Dimensi komunikasi pemikiran

Preview:

Citation preview

Assalamualaikum; Salam Sejahtera

Berburu ke padang datar,dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi.

"Seandainya dipadam segala warna di dalam dunia ini, semata-mata untuk menutup keindahan ciptaan Allah s.w.t, maka ia akan menjadi sia-sia, kerana akan masih ada warna hitam dan putih... dan hitam dan putih itu juga adalah warna yang penuh dengan keindahan... Bererti, tidak akan ada sesiapa atau apa pun yang akan dapat menyembunyikan keindahan dan kekuasaan Allah s.w.t Yang Maha Kekal lagi Maha Bijaksana..."

Zaini Kosnin - 2009

Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mentafsir dan memproses maklumat secara logik.

Menilai kesesuaian maklumat dengan aspek-aspek struktural karya berdasarkan alasan betul dan tepat.

Mengulas pelbagai aspek struktural karya sastera dengan memberikan respons peribadi yang jelas, betul dan tepat.

Merumuskan maklumat berdasarkan pandangan yang logik dan tepat.

DEFINISI

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :

Su indah, baik,, lebih berfaedah Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku

yang indah bahasanya dan baik isinya

J.S Badudu Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu

bahasa dan isi   Hashim Awang Ciptaan senia yang disampaikan melalui

bahasa.

GENRE SASTERA Genre Sastera ialah kategori atau jenis

karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.

  KAMUS DEWAN Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk

prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

Sajak tentang bunga kemboja.

Novel yang mengisahkan pengembaraan dengan keretapi. 

Cerita mata-mata gelap. 

Drama tentang gadis menunggu telefon berbunyi.

Penerangan mengenai bunga kemboja. 

Jadual perjalanan keretapi.

Berita jenayah.  Panduan telefon.

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

Intelek. Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu

yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya sastera

Emosi. Membezakan di antara karya sastera

dengan karya bukan sastera.

Imaginasi. Melihatkan ketajaman daya

penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.

Teknik. - Merangkumi cara pengarang

menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.

FUNGSI KRITIKAN SASTERA Menyumbangkan pengetahuan dan

seterusnya mengembangkan pengetahuan itu.

Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.

Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik.

Memberikan keterangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.

Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.

Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca

Melibatkan pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral.

Sistem pemikiran disebut pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu merupakan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 1).

Dua kata digabungkan: komunikasi-pemikiran merupakan kata abstrak. Kedua-dua kata/ konsep ini saling berkaitan, dan dijelmakan dalam realiti kehidupan manusia.

Kata komunikasi (bahasa Inggeris, communication berasal daripada bahasa Latin, communicatio, berasalnya daripada kata commucatus yang bermaksud “the act or action of imparting or transmitting.”

Makna tersebut diperluas menjadi “a system for communicating information and orders,” “interchange of thoughts or opinios,” dan “a process by which meanings are exchanged between individuals through a common system of symbols – as language, signs or gestures” (Gove, 1986, hal. 460).

Kata pemikiran Gove (1986, hal. 2376 – 2377),

misalnya menyatakan bahawa think/ thinking ialah “to have in one’s mind as an intention or desire,” “to have as an opinion,” “the action of using one’s mind to produce thoughts,” “the kind of thought that belongs,” “having or using the ability to think.”

Manakala de Bono, sarjana pemikiran lateral menyatakan bahawa pemikiran (thinking) adalah kebijaksanaan atau kecerdasan manusia (1997, hal. 11).

Komunikasi adalah proses interaksi manusia sama ada dengan benda bernyawa/ hidup, abstrak dan Tuhan. Hasil daripada interaksi manusia, maka terpancarlah pemikiran diterjemahkan dalam bentuk karya sama ada lisan atau tulisan/ bercetak.

Teori SP4L/ SPB4L telah diperakukan oleh sarjana sastera Melayu sebagai sebuah teori sastera tempatan yang muncul pada awal abad ke-21 (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005, hal. vii).

Teori ini mula dicetuskan oleh Mohd. Yusof Hasan, sekitar 1990-an,

Disebarkan dan diajarkan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia

Dicetak sebagai bahan bacaan wajib kursus Pengantar Pemikiran pada 1994 (dinamakan Pemikiran Saintifik SP4L).

Melalui proses pemurnian/ pemantapan dengan nama SPB4L (Sistem Pemikiran Bersepadu 4L). (Mohd. Yusof Hasan, 2000).

