30
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI LUKISAN ISOMETRI (SPCAL-LI) MOHD KHAIRULANWAR BIN ABDUL KHALIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

  • Upload
    vongoc

  • View
    236

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI

LUKISAN ISOMETRI (SPCAL-LI)

MOHD KHAIRULANWAR BIN ABDUL KHALIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦�

JUDUL: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN

KOMPUTER BAGI LUKISAN ISOMETRI (SPCAL-LI)

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MOHD KHAIRULANWAR BIN ABDUL KHALIL

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√� �TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN

NO 25, JALAN TPS 3/1, Nama Penyelia

TAMAN PELANGI SEMENYIH,

43500, SEMENYIH, SELANGOR

Tarikh: 5 MEI 2011 Tarikh: 5 MEI 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

ii

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca tesis ini.

Dan pada pandangan saya tesis ini memenuhi keperluan skop

dan kualiti untuk dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : ..................................................................

Nama Penyelia : DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN

Tarikh : ..................................................................

Page 4: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

iii

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI

LUKISAN ISOMETRI (SPCAL-LI)

MOHD KHAIRULANWAR BIN ABDUL KHALIL

Laporan tesis ini dikemukan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

iv

“Saya mengakui bahawa tesis ini yang bertajuk “Pembangunan Perisian Multimedia

Berteraskan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Topik Kerja-Kerja Asas

Kimpalan Arka Dengan Teori PBM” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan

ringkasan yang diambil dari rujukan yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penulis : MOHD KHAIRULANWAR BIN ABDUL KHALIL

Tarikh : ......................................................................

Page 6: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

v

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untuk emak yang dikasihi.. Norehan Tahir, terima kasih kerana membesarkan dan

mendidikku.. Kasih

dan pengorbananmu ibarat lautan api yang sukar untuk ku renangi demikianlah untuk

aku membalasnya..

Untuk ayah.. Abdul Khalil Abdul Razak, kau penasihat terbaik untuk ku.. penat lelahmu

membesarku mengajar

daku supaya lebih matang dalam menguruskan hidup..Terima kasih segalanya..

Kepada kakakku…terima kasih perhatian kalian terhadapku..

Untuk tunangku.. terima kasih kerana sudi

Memberi kata semangat bagi mengharungi dugaan selama penghasilan kajian ini..

kesabaran mu adalah satu penyataan kesetiaan yang amat berharga..

Semoga apa yang dilakukan akan dirahmati ALLAH hendaknya….

Page 7: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

vi

PENGHARGAAN

Pertama dan selama-lamanya saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah

dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr Mohd Safarin

Nordin di atas tunjuk ajar, bimbingan, kesabaran, tolak ansur dan dorongan beliau

sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang terlibat samada

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Komitmen,

pandangan dan kritikan membina telah memudahkan proses penghasilan perisian

multimedia dan laporan ini.

Sesungguhnya, bantuan dah kerjasama kalian amat dihargai. Semoga hasil kajian

ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat serta peningkatan ilmiah kita bersama. Hanya

Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Terima kasih sekali lagi diatas segalanya…..

Sekian

Mohd Khairulanwar bin Abdul Khalil

Page 8: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

vii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina sebuah perisian

berasaskan Modul Pembelajaran Kendiri untuk pelajar aliran kejuruteraan Sekolah

Menengah Teknik bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam tajuk Lukisan

Isometri. Pembinaan modul ini akan menitik beratkan unsur elemen multimedia dengan

mengambil sukatan matapelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KBSM) Lukisan

Kejuruteraan sebagai panduan. Pembinaan modul adalah berasaskan pada Model

Rekabentuk Instruksi Bersistem ADDIE dimana model ini diyakini dapat menepati

kehendak pembinaan modul serta memastikan pembinaan modul berada pada landasan

yang betul dan jitu. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dan penyelidikan awal bagi

mengenalpasti beberapa elemen yang perlu diterapkan didalam pembinaan modul ini

iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri

keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan modul. Selain

daripada itu, beberapa cadangan daripada respondan bagi menambahbaik pembinaan

modul turut diambil perhatian serta diberikan perhatian khusus. Berdasarkan data yang

dianalisis dan perbincangan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat rumusan dan

mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai perisian

multimedia yang telah dibangunkan.

