Citation preview
2021
2021
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
DR. SAMSIAH BINTI SI-RAJAB JABATAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BAHASA
PUSAT PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
EDITOR
iv Semarak Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760
BANDAR ENSTEK
Tel:06-797 9200 http://iab.moe.edu.my e-mel:iab@iab.edu.my
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin
Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760
BANDAR ENSTEK
©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2021 Cetakan Pertama 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan
ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga
pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut
Aminuddin Baki terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Antologi Puisi : Semarak Rindu IAB 2020 / KOMPILASI OLEH DR.
SAMSIAH BINTI SI-RAJAB ; EDITOR Salmah Ismail, Nor Ishsan Ab.Razak.
ISBN 978-967-2996-07-1 1. Malay poetry. 2. Poetry. 3. Sajak. 4.
Government publications--Malaysia. I. Samsiah Si-Rajab, Dr. II.
Salmah Ismail. III. Nor Ishsan Ab. Razak. 899.2313
Pengurus Penerbitan Nor Ishsan binti Ab. Razak
Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Gigawise Network Sdn Bhd
(640661-P)
No. 74, Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27 40400
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5191 1115 • Faks: +603-5191 1004 E-mel:
gigawisenet@yahoo.com
www.gigaprint2u.com
2. Bahasa Jiwa Bangsa Ikatan Perpaduan yang Nyata 2
3. Hilang Kematangan Dalam Kedewasaan 3
4. Merdekakah Kita 4
6. Wahai Anak Merdeka 6
7. Akulah Srikandi 7
8. Indahnya Bahasa 10
11. Kita Unik Segala 15
12. Andai Aku Masih Boleh Bersuara 17
13. Tanah Ini - Kekhalifahan Kita 19
14. Ramadhan Hadirmu Ku Nanti 20
15. Akulah Guru Itu 21
16. Cikgunya Hamba 22
17. Generasi Baharu 23
18. Negara Kita 24
20. Gee…Mekar di Hati Kami 26
21. Kini Tinggal Memori 27
22. Modal Insan Aset Hidup Negara 28
KANDUNGAN
24. Mengapa Aku Dimusnahkan? 31
25. Malaysia Ku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku 33
26. Milik Siapa Ramadan Ini? 35
27. Guru (Kau Sentiasa Hidup) 37
28. Akademi Ramadan 38
31. Merintih Ehsannya 43
32. Semarak Rindu 44
37. Merpati Putih Berlalu Pergi 52
38. Perkasa Merdeka 54
40. Mekar Menyinari Jasa Terperi 56
41. Rindu Bertamu Lagi 58
42. Kembara Sebuah Cita 59
43. Senandika Keutuhan Pasukan 60
44. Di Rumah Sendiri 64
45. Warkah Kepada Aminuddin Baki 66
46. Terima Kasih Tuan 68
vi Semarak Rindu
Penerbitan antologi sajak Semarak Rindu IAB mampu membantu para
pensyarah dan kakitangan IAB untuk menghasilkan karya-karya kreatif
mereka dalam genre sajak yang banyak membawa pengertian dan makna
kehidupan. Tidak sekadar penulisan akademik yang menjadi keutamaan,
IAB sentiasa membuka ruang dan memberi peluang kepada semua
kakitangan untuk berkarya secara kreatif.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan
Kepimpinan dan pengurusan Bahasa yang berusaha untuk mengumpul
sajak-sajak yang ditulis oleh warga IAB sekaligus menerbitkan buku
ini. Usaha murni ini pasti akan membuahkan hasil yang baik kepada
semua warga IAB amnya dan kepada semua penulis khasnya. Semoga buku
ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua penulis dan
warga IAB.
Sekian, terima kasih YBHG. DATO’ DR HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Assalamualaikum w.r.b. dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya,
Buku Himpunan sajak karya pensyarah-pensyarah IAB bertajuk Antologi
Puisi – Semarak Rindu IAB berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan
sebagai bacaan santai dan boleh dijadikan panduan atau rujukan
kepada semua penulis yang ingin menerbitkan penulisan mereka secara
kreatif dengan penerbit IAB.
Setitis Tinta
viiSemarak Rindu
Sekali lagi tahniah kepada Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa
kerana berjaya mengumpul sajak-sajak yang telah ditulis oleh
pensyarah-pensyarah IAB. Sesungguhnya sebagai seorang pensyarah,
kita tidak sekadar berkebolehan untuk menghasilkan karya akademik
sahaja tetapi juga mampu untuk menukil ilham dan menyusun kata-kata
dalam genre yang berbeza - sajak. Himpunan sajak yang diilhamkan
oleh pensyarah yang kebanyakan bersempena dengan sesuatu
majlis
maupun pertandingan perlulah disatukan dan dibukukan sebagai hasil
penerbitan IAB. Keupayaan dan kebolehan mereka untuk menulis sajak
perlulah dihargai di peringkat institusi.
Penulisan sajak boleh merupakan luahan hati dan perasaan tehadap
sesuatu situasi atau suasana. Malahan kehebatan mengatur dan
menyusun kata-kata dalam sajak merupakan keistimewaan yang
dianugerahkan kepada seseorang. Keistimewaan inilah yang perlu kita
hargai agar nilai estetika dalam penulisan sajak dalam kalangan
pensyarah IAB tidak pupus dan hilang dalam arus keseriusan
penulisan akademik.
