sudah tiba ke penghujungnya.
Para hadirin diminta untuk sama – sama berdiri untuk menyanyikan lagu “Nyalakan
tekad” dan lagu “Negaraku” dengan penuh bersemangat.
Nyanyian lagu;
1. Nyalakan tekad.
2. Negaraku.
Dari Afzan ke pekan sehari,
Singgah sebentar di kantin Azmi;
Selesai sudah majlis kini,
Di lain masa bersua lagi.
Dengan berakhirnya nyanyian dan serangkai pantun itu sebentar tadi, maka tamatlah
sudah majlis kita pada pagi ini. Saya mewakili pihak majlis menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan andainya terdapat kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, terima kasih.
Majlis mempersilakan Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob, Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,
Haji Muhammad Arif Bin Mohd. Mazlan, Encik Roselan Bin Ahmad, para pensyarah
kanan dan ketua – ketua jabatan meninggalkan dewan.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TEKS UCAPAN
“TRANSFORMASI
PENDIDIKAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
21
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Terima kasih diucapkan kepada saudara pengerusi majlis.
Yang Amat Berhormat,
Dato’ Seri Adnan Bin Yaakob,
Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur.
Yang Berusaha,
Dato’ Haji Mazlan Bin Mohammad,
Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.
Yang Berbahagia,
Encik Roselan bin Ahmad,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.
Para pensyarah kanan, ketua – ketua jabatan, para pensyarah, guru – guru dan guru –
guru pelatih yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassolatu’ala asyrafil ‘anbia’iwalmursalin,
Wa’ala alihi wasohbihi aj’main.
Rabbishrahli sodri wayarsirli amri,
Wahlul ‘uqdatan minlisani yafqauhu qauli,
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Bersyukur kita kehadrat Illahi, dengan limpah rahmat dan kurnia – Nya, dapatlah kita
bersama – sama berkumpul di pagi yang harmoni ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada
pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ucapan di Majlis Transformasi Pendidikan.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
Ucapan yang ingin saya sampaikan pada pagi yang serba ceria ini ialah “Transformasi
Pendidikan” melalui pembentukan modal insan berkualiti ke arah mencapai wawasan
2020.
Hadirin sekalian,
Yang Amat Berhormat perdana menteri telah mengumumkan fokus Bidang
Keberhasilan Negara (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk
kepimpinan negara. NKRA tersebut juga turut merangkumi bidang pendidikan negara
yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Di bawah
NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub – NKRA iaitu;
1. Menjadikan pendidikan prasekolah sebagai pendidikan perdana pada tahun
2012.
2. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi oleh kanak – kanak sebelum
memasuki tahun 4.
3. Pembangunan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau ‘high school performance’.
4. Perjanjian dengan pengetua atau guru besar berdasarkan ‘performance based
assessment’.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
23
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Para hadirin sekalian,
Salah satu matlamat dalam wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri, berbangga dengan
apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai dan gagah menghadapi pelbagai
masalah. Matlamat ini dapat dicapai sekiranya kerajaan mampu memberikan fokus
yang sepenuhnya terhadap bidang keberhasilan negara melalui peranan dalam bidang
pendidikan. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai
pendidikan perdana pada tahun 2012 seperti yang telah dinyatakan oleh kerajaan
dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Rakyat perlu
memberikan kerjasama terhadap pihak kerajaan untuk mempertingkatkan penyertaan
kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas untuk mendapat pendidikan prasekolah
dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem
pendidikan kebangsaan pada tahun 2012. Saya melihat bahawa peningkatan
penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah amat penting
kerana untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dengan keyakinan dan
keupayaan sendiri, satu perubahan perlu dilakukan dari peringkat bawah.
Hadirin sekalian,
Dunia hari ini telah menonjolkan ramai golongan genius yang terdiri daripada
kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Contohnya, di Malaysia, Adi Putra yang baru
berusia enam tahun mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik di peringkat
tinggi. Berdasarkan beberapa ujian yang telah dibuat terhadap Adi Putra, beliau hanya
mengambil masa lebih kurang satu minit sahaja untuk menjawab soalan asas
matematik. Manakala bagi soalan matematik di peringkat sekolah menengah serta asas
universiti, beliau hanya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk
menyelesaikannya dengan hanya menggunakan jari dan daya ingatannya yang kuat.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Kelebihan tersebut sudah tentu adalah kurniaan Allah s.w.t. dan usaha daripada kedua
ibu bapanya untuk menggilap kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada beliau.