Menyepadukan empat (4) sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam komunikasi harian: pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral.

Teori SP4L/ SPB4L menggabungkan dan menyepadukan empat (4) sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam komunikasi harian: pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral.

Pemikiran Luhur

Pemikiran luhur adalah pemikiran yang suci dan tinggi martabatnya. Pemikiran ini berkaitan dengan keimanan, ketauhidan, dan kepercayaan manusia kepada Yang Maha Esa.

Pemikiran luhur dijelmakan genre pantun dan peribahasa Melayu.

Mengungkapkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Al-Quran, Nabi Muhammad SAW, alam akhirat, syurga dan neraka. Perhatikan contoh-contoh berikut:

Adat memakai, syarak mengata. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 3).

Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan kerana adapt harus takluk kepada hukum syarak.

Difokuskan kepada aspek pemikiran lahir yang dipercayai dapat menyerlahkan potensi kebijaksanaan minda.

Merujuk kepada Howard Gardner dengan Theory of Multiple Intelligences pada 1983; kebijaksanaan logik-matematik, linguistik, muzikal, menguasai ruang, keindahan gerak-geri badan, hubungan antara manusia/ interpersonal dan hubungan di dalam diri manusia/ intrapersonal (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 89 – 94).

Mengesan dan mengenal pasti pemikiran lahir terjelma di sebalik wajah kata-kata yang tersusun indah.

Khalayak/ pembaca harus berinteraksi dengan kata-kata tersebut untuk merungkaikan dan menterjemahkan pemikirannya.

Kita teliti contoh-contoh berikut:

Tatkala rebung tiada dilentur, ketika sudah menjadi aur apa gunanya lagi (Shellabear, W.G, 1963, hal.151).

  Tabiat manusia itu hendaklah dilatih

daripada kecil lagi, demikian juga dengan pelajaran yang berfaedah, tetapi apabila ia telah besar, keraslah hatinya.

Komunikasi harian manusia sama ada penulisan, pembacaan, pertuturan atau pendengaran memerlukan pemikiran logik supaya lebih berkesan dan jelas.

Justeru, logik dapatlah ditakrifkan sebagai proses penaakulan yang membawa kepada keputusan atau kesimpulan berdasarkan bukti dan hujah yang jelas dan konkrit.

Contoh peribahasa Melayu berikut dapat menjelaskan aspek pemikiran logik (logik

Melayu). Lekuk batu dititik air selalu. (Abdullah

Hussain, 1982, hal. 118).

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.

Pemikiran lateral adalah pemikiran yang mengaplikasikan aspek kreativiti, imaginasi dan fakta, bukanlah pemikiran yang bersifat khayalan. (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 2).

Penggunaan kreativiti manusia dalam penghasilan sesuatu yang baru amat diperlukan.

Dalam pemikiran lateral, ungkapan yang sesuai ialah “semua boleh dan ada alternatif.”

Bagi pemikir lateral, jalan yang lebih baik sentiasa dicari dengan cara menukar, memindah, mengubah dan melarikan diri dari pemikiran sedia ada atau lama. (Lihat Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 142 – 153).

Hasil pentafsiran pembaca (pengkritik) terhadap karya sastera tertentu yang dihayatinya dengan teliti dan rapi. 

Pengkritik bertanggungjawab menghuraikan pengalaman membacanya sesudah menghayati dan memahami sesuatu karya sastera.

 Tulisan menghuraikan, mentafsir dan memperjelaskan nilai teks atau karya sastera. 

Seharusnya mengetahui

poetika pengarang. 

Sastera dan kritikan sastera itu saling memerlukan dan melengkapi dalam upaya meningkatkan dan memartabatkan kesusasteran bangsa.

Di Malaysia, terdapat enam ciri kritikan sastera iaitu sanjungan, teguran, saranan, pendekatan, penganalisisan, dan penilaian (STSPPP)

Menurut Othman Putih pengkritik harus bijaksana, adil dan saksama serta memberikan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya.

Pengkritik juga dituntut mengetahui dan memahami banyak aspek tentang pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu yang dipaparkan.

Seperti novel Salina hasilan A Samad Said merupakan novel yang istimewa tetapi ia merupakan sebuah cerita yang tidak cukup menawan dan pada keseluruhannya tidak mencapai mutu sastera yang agung.

ISTILAH sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang lain. 

Kritikan sanjugan bermaksud memuji karya dan pengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas, di samping menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik.