Usaha Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa dalam menerbitkan
antologi sajak ini amat dibanggakan. Adalah diharapkan jabatan ini
tidak sekadar berhenti di sini tetapi terus berusaha untuk
menerbitkan pelbagai genre lain dalam kesusasteraan yang boleh
membanggakan IAB. Pastinya kita amat bertuah mempunyai pensyarah
boleh menulis dalam pelbagai genre dan usaha penerbitan penulisan
berkenaan akan mengalakkan lagi bakat penulisan dalam kalangan
pensyarah IAB.
Akhir sekali, saya mengharapkan agar ada lagi penerbitan untuk
siri- siri yang seterusnya bagi antologi sajak IAB. Penerbitan ini
boleh menjadi pemangkin dan permulaan kepada penulisan kreatif
terutamanya penulisan sajak kepada semua pensyarah. Malahan ia juga
boleh menjadi bahan bacaan sastera bagi semua yang meminati seni
penuisan sajak khasnya dan semua yang membaca amya.
Tahniah sekali lagi bagi semua yang terlibat secara langsung dan
juga tidak langsung dalam penerbtian antologi sajak IAB. Selamat
berkarya kepada semua penulis dan selamat membaca antologi sajak
Semarak Rindu IAB.
ABDUL MU’TI BIN AHMAD Ketua Pusat Pusat Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan
viii Semarak Rindu
Semarak Antologi Puisi
terbabit dalam bidang sastera, aliran perkataan pasti laju
membentuk madah bicara. Namun begitu, proses penulisan tidak
semudah yang disangka kerana ia memerlukan masa, penghayatan,
kematangan dan penelitian yang mendalam. Sajak sebagai suatu bentuk
penulisan kreatif tidak terkecuali dari keperluan ini.
Himpunan sajak ini dikumpul dari pelbagai sumber seperti
pertandingan bagi acara yang disambut, perayaan-perayaan dan juga
pelbagai acara dan majlis. Malahan genre sajak turut menghias
majlis-majlis yang diraikan oleh IAB seperti majlis persaraan dan
majlis harilahir. Antologi sajak ini dikumpul sejak dari tahun 2011
sehingga 2020. Masih terdapat sajak-sajak yang belum ditemui
sepanjang tempoh itu dan pastinya IAB berhasrat untuk menerbitkan
siri kedua penerbitan seandainya pengumpulan sajak dapat dibuat
pada masa akan datang. Terdapat juga sajak-sajak dalam antologi
puisi ini yang telah memenangi pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan oleh pelbagai organisasi. Dengan kata lain, sajak-sajak
ini lebih merupakan rakaman-rakaman kenangan penulis sempena
beberapa peristiwa.
Kumpulan sajak-sajak ini diterima untuk kompilasi oleh Jabatan
Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa, Pusat Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan dari penulis sajak-sajak berkenaan. Pihak jabatan
menyampaikan ucapan pengharapan dan terima kasih dengan
setulus-tulusnya kepada mereka. Tidak ketinggalan juga ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan
antologi puisi ini.
Akhir kata, kami berharap agar antologi puisi ini dapat memberi
manfaat kepada pembaca. Semoga generasi seterusnya dapat menghargai
dan menjadikan antologi ini sebagai inspirasi untuk terus berkarya
secara kreatif.
Dr. Samsiah binti Si-Rajab Ketua Jabatan Jabatan Kepimpinan dan
Pengurusan Bahasa Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
Kehidupan yang kita lalui selalunya amat sukar dimengerti. Ada
kalanya dalam melalui pelbagai cabaran dan halangan kita bagai
diajak untuk bertatih kembali mengimbau pengajaran dan pedoman yang
kita dapati dari cabaran dan halangan kehidupan itu. Kadang-kadang
dalam saat-saat yang tertentu kita seperti menemui sesuatu yang
amat berharga namun ada juga ketika nya kita boleh menjadi lebih
keliru. Situasi ini bagai mengajak dan menjemput jari jemari agar
dapat laju menari menerapkan perkataan demi perkataan ke dalam
bentuk penulisan kreatif. Bagi mereka yang berjiwa seni dan
Seuntai Rasa
BAHASA ITU INDAH, HALUS, TAJAM
Bahasa itu indah dianyam cantik antara bait-bait kata maka mampu
melerai makna yang tersirat dalam lembut satu madah mampu merongkai
babak memori dalam paparan satu ilusi namun… andai tercalar makna
terbeza dalam intonasi tidak senada persepsi bercanggah dalam
rentak tidak selaras
Bahasa itu halus Dijalin rapi antara baris-baris kata maka mampu
memukau igau yang datang menyapa mampu mencuit pesona pada lenggok
alunannya namun… andai pincang terbias rasa mengundang gundah
gulana mengusik hati merajuk sepi
Bahasa itu tajam Dalam lirik bidalan erti dan pengertian maka,
mampu menghiris sinis dalam diam membawa lara parah yang terluka
perih dalam gelisah Namun... andai dijaga Jernih membersih kalbu
yang lama pudar Kilau menyinar jiwa yang lama muram
Bahasa itu indah… halus… tajam
dizahir antara tingkah dan wadah mencipta wacana tonggak sejarah
bisa goyah hanya dari lidah yang berbicara
Nukilan: Samsiah binti Si-Rajab Tempat Pertama Pertandingan Menulis
Sajak sempena Bulan Bahasa Kebangsaan IAB 2017
2 Semarak Rindu
BAHASA JIWA BANGSA IKATAN PERPADUAN YANG NYATA
60 tahun negara telah merdeka Bahasa Kebangsaan menjadi perantara
Menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa Hidup rukun damai tiada
sengketa Negara maju ekonomi dikongsi bersama
Bahasa Melayu ditutur semua Baik melayu, Cina atau India semua satu
bahasa Bait-bait kata mudah difahami senang bicara Cepat dipelajari
mesra pengguna Yong, Jamri dan Thiya senyum sekata
Terpahat di hati kita satu warga Bicara tiada beza walau pelbagai
warna Melodi indah bergema di telinga Lunak didiengari terpikat di
sanubari senang di mata Membuah ikatan perpaduan yang nyata Kerana
bahasa jiwa bangsa Negara Malaysia berjaya gah dipersada
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Tempat Kedua Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa
Kebangsaan 2017
3Semarak Rindu
HILANG KEMATANGAN DALAM KEDEWASAAN
Dewasa in aku melihat Bangsaku yang kini bukan lagi bangsaku yang
dahulu Jika berkata-kata pedih menikam kalbu Jika bercanda membawa
petaka akhirnya Apakah masih ada nilai penghormatannya di situ
Apakah bangsaku sudah hilang kehalusan budi pekertinya Apakah
bangsaku sudah hilang kesantunan bahasanya
Dewasa ini aku melihat Bangsaku yang kini bukan lagi bangsaku yang
dahulu Mengguna pakai bahasa yang entah bagaimana Bahasa asing dan
rojak mungkin Bukan sesuatu yang aneh jika anak-anak keturunan kita
bakal mewarisi bahasa yang bukan kepunyaan kita asalnya, Bukan
sesuatu yang aneh jika anak-anak keturunan kita tidak akan mengenal
lagi akar umbi bahasa kita yang jitu Apakah mungkin akan terjadi
Hilang bahasa lenyaplah bangsa
Dewasa ini aku melihat Bangsa ku yang bukan lagi bangsaku dulu Jika
dahulu menjunjung adat warisan Melayu ibarat kata Laksamana Hang
Tuah, takkan Melayu hilang di dunia tetapi kini kita seakan bangsa
yang hidup tidak berbudi bahasa segala perbuatan dan tutur bicara
yang hilang kesantunannya berteraskan budaya asing yang terlalu
mencabar kedewasaan kita
Dewasa ini aku melihat bangsaku yang kini bukan lagi bangsaku yang
dahulu bangsaku kini sudah hilang jiwanya dalam berbahasa bangsaku
yang kini sudah hilang kematangan dalam kedewasaannya apakah mereka
tidak melihat sepertimana aku melihat bukahkah jika hilang bahasa
maka lenyaplah bangsa jika hilang bangsanya maka tidak akan nada
lagi jiwa yang akan mewarisi kekayaan dan kesantunan bahasa kita di
bumi Melayu ini Bukankah suatu kerugian buat bangsaku Bukan
kah…
Nukilan Asmanurwati binti Ramli
Tempat ketiga Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa
Kebangsaan 2017
4 Semarak Rindu
MERDEKAKAH KITA
MERDEKAKAH KITA Derap ladam soldadu negara meningkah pikuk Untaian
jentera perang menjalar megah membelah lautan manusia kagum
Terdengar lagi di gegendang laungan keramat itu Mengulang detik
sama tahun berganti tahun Mencecah kini angka enam puluh Mencetus
semarak jiwa menyirap meresapi rongga dada
Terkilas pandangku ke sudut itu Lelaki tua seusia peristiwa
Menguntum senyum dalam jerih kenangan Bergenang pilu dalam besar
jiwanya Kutahu dia bangga atas kebebasan ini Kutahu jasanya bukan
biasa-biasa
Tercerap kelihku ke sudut sana Cucunya si tua bersorak ria Merai
gembira dalam acuan mereka tanpa rasa di raga Menjalin menyalin
budaya sang penjajah Bebas yang serong erti merdeka terpesong..
kosong Dan begitulah mereka hanyut menghilir waktu
Terfana tertanya aku sendiri Masih merdekakah kita Masih bebaskah
kita Atau tercengkamkah kembali Dibelenggu dijarah dijajah di era
baharu Tanpa sedar Tanpa sedar
Derap kian sayup berlalu pergi Sorakan tetap hingar mengiringi
Belit keliru menawar rasa Kuatur langkah meminggir acara Pulang
beriringan bersama Persoalan yang tak pernah terungkai
Nukilan Muhammad Rizal bin Abdullah
Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
5Semarak Rindu
SATU BAHASA PEWARIS MERDEKA
Yong, Jamri dan Thiya Adalah serupa…tiada bezanya Anak nusa, anak
bangsa Berwawasan, punya minda terbuka Seharusnya kita bangga
Menjadi anak merdeka!
Yong, Jamri dan Thiya Berlagu sama, nada seirama Rupa paras
pelbagai warna Namun…intonasi satu suara Gaya bahasa lenggok bunga
raya Di manapun kita…desa atau di kota Lafaz kita seirama...
MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!… Kerana kita sehati sejiwa
Yong, Jamri dan Thiya Hati terusik dek nostalgia lama Cerita nenek
moyang di usia muda Dari sejarah, mulut ayah bonda Tanah ini…
tumpahnya... darah ninda Berkorban jiwa raga, bergolak dalam bola
api Perit luka, terseksa… mereka tetap mara… Demi satu suara,
menjana maruah negara Untuk kita… generasi mereka Hidup tenang
gembira... harmoni Satu Bahasa pewaris merdeka
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
6 Semarak Rindu
WAHAI ANAK MERDEKA
Wahai anak Merdeka, senang lagi selesa… Celik mata serba ada, makan
pakai minta sahaja Di darat, laut juga udara, angkuh bangga
menikmati dunia
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Laungan Merdeka! Merdeka!