Oleh yang demikian, saya yakin trasnsformasi dalam bidang pendidikan memainkan
peranan yang amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang yakin akan
keupayaan diri sendiri. Dengan meningkatkan penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas
ke pendidikan prasekolah akan memberi peluang kepada golongan guru untuk
menggilap dan mengenal pasti bakat-bakat yang terdapat dalam diri para pelajar.
Pendedahan awal yang diberikan oleh guru-guru di prasekolah akan memberikan
keyakinan kepada murid-murid untuk menguasai ilmu yang lebih banyak lagi. Kualiti
guru dan pembantu di peringkat prasekolah juga dapat ditingkatkan selaras dengan
matlamat wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai
keupayaan tersendiri.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam melahirkan modal insan yang maju dan berdaya saing, kerajaan juga
perlulah membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau “high school
performance” dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah. Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai watak, identiti tersendiri dan
unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sebelum dinaiktarafkan menjadi
SBT, sekolah tersebut perlulah memenuhi beberapa kriteria mantap termasuk
pencapaian akademik sesebuah sekolah tersebut, sokongan alumni, pengiktirafan dan
mewujudkan rangkaian serta jaringan pada peringkat antarabangsa. Dengan
memberikan penekanan terhadap modal insan iaitu untuk melahirkan individu berilmu,
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dapat dijadikan medium atau platform untuk
melakukan transformasi dalam sistem pendidikan kearah menghasilkan perubahan-
perubahan yang berkesan dalam sistem pendidikan.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Contohnya satu ketika dahulu penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang
merupakan antara sekolah melayu yang berkualiti tinggi dan menetapkan kriteria yang
tinggi dalam pemilihan pelajar-pelajarnya. Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah
untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat DiRaja.
Rakyat biasa kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas
kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke
sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak di kalangan rakyat biasa
berpeluang menuntut di sini. Kini, anak - anak Melayu yang terpilih berpeluang
melanjutkan pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini dan hasilnya ialah ramai
tokoh – tokoh pemimpin dilahirkan di kolej tersebut. Antaranya ialah Allahyaraham Tun
Abdul dan Datok On Jaafar. Oleh itu, Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) dilihat sebagai
usaha untuk mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi yang bakal melahirkan tokoh
– tokoh pemerintah yang berkaliber pada masa hadapan sepertimana tokoh-tokoh yang
dilahirkan di Kuala Kangsar. Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan
ialah dengan mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan, di mana SBT akan
diberikan kelonggaran dalam pemilihan bidang kurikulum dan kaedah pengajaran
termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru
tidak memuaskan dan pengagihan dana. Oleh yang demikian, golongan guru yang
memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan akan sentiasa berdaya saing
untuk menetukan sama ada mereka akan dikekalkan sekolah biasa atau dihantar ke
sekolah yang berprestasi tinggi. Masyarakat terutamanya guru memainkan peranan
yang amat penting dalam bidang pendidikan yang akan sentiasa meningkatkan kualiti
pengajaran mereka di dalam kelas atau ikhtisas mereka melalui latihan-latihan dan
penyelidikan yang dilakukan. Hal ini dapat memberikan impak yang positif ke arah
melahirkan para pelajar yang inovatif dalam usaha untuk membantu sekolah mereka
mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sekaligus dapat menerapkan nilai
– nilai modal insan yang tinggi terhadap para pelajar.
Para hadirin sekalian,
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Matlamat wawasan 2020 yang kedua ialah untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang maju. Saya melihat bahawa pembentukan modal insan yang
progresif adalah amat penting dalam mencapai matlamat tersebut. Saya yakin bahawa
usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan iaitu meningkatkan prestasi guru besar dan pengetua
melalui pengurusan prestasi merupakan medium utama dalam melahirkan modal insan
yang progresif ke arah mencapai matlamat wawasan 2020. Hal ini dapat dilaksanakan
melalui pemberian ganjaran kewangan dan bukan kewangan. Misalnya, melalui
program kenaikan pangkat dan kursus. Guru – guru sekolah yang berpangkat sebagai
guru besar atau pengetua layak menerima ganjaran seperti ganjaran kewangan. Kira-
kira 10% guru yang mempunyai prestasi yang paling corot akan dikenalpasti
berdasarkan kepada skor komposit yang terendah. Mereka akan diberi latihan dan
bimbingan dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan tahap prestasi
mereka. Jika usaha – usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan
persaraan pilihan akan diambil. Oleh itu, sikap progresif dalam diri guru besar dan
pengetua sekolah dapat dilahirkan. Hal ini sekaligus dapat mewujudkan persaingan
yang sihat antara guru besar di sekolah rendah dan pengetua di sekolah menengah
dalam meningkatkan prestasi kerja mereka.
