View
267
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4001
BAB 4: AKTA-AKTA BERKENAAN DENGAN PENTADBIRAN
PERANCANGAN BANDAR DI WILAYAH
PERSEKUTUAN
KANDUNGAN
4.0 PENGENALAN
4003
4.1 AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960
(AKTA 190) : SEKSYEN - SEKSYEN TERPILIH
4008
4.2 AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH
PERSEKUTUAN 1982 (AKTA 267) –
HURAIAN AKTA BERSERTA ULASAN
SEKSYEN TERPILIH
4020
4.3 PERBEZAAN DI ANTARA AKTA 267 DAN
AKTA 172
4145
4.4 AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995
(AKTA 536) : PENGENALAN DAN SEKSYEN-
SEKSYEN TERPILIH
4152
4.5 AKTA PERBADANAN LABUAN 2001
(AKTA 609) : PENGENALAN DAN SEKSYEN-
SEKSYEN TERPILIH
4167
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4002
SENARAI JADUAL :
Jadual 4.0 : Kronologi Akta-Akta di Wilayah
Persekutuan
Jadual 4.1 : Kronologi Undang-undang
Perancangan Bandar di Kuala Lumpur
Jadual 4.2a : Bandingan Istilah Dalam Akta 267 dan
Akta 172
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4003
4.0 PENGENALAN
Malaysia mempunyai 3 Wilayah Persekutuan, iaitu, Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan. Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai
Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, manakala Labuan
menjadi Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Ini disusuli pula
dengan Putrajaya pada 1 Februari 2001. Kerajaan persekutuan
mempunyai kedaulatan ke atas Wilayah Persekutuan dan semua
kuasa dan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan melalui
Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.2) 1973 (Akta A206).
Dengan kesedaran bahawa perlunya satu badan khusus untuk
meneliti, mengkaji, mengurus, merangka dasar dan strategi serta
menetapkan halatuju untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan,
Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula pada 27
Mac 2004 (ianya telah sebelum ini dibubarkan pada tahun 1988)
untuk memberikan tumpuan yang khusus terhadap kemajuan
wilayah-wilayah persekutuan dan selaras dengan itu, Kuala
Lumpur, Putrajaya serta Labuan dan pulau-pulau persisiran di
Labuan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah
Persekutuan pada tahun 2004.
Perkara utama di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah
Persekutuan ialah menguruskan kemajuan dan pembangunan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya. Kementerian ini juga ditugaskan untuk membentuk
dasar-dasar tentang kerajaan tempatan bagi wilayah-wilayah
tersebut. (lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan
(No.2) 2004). Fungsi utama kementerian diwujudkan adalah untuk
menyelaraskan pentadbiran serta menjana pemajuan dan
pembangunan di ketiga-tiga wilayah persekutuan. Pihak berkuasa
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4004
tempatan di ketiga-tiga wilayah persekutuan tersebut iaitu Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (bagi pihak Datuk Bandar Kuala
Lumpur), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan bertindak
sebagai agensi-agensi di bawah kementerian ini. Manakala agensi-
agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan menumpukan
perhatian kepada peranan sebagai pelaksana dasar dan
pentadbiran harian dan operasi hal ehwal pihak berkuasa
tempatan.
Setiap satu Wilayah Persekutuan mempunyai peranan dan
wawasannya tersendiri. Kuala Lumpur, misalnya, mempunyai visi
untuk dimajukan menjadi bandaraya bertaraf dunia. Putrajaya
merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang utama.
Labuan pula merangkap 3 peranan iaitu Pusat Kewangan Luar
Persisiran Antarabangsa (diisytiharkan pada 1 Oktober 1990),
Pulau Pelancongan Bebas Cukai Antarabangsa dan Pusat
Pendidikan yang terkemuka.
Fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa setiap Wilayah Persekutuan berasal
dari Akta Parlimen yang khas. Datuk Bandar Kuala Lumpur
merupakan kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan kuasa-kuasanya diberi oleh Akta Ibu Kota
Persekutuan 1960 (Akta 190). Wilayah Persekutuan Putrajaya
melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan kuasa-kuasa di
bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995, manakala Wilayah
Persekutuan Labuan melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan
kuasa-kuasa di bawah Akta Perbadanan Labuan 2001.
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah mula
beroperasi di Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 1 Oktober
2007 melalui P.U. (B) 338/2007.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4005
Wilayah Persekutuan Labuan akan menerimapakai peruntukan-
peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
dengan modifikasi dalam masa yang terdekat. Dalam aktiviti
perancangan bandar dan desa, Perbadanan Putrajaya telah pun
menggunakan sistem pelan pemajuan dan kawalan pembangunan
seperti dalam Akta 172. Buat masa ini, Perbadanan Labuan masih
mengguna pakai peruntukan dalam Town and Country Planning
Ordinance 1950 [Sabah Cap.141] untuk perancangan bandar dan
desa serta kawalan pembangunan. Kuala Lumpur, dengan
kedudukannya sebagai ibukota negara, mempunyai akta
perancangan bandarnya yang tersendiri iaitu Akta (Perancangan)
Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).
Akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen yang berkenaan
dengan pentadbiran dan perancangan bandar di Wilayah
Persekutuan, mengikut kronologi ialah seperti berikut:
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4006
Jadual 4.0 : Kronologi Akta-Akta Wilayah Persekutuan
Akta Kawasan
Berkuatkuasa
Hal
Bidangkuasa
1. Akta Ibu Kota
Persekutuan 1960
(Akta 190)
Kuala Lumpur Pentadbiran
bandar
2. Akta (Perancangan)
Wilayah
Persekutuan 1982
(Akta 267)
Wilayah
Persekutuan Kuala
Lumpur
Perancangan
bandar
3. Akta Perbadanan
Putrajaya 1995
(Akta 536)
Wilayah
Persekutuan
Putrajaya
Pentadbiran
bandar
4. Akta Perbadanan
Labuan 2001
(Akta 609)
Wilayah
Persekutuan
Labuan
Pentadbiran
bandar
Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), Akta Perancangan
Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107) dan Akta (Perancangan)
Wilayah Persekutuan 1960 (Akta 267) terpakai di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, manakala Akta 536 terpakai di
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Akta 609 di Wilayah
Persekutuan Labuan. Akta 107 telah dimansuhkan oleh Akta 267
dan hanya kaedah-kaedah dan perintah-perintah yang dibuat di
bawahnya yang tidak bercanggah dengan Akta 267 masih terpakai.
Akta-akta yang disebutkan di atas, kecuali Akta 107 yang telah
dimansuhkan, akan dibincangkan dalam Bab ini mengikut
kronologi. Keseluruhan seksyen-seksyen Akta (Perancangan)
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4007
Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dimuatkan dalam bab ini
oleh kerana Akta ini merupakan Akta utama yang membincangkan
sistem perancangan bandar di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Pada hakikatnya Akta 267 merupakan suatu penyesuaian
antara Akta 107 dan Akta 172, di mana ianya mengekalkan
rangkakerja pentadbiran seperti yang tertera dalam Akta 107 dan
menggabungkan sistem pelan struktur seperti yang diperkenalkan
oleh Akta 172. Dengan wujudnya Akta 267 ini menggantikan Akta
107, sistem perancangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
sedikit sebanyak dapat diselaraskan dengan sistem yang dipakai di
negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur sedang mengkaji cadangan meminda Akta 267
supaya lebih selari dengan pindaan-pindaan yang telah dibuat
dalam Akta 172.
Bab 4 ini menghuraikan undang-undang berkenaan dengan
perancangan bandar serta mengulas tentang pentadbiran
perancangan bandar di setiap wilayah persekutuan tersebut. Bagi
akta-akta lain yang dibincangkan, hanya seksyen-seksyen yang
terpilih sahaja yang dimuatkan. Seksyen-seksyen tersebut dipilih
berdasarkan kaitan seksyen-seksyen tersebut dengan struktur
pentadbiran, fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa pihak berkuasa
perancang tempatan yang dibincangkan di setiap Wilayah
Persekutuan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4008
4.1 AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960 (AKTA 190) :
SEKSYEN-SEKSYEN TERPILIH
Pengenalan
Dari segi sejarah, Kuala Lumpur mula mendapat tempat sebagai
bandar yang penting pada tahun 1880 apabila ibu pejabat
pentadbiran British di Selangor dipindahkan dari Klang ke Kuala
Lumpur. Pada tahun 1895, Kuala Lumpur menjadi ibukota Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan masih menjadi ibu negeri Selangor
sepanjang Malayan Union (1946) dan Persekutuan Tanah Melayu
(1948). Pada tahun 1963, Kuala Lumpur menjadi ibu negara
Malaysia dan pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur diisytiharkan
sebagai Wilayah Persekutuan.
Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 diluluskan oleh Parlimen untuk
memperincikan peranan Kuala Lumpur sebagai ibukota
persekutuan.
Akta ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:
Bahagian I – Kawasan Bandaraya
Bahagian II – Datuk Bandar dan Lembaga Penasihat
Bahagian III – Peruntukan Peralihan
Seksyen 2. Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain–
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4009
“Bandaraya” ertinya Bandaraya Kuala Lumpur atau, dalam bahasa
Inggeris the City of Kuala Lumpur.
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur atau, dalam
bahasa Inggeris, the Commissioner of the City of Kuala Lumpur,
yang dilantik di bawah seksyen 4; dan
“Lembaga Penasihat” ertinya Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala
Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Advisory Board of the City
of Kuala Lumpur, yang ditubuhkan di bawah seksyen 6.
Seksyen 3. Kawasan Bandaraya
(1) Mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 154 Perlembagaan,
Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah menjadi Ibu Kota
Persekutuan.
(2) Kawasan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah terdiri
daripada kawasan Wilayah Persekutan sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah subseksyen 2(2) Akta Perlembagaan
(Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206].
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, dari semasa ke semasa membahagikan Bandaraya
kepada daerah atau bahagian kecil lain dan mengecualikan
daripada penguatkuasaan Akta ini atau penguatkuasaan
mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh
Bandaraya, mana-mana tempat atau tempat-tempat dalam
sempadan Bandaraya sebagaimana yang dinyatakan dalam
pemberitahuan itu.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4010
(4) Apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (3) tidak boleh
mengecualikan mana-mana orang yang tinggal dalam mana-
mana tempat sedemikian daripada penguatkuasaan mana-
mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan
kadar atau percukaian.
Seksyen 4. Perlantikan Datuk Bandar
(1) Hal ehwal perbandaran Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah
ditadbirkan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur.
(2) Datuk Bandar hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong selama tempoh lima tahun atau, jika Yang di-Pertuan
Agong dalam mana-mana hal tertentu menentukan
sedemikian, selama apa-apa tempoh yang lebih pendek
sebagaimana yang ditentukan sedemikian.
(3) Tertakluk kepada Akta ini, Datuk Bandar hendaklah
memegang jawatan atas apa-apa syarat sebagaimana yang
ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke
semasa.
(4) Jika, pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Agong mendapati
bahawa pemecatan mana-mana orang yang memegang
jawatan Datuk Bandar daripada jawatannya itu adalah perlu
bagi kepentingan pentadbiran hal ehwal Bandaraya yang
berkesan, dia boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab,
memecat orang itu daripada jawatan.
(5) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa
menerima peletakan jawatan Datuk Bandar.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4011
(6) Jika melalui atau bawah Akta ini atau mana-mana undang-
undang bertulis yang lain, Datuk Bandar diberi kuasa untuk
menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa
kewajipan, dia boleh melalui surat cara bertulis mewakilkan,
tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana
yang ditetapkan dalam surat cara itu, perjalanan kuasa itu
atau pelaksanaan kewajipan itu kepada mana-mana orang
yang diperihalkan melalui nama atau jawatan:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini
boleh terpakai bagi apa-apa perundangan subsidiari yang
memberikan kepadanya oleh atau di bawah Akta ini atau
mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(7) Jika Datuk Bandar adalah dihalang daripada melaksanakan
fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan
kewajipannya kerana sakit, tidak ada atau apa-apa sebab
lain, atau jika jawatan Datuk Bandar kosong selama
beberapa tempoh, Ketua Setiusaha Kementerian Wilayah
Persekutuan, atau mana-mana pegawai awam lain yang
diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri, hendaklah
melaksanakan fungsi, menjalankan kuasa dan menunaikan
kewajipan Datuk Bandar itu.
Seksyen 5. Datuk Bandar hendaklah menjadi suatu
pertubuhan perbadanan
(1) Datuk Bandar hendaklah bagi segala maksud menjadi suatu
perbadanan tunggal dengan nama “Datuk Bandar Kuala
Lumpur” atau, dalam bahasa Inggeris, “Commissioner of the
City of Kuala Lumpur”.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4012
(2) Datuk Bandar hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi
yang hendaklah disahkan dengan tandatangan orang yang
pada masa ini memegang jawatan Datuk Bandar, atau oleh
mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Datuk Bandar
bagi maksud itu.
(3) Meterai Datuk Bandar hendaklah diberi pengiktirafan rasmi
dan kehakiman, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai
dikeluarkan atau dibuat Datuk Bandar dan dimeteraikan
dengan meterai Datuk Bandar, disahkan sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah subseksyen (2), hendaklah dalam
mana-mana litigasi atau prosiding disifatkan telah dibuat
atau dikeluarkan sedemikian tanpa bukti selanjutnya,
melainkan jika ditunjukkan sebaliknya.
(4) Suatu perakuan yang ditandatangan oleh Datuk Bandar
yang memperakui bahawa mana-mana surat cara yang
berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan olehnya telah dibuat
atau dikeluarkan sedemikian hendaklah menjadi keterangan
muktamat tentang fakta yang diperakui sedemikian.
Seksyen 6. Lembaga Penasihat
(1) Suatu badan, yang hendaklah dikenali “Lembaga Penasihat
Bandaraya Kuala Lumpur” atau, dalam bahasa Inggeris
“Advisory Board of the City of Kuala Lumpur”, hendaklah
ditubuhkan bagi maksud Akta ini untuk menasihati Datuk
Bandar tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran Bandaraya sebagaimana yang ditetapkan oleh
Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah, dan tentang apa-
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4013
apa soalan yang dirujuk kepada Lembaga Penasihat oleh
Menteri atau Datuk Bandar.
(2) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang
dibuat di bawahnya, mesyuarat dan tatacara Lembaga
Penasihat hendaklah ditentukan oleh Lembaga Penasihat.
(3) Semua anggota Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan
sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Seksyen 7. Keanggotaan Lembaga Penasihat
(1) Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada orang yang
hendaklah dilantik sebagai anggotanya oleh Yang di-Pertuan
Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
Dalam syarat bahawa hendaklah dimasukkan di kalangan
anggota Lembaga Penasihat yang dilantik sedemikian, dua
orang yang dinamakan oleh Raja dalam Mesyuarat Negeri
Selangor.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, tertakluk kepada Akta ini,
melalui peraturan-peraturan mengadakan peruntukan bagi
bilangan, jenis, perlantikan, tempoh jawatan, kelayakan,
hilang kelayakan, kekananan dan syarat persaraan anggota
Lembaga Penasihat, dan bagi mesyuarat dan tatacara
Lembaga Penasihat.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4014
Seksyen 8. Datuk Bandar hendaklah mempengerusikan
mesyuarat Lembaga Penasihat
(1) Datuk Bandar hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan,
menghadiri dan mempengerusikan semua mesyuarat
Lembaga Penasihat, dan semasa dia tidak hadir, mana-mana
anggota Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Menteri bagi
maksud itu secara bertulis, atau jika mana-mana anggota itu
tidak ada, anggota kanan Lembaga Penasihat yang
sebenarnya hadir, hendaklah mempengerusikannya.
(2) Datuk Bandar atau orang lain yang mempengerusikan mana-
mana mesyuarat Lembaga Penasihat hendaklah membuang
undinya bila mana perlu untuk mengelakkan bilangan undi
yang sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-
apa hal lain.
Seksyen 10. Datuk Bandar boleh bertindak berlawanan
dengan nasihat Lembaga Penasihat
Datuk Bandar boleh, selepas berunding dengan Menteri, bertindak
berlawanan dengan nasihat yang diberikan kepadanya oleh
Lembaga Penasihat, dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut
untuk berbuat demikian; tetapi dalam apa-apa hal itu –
(a) dia hendaklah merekodkan dengan sepenuhnya secara
bertulis, untuk dimasukkan dalam minit, alasan dan
sebab bagi keputusannya; dan
(b) adalah berwibawa bagi mana-mana anggota Lembaga
Penasihat untuk menghendaki supaya direkodkan dalam
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4015
minit itu apa-apa nasihat atau pendapat yang mungkin
telah diberikannya mengenai soalan yang dipertikaikan,
dan alasan baginya.
Seksyen 11. Perlindungan pihak berkuasa awam
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198],
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau prosiding terhadap Datuk Bandar atau Lembaga Penasihat
atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat atau
agen Datuk Bandar berkenaan dengan apa-apa perbuatan,
keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas
sifat sedemikian.
Seksyen 12. Kuasa dan kewajipan Datuk Bandar
(1) Datuk Bandar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini,
mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan
melaksanakan segala kewajipan yang diberikan kepada atau
yang dipertanggungkan ke atas Anggota Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur, Yang Dipertua dan mana-mana Anggota
Majlis atau pegawainya sebaik sebelum permulaan kuat
kuasa Akta ini.
(2) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana perintah yang
dibuat di bawah subseksyen 16(2) di mana-mana jua dalam
mana-mana undang-undang bertulis, surat ikatan, dokumen
atau surat cara lain, yang dikuatkuasanya belum lagi luput
atau dibatalkan sebelum permulaan kuatkuasa Akta ini,
terdapat nama Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur,
undang-undang, surat ikatan, dokumen atau surat cara lain
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4016
itu hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain, dibaca dan ditafsirkan seolah-olah nama
itu telah digantikan dengan nama perbadanan Datuk
Bandar.
Seksyen 13. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
(1) Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi Datuk Bandar
arahan yang selaras dengan Akta ini, tentang dasar yang
hendaklah diikuti pada menjalankan kuasa yang diberikan
kepada dan kewajipan yang dipertanggungkan ke atas Datuk
Bandar oleh atau di bawah Akta ini berhubung dengan
perkara yang ternyata pada menyentuh kepentingan
Bandaraya, dan Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa
segera yang mungkin menguatkuasakan semua arahan itu.
Datuk Bandar hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun
dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti Datuk
Bandar sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke
semasa.
HURAIAN AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960
Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) mula berkuatkuasa
pada 1 April 1961. Akta ini telah disemak semula pada tahun 1977
dan dipinda pada tahun 1982. Tujuan utama Akta Ibu Kota
Persekutuan 1960 diwujudkan adalah untuk membuat peruntukan
tentang hal ehwal kerajaan tempatan di Bandaraya Kuala Lumpur
dan perkara-perkara yang berkait dengannya.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4017
Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.2) 1973 (Akta A206) telah
mewujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari
1974 dengan meminda sempadan Negeri Selangor untuk
mengecualikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
ditunjukkan dalam pelan yang diwartakan sebagai Pelan No. 383.
Akta ini memaklumkan pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur
sebagai Ibukota Persekutuan sepertimana terkandung dalam
Perkara 154(1) Perlembagaan Persekutuan. Datuk Bandar Kuala
Lumpur dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh masa 5
tahun. Semua hal ehwal kerajaan tempatan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur diletakhak kepada Datuk Bandar
Kuala Lumpur melalui seksyen 4(1) Akta ini. Datuk Bandar Kuala
Lumpur boleh, dalam menjalankan kuasa-kuasa dan
tanggungjawabnya di bawah Akta menurunkan/mewakilkan kuasa
kepada mana-mana orang atau jawatan yang dinamakan dalam
suratcara bertulis. Selaras dengan ini, Datuk Bandar telah pun
menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah, Timbalan-timbalan
Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai DBKL bagi melaksanakan
kuasa dan tanggungjawab Datuk Bandar di bawah berbagai Akta
dan Undang-undang Kecil DBKL dalam bentuk Warta Kerajaan
dan secara pentadbiran. Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk
membuat undang-undang kecil tidak boleh diturunkan kuasa.
Melalui pindaan Akta ini pada tahun 1982 melalui Akta A535/1982,
peranan Kementerian Wilayah Persekutuan telah diserlahkan
dalam perlaksanaan Akta 190 ini. Pindaan pada tahun 1982 ini
telah memasukkan seksyen 4(7) di mana semasa ketiadaan Datuk
Bandar Kuala Lumpur disebabkan oleh bercuti atau sakit, Ketua
Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan atau mana-mana
pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri boleh menjalankan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4018
kuasa-kuasa dan tanggungjawab Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Dalam kes Prithipal Singh v Datuk Bandar Kuala Lumpur (Golden
Arches Restaurant Sdn. Bhd., Pencelah) [1993] 3 MLJ 336,
Mahkamah Agung (Supreme Court) telah memutuskan bahawa di
bawah seksyen 4(7) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, apabila
jawatan Datuk Bandar menjadi kosong, Ketua Setiausaha
Kementerian Wilayah Persekutuan akan secara automatik
menjalankan fungsi dan menggunakan kuasa Datuk Bandar.
Bagaimanapun, apabila jawatan Datuk Bandar dan juga Ketua
Setiausaha menjadi kosong, Menteri Wilayah Persekutuan boleh
memberikan kuasa secara bertulis kepada sesiapa pegawai awam
untuk menjalankan fungsi dan menggunakan kuasa Datuk Bandar.
Seksyen 13(1) juga telah dipinda dengan meluaskan lagi jenis
arahan yang boleh diberi oleh Menteri Wilayah Persekutuan kepada
Datuk Bandar. Ini dibuat dengan memadamkan frasa ”of a general
character, and” dalam seksyen 13(1) yang asal. Kesan pindaan ini
ialah Menteri sekarang boleh memberikan arahan yang lebih
terperinci kepada Datuk Bandar dan tidak terhad kepada arahan-
arahan am sahaja.
Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan sebuah perbadanan
(‟corporation sole‟) yang mempunyai meterai rasmi tersendiri yang
hanya boleh dimeterai oleh Datuk Bandar sendiri atau mana-mana
orang yang diberi kuasa untuk berbuat demikian bagi pihaknya.
Dalam kes Abdul Aziz b. Mohamed Ginan & 108 Yang Lain v Datuk
Bandar Kuala Lumpur [2007] 3 MLJ 12, Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur telah membuat beberapa pemerhatian tentang kedudukan
Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan
1960. Dalam kes ini, salah satu isu ialah samada satu perintah
injunksi boleh dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap Datuk Bandar
Kuala Lumpur. Plaintif dalam kes ini telah menerima notis
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4019
daripada defendan untuk mengosongkan dan memusnahkan rumah
mereka dalam tempoh 7 hari bagi tujuan projek lebuh raya DUKE.
Plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan
daripada memusnahkan rumah mereka. Defendan menghujahkan
bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan sebuah jabatan
kerajaan dan oleh itu satu perintah injunksi tidak boleh
dikeluarkan terhadapnya di bawah seksyen 54(d), Akta Relif
Spesifik 1950. Mahkamah memutuskan Datuk Bandar Kuala
Lumpur merupakan sebuah badan berkanun di bawah Seksyen 4,
Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 dan merupakan ’corporation sole’
di bawah seksyen 5 Akta tersebut. Ia mempunyai ’legal personality’
nya tersendiri yang tidak bergantung kepada kerajaan. Ia boleh
mendakwa serta boleh didakwa di mahkamah, serta boleh
memasuki kontrak dan mempunyai meterai tersendiri. Oleh itu,
mahkamah memutuskan dalam kes ini bahawa Datuk Bandar
Kuala Lumpur bukan sebuah jabatan kerajaan dan satu perintah
injunksi boleh dikeluarkan terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Akta ini juga menubuhkan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala
Lumpur untuk menasihati Datuk Bandar mengenai perkara-
perkara yang berkenaan dengan pentadbiran bandar sebagaimana
yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.
Ahli-ahli Lembaga Penasihat ini dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong tetapi Sultan Selangor boleh melantik seramai 2 orang
sebagai ahli Lembaga Penasihat. Datuk Bandar boleh
mempengerusi mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat ini. Mengikut
seksyen 10 Akta ini, Datuk Bandar tidak terikat untuk mengikuti
nasihat yang diberi oleh Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala
Lumpur. Mengikut seksyen 10(a), apabila Datuk Bandar tidak
bersetuju dengan nasihat yang diberikan, beliau mesti merekodkan
alasan-alasan dan sebabnya dalam minit mesyuarat Lembaga
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4020
Penasihat. Peraturan-peraturan mengenai tatacara Lembaga
Penasihat ini terkandung dalam Peraturan-peraturan Lembaga
Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur 1989.
4.2 AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN
1982 (AKTA 267) – HURAIAN AKTA BERSERTA
ULASAN SEKSYEN TERPILIH
Pengenalan
Sebelum Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
diwujudkan, perancangan bandar di Kuala Lumpur telah
dilaksanakan mengikut Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran
(FMS Cap 137) dari tahun 1945 sehingga tahun 1970, Ordinan
Dharurat (Kuasa-kuasa Khas) (No.46) 1970 dari 1970 sehingga
1973 dan Akta Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta
107) dari tahun 1973 sehingga 1982. Undang-undang perancangan
bandar yang telah berkuatkuasa di Kuala Lumpur di senaraikan
mengikut kronologi dalam Jadual 4.1.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4021
Jadual 4.1 : Kronologi Undang-undang Perancangan Bandar
di Kuala Lumpur
Undang-undang Tempoh Berkuatkuasa
1. Bahagian IX, Enakmen
Lembaga Bandaran (Cap 137)
1945-1970
2. Ordinan Dharurat (Kuasa-kuasa
Khas) (No.46) 1970 (Mansuh)
1970-1973
3. Akta Perancangan Bandaraya
Kuala Lumpur 1973 (Akta 107)
1973-1982
4. Akta Perancangan Wilayah
Persekutuan 1982 (Akta 267)
1982-sehingga kini.
Akta Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107)
merupakan undang-undang perancangan bandar yang pertama di
Malaysia selepas merdeka. Ianya menggunakan sistem pelan
pengezonan. Apabila sistem rancangan pemajuan diwujudkan di
Malaysia di bawah Akta 172, maka timbul satu keperluan untuk
mewujudkan satu Akta yang lain untuk menggantikan Akta 107 di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan itu, Parlimen telah
meluluskan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
(Akta 267).
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4022
Akta 267
AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982
Tarikh Perkenan Diraja: 9 Mac 1982
Tarikh diterbitkan dalam
Warta :
18 Mac 1982
Tarikh mula berkuatkuasa
ditetapkan:
[Bhg. I, II & III – 25 Ogos 1982
(P.U.(B) 445/82);
Bhg. IV ke X – 15 Ogos 1984
(P.U.(B) 315/84)]
Suatu Akta untuk membuat peruntukan-peruntukan bagi
mengawal dan mengatur perancangan yang teratur dalam Wilayah
Persekutuan, bagi melevi caj pembangunan, dan bagi maksud-
maksud yang berkaitan atau bersampingan dengannya.
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya,
seperti berikut:
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa.
2. Tafsiran.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4023
BAHAGIAN II
TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA DATUK BANDAR
3. Dasar perancangan am.
4. Lembaga Penasihat Perancangan.
5. Datuk Bandar menjalankan tugas dan kuasa yang diberi dan
kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini.
6. Tugas-tugas Datuk Bandar.
BAHAGIAN III
PELAN PEMBANGUNAN
7. Draf pelan struktur, prosedur notis awam dan mendengar
bantahan-bantahan.
8. Kelulusan atau penolakan draf pelan struktur oleh Menteri.
9. Penyiaran notis awam mengenai draf pelan struktur yang
diluluskan.
10. Perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian
pelan struktur.
11. Kebenaran Menteri dan Penyiaran Notis.
12. Pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan.
13. Penyediaan draf pelan tempatan.
14. Publisiti berkenaan dengan draf pelan tempatan.
15. Penyiasatan dan pembicaraan berkenaan dengan draf pelan
tempatan.
16. Penerimaan draf pelan tempatan.
17. Perubahan, pemansuhan dan penggantian draf pelan
tempatan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4024
18. Penggantungan pelan pembangunan oleh Menteri.
BAHAGIAN IV
KAWALAN PERANCANGAN
19. Kegunaan tanah dan bangunan
20. Larangan mengenai pembangunan tanpa kebenaran
perancangan
21. Permohonan untuk kebenaran perancangan
22. Perintah pembangunan
23. Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar
24. Luputnya perintah pembangunan
25. Pembatalan dan pengubahsuaian perintah pembangunan,
kebenaran dan kelulusan
26. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan pembangunan yang
tidak dibenarkan
27. Notis penguatkuasaan berhubung dengan pembangunan
yang dijalankan yang melanggar undang-undang
28. Kesan notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut
seksyen 27.
