View
270
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
1/27
Tugasan Zakiah 2011
1
TUGASAN 2 : BINCANGKAN KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN
SEBAGAI ALAT PERPADUAN DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Apakah itu bahasa? Sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih luas lagi, rasanya adalah
lebih baik, kita mengupas dengan lebih mendalam apa itu bahasa. Merujuk kepada kamus
Dewan muka surat 87, bahasa bermaksud satu sistem lambang bunyi suara yang digunapakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Bahasa kebangsaan pula
bermaksud bahasa yang digunakan oleh semua penduduk dalam sesebuah negara yang
mempunyai beberapa loghat.
Mengungkap pantun di atas menunjukkan kepada kita betapa indahnya Bahasa Melayu, begitu
halus sehingga menusuk kalbu. Memandangkan orang melayu merupakan penduduk pribumi
Malaysia atau yang paling awal bertapak jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain, Bahasa
Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan
masyarakat majmuk di negara Malaysia.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
2/27
Tugasan Zakiah 2011
2
BAHASA PERPADUAN
Melihat kepada segala pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu, tentunya Bahasa
Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagai
Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.
Secara teorinya, Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan
sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya
menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.
Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat
dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat
itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi semata-
mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan
sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara.
Apakah alasan kita?
Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak,
yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama,
bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai
peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-
lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
3/27
Tugasan Zakiah 2011
3
Menurut Buku Maklumat Perangkaan (1987) penduduk Malaysia (dahulu Malaya) berjumlah
16.8 juta. Penduduk Malaya betul-betul menjadi multietnik sejak seratus lima puluh tahun yang
lalu. Di bawah pentadbiran Inggeris, ketiga-tiga kaum etnik ini tinggal terpisah dari segi
geografi, ekonomi dan sosialnya. Oleh yang demikian, tugas utama kerajaan semasa dan selepas
mencapai kemerdekaan adalah menyatukan penduduk daripada berlainan kaum etnik ini dalam
membina negara baru. Bahasalah yang menjadi teras dan merupakan isu utama dalam pembinaan
negara ini.
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA
Sebenarnya bahasa Melayu sudah memainkan peranan yang amat penting lagi pada zaman
Kesultanan Melaka dimana pada waktu itu semua urusan perdagangan dilakukan dalam bahasa
Melayu. Namun dengan kedatangan pendatang dari luar khususnya dari India dan China,
kedudukan bahasa Melayu sedikit terpinggir dimana golongan pendatang ini lebih
mengutamakan bahasa ibunda masing-masing. Sewaktu Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu,
Inggeris telah megamalkan dasar pecah dan perintah dan membenarkan wujudnya empat buah
sistem pendidikan yang berasingan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Keadaan
ini kemudiannya telah mempengaruhi tujuan, pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan
negara. Pendeknya, dasar yang dibentuk itu hendaklah dapat mengekalkan ketiga-tiga identiti
kaum di negara ini dan pada masa yang sama dapat pula menyatukan mereka menjadi sebuah
bangsa dalam sebuah negara. Semenjak itu negara terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan
cuba menyelesaikan banyak isu rumit yang timbul berkaitan tentang bahasa. Antaranya adalah:
i. Pilihan bahasa kebangsaan;
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
4/27
Tugasan Zakiah 2011
4
ii. Penyatuan negara melalui satu bahasa;
iii. Kedudukan bahasa-bahasa minoriti;
iv. Bahasa untuk pendidikan;
v. Bahasa untuk perhubungan dengan masyarakat luar.
Apabila kerajaan Inggeris kembali ke Malaya selepas Perang Dunia Kedua, seorang pendidik
veteran Inggeris, Cheeseman ditugaskan menjadi Pengarah Pendidikan. Beliau berusaha
membina semula sistem pendidikan yang wujud sebelum perang dulu dan ini tercatat dalam
Laporan Cheeseman (1946).
Laporan Cheeseman 1946
Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya.
Lantas Cheeseman melaporkan ... ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum
etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu ... mengandungi ... sebanyak sebelas bahasa yang
berlainan yang dituturkan oleh murid-muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). Beliau juga telah
membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan
kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pemerhatian itu,
beliau mendapati :
i. Tidak ada satu bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar;
ii. Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan golongan pendatang sukar
ditentukan dan masalah ini mula meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap di
Tanah Melayu.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
5/27
Tugasan Zakiah 2011
5
iii. Masyarakat pendatang terutamanya dari China lebih cenderung mengekalkan pandangan
nasionalistik Cina dan bekalan buku-buku teks sekolah terus dari negara Cina pada masa itu telah
memperkukuh lagi kecenderungan ini.
iv. Masyarakat bumiputera khususnya Melayu agak mundur kebelakang. Ini kerana masyarakat
dagang dan pekerja pendatang telah membolot bidang ekonomi yang lumayan di Semenanjung
manakala orang Melayu pula terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman, 1946
160).