Para hadirin sekalian,
Sesuatu yang baik tidak akan diperolehi daripada usaha yang keras. Bagi
mereka yang beragama Islam, Allah s.w.t menuntut agar hamba – Nya berusaha untuk
mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Malah, sejak kecil lagi kita telah diasuh oleh
ibu bapa supaya menjadi seorang manusia yang berguna pada agama, bangsa dan
negara. Dalam satu petikan ayat Al-Quran, Allah s.w.t menuntut agar hamba - Nya
supaya sentiasa memperbaiki diri, masyarakat dan negara ke arah mewujudkan sebuah
negara yang maju dan ke arah melahirkan sebuah negara yang berdaya saing. Di Arab,
rakyatnya amat terkenal dengan penulisan sastera, syair – syair yang indah dan lagu –
lagu yang merdu. Mereka begitu terkenal dengan sastera – sastera mereka kerana
penguasaan terhadap bahasa Arab itu sendiri. Kita seharusnya mencontohi mereka.
Oleh itu, untuk menerapkan nilai – nilai modal insan dalam diri para pelajar, saya
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
melihat bahawa usaha yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan iaitu dengan memastikan semua
kanak-kanak berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun pendidikan merupakan satu usaha yang amat baik. Usaha – usaha ini amat
penting untuk memastikan kanak – kanak dapat menguasai kemahiran membaca dan
mengira diperingkat yang asas untuk melahirkan insan yang benar – benar menguasai
kemahiran membaca seperti Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Jika para hadirin
menyingkap semula kisah Za’ba ini, beliau telah memberikan sumbangan yang besar
terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu
yang gigih. Beliau banyak mengarang buku – buku untuk sekolah – sekolah Melayu.
Antara bahan bacaan yang menjadi bahan rujukan utama mengenai bahasa Melayu
ialah 'Pelita Bahasa Melayu'. Saya yakin sekiranya kerajaan mampu memastikan
semua kanak – kanak dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas
mendapat pendidikan selama tiga tahun, ia adalah satu usaha yang baik. Dalam
program ini, saringan akan pelajar dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada
Mac, Jun dan September. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada pelajar
tersebut perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas jika
mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran. Oleh itu, Modul literasi dan numerasi
yang baru telah dibentuk. Konsepnya mudah difahami dan akan diajar lebih awal lagi.
Tumpuan akan diberikan terhadap pengaplikasian konsep literasi dan numerasi. Hal ini
amat penting dalam membentuk nilai insaniah dalam diri para pelajar dalam melahirkan
individu yang berilmu pengetahuan sekaligus mencapai matlamat wawasan 2020.
Para hadirin sekalian,
Negara kita memerlukan satu transformasi dalam bidang pendidikan yang
mampu melahirkan para pelajar yang cemerlang pada masa hadapan. Pelajar
cemerlang yang hendak dilahirkan perlulah seimbang dari aspek rohani dan jasmani.
Bidang NKRA dilihat dapat memberi impak yang sangat positif dalam sistem pendidikan
negara kita. Penerapan modal insan yang bertunjangkan wawasan 2020 mampu
mewujudkan satu transformasi dalam bidang pendidikan. Kita ingin melihat ramai lagi
manusia sebijak Adi Putra, Kita ingin melihat ramai lagi tokoh-tokoh yang sanggup
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air sehebat Datok On Jaafar dan
kita ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa pendidikan merupakan medium
utama untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam mencapai matlamat
wawasan 2020.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, saya ingin menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan dari pihak anda semua sekiranya ada salah dan silap, terkasar
bahasa atau menyentuh hati para hadirin sekalian sepanjang ucapan saya tadi.
Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu juga
datangnya dari Allah s.w.t yang disandarkan pada kelemahan saya. Sebelum
mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya membaca serangkap pantun buat tatapan
umum;
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka berakhirlah sudah ucapan saya pada
pagi ini. Saya sudahi dengan ucapan assalamualaikum warahmatullahi wabarakthu.