Merdeka! Hanya sambutan gilang gemiliang dirasa Apakah peperangan1
Dharurat! Juga derita!!! Sejarah Negara yang hanya ditinda dan
dibaca
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Siang malam tiada berbeza,
gajet canggih putaran agenda Sampai bila harus mimpi lena, minda
dan jiwa dijajah kuasa durjana
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Ayuh bangkit sedarlah
bangsa Ubah hanyut, musnah! hanya tinggal tugu Negara Apakah nikmat
ini terus bertahta Jika patriotik sekadar ungkapan manis di bibir
sahaja
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Ayuh segera bangkit
hijrahlah bangsaku Apakah sudah tersungkur melarat baru
terjaga
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Sedarlah diri, lihat
kelilingmu, di mana kita? Tinggallah si luncai dengan labu-labunya
Terima kasih pejuang bangsaku Malaysia Keranamu, kami selesa
bahagia terjaga
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Usah hilang membangun
bangsa Malaysia tercinta Kerana kitalah pewaris Negara bangsa
merdeka.
Nukilan Rosnah binti Arba’in
Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
7Semarak Rindu
AKULAH SRIKANDI
Andai mampu ku singkap kembali tabir semalam Berlorek aneka perih,
jerih, bersama air mata dan keringat yang mengalir, Bercampur baur
tekad, azam serta semangat yang gigih Pasti ada… hati yang bertanya
Bagaimana bisa aku sampai di sini Tetap gagah berdiri Ketika ini,…
saat ini
Duniaku… penuh cabaran dugaan berliku Menuntut luasnya pengetahuan,
tingginya kemahiran utuhnya sebuah pendirian
Lidahku… Mesti petah melontar bait-bait kata agar mampu membangkit
semangat, menjana kreativiti mencetus inovasi,
kakiku… tidak memungkinkan aku mengundur walau selangkah ke
belakang pasti aku mara ke hadapan
tanganku… mengenggam erat memimpin warga pendidik mendaki tangga
jaya
agar tidak jatuh bersama kelopak kekalahan agar tidak sangkut di
dahan kehampaan agar tidak gugur bersama bunga kekecewaan. Aku
mesti terus mara
8 Semarak Rindu
1980 aku seorang pendidik di daerah sepi nan jauh… Miri Bertahun
keiikhlasan baktiku Menitip impi mengharung gelora Generasi ini aku
gagaskan ke puncak jaya
Rezekiku… beralas keredhaan dan ketabahan hari demi hari mendidik
anak bangsa erti kehidupan.
2005, Gabungan Bintulu, jajahan pendidikan yang dahaga bimbingan
dan sokongan menuntut pembaharuan Aku bingkas bangun untuk khidmat
berterusan membina jambatan ilmu Menatap wajah pendidik
Akulah pemberi paling setia itu
Akulah pemilik tiap akar ilmu itu
Akulah pelita dan lampu segala
Buat manusia sebelum menjadi dewasa Kerana aku tahu itu adalah
kewajipan
19 Ogos 2014, Bumi kenyalang jadi taruhan kewibawaanku Setinggi
mana kenyalang bisa terbang Menggalas ikrar pendidikan Merempuh
badai dari arus global yang datang bertentangan hidup ku…
dilingkari lautan ilmu berombak ganas Aku perlu tabah dan cekal
Garang menerjah gelombang Sarawak … tidak mungkin ketinggalan
9Semarak Rindu
Detik berganti detik, Masa berlalu deras… pantas 10 April 2015, Aku
bersimpuh anggun di atas persada agung Premier Centre menjadi
realiti Kepimpinanku dianyam profesionalisme disulam kompetensi
bertaraf tinggi Menguji akauntabiliti dan integriti Menjunjung
kredibiliti
Di sini… Institut Aminuddin Baki Wadah pembinaan negara bangsa
Kepimpinan pendidikan - Berpaksi jati diri
Di persada ini… Wacana amanat agung pembentuk generasi menempa
sejarah
Hari ini… 3 Mac 2016 aku masih bisa berdiri utuh Mendepani kemelut
dunia yang gelora kental menghadapi segala kemungkinan Kerana… Aku
masih berjiwa pendidik Rohku masih seorang guru
Seluas mana pun pandanganku Sejauhmana pun kembara ku Sekuat mana
pun launganku Aku sedar ….aku tahu Aku masih tetap bisa Tegar
berdiri …. bagai srikandi
Nukilan Samsiah binti Si-Rajab
Sempena Majlis Persaraan Pn. Hjh Serina binti Sauni Pengarah IAB
2017
10 Semarak Rindu
INDAHNYA BAHASA
Salam Sejahtera Butiran bicara dicanang warga Lontaran doanya
dibuka Santunnya bahasa Dalam makna terungkai sasarnya Apa khabar?