Page 9: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

viii

ABSTRACT

The purpose of this conducted research is to construct a software base on Self-Pace

Learning Module for engineering student in Sekolah Menengah Teknik in Isometric

Drawing. The construction of this software will emphasize on multimedia element by

making Kementerian Pendidikan Malaysia (KBSM) Isometric Drawing syllabus as it

guidance. The software will be base on ADDIE Instructional Design Model whereas

this model are convince to satisfied the needs in constructing the module in order to

make sure that the module construction are conducted precisely and accurately.

Researcher have conduct an early research and observation to identified several elements

that needs to be include in the module construction such as T&L efficiency, interface

effects, user friendly, and multimedia effectiveness criteria and its importance in the

module construction. Other than that, several opinion and suggestions from the

respondents for value added features in the module are carefully selected and analyze.

From the data analyzed and discussion that had been conduct, researcher had come to a

conclusion and provides several suggestion and elaboration for the software that had

been constructed.

Page 10: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 11: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Soalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Skop Projek 8

1.8 Definisi Istilah 8

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Keberkesanan Komunikasi Dalam Pendidikan 12

2.3 Perbandingan Model Bagi Modul Pembelajaran

Berbantukan Komputer

2.3.1 Model ADDIE 15

2.3.1.1 Fasa Analisa 15

2.3.1.2 Fasa Rekabentuk 16

2.3.1.3 Fasa Pembangunan 16

2.3.1.4 Fasa Perlakasanaan 16

2.3.1.5 Fasa Penilaian 17

2.3.2 Model ASSURE 17

2.3.2.1 Analisa 17

2.3.2.2 Penyataan Objektif 18

2.3.2.3 Pemilihan Kaedah, Bahan dan Media 18

2.3.2.4 Penggunaan Media dan Bahan 18

2.3.2.5 Memastikan Penglibatan Pelajar 19

2.3.2.6 Penilaian 19

Page 12: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xi

2.3.3 Model Hanaffin dan Peck 19

2.3.3.1 Fasa 1: Analisa Keperluan 20

2.3.3.2 Fasa 2: Rekabentuk 20

2.3.3.3 Fasa 3: Pembangunan dan Perlaksanaan 21

2.3.3.4 Fasa 4: Penilaian 21

2.4 Perbandingan Model Instruksi Bersistem ADDIE Dengan

Model Instruksi Bersistem Yang Lain 21

2.5 Rumusan 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Kandungan SPCAL-Li 25

3.3 Model Rekabentuk 26

3.4 Teknik Penyampaian 27

3.5 Kaedah Perlaksanaan 28

3.5.1 Fasa1: Analisa Keperluan 28

3.5.2 Fasa 2: Rekabentuk 29

3.5.2.1 Carta Alir 30

3.5.2.2 Papan Cerita (Story Board) 34

3.5.3 Fasa 3: Pembangunan 34

3.5.3.1 Ciri-Ciri Modul Yang Baik 34

3.5.3.2 Bahasa Pengantaraan 35

3.5.3.3 Pemilihan Perkakasan dan Perisian 35

3.5.3.4 Alatan Komputer 35

3.5.3.5 Perisian Yang Digunakan 36

3.5.3.6 Spesfikasi Perkakasan Yang Digunakan

Semasa Pembangunan Modul Pembelajaran

Kendiri Berbantukan Komputer 36

3.5.4 Fasa 4: Perlaksanaan 37

3.5.4.1 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.5.5 Fasa 5: Penilaian 38