Sekian, terima kasih.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
29
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
LAMPIRAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
30
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
LAMPIRAN
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaYAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)
http:// http://akademikbahasa.blogspot.com/2009/10/bidang-keberhasilan-utama-nasional-nkra.html
penulis: Mohd Hassany Hashim.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
31
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Bidang Keberhasilan Utama Nasional
Written by Administrator
Tuesday, 23 February 2010 09:32
Rujukan: Portal Rasmi MAMPU
Bidang Keberhasilan Utama Nasional
Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional adalah:
Mengurangkan Jenayah
Membanteras Rasuah
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar
Mempertingkat kebertanggungjawaban melalui KPI
Bidang yang tidak diliputi oleh NKRA masih lagi penting dan akan terus mendapat perhatian daripada
Kerajaan di peringkat menteri. Bidang-bidang ini – MKRA – termasuk keberhasilan yang disasarkan untuk
dilihat dan dirasai oleh rakyat (misalnya, tindak balas yang cepat kepada aduan daripada orang awam dan
pengurangan kemalangan jalan raya). Sama seperti NKRA, MKRA dan KPI Menteri (MKPI) telah bermula
dan akan terus diperhalusi dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
32
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Perdana Menteri telah memberi komitmen untuk menilai sendiri kemajuan semua menteri setiap enam bulan
untuk memastikan bahawa prestasi mereka adalah mantap, Penilaian yang pertama berlangsung antara
November 2009 dan Disember 2010.
Memastikan pencapaian diutamakan
Bagi mencapai tahap prestasi ini, kami memerlukan kaedah kerja baru, daripada pucuk pimpinan dan semua
bahagian perkhidmatan awam. Perdana Menteri merintis kaedah baru ini dengan memastikan setiap menteri
menetapkan KPI, dan melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan; contohnya ada diterangkan
dengan lebih lanjut dalam Bab 12. Amalan ini sedang diperkembangkan ke setiap jabatan dan agensi kerajaan.
Kami juga sedang mempertingkatkan tahap ketelusan mengenai objektif, sasaran dan rancangan – bermula
dengan dokumen ini. Kerajaan akan bertanggungjawab bagi melaksanakan inisiatif dan mencapai sasaran
yang diumumkan. Kami akan menerbitkan laporan kemajuan tahunan, bermula pada suku pertama 2011,
supaya pencapaian kami dapat dinilai oleh rakyat.
Sebagai tambahan, kami telah menjalankan beberapa siri pembaharuan untuk mempertingkatkan kebolehan
penyampaian
Mentransformasikan Malaysia
Dalam sejarah Malaysia, kita selalu mengambil jalan yang jarang dilalui dan secara pragmatik memetakan
laluan sendiri. Kini kita melakukannya lagi. Tidak ada kerajaan lain di dunia ini yang telah mengambil
langkah seperti program transformasi yang sebegini berani. Namun kita faham bahawa dalam menyampaikan
keberhasilan ini tidaklah begitu mudah. Akan terdapat rintangan di pertengahan jalan, termasuk sasaran yang
tidak tercapai, inisiatif yang tidak berjaya, halangan pihak yang berkepentingan, tentangan terhadap sebarang
perubahan dan cabaran baru yang kami tidak jangkakan. Dalam program transformasi yang berskala sebegini,
adalah menjadi suatu perkara biasa di mana keadaan akan menjadi lebih buruk – atau merasakan keadaan
menjadi lebih buruk – sebelum ia menjadi lebih baik. Walaupun mencabar, kami mesti melaksanakan
transformasi ini.
Apabila GTP menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tidak dapat dielakkan, kerajaan dan semua
rakyat Malaysia mesti mengingatkan diri mereka sendiri, apa sebenarnya yang dipertaruhkan di sini dan tetap
semangat. Apa yang dipertaruhkan di sini adalah pencapaian Wawasan 2020, membuat sesuatu yang
berlainan untuk kehidupan generasi Malaysia masa kini dan generasi Malaysia akan datang dan
mempertingkatkan reputasi dan kedudukan negara kita di mata dunia.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
33
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu termasuk pencapaian kadar literasi dewasa sebanyak 92%, kadar penyertaan peringkat rendah yang universal, serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi berbanding dengan negaranegara membangun yang lain. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini. Keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Yang membimbangkan, jurang perbezaan keberhasilan di antara pelajar di Malaysia juga terus meluas, misalnya, 20% daripada pelajar-pelajar Malaysia gagal mencapai tahap minimum TIMSS dalam Matematik dan Sains pada 2007, berbanding hanya 5-7% pada 2003.