29. Penalti kerana tidak mematuhi notis penguatkuasaan yang
disampaikan menurut seksyen 27
30. Notis permintaan
BAHAGIAN V
PEMELIHARAAN DAN PENANAMAN POKOK
31. Peruntukan untuk pemeliharaan dan penanaman pokok
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4025
32. Datuk Bandar boleh menyebabkan pokok-pokok ditanam
dengan betul
33. Pembayaran bank deposit apabila kerja selesai
34. Pembayaran balik deposit jika kerja-kerja bangunan tidak
dimulakan
35. Perintah pemeliharaan pokok
36. Larangan memotong pokok yang lilitannya melebihi satu
meter
37. Penggantian pokok.
38. Penalti kerana tidak mematuhi perintah pemeliharaan.
39. Penguatkuasaan duti mangenai perintah pemeliharaan
pokok.
BAHAGIAN VI
CAJ PEMBANGUNAN
40. Caj pembangunan dan tanggungannya.
41. Penentuan caj pembangunan.
42. Rayuan terhadap taksiran caj pembangunan.
43. Caj pembangunan adalah suatu caj ke atas tanah.
44. Pembayaran wang ke dalam kumpulanwang.
BAHAGIAN VII
LEMBAGA RAYUAN
45. Lembaga Rayuan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4026
BAHAGAN VIII
NOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH
46. Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal-hal tertentu
BAHAGIAN IX
KAWASAN TINDAKAN DAN KAWASAN PEMBANGUNAN
47. Penyampaian perintah kawasan tindakan
48. Kuatkuasa perisytiharan
49. Datuk Bandar boleh menggaji agen, membuat perkiraan dan
menubuhkan perbadanan
50. Kuasa meminjam wang
51. Kuasa melupuskan tanah dan harta
BAHAGIAN X
PERUNTUKAN PELBAGA1
52. Kuasa masuk
53. Penyampaian dokumen
54. Pengesahan dokumen-dokumen
55. Bukti dokumen
56. Sekatan terhadap menyaman Datuk Bandar, pegawai-
pegawai berkuasa dan agen-agen
57. Pendakwaan
58. Pelupusan barang yang dipindah oleh Datuk Bandar
59. Penalti kerana mengganggu tanda-tanda
60. Pengkhidmat awam
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4027
61. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
62. Mengganti rugi dan kecuaian tanggungan dan sebagainya
63. Pengecualian daripada fee dan caj
64. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
65. Pemansuhan dan kecualian
66. Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982.
(2) Tanpa menyentuh seksyen kecil (3), Akta ini hendaklah
dipakai hanya bagi Wilayah Persekutuan sahaja.
(3) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang
akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh menetapkan tarikh yang
berlainan untuk Akta ini mula berkuatkuasa bagi bahagian-
bahagian yang berlainan dalam Wilayah Persekutuan atau bagi
peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4028
Ulasan:
Demi keseragaman perancangan mengikut konsep dan tatacara
sistem rancangan pemajuan seperti yang dimaksudkan oleh Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), adalah lebih
sempurna sekiranya semua pihak berkuasa tempatan di
Semenanjung Malaysia menerimapakai Akta 172 tersebut. Walau
bagaimanapun, taraf pentadbiran dan kedudukan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur adalah unik dan tidak dapat
disamakan dengan pihak berkuasa tempatan yang lain sehingga
tidak mungkin baginya menggunapakai sepenuhnya Akta tersebut.
Oleh yang demikian beberapa pengubahsuaian dan penyelarasan
terhadap Akta 172 itu terpaksa dilakukan sekiranya Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur ingin dimajukan mengikut sistem
rancangan pemajuan. Berikutan perkara ini, dalam tahun 1982,
Parlimen menggubal Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan
1982 (Akta 267). Adalah menjadi tujuan Akta 267 untuk
menyediakan peruntukan-peruntukan bagi mengawal dan
mengatur perancangan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
bagi melevi caj pembangunan dan perkara-perkara yang
bersangkutan.
2. Tafsiran.
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain:
“bangunan” termasuklah sesuatu rumah, pondok, bangsal atau
kepungan bertutup sama ada sementara atau kekal dan sama ada
digunakan atau tidak digunakan bagi maksud kediaman manusia,
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4029
dan juga sesuatu tembok, pagar, pelantar, pentas, pintu, get, tiang
wayarles, arial dan antena yang digunakan bagi maksud
pemancaran, tiang, pancang, bingkai, dinding adang, limbungan,
kolam mandi dan kolam renang, dok, dermaga, pier, jeti, pelantar
mendarat atau jambatan, atau apa-apa struktur, tompang atau asas
yang disambungkan pada atau dengan mana-mana yang tersebut
itu;
“caj pembangunan” ertinya caj pembangunan yang dilevi di bawah
seksyen 40;
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar yang dilantik di bawah Akta
Ibu Kota Persekutuan 1960;
“jalan” ertinya mana-mana jalan sama ada jalan awam atau jalan
persendirian dan termasuklah sesuatu lebuh, medan, sahan, jalan
kecil, lorong, jambatan, lorong kaki, jejak, jalan namkaki, laluan,
atau lebuhraya, sama ada tembus atau tidak di atas mana orang
awam berhak lalu;
“kawasan pembangunan” ertinya suatu bahagian atau keseluruhan
sesuatu kawasan tindakan yang diperolehi mengikut seksyen 47;
“kawasan plinth” ertinya kadar kawasan sesuatu lot yang diliputi
oleh bangunan;
“kawasan tindakan” ertinya sesuatu kawasan atau kawasan-
kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana pelan
pembangunan atau yang telah diisytiharkan sedemikian mengikut
peruntukan-peruntukan Akta ini untuk memudahkan
pembangunan baru, pembangunan semula atau pembaikan;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4030
“kebenaran perancangan” ertinya kebenaran yang diberikan dengan
atau tanpa syarat dalam sesuatu perintah pembangunan untuk
menjalankan apa-apa pembangunan yang dinyatakan dalam
perintah itu;
“kediaman” ertinya menggunakan sebagai tempat kediaman
manusia sesuatu tanah atau bangunan atau sebahagiannya
termasuklah taman, perkarangan, garaj, kandang, dan rumah-luar
yang menjadi sebahagian bangunan itu;
“kegunaan”, berhubungan dengan sesuatu tanah, ertinya apa-apa
kegunaan tanah lain daripada semata-mata untuk menyimpan atau
menstor bahan-bahan dan kelengkapan yang bertujuan untuk
digunakan bagi membina atau mendirikan sesuatu bangunan di
atas tanah tersebut, atau sebagai tapak untuk bangunan sementara
untuk menempatkan pekerja-pekerja yang terlibat dalam membina
atau mendirikan bangunan tersebut;
“kegunaan perdagangan” ertinya kegunaan sesuatu tanah atau
bangunan atau sebahagian daripadanya bagi maksud perdagangan;
“kegunaan perindustrian” termasuklah kegunaan sesuatu tanah
atau bangunan atau sebahagiannya bagi maksud perindustrian;
“kemudahan awam” termasuklah jalan, bekalan air dan elektrik,
perkhidmatan telefon, lampu jalan, pembetungan, perparitan, kerja
raya, dan lain-lain perkhidmatan dan kesenangan awam yang
serupa itu;
“kepadatan” ertinya keamatan menggunakan tanah yang dihitung
atau dikira mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau bilik
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4031
yang boleh dihuni, atau apa-apa gabungan daripada faktor-faktor
itu, bagi satu unit kawasan tanah;
“kerja bangunan” ertinya meruntuh, mendirikan semula, atau
meluaskan sesuatu bangunan atau struktur atau apa-apa
bahagiannya dan termasuklah–
(a) apa-apa tambahan pada tinggi atau ruang lantai
sesuatu bangunan
(b) apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu
bangunan yang menyentuh atau mungkin menyentuh
perparitan atau susunan kebersihan atau
keteguhannya;
(c) apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu
bangunan, sama ada dibuat sebelum atau selepas
bangunan itu siap, yang menyimpang dengan apa-apa
butir daripada mana-mana pelan atau penentuan
berkenaan dengan bangunan itu yang diluluskan pada
bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang diberi kuasa
di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk
meluluskan pelan atau penentuan itu;
(d) apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu
bangunan yang secara matan menyentuh atau
mungkin secara matan menyentuh sesuatu bangunan
mengikut apa-apa cara; dan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4032
(e) apa-apa kerja lain yang biasanya dikendalikan oleh
seseorang yang menjalankan urusan pembinaan
bangunan;
“kerja kejuruteraan” termasuklah membentuk atau meratakan
tanah, membentuk atau membina jalan masuk ke sesatu jalan dan
menyusun kabel, sesalur bekalan air, pembetungan atau
perparitan;
“keselesaan” ertinya apa-apa kualiti atau keadaan sesuatu tempat
atau kawasan yang turut menyebabkan tempat atau kawasan itu
menjadi selesa, harmoni dan dapat dinikmati dengan lebih baik,
dan termasuklah tanah lapang, taman, taman lipurdiri dan tempat
permainan;
“Lembaga Rayuan” ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di
bawah seksyen 45;
“luas lantai‟ ertinya jumlah luas ruang lantai dalam sesuatu
bangunan yang diukur dari dinding sebelah luar dan berkenaan,
dengan dinding berkongsi, diukur dari tengah-tengah dinding
berkongsi itu;
“nisbah plot” ertinya nisbah di antara jumlah luas lantai sesuatu
bangunan dan luas plot bangunan itu;
“notis pembelian” ertinya notis pembelian yang tersebut dalam
seksyen 46;
“notis penguatkuasaan” ertinya notis penguatkuasaan yang
disampaikan menurut seksyen 27;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4033
“notis permintaan” ertinya notis permintaan yang tersebut dalam
seksyen 30;
“pegawai berkuasa”, berhubungan dengan sesuatu peruntukan,
ertinya seseorang pegawai yang dilantik secara bertulis oleh Datuk
Bandar sebagai seseorang pegawai berkuasa bagi maksud-maksud
peruntukan tersebut;
“pelan pembangunan” berhubungan dengan sesuatu kawasan,
ertinya–
(a) pelan tempatan bagi kawasan itu; atau
(b) jika tiada pelan tempatan bagi kawasan itu, pelan
struktur bagi kawasan itu;
dan, berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan, ertinya
pelan pembangunan, sebagaimana yang ditakrifkan, bagi kawasan
di mana tanah atau bangunan itu terletak;
“Pelan Pembangunan Lengkap” ertinya pelan pembangunan
lengkap yang disebut sebagai pelan No. 1039, 1040 dan 1041 dalam
Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur, 1973;
“pelan struktur‟, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya
sesuatu kenyataan bertulis yang disertai dengan gambarajah,
gambaran dan lain-lain bahan perihalan yang mengandungi dasar-
dasar dan cadangan-cadangan mengenai pembangunan dan
kegunaan tanah dalam kawasan itu dan boleh menunjukkan
kawasan tindakan; dan “draf pelan struktur” hendaklah ditafsirkan
sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4034
“pelan tempatan”, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya
pelan tempatan seperti yang disediakan di bawah seksyen 13;
“pembangunan” ertinya menjalankan sesuatu kerja bangunan atau
sesuatu kerja kejuruteraan, kerja perlombongan atau perindustrian
atau apa-apa kerja lain yang serupa itu di dalam, di atas, atau di
bawah tanah, dan termasuklah sesuatu pertukaran tentang
kegunaan tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian tanah
atau bangunan itu, atau pemecahan sempadan atau penyatuan
tanah;
“pemunya” berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan,
ertinya–
(a) tuanpunya berdaftar tanah itu;
(b) pemegang pajak berdaftar bagi sesuatu pajakan
termasuk seseorang pemegang pajak kecil berdaftar;
(c) agen atau pemegang amanah bagi mana-mana orang
yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b) jika
Datuk Bandar berpendapat bahawa mana-mana orang
tersebut tidak dapat dijumpai;
(d) wakil peribadi di sisi undang-undang bagi mana-mana
orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b)
jika mana-mana orang itu telah mati;
(e) orang yang pada masa itu menerima sewa premis
yang berkenaan dengannya perkataan itu digunakan
sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai agen
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4035
atau pemegang amanah bagi mana-mana orang lain
atau sebagai seorang penerima atau orang yang akan
menerima sewa itu jika premis itu disewakan kepada
seseorang penyewa;
“penduduk” berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan,
termasuklah–
(a) seseorang penyewa tanah atau bangunan;
(b) seseorang pemunya tanah atau bangunan yang
menduduki atau secara lain menggunakan tanah atau
bangunan itu;
(c) seseorang yang sebenar-benarnya menduduki tanah
atau bangunan itu atau menjaga, mengurus, atau
mengawal tanah atau bangunan itu, sama ada bagi
pihaknya sendiri atau sebagai agen bagi orang lain;
tetapi tidak termasuk seseorang yang menumpang;
“perdagangan” ertinya menjalankan sesuatu dagangan, perniagaan
atau profesion dan termasuklah pembekalan atau tawaran untuk
membekalkan barang-barang atau perkhidmatan, penyimpanan
atau pertukaran barang-barang dari apa-apa jua jenis bagi maksud
dagangan, perniagaan atau profesion, pengurusan hospital
persendirian, rumah rawatan, rumah orang uzur, sanatorium,
institusi pelajaran, rumah tumpangan dan penubuhan pejabat-
pejabat;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4036
“perindustrian” termasuklah menjalankan sesuatu pengilangan,
perekaan, pembaikan, pemasangan atau memproses keluaran
pertanian atau proses pengemasan;
“perintah pembangunan” ertinya perintah pembangunan yang
dikeluarkan di bawah Akta ini yang memberi kebenaran
perancangan dengan atau tanpa syarat bagi apa-apa pembangunan
yang dinyatakan dalam perintah itu;
“pertanian” termasuklah perkebunan, perladangan, bercucuk tanam
buah-buahan, tanam-tanaman, sayur-sayuran, atau pokok-pokok,
menanam apa-apa tanaman untuk digunakan sebagai makanan
ternak, tenusu, membiak dan menyimpan ternak, ikan, atau lebah,
dan kegunaan tanah bagi maksud-maksud tambahan kepada mana-
mana aktiviti tersebut atau bagi mana-mana aktiviti pertanian
yang lain tetapi tidak termasuk kegunaan tanah sebagai taman
untuk digunakan bersama dengan sesuatu bangunan yang
bercantum dengan tanah itu;
“tanah” termasuklah–
(a) permukaan bumi, dan segala benda yang menjadikan
permukaan bumi itu;
(b) segala benda di bawah permukaan bumi;
(c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran
semulajadi sama ada memerlukan kegunaan buruh
secara berkala atau tidak untuk mengeluarkannya
dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4037
(d) segala benda, sama ada di atas atau di bawah
permukaan bumi, yang bercantum kepada bumi atau
yang terpasang dengan kekalnya kepada sesuatu
benda yang tercantum dengan bumi;
(e) tanah yang dilitupi air; dan
(f) apa-apa harta atau kepentingan mengenai tanah atau
hak ke atas tanah;
“tanah lapang” ertinya sesuatu tanah sama ada dikepung atau
tidak yang dikhaskan (atau direzabkan untuk dikhaskan)
keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman, taman
bunga awam, padang sukan dan padang lipurdiri awam atau
tempat makan angin atau jalankaki awam, atau sebagai suatu
tempat awam;
“tempat awam” termasuklah sesuatu tempat, bangunan atau jalan
yang terbuka untuk digunakan dan dinikmati oleh orang awam
atau dimana orang awam boleh atau dibenarkan masuk sama ada
dengan bayaran atau selainnya;
“Wilayah Persekutuan” ertinya kawasan sebagaimana yang
ditunjukkan dalam pelan simpanan yang dikenali melalui rujukan
kepada Pelan Warta No. 383.
(2) Bagi mengelakkan keraguan dalam mentafsirkan bidang
sesuatu pertukaran tentang kegunaan tanah bagi maksud
Akta ini, maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa–
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4038
(a) kegunaan tanah sebagai suatu tempat untuk
membuang sampah sarap atau bahan buangan adalah
melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan tanah
itu, walaupun tanah itu mengandungi sesuatu tapak
yang sudah pun digunakan bagi maksud itu jika
keluasan permukaan atau longgokan itu adalah
dengan itu bertambah;
(b) apa-apa kegunaan tanah atau kegunaan sebahagian
daripadanya yang melanggar atau tidak konsisten
atau berlawanan dengan mana-mana peruntukan
pelan pembangunan adalah melibatkan suatu
pertukaran tentang kegunaan tanah itu.
(3) Bagi mengelakkan keraguan dalam mentafsirkan bidang
sesuatu pertukaran tentang kegunaan bangunan bagi
maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditetapkan
bahawa–
(a) apa-apa tambahan pada bilangan unit dalam suatu
bangunan lebih daripada bilangan yang diluluskan
pada mula-mulanya oleh sesuatu pihak berkuasa yang
diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang
bertulis untuk memberi kelulusan bagi bangunan itu
adalah melibatkan suatu pertukaran tentang
kegunaan bangunan itu;
(b) kegunaan sesuatu bangunan yang bukan pada mula-
mulanya dibina untuk kediaman manusia sebagai
rumah tempat tinggal adalah melibatkan suatu
pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4039
(c) apa-apa perubahan atau tambahan kepada bahagian
bangunan itu (sama ada bahagian itu adalah di
sebelah dalam bangunan itu atau bercantum kepada
bahagian luar bangunan itu) yang bersempadan
dengan sesuatu garisan aturan jalan sebagaimana
yang ditetapkan atau ditafsirkan dalam mana-mana
undang-undang bertulis berhubungan dengan jalan,
perparitan dan bangunan adalah melibatkan suatu
pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;
(d) apa-apa kegunaan sesuatu bangunan atau sebahagian
daripadanya yang melanggar atau tidak konsisten
atau berlawanan dengan mana-mana peruntukan
pelan pembangunan adalah melibatkan suatu
pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;
(e) kegunaan sesuatu bangunan atau sebahagian
daripadanya yang pada mula-mulanya dibina sebagai
rumah tempat tinggal bagi maksud-maksud lain
adalah melibatkan suatu pertukaran tentang
kegunaan bangunan itu.
Ulasan:
Takrif-takrif dalam Seksyen 2 ini dimuatkan untuk memastikan
penggunaan takrifan yang betul dan bersesuaian dengan konteks
Akta ini. Tafsiran istilah-istilah mengelakkan kekeliruan maksud
istilah-istilah yang digunakan. Mana-mana istilah yang tidak
diberikan tafsiran dalam Akta ini boleh dirujuk kepada Akta
Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388). Rujuk silang boleh juga dibuat
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4040
kepada takrif dalam undang-undang bertulis yang lain seperti Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Kanun Tanah
Negara 1965, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), dan Akta
Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Istilah yang digunakan dalam Akta 267 berlainan dengan yang
digunakan dalam Akta 172, seperti yang disenaraikan dalam Rajah
4.2a di bawah.
Rajah 4.2a : Perbandingan Istilah dalam Akta 267 dan
Akta 172
Akta 267 Akta 172
1. kebenaran perancangan kebenaran merancang
2. pelan pembangunan rancangan pemajuan
3. caj pembangunan caj pemajuan
4. notis permintaan notis rekuisisi
5. perdagangan Komersil
6. pelan struktur rancangan struktur
7. pelan tempatan rancangan tempatan
8. pembangunan Pemajuan
9. penghuni Penduduk
Tafsiran ‟bangunan‟ dalam Akta 267 lebih luas dan maju jika
dibandingkan dengan tafsiran ‟bangunan‟ dalam Akta 172 kerana
Akta 267 memasukkan tiang wayarless, arial dan antena yang
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4041
digunakan bagi maksud pemancaran, tiang, dan pemancaran dalam
tafsiran „bangunan‟.
Tafsiran „pembangunan‟ (development) dalam Akta 267 juga
berlainan dengan tafsiran „pemajuan‟ dalam Akta 172. Perbezaan
yang ketara dilihat dalam Akta 267 ialah dalam aspek „sesuatu
pertukaran tentang kegunaan tanah atau bangunan atau mana-
mana bahagian tanah atau bangunan itu‟ yang termasuk dalam
tafsiran „pembangunan‟. Ini jelas berlainan dengan tafsiran
„pemajuan‟ dalam Akta 172 yang menekankan perubahan mengenai
penggunaan mana-mana tanah atau bangunan sebagai perubahan
„material‟ sahaja. Tafsiran „kerja kejuruteraan‟ yang merupakan
sebahagian dari „pembangunan‟ dalam Akta 267 juga lebih luas dari
tafsiran „kerja pembangunan‟ dalam Akta 172. Dalam Akta 267,
„kerja kejuruteraan‟ juga termasuk pembetungan atau perparitan.
Tafsiran „pemunya‟ dalam Akta 267 lebih luas daripada yang di
peruntukkan oleh Akta 172 kerana „pemunya‟ dalam Akta 267 juga
termasuk pemegang pajak berdaftar bagi sesuatu pajakan termasuk
seseorang pemegang pajak kecil berdaftar.
Di bawah seksyen 2, istilah 'pelan pembangunan' berhubung
dengan sesuatu kawasan adalah merujuk kepada pelan tempatan
bagi kawasan itu atau jika tiada pelan tempatan bagi kawasan itu,
pelan struktur bagi kawasan itu.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4042
BAHAGIAN II
TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA DATUK BANDAR
3. Dasar perancangan am.
Menteri hendaklah bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan
dengan perancangan pembangunan semua tanah dalam Wilayah
Persekutuan dan (tertakluk kepada fasal (5) dan (6) Perkara 91
Perlembagaan) kegunaan tanah dan bangunan itu dan bagi
maksud-maksud itu Menteri boleh memberi arahan-arahan secara
am atau tertentu yang tidak bertentangan dengan peruntukan-
peruntukan Akta ini dan Datuk Bandar hendaklah
menguatkuasakan arahan-arahan itu.
Ulasan:
Menteri di sini merujuk kepada menteri yang bertanggungjawab
terhadap Wilayah Persekutuan iaitu Menteri di Kementerian
Wilayah Persekutuan. Pada tahun 2004, kerajaan telah
menubuhkan sebuah Kementerian Wilayah Persekutuan dan di
bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2)
2004 yang dibuat di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.
Menteri Wilayah Persekutuan mempunyai kuasa-kuasa berikut di
dalam Kuala Lumpur:
i. Mengurus kemajuan dan pembangunan Kuala
Lumpur;
ii. Membuat dasar-dasar mengenai kerajaan tempatan di
Kuala Lumpur;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4043
Fungsi-fungsi Menteri di atas tidak bercanggah dengan Akta 267
kerana seksyen 3 Akta 267 juga memberi tanggungjawab kepada
Menteri untuk menentukan dasar am berkenaan dengan
perancangan pembangunan semua tanah dalam Wilayah
Persekutuan serta kegunaan tanah dan bangunan. Menteri juga
diberi kuasa memberi arahan-arahan secara am atau tertentu yang
tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta 267 dan
Datuk Bandar hendaklah menguatkuasakan arahan-arahan itu.
4. Lembaga Penasihat Perancangan.
(1) Maka hendaklah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu
badan yang dinamakan Lembaga Penasihat Perancangan
Wilayah Persekutuan, yang disebut “Lembaga Penasihat”
dalam Akta ini, untuk menasihatkan Menteri mengenai–
(a) deraf pelan struktur;
(b) deraf pelan tempatan;
(c) pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan;
(d) pengisytiharan kawasan pembangunan; atau
(e) lain-lain perkara yang dirujukkan dari semasa ke
semasa oleh Menteri kepada Lembaga Penasihat.
(2) Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada–
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4044
(a) Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) wakil daripada Jawatankuasa Kerja Tanah yang
ditubuhkan di bawah Kanun Tanah Negara;
(c) Ketua Pengarah Perbadanan Pembangunan Bandar
(UDA);
(d) Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Persekutuan; dan
(e) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Menteri.
(3) Seseorang ahli Lembaga Penasihat yang dilantik di bawah
seksyen kecil (2)(e) hendaklah, melainkan jika ia meletakkan
jawatannya lebih awal atau lantikannya ditarik balik lebih
awal, memegang jawatan selama sesuatu tempoh tidak lebih
daripada tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.
(4) Seorang ahli Lembaga Penasihat boleh dibayar apa-apa elaun
yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri
Kewangan.
(5) Tertakluk kepada Akta ini dan kepada mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya, mesyuarat dan prosedur Lembaga
Penasihat hendaklah ditetapkan oleh Lembaga Penasihat itu
sendiri.
(6) Seseorang ahli Lembaga Penasihat yang mempunyai suatu
kepentingan dalam apa-apa perkara di hadapannya
hendaklah menzahirkan fakta kepentingannya dan jenis
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4045
kepentingan itu dan penzahiran itu hendaklah direkodkan
dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam
apa-apa prosiding Lembaga Penasihat berkenaan dengan
perkara itu.
(7) Semua ahli Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai
pengkhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan.
(8) Menteri tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapat
Lembaga Penasihat mengenai apa-apa perkara yang
dirujukkan kepadanya.
Ulasan:
Akta 267 mempunyai peruntukan bagi pembentukan sebuah
Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan. Lembaga
ini adalah hampir sama dengan Jawatankuasa Perancang Negeri di
bawah Akta 172. Tugas-tugas Lembaga ialah memberi nasihat
kepada Menteri mengenai:
i. Draf pelan struktur;
ii. Draf pelan tempatan;
iii. Pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan ;
iv. Pengisytiharan kawasan pembangunan; atau
v. Perkara-perkara lain yang dari masa ke semasa
dirujukkan oleh Menteri kepada Lembaga.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4046
Walau bagaimanapun, Menteri adalah tidak terikat untuk
bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Lembaga
Penasihat berkenaan dengan perkara-perkara yang dirujukkan.
Tiada peruntukan dalam Akta 267 yang menyatakan sama ada
arahan Lembaga Penasihat boleh mengikat Datuk Bandar. Oleh
kerana Akta 267 hanya menyatakan bahawa fungsi Lembaga
Penasihat adalah untuk menasihati Menteri dan bukan Datuk
Bandar, maka boleh dirumuskan bahawa Datuk Bandar tidak
terikat dengan apa-apa arahan Lembaga Penasihat tersebut.
Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan tidak sama
dengan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur. Lembaga
Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur ditubuhkan di bawah Akta
Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) dan berfungsi untuk
menasihati Datuk Bandar mengenai perkara-perkara berkaitan
dengan pentadbiran bandaraya sahaja. Lembaga Penasihat
Bandaraya Kuala Lumpur ini tidak boleh menyentuh hal-hal
“mengatur, mengawal dan merancang pembangunan” Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur kerana hal-hal yang demikian telah
diletakkan di bawah struktur organisasi perancangan dalam Akta
267.
5. Datuk Bandar menjalankan tugas dan kuasa yang
diberi dan kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini
(1) Datuk Bandar adalah dengan ini dilantik untuk
menjalankan segala tugas dan kuasa yang diberi dan
melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh
Akta ini.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4047
(2) Pada menjalankan tugas-tugas dan kuasa-kuasanya yang
diberi atau pada melaksanakan sesuatu kewajipannya yang
dikenakan oleh Akta ini, Datuk Bandar tidak tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan seksyen 5 Akta Ibu Kota
Persekutuan 1960; dan mana-mana peruntukan dalam Akta
itu yang menyebut mengenai Lembaga Penasihat Kuala
Lumpur yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 itu tidak boleh
dipakai bagi Datuk Bandar pada melaksanakan kewajipan-
kewajipannya di bawah Akta ini.
(3) Jika oleh atau di bawah Akta ini Datuk Bandar diberi kuasa
untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-
apa kewajipan, ia boleh secara bertulis mewakilkan,
tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sebagaimana
yang dinyatakan dalam perwakilan bertulis itu, penjalanan
kuasa-kuasa atau pelaksanaan kewajipan-kewajipan itu
kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama
atau jawatan:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen kecil
ini boleh dipakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat
perundangan kecil yang diberi kepada Datuk Bandar oleh
atau di bawah Akta ini.
