View
544
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut:
a) Feldmanb) Ibn Khaldunc) Abdullah Mohamad Nakula
Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni
Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai
matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang
diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut
mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.
a) Feldman
Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni
visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah
berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan
kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan.
Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek
kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.
b) Ibn Khaldun
Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalahkebenaran, keindahan dan kebaikan
di mana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika danlogika.”•Kesenian
bermaksudperihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan
c) Abdullah Mohamad Nakula
konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai
keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat
tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah
segala kejadian di alam ini berlaku.
1. Baca petikan yang berikut dan buat rumusan dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Bidang seni terbahagi kepada pelbagai bidang , termasuk , Seni Muzik ,
Seni Puisi , Seni Teater , Seni Persembahan , Seni Visual, Seni Tari dan
lain-lain
Konsep Seni Visual member tumpuan terhadap perkara-perkara seperti
subjek,idea,proses,media dan objek.
Konsep Pendidikan Seni Visual memperlihatkan perihal seni sebagai alat
pendidikan , Pendidikan Kesenian ,Seni Merentas kurikulum,
pembelajaran melalui seni dan seni sebagai perkembangan menyeluruh
Di Malaysia Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang
terdahulu.Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di
sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual,dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat , memperkembang keperibadian , memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif ,ekspresif dan
aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual , imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran penerokaan
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri , membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Tajuk : 2
Latihan 1
Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta minda di bawah.
FALSAFAH DAN OBJEKTIF PSV KBSR
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berilmu PengetahuanMenghargai keindahan alam ciptaan tuhan.
BerketrampilanMelibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,kreatif dan menyeronokkan.
Berakhlak MuliaMenajamkan daya persepsi dalam imaginasi melalui pancaindera.
Bertanggung jawab Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Bertanggung jawab
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Berkeupayaan
Latihan 2
Adakah kenyataan di bawah sesuai tentang matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual Rendah?
Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia Menyumbang kea rah pembangunan diri dan keluarga Melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi Menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Rendah
Ya, kenyataan-kenyataan di atas sesuai tentang matlamat kurikulum Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah. Sebelum mengaitkan kita kena ketahui secara lanjutnya apa
yang dikatakan dengan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual menggantikan
nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana
dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni
tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera,
seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya
dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis
dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan
hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan
refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekiranya kita tengok dalam matlamat terdapat satu ayat di mana menekankan
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang kea arah pembangunan diri,
keluarga , masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam seni sahaja, kita dapat menunjukkan imej tiga bangsa di mana
maklumat mengenai sesuatu bangsa boleh dipetik menerusi gambar yang dilukis.
Mengikut ahli falsafah, satu gambar bersamaan dengan seratus perkataan dimana
sebuah gambar itu mampu menjelaskan apa yang kita ingin cakapkan selama sejam.
Dengan menghayati warisan bangsa menerusi seni visual maka ia dapat memupuk
keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Di Negara kita pelukis yang terkenal terdiri
dari berbilang kaum seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohiddin, Ravichandran
dan Chuah Tean Teng.
Menerusi Seni Visual ini, seseorang murid mampu menjalinkan hubungan yang
baik sesama saudara, ahli keluarga , rakan-rakan dan ahli masyarakat di mana mereka
dapat menunjukkan kasih sayang menerusi gambar. Ini memberikan peluang kepada
murid untuk menghayati hubungan yang sedia ada dan juga berusaha untuk
mengukuhkannya.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga bermatlamat untuk
melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Estetik merupakan kajian
deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik
merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah, dan sering dikaitkan dengan
falsafah seni. Murid-murid dapat merasa nilai deria-emosi dimana emosi pelukis dapat
ditunjukkan menerusi lukisan dan juga harapan pada masyarakat, alam sekeliling juga
dapat ditunjukkan menerusi seni visual
Ia juga menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Biasanya ramai yang beranggapan bahawa seni visual ini merupakan suatu mata
pelajaran elektif di mana murid-murid tidak perlu diajar teknik seni yang betul. Selain
itu , ada juga yang mengatakan seni visual ini sekadar melukis sahaja . Mereka tidak
sedar bahawa seni visual membawa murid kea lam berimaginasi,kreatif di mana bakat
kesenian murid dicungkil. Jadi, tidak terdapat banyak buku rujukan ataupun modul
untuk dirujuk untuk mata pelajaran ini. Dengan mendorong penulisan buku rujukan seni
visual ini, maka guru dapat menyampaikan pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan dimana teori dan amali seni visual dapat dijalankan mengikut apa yang
dirancang . Ada juga ramai guru yang bukan opsyen seni di mana ini dapat
menggalakkan mereka menulis buku rujukan agar dijadikan contoh.
