View
12.595
Download
697
Category
Preview:
DESCRIPTION
cara nak buart kew 8
Citation preview
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN
PENYATA PERUBAHAN
BAGI SEMUA AGENSI DI BAWAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
4
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi dan KurniaNya membolehkan Bahagian ini menerbitkan sebuah buku Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan (Kew. 8) untuk digunakan oleh semua Jabatan/ Bahagian/ Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya panduan ini, semua pegawai dan kakitangan yang menyediakan Penyata Perubahan dapat menyediakannya dengan cepat, lengkap, seragam dan teratur. Langkah ini juga sebagai usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sesuatu urusan perkhidmatan dan kewangan yang berkaitan dengan pegawai dan kakitangan. Keseragaman Penyata Perubahan ini diharapkan dapat meminimumkan kesilapan semasa menyediakan Penyata Perubahan dan merekodkan perkara-perkara tertentu ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). Ketua Jabatan yang menyelenggarakan BRP adalah dipohon agar sentiasa prihatin dengan catatan yang dibuat supaya pegawai dan kakitangan yang ditadbir akan dapat menerima semua faedah dari segi perkhidmatan dan kewangan yang sewajarnya. Akhir kata, saya bagi pihak warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua wakil Jabatan/ Bahagian di Kementerian ini yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk menerbitkan Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan ini. Moga usaha ini dapat meningkatkan kecemerlangan pengurusan sumber manusia di Jabatan/ Bahagian/ Sekolah masing-masing. Wassalam. KHALID BIN ABU BAKAR Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2009
KATA - KATA ALUAN SETIAUSAHA BAHAGIAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
5
PENASIHAT : Khalid Bin Abu Bakar Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PENGERUSI : Faridatul Akmar Binti Mat Taib
Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
SETIAUSAHA : Mahather Bin Smoh AHLI JAWATANKUASA : Norsafaliza Binti Saad : Rosli Bin Mohamed : Maziah Binti Mohamed : Rosni Binti Ramly : Mohd Rizal Bin Sukor : Normala Binti Mohd Rodzi : Mohd Hanis Bin Mat Zin PESERTA BENGKEL BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
• Misjijah Binti Marul • Zaidatul Akhmar Binti Kamarudzaman • Sharfeyney Binti Sazali • Haslina Binti Abdul Hardy • Nora Binti Majid • Marzura Binti Mohamad • Rokiah Binti Md Top • Wan Zaleha Binti Wan Mahayuddin • Abu Bakar Bin Othman • Rosaliza Binti Adnan • Che Hawa Binti Abu Bakar • Norhaidah Binti Nordin • Zakaria Bin Yahaya • Yahaya Binti Omar • Mad Zin Bin Tangkar • Zulkiflee Bin Zainol Abidin • Ratna Binti Saadan • Zawiyah Binti Md. Jan • Nor Lina Binti Makhusin • Shommayyah Binti Md Din
JAWATANKUASA PENYEDIAAN
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
6
BAHAGIAN KEWANGAN
• Salmah Binti Daud • Suraya Binti Md Arshad • Siti Syuhaida Binti Saidin
BAHAGIAN AKAUN
• Fazillah Binti Abu Hassan Shaari • Sarimah Binti Hussain • Erlis Binti Dollah • Rokiah Binti Ahmad
JPN JOHOR JPN NEGERI SEMBILAN
• A. Rahim Bin Mahmud • Shaharuddin Bin Mohd Yusof • Asiah Binti Rapiee • Samsiah Binti Khamis
• Siti Mazlina Binti Judi JPN MELAKA JPN SELANGOR
• Jamaliah Binti Md. Nor • Norhana Binti Dato’ Tajuddin • Mohd Taib Bin Salleh • Hatirah Binti Md. Jamil
• Zaleha Binti Kechik
JPWP KUALA LUMPUR JPWP PUTRAJAYA
• Nurahmadiana Binti Mohd Taib • Fairuz Bin Samian
• Mohd Sharif Bin Yusof • Abd. Rahman Bin Rohani • Norhayati Binti Sulaiman
JPN PERAK JPN KEDAH
• Esah Binti Mohamed • Siti Hajar Binti Md. Yatim
• Zaleha Binti Abd. Latiff • Abdullah Bin Awang JPN PULAU PINANG JPN PERLIS
• Ng Choi Mei • Zulkifli Bin Darus • Putih Binti Munshi • Jisma Binti Jonid
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
7
JPN KELANTAN JPN TERENGGANU
• Nazri Bin Mamat • Syed Mohd. Bin Tuan Baru
• Rozman Bin Mohamad JPN PAHANG JPN SARAWAK
• Chang Jau Kuie • Edwin Anjang
• Kim Key Nyuweh • Nor Janah Binti Wahid
JPN SABAH JPWP LABUAN
• Suraini Bin Nurudin • Mohd. Jamaludin Bin Japar • Mohd. Ali Bin Mahmud • Jikesi Sipan
• Mohd Salekhan Bin Osman • Rainah Binti Rauf
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
8
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAHAGIAN PERTAMA
i. Pendahuluan 10
ii. Pengenalan Buku Rekod Perkhidmatan 11
iii. Pengenalan Penyata Perubahan 18 BAHAGIAN KEDUA PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN BAGI URUSAN-URUSAN PERKHIDMATAN
1. Urusan Pelantikan 23
2. Urusan Pelantikan Kontrak 33
3. Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan 40
4. Urusan Pemberian Taraf Berpencen 47
5. Urusan Pertukaran 51
6. Urusan Pinjaman/ Pertukaran Sementara 61
7. Urusan Jawatan Kumpulan 75
8. Urusan Pelepasan Jawatan Dengan Izin 83
9. Urusan Persaraan/ Penamatan/ Peletakan Jawatan 87
PENUTUP
2
3
1
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
9
BAHAGIAN PERTAMA
PENDAHULUAN PENGENALAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN
PENGENALAN PENYATA PERUBAHAN (KEW. 8)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
10
1. PENDAHULUAN Penyata Perubahan (Kew. 8) adalah satu daripada dokumen yang perlu disediakan apabila terdapat sebarang perubahan ke atas perkhidmatan dan emolumen seseorang pegawai. Setelah Penyata Perubahan tersebut diluluskan, segala maklumat berkenaan perubahan tersebut hendaklah direkodkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan. Buku Perkhidmatan pula adalah sebuah buku yang disediakan khusus dan diberi nombor kod Am 274 yang digunakan bagi mencatat atau merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan bagi setiap pegawai awam. Tindakan merekod tersebut perlu dibuat dengan kemas, teratur, sah dan hendaklah sentiasa dikemaskini. Oleh itu, semua catatan yang dibuat di dalam Buku Perkhidmatan tidak boleh dipinda tanpa kelulusan dan kebenaran pegawai yang telah diberi kuasa. Menyedari akan pentingnya pengetahuan dan kefahaman dalam menyedia dan merekodkan maklumat yang terdapat di Penyata Perubahan dan boleh memberi kesan kepada perkhidmatan seseorang pegawai maka diwujudkan garis panduan ini. Diharapkan garis panduan ini dapat memberi panduan dalam menyediakan Penyata Perubahan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
11
2. PENGENALAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN i) Latar Belakang
Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) bermaksud buku yang diberi nombor AM 274 di mana ianya adalah dokumen rasmi Kerajaan. Kewajipan membuka dan arahan menyelenggarakan BRP adalah seperti berikut:-
a) Bahagian II : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun
2007 – Panduan Pengurusan Pejabat “menetapkan supaya Ketua Jabatan membuka BRP apabila penjawat awam dilantik menjawat jawatan dalam sektor awam dan merekodkan kenyataan-kenyataan perkhidmatan mereka dengan penuh dan lengkap dalam dakwat KEKAL” b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1982
(Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan) – Kaedah Penyelenggaraan Rekod Perkhidmatan Yang Kemas kini Bagi Maksud Mendapat Faedah-Faedah Persaraan.