3.5.5.1 Instrumen Kajian 38

Page 13: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xii

3.5.5.2 Analisis Data 39

3.6 Andaian Kajian 40

3.7 Rumusan 40

BAB 4 ANALISIS PERISIAN MULTIMEDIA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Perisian Multimedia 41

4.2.1 Kandungan Perisian Multimedia 41

4.2.2 Tajuk dan Subtajuk Perisian Multimedia 42

4.2.3 Model Perisian Multimedia 42

4.2.3.1 Perisian Adobe Flash CS5 Professional 43

4.2.3.2 Perisian Adobe Photoshop CS5 43

4.2.4 Pendekatan dan Rekabentuk Perisian Multimedia 43

4.2.4.1 Menu Utama 44

4.2.4.2 Butang Konsep 45

4.2.4.3 Butang Ciri Lukisan 47

4.2.4.4 Butang Kaedah Melukis 49

4.2.4.5 Butang Latihan 52

4.3 Hasil Penilaian Perisian Multimedia 53

4.3.1 Analisis Data Bahagian A : Rekabentuk Perisian

Multimedia dalam P & P 54

4.3.1.1 Elemen Kesesuaian P & P 54

4.3.1.2 Elemen Mesra Pengguna 55

4.3.1.2 Ciri-Ciri Keberkesanan Multimedia 56

4.3.1.4 Elemen Paparan serta Rekabentuk

Antaramuka 57

4.3.2 Analisis Bahagian B: Cadangan dan Komen 58

4.4 Penutup 59

Page 14: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xiii

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Elemen-Elemen Penilaian 60

5.2.1 Elemen Kesesuaian dalam P & P 61

5.2.2 Elemen Mesra Pengguna 61

5.2.3 Elemen Ciri-Ciri Keberkesanan Multimedia 63

5.2.4 Elemen Paparan serta Rekabentuk Antaramuka 64

5.4 Kesimpulan 65

5.5 Cadangan dan Penambahbaikan Lanjutan 65

5.6 Penutup 66

BIBLIOGRAFI 67

LAMPIRAN 72

Page 15: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisa matapelajaran bagi peperiksaan

SPM pada tahun 1999 3

2.1 Perbandingan Model Instruksi Bersistem 25

3.1 Taburan Sampel Kajian 40

3.2 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 41

4.1 Pentafsiran Skor Peratus 57

4.2 Analisis Data bagi Kesesuaian Pengajaran dan

Pembelajaran 58

4.3 Analisis Data bagi Elemen Mesra Pengguna 59

4.4 Analisis Data bagi Ciri-Ciri Keberkesanan

Multimedia 60

4.5 Analisis Data bagi Elemen Paparan dan

Rekabentuk Antaramuka. 60

4.6 Cadangan dan Komen 62

Page 16: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Aliran Rekabentuk Instruksi Bersistem

ADDIE 29

3.2 Carta Aliran Penggunaan Bahagian Konsep 32

3.3 Carta Aliran Penggunaan Bahagian Ciri-Ciri 33

3.4 Carta Aliran Penggunaan Bahagian Kaedah

Melukis 34

3.5 Carta Aliran Penggunaan Bahagian Latihan 35

4.1 Paparan laman hadapan pada permulaan

perisian multimedia 47

4.2 Paparan Menu Utama dan Kedudukan

Butang Aktif. 48

4.3 Subtajuk akan keluar apabila pengguna klik

pada butang Konsep 49

4.4 Butang “Next” bagi meneruskan paparan

melebihi 1 muka paparan. 49

4.5 Subtajuk akan keluar apabila pengguna klik pada

butang Ciri Lukisan 50

4.6 Paparan Garisan Tidak Isometri 51

4.7 Paparan Bulatan dalam Isometri 51

4.8 Paparan Lengkung dalam Isometri 52

4.9 Subtajuk akan keluar apabila pengguna klik

pada butang Kaedah Melukis 53

4.10 Paparan Kaedah Melukis Garisan Tidak Isometri 53

4.11 Paparan Kaedah Melukis Bulatan Dalam Isometri 54

4.12 Paparan Kaedah Melukis Lengkung Dalam

Isometri 54

4.13 Butang “Back” menandakan akhir kandungan

paparan. 55

4.14 Subtajuk akan keluar apabila pengguna klik

pada butang Latihan 56

Page 17: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

P&P - Pengajaran & Pembelajaran

T&L - Teaching & Learning

ADDIE - Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation

SPCAL-Li - Self Pace Computer Assisted Learning – Lukisan Isometri

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 18: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A BORANG TEMU RAMAH UNTUK