(4) Jika Datuk Bandar mewakilkan penjalanan apa-apa kuasa
atau pelaksanaan apa-apa kewajipan kepada mana-mana
orang menurut seksyen kecil (3), orang yang diwakilkan
sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai
pegawai berkuasa.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4048
(5) Datuk Bandar boleh melantik dengan kelulusan Menteri dan
tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sebagaimana
yang dinyatakan dalam surat perlantikan, ejen untuk
menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa
perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan
dalam melaksanakan tugas-tugas, kuasa-kuasa atau
kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud
Akta ini dengan cara lebih baik; dan ejen yang dilantik
sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai
ejen berkuasa.
Ulasan:
Menyentuh mengenai kuasa-kuasa Datuk Bandar menurut Akta
ini, beliau tidak tertakluk kepada peruntukan seksyen 6 Akta Ibu
Kota Persekutuan 1960 iaitu yang menyentuh mengenai penubuhan
Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan kuasa-
kuasanya. Datuk Bandar tidak boleh menggunapakai peruntukan
tersebut untuk menjalankan tugasnya atau kuasa-kuasanya di
bawah Akta 267 kerana peruntukan tersebut adalah untuk
Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan ahli-ahlinya dan
Datuk Bandar bukan merupakan ahli Lembaga Penasihat
Bandaraya Kuala Lumpur.
Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan pihak berkuasa tempatan
bagi Kuala Lumpur di bawah seksyen 4(1) Akta Ibu Kota
Persekutuan 1960. Datuk Bandar juga merupakan pihak berkuasa
perancang tempatan bagi Kuala Lumpur (rujuk seksyen 6(1) dan
ulasan seksyen tersebut). Untuk melaksanakan tugas-tugasnya
dengan cara yang lebih efisien, seksyen 5(3) Akta 267 telah
membenarkan Datuk Bandar untuk melantik mana-mana orang
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4049
secara bertulis (menurunkan kuasa) untuk menjalankan tugas-
tugas tersebut. Penurunan kuasa ini adalah tertakluk kepada had-
had dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perlantikan bertulis
tersebut. Mana-mana orang yang dilantik oleh Datuk Bandar ini
adalah dikenali sebagai 'pegawai berkuasa'. Dengan mendapatkan
kelulusan daripada Menteri terlebih dahulu, Datuk Bandar juga
dibenarkan untuk melantik suatu agen untuk maksud menjalankan
tugas-tugasnya dengan cara yang lebih baik sepertimana yang
dikehendaki di bawah seksyen 5(5), Akta 267. Sebagaimana
pegawai berkuasa, agen yang dilantik juga tertakluk kepada had-
had dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perlantikan itu.
6. Tugas-tugas Datuk Bandar
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, tugas-
tugas Datuk Bandar ialah mengatur, mengawal dan
merancang pembangunan semua tanah dalam Wilayah
Persekutuan dan kegunaan tanah-tanah dan bangunan-
bangunan itu dan melaksanakan apa-apa tugas lain
sebagaimana yang diberi oleh Menteri kepadanya.
(2) Khususnya dan tanpa menyentuh peluasan peruntukan-
peruntukan di atas, Datuk Bandar boleh, dan hendaklah jika
diarahkan oleh Menteri–
(a) menyedia dan melaksanakan pelan pembangunan;
(b) mengusaha, membantu dan menggalakkan
pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran
perangkaan, buletin dan lain-lain penyiaran
berhubung dengan perancangan bandar;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4050
(c) Menyedia dan mengemukakan laporan berhubungan
dengan perjalanan Akta ini; dan
(d) melaksanakan apa-apa tugas lain yang menjadi
tambahan kepada, bersampingan dengan atau
berbangkit daripada apa-apa tugas yang tersebut di
atas atau yang mungkin diberi oleh Menteri.
(3) Datuk Bandar boleh menjalankan semua kuasa sebagaimana
yang perlu atau bermanfaat bagi maksud-maksud
menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta ini.
Ulasan:
Seksyen ini membolehkan Datuk Bandar Kuala Lumpur
menjalankan tugas sebagai pihak berkuasa perancang tempatan
bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun dalam
menjalankan tugas ini, beliau tertakluk kepada arahan-arahan
Menteri yang menyentuh dasar am berkenaan dengan perancangan
pembangunan semua tanah dalam Wilayah Persekutuan yang
dibuat di bawah seksyen 3 Akta ini.
_______________________________________________________________
BAHAGIAN III
PELAN PEMBANGUNAN
7. Draf pelan struktur, prosedur notis awam dan
mendengar bantahan-bantahan
(1) Pada tarikh Akta ini mula berkuatkuasa atau dengan
seberapa segera yang boleh selepas itu, Datuk Bandar
hendaklah mengemukakan draf pelan struktur yang
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4051
disediakan olehnya kepada Menteri untuk mendapat
kebenaran Menteri supaya disiarkan suatu notis awam
dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar tempatan
sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar mengenai
penyediaan draf pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan.
(2) Notis awam di bawah seksyen kecil (1) hendaklah
mengandungi–
(i) butir-butir mengenai tempat atau tempat-tempat di
mana salinan-salinan draf pelan struktur boleh
diperiksa atau di mana salinan-salinan itu boleh dibeli
dengan membayar bayaran yang ditetapkan;
(ii) pelawaan untuk membuat bantahan-bantahan secara
bertulis menyatakan alasan-alasan bantahan itu
daripada mana-mana orang berhubungan dengan draf
pelan struktur; dan
(iii) tempoh dalam mana, tetapi tidak boleh kurang
daripada satu bulan daripada tarikh notis itu
disiarkan, bantahan-bantahan itu boleh dibuat,
dengan syarat bahawa tempoh bantahan boleh
dilanjutkan oleh Datuk Bandar jika ia fikirkan perlu.
(3) Bagi maksud menimbangkan dan melaporkan apa-apa
bantahan yang dibuat menurut seksyen kecil (2) Menteri
hendaklah melantik suatu Jawatankuasa yang kemudian
dari ini disebut “Jawatankuasa‟ yang terdiri tidak kurang
daripada tiga orang yang akan dilantik oleh Menteri.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4052
(4) Jika tiada apa-apa bantahan diterima, Datuk Bandar
hendaklah, apabila tamat tempoh membuat bantahan,
mengemukakan draf pelan struktur itu kepada Menteri
untuk keputusannya menurut seksyen 8.
(5) Jika sesuatu bantahan diterima, Datuk Bandar hendaklah
memberitahu Jawatankuasa yang mana akan menimbang
dan membuat laporan atas bantahan itu.
(6) Pada menimbangkan sesuatu bantahan Jawatankuasa itu
hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mendengar
mana-mana orang termasuklah wakil-wakil Jabatan
Kerajaan atau badan-badan berkanun yang telah membuat
suatu permintaan untuk didengari tatkala memfailkan
bantahan itu.
(7) Selepas Jawatankuasa itu mendengar dan menimbangkan
bantahan-bantahan itu ia hendaklah, dalam masa yang
munasabah tetapi tidak lewat daripada enam bulan atau
apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang
dibenarkan oleh Menteri selepas tarikh pendengaran yang
akhir, membuat suatu laporan kepada Datuk Bandar dan
Datuk Bandar hendaklah menimbangkan laporan
Jawatankuasa itu dan boleh membuat apa-apa pindaan
kepada draf pelan struktur sebagaimana yang difikirkannya
patut dan hendaklah mengemukakan draf pelan struktur itu
dengan atau tanpa pindaan-pindaan bersama dengan
laporan Jawatankuasa itu kepada Menteri tidak lewat
daripada tiga bulan daripada tarikh laporan itu diterima
daripada Jawatankuasa atau apa-apa tempoh lanjutan lain
sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4053
Ulasan:
Datuk Bandar ditugaskan untuk menyediakan draf pelan struktur
untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dari segi proses
perancangan, peruntukan Akta 267 menetapkan bahawa Datuk
Bandar hendaklah terlebih dahulu mengemukakan draf pelan
struktur yang disediakannya kepada Menteri untuk mendapat
kebenarannya menyiarkan sebuah notis awam dalam Warta
Kerajaan dan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai
penyediaan draf pelan struktur itu. Notis awam itu hendaklah
mengandungi maklumat tentang tempat di mana Draf Pelan itu
boleh diperiksa dan dibeli salinannya serta pelawaan kepada orang
ramai untuk membuat bantahan atau ulasan. Masa yang diberi
untuk menyampaikan bantahan bertulis ialah satu bulan dikira
dari tarikh makluman; akan tetapi masa ini boleh dipanjangkan
oleh Datuk Bandar jika difikirkannya perlu.
8. Kelulusan atau penolakan draf pelan struktur oleh
Menteri
Dengan seberapa segera yang boleh selepas menerima draf pelan
struktur menurut seksyen kecil (4) atau (7) seksyen 7 Menteri
boleh–
(i) meluluskannya; atau
(ii) meluluskannya dengan apa-apa ubahsuaian,
sebagaimana yang ia fikirkan perlu; atau
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4054
(iii) mengembalikannya kepada Datuk Bandar untuk
pertimbangan selanjutnya sebelum memberi
kelulusannya; atau
(iv) menolak pelan itu.
Ulasan:
Seksyen ini memberikan budi bicara kepada Menteri Wilayah
Persekutuan berkaitan dengan kelulusan atau penolakan draf pelan
struktur. Fungsi Menteri dalam hal ini boleh dibandingkan dengan
fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri dalam meluluskan
rancangan struktur di bawah seksyen 10 Akta 172. Perkara-perkara
yang harus dipertimbangkan oleh Menteri tidak diperuntukkan
secara khusus dalam seksyen ini manakala seksyen 10 Akta 172
memperincikan dalam subseksyen (2), (3) dan (4), perkara-perkara
yang harus dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri
sebelum meluluskan atau menolak draf rancangan struktur. Di
antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah apa-apa
bantahan terhadap rancangan itu, hasil rundingan dengan Majlis
Perancang Fizikal Negara mengenai draf rancangan struktur itu,
dan pandangan mana-mana pihak berkuasa tempatan lain.
Oleh kerana Majlis Perancang Fizikal Negara tidak dirujuk dalam
Akta 267, tiada peruntukan dibuat untuk draf pelan struktur
dibawa kepada Majlis Perancang Fizikal Negara jika Menteri tidak
memberikan kelulusannya dalam satu jangkamasa yang ditetapkan
sepertimana diperuntukkan dalam seksyen 10(5) Akta 172.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4055
9. Penyiaran notis awam mengenai draf pelan struktur
yang diluluskan
(1) Selepas sahaja draf pelan struktur diluluskan oleh Menteri,
Datuk Bandar hendaklah menyiarkan suatu notis awam
dalam Warta dan dalam mana-mana akhbar tempatan
sebagaimana ditentukan oleh Datuk Bandar mengenai
kelulusan draf pelan struktur itu dengan atau tanpa
pindaan-pindaan atau ubahsuaian dan tempat atau tempat-
tempat di mana salinan-salinan pelan itu boleh diperiksa dan
di mana salinan-salinan itu boleh dibeli dengan membayar
fee yang ditetapkan.
(2) Dari tarikh penyiaran notis awam dalam Warta di bawah
seksyen ini, pelan struktur itu sebagaimana disiarkan
hendaklah mula berkuatkuasa.
Ulasan:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah pun melalui
seksyen ini, menerimapakai dua Pelan Struktur, iaitu Pelan
Struktur Kuala Lumpur 1984 dan yang terkini ialah Pelan Struktur
Kuala Lumpur 2020. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah
dipamerkan kepada orang awam dari 10 Mac 2003 sehingga 9 April
2003. Sebanyak 258 bantahan awam diterima yang mengandungi
945 bantahan. Menteri telah melantik 18 orang untuk menjadi ahli
Jawatankuasa Mendengar Bantahan Awam yang terdiri daripada
ahli-ahli Lembaga Penasihat DBKL, pegawai-pegawai kanan
DBKL, wakil badan-badan profesional dan pengamal profesional
bagi mendengar dan menimbang bantahan awam. Jawatankuasa
ini telah mendengar dan menimbangkan bantahan-bantahan awam
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4056
tersebut dari 5 Mei 2003 sehingga 6 Oktober 2003 dan Laporan
Pendengaran Bantahan Awam telah dikemukakan kepada Datuk
Bandar pada 8 Disember 2003. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur
2020, Laporan Pendengaran Bantahan Awam dan Laporan Pindaan
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah dikemukakan oleh
Datuk Bandar kepada Menteri pada 8 Mac 2004. Menteri
kemudiannya telah merujuk ketiga-tiga dokumen tersebut kepada
Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan untuk
dipertimbangkan dan diperakukan. Pelan tersebut serta pindaan-
pindaan telah diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada
12 Ogos 2004. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah diwartakan
pada 4 November 2004.
10. Perubahan, penambahan, penyemakan atau
penggantian pelan struktur.
(1) Pada bila-bila masa selepas suatu pelan struktur bagi
Wilayah Persekutuan mula berkuatkuasa, Datuk Bandar
boleh mengemukakan kepada Menteri dan hendaklah, jika
diarahkan sedemikian oleh Menteri, mengemukakan
kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu,
cadangan-cadangan bagi perubahan, penambahan,
penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau
sebahagian daripada pelan itu sebagaimana yang difikirkan
bermanfaat oleh Datuk Bandar atau sebagaimana yang
diarahkan oleh Menteri, mengikut mana yang berkenaan.
(2) Bagi maksud membuat cadangan-cadangan untuk
menjalankan apa-apa perubahan, penambahan, penyemakan
atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4057
daripada pelan struktur, Datuk Bandar boleh mengikut
kehendaknya sendiri dan hendaklah, jika diarahkan
sedemikian oleh Menteri, memulakan suatu kajian
sebagaimana yang perlu untuk memeriksa perkara-perkara
yang dijangka mungkin menjejaskan pembangunan atau
perancangan yang sesuai bagi pembangunan Wilayah
Persekutuan.
(3) Tanpa menyentuh keluasan am seksyen-seksyen kecil (1) dan
(2) perkara-perkara yang hendak dikaji adalah termasuk–
(a) ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan
sosial termasuklah kegunaan utama tanah Wilayah
Persekutuan, dan setakat mana ciri-ciri utama itu
dijangka akan memberi kesan kepada Wilayah
Persekutuan dan kawasan-kawasan yang
berhampiran;
(b) saiz, kandungan dan taburan penduduk Wilayah
Persekutuan sama ada menetap atau tidak;
(c) tanpa menyentuh perenggan (a) perhubungan, sistem
pengangkutan, dan lalulintas Wilayah Persekutuan,
dan setakat mana ia dijangka akan memberi kesan
kepada Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan
yang berhampiran;
(d) apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-
mana perenggan yang lalu yang dijangka akan
memberi kesan kepada apa-apa perkara yang disebut;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4058
(e) lain-lain perkara yang ditetapkan atau dalam sesuatu
kes tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri; dan
(f) apa-apa pertukaran yang telah pun diunjurkan dalam
sesuatu perkara yang disebut dalam mana-mana
perenggan yang lalu dan kesan-kesan yang mungkin
timbul disebabkan oleh pertukaran itu ke atas
pembangunan, atau perancangan pembangunan
Wilayah Persekutuan.
(4) Pada membuat dasar dan cadangan-cadangan amnya untuk
perubahan, penambahan, penyemakan, atau penggantian
bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan struktur,
Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian kepada dasar-
dasar semasa berkenaan dengan perancangan dan
pembangunan sosial dan ekonomi, perlindungan alam sekitar
negara dan wilayah dan lain-lain perkara sebagaimana yang
diarahkan oleh Menteri supaya diambilkira.
Ulasan:
Menggunakan kuasa di bawah seksyen ini, Datuk Bandar Kuala
Lumpur telah menggantikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984
(„PSKL 1984) dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL
2020). PSKL 1984 telah disemak pada tahun 1994 dan mempunyai
jangkamasa perspektif 20 tahun. Dengan adanya pembangunan
yang pesat dan perubahan-perubahan yang semakin laju dan
mendadak dalam jangkamasa 20 tahun selepas PSKL 1984
diwujudkan, satu keperluan untuk mengkaji semula perkara-
perkara yang disenaraikan dalam subseksyen (3) di atas, termasuk
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4059
ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan sosial
termasuklah kegunaan utama tanah, saiz, kandungan dan taburan
penduduk serta sistem pengangkutan, dan lalulintas di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Beberapa perkembangan penting yang
akan memberi kesan kepada perancangan bandar di Kuala Lumpur
yang tidak dijangkakan dalam PSKL 1984 termasuk Multimedia
Super Corridor (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan pemindahan pusat pentadbiran kerajaan
persekutuan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.
11. Kebenaran Menteri dan Penyiaran Notis.
Apabila cadangan-cadangan itu telah disediakan di bawah seksyen
10 Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang boleh
tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada masa, jika ada, yang
ditetapkan oleh Menteri, mengemukakan kepada Menteri untuk
mendapat kebenaran menyiarkan suatu notis awam mengenai
cadangan-cadangan itu, dan seksyen kecil (2), (3), (4), (5), (6) dan (7)
seksyen 7 dan seksyen 8 dan 9 hendaklah dipakai, dengan apa-apa
ubahsuaian yang perlu berhubungan dengan draf pelan struktur.
12. Pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan
Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh bila-bila masa
melalui pemberitahuan dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar
tempatan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar,
mengisytiharkan mana-mana kawasan yang tidak ditunjukkan
sebagai kawasan tindakan dalam pelan pembangunan sebagai
kawasan tindakan atau boleh membatalkan mana-mana kawasan
tindakan yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4060
13. Penyediaan Draf Pelan Tempatan.
(1) Datuk Bandar dalam masa menyediakan draf pelan struktur
untuk Wilayah Persekutuan atau sebelum Menteri
meluluskan atau menolak draf pelan struktur yang telah
disediakan oleh Datuk Bandar, boleh, jika difikirkannya
berfaedah, menyediakan draf pelan tempatan bagi mana-
mana bahagian kawasan itu.
(2) Jika pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan telah mula
berkuatkuasa, Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa
segera yang praktik menimbangkan, dan kemudian dari itu
sentiasa memberi perhatian kepada keperluan menyediakan
draf pelan tempatan bagi mana-mana bahagian atau bagi
keseluruhan Wilayah Persekutuan dan, jika difikirkannya
perlu dan ia belum lagi berbuat demikian, hendaklah
menyediakan draf pelan tempatan itu.
(3) Suatu draf pelan tempatan hendaklah mengandungi suatu
peta dan suatu kenyataan bertulis dan hendaklah–
(a) menyatakan dengan secara terperinci sebagaimana
yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar, cadangan-
cadangannya untuk pembangunan dan kegunaan
tanah dalam kawasan pelan tempatan, termasuklah
langkah-langkah yang difikirkan patut oleh Datuk
Bandar untuk pembaikan alam sekitar dari segi
fizikal dan membaiki pengangkutan; dan
(b) mengandungi apa-apa perkara sebagaimana yang
ditentukan oleh Menteri dalam sesuatu kes tertentu.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4061
(4) Suatu draf pelan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah
disertakan dengan gambarajah, gambaran, dan bahan
perihalan yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar bagi
maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan-cadangan
dalam pelan itu dan gambar rajah, gambaran dan bahan
perihalan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian
daripada pelan itu.
(5) Jika sesuatu kawasan ditunjukkan sebagai suatu kawasan
tindakan dalam pelan struktur atau diisytiharkan sebagai
kawasan tindakan di bawah seksyen 12, Datuk Bandar
hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas
pelan struktur itu mula berkuatkuasa, menyediakan suatu
draf pelan tempatan bagi kawasan itu.
(6) Pada menyediakan cadangan-cadangannya dalam draf pelan
tempatan, Datuk Bandar hendaklah memastikan bahawa
cadangan-cadangan itu adalah pada amnya menurut pelan
struktur sebagaimana keadaannya pada masa itu, sama ada
itu telah berkuatkuasa atau tidak, dan hendaklah memberi
perhatian kepada apa-apa maklumat dan lain-lain
pertimbangan yang pada fikirannya adalah berkaitan, atau
yang boleh ditetapkan atau yang mana Menteri boleh dalam
sesuatu kes tertentu mengarahkan ia diambilkira.
Ulasan:
Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan menggunakan kuasanya di
bawah seksyen 13(3) Akta ini, telah pun menyediakan draf pelan
tempatan bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur termasuk untuk
kawasan tindakan Kampong Baru. Proses penyediaan draf pelan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4062
tempatan bermula pada tahun 2005 dan dilaksanakan melalui 4
peringkat utama, iaitu:
i) Penyediaan Laporan Awal (Inception Report)
ii) Penyediaan Laporan Pemeriksaan (Findings Report)
iii) Penyediaan Pelan Interim (Interim Plan Report)
iv) Penyediaan Draf Pelan Tempatan (Draft Local Plan)
Di peringkat penyediaan Laporan Permulaan, perunding yang
dilantik telah mengumpul semua maklumat di kawasan kajian,
maklumat sekunder dan keputusan daripada Kajian Soal Selidik
(public opinion survey). Pada peringkat ini, pihak awam telah
dimaklumkan melalui program penyertaan awam tentang kajian
yang sedang dijalankan untuk menyediakan draf pelan tempatan
tersebut. Semua pihak berkepentingan (stakeholders) yang
termasuk persatuan-persatuan penduduk (Resident Associations)
dan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs), pihak swasta
(private sectors) dan jabatan-jabatan kerajaan (Goverment Agencies)
telah dijemput menghadiri sesi taklimat pada September 2005.
Di peringkat penyediaan Laporan Pemeriksaan, perunding telah
membuat pemeriksaan pendapat beberapa sektor komuniti untuk
memutuskan permasalahan dan potensi setiap kawasan di Kuala
Lumpur. Di peringkat penyediaan Pelan Interim, perunding telah
menyiapkan cadangan interim yang kemudiannya dibincangkan
dengan persatuan-persatuan penduduk dan persatuan-persatuan
bukan kerajaan dalam sesi Perbincangan Kumpulan Bertumpu
(Focus Group Discussion (FGD)). Enam belas sesi diadakan dari
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4063
Disember 2005 sehingga Mei 2006. Selain itu, sesi Kumpulan Kerja
Teknikal telah diadakan di antara jabatan-jabatan di Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi-agensi kerajaan atau
berkaitan dengan kerajaan.
Di peringkat penyediaan draf pelan tempatan, perunding bersama
dengan jabatan-jabatan di DBKL (diterajui oleh Jabatan Pelan
Induk, DBKL) telah menyediakan draf pelan tempatan setelah
menimbangkan semua pendapat yang dikumpulkan daripada sesi-
sesi Perbincangan Kumpulan Bertumpu dan Kumpulan Kerja
Teknikal.
Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (DPBKL 2020)
mengandungi peta, gambarajah dan pernyataan bertulis tentang
cadangan pembangunan tanah dan guna tanah dalam kawasan
pelan tempatan. Ianya disediakan dalam 4 jilid seperti berikut:
i) Jilid Pertama – Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020
(Pelan Tindakan);
ii) Jilid Kedua – Pelan Kawalan Pembangunan Kuala
Lumpur 2020;
iii) Jilid Ketiga – Garispanduan Perancangan
Pembangunan; dan
iv) Jilid Keempat – Laporan Pembangunan Kampong
Baru;
Bagi tujuan DPBKL 2020, seluruh kawasan Bandaraya Kuala
Lumpur dibahagikan kepada 6 zon strategik iaitu:
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4064
i) Pusat Bandar;
ii) Bandar Tun Razak-Sungai Besi;
iii) Wangsa Maju-Maluri;
iv) Sentul-Menjalara;
v) Damansara-Penchala; dan
vi) Bukit Jalil-Seputeh.
Apabila Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 berkuatkuasa
nanti, Pelan Pembangunan Lengkap 1039, 1040 dan 1041 serta
Kaedah-kaedah Kelas Penggunaan Tanah 1980 yang digunapakai
sekarang, tidak akan berkuatkuasa lagi.
14. Publisiti berkenaan dengan draf pelan tempatan
Apabila Datuk Bandar telah menyediakan draf pelan tempatan, ia
hendaklah, sebelum menerimanya di bawah seksyen 16 tetapi tidak
sebelum pelan strukur mula berkuatkuasa, menyiarkan suatu notis
awam dalam Warta dan dalam akhbar tempatan sebagaimana yang
ditentukan oleh Datuk Bandar mengenai penyediaan draf pelan
tempatan dan seksyen kecil (2) seksyen 7 hendaklah dipakai dengan
apa-apa ubahsuaian sebagaimana perlu.
Ulasan:
Seksyen ini harus dibaca dengan subseksyen 7(2) mengenai
kandungan notis awam serta tempoh yang diberikan untuk
membuat bantahan.
Publisiti berkenaan penyediaan DPBKL 2020 telah pun
dilaksanakan pada 15 Mei 2008 melalui notis awam dalam Warta
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4065
Kerajaan bertarikh 15 Mei 2008 (PU(B) 231/2008) dan akhbar-
akhbar tempatan terpilih. Notis tersebut memberitahu tentang
penyediaan draf pelan tempatan, harga setiap naskah dan di mana
boleh dibeli. Walaupun tidak diperuntukkan dalam seksyen ini
tentang tanggungjawab pihak berkuasa perancang tempatan
menyediakan salinan draf pelan tempatan untuk diperiksa di
pejabatnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah juga dalam notis
tersebut memberitahu tempat di mana draf pelan tempatan
tersebut boleh diperiksa serta hak orang ramai untuk memfailkan
bantahan dalam satu tempoh yang dinyatakan.
15. Penyiasatan dan pembicaraan berkenaan dengan draf
pelan tempatan
Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang praktik
mendengar mana-mana orang termasuk wakil jabatan Kerajaan
atau badan-badan berkanun yang telah membuat suatu permintaan
untuk didengar tatkala memfail bantahan atau membuat
representasi dan jika hal keadaan memerlukan ia boleh
mengadakan penyiasatan tempatan.
Ulasan:
Di dalam notis awam dalam Warta Kerajaan tentang penyediaan
draf pelan tempatan, Datuk Bandar telah memberikan jangkamasa
tidak kurang daripada satu bulan daripada tarikh notis disiarkan
untuk bantahan difailkan oleh orang ramai. Langkah seterusnya
adalah untuk Datuk Bandar mendengar bantahan-bantahan
tersebut mengikut seksyen ini. Seksyen ini hanya menamakan
Datuk Bandar sebagai orang yang akan mendengar bantahan dan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4066
membuat penyiasatan tempatan dan tidak memperuntukkan
tentang penubuhan satu jawatankuasa oleh Datuk Bandar untuk
tujuan tersebut. Dalam melaksanakan seksyen ini, Datuk Bandar
Kuala Lumpur telah melantik beberapa orang untuk membantunya.
16. Penerimaan draf pelan tempatan
(1) Selepas tamat tempoh yang diberi untuk membuat bantahan-
bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf
pelan tempatan atau, jika bantahan-bantahan dan
representasi itu telah dibuat dengan sewajarnya dalam
tempoh itu selepas menimbangkan bantahan-bantahan atau
representasi itu, Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri
boleh, tertakluk kepada seksyen kecil (2) menerima pelan itu
sama ada sebagaimana disediakan pada mulanya atau
sebagaimana diubahsuaikan dengan tujuan untuk
mengambil kira bantahan-bantahan dan representasi itu
atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya, dan dengan
itu pelan tersebut hendaklah berkuatkuasa.
(2) Datuk Bandar hendaklah menyebabkan fakta
penerimaannya mengenai suatu draf pelan tempatan
disiarkan dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar tempatan
sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar, dan
tempat atau tempat-tempat di mana salinan pelan itu boleh
diperiksa dan di mana salinan itu boleh dibeli dengan
membayar bayaran yang ditetapkan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4067
Ulasan:
Menurut seksyen ini, penerimaan draf pelan tempatan dibuat oleh
Datuk Bandar setelah mendapat kelulusan Menteri. Fakta tentang
penerimaan draf pelan tempatan oleh Datuk bandar serta tempat di
mana salinan pelan tempatan boleh diperiksa akan disiarkan dalam
Warta dan akhbar-akhbar tempatan.
17. Perubahan, pemansuhan dan penggantian draf pelan
tempatan
(1) Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa membuat cadangan-
cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak,
memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian
daripada pelan tempatan itu.
(2) Tanpa menyentuh seksyen kecil (1), Datuk Bandar
hendaklah, jika Menteri memberi arahan bagi maksud itu
berkenaan dengan sesuatu pelan tempatan, dengan seberapa
segera yang praktik menyediakan cadangan dari jenis yang
dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk
mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau
menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada pelan
tempatan itu.