ii) Terdapat empat (4) bahagian utama BRP:-
a) Bahagian 1 – Maklumat Peribadi b) Bahagian 2 – Kenyataan Perkhidmatan c) Bahagian 3 – Kenyataan Cuti d) Bahagian 4 – Lembaran Kelakuan
iii) Dasar Buku Perkhidmatan
a) Butir-butir peribadi pegawai dicatatkan tidak lewat
daripada satu (1) bulan dari tarikh pegawai melaporkan diri bertugas.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
12
b) Disediakan sama ada dalam bentuk hard copy dan/ atau
soft copy.
c) Sebagai langkah keselamatan, salinan pendua kepada BRP hendaklah disediakan.
d) Disediakan semula berpandukan dokumen/ maklumat yang sahih jika ia rosak, hilang atau musnah.
e) Bertaraf SULIT tetapi tidak dikelaskan sebagai dokumen terperingkat mengikut Arahan Keselamatan.
f) Diselenggarakan oleh Pegawai Penyelia Rekod atau Pegawai yang diberi kuasa.
g) Semua catatan tidak boleh dipinda tanpa kelulusan dan kebenaran pegawai yang diberi kuasa.
h) Maklumat direkodkan dengan segera. Catatan secara manual dibuat oleh Pegawai yang diberi kuasa dan ianya disahkan cop jabatan.
i) Sekiranya catatan dibuat dengan komputer, segala peraturan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.
iv) Kaedah Merekod Maklumat
a) Dicatat dengan tulisan tidak berangkai dan dengan pen
dakwat kekal (hitam atau biru)
b) Maklumat mengenai waris terdekat yang mesti dicatatkan dengan pensel.
c) Catatan hendaklah dibuat dengan tulisan yang terang, jelas dan mudah dibaca.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
13
v) Penyediaan Semula Buku Rekod Perkhidmatan
a) Buku/ salinan pendua yang hilang/ musnah perlu disediakan semula.
b) Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan dokumen dan maklumat berkaitan dengan kerjasama pegawai, agensi dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
c) Jika masih gagal, dapatkan bantuan daripada rakan
yang pernah bertugas dengan pegawai untuk membantu sediakan BRP yang baru.
vi) Tanggungjawab Ketua Jabatan
a) Buka BRP bagi setiap pegawai lantikan baru dalam
sektor awam. b) Tentukan setiap maklumat dinyatakan punca kuasa. c) Pegawai yang bertanggungjawab sahkan butiran yang
direkodkan dan dipastikan kebenaran maklumat sebelum tandatangan.
d) Beri nombor atau kod supaya mudah dirujuk.
e) Disimpan di tempat selamat dan berkunci serta diselenggarakan dengan baik oleh pegawai bertanggungjawab.
f) Rancang jadual pemeriksaan/ penyemakan BRP. g) Pastikan rekod pegawai dikemaskini dalam tempoh dua
(2) tahun sebelum persaraan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
14
h) Semakan secara berkala bagi memastikan BRP diselenggara dengan sempurna serta maklumat di dalamnya direkodkan dengan tepat.
i) Bagi pegawai yang bertukar ke Jabatan lain:-
• BRP dihantar ke Jabatan baru setelah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ mana-mana pegawai yang diberi kuasa selepas catatan terakhir. Nama dan jawatan pegawai bertanggungjawab hendaklah dinyatakan.
• Semua maklumat urusan yang belum selesai dan belum direkodkan semasa di jabatan asal hendaklah dikembalikan semula untuk dilengkapkan.
vii) Tanggungjawab Pegawai
Bagi pegawai yang bertukar ke jabatan lain:-
a) BRP hendaklah dihantar dengan selamat mengikut
kaedah yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
b) Kemukakan maklumat peribadi semasa melapor diri bertugas kali pertama, bertukar atau dilantik ke jawatan lain.
c) Pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan jika terdapat sebarang perubahan maklumat.
d) Menyemak BRP sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali terutamanya dalam tempoh dua (2) tahun sebelum persaraan wajib bagi memastikan urusan pembayaran faedah persaraan tidak terjejas.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
15
e) Menyimpan dokumen penting yang berkaitan bagi membantu penyediaan semula BRP yang hilang.
viii) Kegunaan Buku Rekod Perkhidmatan
Kegunaan BRP adalah seperti berikut:-
a. Pengesahan Dalam Perkhidmatan b. Pemberian taraf Berpencen c. Hadiah Latihan d. Naik Pangkat / Pemangkuan e. Permohonan ke Jawatan Baru f. Permohonan Cuti g. Tindakan Tatatertib h. Mengambilkira Perkhidmatan Lepas i. Persaraan Wajib / Pilihan j. Penamatan Perkhidmatan
ix) Implikasi Kegagalan Menyelenggara BRP
a) Lewat atau gagal untuk dipertimbangkan bagi urusan
kenaikan pangkat.
b) Mengakibatkan kesulitan untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti :-
• Kemudahan pinjaman • Kemudahan biasiswa • Kemudahan cuti belajar • Kemudahan mengikuti kursus
c) Merumitkan urusan perkhidmatan jika melibatkan
pertukaran skim perkhidmatan.
d) Kelewatan atau kegagalan di dalam urusan penyediaan dokumen serta pembayaran faedah persaraan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
16
e) Kelewatan penghantaran BRP apabila bertukar wilayah/ jabatan.
f) Ketidaktepatan penetapan mata gaji.
g) Ketidaktepatan penetapan tarikh Pemberian Taraf Berpencen.
h) Ketidaktepatan penetapan tarikh pelantikan.
i) Ketidaktepatan penetapan tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan.
x) Kelemahan Yang Dikenal pasti
a) Maklumat tidak lengkap dan tidak dicatatkan langsung. b) Butir-butir maklumat tidak tepat dan tidak lengkap. c) Maklumat dicatat dalam ayat kenyataan tidak sempurna
sehingga membawa pengertian yang salah. d) Rujukan kuasa sesuatu maklumat tidak dicatat dengan
jelas. e) Kesukaran membaca tulisan yang direkodkan di BRP. f) Kesilapan semasa merekod dan mencatat maklumat
peribadi, cuti dan elaun.
xi) Kesilapan Nama dan Tarikh Lahir
Jika terdapat sebarang kesilapan pada nama dan tarikh lahir, kelulusan daripada Kementerian perlu diperolehi dengan mengemukakan dokumen berikut :-
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
17
a) Pindaan Nama
• Surat permohonan Pegawai • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan • Salinan Lembaran Perkhidmatan tanpa pindaan
b) Pindaan Tarikh Lahir
• Surat permohonan Pegawai • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan • Salinan Lembaran Perkhidmatan tanpa pindaan • Surat cabutan Pindaan Tarikh Lahir dari Jabatan
Pendaftaran Negara.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
18
3. PENGENALAN PENYATA PERUBAHAN (KEW. 8)
Penyata Perubahan (Kew. 8) perlu disediakan apabila terdapat sebarang perubahan ke atas perkhidmatan dan emolumen seseorang pegawai. Penyedia, Penyemak dan Pelulus perlu memastikan Penyata Perubahan ini adalah betul dari sebarang kesilapan semasa menyediakannya. Setiap Penyata Perubahan perlu dilengkapi dengan nombor rujukan berkaitan seperti surat kebenaran, kelulusan, Pekeliling atau Surat Pekeliling. Tiada sebarang pindaan boleh dibuat ke atas Penyata Perubahan dan perlu direkodkan ke dalam BRP pegawai.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
21
Petunjuk: 1. Nama Pegawai dan Nombor Kad Pengenalan. 2. Jawatan Hakiki dan Gred 3. No. Gaji 4. Perihal Perubahan 5. Tarikh Kuatkuasa Urusan 6. Gaji/ Elaun yang patut terima 7. Ruang Catatan Tambahan ( Gaji yang telah diterima) 8. Surat Kebenaran, Kelulusan dan Surat Pekeliling dan
Pekeliling 9. Tarikh Penyata perubahan dikeluarkan 10. Tandatangan Penyemak dan Pelulus.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
22
BAHAGIAN KEDUA
PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN BAGI URUSAN-URUSAN PERKHIDMATAN
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
23
1) URUSAN PELANTIKAN 1.1. TAFSIRAN
“Pelantikan” bermaksud pelantikan ke dalam
perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak seperti berikut;
i) Pelantikan Baru
Pengambilan seseorang yang belum pernah berkhidmat dengan mana-mana Agensi Awam oleh Pihak Berkuasa Melantik, atau pegawai yang pernah berkhidmat dengan Agensi Awam tetapi perkhidmatannya telah terputus.