GURU MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN

B BORANG TEMU RAMAH UNTUK

GURU MULTIMEDIA

C BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PELAJAR

Page 19: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xviii

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan sesuatu perkara asas yang perlu di pandang berat oleh

negara dalam usaha menyediakan generasi muda yang berdaya saing untuk berdepan

dengan cabaran globalisasi. Pendidikan merupakan satu proses menyampaikan ilmu,

menggunakan kaedah dan cara yang teratur (Complete Worfinder, Readers Digest

Oxford, 2004) diamana guru menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang bersesuaian dan dipercayai berkesan bagi membolehkan pelajar menerima

pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan sebelum pembelajaran.

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai keunikan dan kaedah pengurusannya

yang tersendiri. Salah satu daripada bidang pendidikan yang diperkenalkan kerajaan

adalah bidang Kejuruteraan dan Vokasional, diajar melalui penubuhan Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional di seluruh negara. Ia diperkenalkan melalui Laporan

Rahman Talib untuk mewujudkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran, dan

berketrampilan sebagai penyumbang perkembangan ekonomi dan pendidikan negara

(Mok Soon Sang, 2000).

Page 20: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xix

Di Malaysia, pendidikan teknik dan vokasional bermula semenjak tahun 1930

yang diberi nama sebagai Technical Trade School. Berasaskan daripada Technical Trade

School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah

Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan pada

tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2000). Perubahan kurikulum yang berlaku dari masa ke

semasa telah memperkenalkan Sistem Baru Pendidikan Teknik dan Vokasional pada

tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi

membolehkan masyarakat menyumbang tenaga untuk keperluan negara. Secara

umumnya, pendidikan teknik dan vokasional telah melahirkan sejumlah besar masyarakat

yang berpengetahuan di dalam bidang teknologi dan tenaga kerja berkualiti pada

peringkat separa profesional untuk menampung keperluan sektor awam dan perindustrian

serta membantu negara ke arah pencapaian wawasan 2020.

Salah satu daripada matapelajaran yang diperkenalkan dalam kurikulum

Pendidikan Teknik Dan Vokasional adalah Lukisan Kejuruteraan. Ia merupakan

matapelajaran yang disediakan bagi pelajar aliran Teknik bagi Sekolah Menengah Teknik

sebagai pemantapan kepada pengetahuan Teknikal yang diperolehi dalam matapelajaran

teknikal (Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik).

1.2 Latar Belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam kumpulan 2 iaitu kumpulan

Vokasional dan Teknologi. Sebelum perlaksanaannya di peringkat KBSM, Lukisan

Kejuruteraan dikenali sebagai Lukisan Teknik atau Lukisan Geometri dan Bangunan.

Namun begitu objektif mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah lebih baik

dibandingkan dengan objektif mata pelajaran Lukisan Geometri dan Bangunan

(Zainon,1993).

Page 21: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xx

Lukisan Kejuruteraan mempunyai objektif yang lebih bersepadu kerana ia

menggabungjalinkan lukisan geometri dengan semua bidang kejuruteraan. Pendekatan ini

penting kerana ia dapat membina kecenderungan pelajar terhadap sesuatu bidang

kejuruteraan yang diminati (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993).