Sebagai kesimpulannya melalui Laporan Cheeseman ini, beliau telah dapat melihat tiga isu
penting yang mempengaruhi pola pendidikan dan penduduk di Tanah Melayu iaitu betapa
mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri, masalah penyatuan kelompok-
kelompok etnik dan masalah bahasa pengantar yang digunakan.
Laporan Barnes 1950
Selepas Laporan Cheesman, Kerajaan Inggeris mula sedar bahawa untuk menyatukan
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu, maka sistem pendidikan perlu diselaraskan.
Untuk itu, beberapa jawatankuasa pendidikan telah ditubuhkan dan diantaranya ialah Penyata
Barnes. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada Ogos 1950 dan dipengerusi oleh L.J Barnes yang
ditugaskan untuk membuat kajian tentang sistem pendidikan di Tanah Melayu. Barnes
mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di
belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai
oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan kaum Melayu patut
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
6/27
Tugasan Zakiah 2011
6
dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang
berbilang kelompok etnik itu ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950).
Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat tanpa
mengira kaum. Selain daripada cirinya yang multietnik itu, ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan
itu adalah seperti berikut:
i. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada
berbilang kaum etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun;
ii. Sekolah Vernakular yang mengutamakan pelajaran mengikut kaum digantikan dengan satu
jenis sekolah rendah yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan;
iii. Sekolah Kebangsaan dibuka kepada semua kanak-kanak pelbagai kaum dan diajar oleh guru
daripada pelbagai kaum;
iv. Sekolah kebangsaan ini menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris;
v. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah;
Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja, iaitu Sekolah
Kebangsaan, atau sekolah Melayu. Dengan itu, Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah
memikirkan perkara yang agak serius terhadap penyatuan bangsa melalui bahasa. Pada peringkat
darjah tiga, "... bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu, dan akhirnya murid-murid akan
menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun ... sehingga mereka bolehlah
menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes 1951).
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
7/27
Tugasan Zakiah 2011
7
Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah
menggugurkan bahasa ibundanya, dan masuk ke sekolah Melayu, tetapi bukanlah sekolah
Melayu dalam erti kata dahulu lagi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu sedar bahawa
"cadangan sistem itu akan menjadi lemah, jika setiap kaum etnik Cina, India dan juga Melayu
terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan"
(Barnes 1951).
Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa
Cina. Isu ini menjadi hangat dibahaskan dalam akhbar harian pada masa itu. Walaupun sistem
sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu, guru-guru pelatih Maktab
Perguruan Sultan Idris juga menentangnya dan menunjuk perasaan. Mereka menyedari bahawa
perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris
(Straits Budget, 18 Nov. 1952).
Laporan Fenn-Wu 1951
Tentangan yang diterima terhadap asal-usul yang dikemukakan oleh Penyata Barnes yang telah
membawa kepada terbentuknya Jawatankuasa Fenn-Wu pada tahun 1951 bagi mengkaji
kedudukan sekolah-sekolah Cina. Jawatankuasa Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa
"sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya dan ketaatannya terletak di luar
Malaya, tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya." Walau bagaimanapun,
mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang
akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya ..." (Fenn-Wu 1951).
Menurut Laporan ini, mereka menyatakan :"Bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
8/27
Tugasan Zakiah 2011
8
merupakan bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya. Dan "telah pernah dihujahkan
bahawa penyatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan ... Pada pihak
lain pula, pernah dibahaskan untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan, ekonomi dan politik,
maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan untuk menimbulkan penyatuan rakyat
Malaya"(Fenn-Wu 1951).
Walau bagaimanapun jelas, bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa
Melayu. Ini jelas dalam ayat berikut, iaitu "... manusia yang menuturkan bahasa Inggeris telah
menubuhkan negara-negara besar di seberang laut. Jadi kami mencurigai kebijaksanaan Malaya
untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu."