ii) Pengesahan Lantikan
Pengesahan oleh Pihak Berkuasa Melantik mengenai pelantikan seseorang pegawai tetap setelah beliau memenuhi semua syarat lantikan. Syarat lantikan adalah seperti dinyatakan di dalam Surat Tawaran antaranya seperti berikut;
a) Diperiksa dan diperakui sihat oleh Pegawai
Perubatan b) Membuat akuan berkanun. c) Menandatangani Surat Setuju Terima jawatan.
iii) Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Pengesahan oleh Pihak Berkuasa Melantik terhadap kebolehan pegawai melaksanakan tugas dan kesesuaian dalam perkhidmatan di sepanjang tempoh percubaannya.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
24
1.2. PUNCA KUASA
Sila rujuk kepada;
i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. (P.U(A)176/2005)
ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran
Malaysia Bilangan 1 Tahun 2007
iii) Surat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP.Z.10/1/5-1 Jld. 28 (8) )
1.3. DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan yang diperlukan ialah;
i) Surat Tawaran Pelantikan ii) Surat Setuju Terima Pelantikan iii) Surat Aku Janji iv) Surat Akuan Sumpah v) Surat Akuan Perubatan vi) Sijil Akademik vii) Sijil Ikhtisas yang diiktiraf oleh JPA viii)Salinan Kad Pengenalan
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
25
1.4. CONTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI PELANTIKAN i. Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Siswazah Gred
DC41
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
26
ii. Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Lepasan Diploma Gred DB29
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
27
iii. Pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah Gred DC41
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran Dilantik sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih 1.7.2009 RM…….. JPN…………….. Siswazah Gred DC41 mulai 01.07.2009 dan ( P1T….) Bth……………… ditempatkan di SK/SMK………dengan bayaran elaun bulanan sebanyak RM………. dalam tangga elaun….. P1T….RM….. ITKA RM…….. TPG: 01 Julai BSH RM……..
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
28
iv. Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma Gred DGA29
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 1.7.2009 Patut Terima Telah Terima Lepasan Diploma Gred DGA29 mulai 01.07.2009 RM…….. RM…….. dalam tempoh percubaan 1-3 tahun dengan gred dan (P..T..) DGA29 (P..T..) DB27 gaji permulaan P….T…. RM………. ITKA RM……. RM……. ITP RM….... RM……. BSH RM……. RM……. Syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan: a) Memenuhi tempoh percubaan b) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan c) Lulus Tapisan Keselamatan Kasar ; dan d) Diperakui oleh Ketua Perkhidmatan
(Melapor diri di SK/SMK….mulai 01.07.2009)
TPG: 01 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
29
v. Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran Dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 1.7.2009 Patut Terima Telah Terima SPP……….. Siswazah Gred DG41 mulai 01.07.2009 RM…….. RM……. Bth………… dalam tempoh percubaan 1-3 tahun dengan gred dan (P..T..) DG41 (P..T..) DC41 JPN……….. gaji permulaan P….T…. RM………. ITKA RM……. RM……. Bth………… ITP RM….... RM……. BSH RM……. RM……. Syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan: a) Memenuhi tempoh percubaan b) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan c) Lulus Tapisan Keselamatan Kasar ; dan d) Diperakui oleh Ketua Perkhidmatan
(Melapor diri di SK/SMK….mulai 01.07.2009)
TPG: 01 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
31
vii. Pelantikan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran Dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 1.7.2009 RM……. SPP……….. dan ditempatkan………..mulai 01.07.2009 (P1T1) Bth………… dalam tempoh percubaan 1-3 tahun dengan gred dan JPN……….. gaji permulaan P….T…. RM………. ITKA RM……. Bth…………
ITP RM….... BSH RM……. Syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan: a) Memenuhi tempoh percubaan b) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang telah
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan c) Lulus Tapisan Keselamatan Kasar ; dan d) Diperakui oleh Ketua Perkhidmatan
(Melapor diri di ….mulai………)
TPG: 01 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
32
viii. Pengesahan Dalam Perkhimatan Penolong Pegawai Tadbir N27
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
33
2) URUSAN PELANTIKAN KONTRAK
2.1. TAFSIRAN
“Pelantikan kontrak” bermaksud pelantikan seseorang calon atau pegawai untuk berkhidmat dengan agensi awam yang diuruskan mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa bagi tempoh tertentu berasaskan kepada syarat perkhidmatan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani oleh calon atau pegawai dengan Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
“calon” bermaksud seseorang, sama ada
warganegara (termasuk pesara) atau bukan warganegara termasuk Penduduk Tetap (PR), yang dipertimbangkan untuk dilantik secara kontrak berkhidmat dengan mana-mana agensi awam;
“pegawai” bermaksud pegawai lantikan kontrak
yang sedang berkhidmat dalam tempoh kontraknya; “pihak berkuasa melantik” bermaksud PBM bagi
sesebuah agensi yang diberi kuasa untuk melantik seseorang berkhidmat dengannya. Ini termasuklah Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa oleh PBM;
2.2. SYARAT PELANTIKAN
Calon yang hendak diambil berkhidmat secara
kontrak, sama ada warganegara (termasuk pesara) atau bukan warganegara, hendaklah:
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
34
i) Memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon;
ii) Had umur a) Had umur minimum bagi calon warganegara ialah 18
tahun. Bagi calon bukan warganegara, had umur minimum ialah 27 tahun;
b) Had umur maksimum bagi warganegara (bukan pesara) ialah 56 tahun. Bagi calon bukan warganegara ialah 56 tahun dan bagi pesara ialah 60 tahun. Had umur maksimum ini tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, prestasi kerja yang baik dan disahkan sihat;
iii) Bagi pelantikan kali pertama, calon perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. Pegawai yang dilantik semula yang berumur kurang 56 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kecuali terdapat keperluan untuk berbuat demikian. Calon atau pegawai yang berumur lebih 56 tahun, sama ada untuk lantikan kali pertama atau lantikan semula, hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan;
iv) Membuat akuan berkanun mengikut format Surat Akuan
Sumpah seperti mana yang ditetapkan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13)
v) Menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua
Jabatan bagi pegawai yang dilantik kali pertama. Pegawai yang dilantik semula tidak dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji yang baru.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
35
vi) Pegawai dikehendaki menandatangani dan mematuhi peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972
vii) Kelulusan pelantikan kontrak adalah di bawah bidang
kuasa Agensi yang berkenaan.
2.3. TEMPOH KONTRAK
Tempoh sesuatu kontrak hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun. Sesuatu kontrak akan dikira sebagai kontrak baru sekiranya seseorang pegawai tidak dilantik semula melebihi tempoh enam (6) bulan daripada kontrak sebelumnya tamat. Tempoh kontrak terdahulu tidak boleh diambilkira sebagai sebahagian daripada tempoh keseluruhan kontrak;
2.4. PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN KONTRAK
Ketua Jabatan hendaklah memohon kepada PBM
secara bertulis untuk menyambung perkhidmatan pegawai dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak;
2.5. PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN
i) Kerajaan boleh pada bila-bila masa menamatkan
perkhidmatan pegawai dengan memberi 30 hari notis secara bertulis atau dengan membayar kepada pegawai satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis tanpa memberi apa-apa alasan;
ii) Pegawai boleh pada bila-bila masa berhenti dari
perkhidmatan dengan Kerajaan dengan memberi 30 hari notis secara bertulis atau dengan membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
36
2.6. PUNCA KUASA
i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service);
ii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
2.7. CONTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI PELANTIKAN SECARA KONTRAK
i) Tawaran Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara
Wajib
Encik Ahmad Bin Kamal (K/P: 520127-12-5977) telah dilantik secara kontrak sebagai PPPLD Gred DGA29 melalui surat KP(PP)0017/12/2/13/7(4) bertarikh 01.01.2009. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah PPPLD DGA29 dengan gaji hakiki terakhir berjumlah RM2741.28. Tempoh perkhidmatan kontrak yang ditawarkan dari 23.03.09 hingga 22.03.2010 dengan gaji RM2741.28
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
38
ii) Penamatan Tempoh Kontrak Sebelum Tamat Tarikh Perjanjian
En Ahmad Bin Kamal (K/P: 520127-12-5977) telah menerima surat penamatan kontrak KP(PP)0017/12/2/13/7(10) bertarikh 01.12.2009. Tarikh berkuat kuasa penamatan pada 30.01.2010 dengan gaji terakhir RM2741.28.