Latihan 3
Manakah antara berikut mempunyai perkaitan secara langsung dengan objektif Pendidikan Seni Visual Rendah?
Kreatif Inovatif Ekspresi Produktif Komersial
Kelima-lima ciri iaitu kreatif, inovatif, ekspresi, produktif dan komersial secara
langsung dan secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan objektif Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah. Daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea
atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh
proses sama ada sedar atau luar sedar.
Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai
pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian
dan kesesuaian.
Sungguhpun secara intuitif fenomena mudah, ia sebenarnya amat rumit. Ia telah
dikaji dari segi psikologi kelakuan, psikologi sosial, psikometrik, sains kognitif,
kecerdasan buatan, falsafah, estetik, sejarah, ekonomi, kajian reka-bentuk, perniagaan,
dan pengurusan antaranya. Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian, kreativiti luar
biasa dan malah kreativiti buatan. Tidak seperti banyak fenomena dalam sains, tidak
terdapat satu perspektif berwibawa tunggal atau takrifan daya kreatif. Dan tidak seperti
unlike banyak fenomena dalam psikologi, tidak terdapat satu teknik pengukuran
terpiawai.
Murid-murid biasanya suka berimaginasi. Jadi, imaginasi mereka akan
diturunkan dalam lakaran gambar ataupun contengan yang dibuat. Daya imaginasi ini
sememangnya memberikan peluang untuk murid berfikir luar dari apa yang dijangka.
Hasilnya boleh menjadi negatif ataupun positif mengikut haluan yang dipilih.
Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea
baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan
dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu.
Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk
keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan
menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang
berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan
bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau
kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi.
Sebagai contoh, Amabile et al. (1996) mencadangkan bahawa inovasi "bermula dengan
idea kreatif,"
"...creativity by individuals and teams is a starting point for innovation; the first is
a necessary but not sufficient condition for the second."[1]
Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seriring. Untuk berinovasi,
pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing. Dalam seni visual, tanpa kreatif dan
inovasi sesuatu tidak boleh dihasilkan.
Ekspresi manusia ini boleh dibahagikan kepada emosi gembira, sedih, takut,
terperanjat, marah, cemburu dan sebagainya. Ekspresi seseorang selain dari riak muka
boleh ditunjukkan dalam hasil lukisan. Ton warna juga turut memainkan peranan dalam
menunjukkan ekspresi . Boleh dikatakan bahawa lukisan tanpa ekspresi ini ibarat pen
tanpa dakwat.
Keupayaan produktif ialah istilah yang digunakan untuk mentakrifkan output
maksimum yang mungkin bagi sesebuah ekonomi. Menurut UNCTAD, tidak terdapat
sebarang takrif yang dipersetujui. UNCTAD pada dirinya mencadangkan takrif sebagai
"sumber produktif, keupayaan keusahawan, dan rantaian pengeluaran yang bersama-
sama menentukan keupayaan sesebuah negara untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan." Istilah "keupayaan produktif" juga digunakan dalam bidang ekonomi
perduaan untuk bermaksud keupayaan menjanakan pendapatan, baik oleh kilang,
tanah, paten, mahupun kemahiran buruh seseorang. Sebenarnya seni visual ini suatu
kerjaya di mana memberikan peluang yang amat banyak dalam menghasilkan
produktiviti. Sekiranya seorang ahli seni mampu menghasilkan produk yang bermutu
maka hasilnya jika dijual boleh mencecah sehingga beratus-ratus hinggalah berjuta-
juta. Secara tidak langsung, dengan menghasilkan produk yang maksimum maka
seseorang dapat menjadi memupuk semangat keusahawanan.