(Fenn-Wu 1951). Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. Jawatankuasa itu
"mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah,
dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan
Melayu, tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu
pada taraf demikian. Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi
sumbangan terhadap kefahaman antara kaum, dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan
bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa perdagangan di Malaya dan di dunia. Pengajarannya
hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina. Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa
bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia "... dan bangsa-bangsa lain juga harus
mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951). Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak
memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya.
Laporan jawatankuasa itu, pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu
kerana mereka berkata "... tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan. Kami yakin
bahawa pendidikan awal kanak-kanak ... perlulah dalam bahasa ibundanya. Mulai tahun ketiga,
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
9/27
Tugasan Zakiah 2011
9
bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan ... dan pada tahun kelima, mungkin bahasa ketiga
pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951).
Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara. Mereka berkata "... bahasa Melayu itu
agak mudah dipelajari dan sudah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan
dengan murid-murid Melayu.... Jadi murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk
berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya." Malah
jawatankuasa itu memberi amaran "... bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman
akan hanya menimbulkan ... perpecahan ... Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang
bahasa ini mestilah dicari, bukan daripada iktibar sejarah, tetapi melalui persetujuan semua kaum
etnik di Malaya." (Fenn-Wu 1951).Laporan ini kemudiannya ditolak oleh UMNO kerana
menganggapnya tidak menguntungkan orang-orang Melayu.
Ordinan Pelajaran 1952
Pada bulan September 1951, satu Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji
Penyata Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini kemudiannya telah mengesyorkan
perkara-perkara berikut :
i. Penubuhan dua jenis sistem persekolahan yang menggunakan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar;
ii. Kemudahan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang murid yang ingin belajar bahasa tersebut;
iii. Sekolah kebangsaan untuk semua kaum seperti yang dicadangkan oleh Barnes akan
dilaksanakan
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
10/27
Tugasan Zakiah 2011
10
Semua syor yang dikemukakan telah diterima oleh kerajaan dan telah diluluskan menjadi
Ordinan Pelajaran 1952. Namun, ianya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana masalah
kewangan dan politik terganggu akibat peristiharan darurat di Tanah Melayu.
Laporan Razak 1956
Jawatankuasa Razak diwujudkan pada 30 September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato Abdul
Razak bin Hussein selaku Menteri Pendidikan pada ketika itu. Jawatankuasa ini meletakkan
bahasa sebagai asas sistem pendidikan Malaysia. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini adalah
bagi menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau
bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan
tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956). Ini bermaksud bahawa bahasa
Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah.
Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa
Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat
menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal.
Kedua, jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan
bagi mewujudkan pandangan yang serupa. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari
negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga
hendaklah dihentikan. Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap
keperluan "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan, dan
terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini"
(Penyata Razak 1956).
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
11/27
Tugasan Zakiah 2011
11
Pelaksanaan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. Walau bagaimanapun
perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. Walaupun jelas banyak masalah dan
kekurangan yang timbul seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah, guru-guru
Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada
UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan segera (Straits Budget, Okt. 18, 1956).
Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembangan
pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang
pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan
menengah dalam bahasanya sendiri.
Kanak-kanak masih dibenarkan ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya dan ini
menjadikan sekolah Kebangsaan tidak begitu popular di kalangan murid-murid bukan Melayu.
Hakikat bahawa kanak-kanak yang belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin
mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan.
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA
Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 bukan sahaja ditentang oleh orang bukan Melayu
malah orang Melayu sendiri juga turut melahirkan penentangan mereka. Bagi guru-guru Melayu,
mereka tidak berpuashati kerana tidak ada ketegasan dalam perlaksanaan Bahasa Melayu. Bagi
masyarakat Cina pula, mereka berpendapat bahawa kedudukan Bahasa Cina akan terabai kerana
tumpuan lebih terarah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
12/27
Tugasan Zakiah 2011
12
Laporan Rahman Talib 1960
Pada tahun 1959, satu jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah ditubuhkan untuk mengkaji
semula perlaksanaan Laporan Razak kearah mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Taib selaku Menteri Pendidikan ketika
itu. Jawatankuasa ini menyatakan semula tujuan yang sama sebagai objektif pendidikan
kebangsaan. Laporan ini mementingkan pembentukan dasar pendidikan yang boleh diterima oleh
semua kaum etnik di Malaysia dan pada masa yang sama mencuba memenuhi hasrat yang wajar
bagi kumpulan-kumpulan besar budaya yang berada dalam negara ini. Jawatankuasa itu cepat
menyedari suatu hal yang tidak sejajar dengan kepentingan negara. "Adalah tidak sejajar dengan
dasar kebangsaan untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan negara, dengan memperluas dan memperkekal suatu jurang bahasa
dan kaum etnik di dalam sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan" (Laporan Rahman
1961).