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Ditamatkan perkhidmatan secara kontrak sebagai 08.09.2009 RM 2741.28 KP(PP)0017/12/2/13/ PPPLD Gred DGA29 pada 30 Jan 2010 7 (10) Bertarikh 01.12.2009
ITKA RM........ ITP RM…….. BSH RM……..
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
39
iii) Penamatan Tempoh Kontrak Setelah Tamat Tarikh Perjanjian
En Ahmad Bin Kamal (K/P: 520127-12-5977) telah menerima surat penamatan kontrak KP(PP)0017/12/2/13/7(15) bertarikh 01.02.2010. Tarikh berkuat kuasa penamatan pada 23.03.2010 dengan gaji terakhir RM2741.28.
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Ditamatkan perkhidmatan secara kontrak sebagai 23.03.2010 RM 2741.28 KP(PP)0017/12/2/13/ PPPLD Gred DGA29 pada 23 Mac 2010 7 (15) Bertarikh 01.12.2010
ITKA RM........ ITP RM…….. BSH RM……..
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
40
3) URUSAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN 3.1. TAFSIRAN
“Pelanjutan Tempoh Percubaan” bermaksud
seseorang pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalam tempoh yang ditetapkan iaitu (dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun) hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.
i) Pegawai-pegawai yang boleh diberi Pelanjutan Tempoh
Percubaan ialah:-
a) Anggota yang tidak hadir peperiksaan atau kursus induksi kerana peperiksaan atau kursus induksi tidak dijalankan;
b) Telah memenuhi syarat untuk pengesahan tetapi gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan;
c) Tidak menduduki peperiksaan atau kursus induksi tanpa sebab yang munasabah semasa dalam tempoh percubaan;
d) Anggota yang menduduki peperiksaan atau kursus induksi dalam tempoh percubaan asalnya tetapi gagal;
e) Telah memenuhi syarat tetapi pernah atau sedang
dalam tindakan tatatertib semasa dalam tempoh percubaan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
41
ii) Pelanjutan tempoh percubaan sama ada dengan:
a) Berdenda b) Tanpa Berdenda
iii) Kesan pelanjutan tempoh percubaan dengan
berdenda:-
a) Hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan itu;
b) Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh pelanjutan percubaannya dengan berdenda; dan
c) Tarikh pergerakan gajinya berubah mengikut tarikh pengesahannya berkuatkuasa.
3.2. PERAKUAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
Pelanjutan tempoh percubaan tidak diberi secara automatik. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :
i) Borang perakuan pelanjutan tempoh percubaan (Jadual
Keempat) ii) Salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini iii) Salinan keputusan peperiksaan (yang gagal) iv) Surat permohonan pelanjutan tempoh percubaan oleh
anggota (dengan menyatakan sebab perlu dilanjutkan tempoh)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
42
3.3. PUNCA KUASA
i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 -
Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia iii) Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Bilangan 1 Tahun 2000 – Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan
iv) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 -
Pelaksanaan Sistem Saraan Baru
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
43
3.4. CONTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
i) Pelanjutan Tempoh Percubaan - Dengan Berdenda
(Kuasa Melantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) Ruj Kami: SPA.J/413907 Tarikh : 31 Mei 2006 Zakiah Binti Hamzah No. K/P : 780813-03-5298 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 Pelanjutan Tempoh Percubaan Dengan Berdenda Saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah bersetuju meluluskan pelanjutan tempoh percubaan puan dengan berdenda sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 mulai dari 02.09.2005 hingga 01.09.2006, atau sehingga puan lulus peperiksaan, mengikut mana yang terdahulu. Kesan pelanjutan ini akan menyebabkan puan tertakluk di bawah Peraturan 30, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Maklumat Pegawai: Gaji : RM 1095.53 , ITKA : RM 80.00 ITP : RM 180.00, TPG : 1 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
44
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Diluluskan pelanjutan tempoh percubaan dengan 02.09.2005 RM 1095.53 SPA:……….. berdenda mulai 02.09.2005 hingga 01.09.2006 hingga Bertarikh………… 01.09.2006
TPG: 01 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
45
ii) Pelanjutan Tempoh Percubaan Tanpa Berdenda-(Kuasa Melantik Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) Ruj Kami : SPP/7023 Tarikh : 19 Januari 2004 Mohd Wafi Bin Zaki No K/P: 650610-02-5821 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Pelanjutan Tempoh Percubaan Tanpa Berdenda Saya diarah memaklumkan bahawa Suruhanjaya ini, setelah menimbangkan perakuan yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan tuan/puan, dengan ini bersetuju melanjutkan tempoh percubaan tuan/puan selama 226 hari mulai 03.05.2002 hingga 14.10.2002 dengan Tanpa Denda. Maklumat Pegawai: Gaji : RM 855.95, ITKA : RM 80.00 ITP : RM 135.00, TPG : 1 April
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
47
4) URUSAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
4.1. TAFSIRAN
Mengikut Peruntukan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan Perenggan 68 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991) , anggota yang dilantik pada dan selepas 12.04.1991 hendaklah membuat pilihan sama ada ingin memilih ke Skim Berpencen atau terus mencarum ke Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Seseorang pegawai yang tidak memilih Skim KWSP layak diberi taraf berpencen mengikut Undang-Undang Pencen, dibawah Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U.(A) 176/2005).
4.2 SYARAT PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Apabila seseorang pegawai layak untuk diberi taraf
berpencen, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan dengan menggunakan Borang Jadual Keenam (Peraturan 36) dan Borang Jadual Kelima (Peraturan 35) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 yang telah ditandatangani oleh pegawai itu mengikut syarat-syarat berikut: i) Anggota yang tidak memilih Skim KWSP; ii) Anggota yang telah menggenapkan tempoh tiga (3)
tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira; iii) Telah disahkan dalam perkhidmatan;
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
48
iv) Pemberian taraf berpencen sekali sahaja dalam
perkhidmatan.
4.3 PUNCA KUASA
i) Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U.(A) 176/2005)
ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1991 –
Tawaran Opsyen Skim Pencen atau KWSP. iii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2001 – Tawaran
Opsyen Skim KWSP. iv) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 –
Perlaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991.
v) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 -
Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.
vi) Akta Pencen 1980 (Akta 227).
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
49
4.4 CONTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI PEMBERIAN
TARAF BERPENCEN
Penyata Perubahan perlu disediakan setelah mendapat surat kelulusan pemberian taraf berpencen daripada SPP/ SPA/ KPM.
i) Pemberian Taraf Berpencen - (Kuasa Melantik SPP) Ruj. Kami : SPP/05/AKS Tarikh : 02 September 2009 Rohayu Binti Ahmad No. K/P : 801120-09-5070 Pembantu Tadbir (P/0) Gred N17
Saya diarah memaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang perakuan yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan tuan/puan, dengan ini meluluskan bahawa tuan/puan diberi taraf berpencen berkuatkuasa mulai 01.09.2009.