(3) Seksyen kecil (6) seksyen 13 dan seksyen 14, 15 dan 16
hendaklah dipakai berhubungan dengan pembuatan
cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak,
memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian
daripada pelan tempatan itu.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4068
18. Penggantungan pelan pembangunan oleh Menteri
(1) Menteri boleh mengikut kehendaknya sendiri atau atas syor
Datuk Bandar dan melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta dan mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang
ditentukan olehnya menggantung pelan pembangunan atau
sebahagian daripada pelan pembangunan itu bagi apa-apa
tempoh dan berkenaan dengan kawasan dalam Wilayah
Persekutuan sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Menteri jika ia berpuas hati bahawa dengan memberi
perhatian kepada hal keadaan yang istimewa adalah
bermanfaat berbuat demikian.
(2) Jika Menteri membuat sesuatu perintah di bawah seksyen
kecil (1), ia boleh mengadakan peruntukan dalam perintah
itu bagi membuat apa-apa penyesuaian atau pengubahsuaian
kepada peruntukan-peruntukan Akta ini sebagaimana yang
perlu untuk menyelaraskannya dengan penggantungan
pelan pembangunan atau mana-mana bahagian daripada
pelan itu bagi kawasan yang berkenaan dengannya
penggantungan itu berkaitan.
Ulasan:
Seksyen ini memberi kuasa kepada Menteri, sama ada disyorkan
oleh Datuk Bandar atau tidak, untuk bertindak menggantung Pelan
Pembangunan atau sebahagian daripada Pelan Pembangunan
untuk beberapa tempoh atau bagi mana-mana kawasan yang
ditentukan apabila terdapat „hal keadaan yang istimewa‟ yang
memanfaatkan pergantungan itu dibuat. „Hal keadaan istimewa‟ ini
belum lagi ditafsirkan oleh mahkamah kerana kuasa ini belum
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4069
pernah lagi digunakan oleh Menteri di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
BAHAGIAN IV
KAWALAN PERANCANGAN
19. Kegunaan tanah dan bangunan
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini tiada
seorang pun boleh menggunakan atau membenar digunakan
sesuatu tanah atau bangunan atau memula, mengusaha atau
menjalankan apa-apa pembangunan melainkan menurut
pelan pembangunan atau sesuatu kebenaran perancangan
yang dibenarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan
pembangunan itu.
(2) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen
kecil (1), Datuk Bandar boleh membenarkan atas apa-apa
had dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam permit
itu perlanjutan selama sesuatu tempoh sebagaimana yang
dinyatakan dalam permit itu mengenai kegunaan sesuatu
tanah atau bangunan bagi maksud-maksud dan setakat
mana ianya telah digunakan sebelum tarikh Akta ini mula
berkuatkuasa.
Ulasan:
Seksyen ini serta seksyen 20 selepas ini, menerajui konsep kawalan
perancangan dalam sistem perancangan bandar di Kuala Lumpur.
Tiada seorang pun (kecuali jika pembangunan itu jatuh di bawah
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4070
seksyen 20(2) Akta ini) boleh memulakan, mengusahakan atau
menjalankan apa-apa pembangunan melainkan ianya mengikut
pelan pembangunan atau ianya menurut kebenaran perancangan
atau lanjutan kebenaran perancangan yang diberikan oleh Datuk
Bandar di bawah Akta ini. Kebenaran perancangan ini merupakan
kebenaran secara bertulis yang terkandung dalam Perintah
Pembangunan yang dikeluarkan kepada pemohon kebenaran
perancangan di bawah seksyen 22(2) Akta ini.
20. Larangan mengenai pembangunan tanpa kebenaran
perancangan
(1) Tanpa menyentuh seksyen kecil (2) seksyen 19, tiada
seseorang boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-
apa pembangunan tidak kira sama ada pembangunan itu
menurut pelan pembangunan atau tidak melainkan jika–
(a) suatu perintah pembangunan yang memberi
kebenaran perancangan berkenaan dengan
pembangunan itu telah dikeluarkan kepadanya di
bawah Akta ini; dan
(b) berkenaan dengan sesuatu pembangunan di mana
peruntukan seksyen 40 dipakai, ia telah mematuhi
peruntukan seksyen 41.
(2) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen
kecil (1), tiada kebenaran perancangan akan diperlukan–
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4071
(a) bagi menjalankan apa-apa kerja yang perlu bagi
penyenggaraan, pembaikan atau apa-apa perubahan
lain bagi sesuatu bangunan yang menjejaskan hanya
bahagian dalam bangunan itu dan yang tidak–
(i) melibatkan apa-apa pertukaran tentang
kegunaan tanah atau bangunan;
(ii) secara matan menjejaskan rupa bentuk
bahagian luar bangunan;
(iii) melibatkan apa-apa tambahan pada tingginya
atau ruang lantai bangunan itu;
(iv) melibatkan apa-apa tambahan atau perubahan
kepada sesuatu bangunan yang menjejaskan
atau mungkin menjejaskan perparitan, sistem
kebersihan atau keteguhannya; atau
(v) melanggar atau tidak konsisten dengan mana-
mana peruntukan dalam pelan pembangunan
itu;
(b) bagi sesuatu kerja kecil atau bagi pembinaan kajang
atau sambungan dari apa-apa bentuk dan bahan
sebagaimana yang boleh dikecualikan oleh Datuk
Bandar mengikut keputusan dasar;
(c) untuk dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri atau Bandaraya apa-apa kerja yang
dikehendaki untuk membuat, menyenggara atau
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4072
memperbaiki sesuatu lebuhraya, jalan atau lebuh
awam;
(d) untuk dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri atau Bandaraya atau mana-mana
pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang
untuk mengadakan keselesaan untuk menjalankan
apa-apa kerja bagi maksud memasang, memeriksa,
membaiki atau membaharui mana-mana parit,
pembetung, sesalur, paip, kabel atau lain-lain radas
termasuk memecah mana-mana jalan atau tanah lain
bagi maksud itu;
(e) bagi kerja mengorek (termasuklah menggali telaga)
yang dibuat dalam penjalanan biasa kerja-kerja
pertanian;
(f) bagi membina jalan yang bertujuan untuk memberi
jalan masuk ke tanah yang digunakan semata-mata
bagi maksud pertanian;
(g) bagi kegunaan mana-mana tanah atau bangunan bagi
sesuatu tempoh tidak lebih daripada satu bulan atau
bagi apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang
dibenarkan oleh Datuk Bandar bagi maksud-maksud–
(i) panggung wayang, panggung atau pertunjukan
bergerak yang sementara;
(ii) taman hiburan, pasaria atau pameran
sementara; atau
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4073
(iii) istiadat atau apa-apa keramaian sementara
mengenai ugama, sosial, atau lain-lain corak,
dan apa-apa pembangunan yang perlu untuk
memberi kesan bagi kegunaan itu;
(h) bagi membina atau mendirikan atas mana-mana
tanah, bangunan sementara untuk menempatkan
pekerja-pekerja yang terlibat dalam membina atau
mendirikan sesuatu bangunan atas tanah itu, yang
baginya kebenaran perancangan telah diberi;
(i) bagi kegunaan mana-mana tanah atau bangunan
dalam perkarangan sesuatu rumah tempat tinggal
bagi apa-apa maksud bersampingan untuk menikmati
rumah tempat tinggal itu; atau
(j) bagi membuat apa-apa pertukaran tentang kegunaan
tanah atau bangunan itu sebagaimana yang
ditetapkan oleh Datuk Bandar sebagai pertukaran
yang baginya tiada kebenaran perancangan
diperlukan.
Ulasan:
Perkara-perkara yang disenaraikan dalam seksyen 20(2) di atas
merupakan aktiviti-aktiviti yang dikecualikan daripada keperluan
mendapatkan kebenaran perancangan di Kuala Lumpur. Secara
amnya, aktiviti-aktiviti yang dikecualikan adalah sama dengan
aktiviti yang dikecualikan dalam seksyen 19(2) Akta 172. Satu
kelainan wujud dalam pengecualian terhadap kerja-kerja
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4074
pengubahsuaian bangunan dalam perenggan (a) di mana di bawah
Akta 267 menyatakan bahawa tiada kebenaran perancangan
diperlukan bagi kerja-kerja tersebut jika ianya tidak: „(v) melanggar
atau tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan dalam pelan
pembangunan itu‟. Di bawah Akta 172, kerja-kerja tersebut tidak
memerlukan kebenaran merancang jika ianya tidak „(v) melanggar
atau terlibat dalam atau mengakibatkan ketidak selarasan dengan,
mana-mana peruntukan dalam rancangan tempatan‟.
21. Permohonan untuk kebenaran perancangan.
(1) Sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan
berkenaan dengan sesuatu pembangunan hendaklah dibuat
kepada Datuk Bandar dan hendaklah dibuat dalam apa-apa
bentuk dan mengandungi apa-apa butir dan disertakan
dengan apa-apa dokumen, pelan dan fee sebagaimana yang
ditetapkan.
(2) Jika pemohon itu bukan pemunya tanah atas mana
pembangunan hendak dijalankan, kebenaran bertulis
pemunya tanah itu mengenai pembangunan yang
dicadangkan itu hendaklah diperolehi dan dicatitkan atas
permohonan itu.
(3) Jika pembangunan itu melibatkan pendirian sesuatu
bangunan, Datuk Bandar boleh memberi arahan bertulis
kepada pemohon berkenaan dengan mana-mana daripada
perkara berikut:
(a) paras tapak dan tinggi bangunan ini dari paras
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4075
permukaan laut;
(b) garisan bidang hadapan dengan bangunan-bangunan
yang berhampiran;
(c) tampakan bangunan itu;
(d) kelas, rekabentuk, dan rupabentuk bangunan itu;
(e) anjakan bangunan itu ke suatu garisan bangunan;
(f) laluan ke tanah atas mana bangunan itu hendak
didirikan; dan
(g) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Datuk
Bandar bagi maksud-maksud perancangan.
(4) Pemohon yang diberi suatu arahan bertulis di bawah seksyen
kecil (3) hendaklah jika dikehendaki oleh Datuk Bandar
meminda pelan yang dikemukakan bersama dengan
permohonannya itu dengan sewajarnya dan mengemukakan
semula pelan itu dalam apa-apa tempoh atau tempoh
lanjutan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.
(5) Jika pelan itu tidak dikemukakan semula dalam tempoh
atau tempoh lanjutan yang ditentukan itu, permohonan
untuk kebenaran perancangan hendaklah disifatkan telah
ditarik balik tetapi pemohon boleh mengemukakan suatu
permohonan baru.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4076
Ulasan:
Peruntukan tentang keperluan mengemukakan Laporan Cadangan
Pemajuan (LCP) dan Pelan Susunatur dalam seksyen 21A dan
seksyen 21B Akta 172 tidak terkandung dalam Akta 267.
22. Perintah pembangunan
(1) Datuk Bandar adalah mempunyai kuasa yang boleh
dijalankan menurut budi bicaranya untuk memberi
kebenaran perancangan atau enggan memberi kebenaran
perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan tidak
kira sama ada pembangunan itu adalah menurut pelan
pembangunan itu atau tidak; dengan syarat penjalanan budi
bicara oleh Datuk Bandar di bawah seksyen kecil ini
hendaklah tertakluk kepada peruntukan seksyen kecil (4)
dan seksyen 23.
(2) Jika Datuk Bandar memutuskan untuk memberi kebenaran
perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan ia
boleh mengeluarkan suatu perintah pembangunan–
(a) memberi kebenaran perancangan tanpa apa-apa
syarat berkenaan dengan pembangunan; dan
(b) memberi kebenaran perancangan tertakluk kepada
apa-apa syarat atau syarat-syarat sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Datuk Bandar berkenaan dengan
pembangunan:
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4077
Dengan syarat bahawa Datuk Bandar tidak boleh
mengeluarkan suatu perintah pembangunan di bawah
seksyen kecil ini melainkan jika ia berpuas hati bahawa
peruntukan seksyen 41 berhubungan dengan taksiran caj
pembangunan telah dipatuhi.
(3) Tanpa menyentuh keluasan perenggan (b) seksyen kecil (2),
Datuk Bandar boleh mengenakan mana-mana atau kesemua
syarat-syarat yang berikut–
(a) yang bermaksud bahawa perintah pembangunan
memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan
apa-apa pertukaran tentang kegunaan tanah atau
bangunan hanya bagi sesuatu tempoh terhad dan
selepas tamat tempoh itu kegunaan tanah atau
bangunan itu sebagaimana yang dibenarkan di bawah
perintah pembangunan itu hendaklah terhenti dari
berkuatkuasa dan tanah atau bangunan itu
hendaklah berbalik kepada kegunaannya yang asal;
dan
(b) untuk mengatur–
(i) pembangunan dan kegunaan mana-mana tanah
lain yang ada di bawah kawalan pemohon dan
bersambungan dengan tanah yang akan diberi
kebenaran perancangan untuk
pembangunannya; dan
(ii) kerja-kerja yang boleh dijalankan atas lain-lain
tanah itu mengikut cara dan setakat mana
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4078
Datuk Bandar fikirkan bermanfaat
memandangkan kepada pembangunan yang
akan diberi kebenaran perancangan itu.
(4) Pada menguruskan sesuatu permohonan untuk kebenaran
perancangan Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian
kepada apa-apa perkara yang menurut budi bicaranya adalah
bermanfaat atau perlu bagi maksud-maksud perancangan
yang sepatutnya dan berkenaan dengan ini tetapi tanpa
menyentuh budi bicara Datuk Bandar untuk menguruskan
permohonan itu, Datuk Bandar hendaklah setakat mana
yang praktik memberi perhatian kepada–
(a) peruntukan-peruntukan pelan pembangunan dan jika
pelan tempatan belum diterima, Pelan Pembangunan
Lengkap; dan
(b) apa-apa pertimbangan matan yang lain:
Dengan syarat bahawa, dalam hal keadaan di mana tidak
terdapat pelan tempatan bagi sesuatu kawasan dan Datuk
Bandar berpuas hati bahawa apa-apa permohonan untuk
kebenaran perancangan tidak akan dipertimbangkan demi
kepentingan perancangan yang sepatutnya sehingga pelan
tempatan bagi kawasan itu disediakan dan diterima di bawah
Akta ini maka Datuk Bandar boleh menolak atau
menggantung permohonan itu.
(5) Apabila sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan
diterima Datuk Bandar hendaklah dalam apa-apa tempoh
yang ditetapkan sama ada membenarkan atau menolak
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4079
permohonan itu dan jika permohonan itu dibenarkan
tertakluk kepada syarat atau ditolak, Datuk Bandar
hendaklah memberi sebab-sebab secara bertulis mengenai
keputusannya itu.
(6) Jika sesuatu perintah pembangunan diberi sama ada dengan
syarat atau tanpa syarat, ia hendaklah disampaikan kepada
pemohon dalam borang yang ditetapkan.
Ulasan:
Melalui seksyen ini, Datuk Bandar merupakan pihak berkuasa
yang menimbangkan dan memutuskan permohonan untuk sesuatu
kebenaran perancangan di Kuala Lumpur. Datuk Bandar diberi
kuasa budi bicara yang luas untuk meluluskan atau menolak
sesuatu permohonan. Seksyen 22(4) Akta 172, tidak membenarkan
pihak berkuasa perancang tempatan memberi kebenaran
merancang jika pemajuan bercanggah dengan peruntukan
rancangan pemajuan. Datuk Bandar di bawah Akta 267 diberi
kuasa budi bicara untuk memberi kebenaran perancangan
walaupun pembangunan itu bercanggah dengan pelan
pembangunan [seksyen 22(1) Akta 267]. Namun begitu, ada
beberapa perkara yang harus dipertimbangkan oleh Datuk Bandar
sebelum membuat keputusannya iaitu:
(i) apa-apa perkara yang menurut budi bicaranya adalah
bermanfaat atau perlu bagi maksud-maksud
perancangan;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4080
(ii) peruntukan-peruntukan pelan pembangunan dan jika
pelan tempatan belum diterima, Pelan Pembangunan
Lengkap; dan
(iii) apa-apa pertimbangan matan yang lain.
Dalam kes Datuk Bandar Kuala Lumpur mln. Zain Azahari bin
Zainal Abidin [1997] 2 MLJ 17, Mahkamah Rayuan telah
memutuskan bahawa kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada
Datuk Bandar di bawah seksyen 22, Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982 mesti dilaksanakan secara munasabah dan
dengan mengikut terma Akta. Apabila perlaksanaan budi bicara
Datuk Bandar dicabar atas alasan bahawa ianya dijalankan dengan
cara tidak munasabah, mahkamah boleh memeriksa proses
membuat keputusan dan juga mempertimbangkan merit keputusan
itu sendiri melalui semakan penghakiman. Mahkamah di Malaysia
telah menerima prinsip „ketidak munasabahan Wednesbury‟
(„Wednesbury Unreasonableness‟) dalam proses menentukan
samada perlaksanaan budi bicara pihak berkuasa perancang
tempatan telah dilaksanakan secara munasabah. (Rujuk silang kes
Majlis Perbandaran Seberang Perai mln. Tropiland Sdn. Bhd.
[1996] 3 MLJ 94 yang telah merujuk kes Associated Provincial
Picture Houses Limited mln. Wednesbury Corporation [1948] 1 KB
223).
Mengikut prinsip ini, dalam melaksanakan budi bicara
memutuskan permohonan kebenaran merancang, pihak berkuasa
perancang tempatan harus menimbangkan semua pertimbangan
berkaitan, meninggalkan pertimbangan yang tidak wajar dan mesti
menghasilkan keputusan yang tidak menyalahi akal waras
(common sense).
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4081
Di bawah seksyen 22(4), „Pelan Pembangunan Lengkap‟
(Comprehensive Development Plan atau lebih dikenali sebagai
„CDP‟) dirujuk oleh pihak berkuasa perancang di Kuala Lumpur
dalam ketiadaan pelan tempatan manakala „rancangan struktur‟
menjadi dokumen rujukan utama dalam Akta 172 dalam ketiadaan
rancangan tempatan. Pelan Pembangunan Lengkap yang
dimaksudkan dalam seksyen ini merujuk kepada Pelan No. 1039,
1040 dan 1041 yang dirujuk dalam seksyen 6, Akta (Perancangan)
Bandaraya Kuala Lumpur, 1973 (Dimansuhkan).
Frasa „apa-apa pertimbangan matan yang lain‟ dalam subseksyen
4(b) di atas telahpun ditafsirkan oleh Mahkamah Agung dalam kes
Datin Azizah bte Abdul Ghani v Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
& Ors. And Another Appeal [1992] 2 MLJ 393. Dalam kes ini, Datuk
Bandar Kuala Lumpur telah membuat perintah pembangunan
memberi kebenaran perancangan membenarkan tambahan
kepadatan dari 10 orang ke 44 orang seekar untuk membolehkan
pembangunan 2 blok apartmen, satu setinggi 2 tingkat dan satu
setinggi 3 tingkat. Tidak ada notis diberi kepada perayu-perayu
yang merupakan pemunya tanah bersempadan sepertimana yang
dikehendaki di bawah kaedah 5 dan Kaedah 6, Kaedah-kaedah
Perancangan (Pembangunan) 1970. Perayu memohon satu perintah
certiorari untuk mengenepikan perintah pembangunan tersebut.
Mahkamah Agung dalam kes ini memutuskan bahawa kehendak
memberi notis kepada pemunya tanah bersempadan, walaupun
tidak diperuntukkan dalam Akta 267, telah diperuntukkan di
bawah Kaedah 5 dan 6, Kaedah-kaedah Perancangan
(Pembangunan) 1970 yang dibuat di bawah Ordinan Darurat
(Kuasa-Kuasa Perlu) No. 46 Tahun 1970. Kaedah-kaedah ini tidak
bercanggah dengan seksyen 22(4) Akta 267, dan merupakan salah
satu „pertimbangan matan‟ yang harus dipertimbangkan oleh Datuk
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4082
Bandar sebelum meluluskan permohonan kebenaran perancangan.
Mahkamah Agung memutuskan dalam kes ini, oleh kerana Datuk
Bandar telah melanggar Kaedah 5 dan 6 tersebut, maka
keputusannya boleh diketepikan melalui perintah certiorari.
Seksyen 22(5) yang menyentuh kewajipan Datuk Bandar memberi
alasan bertulis penolakan kebenaran perancangan tidak
terkandung dalam Akta 172.
23. Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar
(1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Datuk
Bandar dibawah seksyen kecil (1) atau (2) seksyen 22 boleh
dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan
daripada tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya, oleh
seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Datuk
Bandar menolak permohonannya untuk kebenaran
perancangan atau seseorang yang terkilan dengan apa-apa
syarat yang dikenakan oleh Datuk Bandar dalam
memberikan kebenaran perancangan berkenaan dengan
permohonannya.
(2) Pada menimbangkan sesuatu rayuan Lembaga Rayuan
hendaklah mendengar perayu dan Datuk Bandar.
(3) Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh
membuat suatu perintah–
(a) mengesahkan keputusan Datuk Bandar dan menolak
rayuan itu; atau
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4083
(b) membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan Datuk
Bandar memberi kebenaran perancangan tertakluk
kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan
patut oleh Lembaga Rayuan; atau
(c) membenarkan rayuan dengan mengarahkan Datuk
Bandar supaya memotong atau mengubahsuai apa-
apa syarat yang dikenakan pada memberi kebenaran
perancangan atau supaya menggantikan syarat itu
dengan apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh
Lembaga Rayuan.
Ulasan:
Mana-mana pemohon untuk kebenaran perancangan yang terkilan
dengan keputusan Datuk Bandar, samada dalam menolak
permohonan atau dalam membenarkan permohonan tetapi dengan
mengenakan syarat-syarat, boleh merayu terhadap keputusan
Datuk Bandar itu dengan memasukkan rayuan kepada Lembaga
Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 45 Akta ini. Lembaga
Rayuan perlu mendengar perayu dan Datuk Bandar dan boleh,
dengan budibicara yang diberikan kepadanya oleh seksyen 45(9)
dan (10) Akta 267, menyaman dan mendengar mana-mana saksi
semasa mendengar rayuan tersebut.
Akta 267 tidak memberikan ruang kepada pemunya tanah berjiran
yang telah membantah permohonan kebenaran perancang untuk
merayu kepada Lembaga Rayuan manakala perenggan 23(1)(b)
Akta 172 memberikan hak ini kepada pemunya tanah berjiran
tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh kehendak merujuk kepada
pemunya tanah berjiran tentang permohonan kebenaran
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4084
perancangan di kawasan di mana tiada pelan tempatan tidak
terkandung dalam Akta 267 itu sendiri tetapi diperuntukkan dalam
Kaedah-kaedah Perancangan (Pembangunan) 1970 (rujuk kes Datin
Azizah bte Abdul Ghani mln. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur &
Ors. and Anor. Appeal [1992] 2 MLJ 393). Kewajipan
memaklumkan tentang kemasukan permohonan kebenaran
perancangan kepada pemunya tanah berjiran untuk memberi
kesempatan membuat bantahan terkandung dalam Kaedah 5(2)
Kaedah-kaedah Perancangan (Pembangunan) 1970). Namun
kewajipan di bawah kaedah-kaedah ini lebih luas daripada di
bawah Akta 172 kerana Datuk Bandar boleh juga memberitahu
orang-orang atau badan lain yang berkepentingan seperti persatuan
penduduk dan sebagainya di bawah Kaedah 7. Seksyen 21(6) Akta
172, membuat peruntukan nyata untuk pihak berkuasa perancang
tempatan memberi notis kepada pemunya tanah berjiran apabila
cadangan pemajuan itu dibuat bagi kawasan yang belum ada
rancangan tempatan.
Dalam kes Datin Azizah bte Abdul Ghani mln Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur & Ors. and Anor. Appeal [1992] 2 MLJ 393,
Mahkamah Agung telah mendapati bahawa Kaedah 11, Kaedah-
kaedah Perancangan (Pembangunan) 1970 yang membenarkan
pemunya tanah berjiran membuat bantahan merayu adalah
bercanggah dengan seksyen 23(1) Akta 267. Mengikut seksyen
65(2), jika sesuatu kaedah yang dibuat di bawah Akta yang telah
dimansuhkan itu bercanggah dengan peruntukan Akta maka ianya
tidak lagi terus berkuatkuasa. Dengan itu, tiada peruntukan dalam
undang-undang perancangan bandar Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang membolehkan pemunya tanah berjiran merayu
kepada Lembaga Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar
meluluskan permohonan kebenaran perancangan. Pemunya tanah
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4085
berjiran hanya mempunyai hak membantah sahaja di bawah
Kaedah 5 dan 6, Kaedah-kaedah Perancangan (Pembangunan) 1970
sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes
Datin Azizah tersebut.
24. Luputnya perintah pembangunan
(1) Sesuatu perintah pembangunan yang dikeluarkan di bawah
Akta ini hendaklah sah selama dua belas bulan dari tarikh ia
dikeluarkan melainkan jika dilanjutkan dan dalam tempoh
itu pembangunan hendaklah dimulakan mengikut cara yang
dinyatakan dalam perintah itu atau pelan bangunan
berkenaan dengan pembangunan itu hendaklah
dikemukakan mengikut mana-mana undang-undang
berhubung dengan pendirian bangunan:
Dengan syarat bahawa seksyen kecil ini tidak dipakai
berkenaan dengan sesuatu perintah pembangunan yang
menyebut dengan nyata di dalamnya bahawa kebenaran
perancangan yang diberi itu tidak melibatkan apa-apa kerja
bangunan.
(2) Apabila sesuatu permohonan dibuat bagi maksud itu
mengikut cara yang ditetapkan sebelum tamat tempoh yang
disebut dalam seksyen kecil (1) Datuk Bandar boleh, apabila
pemohon membayar fee yang ditetapkan, memberi apa-apa
perlanjutan atau perlanjutan-perlanjutan kepada perintah
pembangunan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Datuk Bandar.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4086
(3) Pada memberikan suatu perlanjutan atau perlanjutan
seterusnya bagi sesuatu perintah pembangunan di bawah
seksyen kecil (2), Datuk Bandar boleh mengenakan apa-apa
syarat pada perintah pembangunan itu sebagaimana yang
difikirkannya patut atau mengubah syarat-syarat yang mula-
mula dikenakan; dan seksyen 23 hendaklah dipakai dengan
apa-apa ubahsuaian yang perlu kepada syarat-syarat yang
dikenakan atau diubah di bawah seksyen ini sebagaimana
ianya dipakai bagi syarat-syarat yang dikenakan di bawah
seksyen kecil (2) seksyen 22.
Ulasan:
Melalui seksyen ini, Datuk Bandar boleh memberikan kebenaran
perancangan yang bersifat sementara.
25. Pembatalan dan pengubahsuaian perintah
pembangunan, kebenaran dan kelulusan
(1) Jika Datuk Bandar berpendapat bahawa sesuatu perintah
pembangunan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di
bawah Bahagian V Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala
Lumpur 1973 patut dibatalkan atau diubahsuaikan, Datuk
Bandar boleh memerintahkan supaya perintah
pembangunan atau kebenaran atau kelulusan itu dibatalkan
atau diubahsuaikan setakat mana difikirkannya perlu.
(2) Sesuatu perintah yang membatalkan perintah pembangunan
atau kebenaran perancangan atau kelulusan pelan bangunan
hendaklah menyatakan tempoh dalam mana seseorang yang
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4087
diberi kebenaran atau kelulusan itu dikehendaki
merobohkan sesuatu bangunan yang didirikan menurut
kebenaran atau kelulusan itu dan amaun maksimum yang
Datuk Bandar sedia membayar balik kepada orang itu
berkenaan dengan kos yang ditanggung olehnya dalam
menjalankan perobohan itu.
(3) Jika, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah
pembatalan atau dalam tempoh yang lebih lanjut
sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar,
perobohan belum dijalankan atau diselesaikan, Datuk
Bandar sendiri dan dengan perbelanjaannya sendiri
menjalankan atau menyelesaikan perobohan itu.
(4) Jika perobohan telah diselesaikan oleh orang yang diberi
perintah pembangunan atau kebenaran perancangan atau
kelulusan pelan bangunan telah dikeluarkan, Datuk Bandar
hendaklah membayar balik kepada orang itu kos sebenar dan
munasabah yang ditanggung olehnya pada menjalankan
perobohan itu, tetapi tidak lebih daripada amaun yang
dinyatakan dalam perintah pembatalan itu.