Tanya hati meruntun jiwa Penuh harapan tentang waktu terlepas Agar
jaya mengharungi petaka Waktu berlalu yang ditagih Terungkap kisah
silamnya zaman
Semoga maju jaya Bicara penaik semangat Menambah motivasi jiwa
merdeka Menjadi pembakar nafas Menjadi pembuluh hidup Menjadi
pengalir darah pahlawan
Selamat jalan Bahasa dipupuk di bibir Menyerlahkan sopannya biasa
Agar bahasa menjadi luar biasa Kebiasaan yang menjadi budaya Budaya
yang menjadi tiang nusa
Moga bertemu lagi Di waktu muka yang belum pasti Dirangkum bahasa
meresap di jiwa Tanpa rasa curiga di hati Bahasa ditutur mengikat
budi Seperti kendi kuriknya Seperti saga merahnya Seperti bahasa
puitisnya Seperti warga punya identitinya Bukan omongan kosong
pembuka sandiwara
11Semarak Rindu
Terima kasih Budi empunya dibalas mesra Lambang pemegang pecinta
bahasa Digenggam tidak lebur Direndam tidak lenjun Dijemur tidak
kontang Dipasak teguh kejap
Nukilan Kamaruzaman bin Moidunny
Tempat Pertama Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa
Kebangsaan IAB 2014
12 Semarak Rindu
AKSARA BAHASAKU MEGAH BANGSAKU
Aksara demi aksara bergabung agar membentuk makna sebuah jiwa
bangsa dalam melakar sejarah manusia menjadi bait-bait puisi indah
mengalun merdu menusuk jiwa nan gundah tatkala semua orang
seakan-akan berpaling daripadanya
Apabila helaian demi helaian warkah usang itu aku buka satu demi
satu memori silam menerjah kota fikiran betapa dahulunya bangsaku
lunak dalam peradaban masyhur di persada jajahan Melayu hanya
kerana bahasamu bangsamu menjadi jitu hingga negaramu megah tanpa
seteru
Aksara bahasaku Walau kini menerima tamu daripada serata dunia
menyatu membentuk kata yang dimengertikan maknanya bisa berdiri
sama tinggi duduk sama rendah berlunjur melepas lelah terpasak
kukuh agar tidak ampuh memperkasakan dan mamperindahkan
bahasamu
Aksara bahasaku megah bangsaku usah gentar pada modennya dia usah
pilu pada coretan-coretan sembilu pena tetaplah kau di situ dan
teruslah berjalan walau langkahmu sesekali tumbang walau tarimu
seakan-akan sumbang namun bagiku di jiwa tua ini tidak akan
sekali-kali goyah dalam menyantunkan bahasamu malah banggaku kerana
bahasamu adalah nadiku yang berdegup setiap kali aku melantunkan
kata demi kata
13Semarak Rindu
Aksara bahasaku megah bangsaku antara pantun-pantunmu antara
syair-syairmu antara sajak-sajakmu antara gurindam dan selokamu ada
cerita yang ditempa menjadi amalan ada teguran yang bersulam
nasihat moyang ada hitam dan putih mencorak lukisan kehidupan maka
… usahlah kau menutup pintumu yang satu itu kerana mereka di atas
sana mahu memberi salam untuk meminangmu dan menyantunimu agar
terus megah di persada dunia.
Nukilan Siti Monazairin binti Jelani
Pertandingan menulis sajak sempena Bulan Bahasa Kebangsaan IAB
2014
14 Semarak Rindu
SELAMAT TAHUN BAHARU 2014
2013 ... Telah ku katakan Jangan kau pergi Meninggalkan noda dan
dosa Tanpa taubat nasuha Meninggalkan bala bencana Derita seantero
dunia Aku ... aku yang akan terima Tinggalanmu yang porak-poranda
Adakah aku mampu Menebus kesilapanmu Membaiki segala
2014 ... Aku harus pergi 365 hari begitu singkat Apa boleh ku buat
Manusia yang haloba ... dahaga Tiada rasa cinta sesama insan Kepada
alam dan ... kepada pencipta Namun mengapa kau tangisi Bukankah
banyak gemilang dan jaya Ku hulurkan padamu ... tanpa meminta
apa-apa Gemilangku gemilangmu jua Berjanjilah ... pastikanlah Hidup
lebih indah ... bahagia Agar kau dikenang berabad lamanya
Nukilan Abd.Rahman bin Mohid (Pensyarah IAB 2005 – 2014)
Sempena Kehadiran Tahun Baharu 2014
15Semarak Rindu
KITA UNIK SEGALA
Kita unik segala Dunia kaget tertanya-tanya Bagaimana kita boleh
bersama Ratusan etnik bangsa berbeda Warna kulit tidak serupa
Loghat dialek tidak sama Budaya lain berbagai cara Wajah ikut acuan
rupa Bumi luas bertabur merata Namun berpadu teguh sekata
Azimat agung terpahat di dada Wasiat raja di hari merdeka Bahasa
Melayu Bahasa Negara Semua setuju janji setia Paksi komunikasi
paksi rasmi Dewan Rakyat Dewan Negara Pengamal utama
Semua bertutur hubungan antara Walau kekok tak fasih bicara Papan
tanda iklan merata Digantung dipakai seluruh negara Di timur di
barat selatan utara Mengguna bahasa yang sama Majlis rasmi senada
seirama Petah bicara bahasa serupa
Sabah Sarawak Iban, Dusun, Kadazan, Bidayuh, Jawa Melayu, Cina,
India Melafaz kata bahasa yang sama Bersatu berpadu tanpa ragu
Bangga dengan bahasa Negara
Ayuh... Pertahankan bahasa Negara Martabatkan ia di gagasan bangsa
Jangan dirobek jangan dihina Biar putih tulang jangan putih mata
Demi sumpah mahkota setia Di awal merdeka muafakat bersama
16 Semarak Rindu
Dahulukan... Utamakan... Alat komunikasi utama Pengantar pendidikan
dibida Bahasa ilmu bahasa maklumat Kekal ia menjadi keramat
Rosak ia hancur Negara Perpaduan berkecai berkecamuk bangsa
Martabatkan ia di dada nusa Satu Bahasa Satu Bangsa Satu
Negara.