Laporan itu memperakukan "... pendidikan pada peringkat menengah yang dibiayai oleh kerajaan
hendaklah dikendalikan dalam salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) dengan
matlamat menggunakan Bahasa Kebangsaan (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar
utama, tetapi bahasa dan kesusasteraan lain boleh juga diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah
aliran yang sama" (Laporan Rahman 1961).
Peruntukan ini dibentuk untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa yang digunakan sebagai
bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Suatu dasar dwibahasa yang pragmatis dan saksama
perlulah diwujudkan. Walau bagaimanapun, keperluan ini hendaklah mengambil kira dasar yang
mahu menyatukan penduduk berbagai golongan etnik ini.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
13/27
Tugasan Zakiah 2011
13
Pendidikan di Malaysia (Hussein Onn) 1971
Sekali lagi pada tahun 1971 Menteri Pelajaran Malaysia mengkaji semula dasar pendidikan
negara, dan hasilnya agak menggalakkan. Tujuan utama dasar itu adalah menyediakan
pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dan ini dapat
ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Pendidikan
menengah dalam sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa
iaitu Melayu dan Inggeris. "Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk bagi memenuhi
keperluan negara dan meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik ... yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama" (Hussein Onn 1971).
Oleh sebab itu, mulai tahun 1968, bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara
berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Salah satu daripada tugas yang paling berat adalah melatih semula guru-guru supaya dapat
mengajar dalam bahasa Melayu. Usaha ini bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1973,
dan seramai 5,600 guru dapat dilatih semula. Sebagai persiapan lanjut seramai 10,500 orang guru
sekolah menengah juga dilatih semula pada tahun 1979.
Semenjak Penyata Razak 1956 diterima, perubahan-perubahan sudah berlaku secara berterusan.
Penyata Razak mengetahui betapa pentingnya sebuah bahasa pengatar dalam pembinaan negara.
Namun, kemajuan agak perlahan kerana masalah guru dan buku teks. Dengan itu, pada tahun
1955 Maktab Bahasa ditubuhkan bagin menyelesaikan masalah guru dan Dewan Bahasa dan
Pustaka ditubuhkan pada tahun 1957 untuk menyelesaikan hal kedua.
Pengubahan Rekolah Rendah Inggeris menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (Melayu) bermula
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
14/27
Tugasan Zakiah 2011
14
pada tahun 1967. Beberapa matapelajaran yang kurang memerlukan penguasaan bahasa yang
tinggi mula didsampaikan dalam bahasa Melayu, seperti Pendidikan Jasmani, Seni dan Kerja
Tangan, Pengajian Tempatan dan Muzik, dan diikuti dengan matapelajaran lain seperti Sejarah,
Geografi, Matematik dan Sains; lama-kelamaan semua matapelajaran dapat disampaikan dalam
bahasa Melayu, melainkan bahasa Inggeris.
Proses mengubah bahasa pengantar ini meningkat ke sekolah menengah dan juga pengajian
tinggi secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, pengajian dalam Bahasa Kebangsaan wujud
dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi. Mungkin ramai yang memikirkan bahawa
pendidikan Cina dan Tamil perlu dihapuskan. Sebenarnya ini tidak menjadi matlamat dasar
pendidikan negara. Dasar pendidikan negara memang mengekalkan pendidikan kebangsaan
aliran Cina dan Tamil pada peringkat rendah. Tetapi pendidikan menengah yang masih
meneruskan penyampaian dalam bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan juga dibenarkan
wujud, tetapi tanpa biaya kerajaan. Menurut Stedman, masih terdapat enam puluh buah sekolah
menengah Cina persendirian yang mendaftarkan seramai 45,000 orang pelajar dan bilangan ini
semakin bertambah (Stedman 1986:28).