Penghasilan produk membawa kepada komersial. Komersial bermaksud jual beli
output yang dihasilkan. Iklan secara besar-besaran dan juga publisiti bermaksud
komersial. Murid-murid dapat mengetahui cara mengiklankan hasil mereka seperti
membuat pameran ataupun menjualnya ke balai seni .
Tajuk : 3
Latihan 1
Bagaimanakah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah berperanan sebagai alat
komunikasi?
1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan
lain-lain adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar,
majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.
2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi
maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga,
beberapa lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi,
simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai,
Multipanel, dan Sarkis
3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar,
disimpan dan dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak
kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat
4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen,
perkhidmatan dan sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai
maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna,
campuran dan sebagainya
5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.
6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli
e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti
tupai, panda, lebah dan sebagainya.
Latihan 2
Apakah perbezaan di antara ekspresi dan luahan fikiran?
Mengikut Kamus, éksprési ialah pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya)
dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain). Ia juga boleh dikatakan lebih kepada
perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah, cemburu, iri
hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih
kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi
ekspresi. Manakala, luahan fikiran ialah pendapat ataupun buah fikiran yang
dikeluarkan melaui perkataan ataupun percakapan. Ekspresi ini lebih banyak
ditunjukkan melalui riak muka, mata, kening, dan juga anggota badan. Luahan fikiran
pula hanya boleh diluahkan melalui percakapan secara logikal, bernas dan kreatif.
Luahan fikiran dalam bentuk bertulis ataupun bukan bertulis. Dalam bertulis, kita boleh
meluahkan perasaan , fikiran dalam bentuk artikel, risalah , majalah ataupun berita.
Dalam kategori bukan bertulis pula, luahan fikiran boleh dilakukan secara lisan. Segala
pandangan, cadangan dan fikiran boleh dikongsi bersama.
Latihan 3
Pendidikan Seni Visual berperanan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam penghasilan karya.Senaraikan institusi yang mempergiatkan Pendidikan Seni Visual.
1) Maktab/ Institusi Pengajian Tinggi Awam ( Dalam Malaysia)
Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka
Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau
Pinang
Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali
Ismail
Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul
Halim
Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu
Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa
Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong
Ibrahim
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan
Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak
Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau
Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent
2) ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
3) Kolej Komuniti Kuching
4) Balai Seni Visual Negara
5) Perpustakaan Balai Senil Lukis Negara
6) Dewan Bahasa dan Pustaka
7) Universiti Pendidikan Sultan Idris
Luar Negara
Institut Seni Indonesia Denpasar
Mumbai
Institut Seni Indonesia
Kebudayaan Beijing
Latihan 4
Huraikan cirri-ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya seni visual.
Ciri –ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya
seni visual ialah perlu mempunyai kreativiti. Orang yang berkreativiti sahaja mampu
menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Jika kita bandingkan dua orang murid yang
sama umur, tetapi salah seorangnya mempunyai kreativiti manakala seorang lagi tidak
mempunyai kreativiti. Jika kita minta kedua-duanya menghasilkan sesuatu karya maka
karya manakah yang akan menarik perhatian kita? Sudah tentulah karya orang yang
mempunyai kreativiti. Orang yang mempunyai kreativiti bukan sahaja mampu
menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran malah boleh memberikan nyawa
kepada karya tersebut dari segi penggunaan warna, estetik, ekspresi dan juga boleh
mengubah sesuatu karya yang biasa kepada yang luar biasa. Sebagai seorang ahli
seni, individu harus mempunyai bakat ini.