Memperbaiki keberhasilan pendidikan adalah penting untuk membina satu tenaga kerja yang berdaya saing, dan kami, di peringkat awalan akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang berikut:
1. Meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti system.
2. Memastikan semua kanak-kanak4 berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan
3. Membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistem
4. Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua mmelalui pengurusan prestasi
Kemajuan awal yang tercapai tentang mempertingkatkan pencapaian pelajar Bagi memastikan program-program dalam NKRA dapat dilaksanakan mulai tahun 2010, beberapa perancangan awal telah pun dilaksanakan. Pencapaian termasuklah siapnya instrumen saringan dan modul pengajaran dan pembelajaran Tahun 1 program LINUS, pengumuman kumpulan pertama 20 SBT dan siapnya penyenaraian kedudukan bagi 9,900 sekolah kerajaan dalam sistem ini, yang mana digunakan sebagai asas untuk mencipta ganjaran dan program pemulihan di bawah bidang tawaran baru guru besar. Akhirnya inisiatif untuk sekolah amanah sedang dalam perancangan di mana sekolah amanah pertama dijangka dibuka pada Januari 2011.
Meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistemBagi mencapai sasaran kadar penyertaan 72% dan 87% masing-masing pada hujung 2010 dan 2012 (dari kadar sekarang 67%), kami telah mengenal pasti tujuh teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti, iaitu:
Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah dalam Kementerian Pelajaran (MOE) untuk mentadbir semua penyedia prasekolah
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta.
Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita.
Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah, lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun.
Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun, dianggarkan kira-
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
34
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
kira 10,000 kelas tambahan. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah bagi mencapai kelas
tambahan yang diperlukan di samping mematuhi standard kebangsaan. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat
berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut.
Memastikan semua kanak-kanak4 berupaya menguasai kemahiranasas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikanSatu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang baru telah direka untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (dalam Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah. Program ini mengandungi enam strategi yang memberi fokus kepada semua usaha utama literasi dan numerasi.
Saringan pelajar dilakukan tiga kali setahun pada bulan Mac, Jun dan September setiap tahun, bagi mengenalpasti pelajar sama ada perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran
Modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk di mana konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari
Latihan hampir 17,000 guru-guru untuk mengajar modul baru LINUS dengan berkesan, selesai antara November 2009 dan Februari 2010
Komitmen dibina dikalangan pihak yang berkepentingan melalui program kesedaran dan aktiviti yang dianjurkan untuk jabatan pendidikan di peringkat negeri dan daerah, guru besar, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang awam.
Pemantauan dan penyeliaan intensif ke atas kira-kira 10% sekolah yang tercorot oleh pegawai-pegawai pendidikan di peringkat negeri dan daerah, dan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah MOE
Fasilitator-fasilitator pakar dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru-guru literasi dan numerasi di sekolah-sekolah.
Membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistemSekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sebelum dianugerah taraf SBT , sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa criteria mantap termasuk pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada peringkat antarabangsa. Kami menyasarkan untuk membangunkan 20 SBT menjelang tahun 2010 dan 100 SBT menjelang 2012.
SBT akan dianugerahi manfaat berikut bertujuan untuk membolehkan mereka mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi:
Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan dan pengagihan dana
Insentif kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan, termasuk cuti sabatikal untuk guru besar
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
35
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam system Pendidikan
Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua melalui pengurusan prestasiMulai tahun akademik 2010, pendekatan pengurusan prestasi baru bagi guru besar dan pengetua akan mempunyai ciri-ciri berikut:
Boleh diaplikasikan kepada semua guru besar dan pengetua semua sekolah kerajaan di Malaysia. Prestasi sekolah akan berasaskan kepada skor komposit yang mengandungi 70% Gred Purata Sekolah dan
30% skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Pencapaian kesemua 9,900 sekolah akan disenarai mengikut kedudukan dan diumumkan pada setiap tahun
mulai tahun 2010. Untuk melayakkan diri bagi anugerah, sekolah harus mencapai sasaran skor komposit yang telah ditetapkan
atau sasaran penambahbaikan dalam kedudukan prestasi, memperoleh laporan audit tanpa teguran dan mencapai sasaran literasi dan numerasi (untuk sekolah rendah). Selain itu, guru besar dan pengetua mestilah memperolehi skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) lebih dari 90 dan bebas dari tindakan disiplin.