(5) Jika perobohan telah dijalankan separuh oleh orang yang
diberi perintah pembangunan atau kebenaran perancangan
atau kelulusan pelan bangunan yang dikeluarkan tetapi
diselesaikan oleh Datuk Bandar, Datuk Bandar hendaklah
mentaksirkan amaun kos keseluruhannya perobohan itu
sekiranya perobohan itu dijalankan oleh Datuk Bandar, dan
menentukan amaun kos sebenar dan munasabah yang
ditanggung oleh Datuk Bandar dalam menyelesaikan
perobohan itu dan hendaklah membayar kepada orang itu
mengikut pembayaran balik perbezaan kos di antara kedua-
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4088
dua amaun itu atau kos sebenar dan munasabah yang
ditanggung oleh orang itu bagi bahagian perobohan yang
dijalankannya, iaitu yang mana satu lebih kurang, walau
bagaimanapun Datuk Bandar tidak terikat untuk membayar
sesuatu amaun yang lebih daripada amaun yang dinyatakan
dalam perintah pembatalan.
(6) Jika sesuatu perintah pembangunan atau kebenaran
perancangan atau kelulusan sesuatu pelan bangunan
dibatalkan di bawah seksyen kecil (1) dan orang yang diberi
perintah, kebenaran atau kelulusan itu menuntut daripada
Datuk Bandar dalam tempoh dan mengikut cara yang
ditetapkan, pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang
ditanggung olehnya pada menjalankan kerja-kerja untuk
melaksanakan kebenaran atau kelulusan itu sebelum ianya
dibatalkan atau diubahsuaikan, Datuk Bandar hendaklah,
selepas memberi orang itu peluang yang munasabah untuk
didengar, menawarkan kepadanya sesuatu pampasan yang
Datuk Bandar fikirkan memadai.
(7) Jika sesuatu perintah pembangunan atau kebenaran
perancangan atau kelulusan sesuatu pelan bangunan adalah
diubahsuai di bawah seksyen kecil (1), Datuk Bandar
hendaklah membayar balik kepada orang yang diberi
perintah, kebenaran atau kelulusan itu kos yang sebenar dan
munasabah yang ditanggung olehnya pada melaksanakan
ubahsuaian itu, sebagai kos yang tidak akan ditanggung
olehnya jika pengubahsuaian itu tidak dijalankan, dan
hendaklah memberi pampasan kepadanya bagi apa-apa
kerugian akibat dari pengubahsuaian itu.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4089
(8) Jika mana-mana orang terkilan dengan amaun sesuatu
pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau
dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, ia boleh dalam
tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan, merayu kepada
Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah
mentaksirkan amaun pembayaran balik atau pampasan yang
hendak dibayar.
26. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan
pembangunan yang tidak dibenarkan
(1) Seseorang yang sama ada mengikut kehendaknya sendiri
atau mengikut kehendak seseorang lain–
(a) memulakan, mengusahakan atau menjalankan
pembangunan yang melanggar seksyen kecil (1)
seksyen 19 atau menggunakan atau membenar
digunakan sesuatu tanah yang melanggar seksyen itu;
(b) memulakan, mengusahakan atau menjalankan
pembangunan yang melanggar seksyen kecil (1)
seksyen 20;
(c) memulakan, mengusahakan atau menjalankan
pembangunan yang melanggar apa-apa syarat yang
dinyatakan dalam perintah pembangunan yang
memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan
pembangunan tersebut;
(d) memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-
apa pembangunan jika perintah pembangunan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4090
berkenaan dengan pembangunan itu habis tempoh di
bawah seksyen 24;
(e) memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-
apa pembangunan jika perintah pembangunan atau
kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan
itu, mengikut mana yang berkenaan, berkenaan
dengan pembangunan itu telah dibatalkan menurut
seksyen 25 atau seksyen kecil (2) seksyen 41; atau
(f) memulakan, mengusahakan atau menjalankan
pembangunan jika perintah pembangunan atau
kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan,
mengikut mana yang berkenaan, berkenaan dengan
pembangunan itu telah diubahsuaikan menurut
seksyen 25 yang mengakibatkan pembangunan yang
dimulakan, diusahakan atau dijalankan sedemikian
oleh orang itu tidak konsisten dengan perintah
pembangunan atau kebenaran atau kelulusan yang
diubahsuai itu,
Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu
ringgit dan mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan
denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap
hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana
melakukan kesalahan pertama itu.
(2) Pemunya tanah yang berkenaan dengannya apa-apa
perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen
kecil (1) dilakukan hendaklah disifatkan telah membenarkan
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4091
perbuatan itu dan ia hendaklah bertanggungan atas
kesalahan yang sama dan dikenakan penalti yang sama.
(3) Jika penggunaan tanah atau bangunan dibenarkan oleh
Datuk Bandar untuk diteruskan menurut peruntukan-
peruntukan seksyen kecil (2) seksyen 19, seseorang yang
meneruskan kegunaan itu pada atau selepas tamat tempoh
yang dinyatakan dalam permit yang membenarkan
penggunaan itu atau yang meneruskan kegunaan itu
melanggar apa-apa had atau syarat yang di bawahnya
penggunaan itu dibenarkan, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda
tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit dan
berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan denda
tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari
kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kerana
melakukan kesalahan pertama itu.
Ulasan:
Denda untuk kesalahan berkenaan pemajuan yang tidak
dibenarkan di bawah Akta 172 lebih tinggi [RM500,000/penjara 2
tahun – seksyen 26(1)] dari denda yang diperuntukkan di bawah
Akta 267 (RM50,000 – tiada hukuman penjara).
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4092
27. Notis penguatkuasaan berhubung dengan
pembangunan yang dijalankan yang melanggar
undang-undang.
Jika Datuk Bandar berpendapat bahawa sesuatu pembangunan
atau kegunaan tanah atau bangunan telah diusahakan atau
dijalankan atau sedang dijalankan dan belum diselesaikan yang
melanggar seksyen 26, Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa
menyampaikan kepada pemunya tanah dan penduduk yang
berkenaan dengannya suatu notis penguatkuasaan yang
menghendaki mana-mana atau kedua-duanya dalam tempoh
sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya supaya mematuhi
kehendak-kehendak notis penguatkuasaan itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini
bolehlah diertikan sebagai menghindar pendakwaan terhadap
mana-mana orang kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
Ulasan:
Penguatkuasaan di bawah Akta 267 berlainan dari penguatkuasaan
di bawah Akta 172 kerana Akta 267 tidak memisahkan prosedur
penguatkuasaan dalam keadaan di mana pemajuan dijalankan
tanpa kebenaran perancangan dan pelanggaran kebenaran
perancangan. Seksyen 27 ini memberi kuasa kepada Datuk Bandar
untuk menyampaikan notis penguatkuasaan kepada pemunya
tanah atau penduduk di atas tanah tersebut apabila pelanggaran
berlaku. Borang yang digunakan ialah Borang 9 yang
diperuntukkan dalam Kaedah-kaedah Perancangan (Pembangunan)
1970. Di bawah Borang 9 ini, pegawai penguatkuasa yang
menandatangani notis tersebut boleh memperincikan pelanggaran
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4093
yang telah dilakukan dan memberi 14 hari kepada pemunya tanah
atau penduduk tanah tersebut untuk memulihkan/membetulkan
pelanggaran tersebut.
28. Kesan notis penguatkuasaan yang disampaikan
menurut seksyen 27
(1) Seseorang yang kepadanya notis penguatkuasaan menurut
seksyen 27 telah disampaikan dan terkilan dengan notis itu
boleh dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan
memohon kebenaran perancangan berkenaan dengan
pembangunan atau bagi mengekalkan di atas tanah itu apa-
apa bangunan atau kerja atau bagi meneruskan penggunaan
tanah itu, berkenaan dengan notis penguatkuasaan itu.
(2) Jika sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan
dibuat di bawah seksyen kecil (1) Datuk Bandar adalah
mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya menentukan sama ada hendak menggantungkan
notis penguatkuasaan itu atau terus mengambil tindakan
mengikut kehendak notis itu.
(i) Peruntukan-peruntukan seksyen 21 hendaklah
dipakai bagi sesuatu permohonan untuk kebenaran
perancangan di bawah seksyen ini dengan syarat
bahawa sebagai tambahan kepada apa-apa fee yang
dikehendaki supaya dibayar di bawah seksyen 21
suatu denda tambahan sebagaimana yang
diperuntukkan hendaklah dibayar bagi sesuatu
permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4094
(ii) Datuk Bandar adalah mempunyai kuasa yang boleh
dijalankan menurut budi bicaranya untuk memberi
kebenaran perancangan atau enggan untuk memberi
kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu
permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini; dan
peruntukan-peruntukan seksyen kecil (2) hingga (6)
seksyen 22 hendaklah dipakai bagi sesuatu
permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini;
(iii) Jika kebenaran perancangan diberikan berkenaan
dengan sesuatu permohonan, notis penguatkuasaan
tidak boleh berkuatkuasa atau jika kebenaran
perancangan diberi hanya untuk mengekalkan
beberapa bangunan atau kerja atau hanya untuk
meneruskan penggunaan hanya sebahagian daripada
tanah itu, notis penguatkuasaan tidak boleh
berkuatkuasa terhadap bangunan atau kerja atau
bahagian tanah itu, tetapi hendaklah berkuatkuasa
penuh terhadap lain-lain bangunan, kerja atau lain-
lain bahagian tanah itu.
Ulasan:
Pemunya atau penduduk tanah yang telah diserahkan satu notis di
bawah seksyen 27, boleh melalui seksyen 28 ini memohon kepada
Datuk Bandar untuk kebenaran merancang atau mengekalkan di
atas tanah itu apa-apa bangunan atau kerja atau bagi meneruskan
penggunaan tanah yang telah diperincikan sebagai pelanggaran di
bawah notis yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 27.
Datuk Bandar mempunyai kuasa budi bicara untuk meluluskan
permohonan kebenaran merancang atau enggan memberikan
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4095
kelulusan bagi permohonan tersebut. Jika kebenaran merancang
diberi, maka notis penguatkuasaan yang telah dikeluarkan di
bawah seksyen 27 akan digantung.
29. Penalti kerana tidak mematuhi notis
penguatkuasaan yang disampaikan menurut
seksyen 27
(1) Tanpa menyentuh seksyen kecil (4), jika dalam tempoh yang
dinyatakan dalam notis penguatkuasaan yang disampaikan
menurut seksyen 27 atau, mengikut mana yang berkenaan,
dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh
Datuk Bandar selepas penarikan balik atau penolakan
permohonan untuk kebenaran perancangan yang dibuat
berkenaan dengannya, notis penguatkuasaan atau setakat
mana ianya terus berkuatkuasa tidak dipatuhi, maka Datuk
Bandar atau mana-mana pegawai berkuasa boleh memasuki
dengan atau tanpa pekerja-pekerja tanah itu dan mengambil
langkah-langkah yang perlu untuk melaksanakan notis
penguatkuasaan termasuklah perobohan atau perubahan
mana-mana bangunan atau kerja atau memindahkan apa-
apa barang, kereta atau benda daripada mana-mana
bangunan atau tanah.
(2) Datuk Bandar boleh meminta pegawai penjaga polis daerah
di mana tindakan hendak diambil supaya mengadakan
pegawai-pegawai polis untuk memberi bantuan kepada
pegawai berkuasa mengambil apa-apa tindakan menurut
kuasa seksyen kecil (1) dan adalah menjadi tanggungjawab
pegawai penjaga polis daerah untuk mematuhi permintaan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4096
supaya mengadakan pegawai-pegawai polis untuk memberi
bantuan tersebut.
(3) Jika Datuk Bandar menjalankan kuasa di bawah seksyen
kecil (1), ia boleh mendapat semula perbelanjaan dan kos
yang ditanggung olehnya daripada pemunya tanah mengikut
cara yang sama seperti suatu tindakan untuk mendapatkan
semula kadar-kadar di bawah mana-mana undang-undang
bertulis berhubung dengan kerajaan tempatan.
(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak
notis penguatkuasaan yang disampaikan menurut seksyen
27 dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan
dalamnya atau, mengikut mana yang berkenaan, dalam apa-
apa tempoh yang dinyatakan oleh Datuk Bandar selepas
penarikan balik atau penolakan permohonan kebenaran
perancangan yang dibuat berkenaan dengannya adalah
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan
dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit
dan mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan,
dikenakan denda tambahan sehingga lima ratus ringgit bagi
tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan
kerana melakukan kesalahan pertama itu.
Ulasan:
Seksyen ini memberi kuasa kepada Datuk Bandar untuk masuk ke
dalam tanah di mana pelanggaran kebenaran perancang berlaku
dan pemunya tanah atau penduduk tanah tersebut telah gagal
mematuhi notis penguatkuasaan yang dikeluarkan di bawah
seksyen 27. Datuk Bandar diberikuasa untuk mengambil langkah-
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4097
langkah yang perlu untuk melaksanakan notis penguatkuasaan
termasuklah perobohan atau perubahan mana-mana bangunan
atau kerja atau memindahkan apa-apa barang, kereta atau benda
daripada mana-mana bangunan atau tanah. Datuk Bandar juga
boleh mendapatkan bantuan dari pihak polis daerah dalam
menjalankan tindakan penguatkuasaan tersebut. Kuasa seperti ini
juga diperuntukkan dalam seksyen 31 Akta 172.
30. Notis permintaan
(1) Tanpa menyentuh seksyen 27, jika Datuk Bandar berpuas
hati–
(a) bahawa apa-apa penggunaan tanah patutlah
dihentikan; atau
(b) bahawa syarat-syarat patutlah dikenakan atas
kegunaan tanah yang berterusan; atau
(c) bahawa mana-mana bangunan atau kerja atas mana-
mana tanah patutlah diubah atau dipindahkan,
Datuk Bandar boleh, melalui notis yang disebut “notis
permintaan” dalam Akta ini yang disampaikan kepada
pemunya tanah itu–
(i) meminta dihentikan penggunaan itu; atau
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4098
(ii) mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah
itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan
dalam notis permintaan; atau
(iii) meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan
dalam notis permintaan itu diambil untuk mengubah
atau memindahkan bangunan, atau kerja, mengikut
mana yang berkenaan;
(iv) dan pemunya hendaklah, dalam apa-apa tempoh
sebagaimana yang dinyatakan dalam notis
permintaan itu, tidak kurang daripada satu bulan
daripada tarikh notis itu disampaikan, mematuhi
permintaan-permintaan atau syarat-syarat itu.
(2) Seseorang yang terkilan dengan notis permintaan itu boleh,
dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya dan mengikut
cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan.
(3) Jika sesuatu rayuan difailkan di bawah seksyen kecil (2),
notis permintaan hendaklah digantung sehingga rayuan itu
diputuskan atau ditarik balik.
(4) Pada menimbangkan sesuatu rayuan di bawah seksyen kecil
(2). Lembaga Rayuan hendaklah mendengar perayu dan
Datuk Bandar.
(5) Jika pemunya tanah yang dimaksudkan oleh notis
permintaan itu telah, kerana mematuhi notis itu,
menanggung kerugian dalam bentuk susutnilai tanah atau
perbelanjaan atau kos yang ditanggung pada menjalankan
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4099
kerja-kerja bagi mematuhi notis itu, ia boleh menuntut
daripada Datuk Bandar, dalam tempoh dan mengikut cara
yang ditetapkan, pampasan bagi kerugian, perbelanjaan atau
kos.
(6) Jika sesuatu tuntutan dibuat di bawah seksyen kecil (5),
Datuk Bandar hendaklah, selepas memberi kepada orang
yang membuat tuntutan suatu peluang untuk didengari,
menawarkan kepadanya sesuatu pampasan yang Datuk
Bandar fikirkan memadai.
(7) Jika seseorang yang kepadanya pampasan ditawarkan
dibawah seksyen kecil (6) adalah terkilan dengan amaun itu,
ia boleh, dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan,
merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan
hendaklah mentaksirkan amaun pampasan yang hendak
dibayar.
(8) Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu notis permintaan
yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen kecil (1)
dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya atau, jika sesuatu
rayuan dibuat di bawah seksyen kecil (2), dalam apa-apa
tempoh selepas rayuan itu diputuskan atau ditarik balik
sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar adalah
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit
dan, mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan,
dikenakan suatu denda tambahan sehingga lima ratus
ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas
disabitkan kerana melakukan kesalahan pertama itu.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4100
(9) Tanpa menyentuh seksyen kecil (8) jika dalam tempoh yang
dinyatakan dalam notis permintaan itu, notis itu tidak
dipatuhi, Datuk Bandar atau mana-mana orang yang diberi
kuasa sedemikian olehnya, boleh memasuki dengan atau
tanpa pekerja tanah itu dan mengambil apa-apa langkah
sebagaimana perlu untuk melaksanakan notis permintaan
itu termasuklah meroboh atau mengubahkan mana-mana
bangunan atau kerja atau memindahkan apa-apa barang,
kereta atau benda daripada mana-mana bangunan atau
tanah dan dalam keadaan itu seksyen kecil (2) dan (3)
seksyen 29 hendaklah dipakai mutatis mutandis.
Ulasan:
Seksyen ini memberi kuasa kepada Datuk Bandar untuk mengawal
gunatanah atau bangunan dalam Akta. Apabila Datuk Bandar
berpuas hati bahawa apa-apa penggunaan tanah harus dihentikan
atau mana-mana bangunan atau kerja atas mana-mana tanah
patutlah diubah atau dipindahkan, Datuk Bandar boleh
mengeluarkan dan menyampaikan satu Notis Permintaan
(Requisition Notice) terhadap pemunya tanah. Notis ini
menghendaki pemunya tanah menghentikan penggunaan tanah
atau memindahkan bangunan atau kerja atas tanah tersebut.
Pemunya tanah mesti mematuhi notis tersebut dan keengganan
mematuhi notis menjadi satu kesalahan di bawah subseksyen (8)
yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan RM500
bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. Sekiranya pemunya
tanah terkilan dengan Notis Permintaan, dia boleh merayu kepada
Lembaga Rayuan. Sekiranya dalam mematuhi Notis Permintaan
tersebut, pemunya tanah menanggung kerosakan dengan cara
kemerosotan nilai tanah atau menanggung perbelanjaan atau kos,
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4101
dia boleh menuntut gantirugi untuk kerosakan, perbelanjaan dan
kos-kos daripada Datuk Bandar. Dalam keadaan ini, Datuk Bandar
boleh menawarkan sejumlah gantirugi yang difikirkannya cukup.
Jika pemunya tanah terkilan dengan amaun atau jumlah yang
ditawarkan oleh Datuk Bandar, dia boleh sekali lagi merayu kepada
Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan akan membuat taksiran
amaun gantirugi yang akan dibayar kepada pemunya tanah. Datuk
Bandar juga diberi kuasa untuk memasuki tanah tersebut dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguatkuasakan
Notis Permintaan tersebut termasuk meruntuhkan mana-mana
bangunan dan sebagainya. Peruntukan seksyen 30 ini telah
disentuh oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Gasing Meridian Sdn.
Bhd. mln. Datuk Bandar Kuala Lumpur [2004] 1 CLJ 219. Dalam
kes ini, Perayu telah meminta Responden mengeluarkan satu notis
permintaan di bawah seksyen 30 Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982 dan responden telah enggan berbuat demikian.
Setelah penolakan rayuan perayu oleh Lembaga Rayuan, perayu
telah memohon kepada mahkamah untuk satu perintah supaya
Datuk Bandar Kuala Lumpur mengeluarkan satu notis permintaan
di bawah seksyen 30. Mahkamah Rayuan dalam kes ini telah
memutuskan bahawa pengeluaran Perintah Permintaan dalam
seksyen 30 Akta adalah budi bicara penuh Datuk Bandar Kuala
Lumpur dan mahkamah tidak akan merampas budi bicara tersebut
melalui suatu perintah mahkamah. Mahkamah juga memutuskan
bahawa di bawah seksyen 30(1) Akta, kepuasan hati Datuk Bandar
Kuala Lumpur bahawa suatu „kegunaan tanah telah dihentikan‟
adalah satu syarat bagi satu-satu pengeluaran Notis Permintaan.
Oleh kerana dalam kes ini mahkamah mendapati bahawa Datuk
Bandar Kuala Lumpur tidak pernah membuat keputusan bahawa
kegunaan tanah tersebut patut atau mesti dihentikan, syarat untuk
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4102
pengeluaran Notis Permintaan telah tidak dipenuhi maka seksyen
30(1) Akta tidak terpakai.
BAHAGIAN V
PEMELIHARAAN DAN PENANAMAN POKOK
31. Peruntukan untuk pemeliharaan dan penanaman
pokok.
(1) Maka adalah menjadi kewajipan Datuk Bandar apabila
sesuai pada masa memberi kebenaran perancangan atau
pada bila-bila masa selepas itu mengenakan syarat-syarat
untuk memelihara atau menanam pokok dan mengadakan
tanah lapang.
(2) Datuk Bandar boleh pada masa memberi kebenaran
perancangan dan pada bila-bila masa kemudiannya
menghendaki pemohon mendeposit atau mendepositkan
selanjutnya kepada Datuk Bandar apa-apa amaun
sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar untuk
mempastikan supaya–
(a) syarat untuk memelihara atau menanam pokok akan
dipatuhi; dan
(b) apa-apa tanah lapang dibina mengikut pelan dan
penentuan yang diluluskan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4103
(3) Amaun yang ditentukan oleh Datuk Bandar hendaklah
didepositkan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang
dinyatakan oleh Datuk Bandar.
Ulasan:
Suatu peruntukan baru yang terkandung dalam Akta 267 tetapi
tidak wujud dalam Akta 107 dan Akta 172 (sebelum dipinda di
bawah Akta A933, pada tahun 1995 iaitu dibawah seksyen 35A -
35H) ialah peruntukan yang memberi kuasa kepada Datuk Bandar
mengenakan syarat-syarat ketika memberi kebenaran perancangan
bagi pemeliharaan dan penanaman pokok-pokok serta penyediaan
kawasan lapang di bawah seksyen 31. Peruntukan untuk
pemeliharaan pokok telah wujud dalam Bahagian V Akta 267
sebelum ianya dimasukkan dalam Akta 172 melalui pindaan Akta
172 pada tahun 1995 (Akta A933). Larangan memotong pokok yang
lilitannya melebihi satu meter terdapat dalam peruntukan seksyen
36 Akta 267 manakala larangan tersebut tidak dinyatakan dalam
peruntukan Akta 172 tetapi dimuatkan dalam Kaedah-kaedah
Perintah Pemeliharaan Pokok 1998 (Pindaan 2006). Peruntukan
tentang pemeliharaan pokok dalam Akta 267 juga menyentuh
tentang kehendak mengadakan kawasan lapang manakala perkara
ini tidak disebut dalam Bahagian VA Akta 172. Denda maksimum
yang boleh dikenakan untuk kesalahan memotong pokok di bawah
Akta 267 hanya RM5,000.00 manakala denda maksimum yang
boleh dikenakan di bawah Akta 172 ialah RM100,000.00 atau
penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4104
32. Datuk Bandar boleh menyebabkan pokok-pokok
ditanam dengan betul
(1) Jika–
(a) syarat bagi memelihara dan menanam pokok tidak
dipatuhi; atau
(b) tanah lapang tidak dibina mengikut pelan dan
penentuan yang diluluskan,
dengan memuaskan hati Datuk Bandar dalam sesuatu kes di
mana deposit telah dibuat di bawah seksyen 31, Datuk
Bandar boleh, pada bila-bila masa, selepas menyampaikan
notis itu kepada orang yang membuat deposit itu
menyebabkan pokok-pokok ditanam, atau menjalankan atau
menyebab dijalankan kerja-kerja untuk mempastikan supaya
tanah lapang dibina mengikut pelan dan penentuan yang
diluluskan.
(2) Kos bagi sesuatu kerja yang hendak dijalankan oleh Datuk
Bandar di bawah seksyen kecil (1) hendaklah didapatkan
semula daripada deposit yang dibuat di bawah seksyen 31.
33. Pembayaran balik deposit apabila kerja selesai
(1) Jika sesuatu deposit telah dibuat di bawah seksyen 31 dan
pokok telah ditanam, atau tanah lapang telah dibina
mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan, Datuk
Bandar boleh, apabila sesuatu permohonan dibuat,
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4105
membayar balik kepada orang yang membuat deposit itu
kesemua atau sebahagian daripada deposit itu.
(2) Datuk Bandar boleh menahan deposit atau sebahagian
daripadanya jika ia berpendapat bahawa–
(a) pokok-pokok itu tidak ditanam dengan betul; atau
(b) tanah lapang tidak dibina dengan betul mengikut
pelan dan penentuan yang diluluskan; atau
(c) ia dikehendaki bagi sesuatu tempoh penyenggaraan,
yang tidak lebih daripada dua belas bulan dari tarikh
selesainya kerja itu sebagaimana dinyatakan dalam
pelan dan penentuan yang diluluskan.
34. Pembayaran balik deposit jika kerja-kerja bangunan
tidak dimulakan
Seseorang yang telah membuat deposit di bawah seksyen 31 dan
kemudian dari itu tidak meneruskan pelaksanaan kebenaran
perancangan boleh memberitahu Datuk Bandar yang boleh,
menurut budi bicaranya, membayar balik deposit itu atau
sebahagiannya sebagaimana yang ditentukan olehnya.
35. Perintah pemeliharaan pokok.
Jika Datuk Bandar berpendapat bahawa adalah bermanfaat bagi
kepentingan keselesaan untuk membuat peruntukan bagi
pemeliharaan mana-mana pokok, atau kelompok pokok dalam
Wilayah Persekutuan, ia boleh bagi maksud itu membuat suatu
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4106
perintah (yang mana dalam Akta ini disebut "perintah
pemeliharaan pokok") berkenaan dengan pokok, atau kumpulan
pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; dan
khususnya, peruntukan boleh dibuat oleh mana-mana perintah itu–
(a) untuk melarang memotong, memangkas, mencantas
pokok atau merosakkan pokok dengan sengaja kecuali
dengan persetujuan Datuk Bandar; dan
(b) untuk mempastikan penanaman semula mengikut cara
sebagaimana yang diarahkan oleh atau di bawah
perintah itu:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak dipakai bagi memotong,
memangkas atau mencantas pokok yang hampir mati atau telah
mati atau untuk mengelakkan bencana yang mendesak.
Ulasan:
Menurut seksyen ini, jika Datuk Bandar berpendapat bahawa
sebatang atau sekelompok pokok perlu dipelihara demi kepentingan
keselesaan, dia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah
pemeliharaan pokok bagi memastikan ianya tidak dipotong,
dipangkas, dicantas atau dirosakkan. Datuk Bandar juga
mempunyai kuasa yang cukup bagi memastikan penanaman,
pemeliharaan dan penggantian semula pokok-pokok yang telah
ditebang atau dirosakkan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4107
36. Larangan memotong pokok yang lilitannya melebihi
satu meter
(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 35 tiada seorang pun
boleh, tanpa kebenaran secara bertulis daripada Datuk
Bandar menebang atau memotong mana-mana pokok yang
lilitannya melebihi satu meter, yang tumbuh di mana-mana
tanah kecuali–
(a) ia ditebang atau dipotong untuk mengelakkan
bencana yang mendesak; atau
(b) ia ditebang atau dipotong untuk mematuhi mana-
mana undang-undang bertulis.
(2) Bagi maksud seksyen kecil (1) lilitan pokok hendaklah diukur
setengah meter daripada bumi dengan syarat bahawa lilitan
pokok yang berbanir hendaklah diukur di paras atas banir
itu.
(3) Seseorang yang menebang atau memotong pokok yang
melanggar seksyen kecil (1) atau yang dengan sengaja
menyebabkan pokok itu mati yang baginya seksyen itu
dipakai adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima
ribu ringgit.
(4) Dalam mana-mana prosiding sesuatu kesalahan di bawah
seksyen ini jika dibuktikan bahawa sesuatu pokok telah
ditebang atau dipotong, maka hendaklah dianggap, sehingga
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4108
dibuktikan sebaliknya bahawa pokok itu telah ditebang atau
dipotong oleh penduduk tanah di mana pokok itu tumbuh.
37. Penggantian pokok.
(1) Jika sesuatu pokok yang berkenaan dengannya sesuatu
perintah pemeliharaan pokok adalah pada masa itu
berkuatkuasa, diubah atau dibinasakan dan melanggar
perintah itu atau diubah atau dibinasakan atau mati, maka
adalah menjadi kewajipan pemunya tanah itu, melainkan
jika atas permohonannya Datuk Bandar mengecualikan
kehendak ini, untuk menanam pokok lain dari saiz dan jenis
yang sesuai di tempat yang sama semunasabah yang boleh.