Seterusnya, seseorang harus mempunyai pengetahuan tentang sejarah kerana
ia merangkumi keseluruhan idea, konsep dan perkembangan sesuatu bidang seni
secara menyeluruh. Penyelidikan seni adalah teras dalam melahirkan teori-teori baru,
mengemaskini metodologi baru, proses berkarya berasaskan kepelbagaian disiplin ilmu
dan kewajaran kaedah penilaian saintifik dalam penyataan seni.
Individu tersebut juga harus bersifat penyabar di mana mampu menerima kritikan
dalaman dan luaran. Ramai yang beranggapan bahawa orang yang melibatkan diri
dalam dunia seni tidak mempunyai masa depan yang cerah dan tidak mampu memiliki
kehidupan yang berjaya. Ramai ahli seni yang berjaya pada masa sekarangadalah
mereka yang pernah mengalami penghinaan,kritikan yang negative dan juga dorongan
negative. Individu seni yang memahami karya seni haruslah mampu menerima kritikan
yang negative untuk ditukarkan kepada kritikan positif dan merancang strategi untuk
membaiki kelemahan diri.
Seterusnya mereka juga harus memiliki ciri ekspresi. Ekspresi adalah lebih
kepada perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah,
cemburu, iri hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia
lebih kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan
menerusi ekspresi. Ekspresi dalam karya ini bukan mudah untuk dihasilkan. Dengan
adanya latihan yang berterusan dan teknik yang betul sahaja suatu karya dengan
kespresi yang betul dan tepat dapat dihasilkan.
Selain itu, cirri yang paling penting ialah mengubah ikut peredaran masa. Ramai
yang tidak akan berubah mengikut peredaran masa. Bagi seorang ahli seni, dia
haruslah pandai menghasilkan karya yang menggambarkan perubahan. Cara lukisan,
penggunaan warna dan elemen seni yang lain menunjukkan karya yang dihasilkan.
Individu yang berada pada zaman 60-an , jika tidak menghasilkan karya yang sesuai
pada zaman tersebut maka karya itu akan dianggap tidak bernilai. Itulah kepandaian
yang harus dimiliki oeh seseorang untuk menghasilkan karya mengikut perubahan
masa dan tempat.
Latihan 5
Kepekaan pengamatan seseorang terhadap karya seni boleh ditajamkan melalui berbagai cara.Huraikan berdasarkan cara-cara di bawah.
Bengkel seni visual Melalui pembacaan buku seni Penghasilan karya Melalui lawatan ke pameran seni
Biasanyan bengkel seni visual akan dijalankan selama tiga hari hingga seminggu.
Dalam bengkel seni visual pelbagai perkara, teknik dan strategi akan diajar
berkaitan dengan seni visual. Bengkel ini akan dijalankan oleh mereka yang pakar
dan penuh berkemahiran dalam bidang seni visual. Pelbagai teknik seperti
anyaman, catan, lukisan , warna dan teori-teori untuk diaplikasikan dalam
pembelajaran dan pengajaran akan diajar. Pendapat dan cadangan untuk
menambahbaik kemahiran dan cara pengajaran akan dibincang bersama. Bagi
orang yang masih baru dalam seni, maka segala maklumat yang diperoleh akan
membantu dalam menimba pengalaman.
a) Pembacaan buku seni
Orang seni biasanya suka mengkaji maklumat untuk digunakan dalam pengajaran.
Pembacaan buku seni akan menambahkan pengetahuan tentang seni. Ciri-ciri dan
jenis kategori juga dapat diketahui melalui buku seni. Orang yang banyak membaca
biasanya akan mempunyai banyak pandangan dank omen untuk dikongsi
berbanding dengan orang yang kurang berpengetahuan. Buku seni biasanya akan
menjadi panduan ataupun modul pengajaran dimana kebanyakan maklumat yang
berkaitan dengan seni dapat ditimba.
b) Penghasilan Karya
Karya Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-
bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan
media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah
Lukisan, catan, seni cetak dan arca.Apa yang dibaca perlu dipraktikkan. Banyak teori
sekiranya jika tidak praktikkan maka tidak bermakna. Untuk itu, bagi seni visual karya
adalah perkara yang paling penting untuk periksa sama ada ilmu yang diperoleh betul
dipraktikkan ataupun tidak. Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan,
disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan
karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan
medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan
apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan
samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi
medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya,
beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan
idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih).