Guru besar dan Pengetua yang mengatasi sasaran akan diberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan (misalnya, program pertindikan, kenaikan pangkat yang dipercepatkan dan sijil pengiktirafan)
Guru-guru di sekolah yang mempunyai guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran juga berkelayakan untuk menerima ganjaran kewangan.
Kira-kira 10% yang berprestasi tercorot akan dikenal pasti berdasarkan kepada skor komposit yang terendah. Mereka akan diberi latihan dan bimbingan dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan tahap prestasi mereka. Jika usaha-usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan persaraan pilihan akan diambil.
http://www.ippm.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=180:bidang-keberhasilan-utama-nasional&catid=56:webmaster
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
36
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
POINTERS 6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
Soalan Dan Jawapan
1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?
• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks
Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang
usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan
rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam
dalam jangka masa sederhana.
2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?
• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi
menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:
I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri
Pengangkutan).
3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?
• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian
KPI tersebut
• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya
dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas,
segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk
mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan
• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang
ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian
pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali
daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian
masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.
• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di
peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari
penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi
melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan
pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh
faedahnya.
4. Latar belakang merevolusikan pengurusan
Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan
• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa
kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa
sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan kepentingan rakyat.
• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama
ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI
merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang
ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah
diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat
berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju
seperti Britain, Australia dan Kanada.
• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak
kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini
juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari
aspek kuantitatif dan kualitatif.
• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama
nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi
keutamaan di peringkat kebangsaan.
5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?
• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang
serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.
• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar,
akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.
• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui
oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
38
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
• PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-
KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur
akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan
ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.
6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah
• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan
damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia
pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa
kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.
• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan
pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu,
kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:
i) Jenayah jalanan
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan
kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah
curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan
jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks
jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat
kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat
sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan
menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.
ii) Keselamatan awam
Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di
mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan
secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan
bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang
berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu,
langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.
iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama
dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan
proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah
khas bagi jenayah jalanan.
2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah
• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala
rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
39
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun
2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.
• Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa
hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan
haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala
dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
3) NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup
di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan
yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang
kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti
berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang
penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada
peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian
daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
• Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai
kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut
ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.
Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi
KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan
menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu,
kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru
besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah
bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti
untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran
pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta
bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun
sebelum penamat 2012.
4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
40
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat
RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh
negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang
giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada
penghujung tahun 2010.
• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta
merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu
setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat.
Oleh itu, bermula Januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan
bagi bulan yang berkenaan.
• Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah,
kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih
dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang
berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti.
Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan
wanita ini kepada seramai 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.
5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah
hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia
melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari
merasai mahsul kemakmuran.
• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman.
Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah
dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan
awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat
tahun 2012.
• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil
(gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta
penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.
• Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar
akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan
berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang
diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-
masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-
dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan
kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera
akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung
tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada
60,000 buah rumah.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
41
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih
rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk
meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012.
Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000
buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang
Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan
miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi
keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.
6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan
rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar
bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.
• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah
Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan
ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan
peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun,
buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train”
akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.
Kesimpulan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib
Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu
tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB
Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-
mata.
Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang
boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi
kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping
mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4808:pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra&catid=16:isu-nasional
Lima dasar utama dalam KBT
GENTING HIGHLANDS 20 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan lima dasar utama di dalam konsep Kepimpinan Berprestasi Tinggi (KBT) yang perlu diamalkan oleh pegawai kanan Kementerian Pelajaran dalam usaha menambah baik dan menjamin sistem pendidikan negara berada pada tahap tinggi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, lima dasar tersebut adalah akauntabiliti dan kredibiliti, menjadi 'role model', melaksanakan perubahan secara proaktif, membentuk pemimpin pelapis serta menghayati dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
42
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Menurut beliau, dasar yang terkandung di dalam KBT itu menjadi prasyarat penting bagi melahirkan sekolah-sekolah yang mempunyai ciri-ciri cemerlang dan ia melengkapi tumpuan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang ketiga iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti.
''Konsep yang perlu dihayati itu bertujuan untuk melonjakkan pendidikan negara sehingga menghasilkan modal insan holistik yang memiliki pengetahuan dan kemahiran, kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di persada antarabangsa.