(2) Kewajipan yang dikenakan oleh seksyen kecil (l) pada
pemunya tanah hendaklah dikenakan kepada orang yang
dari semasa ke semasa adalah pemunya tanah itu dan boleh
dikuatkuasakan sebagaimana yang diperuntukkan.
38. Penalti kerana tidak mematuhi perintah pemeliharaan
Jika mana-mana orang yang melanggar perintah pemeliharaan
pokok memotong atau dengan sengaja membinasakan pokok atau
memangkas atau mencantas pokok dengan apa jua cara yang
mungkin membinasakannya, maka ia adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak
lebih daripada lima ribu ringgit.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4109
39. Penguatkuasaan duti mengenai perintah
pemeliharaan pokok
Jika sesuatu perintah pemeliharaan pokok yang menghendaki
penggantian pokok atau pokok-pokok tidak dipatuhi, Datuk Bandar
boleh terus menggantikan pokok atau pokok-pokok dari apa-apa
saiz dan jenis sebagaimana yang ditetapkan olehnya dan kos serta
perbelanjaan yang ditanggung hendaklah dibayar oleh orang yang
mungkir atau pemunya.
BAHAGIAN VI
CAJ PEMBANGUNAN
40. Caj pembangunan dan tanggungannya.
(1) Jika sesuatu pelan tempatan atau sesuatu perubahan
sesuatu pelan tempatan melibatkan pertukaran kegunaan,
kepadatan, nisbah plot atau luas lantai berkenaan dengan
mana-mana tanah dan kerana itu menaikkan nilai tanah itu,
suatu caj pembangunan mengikut kadar yang ditetapkan
hendaklah dilevi berkenaan dengan apa-apa pembangunan
tanah yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan
mengikut pertukaran itu.
(2) Tanpa menyentuh seksyen kecil (1) suatu caj pembangunan
mengikut kadar yang ditetapkan hendaklah juga dilevi oleh
Datuk Bandar jika perintah pembangunan yang memberi
kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu
pembangunan adalah tertakluk kepada–
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4110
(a) suatu syarat bahawa pembangunan itu boleh
dijalankan hanya jika ruang untuk meletak kereta
diperuntukkan mengikut cara dan setakat yang
dinyatakan dalam perintah pembangunan itu; dan
(b) suatu syarat tambahan bahawa Datuk Bandar boleh
menerima pembayaran sesuatu caj pembangunan
mengikut kadar yang ditetapkan menggantikan
peruntukan bagi ruang untuk meletak kereta.
(3) Caj pembangunan yang tersebut dalam seksyen kecil (1) dan
(2) boleh, menurut budibicara Datuk Bandar, dilevi
terhadap–
(a) pemunya tanah yang dimaksudkan oleh caj
pembangunan itu; atau
(b) orang yang menjalankan pembangunan yang
dimaksudkan oleh caj pembangunan itu.
(4) Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh membuat
peruntukan melalui kaedah-kaedah mengenai kadar-kadar
yang akan dicaj, permohonan dan prosedur untuk
mentaksirkan caj pembangunan, pemungutan atau
pemulangan caj pembangunan dan perlucutan wang yang
didepositkan berkenaan dengan caj pembangunan atau
kecualian daripada caj pembangunan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4111
41. Penentuan caj pembangunan.
(1) Sebelum memberi kebenaran perancangan bagi apa-apa
pembangunan, Datuk Bandar hendaklah menentukan sama
ada suatu caj pembangunan kena dibayar berkenaan dengan
pembangunan itu dan, jika kena dibayar, berapa
amaunnya,dan hendaklah menyampaikan kepada pemohon
untuk kebenaran perancangan itu perintah dalam borang
yang ditetapkan menuntut pembayaran amaun itu:
Dengan syarat bahawa Datuk Bandar boleh membenarkan
caj pembangunan itu dibayar secara beransur sebagaimana
yang difikirkan patut bersama dengan bunganya mengikut
kadar sebagaimana yang ditetapkan olehnya.
(2) Walau apa pun peruntukan Akta ini, Datuk Bandar boleh
enggan memberi kebenaran perancangan atau boleh
membatalkan sesuatu perintah pembangunan yang memberi
kebenaran perancangan bagi apa-apa pembangunan pada
bila-bila masa jika caj pembangunan atau mana-mana
bahagiannya berkenaan dengan pembangunan itu masih
belum dibayar; dan peruntukan seksyen 25 tidak dipakai
bagi sesuatu perintah pembangunan yang dibatalkan di
bawah seksyen kecil ini.
(3) Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa mengubah sesuatu
perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen kecil (1) jika ia
berpuas hati bahawa selepas perintah itu dikeluarkan
kepadatan luas lantai atau nisbah plot yang sebenarnya
adalah berbeza daripada kepadatan luas lantai atau nisbah
plot yang menjadi asas caj pembangunan itu dan hendaklah
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4112
menentukan caj pembangunan yang baru dengan sewajarnya
dan membuat suatu perintah bagi maksud itu.
(4) Datuk Bandar hendaklah menyampaikan perintah yang
dibuat di bawah seksyen kecil (3) mengikut cara yang
ditetapkan dalam seksyen kecil (1).
(5) Datuk Bandar hendaklah–
(a) menuntut pembayaran tentang perbezaan amaun caj
pembangunan itu jika amaun dalam perintah yang
dibuat di bawah seksyen kecil (3) melebihi amaun
yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di
bawah seksyen kecil (1); atau
(b) membayar balik perbezaan amaun caj pembangunan
itu jika amaun yang dibayar berikutan dengan
perintah di bawah seksyen kecil (1) melebihi amaun
yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah
seksyen kecil (3).
42. Rayuan terhadap taksiran caj pembangunan.
(1) Jika seseorang yang bertanggungan membayar sesuatu caj
pembangunan tidak berpuas hati dengan perintah yang
dibuat di bawah seksyen kecil (1) atau (3) seksyen 41 ia
boleh, dalam tempoh dan mengikut cara yang ditetapkan,
merayu kepada Lembaga Rayuan.
(2) Lembaga Rayuan boleh, setelah mendengar Datuk Bandar
dan perayu membuat apa-apa perintah sebagaimana yang
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4113
difikirkannya patut.
43. Caj pembangunan adalah suatu caj ke atas tanah
Jika sesuatu pembangunan dimulakan atau dijalankan tanpa
membayar amaun caj pembangunan yang ditentukan di bawah
peruntukan-peruntukan Bahagian ini, amaun caj pembangunan itu
boleh didapatkan semula mengikut cara yang sama seperti
mendapatkan tunggakan kadar-kadar di bawah mana-mana
undang-undang bertulis berhubungan dengan kerajaan tempatan.
44. Pembayaran wang ke dalam kumpulan wang
Datuk Bandar hendaklah membayar semua wang yang dipungut di
bawah Akta ini ke dalam kumpulanwang yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan
kerajaan tempatan dan walau apa pun peruntukan-peruntukan
undang-undang itu berhubungan dengan perbelanjaan wang dari
kumpulanwang itu, Datuk Bandar adalah mempunyai kuasa untuk
membelanjakan apa-apa wang yang dipungut di bawah Akta ini
bagi maksud-maksud melaksanakan peruntukan Akta ini:
Dengan syarat bahawa apa-apa wang yang dipungut menurut
kuasa seksyen kecil (2) seksyen 40 tidak boleh dibelanjakan kecuali
bagi maksud mengadakan ruang untuk meletak kereta dalam
Bandaraya.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4114
BAHAGIAN VII
LEMBAGA RAYUAN
45. Lembaga Rayuan
(1) Bagi maksud Akta ini maka hendaklah dilantik suatu
Lembaga Rayuan yang terdiri dari tiga orang ahli, seorang
daripadanya hendaklah menjadi Pengerusi (kemudian dari
ini disebut "Pengerusi" dalam seksyen ini) dan dua orang ahli
lain yang akan berkhidmat dalam Lembaga Rayuan menurut
seksyen kecil (5).
(2) Maka hendaklah juga ada seorang Timbalan Pengerusi
Lembaga Rayuan (kemudian dari ini disebut "Timbalan
Pengerusi" dalam seksyen ini) yang hanya akan berkhidmat
dalam Lembaga Rayuan jika Pengerusi tidak dapat
menjalankan tugas-tugasnya oleh kerana sakit, tidak ada di
Malaysia atau oleh kerana apa jua sebab lain dan apabila
Timbalan Pengerusi berkhidmat dalam Lembaga Rayuan di
bawah hal keadaan yang tersebut di atas ia hendaklah
menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
(3) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah orang-orang yang
dinamakan oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya,
dari antara orang-orang yang menjadi Hakim Mahkamah
Tinggi di Malaya atau orang yang sepuluh tahun terdahulu
dari penamaan itu telah menjadi peguambela dan
peguamcara Mahkamah Tinggi atau telah menjadi anggota
perkhidmatan kehakiman dan perundangan Malaysia.
(4) Perlantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4115
dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan
dalam Warta dari antara orang-orang yang dinamakan
menurut seksyen kecil (3) dan seseorang yang dilantik itu
hendaklah melainkan jika ia terlebih dahulu meletakkan
jawatannya atau perlantikannya dibatalkan, memegang
jawatan bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan
adalah layak dilantik semula.
(5) (a) Apabila timbul sesuatu keperluan untuk memanggil
Lembaga Rayuan untuk bermesyuarat, Pengerusi
hendaklah meminta mana-mana dua orang ahli untuk
berkhidmat dalam Lembaga Rayuan dari antara
suatu panel yang dilantik oleh Menteri melalui
pemberitahuan dalam Warta.
(b) Perlantikan mana-mana ahli, lain daripada Pengerusi
dan Timbalan Pengerusi hendaklah bagi tempoh tiga
tahun melainkan jika ia terlebih dahulu meletakkan
jawatan atau perlantikannya dibatalkan.
(6) Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan perlantikan
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan Menteri boleh
membatalkan perlantikan lain-lain ahli tanpa memberi
sebab.
(7) Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang mempunyai suatu
kepentingan dalam apa-apa perkara di hadapan Lembaga
Rayuan hendaklah menzahirkan fakta dan jenis
kepentingannya itu dan penzahiran itu hendaklah
direkodkan dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa
bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga Rayuan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4116
berkenaan dengan perkara itu.
(8) Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh
Pengerusi selepas menimbangkan pendapat dua orang ahli
yang lain tetapi pada membuat keputusannya Pengerusi
tidak terikat supaya bersetuju dengan pendapat dua orang
ahli yang lain itu atau salah seorang daripada mereka
dengan syarat bahawa Pengerusi hendaklah merekodkan
sebab-sebab ia tidak bersetuju dengan pendapat itu.
(9) Lembaga Rayuan hendaklah, selain daripada semua kuasa
yang terkandung di bawah Akta ini mempunyai kuasa untuk
mensaman dan memeriksa saksi-saksi, menghendaki mana-
mana orang itu terikat secara bersumpah untuk menyatakan
yang benar, memaksa dikemukakan dan diserahkan apa-apa
dokumen yang difikirkannya matan bagi prosiding di
hadapannya, mengaward kos atau membuat apa-apa
perintah berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya
jika Akta ini tidak mengadakan peruntukan bagi jenis
perintah yang hendak dibuat itu.
(10) Tiap-tiap orang yang disaman oleh Lembaga Rayuan supaya
menghadiri prosidingnya adalah terikat di sisi undang-
undang untuk hadir di tempat dan pada masa yang
dinyatakan dalam saman itu, dan tiap-tiap orang yang
dikehendaki oleh Lembaga
Rayuan supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa
dokumen kepada Lembaga Rayuan atau kepada mana-mana
pengkhidmat awam adalah terikat di sisi undang-undang
untuk mengemukakan atau menyerahkan sedemikian
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4117
dokumen itu.
(11) Semua saman, notis, award, dan perintah yang dikeluarkan,
dibuat atau diberi di bawah tandatangan Pengerusi
hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dibuat, atau diberi
oleh Lembaga Rayuan.
(12) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan
mengenai sesuatu rayuan di hadapannya adalah muktamad,
tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan
adalah mengikat semua pihak terhadap rayuan itu atau yang
terlibat dalam perkara itu.
(13) Bagi maksud Kanun Keseksaan, Lembaga Rayuan hendaklah
disifatkan sebagai suatu mahkamah dan tiap-tiap ahlinya
hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam.
(14) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan
prosedur rayuan kepada Lembaga Rayuan dan fee yang kena
dibayar berkenaan dengannya dan mengatur prosiding
Lembaga Rayuan tetapi, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat
dan berkuatkuasa Lembaga Rayuan hendaklah, bagi maksud
prosiding itu, setakat mana yang praktik mengikut Kaedah-
kaedah Mahkamah Rendah 1980.
(15) Ahli-ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar apa-apa elaun
sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan
persetujuan Menteri Kewangan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4118
Ulasan:
Proses untuk menubuhkan Lembaga Rayuan menurut seksyen ini
telah dimulakan pada tahun 1997 di mana Menteri yang
bertanggungjawab mengenai Wilayah Persekutuan telah membuat
Kaedah-kaedah Wilayah Persekutuan (Perancangan) (Lembaga
Rayuan) 1997 (P.U.(A) 376/97) melalui subseksyen 45(14) Akta ini.
Di bawah Kaedah 3, Kaedah-kaedah Wilayah Persekutuan
(Perancanagan) (Lembaga Rayuan) 1997, Menteri hendaklah
melantik seorang Pendaftar Lembaga Rayuan dari kalangan
pegawai Jabatan Perancangan Bandar yang bertanggungjawab bagi
Wilayah Persekutuan. Suatu rayuan kepada Lembaga Rayuan
dimulakan dengan memfailkan di pejabat Pendaftar, beberapa
Notis Rayuan mengikut bilangan pihak yang ingin disampaikan
(Kaedah 4). Fee untuk memfailkan satu rayuan ialah RM500 serta
deposit sebanyak RM1000 untuk menampung kos penyediaan
salinan rekod rujukan (Kaedah 5). Apabila Notis Rayuan
disampaikan kepada Datuk Bandar, Datuk Bandar dikehendaki
menyediakan penyata fakta kes dan sebab atau alasan bagi
keputusan atau tindakan Datuk Bandar yang dipertikaikan oleh
Perayu (Kaedah 6). Datuk Bandar juga dikehendaki menyediakan
salinan surat menyurat serta dokumen-dokumen lain yang diminta
oleh Pendaftar. Pendaftar dikehendaki menyampaikan kepada
pihak-pihak dalam rayuan suatu notis untuk memberitahu mereka
tarikh, masa dan tempat pendengaran sekurang-kurangnya 10 hari
sebelum tarikh pendengaran (Kaedah 8). Pendengaran kes-kes
diadakan di Kuala Lumpur bergantung kepada budi bicara panel
Lembaga Rayuan. Sebelum ini, perbicaraan telah dijalankan di
Tingkat 28, Bangunan DBKL, di Mahkamah Tinggi (Wisma
Denmark) dan di Mahkamah Majistret DBKL. Semasa
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4119
pendengaran, perayu memulakan dan mempunyai hak terakhir
untuk menjawab dan pihak-pihak lain didengar mengikut giliran
yang ditentukan oleh Pengerusi Lembaga Rayuan. Keterangan
boleh diberi secara lisan atau dengan affidavit dan segala
keterangan diberikan secara bersumpah (Kaedah 10). Jika, apabila
Lembaga Rayuan bersidang dan kedua-dua pihak tidak hadir,
Pengerusi boleh menolak rayuan (Kaedah 11(1)(a)). Jika perayu
tidak hadir, Pengerusi juga boleh menolak rayuan tersebut.
Manakala, jika Datuk Bandar tidak hadir, Lembaga Rayuan boleh
mendengar dan memutuskan rayuan dalam ketidakhadirannya
[Kaedah 11(1)(b) dan (c)]. Datuk Bandar boleh diwakili oleh mana-
mana pegawainya yang dilantik atau oleh peguamcara atau mana-
mana orang lain. Perayu boleh hadir bagi pihak dirinya atau
diwakili oleh peguamcara atau mana-mana orang lain yang
dibenarkan oleh Lembaga Rayuan (Kaedah 17).
Pada tahun 1999, ahli-ahli Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahli-ahli
Lembaga Rayuan dilantik dan berkhidmat selama tempoh 3 tahun.
Panel Lembaga Rayuan untuk mendengar satu kes ialah seramai 3
orang iaitu seorang pengerusi dan 2 orang ahli.
Sebelum tahun 2004, Lembaga Rayuan Kuala Lumpur diletakkan
di bawah pengawasan Jabatan Hal-Ehwal Undang-undang dan
Jabatan Perancang Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL). Dengan penubuhan semula Kementerian Wilayah
Persekutuan, Lembaga Rayuan diletakkan di bawah Kementerian
tersebut.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4120
Sejak tahun 2000, sebanyak 5 kes telah dikendalikan oleh Lembaga
Rayuan Kuala Lumpur, seperti berikut:
i) Gasing Meridian Sdn. Bhd. lawan DBKL
ii) Nuwasra Sdn. Bhd. lawan DBKL
iii) Church Mar Thoma lawan DBKL
iv) Manor Command Sdn. Bhd. lawan DBKL
v) Garden International School lawan DBKL
BAHAGAN VIII
NOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH
46. Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal-hal
tertentu
(1) Tanpa menyentuh perjalanan mana-mana undang-undang
bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berkenaan dengan
pengambilan tanah, seseorang tuan punya berdaftar tanah-
(a) yang tidak diberi kebenaran perancangan di bawah
seksyen 22 untuk memajukan tanahnya atas alasan
bahawa tanah itu adalah ditetapkan dalam pelan
pembangunan sama ada secara nyata atau disifatkan
ada, sebagai tanah yang dicadangkan bagi maksud
awam dan yang menuntut bahawa, oleh sebab
penolakan itu, tanah itu tidak munasabah boleh
digunakan dengan berfaedah; atau
(b) yang menuntut bahawa, oleh sebab mematuhi sesuatu
notis pengambilan berkenaan dengan tanahnya yang
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4121
disampaikan kepadanya di bawah seksyen 30, tanah
itu tidak munasabah boleh digunakan dengan
berfaedah,
(c) boleh, mengikut cara yang ditetapkan, menyampaikan
kepada Datuk Bandar suatu notis pembelian dalam
borang yang ditetapkan, menghendaki supaya
kepentingannya mengenai tanah itu dibeli mengikut
seksyen ini.
(2) Maka hendaklah disampaikan bersama notis pembelian
suatu kenyataan tentang fakta-fakta dan sebab-sebab bagi
mematutkan tuntutan dalam notis itu, serta salinan-salinan
apa-apa dokumen yang ada, termasuklah afidavit-afidavit,
yang boleh memberi bukti tentang fakta-fakta dan sebab-
sebabnya.
(3) Datuk Bandar hendaklah menyiasat tuntutan yang dibuat
dalam tiap-tiap notis pembelian yang disampaikan di bawah
seksyen kecil (1) dan, jika ia berpuas hati bahawa notis itu
adalah dalam borang yang ditetapkan dan telah disediakan
dan disampaikan mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah
menghantar notis itu kepada Menteri bersama-sama dengan
penyataan dan apa-apa dokumen lain yang disampaikan
bersama dengan notis itu dan–
(a) mengenai sesuatu notis pembelian seseorang yang
menuntut di bawah perenggan (a) seksyen kecil (1),
suatu laporan lengkap berkenaan dengan penolakan
kebenaran perancangan yang menyebabkan tuntutan
itu timbul, suatu penyataan tentang maksud tertentu
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4122
yang dicadangkan untuk tanah itu, dan suatu
penyataan tentang pendapat Datuk Bandar sama ada
tanah itu munasabah boleh digunakan dengan
berfaedah; dan
(b) mengenai sesuatu notis pembelian seseorang yang
menuntut di bawah perenggan (b) seksyen kecil (1),
butir-butir notis permintaan itu yang menyebabkan
tuntutan itu timbul dan suatu pernyataan tentang
pendapat Datuk Bandar sama ada tanah itu
munasabah boleh digunakan dengan berfaedah.
(4) Jika Datuk Bandar tidak berpuas hati bahawa notis
pembelian itu adalah dalam borang yang ditetapkan atau
disediakan atau disampaikan mengikut cara yang
ditetapkan, ia hendaklah menolak notis pembelian itu, tetapi
tanpa menyentuh penyampaian suatu notis pembelian yang
lain.
(5) Menteri, selepas menimbangkan notis pembelian itu dan
semua perkara lain yang dihantar oleh Datuk Bandar di
bawah seksyen kecil (3) hendaklah–
(a) jika Menteri berpuas hati bahawa tanah yang
dimaksudkan oleh notis pembelian itu adalah
munasabah boleh digunakan dengan berfaedah,
menolak notis pembelian; atau
(b) jika Menteri tidak berpuas hati bahawa tanah yang
dimaksudkan oleh notis pembelian itu adalah
munasabah boleh digunakan dengan berfaedah atau
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4123
berpuas hati bahawa tanah itu tidak boleh digunakan
sedemikian mengarahkan Datuk Bandar memulakan
langkah-langkah untuk mengambil tanah itu mengikut
peruntukan-peruntukan Akta Pengambilan Tanah
1960.
(6) Bagi maksud Akta Pengambilan Tanah 1960–
(a) mana-mana tanah yang bertujuan untuk diambil
menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai
diperlukan oleh Datuk Bandar; dan
(b) tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan
bagi maksud yang tersebut dalam perenggan (b)
seksyen 3 Akta itu.
BAHAGIAN IX
KAWASAN TINDAKAN DAN KAWASAN PEMBANGUNAN
47. Penyampaian perintah kawasan tindakan
(1) Jika sesuatu kawasan telah ditunjukkan sebagai suatu
kawasan tindakan atas pelan pembangunan atau telah
diisytiharkan sebagai suatu kawasan tindakan di bawah
seksyen 12, Datuk Bandar hendaklah, sama ada sebelum
atau selepas diterima-pakai pelan tempatan bagi kawasan
itu menyampaikan suatu perintah kawasan tindakan kepada
pemunya tanah yang terlibat dengan itu dan memberitahu
mereka–
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4124
(i) tarikh bila kawasan yang dinyatakan sebagai suatu
kawasan tindakan atas pelan pembangunan atau
diisytiharkan sedemikian di bawah seksyen 12;
(ii) jenis pembangunan, pembangunan semula atau
pembaikan yang dibenarkan atau mungkin
dibenarkan sama ada melalui satu-satu lot atau
sebagai suatu pembangunan lengkap;
(iii) tempoh dalam mana sesuatu pembangunan hendak
dimulakan dalam kawasan itu dan jika Datuk Bandar
fikirkan adalah perlu, meminta supaya suatu
permohonan untuk kebenaran perancangan dibuat
dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan.
(2) Jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah
kawasan tindakan pemunya atau pemunya-pemunya tidak
memohon untuk kebenaran perancangan atau, jika tidak
terdapat apa-apa tempoh yang dinyatakan dan pemunya
tidak memulakan pembangunan dalam tempoh yang
dinyatakan dalam perintah itu, Datuk Bandar boleh dengan
kelulusan Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang ditentukan
oleh Datuk Bandar, mengisytihar kawasan atau mana-mana
bahagian daripadanya sebagai kawasan pembangunan.
(3) Apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan
pembangunan, maka adalah menjadi kewajipan Datuk
Bandar untuk mengambil, melalui pembelian atau melalui
pengambilan paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960,
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4125
semua tanah berimilik yang terletak dalam kawasan itu, dan
memajukan kawasan itu mengikut pelan tempatan.
48. Kuatkuasa perisytiharan.
(1) Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen 47 hendaklah
berkuatkuasa sebagai suatu perisytiharan pengambilan yang
dicadangkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960
mengenai semua tanah berimilik yang terletak dalam
kawasan yang dimaksudkan oleh perisytiharan itu dan
mana-mana daripada tanah itu boleh, jika Datuk Bandar
tidak berjaya merundingi pembelian tanah itu atas syarat-
syarat yang dapat diterima oleh Datuk Bandar, diambil dan
dibayar mengikut Akta tersebut.
(2) Bagi maksud Akta tersebut–
(a) mana-mana tanah yang dicadang hendak diambil
menurut Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai
diperlukan oleh Datuk Bandar;
(b) Datuk Bandar hendaklah disifatkan sebagai suatu
perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bersifat
kemudahan awam; dan
(c) tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan
bagi maksud yang tersebut dalam perenggan (b)
seksyen 3 Akta itu.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4126
49. Datuk Bandar boleh menggaji agen, membuat
perkiraan dan menubuhkan perbadanan
(1) Bagi maksud memajukan sesuatu kawasan pembangunan
pada menunaikan kewajipannya di bawah Bahagian ini,
Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh melantik
atau menggaji agen, dan membuat perkiraan untuk bersama
mendapat keuntungan, menyatukan kepentingan,
bekerjasama, usahaniaga bersama, atau konsesi bersaling
dengan mana-mana orang, syarikat atau badan.
(2) Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh menubuhkan
suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan
patut oleh Datuk Bandar, untuk memajukan, menjalankan
dan mengawal, mengelola dan menguruskan sesuatu projek,
skim atau enterprais yang telah dirancang atau diusahakan
oleh Datuk Bandar pada menunaikan kewajipannya di bawah
Bahagian ini untuk memajukan sesuatu kawasan
pembangunan.
(3) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen kecil (2)
hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan–
(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
(b) keanggotaan perbadanan;
(c) kewajipan, kuasa, dan hak-hak perbadanan itu;
(d) sistem pengurusan perbadanan;
(e) pembiayaan perbadanan;
(f) akaun yang hendak disimpan oleh perbadanan dan
hal mengauditnya;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4127
(g) pertalian di antara perbadanan dengan Datuk Bandar
dan hak kawalannya ke atas perbadanan; dan
(h) meteri biasa perbadanan.
50. Kuasa meminjam wang.
Datuk Bandar boleh, dengan kelulusan Menteri dan juga Menteri
Kewangan atas had-had dan syarat-syarat sebagaimana yang
ditetapkan, meminjam apa-apa jumlah wang sebagaimana yang
perlu untuk membiayai pembangunan suatu kawasan
pembangunan.
51. Kuasa melupuskan tanah dan harta.
Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh menjual,
menyewakan, atau selainnya menguruskan atau melupuskan
mana-mana tanah atau harta dalam sesuatu kawasan
pembangunan.
BAHAGIAN X
PERUNTUKAN PELBAGA1
52. Kuasa masuk.
(1) Pegawai berkuasa boleh, dengan atau tanpa penolong atau
pekerja, memasuki mana-mana tanah atau bangunan bagi
maksud–
(a) membuat apa-apa penyiasatan, pemeriksaan, ukuran
atau kerjaukur atau mengukur aras tanah atau
bangunan itu;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4128
(b) menetapkan sempadan dan garisan kerja yang
dicadangkan;
(c) menandakan apa-apa aras, sempadan dan garisan
dengan meletakkan tanda dan menggali peparit;
(d) memeriksa kerja-kerja dalam pembinaan dan
menentukan haluan betungan dan parit;
(e) menggali atau mengorek tanih bawah;
(f) menentukan sama ada apa-apa pembangunan telah
dimulakan, diusahakan atau dijalankan melanggar
mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah
yang dibuat di bawahnya; dan
(g) melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk
mentadbirkan Akta ini dengan cekap.
(2) Tiada kemasukan boleh dilakukan–
(i) mengenai sesuatu bangunan yang digunakan semata-
mata sebagai rumah tempat tinggal atau ke dalam
mana-mana bahagian atau taman terkepung yang
bercantum dengan bangunan itu, melainkan jika
persetujuan telah didapati terlebih dahulu daripada
penduduknya atau notis bertulis mengenai maksud
hendak masuk telah diberi kepada penduduknya
sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum
hendak masuk itu; dan
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4129
(ii) tanpa memberi perhatian yang sewajarnya setakat
yang seimbang dengan keperluan kemasukan itu
terhadap kelaziman-kelaziman sosial dan ugama
penduduk-penduduk tanah atau bangunan itu.
(3) Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang
kemasukan mana-mana orang yang diberi kuasa atau yang
berkuasa di bawah seksyen kecil (1) untuk memasuki mana-
mana tanah atau bangunan atau menyerang orang itu
selepas kemasukan itu adalah melakukan suatu kesalahan
dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih
daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
lebih daripada satu tahun.