Penghasilan karya yang bermutu dapat menunjukkan ahli seni yang baik.
c) Pameran Seni
Pameran seni adalah tanda komersial dimana penghasilan karya seseorang akan
dinilai oleh peminat seni. Dalam pameran seni segala hasil karya ahli seniman akan
dipamerkan dan karya yang paling baik akan dijual beli dalam kuantiti harga yang tinggi.
Pameran seni ini membolehkan ahli seni dari seluruh pelusuk negeri dan Negara
berkumpul di suatu tempat untuk menunjukkan bakat kesenian masing-masing.
Penghasilan karya yang baik adalah karya yang menepati segala kriteria dan cirri yang
ditetapkan. Dalam pameran seni, ramai bakat-bakat muda akan dikenal pasti dan ahli
seni yang berprofessional akan memberi tunjuk ajar agar dapat meningkatkan potensi
diri.
Latihan 6
Kreativiti individu boleh dipertingkatkan melalui latihan yang berterusan.Beri pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.
Sebelum menganalisis kreativiti , kita kena tahu definisinya terlebih dahulu.
Kreativiti ialah suatu kemahiran dimana murid menggabungjalinkan kesemua bakat
yang sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Bukan kesemua
murid dapat peluang untuk menunjukkan kreativiti diri. Mata pelajaran seni visual ini
mewujudkan platform untuk murid meluahkan kreativiti mereka bukan sahaja
menggunakan teori tetapi juga dengan menggunakan estetik, inovasi dan daya
imaginasi yang tiada sempadannya. Sepertimana yang kita ketahui kreativiti seseorang
murid hanya boleh dipertingkatkan menerusi latihan yang berterusan. Bah kata
pepatah, “ practice makes perfect”. Kreativiti ini harus diaplikasikan selalu agar dapat
menampakkan hasil yang bermutu. Daya kreativiti murid yang baik dengan lemah dapat
dibezakan menerusi lakaran ataupun lukisan murid. Murid yang kurang daya kreativiti
akan takut menghasilkan sesuatu yang luar biasa kerana bimbangkan kritikan. Dengan
adanya latihan yang berterusan, ketakutan murid untuk cuba hasilkan sesuatu dapat
dihindari. Murid yang berkreativiti tinggi mampu hasilkan sesuatu yang luar dari
pemikiran dan unik . Sekiranya disokong dengan latihan yang berterusan maka murid
dapat melayangkan daya imaginasinya ke paras yang lebih tinggi.
Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta
sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,
mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa
kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan
iadianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) .
Pada pandangan saya kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih
kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba
pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna
pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini,
pelajar bebas meneroka, meluahkanperasaan dan kreativiti.
Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna
dan meneroka penggunaan bahanberwarna yang terdapat di sekitar mereka.
Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daunkering,
serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk
membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke
bentuk visual, di atas kertas merupakan satu prosesartistik yang penuh kreativiti.
Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat
merangsangminda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.
Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan
untuk menghasilkan karya.Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat
menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk,
membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan
yang disediakan dalam bilik darjah.Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih
luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimanadiinfini.
Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan.
Kini pelajar bebas bergerak dalamkawasan yang difikirkan perlu dan selamat.
Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang prosespengajaran
dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh
guru. Guru bolehmembawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian,
catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji.Pelajar boleh menggunakan pengalaman
sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil.
Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan
mengalamisuasana pembelajaran yang seronok.
Latihan 7
Anda dikehendaki melayari internet dan mencatat contoh-contoh kepentingan PSV dari aspek pertimbangan dan kesedaran estetik.
Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu
psikologi dan sosiologi.
I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu
berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang
berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan
persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)
Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan
pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan
perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi
seperti rasa cinta atau rasa takut.
kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini
berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada
penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya,
yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan.
Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan
keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih
sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya
menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat
dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan
perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan
persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti
dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran
dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan
dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea,
perasaan dan emosi.
II) Peranan sosiologi
Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni
adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan
daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.
Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan
budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan
tidak mengandungi nilai tamad
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni
dan masyarakat ). Antara peranan SV :
Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam
menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran
SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan
sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah
Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.
Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam
SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan
sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.
Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di
Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis
Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat
atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya
Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)
Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat
resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D
atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung
penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang
dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri.
Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.
Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan
kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu
pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi.
Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.
Contohnya penghasilan batik dan songket.
Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-
contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.
Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.
D) PENGALAMAN ESTETIK
Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu
adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan
'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure).
Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan
persekitaran.Terbahagi kepada :
i) Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk
seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai
tukang dan sebagainya.
ii) Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari
pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang
konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni
pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang
yang berkaitan dengan seni.
Latihan 8
Seni Visual bersifat universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis ,pengacara,pereka bentuk, pereka fesyen,arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri.
Beri pendapat anda tentang kenyataan di atas.
Ya saya amat bersetuju dengan pernyataan di atas di mana seni visual bersifat
Universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis, pengarca , pereka
bentuk, pereka fesyen , arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi
keperluan dan kepuasan diri. Jika kita melihat keperluan dari segi seorang pelukis,
memang tidak dapat dinafikan bahawa pelukis tidak dapat hidup tanpa seni. Dari
penghasilan karya sehinggalah ke penjualan hasil karya , elemen-elemen seni harus
diaplikasikan oleh seorang pelukis. Bagi seorang pengarca pula pembentukan patung
ataupun arca perlukan kreativiti , ekspresi, estetik . Semua ini adalah apa yang
dipelajari dalam seni visual. Untuk menghasilkan sebuah patung yang cantik, menarik
dan memikat hati maka ekspresi dalam riak muka, pembentukan setiap bahagian badan
yang tepat perlu dihasilkan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam seni
visual membantu untuk menghasilkan arca yang terbaik. Bagi pereka bentuk dan
pereka fesyen pula penggunaan warna , teori –teori , lakaran dan lukisan adalah asas
untuk membina kerjaya. Tanpa mempunyai pengetahuan asas dalam seni, seseorang
individu tidak dapat menjadi pereka fesyen yang baik. Penggabungjalinan warna ,
kemahiran menghasilkan corak pakaian ikut usia semuanya memerlukan bakat seni.
Bakat seni ini dipelajari ataupun wujud secara semula jadi.
Di samping itu, arkitek , pereka bangunan juga perlu ada bakat seni. Mereka
perlu ketahui kehalusan, ketebalan warna yang boleh digunakan selepas bangunan
habis dibina. Pada waktu mereka pula, mereka perlu menggunakan teknik lakaran dan
lukisan agar bangunan yang ingin dicipta diturunkan kepada jenis gambar. Dari gambar
kepada bangunan sebenar. Pereka bangunan juga perlu mereka dalaman bangunan
secara sistematik dan berurutan . Untuk itu , teknik catan amat membantu.
Jadi boleh dikatakan bahawa seni ini bersifat Universal di mana kepentingannya
diperlukan dalam setiap bidang. Tanpa seni tiadalah kerjaya.
BIBLIOGRAFI
http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan
Modul Pembelajaran PPG
http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pandangan-tokoh-tokoh-barat-timur-dan.html
http://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-New
Katheleen Chee (2001) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual,tingkatan 2(1st
Edition) penerbitan pelangi sdn bhd
Katheleen Chee (2001) Fokus indigo SPM Pendidikan Seni(1st Edition)
penerbitan pelangi sdn bhd
Recommended