Ciri ciri video dokumentari p&p

Preview:

Citation preview

PEMBUGARAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

OLEH

PN NORAZLIAH ANI

SMK RINGLET

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG

BERKESAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA

PANDUANAPLIKASI BAHAN

MOGA ADA MANFAAT

“Sesiapa yang menempuh sesuat u j alan unt uk

mencar i ilmu, maka Allah akan memper mudahkan

baginya j alan ke Syur ga” ,

-Riwayat Muslim

Tujuan Hasilkan Dokumentari

• Membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan.

• Membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan.

• Interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta di antara bahanpelajaran dengan pelajar.

CIRI-CIRI VIDEO DOKUMENTARI UNTUK P&P

1)Matlamat/ Objektif

• Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis.

• Bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran.

• Media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itusendiri.

• Pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah.

• Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dan aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

2)Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

• Membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.

• Sesuatu media mampu membantu prosespembelajaran dan mudah dikawal oleh guru.

• Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan.

• Meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar.

• Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum.

• Dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan

• Ia dapat menimbulkan suasanapengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan.

• Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalampembelajaran

• Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam .

• Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.• Dapat menunjukkan secara konkrit kepada

pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

3)Kandungan

• Sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar

• Dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

• Mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan.

• Mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar.

• Mengandungi maklumat yang terkini.• Membantu meningkatkan aktiviti P&P. • Bahasa penyampaian mestilah sesuai. • Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat

integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini.

• Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan.

• Mengandungi pengukuhan yang sesuai.

• Menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar.

• Mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya.

• Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif .

4)Penggunaan• Mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan

tidak membebankan.• Pengendalian bahan media pengajaran

memerlukan latihan penggunaan yang minimum

• Lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

• Mestilah bersesuaian kerana memudahkan kefahaman pelajar.

• Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan oleh pelajar.

• Menjimatkan masa pembelajaran.• Meningkatkan lagi pemahaman pelajar

terhadap sesuatu konsep dengan lebih mudah dan cepat.

• Video dokumentari pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM atau komputer.

• Penggunaan video juga dapatdisaksikan berkali-kali sehingga sampai ke peringkat penguasaan.

5)Persembahan

• Persembahan yang menarik perlumenitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasiyang sesuai.

• Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna.

• Terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.

6) Nilai Pendidikan• Menggalakkan berlaku pemindahan

pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi.

• Dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantumengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan.

• Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.

• Membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dan dapat

• Menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal.

• Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dandapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur,bertolak ansur, bertimbangan rasa dan sikap positif.

• Dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar.

• Mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar.

• Menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.

7)Kreativiti

• Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian,integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar.

• Penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.

7)Penformatan Skrin

• Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar.

• Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai kerana pelajar berfikiran kritikal akan melihat maklumat dari pelbagai format.

• Media yang baik menawarkan kualiti danketajaman paparan visual dalam televisyen.

8)Aspek motivasi• Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan

melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video.

• Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian yang bersesuaian.

• Video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya.

• Persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai.

9)Menarik perhatian

• Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan animasi menarik.

• Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai danmenarik.

• Video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks , warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai.

10)Kognitif

• Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan, pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksi manusia.

• Menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajar mengenai pencapaian mereka.

• Video boleh digunakan untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan

11)Psikomotor

• Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta terhadap pelajar mengenai kebolehan mereka.

• Pelajar dapat memahami apabila dapat melihat dengan jelas setiap peringkat yang ditayangkan.

• Video boleh digunakan untuk menunjukkan gerakan.

• Gerakan ini boleh dipercepatkan atau diperlahankan untuk menunjukkan sesuatuperkara atau keadaan dengan lebih jelas.

APLIKASI DALAM P&P SELARAS BPK• Guru merancang aktiviti aplikasi bahan

dokumentari yang sesuai dengan tema pembelajaran.

• Pastikan terlebih dahulu bahan meliputi ciri-ciri video dokumentari P&P.

• Sesuaikan dengan standard kurikulum sama ada untuk fokus utama atau dijadikan fokus kedua bagi memenuhi kemahiran dengar dan tutur, menulis, membaca, tatabahasa, dan seni bahasa.

• Suai guna bahan dalam langkah pengajaran meliputi aspek penilaian, pengayaan dan pemulihan.

• Pastikan bahawa bahan dokumentari menjadi medium untuk mencapai objektif pembelajaran meliputi fokus utama (FU) dan fokus kedua (FK).

• Pastikan bahan dokumentari dapat memenuhi pengisian kurikulum merentasi ilmu-ilmu lain, nilai-nilai murni dan kemahiran bernilai tambah.

• Medium yang dipilih mesti digunakan untuk mengajar sistem bahasa meliputi aspek tatabahasa (wajib), kosa kata, sebutan & intonasi, ejaan dan peribahasa.

• Pastikan bahan relevan dengan objektif dan aktiviti pembelajaran.

• Gunakanlah kebijaksanaan dan kebolehan guru semasa merancang P&P yang memenuhi tuntutan semasa.

• Pastikan terlebih dahulu bahan meliputi ciri-ciri video dokumentari P&P.

• Dalam aspek seni bahasa, bahan yang sesuai wajib digunakan untuk mencapai apresiasi, persembahan dan penghasilan murid.

• Bahan tidak perlu menjurus peperiksaan semata-mata.

• Untuk kekalkan fokus pelajar dan tingkatkan P&P

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia

daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana

dia sudah lama beribadat.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah

oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,

sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah

oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

TERIMA KASIH CIKGU……