Maklumat Pegawai: Gaji P1T5 - RM 1020.02 ITKA - RM 115.00 ITP - RM 180.00 BSH - RM 150.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
51
5) URUSAN PERTUKARAN 5.1. TAFSIRAN
Pertukaran seseorang pegawai/ kakitangan daripada
Jabatan sekarang ke Jabatan baru dalam negeri yang sama atau berlainan negeri sama ada melalui permohonan pegawai/ kakitangan itu sendiri atau melalui arahan pertukaran Ketua Jabatan tempat pegawai/ kakitangan berkenaan bertugas. Terdapat beberapa jenis permohonan pertukaran iaitu:- i) Pertukaran Di Antara Bahagian Di Kementerian ii) Pertukaran Di Antara Daerah Dalam Negeri Yang Sama iii) Pertukaran Di Antara Negeri/Jabatan/Kementerian
5.2 DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:
i) 5 salinan Penyata Perubahan (1 Asal dan 4 Salinan) ii) Salinan Surat Kelulusan Pertukaran Dari Ketua Jabatan iii) Salinan Slip Gaji Terkini/ Kad Gaji iv) Sijil Gaji Akhir (SGA/ LPC)
5.3 PUNCA KUASA
i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran
Malaysia Bilangan 4 Tahun 2005 ii) Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam
Surat kelulusan pertukaran daripada Ketua Jabatan :-
i) Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia )
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
52
ii) Kementerian Pelajaran Malaysia ( Bahagian Sekolah ) /Bahagian Pendidikan Islam/Bahagian Pendidikan Khas/Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional/Bahagian Pendidikan Guru/Bahagian Matrikulasi
iii) Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah
iv) Jabatan Perkhidmatan Awam
v) Jabatan Akauntan Negara dan
vi) Jabatan Laut
vii) Jabatan Kerja Raya
viii)Jabatan Audit Negara
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
53
5.4 CONTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI URUSAN PERTUKARAN
i) Pertukaran Di Antara Bahagian di Kementerian
Ruj Kami : KP(PP)0044/44 Tarikh : 08 Julai 2009 Normala Bt Mohd Rodzi No. K/P : 801127-03-5690 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Dimaklumkan bahawa tuan telah ditukarkan penempatan dari Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2009.
Maklumat Pegawai: Gaji : RM 1,069.93 ITKA : RM 115.00 ITP : RM 180.00 BSH : RM 300.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
54
Disediakan oleh Ketua Jabatan Asal Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Bertukar dari Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan 01.08.2009 RM 1096.93 KP(PP)0044/44 Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia ke (P1T6) Bertarikh: 08.07.2009 ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 01.08.2009. ITKA RM 115.00
ITP RM 180.00 BSH RM 300.00
TPG: 01 Januari
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
55
ii) Pertukaran Di Antara Daerah Dalam Negeri Yang Sama
Ruj Kami : JPWP.01-25678 Tarikh : 05 Disember 2008 Ahmad Bin Hussin No. K/P : 650107-14-5423 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Dimaklumkan bahawa tuan telah ditukarkan penempatan dari SMK Aminuddin Baki, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur ke SMK Cochrane, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur berkuat kuasa mulai 01 Januari 2009. Maklumat Pegawai: Gaji : RM 3,677.32 ITKA : RM 300.00 ITP : RM 250.00 BSH : RM 300.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
56
Disediakan oleh Ketua Jabatan Asal Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Bertukar dari SMK Aminuddin Baki, Jalan Kampung 01.01.2009 RM 3677.32 Gaji dibayar JPWP 01.25678 Pandan, Kuala Lumpur ke SMK Cochrane, Kuala sehingga Bertarikh: 05.12.2008 Lumpur mulai 01.01.2009. 28.02.2009 ITKA RM 300.00
ITP RM 250.00 BSH RM 300.00
TPG: 01 Januari
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
57
iii) Pertukaran Di Antara Negeri/Jabatan/Kementerian (Anggota Kumpulan Sokongan)
Ruj Kami : KP(PP)5015/102062 Tarikh : 01 Disember 2008 Hanizan Binti Jamaluddin No K/P : 811215-08-6040 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 Dimaklumkan bahawa puan telah ditukarkan penempatan dari SMK Cyberjaya, Sepang ke Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya mulai 16 Disember 2008. Maklumat Pegawai: Gaji : RM 820.38 ITKA : RM 115.00 ITP : RM 180.00 BSH : RM 300.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
58
Disediakan oleh Ketua Jabatan Asal Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Bertukar dari SMK Cyberjaya, Sepang ke Bahagian 16.12.2008 RM 820.38 Gaji dibayar KP(PP)5015/102062 Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia, (P1T1) sehingga Bertarikh: 01.12.2008 Putrajaya mulai 16.12.2008 28.02.2009 ITKA RM 115.00
ITP RM 180.00 BSH RM 300.00
TPG: 01 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
59
iv) Pertukaran Di Antara Negeri/ Jabatan /Kementerian (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
Ruj Kami : KPM.0658/5678 Tarikh : 21 Jun 2009 Abdullah Bin Jantan No K/P: 700420-04-5295 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA 29 Dimaklumkan bahawa tuan telah ditukarkan penempatan dari SK Bukit Baru, Melaka ke SK Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan mulai 01 Julai 2009. Maklumat Pegawai: Gaji : RM 2,424.11 ITKA : RM 160.00 ITP : RM 180.00 BSH : RM 200.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
60
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Bertukar dari SK Bukit Baru, Melaka ke SK Kuala 08.09.2009 RM 3595.80 Gaji dibayar KPM.0658/5678 Klawang, Jelebu Negeri Sembilan. Sehingga Bth. 21.06.2009 30.09.2009
ITKA RM 160.00 ITP RM 180.00 BSH RM 200.00
TPG :01 Julai
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
61
6) URUSAN PINJAMAN / PERTUKARAN SEMENTARA
6.1 TAFSIRAN
“Pinjaman” bermaksud pelantikan seseorang pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan ke Agensi Swasta, Agensi Antarabangsa, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
“Pertukaran Sementara” bermaksud pelantikan seseorang pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan ke perkhidmatan yang lain dalam Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Pasukan Polis dan Perkhidmatan Pelajaran atau pelantikan ke sesuatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah PBM yang sama untuk tempoh tertentu.
“Pelanjutan tempoh Pinjaman/ Pertukaran Sementara” bermaksud penyambungan tempoh peminjaman/ pertukaran sementara pegawai atas gred jawatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan syarat tempoh peminjaman/ pertukaran sementara tersebut tidak terputus melebihi enam (6) bulan. Peminjaman/ pertukaran sementara pegawai atas gred jawatan dan skim perkhidmatan yang sama yang terputus melebihi enam (6) bulan adalah merupakan peminjaman/ pertukaran sementara baru.
“Pegawai” bermaksud pegawai yang berkhidmat secara peminjaman / pertukaran sementara atau pegawai yang dicalonkan untuk tujuan tersebut.
“Agensi Awam” bermaksud Kementerian atau
Jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
62
Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“Agensi Pembekal” bermaksud agensi awam yang
meminjamkan/ tukar sementara pegawainya kepada agensi peminjam.
“Agensi Peminjam” bermaksud agensi yang
mendapatkan perkhidmatan pegawai agensi awam secara peminjaman/ pertukaran sementara.
“Jawatan Hakiki” bermaksud Gred jawatan dan
skim perkhidmatan pegawai sebelum dipinjam/ tukar sementara.
“Jawatan Pinjaman” bermaksud Gred jawatan dan
skim perkhidmatan pinjaman/ pertukaran sementara yang ditawarkan kepada pegawai.
Peminjaman atau Pertukaran Sementara adalah
merupakan salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya.
6.2 PRINSIP PEMINJAMAN/ PERTUKARAN SEMENTARA
6.2.1 Peminjaman/ Pertukaran Sementara perlu dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak iaitu agensi peminjam, agensi pembekal dan pegawai.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
63
6.2.2 Peminjaman/ Pertukaran Sementara ke Gred jawatan yang lebih rendah daripada Gred jawatan hakiki pegawai adalah tidak dibenarkan.
6.2.3 Tempoh Pinjaman/ Pertukaran Sementara adalah dua (2) tahun pertama dan tempoh keseluruhan tidak digalakkan melebihi lima (5) tahun supaya perkhidmatan pegawai dapat diuruskan dengan teratur.
6.2.4 Penetapan insentif pegawai yang dipinjamkan adalah seperti berikut:- i) Tiga (3) pergerakan gaji biasa di jawatan hakiki
bagi peminjaman ke Gred jawatan yang sama atau setaraf.
ii) Dua (2) pergerakan gaji biasa di jawatan hakiki
bagi peminjaman ke Gred jawatan yang lebih tinggi daripada Gred jawatan hakiki.
6.2.5 Bagi pegawai yang gaji jawatan hakiki berada di
tanggagaji maksima, pegawai layak di beri gaji Khas Untuk Penyandang (KUP). Bagi penetapan gaji KUP, agensi peminjam hendaklah mengemukakan permohonan ke JPA melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
6.2.6 Pembayaran gaji dan elaun dalam tempoh pinjaman adalah tanggungjawab agensi peminjam dan gaji di jawatan hakiki hendaklah direkodkan secara isyarat.