Mata Pelajaran Peratus Lulus

Pengajian Kejuruteraan Awam 98.3

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 96.6

Pengajian Kejuruteraan Jentera 93.3

Rekacipta 99.7

Teknologi Kejuruteraan 87.2

Lukisan Kejuruteraan 71.0

Jadual 1.1: Analisa matapelajaran bagi peperiksaan SPM pada tahun 1999

Berdasarkan daripada jadual analisa mata pelajaran kejuruteraan bagi peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1999 menunjukkan pencapaian peratus lulus yang

rendah bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan iaitu hanya 71 peratus yang lulus

berbanding matapelajaran kejuruteraan yang lain. Ini menunjukkan bahawa pemahaman

pelajar terhadap matapelajaran lukisan kejuruteraan masih rendah berbanding

matapelajaran kejuruteraan lain.

Dari kajian yang dilakukan oleh Nor Fadilah Mohd Amin dan Widad Othman

(1999), hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perkaitan signifikan yang sangat

tinggi antara faktor kemudahan dan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cabaran

Page 22: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxi

perlaksanaan lukisan kejuruteraan. Kajian dari Ahmad Zamri Abdul Zamri dan Adnan

Ahmad (2003) turut membenarkan dapatan kajian tersebut yang mendapati pelajar sukar

memahami penerangan guru dimana guru jarang menggunakan alat bantu mengajar.

Maka satu bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dibangunkan dimana ia

dapat menjadi satu kemudahan pembelajaran bagi pelajar untuk matapelajaran lukisan

kejuruteraan.

Bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan, terdapat beberapa kaedah pembelajaran

yang diamalkan secara menyeluruh bagi membolehkan pelajar memahami isi kandungan

pembelajaran yang ingin disampaikan. Kaedah yang lazim digunakan disekolah adalah

melalui kaedah pembelajaran berkumpulan yang berasaskan kepada aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di kelas. Guru menjadi sumber ilmu kepada pelajar dan guru turut

mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah ini, pelajar

didedahkan secara terus kepada pengetahuan dan kemahiran melukis dengan bantuan

guru.

Namun begitu terdapat juga kaedah pembelajaran yang lain seperti kaedah

pembelajaran kendiri. Kaedah pembelajaran kendiri memfokuskan kepada situasi

pembelajaran dimana pelajar mengawasi sepenuhnya perjalanan pembelajaran. Ini

bermaksud pemahaman pelajar pada satu-satu topik, tempoh masa untuk memahami satu-

satu topik dan bahan tambahan yang diperlukan dalam pembelajaran mereka adalah

dibawah pengawasan pelajar sendiri.

Melalui kaedah pembelajaran ini, terdapat beberapa model yang terbukti berkesan

dalam penghasilan modul pembelajaran kendiri. Antara model-model tersebut adalah

Model Burns (1972), Model Klingsted, Model Zainal, Ali dan Khalid (1983), Model

Teras Cabang Shaharom (1994), dan Model Meyer (1988).

Oleh kerana perubahan dan perkembangan teknologi dalam pendidikan, timbul

satu lagi kaedah pembelajaran alternatif lain, iaitu kaedah pembelajaran berbantukan

komputer. Melalui kaedah ini, perkakasan komputer digunakan secara menyeluruh

didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer adalah dilihat sesuai

Page 23: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxii

dengan prasarana sekolah yang telah tersedia makmal komputer untuk kegunaan pelajar

dan guru.

Seperti kaedah pembelajaran kendiri, terdapat beberapa model yang perlu diberi

perhatian diatas keberkesanannya. Antara model yang perlu diperhatikan adalah Model

Rekabentuk Sistem Instruksi Hannafin dan Peck (1998), Model ASSURE dan Model

ADDIE. Namun begitu, pemilihan model-model yang dinyatakan perlu berpandu kepada

pemilihan pengajaran bersistem samaada Model Berorientasikan Bilik Darjah, Model

Berorientasikan Produk dan Model Berorientasikan Sistem.