 Kritikan sanjungan ditujukan juga kepada pengarang kerana memiliki daya intelektual, ketajaman, dan kebernasan pemikiran. 

Munsyi Abdullah, diiktiraf pelopor atau Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, terutama dilihat dari perspektif gaya bahasanya, iaitu penulisan berbentuk autobiografi yang bersifat kewartawanan.

TEGURAN bermaksud mengkritik dan memberi peringatan secara ikhlas. 

Kritikan teguran praktikal kerana pengkritik melaksanakan tulisannya dengan lebih berimbang -- menyatakan keistimewaan, kekuatan sesebuah teks dan serentak menunjukkan kekurangan.

ISTILAH saranan bermakna anjuran atau sesuatu yang disarankan. Bagaimanapun, istilah ini membawa konotasi lain iaitu sebagai propaganda. 

Kitikan saranan cenderung menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-unsur yang membina sesebuah karya atau memberi alternatif dari sisi teknik. 

Kritikan saranan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang dan ujana kritikan sastera ;itu sendiri.

Menurut Othman Putih , kritikan Aminuddin Baki terhadap novel Korban Kesucian karya Keris Mas menepati kehendak kritikan saranan, malah menegur dan memberi saranan positif tentang unsur kreatif seperti gaya bahasa, plot, teknik dan watak serta perwatakaan. Ianya dilaksanakan bertujuan untuk memperbaiki hasilan novel agar lebih berjaya.

Kritikan penganalisisan bermaksud pengkritik meneliti dengan mendalam sesebuah karya sastera untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang pemikiran, tema, persoalan, teknik penceritaan, bagi menentukan karya sastera.

Menurut Othman putih, pengkritik penganalisisan perlu menguasai bidang iaitu teori yang ingin diaplikasikan dan memiliki ilmu bantu yang mantap agar analisis yang ingin dilakukan benar-benar menepati dan mencapai matlamat atau konsep yang dipilih.

Kritikan penilaian bermaksud pengkritik menilai sesebuah karya sastera, melihat dari segi isi atau mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang.

Hasilnya dapat dilihat keistimewaan dan kekurangan karya sastera tersebut.

Kritikan pendekatan bermakna sesuatu proses atau cara untuk mendekati sesuatu karya sastera.

Karya sastera dapat dikaji dengan lebih mendalam jika pengkritik menggunakan pendekatan tertentu.

Pendekatan kritikan kesusasteraan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pendekatan instrinsik dan pendekatan ekstrinsik.

Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera dengan menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karya sastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang membina karya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa.

Pendekatan ekstrinsik, iaitu pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmu bantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi.

Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan struktur atau pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam sesebuah teks karya, termasuklah aspek tema. 

Pendekatan ini membicarakan bentuk dan isu secara dominan. 

Membincangkan bagaimana muatan cerita atau isi dihantar dalam satu bentuk yang indah (berestetika) dan berkesan.

Pendekatan moral,

merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama.  Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.

PENDEKATAN PSIKOLOGI Pendekatan psikologi yang

dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan. 

Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca).

PENDEKATAN SOSIOLOGI

Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.

PENDEKATAN ARKITAIP/TIPA INDUK Pengkritik membincangkan

kepercayaan atau pegangan hidup umum sesebuah masyarakat atau etnik. 

Dikaitkan dengan adat istiadat, kepercayaan, mitos yang berulang-ulang yang terdapat dalam teks sastera.

Tidak mudah jadi pengkritik Seseorang pengkritik mestilah

mempunyai ilmu yang mendalam, kreatif, kritis serta bertanggungjawab terhadap apa yang hendak di kritikan.

Penguasaan ilmu memberikan satu kelebihan kepada pengkritik untuk menentukan apa jenis kritikan yang ingin digunakan dalam kerja-kerja mengkritik.

Peranan para pengkritik amat penting dan kita mengharapkan para pengkritik dapat memberi garis panduan kepada pengarang agar dapat menghasilkan suatu hasilan yang bermutu tinggi yang boleh menjadi kebanggaan bukan buat dirinya juga malahan masyarakat umumnya.

Kesan keseluruhan selepas membaca teks

Buat pecahan struktural teks dan sokong dengan fakta berdasarkan teks

Buat ulasan serta huraian menggunakan pendekatan dan jenis kritikan yang sesuai

Masukkan unsur-unsur khas/istimewa karya

Tulis kesimpulan sbg “final judgement”

Recommended