6.2.7 Apabila pegawai kembali ke jawatan hakiki pegawai akan menerima gaji, elaun dan kemudahan di
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
64
jawatan hakiki seolah-olah pegawai tidak pernah dipinjamkan.
6.2.8 Pegawai layak menduduki Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) dalam skim jawatan hakiki semasa dalam tempoh peminjaman. Pegawai dipertanggungjawabkan dalam perkara ini supaya tidak berlaku keciciran.
6.3 SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN
6.3.1 Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan hakiki.
6.3.2 Mempunyai prestasi kerja ditahap yang baik
(80% dan ke atas) bagi tiga (3) tahun berturut-turut.
6.3.3 Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan
bidang tugas jawatan pinjaman. 6.3.4 Permohonan bagi Pinjaman/ Pertukaran
Sementara hendaklah diperakukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
6.3.5 Pegawai tidak dibenarkan meninggalkan tugas di
jawatan hakiki sehingga mendapat kelulusan daripada PBM.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
65
6.4 PUNCA KUASA 6.4.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2008 – Dasar
dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.
6.4.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2008 –
Perjawatan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri.
6.5 CONTOH KEW. 8 BAGI PINJAMAN/ PERTUKARAN
SEMENTARA
i) Pelantikan Pertukaran Sementara Ke Jawatan Gred Yang Sama. Surat rujukan : KP(PP)5090/183822/(26) Bertarikh : 06 April 2009 Nama : Encik Kamalrudin bin Omar No.K/P : 630216-11-5381 Jawatan asal :Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41 TPG : 1 Januari Jawatan pertukaran : Pegawai Kaunseling Gred 41 Sementara (Terbuka) di JPN Negeri
Sembilan. Tempoh : 16 .02.2009 – 15.02. 2011 Gaji Hakiki : RM 1967.20 (P1T4) Gaji ditawarkan : RM2238.55(P1T7)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
66
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Dilantik secara pertukaran sementara sebagai 16.02.2009 Patut Terima Telah Terima KP(PP)5090/183822/ Pegawai Kaunseling Gred 41(Terbuka) di Jabatan hingga RM 2238.55 RM 1967.20 (26) Pelajaran Negeri Sembilan mulai 16 Februari 2009 15.02.2011 (P1T7) (P1T4) Bth: 06.04.2009 hingga 15 Februari 2011. Jawatan hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 ITKA RM……..
ITP RM…….. BSH RM…….. (Gaji Pertukaran Gaji Hakiki Sementara) secara Isyarat)
TPG : 1 Januari
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
67
ii) Pelantikan Secara Pinjaman Ke Jawatan Gred Yang
Lebih Tinggi Dari Gred Jawatan Hakiki. Surat rujukan : KP(PP)5090/178168/(48) Bertarikh : 08 September 2009 Nama : Encik Zulkefli bin Shamsudin No.K/P : 680322-08-551 Jawatan Asal : Pegawai PerkhidmatanPendidikan
Siswazah Gred DG41 Jawatan Pinjaman : Jurulatih Sukan Gred 44(Terbuka)
di Majlis Sukan Negara. Tempoh : 15 Mei 2007 – 14 Mei 2009 Gaji Hakiki : RM 1967.20 (P1T4) – Jadual Gaji DG41 Gaji ditawarkan : RM 2982.99 (P1T1) – Jadual Gaji
DG44 TPG Hakiki : 01 April
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
68
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Dilantik secara pinjaman sebagai Jurulatih Sukan 15.05.2007 Patut Terima Telah Terima KP(PP)5090/178168/ Majlis Sukan Negara mulai 15 Mei 2007 hingga RM 2982.99 RM 1967.20 (48) hingga 14 Mei 2009. 14.05.2009 (P1T7) (P1T4)
Bertarikh: 08.09.2009 Jawatan hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 ITKA RM……..
ITP RM…….. BSH RM…….. (Gaji Pertukaran Gaji Hakiki Sementara) secara Isyarat)
TPG: 01 April (tidak berubah)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
69
iii) Diberi Pergerakan Gaji Bagi Tahun 2008.
Surat rujukan : KP(PP)5090/178168/(49) Bertarikh : 01 Mac 2008 Nama : Encik Zulkefli bin Shamsudin No.K/P : 680322-08-551 Jawatan asal :Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41 Jawatan Pinjaman : Jurulatih Sukan Gred 44(Terbuka)
di Majlis Sukan Negara. Tempoh : 15 Mei 2007 – 14 Mei 2009 Gaji Hakiki : RM 2057.65 (P1T5) – Jadual Gaji
DG41 Gaji ditawarkan : RM 3133.27 (P1T2) – Jadual Gaji
DG44 TPG Hakiki : 01 April 2008
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
71
iv) Pelanjutan Tempoh Pinjaman.
Surat kelulusan : KP(PP)5090/178168/(50) Bertarikh : 08 April 2009 Nama : Encik Zulkefli bin Shamsudin No.K/P : 680322-08-551 Jawatan asal :Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41 Jawatan Pinjaman : Jurulatih Sukan Gred 44(Terbuka)
di Majlis Sukan Negara. Tempoh : 15 Mei 2009 – 14 Mei 2011 Gaji Hakiki : RM 2148.10 (P1T6) – Jadual Gaji
DG41 Gaji ditawarkan : RM 3283.55 (P1T3) – Jadual Gaji
DG44 TPG Hakiki : 01 April
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
72
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Dilanjutkan tempoh pinjaman sebagai Jurulatih Sukan 15.05.2009 Patut Terima Telah Terima KP(PP)5090/178168/ Gred 44 (terbuka) di Majlis Sukan Negara untuk hingga RM 3283.10 RM 3133.27 (50) tempoh selam 2 tahun mulai 15 Mei 2009 hingga 14.05.2011 (P1T3) (P1T2) Bertarikh: 08.04.2009 14 Mei 2011.
RM 2148.10 RM 2057.65
(P1T6) (P1T5)
TPG: 01 April (tidak berubah)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
73
v) Penempatan Semula Setelah Tamat Tempoh Pinjaman
Surat rujukan : KP(PP)5090/178168/(55) Bertarikh : 05 Ogos 2009 Nama : Encik Zulkefli bin Shamsudin No.K/P : 680322-08-551 Jawatan Asal :Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah Gred DG41 Jawatan Pinjaman : Jurulatih Sukan Gred 44(Terbuka)
di Majlis Sukan Negara. Tempoh : 15 Mei 2009 – 14 Mei 2011 Tarikh Penamatan : 05 September 2009 Gaji Hakiki : RM 2148.10 (P1T6) – Jadual Gaji
DG41 Gaji ditawarkan : RM 3283.55 (P1T3) – Jadual Gaji
DG44 TPG Hakiki : 01 April
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
75
7) JAWATAN KUMPULAN
7.1. TAFSIRAN
Jawatan Kumpulan adalah sejumlah jawatan yang diwujudkan di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM untuk menempatkan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan Kakitangan Bukan Guru di luar dari jawatan hakiki di Jabatan/ Sekolah.
Pegawai dan kakitangan yang boleh
dipertimbangkan ke Jawatan Kumpulan perlu memenuhi salah satu kriteria seperti berikut:-
i) Sakit yang berpanjangan melebihi enam (6) bulan; ii) Sakit Tibi, Kusta, Barah atau sakit yang setaraf; iii) Sakit mental; dan iv) Pegawai yang bercuti tanpa gaji bagi mengikut
pasangan bertugas/ berkursus di dalam atau di luar negara.
Pertukaran seseorang pegawai ke dalam Jawatan
Kumpulan KPM adalah bagi membolehkan seseorang yang menghadapi masalah kesihatan boleh terus mendapatkan rawatan atau memperolehi cuti sakit yang berpanjangan. Dengan cara ini, ia dapat memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah atau jabatan dijalankan tanpa gangguan.