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin Mad Jaih AbiIab Usrotu
Johan Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan
2016
17Semarak Rindu
ANDAI AKU MASIH BOLEH BERSUARA
Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada Akan ingin
sekali aku katakan
Pengembaraanku, Tidak sekadar hanya satu perjalanan yang hambar
Yang membisu pada persengketaan Yang menyepi pada kebenaran
Lantaran itu kau sahabat, perlu tahu Suara lantangku kerap menerjah
Hati-hati yang gelisah resah mencari setulus resolusi Malahan… Kau
juga tahu Bisikan sapaku perlu diaju berani Kerana persoalan dalam
setiap persimpangan Perlu kukuh mempertahan maruah Yang menguji
keimanan dan takwa
Sahabat, Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada Akan
ingin sekali aku katakan
Pengorbanan ku Tidak langsung mengharapkan sekelumit pengiktirafan
Namun, Aku ingin sekali merasa dan mengecapi percikan kasih dalam
pengertian yang sekadar cuma Mengapa aku singgah sementara di sini
Sehingga kini.
Tenang aku sekadar cuma mengharapkan Agar diri ini dikenali dan
disedari, Seumpama insan yang sepertimu jua Berjuang untuk nusa dan
bangsa Dan ada kalanya Tergelincir dari landasan perjuanganku tanpa
sengaja Kesabaran dan kesungguhanku yang tertaut, terlerai, ada
ketikanya Terburai merungkai simpulan kental yang lama
kupertahankan
18 Semarak Rindu
Sahabat, Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada Akan
ingin sekali aku katakan
Perjuanganku Perlu diteruskan waima apapun halangan dan cabaran
yang ditempuhi Kutinggalkan buat kamu semangat perjuangan yang
harus digenggam tanpa gusar akan perih tirisannya itu adalah
keindahan sebuah pengembaraan ianya tiada ada kesudahan
Namun begitu sahabat Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih
ada
Aku ingin engkau tahu Terlalu banyak tawa ria Terhimpun di
sepanjang perjalanan ini Yang akan ku bawa bersama
Dan Sahabat Kita tidak perlu menyimpan duka
Nukilan Samsiah binti SI-Rajab
19Semarak Rindu
TANAH INI - KEKHALIFAHAN KITA
Kita sedar… landasan kehidupan ini tidak pernah lurus. Jauh sekali
tanpa ada rintangan yang menghalang, Jauh sekali tanpa ada dinding
yang menghadang, Jauh sekali tanpa ada masa yang pastinya tidak
akan pulang.
Lantaran itu.. Kita perlu, tanah yang kita pijak ini, tidak tandus
tidak pupus, Kita rindu, tanah yang kita pijak ini, tidak disambar
terik mentari yang panas membakar hangus, Kita mahu, tanah yang
kita pijak ini, nyaman dengan siraman kasih yang kudus, Agar
landasan laluan kehidupan kita kukuh silaturahim dengan Nya, Agar
landasan laluan hayat kita tidak dibadai getaran gerhana yang
derita.
Jika pun disiram kegersangan dan kepanasan Tanah yang kita pijak
ini, tidak akan bisa gegar tenggelam dalam kealpaan Kerana dipaut
kasih dan sayang, ukhwah yang berpanjangan
Bagai dituntut… Tanah ini, Tempat bertapak ilmuan sarjana Tempat
berlindung penuntut bijaksana Tempat berteduh rakyat yang setia
meneman Tempat bernaung insan yang gigih mencari keredhaan
Walhal, Kita sedia tahu dan memahami Tidak mudah untuk menuntut
pengertian Walau diterjah dengan pelbagai hujah yang munasabah Agar
kita mampu gagah menjunjung hadis dan nas Al Quran tanah ini, perlu
terus dihuni penuh amanah, penuh rahmah sentiasa diberkati dan
disyukuri
Alhamdullillah, Tanah yang kita pijak ini, milik ummah sejahtera
Yang tiada leka Mencari kekhalifahannya di dunia
Nukilan Samsiah binti Si-Rajab
20 Semarak Rindu
RAMADHAN HADIRMU KU NANTI
Ramadhan dan Malam Al-Qadr ...Ramadhan Engkau hadir lagi persis
seorang kekasih membawa haruman kasturi mewangi dalam rasa iman
untuk yang menginsafi Ramadhan tuntutan Ar-Rahman
…Ramadhan Engkau datang lagi bagaikan ribut pasir padang Sahara
menghambur debu-debu keperitan membahang rasa segala sukar untuk
yang mengengkari Ramadhan perintah Al-Jabbar
…Ramadhan Apapun hadirmu Aku tetap mengharapkan malam yang satu
Malam puncak Malam Al-Qadr Malam penuh rahmat Malam penuh keampunan
…………
Ya Rabb… berikanlah aku peluang menghidupkan malam ini satu malam
yang lebih baik daripada seribu bulan
Nukilan Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh 10 Ogos 2010 29 Syaaban
14
Sempena Kehadiran Bulan Ramadhan 2010
21Semarak Rindu
Akulah guru itu, dituntut segala tahap kesabaran, ketabahan,
tawadhu’, empati, dimohon setia, tenang, berdedikasi, dijamin
gelaran suci kekal abadi, dipaksa berani, berantakan hujah
melindungi diri demi memartabatkan profesion keguruan
Akulah guru itu
Antara pertarungan pedih dan sedih, memilih untuk sembunyikan
perasaan. Di sebalik jerih penat dan lelah, memilih untuk menawar
senyuman. Mencari barokah dalam kembara proses menterjemah visi dan
misi Pendidikan. Cekal meneroka wahana kesarjanaan - online, google
meet, google classroom, you tube, zoom.