Mungkin pada saat ini perlu kita menumpukan perhatian kepada suatu isu penting dalam sistem
pendidikan kebangsaan, iaitu, taraf bahasa Inggeris. "Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di
semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan juga perdagangan dan juga
dalam hal ehwal antarabangsa" (Hussein Onn 1971). Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang
tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Tempoh masa untuk mengajar Bahasa Inggeris
ditingkatkan dan guru diberi latihan lanjut untuk membolehkan hasil yang lebih baik
dicapai. Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kedua negara. Sebenarnya penguasaan
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
15/27
Tugasan Zakiah 2011
15
bahasa Inggeris menjadi syarat penting bagi pelajar universiti, kolej dan politeknik.
Laporan Kabinet (Mahathir) 1985
Sekali lagi pada tahun 1985 sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dasar pendidikan
negara dan pelaksanaannya. Jawatankuasa itu memperteguh semula peruntukan dalam Laporan
1956 dan 1960. Ia juga melaporkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan dasar
pendidikan negara. Laporan itu juga memperkukuh kemajuan sistem pendidikan kebangsaan
bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. "Pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu adalah ditujukan bagi mempersatu berbagai penduduk dalam
negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu.
Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib di sekolah dan kelulusan
dalam peperiksaan bahasa Melayu menjadi syarat wajib bagi mendapat sijil-sijil tertentu
peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan (Laporan Kabinet - Mahathir, 1985).
Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar terpenting bagi
semua aliran, iaitu bahasa perantara untuk perhubungan kelas menengah dan atasan. Pada masa
ini taraf dan fungsinya berubah. Sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kedua, pembelajaran
bahasa Inggeris mempunyai dua tujuan; "pertama, untuk membolehkan murid-murid itu
menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya, dan kedua untuk meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi" (Laporan
Kabinet - Mahathir 1985). Oleh sebab itu, universiti-universiti di Malaysia memperkemas
matapelajaran ini di peringkat universiti dan pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus peperiksaan
bahasa Inggeris sebagai satu matapelajaran pada peringkat-peringkat tertentu.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
16/27
Tugasan Zakiah 2011
16
MEMBINA SUATU PANDANGAN BERSAMA
Hasil perancangan bahasa yang berjalan selama tiga puluh tahun ini mengakibatkan hanya tiga
jenis sekolah masih wujud diMalaysia. Kesemuanya menggunakan sukatan pelajaran yang
samadengan matlamat kebangsaan yang sama, tetapi mempunyai bahasa pengantar yang
berlainan. Pendidikan rendah ditawarkan dalam tiga bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil. Ini
memberi pilihan yang seluas-luasnya, iaitu ibu bapa bolehlah menghantar anak-anak mereka ke
sekolah menurut aliran bahasa yang dikehendaki bagi meneruskan tradisi dan budaya masing-
masing. Walau bagaimanapun mereka diharapkan dapat bersatu dalam sekolah kebangsaan aliran
bahasa Malaysia pada peringkat memembina negara. Semangat tolak ansurdan pelaksanaan
secara berperingkat-peringkat sebagai yangdiajukan oleh Razak pada tahun 1956 itu memang
dipatuhi oleh negara. Walau bagaimanapun, kemajuan yang berlaku tidaklah sepesat yang
mungkin diharapkan, dan ini juga tidak bermakna bahawa segala-galanya berjalan lancar.
Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan dalam Penyata Razak (1956)
mengenai pendidikan bahasa, dengan mengambilkira perakuan-perakuan dalam hal yang sama
dalam laporan-laporan berikut. Banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu
diselesaikan, dan ini telah dapat diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang
bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira kesensitifan setiap kaum. Pada satu pihak
kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan
rakyat. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah
diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya tidak mengorbankan tujuan pertama tadi. Agak
sukar mencari penyelesaian kepada masalah begini. Dengan ini, satu masa selama tiga puluh
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
17/27
Tugasan Zakiah 2011
17
tahun berlalu sebelum sebuah dasar seperti yang dilaksanakan sekarang wujud untuk melahirkan
sistem pendidikan dwibahasa yang kita mahukan.
Oleh sebab itu Malaysia, pendidikan boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya dari
sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. Kita tidak lagi perlu mengajar satu bahasa
asing untuk membolehkan anak-anak kita mendapat pendidikan.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Selaras dengan hasrat dan cita-cita untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu,
berdisplin serta terlatih maka kerajaan telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN). Menurut FPN ..Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Berpandukan kepada FPN dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan individu secara
menyeluruh akan dapat menyumbang kepada wujudnya perpaduan rakyat dan kemakmuran
negara.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
18/27
Tugasan Zakiah 2011
18
MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang mempunyai komposisi penduduk
yang berlainan, namun demikian masalah yang dialami mereka agak sama dengan negara kita.