Menurut Zawiyah Mohamad Yusuf, et al. (2002), kurikulum pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Menengah memerlukan ‘transformasi’ dan kaedah yang lebih

efektif supaya berupaya menarik serta meningkatkan minat pelajar kerana dengan

bantuan teknologi dapat mengumpul input yang maksima kepada individu. Oleh itu,

dalam pada kaedah konvensional yang digunakan selama ini, para guru perlu dibantu

dengan menyediakan bahan yang lebih menarik dan mengelakkan pelajar menjadi jemu

dengan pembelajaran.

Oleh yang demikian, penggunaan kaedah pembelajaran kendiri dan kaedah

pembelajaran berbantukan komputer didapati dapat memenuhi kriteria yang diperlukan

oleh guru bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Maka, pembinaan modul

pembelajaran berbantukan komputer (multimedia) merupakan satu kaedah pembelajaran

yang perlu dipertimbangkan penggunaannya diperingkat sekolah.

Tajuk yang ditekankan didalam pembinaan modul ini adalah berkenaan topik

lukisan isometrik. Topik ini dipilih berdasarkan kepada sifat modul pembelajaran

berbantukan komputer yang menitikberatkan kepada visual iaitu grafik dan animasi yang

bersesuaian untuk topik lukisan isometrik dimana Keisler dan Phinney (1973), Jankins,

Neale dan Deno, Kajian Levie dan Levie (1975) menunjukkan bahawa penggunaan visual

mempunyai daya mengingat yang lebih signifikan.

Page 24: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxiii

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan modul Pembelajaran Kendiri

Berbantu Komputer multimedia bagi tajuk Lukisan Isometrik yang akan dikenali sebagai

SPCAL-Li (Self-Paced Computer Asisted Learning: Lukisan Isometrik) berasaskan

model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE. Sehubungan dengan itu, penyelidik akan

membina modul pembelajaran kendiri berbantukan komputer bagi matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan Empat berasaskan silibus KBSM bagi kegunaan pelajar bagi

Sekolah Menengah Teknik

1.4 Objektif Projek

Diantara objektif yang menjadi teras perisian ini adalah seperti berikut :-

i. Menghasilkan sebuah modul Pembelajaran Kendiri Berbantu Komputer

berpandukan sukatan matapelajaran oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KBSM) Lukisan Kejuruteraan yang dapat menggabungkan

elemen multimedia bagi memudahkan penggunaan.

ii. Membina perisian yang dapat membantu pelajar mempelajari topik

Lukisan Isometrik tanpa perlu kehadiran guru disamping pelajar.

iii. Menyediakan media pembelajaran dengan rekabentuk yang berpandu

kepada pemilihan pengajaran bersistem Model Berorientasikan Produk.

Page 25: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxiv

iv. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan modul SPCAL-LI berasaskan

model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE terhadap pelajar.

1.5 Soalan Kajian

Diantara soalan kajian yang diutarakan adalah seperti berikut :-

i. Adakah SPCAL-Li dapat membantu pelajar untuk mempelajari topik Lukisan

Isometrik tanpa perlu kehadiran guru disamping pelajar?

ii. Apakah model rekabentuk instruksi bersistem yang sesuai untuk media

pembelajaran dengan rekabentuk yang berpandu kepada pemilihan pengajaran

bersistem Model Berorientasikan Produk?

iii. Adakah model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE berkesan dalam modul

SPCAL-Li?

Page 26: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxv

1.5 Kepentingan Projek

Projek ini mempunyai beberapa kepentingan, antaranya adalah :-

i. Menyumbang kepada kepada proses pembelajaran yang lebih berkesan

dengan penggunaan multimedia sebagai alat bantuan pengajaran dan

pembelajaran.

ii. Membantu pelajar mendalami konsep dan pemahaman terhadap topik

Lukisan Isometrik disamping pengajaran dan pembelajaran secara

konvensional didalam kelas.

iii. Membantu serta menyumbang kepada industri modul pembelajaran

kendiri berbantukan komputer multimedia bagi matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan yang berunsurkan pendidikan dalam Bahasa Melayu.