Akulah jua insan yang terkadang rapuh namun tega memburu ilmu, ku
jejaki pendeta agung mempertahankan kompetensi kendiri, mengembleng
arus pemikiran positif dalam kemelut gundah kemahiran yang ada,
waktu dan tenaga dijana keras membelah badai kemelut Revolusi 4.0
dan Pendidikan Abad ke-21. Aku perlu mampu merealisasi trend masa
hadapan yang sentiasa kabur, peka dengan yang bakal pergi
menghilang sepi dan gah menghadapi yang datang menjengah cuma,
berupaya untuk navigasi dengan perubahan dan inovasi, berkebolehan
untuk mengurus kuasa dan mempertahankan delegasi.
Namun akulah itu yang sentiasa sedar, muridku harus komited
melangkah berani, sebagai waris penjenang FPK.
Akulah guru itu, yang juga bersedia menerima autonomi mereka. Suatu
waktu nanti, dalam suka dan bangga di hati, dalam bisikan maupun
laungan kuat. mereka mengaku,
Akulah guru itu
Penyertaan Sempena Pertandingan menulis sajak Hari Guru Kebangsaan
2020
22 Semarak Rindu
CIKGUNYA HAMBA
Asalnya dipaksa bunda Walau telah melepasi usia Mulakan langkah
tidak ceria Dalam paksa ada rela Lalu di MPPM segalanya
bermula
Hati mula memaut rasa Menimba ilmu mendidik Bahasa Pen itu untuk
pena Pencil itu pensel jua Lalu kenapa pula Pemadam menjadi eraser
Dan pembaris dipanggil ruler
Sembilan purnama di aras rendah Tambah sepuluh di tahap menengah
Campur tolak tambah cuti sarjana Dua puluh tiga tahun dipanggil
teacher
Tidak terlintas di benak hamba Institut Aminuddin Baki mengamit
mesra Rezeki tidak disangka-sangka Seperti yang disuratkan Allah
Ta’ala Sepanjang masa ilmu ditimba Berkongsi pengetahuan dan
pengalaman jua Seiring peserta hampir seusia
Kini masanya hampir tiba Hari dihitung jam berbicara Tiga puluh
satu tahun usia dibelanja In Shaa Allah cukup untuk di kira Semuga
bakti yang dicurahkan diganjari pahala
Sebelum masa hamba bersara Hamba halalkan ilmu milik pencipta Hamba
mohon kemaafan jua Atas khilaf sesama manusia Titipkan doa buat
hamba Dikala rindu mengusik jiwa Menjelma tiba…
Nukilan rasa hamba Marina Abas IAB2020
23Semarak Rindu
GENERASI BAHARU
Mari kita bina generasi baharu Generasi berilmu Generasi tahan
gelodak dan cabar Generasi yang mengenal TUHAN dan ASAL Generasi
yang berkata benar Generasi yang berani gagal dan berani mencuba
Generasi yang berhemah Generasi yang tidak pernah mengalah Generasi
yang beriringan dengan perkembangan dunianya Generasi yang hidup
bersama-sama
Kerana Masa depan dunia ini untuk mereka bukan lagi untuk kita
mengapa mesti kita wariskan rasa dendam dan kesumat rasa benci
bergejolak rasa marah yang tak pernah reda seperti yang sentiasa
kita bawa dalam fikir dan jiwa kita
sama-sama kita bangunkan satu generasi yang hebat yang dikenang
sepanjang hayat GENERASI BERILMU DUNIA AKHIRAT
Nukilan Dr. Redzuan bin Jantan Senawang Perdana
24 Semarak Rindu
NEGARA KITA
Negara ku yang ku cinta Keunikan mu… buat ku gila Hati bergelora...
bagai ombak di pantai Melihat keindahanmu di persada
Negaraku... negara dia Tanah tumpahnya Ali Lahirnya Muthu… dan Ah
Lee Aku Melayu dia lain bangsa
Uniknya negara kita Pelbagai warna bangsa Banyaknya perayaan di
suatu masa Hidup aman dan sentosa Susah senang diharungi
bersama
Kita tiada beza… Dia dengan caranya Aku dengan impian mewarna Kami
teguh bersatu... Kami ibarat isi dengan kuku Kami kasih
mengasihi... kami bantu membantu... kerana kami satu Malaysia
sehati sejiwa
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
25Semarak Rindu
PERGINYA TUAN DEMI PERTIWI
11 April 2016 hari bahagia Saat dinanti warga IAB Pemimpin
berwibawa meneraju kita Menyusuri liku-liku sungai transformasi
Memperkasa IAB dalam era teknologi
Bulan demi bulan takwim ditempuhi Amanat tuan bermain di telinga
kami Bagai anak manja disusui Demi mencapi misi dikecapi Agar IAB
muncul bak mentari
18 Oktober 2017 saat mendebarkan hati 1-Tahun, 6-bulan, 7-hari,
kita berlari Memanjat tiang gagasan visi Takwim belum habis
dijelajahi Sedih melambai tuan pergi Namun apakan daya kami redhai
Hanya kenangan tinggal di mimpi
Perginya tuan demi pertiwi Misi besar KPM sedang menanti Menumpang
gembira kami di sini Segala budi tuan kami ingati Maafkan kami yang
nakal tidak terperi Mengusik tuan mencabar sanubari Tegarnya tuan
melayan kondisi Rezeki menanti tuan yang berbudi pekerti Tahniah...
tuan mantan Pengarah IAB Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia yang
kini Selamat maju jaya bisikan hati kami Intai-intailah kami di
bawah ini Semoga PPPM bukan lagi misteri Agar IAB mekar di taman
pertiwi
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Sempena Majlis Lambaian Budi Tautan Hati majlis persaraan Y.Brs Dr.