53. Penyampaian dokumen.
(1) Semua dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya untuk
disampaikan kepada mana-mana orang hendaklah, kecuali
sebagaimana selainnya diperuntukkan dalam Akta ini atau
kaedah-kaedah, disifatkan sebagai telah disampaikan
dengan sempurna–
(a) mengenai dokumen yang hendak disampaikan kepada
sesuatu jabatan kerajaan, atau pihak berkuasa
keretapi atau tempatan atau sesuatu pihak berkuasa
berkanun, syarikat perbadanan, pertubuhan atau
badan lain jika dokumen itu dialamatkan kepada
ketua jabatan Kerajaan itu, pengurus besar
perkhidmatan keretapi, setiausaha atau pegawai-
pegawai utama pihak berkuasa tempatan, pihak
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4130
berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan,
pertubuhan atau badan-badan lain di pejabat utama,
cawangan, tempatan atau berdaftar, mengikut mana
yang berkenaan, dan sama ada–
(i) diserahkan di pejabat itu; atau
(ii) dihantar dengan pos berdaftar ke pejabat itu;
(b) mengenai dokumen yang hendak disampaikan kepada
sesuatu perkongsian, jika dokumen itu dialamatkan
kepada perkongsian itu di tempat perniagaan
biasanya, dengan mengenalinya mengikut nama atau
gelaran di bawah mana perniagaannya dijalankan,
dan sama ada–
(i) diserahkan di tempat perniagaan tersebut; atau
(ii) dihantar dengan pos berdaftar ke tempat
tersebut;
(c) dalam mana-mana hal lain, jika dokumen itu
dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan
dokumen itu dan–
(i) diberi atau diserahkan kepadanya; atau
(ii) dihantar dengan pos berdaftar kepada orang
itu; atau
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4131
(iii) jika tidak dapat disampaikan kepadanya
sendiri atau dengan pos berdaftar, dokumen itu
diberi atau dihantar kepada ahli keluarga yang
dewasa atau dilekatkan bahagian yang mudah
dilihat di bahagian tanah atau bangunan yang
dimaksudkan oleh dokumen itu.
(2) Apa-apa dokumen yang dikehendaki atau dibenar untuk
disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana
tanah atau bangunan boleh dialamatkan sebagai "pemunya"
atau “penduduk", mengikut mana yang berkenaan, mengenai
tanah atau bangunan itu (namakan atau perihalkan tanah
atau bangunan itu) tanpa nama atau perihal yang lain, dan
hendaklah disifatkan sebagai disampaikan dengan
sempurnanya jika dokumen yang dialamatkan sedemikian
dihantar atau diserahkan mengikut perenggan (c) seksyen
kecil (1).
(3) Jika sesuatu dokumen itu disampaikan kepada sesuatu
perkongsian mengikut seksyen ini, dokumen itu hendaklah
disifatkan sebagai disampaikan kepada tiap-tiap seorang
pekongsi.
(4) Jika orang yang dokumen itu hendak disampaikan adalah
orang belum dewasa, penyampaian dokumen itu kepada
penjaga atau ahli keluarganya yang dewasa hendaklah
disifatkan sebagai disampaikan kepada orang belum dewasa
itu.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4132
(5) Sesuatu dokumen yang dihantar dengan pos berdaftar
hendaklah disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas
tarikh pendaftaran.
54. Pengesahan dokumen-dokumen.
(1) Tiap-tiap pelan termasuklah peta, perintah pembangunan,
perintah, permit atau notis termasuklah notis
penguatkuasaan atau notis permintaan, yang disediakan,
dikeluarkan, dibuat atau disampaikan oleh Datuk Bandar di
bawah, menurut kuasa atau bagi maksud-maksud Akta ini
hendaklah disahkan dengan tandatangan Datuk Bandar
atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Datuk
Bandar.
(2) Sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh Datuk Bandar
memperakui bahawa apa-apa dokumen yang berupa sebagai
disediakan, dikeluarkan, dibuat atau disampaikan olehnya
telah disediakan, dikeluarkan, dibuat atau disampaikan
sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad
mengenai fakta yang diperakui sedemikian itu.
55. Bukti dokumen.
(1) Tiap-tiap dokumen yang tersebut dalam seksyen 54 dan
disahkan dan diperakui sewajarnya mengikut cara yang
diperihalkan dan tiap-tiap dokumen data bentuk resit,
permohonan, rekod atau daftar yang dikeluarkan, dibuat
atau disenggara di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud-
maksud Akta ini hendaklah jika diperakui sewajarnya oleh
Datuk Bandar atau seseorang pegawai berkuasa yang bagi
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4133
maksud ini dibenarkan sebagai bukti mengenai kandungan-
kandungan dokumen itu.
(2) Sesuatu salinan mana-mana dokumen yang tersebut data
seksyen kecil (1) atau sesuatu cabutan daripadanya, jika
diperakui dengan sempurna oleh Datuk Bandar atau
seseorang pegawai berkuasa bagi maksud ini boleh diterima
sebagai keterangan mengenai perkara-perkara dan urusan
yang dinyatakan di dalamnya dalam hal di mana dan setakat
yang sama seperti salinan asal dokumen itu boleh diterima
jika dikemukakan bagi membuktikan perkara-perkara dan
urusan itu.
(3) Walau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-
undang bertulis, dalam mana-mana prosiding di bawah Akta
ini, suatu perakuan bagi maksud menentukan tuanpunya
berdaftar bagi mana-mana tanah, yang berupa sebagai
ditandatangani oleh Pendaftar Hakmilik atau Pemungut
Hasil Tanah, mengikut mana yang berkenaan, bolehlah
melainkan jika dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan
mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya.
56. Sekatan terhadap menyaman Datuk Bandar, pegawai-
pegawai berkuasa dan agen-agen.
Datuk Bandar atau mana-mana pegawai berkuasa atau agen tidak
boleh dikehendaki dalam mana-mana prosiding undang-undang
dalam mana Datuk Bandar bukan menjadi satu pihak,
mengemukakan apa-apa rekod, daftar atau dokumen yang
kandungannya boleh dibuktikan di bawah seksyen 55 dengan suatu
salinan yang diperakui, atau hadir sebagai saksi untuk
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4134
membuktikan perkara-perkara dan urusan yang direkodkan di
dalamnya, melainkan dengan perintah mahkamah dibuat untuk
sebab khas.
57. Pendakwaan.
(1) Datuk Bandar boleh mengarahkan sesuatu pendakwaan bagi
sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya dan Datuk Bandar boleh
membenarkan secara bertulis untuk menanggung apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi pendakwaan itu.
(2) Seseorang pegawai berkuasa atau seseorang pegawai polis
yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh
menjalankan pendakwaan-pendakwaan itu bagi pihak Datuk
Bandar.
58. Pelupusan barang yang dipindah oleh Datuk Bandar.
(1) Apa-apa barang, kereta atau benda yang dipindahkan dari
mana-mana bangunan atau tanah oleh Datuk Bandar atau
mana-mana pegawai berkuasa di bawah seksyen 29
hendaklah ditahan atas risiko pemunya atau orang yang
menyalahi sehingga belanja pemindahan dan penahanan
dibayar.
(2) Jika tidak ada tuntutan terhadap barang, kereta atau benda
itu maka barang, kereta atau benda itu boleh dijual melalui
lelong awam atau, jika pada pendapat Datuk Bandar hal
keadaan memerlukan, barang, kereta atau benda itu boleh
dijual selainnya atau dilupuskan tanpa dijual.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4135
(3) Wang yang didapati dari jualan itu boleh disimpan oleh
Datuk Bandar dan digunakan bagi atau terhadap belanja
yang dilakukan dan lebihnya, jika ada, hendaklah dibayar,
apabila dituntut, kepada pemunya barang, kereta atau benda
itu.
(4) Jika lebihan itu tidak dituntut dalam masa dua tahun ia
hendaklah dibayar ke dalam kumpulan rapat wang Datuk
Bandar.
59. Penalti kerana mengganggu tanda-tanda.
Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran Datuk Bandar,
bersengaja memusnahkan, merosakkan, mencemar, mengalih, atau
mengganggu secara lain sesuatu tanda yang ditempatkan atau
didirikan bagi maksud menunjukkan sesuatu aras atau arah yang
perlu untuk menjalankan maksud-maksud Akta ini adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan-
(a) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih
daripada satu tahun atau kedua-duanya; dan
(b) boleh, selain daripada atau sebagai ganti penalti itu,
diperintahkan supaya membayar kepada Datuk
Bandar sejumlah wang, yang boleh didapatkan sebagai
denda, tidak lebih daripada tiga kali ganda kos bagi
memperbaiki atau menempatkan semula tanda itu dan
membuat apa-apa kerja ukur yang menjadi perlu oleh
kerana perbuatan yang berkenaan dengannya ia
disabitkan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4136
60. Pengkhidmat awam.
Datuk Bandar dan tiap-tiap pegawai berkuasa atau agen di bawah
Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam bagi
maksud Kanun Keseksaan.
61. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, hendaklah dipakai
bagi sesuatu tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding
terhadap Datuk Bandar, tiap-tiap ahli Lembaga Rayuan atau
Jawatankuasa dan tiap-tiap pegawai berkuasa atau ejen di bawah
Akta ini berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian, atau
kemungkiran yang dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.
62. Mengganti rugi dan kecuaian daripada tanggungan
dsb.
(1) Jika Datuk Bandar, pada menjalankan kuasa-kuasa yang
diberi di bawah Akta ini telah menanggung perbelanjaan dan
kos yang mana di bawah Akta ini kena dibayar atau boleh
dituntut daripada seseorang, maka orang itu hendaklah
menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi Datuk
Bandar terhadap apa-apa tuntutan, gantirugi atau kerugian
atau permintaan yang mungkin dibawa terhadap Datuk
Bandar dalam sesuatu tindakan atau prosiding yang terbit
daripada dan bersampingan dengan penjalanan kuasa-kuasa
itu.
(2) Tiada apa-apa perbuatan atau perkara atau benda yang
dilakukan oleh Datuk Bandar, ahli-ahli Lembaga Rayuan
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4137
atau Jawatankuasa, dan mana-mana pegawai berkuasa atau
ejen boleh, jika perbuatan, perkara atau benda itu dilakukan
bona fide bagi maksud melaksanakan Akta ini,
mentaklukkan mereka dengan sendirinya kepada apa-apa
tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan.
63. Kecualian daripada fee dan caj.
(1) Segala pembangunan yang semata-mata dicadangkan bagi
maksud-maksud ugama, pendidikan, lipurdiri, sosial,
kebajikan, atau khairat dan bukannya untuk keuntungan
wang adalah dikecualikan daripada pembayaran semua caj
dan fee di bawah Akta ini.
(2) Pengecualian di bawah seksyen kecil (1) tidak dipakai bagi
caj pembangunan.
64. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
(1) Datuk Bandar boleh dengan kelulusan Menteri membuat
kaedah-kaedah amnya untuk melaksanakan dengan cara
lebih baik peruntukan-peruntukan Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa di atas,
kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi
semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut,
iaitu–
(a) mengawal pembangunan tanah berhubungan dengan
perancangan yang sepatutnya;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4138
(b) kelas-kelas kegunaan tanah dan bangunan atau
bahagiannya;
(c) mengawal kepadatan penduduk, luas lantai, nisbah
plot, kawasan plinth, dan kegunaan bangunan atau
tanah;
(d) mengawal tinggi, reka bentuk, rupa dan tapak bina
bangunan, mengadakan tempat-tempat letak kereta,
anjakan dan tanah lapang;
(e) mengawal jalan-jalan masuk ke tanah atau bangunan;
(f) melindungi tugu-tugu lama dan tanah dan bangunan
yang mempunyai kepentingan sejarah atau senibina;
(g) bentuk dan kandungan terperinci pelan struktur dan
pelan tempatan, prosedur yang akan diikuti berkenaan
dengan menyediakan, mengemukakan dan
meluluskannya, mengikut bentuk dan cara ianya akan
disiarkan, dan bentuk notis berhubungan dengannya;
(h) kelayakan orang-orang yang boleh menyediakan atau
mengemukakan pelan-pelan bagi maksud Akta ini;
(i) mengawal dimensi, rupa dan kedudukan iklan yang
boleh dipamerkan, tempat iklan itu boleh dipamerkan,
cara bagaimana iklan itu boleh dilekatkan kepada
tanah atau bangunan itu, mengeluarkan lesen-lesen
untuk mempamer iklan-iklan itu dan untuk mencegah
atau membuang iklan-iklan yang tidak dilesenkan;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4139
(j) menetapkan apa-apa fee yang mungkin dikehendaki
dibayar di bawah Akta ini;
(k) kadar caj pembangunan dan cara penghitungan caj
pembangunan;
(l) borang dalam mana permohonan untuk kebenaran
perancangan untuk pembangunan boleh dibuat, butir-
butir yang hendak diberi dalam permohonan itu dan
dokumen dokumen dan pelan-pelan yang hendak
disertakan dengan permohonan itu;
(m) bentuk dan kandungan perintah pemeliharaan pokok;
(n) bentuk dan kandungan sesuatu perintah kawasan
tindakan;
(o) bentuk pendaftaran permohonan dan butir-butir yang
akan terkandung dalam daftar itu;
(p) cara menfail, dan fee-fee yang kena dibayar mengenai,
dan prosedur yang akan diikuti bagi, rayuan-rayuan
kepada Lembaga Rayuan;
(q) mengawal penjalanan rundingan-rundingan untuk
membeli tanah dalam sesuatu kawasan pembangunan
dan syarat-syarat pembelian itu;
(r) mengawal pembuatan dan syarat-syarat membuat apa-
apa perkiraan untuk bersama mendapat keuntungan,
menyatukan kepentingan, bekerjasama, usahaniaga
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4140
bersama, atau konsesi bersaling dengan mana-mana
orang, syarikat atau badan di bawah seksyen 49;
(s) mendapatkan pelaksanaan yang adil dan saksama
terhadap penguatkuasaan seksyen 51;
(t) mengadakan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan di
bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang kecil
yang boleh dikompaun oleh Datuk Bandar, orang-
orang yang boleh mengkompaun, jumlah had wang
yang boleh dipungut oleh Datuk Bandar untuk
mengkompaun kesalahan-kesalahan itu dan prosedur
dan borang-borang yang hendak dipatuhi dalam
mengkompaun; dan
(u) apa-apa perkara lain bagi melicinkan pelaksanaan
pelan pembangunan.
Ulasan:
Menggunakan kuasa di bawah seksyen ini, Datuk Bandar Kuala
Lumpur telah membuat beberapa kaedah-kaedah iaitu:
i) Kaedah-kaedah Wilayah Persekutuan (Perancangan)
(Pengezonan dan Kepadatan) 1985 (P.U.(A) 501/85)
ii) Kaedah-kaedah Wilayah Persekutuan (Perancangan)
(Lembaga Rayuan) 1997 (P.U.(A) 376/97)
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4141
iii) Kaedah-kaedah Wilayah Persekutuan (Perancangan)
(Tatacara Untuk Pemulangan Caj Pembangunan)
2007 (P.U.(A) 380/2007)
65. Pemansuhan dan kecualian.
(1) Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 adalah
dimansuhkan.
(2) Walau apa pun pemansuhan undang-undang yang
dinyatakan dalam seksyen kecil (1) yang disebut "undang-
undang yang dimansuhkan" dalam Akta ini–
(a) mana-mana kaedah yang dibuat di bawah undang-
undang yang dimansuhkan itu hendaklah setakat
mana ianya tidak bertentangan dengan peruntukan-
peruntukan Akta ini terus berkuatkuasa dan
mempunyai kesan yang sama seolah-olah ianya
telahdibuat di bawah Akta ini;
(b) mana-mana perintah, perintah pembangunan, notis,
termasuklah notis penguatkuasaan dan notis
permintaan, sesuatu kebenaran perancangan, arahan,
pemberitahuan atau permit yang dibuat, diberi,
dibenarkan, dikeluarkan, diserahkan atau
disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi
maksud-maksud undang-undang yang dimansuhkan
dan adalah berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh yang
ditetapkan hendaklah, tertakluk kepada tempoh sah
yang dinyatakan di dalamnya, terus berkuatkuasa dan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4142
mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah
dibuat, diberi, dibenarkan, dikeluarkan, diserahkan
atau disampaikan, mengikut mana yang berkenaan, di
bawah atau menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini:
Dengan syarat bahawa seseorang itu boleh dipecat daripada
jawatan itu atau perlantikannya dibatalkan atau diubah
mengikut peruntukan-peruntukan yang bersamaan dalam
Akta ini berhubungan dengannya;
(c) mana-mana orang yang dengan sah di sisi undang-
undang menjalankan atau memegang sebelum sahaja
dari tarikh yang ditetapkan itu apa-apa tugas atau
jawatan yang bersamaan dengan yang diberi oleh Akta
ini kepada seseorang ahli Lembaga Rayuan, seorang
ahli Jawatankuasa, atau seseorang pegawai berkuasa
atau agen hendaklah pada tarikh yang ditetapkan itu
terus menjalankan apa-apa tugas atau memegang apa-
apa jawatan tertakluk kepada had-had dan syarat-
syarat yang dinyatakan dalam suratcara
perlantikannya itu:
Dengan syarat bahawa seseorang itu boleh dipecat daripada
jawatan itu atau perlantikannya dibatalkan atau diubah
mengikut peruntukan-peruntukan yang bersamaan dalam
Akta ini berhubungan dengannya.
Ulasan:
Undang-undang perancangan bandar yang terpakai di Kuala
Lumpur sebelum Akta 267 diperkenalkan ialah Akta (Perancangan)
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4143
Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107). Seksyen ini
memansuhkan Akta 107 tersebut tetapi mengecualikan kaedah-
kaedah, perintah-perintah dan notis-notis yang dibuat di bawah
Akta 107 yang tidak bercanggah dengan Akta 267. Akta 107 bukan
berasaskan sistem rancangan pemajuan tetapi berasaskan sistem
pelan pengezonan. Pelan Pembangunan Lengkap („Comprehensive
Development Plans’) yang diluluskan di bawah Akta 107 masih
diterimapakai oleh Akta 267 di mana Datuk Bandar dalam
menimbangkan sama ada untuk meluluskan atau menolak
permohonan untuk kebenaran perancangan, harus menimbangkan
Pelan Pembangunan Lengkap di kawasan di mana pelan tempatan
belum lagi wujud (rujuk seksyen 22(4) Akta 267).
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta (Perancangan) Kuala
Lumpur 1973 yang masih berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur ialah Kaedah-kaedah Bandaraya Kuala Lumpur
(Perancangan) (Kelas-kelas Penggunaan) 1980 (P.U.(A) 78/80) yang
mengawal penggunaan tanah dan bangunan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
66. Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971
(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 17 Akta Perbadanan
Pembangunan Bandar 1971, berhubungan dengan kawasan
Wilayah Persekutuan sahaja, jika Menteri yang diperihalkan
dalam Akta tersebut mengisytiharkan mana-mana kawasan
dalam Wilayah Persekutuan sebagai Kawasan Pembangunan
Bandar, melalui pemberitahuan dalam Warta,
pengisytiharan tersebut tidak berkuatkuasa dan mempunyai
kesan melainkan dengan persetujuan Menteri yang
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4144
bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan.
(2) Jika mana-mana kawasan di dalam Wilayah Persekutuan
telah diisytiharkan sebagai sedemikian di bawah seksyen
kecil (1), maka tugas-tugas dan kuasa-kuasa yang diberi di
bawah dan kewajipan-kewajipan yang dikenakan oleh Akta
ini hendaklah dijalankan dan dilaksanakan oleh Perbadanan
Pembangunan Bandar dan Datuk Bandar hendaklah terhenti
daripada menjalankan tugas dan kuasa-kuasa itu dan
daripada melaksanakan kewajipan-kewajipan itu.
(3) Yang di Pertuan Agong boleh dengan perintah yang
disiarkan dalam Warta membuat apa-apa peruntukan
sebagaimana yang difikirkan perlu atau bermanfaat bagi
maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan
oleh mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan
seksyen ini dan mana-mana perintah itu boleh dibuat supaya
berkuatkuasa daripada mulanya perisytiharan yang tersebut
dalam seksyen kecil (1).
Ulasan:
Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 (Akta 46) telah
dimansuhkan oleh Akta Perbadanan Pembangunan Bandar
(Pembubaran) (Akta 547) dan digantikan oleh Akta Perbadanan
Pembangunan Bandar (Syarikat Pengganti) 1996 (Akta 548).
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4145
4.3 PERBEZAAN DI ANTARA AKTA 267 DAN AKTA 172
Struktur organisasi perancangan di bawah Akta 267 berbeza
dengan Akta 172. Dari segi kuasa memberi arahan yang mengikat,
Akta 267 meletakkan Menteri di tangga teratas struktur organisasi
perancangan diikuti dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang
merupakan pihak berkuasa perancang tempatan bagi Kuala
Lumpur. Manakala di bawah Akta 172, Majlis Perancangan Fizikal
Negara menduduki tahap tertinggi diikuti dengan Jawatankuasa
Perancang Negeri dan seterusnya pihak berkuasa perancang
tempatan.
Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta 267 tidak boleh memberi
arahan yang mengikat Datuk Bandar. Jawatankuasa Perancang
Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta 172 boleh
memberi arahan yang mengikat pihak berkuasa perancang
tempatan.
Kedudukan dan Kuasa-kuasa Datuk Bandar sebagai pihak
berkuasa perancang tempatan di Kuala Lumpur (pemakaian Akta
190 bersama dengan Akta 267). Manakala di bawah Akta 172,
pihak berkuasa perancang tempatan ialah pihak berkuasa
tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tersebut (seksyen 5(1) Akta
172).
Berbeza dengan negeri-negeri di bawah Akta 172 yang mempunyai
Jawatankuasa Perancang Negeri masing-masing, bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Akta 267 menerangkan dasar-dasar
am berkenaan dengan perancangan pemajuan semua tanah dalam
Wilayah Persekutuan berada di bawah tanggungjawab Menteri
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4146
(Wilayah Persekutuan) atas nasihat Lembaga Penasihat
Perancangan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah
seksyen 4 Akta itu. Tambahan lagi seksyen 3 Akta itu
membolehkan, Menteri memberi arahan-arahan kepada Datuk
Bandar, baik bersifat khas mahupun bersifat umum, dan Datuk
Bandar dikehendaki melaksanakan arahan-arahan tersebut.
Proses penyediaan pelan pembangunan di bawah Akta 267 berbeza
dengan peruntukan dalam Akta 172. Di bawah Akta 267, Datuk
Bandar Kuala Lumpur dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan draf pelan struktur dan juga draf pelan tempatan. Di
bawah Akta 172, rancangan struktur disediakan oleh Pengarah
Negeri dan rancangan tempatan disediakan oleh pihak berkuasa
perancang tempatan.
Akta 267 membuat peruntukan yang lebih terperinci tentang
bagaimana bantahan terhadap draf pelan struktur akan dijalankan.
Bagi tujuan menyemak bantahan yang diterima, Menteri akan
melantik sebuah Jawatankuasa yang terdiri tidak kurang dari tiga
orang. Jawatankuasa itu akan memberi peluang perbicaraan
kepada semua bantahan dan membuat laporan kepada Datuk
Bandar dalam masa tidak lebih enam bulan sesudah hari
pendengaran yang terakhir. Setelah mengambil kira laporan
Jawatankuasa, Datuk Bandar boleh meminda draf pelan itu dan
kemudian menyerahkannya beserta laporan kepada Menteri dalam
masa tiga bulan daripada tarikh laporan itu diterima. Menteri akan
merujukkan laporan itu kepada Lembaga Penasihat bagi
mendapatkan ulasan; akan tetapi ia tidak terikat untuk bersetuju
dengan pendapat Lembaga Penasihat. Akhirnya Menteri akan
mengambil salah satu daripada langkah-langkah atau tindakan
berikut menurut seksyen 8 Akta 267–
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4147
(a) Meluluskan draf pelan itu; atau
(b) Meluluskan draf pelan dengan perubahan-perubahan
yang dianggapnya perlu; atau
(c) Mengembalikan draf pelan kepada Datuk Bandar
untuk pertimbangan lebih lanjut; atau
(d) Menolak draf pelan tersebut.
Menurut seksyen 9 Akta 267, selepas sahaja draf pelan struktur
diluluskan oleh Menteri, Datuk Bandar hendaklah menyiarkan
kelulusan itu dalam Warta Kerajaan dan akhbar-akhbar tempatan,
dan mulai dari tarikh penyiaran itu pelan tersebut mula berkuat
kuasa .
Menurut Seksyen 10 Akta 267, pelan struktur yang telah
berkuatkuasa boleh diubah, ditambah, disemak atau diganti
keseluruhan atau sebahagiannya, sama ada atas kehendak Datuk
Bandar sendiri mahupun atas arahan Menteri. Perkara-perkara
yang perlu dikaji bagi tujuan perubahan, penambahan,
penyemakan atau penggantian di atas adalah komprehensif dan
dihuraikan dengan terperinci dalam seksyen tersebut. Prosedur
bagi penerimaan sebuah pelan baru yang disemak semula adalah
bersamaan dengan prosedur untuk penyediaan draf pelan struktur
pertama.
Seperti juga proses penyediaan rancangan struktur dalam Akta
172, pelan struktur dalam Akta 267 ini akan disusuli dan
dilengkapi dengan pelan-pelan tempatan dan pelan-pelan kawasan
tindakan. Walaupun fungsi pelan tempatan atau pelan kawasan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4148
tindakan menurut Akta 267 sama seperti rancangan tempatan atau
rancangan kawasan khas yang ditentukan dalam Akta 172,
kandungan, publisiti dan prosedur penerimaannya berbeza sedikit.
a) Kandungan
Kandungan draf rancangan tempatan yang disediakan di bawah
Akta 172 lebih diperincikan berbanding kandungan draf pelan
tempatan dalam Akta 267. Dengan pindaan Akta 172 melalui Akta
A933 pada tahun 1995, peruntukan mengenai kandungan draf
rancangan tempatan telah dimantapkan lagi dengan
menyenaraikan perkara-perkara yang harus dirumuskan oleh pihak
berkuasa perancang tempatan dalam draf rancangan tempatan.
Dalam perenggan 12 (3)(a) Akta 172, contohnya, suatu draf
rancangan tempatan hendaklah mengandungi rumusan pihak
berkuasa perancang tempatan mengenai cadangannya bagi – (i)
memajukan; (ii) menggunakan tanah; (iii) melindungi dan
memperelok alam sekitar dari segi fizikal; (iv) memelihara
topografi semulajadi; (v) memperelok lanskap; (vi) memelihara dan
menanam pokok; (vii) mengadakan tanah lapang; (viii) memelihara
dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan; (ix) memperelok sistem
komunikasi; dan (x) menguruskan lalu lintas. Manakala perenggan
13(3)(a) Akta 267 hanya menyatakan secara am bahawa draf pelan
tempatan „hendaklah menyatakan dengan secara terperinci
sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar, cadangan-
cadangannya untuk pembangunan dan kegunaan tanah dalam
kawasan pelan tempatan termasuklah langkah-langkah yang
difikirkannya patut untuk pembaikan alam sekitar dan membaiki
pengangkutan. Perenggan 13(3)(b) mengizinkan juga Menteri
memberikan arahan atau „ketentuan‟ dalam penyediaan draf pelan
tempatan di Kuala Lumpur.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4149
b) Publisiti
Seksyen 14 Akta 267 tidak memperincikan tentang publisiti melalui
akhbar manakala subseksyen 13(2) Akta 172 memperincikan
tentang jenis akhbar dan jumlah keluaran akhbar di mana notis
mengenai penyediaan draf rancangan tempatan harus disiarkan.
(c) Kelulusan dan Prosedur Penerimaan
Dalam proses penyiasatan dan perbicaraan berkenaan dengan draf
pelan tempatan, dalam Akta 267, selain daripada Datuk Bandar
sendiri, seksyen 15 tidak menyatakan siapakah dan kelayakan
orang-orang yang boleh menjalankan pendengaran tersebut
bersama Datuk Bandar. Akta 172 memperuntukan dalam seksyen
14 bahawa satu jawatankuasa untuk membuat siasatan tempatan
dan pendengaran ditubuhkan yang terdiri daripada tiga orang yang
dilantik oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dalam seksyen dan
juga memperuntukkan tentang kuasa Jawatankuasa Perancang
Negeri membuat kaedah-kaedah mengenai perlantikan, kelayakan,
saraan dan elaun bagi ahli jawatankuasa tersebut.