''Maka itu, pegawai kanan kementerian selaku pemimpin yang menerajui halatuju merealisasikan wawasan ini haruslah berperanan sebagai pemimpin yang berprestasi tinggi.
''Ini adalah kerana, hanya kumpulan pemimpin berkualiti seperti itu sahaja yang mampu mencipta kecemerlangan institusi pimpinannya,'' katanya.
Teks ucapan beliau sempena majlis perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-17 2010 di Institut Aminuddin Baki (IAB), dekat sini hari ini, dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Turut hadir, Pengarah IAB, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Malaysia (ITNM), Mohd. Khair Ngadiron.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menyedari tentang pentingnya akauntabiliti dan kredibiliti di kalangan pemimpin, kerajaan telah menyedia dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Lantaran itu, ujar beliau, pemimpin berprestasi tinggi harus meletakkan usaha membudayakan integriti sebagai tunjang dalam kepimpinan mereka.
''Mereka bukan sahaja perlu mengelakkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tetapi, mereka yang memiliki integriti sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kepakaran serta dipandu oleh sikap yang betul.
''Elemen-elemen budaya kualiti ini akan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan tadbir urus organisasi. Sifat akauntabiliti perlu berjalan seiring dengan kredibiliti.
''Ibarat magnet yang menarik serbuk besi di sekelilingnya, kredibiliti adalah satu unsur kepimpinan yang dapat membuatkan orang yang dipimpin memberikan rasa hormat dalam setiap tindakan dan keputusan pemimpinnya,'' katanya.
Selain itu, jelasnya, kepimpinan yang efektif dan berprestasi tinggi juga adalah pemimpin yang boleh dijadikan contoh dan lambang kepada mereka yang dipimpin serta sentiasa merangsang perkongsian visi orang-orang yang dipimpinnya.
Muhyiddin memberitahu, secara realiti, pemimpin yang ingin membuat perubahan akan berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana manusia biasanya cenderung berada dalam zon selesa.
''Oleh yang demikian, jika seseorang pemimpin ingin mengurus perubahan secara berkesan, mereka hendaklah bersedia untuk menghadapai cabaran. Keengganan dan ketakutan pemimpin menongkah arus perubahan akan mengakibatkan sistem pendidikan bersifat statik.
''Kecemerlangan tidak mungkin dapat dicipta dan hasrat negara untuk menjana modal insan yang mampu bersaing di persada global hanya tinggal impian semata,'' tegasnya.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
43
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Tambah beliau, pemimpin berprestasi tinggi perlu menghayati dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan membudayakannya dalam menjalankan tugas harian.
''Mereka juga perlu melihat kekuatan organisasi masing-masing bagi mengenalpasti apakah bidang yang boleh ditonjolkan sebagai penanda aras memperkasa organisasi,'' katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
44
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
REFLEKSI
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
45
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin – Nya, tugasan ini
akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan
terima kasih diucapkan kepada Puan Walaini Binti Abu Bakar, pensyarah pembimbing
Bahasa Melayu Kontekstual bagi unit PPISMP – PS/BI/BM semester 3 yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Bahasa Melayu lain yang mengajar unit
saya iaitu Encik Jalaluddin dan Encik Zaidi yang sedia memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan mereka kepada saya dan rakan – rakan untuk menyiapkan tugasan ini.
Pada hari jumaat 13 Ogos 2010, ketua unit saya, saudara Muhammad Aliff
Haikal Bin Zaidi telah memberitahu bahawa kami perlu memuat turun soalan tugasan
kerja kursus pendek bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual di laman sesawang www.
Jpmipgmtaa.webs.com/kerjakursus. Berdasarkan maklumat di dalam soalan tugasan,
tugasan tersebut wajib dilaksanakan secara berpasangan dan salah seorang
daripadanya perlu memilih satu daripada tajuk tugasan tersebut. Saya telah memilih
Saudara Muhammad Arif sebagai rakan setugas saya. Saya telah memilih salah satu
soalan tugasan tersebut iaitu membuat teks pengacaraan majlis.
Seterusnya, saya dan rakan setugas telah ke perpustakaan untuk mencari bahan
yang berkaitan dengan tugasan yang kami terima. Selain daripada itu, saya juga telah
mengakses internet untuk mencari contoh – contoh teks ucapan pengacaraan majlis. Di
internet, saya telah menemukan pelbagai contoh teks ucapan pengacaraan majlis.
Berdasarkan contoh – contoh tersebut, saya mula menulis teks ucapan pengacaraan
majlis tersebut.