1.6 Skop Projek

Pembinaan perisian SPCAL-Li ini adalah merujuk kepada keperluan guru-guru

dan pelajar disekolah dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi topik Lukisan

Isometrik untuk kegunaan pelajar sebagai rujukan dan pemahaman kendiri dalam

pembelajaran disamping membantu sebagai bahan tambahan untuk guru-guru selain

daripada proses pengajaran semasa dikelas atau Bilik Lukisan Kejuruteraan.

Page 27: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxvi

1.7 Definisi Istilah

Untuk tujuan projek ini beberapa istilah akan digunakan untuk menerangkan

perbendaharaan kata yang tertentu di dalam had penggunaannya dan bagi memastikan

ketetapan maksud yang digunakan. Antara istilah yang akan digunakan adalah;

1.7.1 Pengajaran

Pengajaran adalah suatu proses komunikasi atau penyampaian pengetahuan yang

mengakibatkan berlakunya proses pembelajaran di kalangan pelajar (Nazly, 2000).

Dalam kajian ini pengajaran adalah merujuk kepada proses komunikasi atau interaksi

yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal melalui sistem pendidikan antara

guru, ibubapa dan pelajar. Menurut Peters (1973, dalam Akinpelu 1981), pengajaran

merupakan usaha secara sedar untuk membawa perubahan kepada penerima. Pengajaran

bukan sesuatu proses yang rawak dan memerlukan kesedaran pengajar (guru).

1.7.2 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses perubahan tingkah laku atau perubahan ke atas sifat

seseorang manusia kesan daripada pengalaman melalui sistem pendidikan (Abdullah,

1997). Pembelajaran merujuk kepada kajian ini adalah perubahan tingkah laku pelajar-

pelajar melalui proses pengajaran secara formal atau tidak formal.

1.7.3 Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah pendidikan secara formal yang

bertujuan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan asas dalam bidang Teknik dan

Vokasional (Yahya Emat, 1993). Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam kajian ini

Page 28: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxvii

memberi maksud pendidikan yang lebih menjurus kepada sesuatu bidang sebagai asas

pengetahuan dan kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional.

1.7.4 Pembelajaran Kendiri Berbantu Komputer

Satu kaedah pembelajaran oleh pelajar dengan bantuan perisian komputer untuk

mendapatkan maklumat, melatih dan bimbingan secara keseluruhan atau sebahagian

pembelajaran yang diikuti.

1.7.5 Multimedia

Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi

penggunaan media audio visual seperti grafiks, teks, audio, video atau animasi

(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

1.7.6 Interaktif

Kaedah yang membenarkan perhubungan dua hala semasa penggunaan komputer

atau alatan elektronik lain. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000),

interaktif adalah penerokaan maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan

kelajuan tersendiri dan pengguna mempunyai pengawalan sepenuhnya terhadap media

tersebut.

1.7.7 Lukisan Kejuruteraan

Salah satu cara komunikasi kejuruteraan atau bahasa grafik yang digunakan untuk

menyampaikan sebarang maklumat secara terperinci dan lengkap tanpa memerlukan

masa dan media sampingan bagi tujuan pemahaman dalam bidang kejuruteraan itu

sendiri (Mohd. Ramzan Mainal, et al., 1998).

Page 29: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxviii

1.7.9 Lukisan Isometrik

Lukisan isometrik adalah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu

kelebaran kedalaman dan ketinggian serta ia dapat memperlihatkan tiga pandangan iaitu

pandangan atas, pandangan sisi dan pandangan hadapan secara serentak (Dewan Bahasa

Dan Pustaka, 1993)

Page 30: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERBANTUKAN … · iaitu kesesuaian P&P, kesan paparan antaramuka, mesra pengguna dan ciri-ciri keberkesanan multimedia dengan kepentingannya didalam pembinaan

xxix