Penerimaan draf pelan tempatan dibuat oleh Datuk Bandar dengan
kelulusan Menteri di bawah subseksyen 16(1) Akta 267 manakala
penerimaan dan kelulusan draf rancangan tempatan dibuat oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah subseksyen 15(1A) Akta
172. Di bawah Akta 267, fakta penerimaan draf pelan tempatan
oleh Datuk Bandar dan tempat di mana salinan pelan itu boleh
diperiksa akan disiarkan dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar
tempatan. Pelan Tempatan itu akan berkuatkuasa apabila Datuk
Bandar menerimanya di bawah subseksyen 16(1) Akta 267. Dalam
Akta 172, setelah Jawatankuasa Perancang Negeri meluluskan draf
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4150
rancangan tempatan, Jawatankuasa akan menyerahkan draf
rancangan tempatan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
persetujuannya dan rancangan itu akan berkuatkuasa apabila
Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan persetujuannya dalam
subseksyen 15 (1C).
Dalam seksyen 17 Akta 267 disebutkan bahawa Datuk Bandar
boleh mengubah, menambah, menyemak semula, memansuhkan
atau mengganti semula sebuah pelan tempatan sebahagian atau
seluruhnya, pada bila-bila masa. Di samping itu, Menteri juga
mempunyai kuasa mengarahkan Datuk Bandar untuk membuat
perkara-perkara tersebut di atas. Malahan seksyen 18
membolehkan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam
warta dan mana-mana akhbar, menggantung sebahagian atau
seluruh pelan pembangunan, baik atas kehendaknya sendiri atau
atas syor dari Datuk Bandar (seksyen 18). Untuk tujuan tersebut,
Menteri boleh melalui perintah yang dimaksudkan itu, membuat
pengubahsuaian atau meminda peruntukan-peruntukan tertentu
dalam Akta ini.
„Kawasan khas‟ dalam Akta 267 dirujuk sebagai „kawasan tindakan‟
dalam seksyen 12. Datuk Bandar boleh dengan kelulusan Menteri,
mengisytiharkan mana-mana kawasan yang tidak ditunjukkan
sebagai kawasan tindakan dalam pelan pembangunan sebagai satu
kawasan tindakan yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan.
Walaupun belum ada pengisytiharan yang dibuat di bawah seksyen
12 Akta 267, satu kawasan tindakan boleh juga dikenalpasti di
dalam Pelan Struktur sepertimana yang diperuntukkan dalam
seksyen 13(5). Dalam hal yang demikian, satu deraf pelan
tempatan hendaklah disediakan untuk kawasan itu. Ini telah pun
dibuat oleh DBKL bagi kawasan Kampong Baru yang telah
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4151
dikenalpasti sebagai kawasan tindakan dalam Pelan Struktur
Kuala Lumpur 2020. Dalam Akta 172, rancangan kawasan khas
ditentukan samada oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Negeri atau pihak berkuasa perancang negeri mengikut
penentuan Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah subseksyen
16B(2). Proses penyediaan Rancangan Kawasan Khas di bawah
Akta 172 adalah sama dengan proses penyediaan draf rancangan
tempatan.
Seperkara yang menarik dalam Akta 267 ialah kuasa budi bicara
Datuk Bandar dalam hal memberi kebenaran perancangan dan
mengeluarkan perintah pembangunan di bawah seksyen 22,
keluputan perintah pembangunan di bawah seksyen 24, serta
pembatalan dan pengubahsuaian perintah pembangunan,
kebenaran atau kelulusan perancangan di bawah seksyen 25.
Dalam tatacara penyertaan awam pun terdapat sedikit perbezaan
di antara Akta 267 dan Akta 172. Di bawah Akta 172, penglibatan
awam bermula pada peringkat awal penyediaan rancangan
struktur, iaitu pada awal penyediaan kajian lagi melalui Notis
Pemberitahuan (Focus Group Discussion) bagi rancangan pemajuan
sepertimana seksyen 9; manakala Akta 267 memperuntukkan
penyertaan awam hanya setelah draf pelan struktur siap
sepertimana seksyen 7. Akta 267 memberi kuasa kepada Menteri
menyediakan pelan struktur atas dasar pentadbiran yang
kemudiannya diberi kuatkuasa undang-undang dan barulah
sesudah itu dibuka kepada bantahan awam.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4152
4.4 AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995 (AKTA 536) :
PENGENALAN DAN SEKSYEN-SEKSYEN TERPILIH
DAN ULASAN
Pengenalan
Pada tahun 1993, kabinet memutuskan untuk memindahkan
beberapa aktiviti pentadbirannya ke satu pusat khas dan telah
memilih Perang Besar di Selangor. Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan yang baru ini dinamakan Putrajaya bagi mengingati
Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana
Menteri Malaysia yang pertama. Pada 20 Julai 1995, perjanjian
telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri Selangor bagi membolehkan Putrajaya diwujudkan di dalam
Daerah Sepang di Negeri Selangor. Melalui Akta Perbadanan
Putrajaya 1995 (Akta 536), satu perbadanan yang diberi nama
Perbadanan Putrajaya ditubuhkan untuk mentadbir dan
menguruskan segala usaha pembangunan di Putrajaya.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4153
AKTA 536
AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995
Tarikh Persetujuan Diraja : 19 Oktober 1995
Tarikh diterbitkan dalam Warta : 2 November 1995
Tarikh mula berkuatkuasa ditetapkan : 1 Mac 1996 [P.U.(B)
78/96]
Seksyen 3. Perbadanan dan objektifnya
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan
perbadanan bernama ”Perbadanan Putrajaya” yang kekal
turun temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang
boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk
kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat
kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil,
memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau
harta tak alih dan boleh memindahhakkan,
menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan,
menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis,
menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan
apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa
urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih
atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak
pada Perbadanan, mengikut apa-apa terma yang
difikirkannya patut.
Seksyen 4. Fungsi-fungsi Perbadanan
(1) Fungsi-fungsi Perbadanan ialah–
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4154
(a) melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di
dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;
(b) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan
mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di
dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;
(c) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan
mengusahakan pembangunan komersil, pembangunan
infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal
di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan
(d) mengawal dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang
disebut dalam perenggan (b) dan (c) di dalam Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
(2) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan
segala benda yang suaimanfaat atau yang semunasabahnya
perlu bagi, atau bersampingan dengan, perlaksanaan fungsi-
fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan
keluasan kuasa yang tersebut di atas–
(a) menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di
Wilayah Persekutuan Putrajaya;
(b) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-
aktiviti yang bersifat komersil yang perlaksanaanya
didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah
atau sesuai bagi atau berkaitan dengan perlaksanaan
fungsi-fungsinya;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4155
(c) mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai
kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan
semula yang mungkin dan membuat rancangan-
rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti-
aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan
tinjauan-tinjauan permulaan untuk menentukan
sama ada pengusahaan dan perjalanan projek
pembangunan atau pembangunan semula boleh
dilaksanakan;
(d) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai agen atau
agen pengurus bagi, atau selainnya bertindak
bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak
berkuasa awam, mana-mana syarikat atau
perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
(e) memajukan dan menyelaras perjalanan apa-apa
aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat
atau perbadanan, atau mana-mana badan orang lain;
(f) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau
memperkembang, atau memajukan penubuhan atau
pengembangan syarikat-syarikat, perbadanan-
perbadanan atau badan-badan lain untuk
menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam
perenggan (b) dan (c) sama ada di bawah kawalan
atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4156
(g) menghendaki jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat
dalam atau bercadang untuk menjalankan
pembangunan di dalam Wilayah Persekutuan
Putrajaya mengemukakan laporan-laporan yang
mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang
ditentukan oleh Perbadanan, mengenai aktiviti-
aktivitinya atau aktiviti-aktiviti yang dicadangkan;
(h) melantik mana-mana agen yang difikirkannya patut
bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsinya;
(i) dengan kelulusan Menteri, menswastakan atau apa-
apa cara lain memindahmilikkan atau melupuskan
mana-mana aktivitinya berhubungan dengan fungsi-
fungsinya di bawah seksyen ini atau menswastakan
atau dengan apa-apa cara lain memindahmilikkan
atau melupuskan mana-mana asetnya;
(j) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang
difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana
fungsi atau kuasanya;
(k) mengawalselia, menyelaraskan dan mengusahakan
pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur
di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan
(l) melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya
patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-
fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4157
(3) Tertakluk kepada seksyen 9, adalah menjadi tanggungjawab
Perbadanan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah
Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu
dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar
Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuatkuasa dan
khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan
Kawasan Perbadanan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
Seksyen 5. Keanggotaan Perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada dua orang mewakili
Kerajaan Negeri, yang akan dinamakan oleh Menteri Besar
Selangor dengan perkenan Raja Negeri Selangor, dan
anggota-anggota yang berikut yang dilantik oleh Menteri:
(a) seorang Presiden yang hendaklah bertindak sebagai
Pengerusi;
(b) tiga pegawai Kerajaan Persekutuan; dan
(c) dua anggota lain daripada sektor swasta.
(2) Timbalan Presiden Perbadanan hendaklah dilantik oleh
Presiden daripada kalangan pegawai-pegawai Kerajaan
Persekutuan, dan semasa ketiadaan Presiden pada mana-
mana mesyuarat, Timbalan Presiden hendaklah
mempengerusikan mesyuarat itu.
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai
bagi Perbadanan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4158
Seksyen 9. Kuasa menteri untuk memberikan arahan
Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan-arahan
yang tidak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan
Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin,
melaksanakan segala arahan sedemikian.
Seksyen 11. Fungsi-fungsi tambahan Perbadanan
Sebagai tambahan kepada kewajipan-kewajipan yang dikenakan
dan kuasa-kuasa terletakhak pada Perbadanan oleh Akta ini,
Perbadanan boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan
apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa
wang lain bagi apa-apa maksud yang diserahhakkan atau diberikan
kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan dan dalam melakukan
sedemikian Perbadanan hendaklah disifatkan memenuhi maksud-
maksud Akta ini dan peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah
terpakai bagi Perbadanan berkenaan dengan pengusahaan fungsi-
fungsi itu, perjalanan kuasa-kuasa itu dan pentadbiran dan
pembelanjaan wang itu;
Dengan syarat bahawa akaun wang itu hendaklah disimpan
berasingan dan terpisah daripada wang dalam Kumpulan Wang.
Seksyen 13. Presiden
(1) Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain Akta ini,
Presiden hendaklah melaksanakan apa-apa tugas yang
ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4159
(2) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan
kepada Presiden segala atau mana-mana fungsi yang
terletakhak pada atau dikenakan ke atas Perbadanan oleh
Akta ini dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang
diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau
ditunaikan oleh Presiden atas nama dan bagi pihak
Perbadanan;
Seksyen 14. Ketua Pegawai Eksekutif
(1) Presiden hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan
wajar oleh Perbadanan dan Perbadanan hendaklah
meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mengenakan ke
atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh
Perbadanan.
(2) Ketua Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi–
(a) penyediaan segala program, skim, dan projek untuk
pertimbangan Perbadanan;
(b) pelaksanaan segala program, skim dan projek
Perbadanan; dan
(c) penjalanan keputusan dan arahan Perbadanan.
(3) Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas
pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain
Perbadanan.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4160
(4) Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa
kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari
semasa ke semasa.
(5) Dalam menunaikan kewajipan-kewajipannya, Ketua
Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan
am Perbadanan.
(6) Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara
atau tak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau
kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk
melaksanakan kewajipan-kewajipannya, Perbadanan boleh
mengarahkan mana-mana pegawai lain Perbadanan
melaksanakan kewajipan-kewajipan Ketua Eksekutif semasa
Ketua Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat
sementara itu.
Seksyen 20. Kumpulan Wang
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan bagi maksud-maksud
Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan
dikawal oleh Perbadanan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada–
(a) wang yang diterima oleh Perbadanan dalam
menjalankan fungsi-fungsinya sebagai pihak berkuasa
tempatan;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4161
(b) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari
semasa ke semasa bagi maksud-maksud itu oleh
Parlimen;
(c) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa
projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa
harta, pelaburan, gadai-janji, gadaian atau debentur
yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada
Perbadanan;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai-janji, gadaian atau
debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak
pada Perbadanan;
(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan bagi
maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau
menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan
apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau
terletakhak pada, Perbadanan berkenaan dengan apa-
apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi,
kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4162
Seksyen 25. Perwakilan fungsi, kuasa atau kewajipan
Perbadanan
(1) Perbadanan boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had
atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan,
mewakilkan kepada Ketua Eksekutif mana-mana fungsi,
kuasa atau kewajipan, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan, yang terletakhak pada atau dikenakan ke atas
Perbadanan oleh Akta ini, kecuali kuasa untuk meminjam
wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-
peraturan; dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan
yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan
atau ditunaikan oleh Ketua Eksekutif, mengikut mana-mana
yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan
peruntukan-peruntukan lain dalam Akta ini, Perbadanan
boleh mewakilkan kuasa kepada Ketua Eksekutif untuk
membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau
mana-mana wang lain yang terletakhak pada atau yang di
bawah kawalan Perbadanan sehingga apa-apa had yang
ditentukan oleh Perbadanan.
Seksyen 28. Kuasa untuk mengambil kerja ejen, dsb.
Perbadanan boleh mengambil kerja dan membayar agen-agen dan
penasihat-penasihat teknik, termasuk peguambela dan
peguamcara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang
lain, untuk mentraksaksikan apa-apa urusan atau melakukan apa-
apa perbuatan yang dikehendaki ditransaksikan atau dilakukan
dalam perlaksanaan fungsi-fungsinya, perjalanan kuasa-kuasanya
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4163
atau penunaian kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan
maksud-maksud Akta ini dengan lebih baik.
Seksyen 30. Pengambilan Tanah
(1) Apabila mana-mana tanah tak alih di dalam Wilayah
Persekutuan Putrajaya, yang bukannya tanah Negeri, perlu
diperolehi mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa di Negeri
itu yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi
sesuatu maksud awam, dan apa-apa pengisytiharan yang
dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu
bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat
walaupun pampasan akan dibayar oleh Perbadanan, dan
pengisytiharan itu hendaklah mempunyai kuatkuasa seolah-
olah ia adalah satu pengisytiharan bahawa tanah itu
diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-
undang bertulis itu.
(2) Segala perbelanjaan dan pampasan yang kena dibayar bagi
pengambilan mana-mana harta tak alih di bawah seksyen ini
hendaklah dibayar oleh Perbadanan.
(3) Jika mana-mana harta tak alih telah diambil di bawah
seksyen ini, Perbadanan hendaklah mengambil cabutan
dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu
dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang kepadanya
harta itu tertakluk.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4164
Seksyen 31. Pengecualian daripada duti setem
Perbadanan hendaklah dikecualikan daripada membayar duti
setem di bawah Akta Setem 1949.
Seksyen 33. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(1) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-
apa peraturan yang suaimanfaat atau perlu bagi
melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan
lebih baik.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-
peraturan boleh dibuat bagi–
(a) mengawalselia pembangunan tanah di Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan secara amnya
mengadakan pembangunan tanah yang teratur di
Wilayah Persekutuan Putrajaya;
(b) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen,
cek dan suratcara akan ditandatangani atau
disempurnakan bagi pihak Perbadanan;
(c) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai-
pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan;
(d) mengenakan fee dalam apa-apa hal yang ditentukan
oleh Perbadanan;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4165
(e) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara
berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau
saham debentur yang diterbitkan di bawah Akta ini
yang didapati oleh Perbadanan adalah perlu atau
suaimanfaat, dan khususnya, bagi mengawalselia
kaedah penerbitan, pemindahmilikan, penebusan atau
urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau
saham debentur itu;
(ea) mengawalselia apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau
kerja yang dijalankan di mana-mana tempat awam,
taman, siar kaki, taman rekreasi, taman bersuka-
suka, kebun, kolam renang, tasik, sungai, tanah
bencah, stadium, bangunan atau tapak;
(eb) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan
pertauliahan mana-mana orang atau kumpulan orang
yang menjalankan aktiviti, perkhidmatan atau kerja
yang disebutkan dalam perenggan (ea);
(f) mengadakan peruntukan pada amnya bagi
perlaksanaan fungsi-fungsi, perjalanan kuasa-kuasa
dan penunaian kewajipan-kewajipan Perbadanan di
bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.
(3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini–
(a) Boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan
atau peninggalan yang melanggar mana-mana
peruntukannya adalah menjadi satu kesalahan;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4166
(b) Boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan
penalti, yang tidak melebihi lima ribu ringgit, bagi
kesalahan itu; dan
(c) Boleh menetapkan kesalahan di bawah Akta ini yang
boleh dikompaunkan, orang yang boleh
mengkompaun, had jumlah wang yang boleh dipungut
untuk mengkompaun kesalahan sedemikian dan
tatacara dan borang yang perlu dipatuhi dalam
pengkompaunan kesalahan sedemikian.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4167
4.5 AKTA PERBADANAN LABUAN 2001 (AKTA 609) :
PENGENALAN DAN SEKSYEN-SEKSYEN TERPILIH
Pengenalan
Labuan asalnya merupakan sebahagian daripada pemerintahan
Brunei dan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut
dan serangan lanun. Pada tahun 1846, Labuan secara rasminya
diserahkan kepada British dan diisytiharkan sebagai pelabuhan
bebas. Pentadbiran Labuan diletakkan di bawah British North
Borneo Company pada tahun 1888 manakala pada tahun 1907,
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat. Pada
tahun 1942, tentera Jepun telah menguasai Labuan dan diberi
nama baru iaitu Pulau Maida. Selepas Perang Dunia Kedua,
Labuan diserahkan kembali kepada pentadbiran British dan
menjadi sebahagian daripada koloni British di Borneo Utara.
Lembaga Bandaran ditubuhkan di Labuan pada tahun 1947 di
mana Labuan pelan bandar pertama telah diwujudkan. Labuan
menjadi sebahagian daripada negeri Sabah yang menjadi
sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963. Pindaan sempadan
Negeri Sabah untuk mewujudkan Wilayah Persekutuan Labuan
dilaksanakan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984
(Akta A585). Tujuan Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan ialah
untuk mencapai matlamat kerajaan untuk mewujudkan integrasi
nasional antara semua kaum-kaum di Malaysia dan mewujudkan
hubungan rapat antara wilayah Semenanjung dan Sabah dan
Sarawak. Adalah juga menjadi hasrat kerajaan bahawa apabila
pembangunan Labuan dipandu oleh Kerajaan Persekutuan,
pembangunan yang dihasilkan di Labuan akan berkembang ke
wilayah Sabah dan Sarawak. Selepas Labuan dijadikan Wilayah
Persekutuan, ianya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4168
sehinggalah penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan yang
baru pada tahun 2004.
Dari segi perundangan, melalui seksyen 4 Akta Perlembagaan
(Pindaan) (No.2) 1984 (Akta A585), Kerajaan Persekutuan
mempunyai kedaulatan dan semua kuasa-kuasa dan bidangkuasa
ke atas Wilayah Persekutuan Labuan. Di bawah seksyen 7, mana-
mana undang-undang persekutuan yang berkuatkuasa hanya di
Semenanjung Malaysia boleh dipanjangkan ke Wilayah
Persekutuan Labuan samada dengan pembaharuan atau tidak,
melalui perintah Yang Di Pertuan Agong. Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) akan dipanjangkan ke Wilayah
Persekutuan Labuan melalui seksyen ini.
Perbadanan Labuan ditubuhkan pada 1 Julai 2001 hasil
penggabungan dua agensi utama yang terdapat di Wilayah
Persekutuan Labuan iaitu Lembaga Pembangunan Labuan dan
Majlis Perbandaran Labuan. Fungsi-fungsi Perbadanan Labuan
diperincikan dalam seksyen 4 Akta Perbadanan Labuan 2001 di
mana fungsi-fungsi utamanya ialah seperti berikut:
Memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai
destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan.
Memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan
kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam
Wilayah Persekutuan Labuan
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4169
AKTA 609
AKTA PERBADANAN LABUAN 2001
Tarikh Persetujuan Diraja : 15 Februari 2001
Tarikh diterbitkan dalam Warta : 1 Mac 2001
Tarikh mula berkuatkuasa ditetapkan
:
1 Julai 2001 [P.U. (B)
128/2001]
Tajuk Panjang & Mukadimah.
Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Pembangunan
Labuan 1992 dan membatalkan Surat Cara Majlis Perbandaran
Labuan 1983; untuk membubarkan Lembaga Pembangunan
Labuan dan Majlis Perbandaran Labuan; untuk menubuhkan
Perbadanan Labuan untuk menggantikan Lembaga Pembangunan
Labuan dan Majlis Perbandaran Labuan; dan untuk mengadakan
peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1) Akta ini bolehlah di namakan Akta Perbadanan Labuan
2001.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta
dan Menteri boleh menetapkan tarikh mula berkuatkuasa
yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta
ini.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4170
Seksyen 2. Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain –
"Ketua Pegawai Eksekutif" ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang
dilantik di bawah subseksyen 10(1) dan termasuklah mana-mana
pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 10(6) untuk
melaksanakan kewajipan-kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif;
"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di
bawah seksyen 13;
"Majlis Penasihat" ertinya Majlis Penasihat yang ditubuhkan di
bawah seksyen 6;
"Menteri" ertinya Menteri Kewangan;
"Pengerusi" ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah
seksyen 5;
"Perbadanan" ertinya Perbadanan Labuan yang ditubuhkan di
bawah seksyen 3.
Seksyen 3. Penubuhan Perbadanan
(1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama "Perbadanan
Labuan" adalah ditubuhkan.
(2) Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai
suatu meterai perbadanan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4171
(3) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman
terhadapnya atas namanya.
(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini,
Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya
patut –
(a) membuat kontrak;
(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan
menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;
dan
(c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,
memulangkan, menggadaikan, menggadai janji,
mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan
hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan,
atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa
harta alih atau harta tak alih atau apa-apa
kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Perbadanan.
Seksyen 4. Fungsi dan Kuasa Perbadanan
(1) Fungsi-fungsi Perbadanan ialah –
(a) memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan
Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas
duti dan pusat perdagangan;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4172
(b) memajukan, merangsang, memudahkan dan
mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial
dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
(c) memajukan, merangsang dan mengusahakan
perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan
aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan
Labuan;
(d) memajukan, merangsang, memudahkan dan
mengusahakan pembangunan pelancongan dan
infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal,
pertanian, perindustrian dan komersial dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
(e) melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
(f) melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa
perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan
Labuan;
(g) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-
aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan
(d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan
(h) menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam
Wilayah Persekutuan Labuan.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4173
(2) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan
segala perkara yang suaimanfaat atau yang
semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan,
pelaksanaan fungsi-fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa
menjejaskan keluasan yang tersebut di atas–
(a) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya
aktiviti-aktiviti yang bersifat komersial atau
perindustrian, aktiviti-aktiviti yang berhubungan
dengan pelancongan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan
dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh
Perbadanan adalah perlu berfaedah atau sesuai bagi
atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;
(b) untuk mendayausahakan kajian-kajian permulaan
mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan
pembangunan semula yang mungkin dan membuat
rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan
aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan
semula dan tinjauan-tinjauan permulaan untuk
menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan
projek-projek pembangunan atau pembangunan
semula dapat dilaksanakan;
(c) untuk mengawal selia, meluluskan atau mengawal
segala bangunan dan pengendalian bangunan dan
pembaikan serta penghapusan bangunan-bangunan
puing dan berbahaya, termasuk kuasa untuk
melarang, menutup serta merobohkan binaan
bangunan daripada sesuatu kelas, reka bentuk atau
rupa tertentu dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4174
(d) untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai
agen atau agen pengurus bagi, atau bertindak dengan
apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak,
Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa
awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau
mana-mana badan atau orang lain;
(e) untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan
aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan
(b) oleh Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak
berkuasa awam, mana-mana syarikat atau
perbadanan, atau mana-mana badan atau orang;
(f) dengan kelulusan Menteri, untuk menubuhkan atau
memperkembang, atau memajukan penubuhan atau
pengembangan, syarikat-syarikat, perbadanan-
perbadanan atau badan-badan lain untuk
menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam
perenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan
atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;
(g) untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihak
berkuasa awam, mana-mana syarikat atau
perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain
yang didapati oleh Perbadanan mempunyai
kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-
mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan
(b), termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan
kewangan melalui pengambilan modal syer atau
pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4175
(h) dengan kelulusan Menteri, untuk menaja jamin atau
dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham
dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau
persendirian, dan melupuskan saham atau syer itu
mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan
oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri;
(i) untuk menghendaki Kerajaan Persekutuan, mana-
mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat
atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang
untuk mendapatkan kelulusan Perbadanan terlebih
dahulu sebelum menjalankan pembangunan dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
(j) dengan kelulusan Menteri, untuk melupuskan aset
modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu
sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri;
(k) untuk melantik ejen-ejen yang difikirkannya patut
bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsinya;
(l) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang
difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana
fungsi atau kuasanya;
(m) untuk mengawal selia, menyelaraskan dan
mengusahakan pembangunan, termasuk
pembangunan infrastruktur, dalam Wilayah
Persekutuan Labuan;
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4176
(n) untuk membuat penilaian dan pengutipan cukai
taksiran harta; dan
(o) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang
difikirkannya patut bagi membolehkannya
menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya
dengan berkesan.
(3) Tertakluk kepada seksyen 7, adalah menjadi tanggungjawab
Perbadanan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah
Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu
dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar
Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa dan
khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan
pelaburan dan pelancongan dalam Wilayah Persekutuan
Labuan.
Seksyen 5. Keanggotaan Perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang
berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi; dan
(c) empat orang anggota lain.
(2) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang
dilantik di bawah perenggan (1)(c), melantik seorang anggota
silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Perbadanan sebagai
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4177
ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir
kerana apa-apa sebab.
(3) Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seorang anggota
silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai
seorang anggota Perbadanan.
(4) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia
meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya
dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih
ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia
menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota
Perbadanan.
(5) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai
bagi Perbadanan.
Seksyen 6. Majlis Penasihat
(1) Perbadanan hendaklah menubuhkan suatu Majlis Penasihat
yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang
hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) seorang pengerusi; dan
(b) enam orang anggota lain yang hendaklah terdiri
daripada sekurang-kurangnya tiga orang penduduk
tempatan Wilayah Persekutuan Labuan.
(2) Majlis Penasihat adalah bertanggungjawab untuk
memberikan nasihat kepada Perbadanan berhubung dengan
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4178
fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dilaksanakan oleh
Perbadanan.
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai
bagi Majlis Penasihat.
Seksyen 7. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
(1) Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri.
(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan-
arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan
Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh,
melaksanakan segala arahan sedemikian.
Seksyen 8. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
(1) Perbadanan hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana
pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat
berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Perbadanan
sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri
dari semasa ke semasa.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan
hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan
selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan
dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan
sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak
berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan
aktiviti-aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang
sebelumnya.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4179
(3) Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam bentuk
dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan
dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang
dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Seksyen 9. Pengerusi
(1) Tanpa menjejaskan peruntukan lain Akta ini, Pengerusi
hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang
ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan
kepada Pengerusi semua atau mana-mana fungsi, kuasa
atau kewajipan yang diletakhakkan pada atau dikenakan ke
atas Perbadanan oleh Akta ini dan mana-mana fungsi, kuasa
atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh
dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi
atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
(3) Tiap-tiap pewakilan di bawah subseksyen (2) hendaklah
disiarkan dalam Warta.
Seksyen 10. Ketua Pegawai Eksekutif
(1) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik
seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan
syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar.
Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan
4180
(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi–
(a) penyediaan program, skim dan projek untuk
pertimbangan Perbadanan;
(b) pelaksanaan segala program, skim dan projek
Perbadanan; dan
(c) pelaksanaan keputusan Perbadanan dan arahan
Pengerusi.
(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa
pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain
Perbadanan.
(3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa
kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari
semasa ke semasa.
(4) Dalam menunaikan kewajipan-kewajipannya, Ketua
Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa am
dan mengikut arahan am Perbadanan.
(5) Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada di Malaysia buat
sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab
sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan
kewajipan-kewajipannya, Perbadanan boleh mengarahkan
mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan-
kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa Ketua
Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat
sementara itu.
Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa
4181
Seksyen 11. Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat Lain
Perbadanan
(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah
subseksyen (3), Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa
terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar,
pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat lain yang perlu
bagi menjalankan maksud-maksud Akta ini.
(2) Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai
atau pekhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau
secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui
pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-
apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk
atau bagi pihak Perbadanan.
(3) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat
peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat
perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan.
Recommended