Akan tetapi, setelah menyiapkan tugasan BMK sebanyak 30%, saya telah
meninggalkan tugasan tersebut kerana terlibat dengan pertandingan reka cipta
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
46
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
sempena Majlis Sambutan Kemerdekaan Kali Ke – 53. Dalam masa yang suntuk ini,
saya lebih menumpukan projek reka cipta tersebut berbanding dengan tugasan BMK
walhal rakan – rakan yang lain kelihatan sibuk menyiapkan tugasan tersebut kerana
perlu dihantar pada 30 Ogos 2010.
Setelah mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan projek reka cipta,
saya kembali menyambung menyiapkan tugasan BMK yang diberi. Satu sesi
pertemuan bersama pensyarah pembimbing , iaitu Puan Walaini Binti Abu Bakar telah
saya laksanakan bersama rakan setugas untuk menyemak draf tugasan supaya
tugasan yang kami laksanakan menepati ciri kerja kursus yang dikehendaki.
Kami telah berjumpa dengan Puan Walaini di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
pada 26 Ogos 2010 untuk menyerahkan draf yang kami sediakan. Agak sukar untuk
menemui beliau pada masa itu kerana terdapat rakan – rakan dari unit yang lain juga
sedang mengadakan sesi pertemuan dengan beliau. Malah, kami terpaksa beratur
panjang menunggu giliran. Setelah 15 minit menunggu, maka tibalah giliran kami
menunjukkan draf tugasan kami kepada beliau.
Mulanya, Puan Walaini menyemak teks ucapan pengacaraan majlis yang telah
saya siapkan. Syukur, tidak banyak kesilapan yang saya lakukan. Antara kesilapan
yang saya lakukan ialah seperti menyediakan ruang untuk pengarah berucap. Walhal,
sepatutnya pengarah tidak perlu berucap. Seterusnya, saya tidak menceritakan
maklumat mengenai penceramah secara terperinci seperti gelaran, pangkat dan jasa
penceramah. Beliau juga mencadangkan agar saya menambah ulasan terhadap
ucapan penceramah tersebut. Mengenai pantun yang saya selitkan dalam teks
pengacaraan majlis, Puan Walaini menyarankan agar saya mengaitkan pantun tersebut
dengan persekitaran kampus supaya pantun tersebut kelihatan agak segar. Saranan
beliau yang seterusnya adalah supaya memotong skrip teater agar saya tidak perlu
untuk mengulas teater tersebut.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
47
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Seterusnya, Puan Walaini menyemak pula draf rakan setugas saya yang
membuat teks ucapan “pembentukan modal insan yang berkualiti ke arah wawasan
2020”. Beliau berpuas hati dengan hasil kerja rakan setugas saya serta beliau
memberikan sedikit pendapat untuk menambahbaik teks ucapan tersebut.
Tarikh penghantaran tugasan ini adalah pada 30 Ogos 2010. Demi
meyempurnakan tugasan ini, saya dan rakan setugas merancang untuk tidak pulang
bercuti pada hari Nuzul Al – Quran pada 27 Ogos 2010 sehingga 29 Ogos 2010. Kami
mengambil kesempatan yang ada untuk menyiapkan tugasan BMK dan tugasan –
tugasan yang lain. Alhamdulillah, setelah berkolaborasi selama beberapa hari, maka
akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna pada 29 Ogos 2010.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
48
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BIBLIOGRAFI
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
49
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BIBLIOGRAFI
1. Zahid Bin Bakar (24 Julai 2008). Pantun majlis. http://belajarlah-
zahid.blogspot.com/2008/07/pantun-majlis.html.
2. Polaris (17 Mac 2009). Skrip pengacara. http://skrippengacara.blogspot.com/.
3. Fendikya (21 Oktober 2009). Aneka contoh teks pengacaraan majlis.
http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/74435-aneka-contoh-teks-
pengacara-majlis.html.
4. Raihaniah zakariah (4 Ogos 2010). Pantuan rujukan atau nota catatan bawah
(reference) dan bibliografi. http://raihaniah.blogspot.com/2010/08/panduan-nota-
rujukan-atau-catatan-bawah.html.
5. Nik Safiah Karim. 2002. Bahasa Melayu STPM (kertas 1 & 2). Selangor Darul
Ehsan: Fajar Bakti.
6. Nik Safiah Karim dan rakan – rakan. 1995. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Asmah Hj. Omar. 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran
dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 3/JUN – NOV 2010
Recommended