Jadi tindakan yang dilakukan oleh negara jiran dalam mengatasi masalah yang sama itu mungkin
juga kita perhatikan sebagai iktibar dalam meneliti dan menilai dasar serta keberkesanan
pelaksanaan dasar pendidikan bahasa negara kita.
Malaysia telah melaksanakan dasar yang agak liberal dalam hal ini untuk menerima dan
melayani permintaan rakyatnya yang berbagai dan masing-masing dengan aspirasi yang
berlainan di dalam suatu kerangka dasar pendidikan negara. Memanglah perlu bagi Malaysia
mengurangkan jurang kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan
kebangsaannya. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dalam jangka masa tiga puluh tahun
yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Dari sebuah
sistem pendidkan yang menggunakan empat buah bahasa pengantar; Inggeris, bahasa Melayu,
Mandarin dan Tamil telah dikurangkan kepada tiga saja dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Walaupun sistem pendidikan Mandarin dan Tamil tidak dihapuskan tetapi
hanya pendidikan rendah yang dibiayai oleh kerajaan. Pendidikan menengah dan tinggi dalam
bahasa Mandarin dan Inggeris walaupun tidak dihalang tetapi kerajaan tidak membiayainya.
Dengan itu, para ibu bapa masih mempunyai hak untuk memilih bagi menghantar anak-anak
mereka ke sekolah menurut bahasa ibunda masing-masing. Kalau mereka ingin meneruskan
pengajian anaknya dalam bahasa yang sama, mereka masih lagi boleh berbuat demikian dengan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta atau ke seberang laut. Walaupun
dasar ini tidak dapat dikatakan drastik atau tegas dalam melaksanakan system pendidikan
kebangsaan seperti yang berlaku dalam negara-negara jiran, tetapi ternyata dasar pendidikan
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
19/27
Tugasan Zakiah 2011
19
negara kita agak liberal walaupun masyarakat Cina dan India yang tinggal di Malaysia ini
menganggapnya terlalu keras. Keliberalan dasar pendidikan negara, malah sesetengah pihak
menganggapnya sebagai kelemahan, adalah terletak pada sifatnya yang liberal itu. Negara-
negara Asia Tenggara lain tidak seliberal demikian terhadap bahasa Cina dan India menyebabkan
bahasa tidak menjadi soal besar dalam politik bahasa dan pendidikan mereka. Indonesia
mengharamkan sekolah Cina pada tahun 1959 dan ternyata sekarang isu pendidikan bahasa
negara tidak timbul lagi. Thailand meningkatkan sekolah kebangsaan mereka dan tidak
menggalakkan sekolah Cina dan Melayu. Filipina tidak menganggap sekolah-sekolah Cina
sebagai suatu saingan kerana bilangann golongan ini yang kecil serta penekanan yang berlebihan
diberi kepada bahasa Inggeris yang juga diterima oleh masyarakat Cina, sehinggakan sekolah-
sekolah Cina tidak lagi menjadi isu. Singapura pula meningkatkan sekolah Inggeris dengan
berbagai-bagai kemudahan dan kelebihan menyebabkan sekolah-sekolah aliran Cina tidak
menarik dan lenyap sebagai isu dalam pendidikan negara. Dalam hal ini Malaysia masih terus
kekal dengan sistem pelbagai bahasanya samada secara rasmi atau tidak. Malaysia masih
menghadapi isu bahasa dalam sistem pendidikannya walaupun kejayaan dalam pelaksanaan
bahasa Melayu semakin jelas.
Mengapakah Bahasa Melayu Perlu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa
komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini
digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
20/27
Tugasan Zakiah 2011
20
Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus
mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan
pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.
Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut
menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami
oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau
guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.
Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah
menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan
kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan,
sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan
disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan
bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.
Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan
luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai
bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.
Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di
mahkamah.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
21/27
Tugasan Zakiah 2011
21
Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat
digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.
FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu
yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai
bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi
penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur
dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana
baru-baru ini. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard
dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila
bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan
Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan
digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang
lain.
Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah
kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang
terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan
semasa.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
22/27
Tugasan Zakiah 2011
22
Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah
juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap
keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata
asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur
seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskrit.
Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai
bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinasour yang akhirnya pupus kerana gagal untuk
menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk
dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan
teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila
kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak
dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan
bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga
kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan
bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.
Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh
bahasa-bahasa lain.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
23/27
Tugasan Zakiah 2011
23
Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa
seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi
utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan perbahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.
Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB)
bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa
Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.
Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan telah melonjakkan
bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model
perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa
ANCAMAN KEPADA BAHASA MELAYU
Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba
sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada
begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa
sempadan.
Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat
menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini
terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms,
mel elektronik dan chating.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
24/27
Tugasan Zakiah 2011
24
Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang dianggap
ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah digantikan
dengan SMS dan MMS.
Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu
sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda daripada
pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang
sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk
menyelaraskan semua ini.
Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara, iaitu Malaysia
tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras
Perpaduan Bangsa Malaysia.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
25/27
Tugasan Zakiah 2011
25
Bibliografi
Buku rujukan:
1. (INTAN), I. T. (1991). Malaysia Kita. Kuala lumpur: Institusi Tadbiran Awam Negara
(INTAN).
2. Nazaruddin Hj. Mohd Ali & rakan-rakan. (2005). Pengajian Malaysia Kenegaraan dan
Kewarganegaraan. Selangor: Prentice Hall.
3. Ruslan Zainuddin & rakan-rakan. (2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
4.Zulhilmi bin Paidi & rakan-rakan. (2011 ). Malaysia Pembinaan Negara dan
Bangsa.Selangor:Prentice Hall.
5. Norizan Yusof. (2005). STPM Sejarah Malaysia. Shah Alam : Federal Publications Sdn.Bhd.
6. Norizan Yusof. (2006). STPM Sejarah Asia Negara, Asia Selatan & Asia Timur 1800 -
1963.Shah Alam : Federal Publications Sdn.Bhd.
7. Hasnah Husslin & Dr. Seri Lanang Jaya H Rohani. ( 2009). OUM Malaysian Studies.
Selangor : Prentice Hall.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
26/27
Tugasan Zakiah 2011
26
BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007
Halaman Tiga
Bahasa penjana mindaBICARAKARYAWAN
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Ini bererti bahawa bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripadabahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini (seperti yang diisytiharkan
dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagaibahasa seperti Malaysia.
Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa kemajuanbangsa Melayu sahaja tetapi lebih penting lagi, ia diberikan fungsi dan nilai baharu, iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan
negara, merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain.Ada orang beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan
negara, tetapi hanya sebagai lambang negara atau sebagai alat perpaduan bangsa atau etnik. Anggapan ini tidak benar, keranabahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui oleh sebilangan kecil penduduk
dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sesebuah negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf olehundang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu, nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai bahasasimbolik tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara.
Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu, tetapi peranannya hanya sebagai
lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan, yakni, bahasa ini tidak digunakan sebagai alat untuk memajukannegara itu, misalnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Tetapi di Indonesia, bahasa Indonesia(bahasa Melayu) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Nilai atau fungsi bahasa Indonesia
sebagai bahasa nasional, atau sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagaibahasa urusan kerajaan (bahasa rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. Tetapi di Malaysia
nampaknya, fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses pembangunan negara. Kegunaan bahasa kebangsaan nampaknya
terhad dalam bidang urusan rasmi kerajaan sahaja tetapi fungsi atau kegunaannya tidak tersebar luas dalam sektor pembangunanekonomi, perniagaan dan teknologi negara, terutama yang dikuasai sektor swasta.
Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untukmenyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkansentimen dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan
sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita?Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada
bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa per-hubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan
dan lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas.Sebagai contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu, pasti tiada siapa (kecuali
penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnikyang tidak akan memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau
Tamil. Ini contoh (dan banyak contoh lain) yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas initidak ada pada bahasa-bahasa lain di Malaysia.
Kedua, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baru sekarang.Sebagaimana yang kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh
rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasakebangsaan negara Indonesia (tidak bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya)membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain diMalaysia atau di rantau ini.
Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejaktahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsibahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin lebih cekap berbahasaMelayu tinggi, bahasa Melayu yang betul, daripada orang Melayu sendiri.
8/4/2019 Bahasa Sebagai Alat Perpaduan
27/27
Tugasan Zakiah 2011
Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawabahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dankemajuan negara. Strategi dan matlamat ini jauh lebih penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk
menyatupadukan penduduk pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu.Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia.
Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya
bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakansebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu
Hakcipta Abd Bashid Harun
Recommended