7.2. KRITERIA-KRITERIA YANG MELAYAKKAN PEGAWAI DITUKARKAN KE JAWATAN KUMPULAN
i) Pegawai Yang Menghadapi Masalah Kesihatan
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
76
a) Pegawai yang menghadapi masalah sakit yang berpanjangan melebihi enam (6) bulan dan sukar sembuh dalam jangka masa terdekat. Mereka hendaklah disahkan menghidap sakit berkenaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan mendapat sijil sakit yang dijangka berterusan selama 180 hari atau lebih.
b) Pegawai yang menghidap sakit tibi, kusta atau barah
dan penyakit yang setaraf. Mereka hendaklah disahkan menghidap sakit berkenaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan mendapat sijil sakit yang dijangka berterusan selama 180 hari atau lebih.
ii) Pegawai Yang Menghadapi Masalah Sakit Mental
Pegawai yang menghadapi masalah sakit mental yang menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah/ jabatan. Walau bagaimanapun, mereka hendaklah terlebih dahulu disahkan menghidap sakit berkenaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
iii) Pegawai Yang Telah Diluluskan Cuti Tanpa Gaji
a) Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji
mengikut pasangan bertugas/ berkursus di dalam atau di luar negara mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2005 selama setahun atau lebih.
b) Pegawai yang telah diluluskan cuti menjaga anak (cuti tanpa gaji) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007 selama setahun sehingga maksima lima (5) tahun (1,825 hari)
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
77
c) Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 selama 360 hari secara berterusan.
iv) Pegawai Yang Berprestasi Rendah
a) Pegawai yang dikenalpasti berprestasi rendah iaitu berdasarkan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kurang daripada 60% selama dua (2) tahun berturut-turut dan berasaskan latarbelakang perkhidmatannya, pegawai tidak sesuai untuk diambil tindakan tatatertib. Walau bagaimanapun, pegawai boleh diambil tindakan untuk dibersarakan demi kepentingan Perkhidmatan Awam mengikut Pekeliling Perkhidmatan Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007.
v) Pegawai Yang Disyaki Telah Melakukan Kesalahan
Jenayah Pegawai yang disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan jenayah seperti rogol, cuti, khalwat dan sebagainya dan sedang disiasat atau didakwa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
vi) Pegawai Yang Perlu Ditempatkan ke Jawatan Kumpulan Atas Kepentingan Perkhidmatan Pendidikan Pegawai yang pada pendapat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) perlu ditempatkan ke jawatan kumpulan kerana sesuatu kepentingan perkhidmatan pendidikan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
78
7.3. PUNCA KUASA
Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 2 Tahun 2009 – Urusan Pertukaran dan Pengurusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan Pendidikan Dalam Jawatan Kumpulan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian iaitu:
i) Sub waran bagi pembayaran emolumen diturunkan kepada semua JPN.
ii) Pegawai kekal di tempat asal. iii) JPN akan menyediakan Penyata Perubahan.
7.4. DOKUMEN SOKONGAN
i) Surat arahan penempatan ke Jawatan Kumpulan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. ii) Surat arahan penempatan semula dari Jabatan
Kumpulan ke Jabatan asal.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
79
7.5. CONTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI URUSAN JAWATAN KUMPULAN
i) Jawatan Kumpulan
Ruj. Kami: KP(PP)5090/340722/(9) Bertarikh : 17 Ogos 2009 Puan Fatimah binti Ahmad No. K/P: 710708-10-5636 JPWP Kuala Lumpur Ditukarkan ke Jawatan Kumpulan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut peraturan perenggan 3.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 2 Tahun 2009 mulai 01 September 2009.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
81
ii) Penempatan Semula
Surat Rujukan : KP(PP)5090/280203(27) Tarikh : 15 Jun 2009 Nama : Encik Wahid bin Rosly No. K/P : 710608-13-5147 Pemberitahuan penempatan semula dari Jawatan Kumpulan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM ditempatkan secara hakiki ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 06 Julai 2009.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
83
8) PELEPASAN JAWATAN DENGAN IZIN
8.1. Pendahuluan
Pelepasan Jawatan Dengan Izin adalah kelulusan yang diberikan secara bertulis oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan bagi membenarkan seseorang pegawai yang bertaraf tetap meninggalkan jawatan asal untuk dilantik ke : i) Skim perkhidmatan yang lain di bawah Suruhanjaya
yang sama; ii) Skim perkhidmatan yang sama/ berlainan di bawah
Suruhanjaya yang lain; dan iii) Skim perkhidmatan yang sama/ berlainan ke
Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan
8.2 Perkara-perkara yang penting yang perlu diberi
perhatian:-
i) Jawatan baru yang ditawarkan hendaklah bertaraf tetap sahaja.
ii) Pegawai yang ditawarkan jawatan untuk berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya diberi Pelepasan Jawatan Dengan Izin dan pegawai perlu meletak jawatan.
iii) Dengan kelulusan tersebut, perkhidmatan terdahulu
pegawai boleh diambil kira bagi tujuan pemberian faedah persaraan. Sehubunga itu permohonan ini hanya melibatkan pegawai yang memilih Skim Berpencen sahaja.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
84
8.3. PUNCA KUASA
i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2009 – Dasar
dan Prosedur Peletakan Jawatan dan Pelepasan Dengan Izin.
ii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A) 176/2005 (Peraturan 10, 11, 17,54)
iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1980 – Cara Menamatkan Perkhidmatan Kakitangan Di Badan-badan Berkanun, Kuasa-Kuasa Tempatan Atau Jabatan Kerajaan Untuk Berkhidmat Dengan Pihak Majikan Yang Lain Bagi Maksud Mengambilkira Perkhidmatan Yang Terputus Untuk Faedah Pencen.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
85
8.4. CONTOH KEW. 8 UNTUK URUSAN PELEPASAN
JAWATAN DENGAN IZIN
Encik Hairul seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 yang berkhidmat di Sek. Men. Tun Perak, Johor. Beliau telah dilantik pada 01 Ogos 1998 dan telah diberi taraf tetap dan berpencen mulai 01 Januari 2002.
Beliau memohon jawatan sebagai pensyarah Gred
DS45 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan permohonan beliau dikemukakan melalui Ketua Jabatan.
Beliau telah berjaya dan dilantik mulai 01.1.2008.
Beliau telah memohon pelepasan jawatan dengan izin daripada Ketua Perkhidmatan dan permohonan tersebut telah diluluskan. Selain diberi kelulusan pelepasan jawatan dengan izin, beliau perlu meletak jawatannya sebagai PPPS sekiranya bersetuju menerima jawatan tersebut kerana UKM bukan Perkhidmatan Awam Persekutuan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
87
9) PERSARAAN / PENAMATAN / PELETAKAN JAWATAN
Penamatan Perkhidmatan terdiri daripada berikut:- i) Persaraan Wajib ii) Bersara Awal / Pilihan Sendiri iii) Persaraan atas sebab Kesihatan iv) Meninggal Dunia dalam Perkhidmatan v) Penamatan Perkhidmatan vi) Peletakan Jawatan
9.1. PERSARAAN
i) Anggota berpencen ertinya; Seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai
seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 7, Akta 227 Akta Pencen 1980 atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227 atau
Seseorang pekerja yang telah diberi taraf sebagai
pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239 atau yang disifatkan sebagai seorang pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239
ii) Anggota ertinya Pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan atau Negeri atau pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan;
iii) Pesara ertinya anggota yang telah bersara atau
dibersarakan di bawah undang-undang pencen. iv) Persaraan Atas Sebab Kesihatan ialah anggota
berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan mengikut lunas-lunas Pekeliling Perkhidmatan Bil.10
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
88
Tahun 1995 dan sekiranya diperakukan oleh Lembaga tersebut anggota berkenaan boleh dibersarakan (Perenggan 10 (5) (a) Akta 227/239).
v) Persaraan kerana Jawatan yang dipegang
dihapuskan bermaksud sekiranya jawatan yang dipegang oleh anggota berpencen dihapuskan maka penyandangnya boleh dibersarakan (Perenggan 10 (5) (b) Akta 227/239).
vi) Persaraan Pilihan bermaksud anggota berpencen yang
telah berumur 40 tahun boleh memohon persaraan pilihan. Pencen hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang-undang pencen.
9.2. PELETAKAN JAWATAN
Seseorang pegawai yang berhasrat untuk
meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis;
i) Bagi seseorang pegawai yang dilantik selain pelantikan
tetap (Kontrak, sambilan, sangkut, sementara, dan lain-lain) hendaklah memberi notis seperti yang termaktub di dalam kontrak atau notis 30 hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis;
ii) Bagi seseorang pegawai dalam tempoh percubaan hendaklah memberi notis 30 hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis;
iii) Bagi seseorang pegawai yang telah disahkan dalam
perkhidmatannya, hendaklah memberi notis 90 hari
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
89
sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.
Notis peletakan jawatan itu hendaklah dihantar oleh
Pegawai berkenaan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan hendaklah merekodkan dan memaklumkan Suruhanjaya yang berkenaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengenai peletakan jawatan pegawai tersebut.
9.3. PENAMATAN PERKHIDMATAN
i) Penamatan Perkhidmatan Pegawai Yang Belum
Disahkan
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya jika pegawai itu telah: a) Menyembunyikan apa-apa maklumat tentang
kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan. b) Membuat akuan palsu dalam akuan berkanun
seperti yang dikehendaki oleh Perenggan 19(1)(b) P.U.(A) 176/2005.
c) Tidak mematuhi kehendak dalam Perenggan 19(1)(c) P.U.(A) 176/2005.
d) Memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikan.
e) Gagal tapisan keselamatan.
ii) Penamatan Perkhidmatan Pegawai Yang Gagal Disahkan
a) YDPA boleh menamatkan perkhidmatan pegawai
pada perlantikan pertama yang telah gagal untuk
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
90
disahkan dalam perkhidmatannya semasa tempoh percubaan yang ditetapkan sama ada tempoh percubaan asalnya atau yang dilanjutkan.
b) Seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dalam skim perkhidmatan terdahulu dan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan baru tetapi gagal disahkan boleh dibersarakan demi kepentingan awam di bawah undang-undang pencen, jika pegawai itu telah dimasukkan ke dalam jawatan berpencen dalam skim perkhidmatan terdahulu itu.
c) Perkhidmatan seseorang pegawai selain yang disebut di atas hendaklah ditamatkan sekiranya pegawai itu tidak dapat dikembalikan ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya.
9.4. PUNCA KUASA
i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 P.U.(A)176/2005
ii) Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 tahun 2003 – Panduan Urusan Persaraan dan Pencen
iii) Seksyen 10 (1) Akta Pencen 1980 (Akta 227) di baca bersama Akta Pencen Pindaan 2001 - Bersara wajib
iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 3/1999 v) Perakuan Persaraan Atas Sebab Kesihatan – Lampiran
D kepada P.P. 10/95 vi) Laporan Lembaga Perubatan – Lampiran A kepada P.P.
10/95 vii) Surat Perkhidmatan KPM Bil 1/1995 – Bersara secara
Pilihan (PPPLD & PPPS) viii)Seksyen 10 (5) Akta Pencen 1980 – Bersara atas
Sebab Kesihatan
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
91
ix) Seksyen 12 (Akta 227) Akta Pencen 1980 – Bersara secara Pilihan
x) Peraturan 21 Peraturan – Peraturan Pencen 1980 (Pengiraan Cuti rehat)
9.5 C0NTOH PENYATA PERUBAHAN BAGI URUSAN
PERSARAAN
i) Persaraan Wajib
Surat Rujukan : Bil(70)dlm.JPNS/PEN Tarikh : 04 Feb 2008 Razali Bin Abu Bakar NO.K/P : 530204-05-5075 Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa JPA telah bersetuju meluluskan persaraan tuan mulai 1 Oktober 2008.
Maklumat Pegawai: Gaji P1T3 - RM 1920.20 ITKA - RM115.00 ITP - RM180.00 BSH - RM200.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
93
ii) Persaraan Pilihan
Pihak JPA dalam mesyuaratnya Bil 257 pada 25.09.2007 telah memutuskan bahawa persaraan pilihan Puan Maimunah binti Isa telah diluluskan mulai 1.12.2007 mengikut Seksyen 12 (Akta 227) Akta Pencen 1980 – Bersara secara Pilihan. Surat Rujukan : JPA/Pen/09 (16) Tarikh : 30 September 2007 Maimunah Binti Isa No.K/P: 691201-05-4076 Pegawai PPPS Gred DG54
Maklumat pegawai: Gaji Akhir DG54 RM 6,723.32 (P1T8) ITKA : RM800 ITP : RM900
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
95
iii) Persaraan Atas Sebab Kesihatan
Satu Mesyuarat Lembaga Perubatan yang bersidang pada 10.04.2006 mendapati beliau tidak sihat dan tidak layak untuk meneruskan perkhidmatan mengikut Laporan Lembaga Perubatan – Lampiran B kepada P.P. 10/95 dan Perakuan Persaraan Atas Sebab Kesihatan – Lampiran D kepada P.P. 10/95 Surat Rujukan : JPA/Pen/09 (16) Tarikh : 30 Julai 2006 Sallehuddin Bin Abu Bakar No.K/P: 680921-06-5159 Akauntan Gred W48
Maklumat Pegawai: Gaji Akhir W48 RM 4321.93 (P1T6) ITK : RM600 ITP : RM450
Tarikh yang diluluskan persaraan atas sebab kesihatan oleh JPA pada 21.09.2006.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
96
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Diluluskan Persaraan Atas Sebab Kesihatan mengikut 21.09.2006 RM 4321.93 Gaji dan elaun- JPA/Pen/09 (16) Seksyen 10(5) Akta Pencen 1980 mulai 21.09.2006 (P1T6) elaun dibayar Bth 30.07.2006 sehingga
20.09.2006
ITKA RM 600.00 ITP RM 450.00 BSH RM 200.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
97
iv) Meninggal Dunia En.Mohd Shah bin Mohd Yusof, Guru Besar PPPLD
Gred DGA34 telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 8.9.2009 jam 3.30 petang kerana sakit jantung. Beliau berkhidmat di SK Paroi Seremban, Negeri Sembilan.
Maklumat pendapatan beliau seperti berikut: Gaji : RM3595.80 ITKA : RM160.00 ITP : RM180.00 BSH : RM 200.00 EGB : RM100.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
98
Contoh Penyediaan Kew 8
Butir- butir Perubahan Tarikh Gaji Bulanan Catatan No Surat Kebenaran
Meninggal dunia pada 08.09.2009 08.09.2009 RM 3595.80 Gaji dan elaun- Sijil kematian elaun dibayar Bil.D451459 sehingga Bth 11.09.2009 08.09.2009 kerana meninggal dunia jam 3.30 petang
ITKA RM 160.00 ITP RM 180.00 BSH RM 200.00
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
99
v) Ditamatkan Perkhidmatan Dengan Notis Contoh Penyediaan Kew 8
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
100
BAHAGIAN TIGA
PENUTUP Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak iaitu wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Bahagian Kewangan, Bahagian Akaun dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di atas sumbangan yang diberikan sama ada dari segi tenaga, kewangan dan masa yang diambil bagi menjayakan Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan ini. Semoga dengan terbitnya buku ini dapat membantu semua pegawai dan kakitangan di KPM dalam memantapkan lagi pemahaman dan kecekapan semasa penyediaan Penyata Perubahan dan penyelenggaraan Buku Rekod Perkhidmatan di bawah kawalan masing-masing.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN
101
GLOSARI
Kew. 8 - Penyata Perubahan BRP - Buku Rekod Perkhidmatan JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam PR - Penduduk Tetap PPPLD - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja PPD - Pejabat Pelajaran Daerah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia SGA - Slip Gaji Akhir LPC - Last Payment Certificate SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SK - Sekolah Kebangsaan KUP - Khas Untuk Penyandang PTK - Peperiksaan Tahap Kecekapan BPSM - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPPM - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JPN - Jabatan Pelajaran Negeri PP - Pekeliling Perkhidmatan PPPS - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia YDPA - Yang di-Pertuan Agong ITKA - Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP - Imbuhan Tetap Perumahan BSH - Bayaran Sara Hidup EGB - Elaun Guru Besar SPP - Surat Pekeliling Perkhidmatan
Recommended