Haji Zainal Aalam bin Hassan, Pengarah IAB (11.04.2016 -
18.10.2017)
26 Semarak Rindu
GEE…MEKAR DI HATI KAMI
21 Disember 2017 hari ini Club Goft Kota Serimas jadi saksi
Pertemuan kita PPT di sini Istimewa buat teman dirai Bukannya titik
henti Tapi... permulaan yang dinanti Setiap kita… pasti lalui Bukan
mimpi nyata terjadi Hari ini Kak Gee… Esok lusa kita alami
Gee… gelaran diberi Orangnya lembut tapi tegas sekali Suara manja
semulajadi Rakan taulan senang didampingi Ilmu dimiliki mudah
diberi Tidak lokek pemurah hati
Gee… Kerja diterima semua menjadi Pandangan dan idea dikongsi Visi,
Misi IAB tegarnya di hati Keguruan sebati dalam diri Menunjuk ajar
pemimpin sekolah - hingga kini Ada sahaja kerja juga aktiviti
Cutinya banyak masih berbaki Persaraan ini masanya untuk manjakan
diri
Lihat… wajahnya tersenyum berseri-seri Lesung pipit kanan dan kiri
Maafkan kami andai tersalah mencuit hati Majlis ini persembahan
daripada kami Semoga lekat kenangan kita di sini Menjadi nostalgia
indah di memori
Gee... Terima kasih daripada kami Harapan dapat berjumpa lagi Ya…
nostalgia ini yang pasti Gelak tawanya dirindui… Bakti dan budi
yang ditaburi Mekar di hati kami
Nukilan Wan Mimi Bt. Wan Omar
Sempena persaraan Nor Zilah binti Abdullah pada 8 Disember
2017
27Semarak Rindu
KINI TINGGAL MEMORI
Shamsul Bahri…mengikut jejak Kak Gee Meninggalkan kita bersilat
mengejar misi Datang dan balik kerja bermotosikal tinggi Aduhai
kenapa cepat nak pergi? Gelak ketawa belum kering gusi Banyak
simpulan belum dimengerti Penyelesaian algorithma pening kepala
kami
Motosikal letak di pintu besi Naik ke bilik lupa tanggal topi Dalam
kepala SKT menanti Mengharapkan INSYST berfungsi Pakar membangun
Aplikasi Perginya sukar menemukan pengganti Algoritma INSYST
banyaknya teka teki
Mulut nakal, namun hati berbudi Buat bising memecah sunyi Stres
bekerja dapat dikurangi Membentuk suasana harmoni Sejahtera
ditempat kerja diperolehi Kini,.. tinggal sebagai memori Jauh
dimata…namun dekat dihati kami Terima kasih Shamsul Bahri Selamat
bersara manja disamping isteri
Nukilan Wan Mimi bin Wan Omar
Sempena persaraan En. Shamsul Bahri
28 Semarak Rindu
MODAL INSAN ASET HIDUP NEGARA
Kita berbeza tetapi satu suara Nada melodi pelbagai seirama
Bertugas di kota maupun desa Bekerja di premis atau ruang terbuka
Mencurah idea atau tenaga Tetap bersama sehati sejiwa Kita aset
hidup ibu pertiwi Yang unik punya identiti Individu yang mampu
berdikari Mahir dibidang yang diceburi Generasi pelapis yang
diwarisi Turun temurun hingga kini Anak desa turun ke kota Anak
kota sebaliknya Membawa bekal didada Nilai murni semat dijiwa Pesan
guru ingat tidak dilupa Modal insan nadi ekonomi negara Usaha giat
untuk berjaya Kita harta negara Tidak ternilai harganya Ikatan
ukhwah dijana bersama Lahirnya bangsa Malaysia Hidup rukun aman
sejahtera 60 tahun telah merdeka 5 tahun sekali pilihanraya 9 Mei
hari mengundi calon anda Buatlah keputusan bijaksana Kita Aset
Hidup Negara Modal Insan bernyawa Melebihi emas dan permata Setiap
tahun disambut mesra Mei 2018 sangat istimewa 1 Mei Hari Pekerja 12
Mei Hari Jururawat pula 13 Mei Hari Ibu tercinta 16 Mei Hari Guru
pendidik warga Dirai pada bulan yang sama Mei bulan Lima
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Sempena …9 Mei 2018
MAMPUKAH DI RAMADAN INI
Mampukah di Ramadan ini Ku tutupi telinga ini Dendangan irama
hampir melupai Lalai alpa mengingati Mampukah di Ramadan ini
Dirobek telinga kebal dengan melodi Sudah sebati mendarahi Aku Yang
Tersakiti Bahgiamu Deritaku idola diri Keduanya terkepung
disanubari Mampukah buang jauh ke lautan api Ayat-ayat pedoman
sebagai pengganti
Mampukah di Ramadan ini Tutupi mata jernih ini Panahannya tidak
henti Dedahan putih gebu berseri Jelingan kenyitan bererti Senyuman
menguntum memberi Goyangan tubuh melalui Terpahat dikehidupan hari
Mampukah butakan hati Ayat –ayat kebaikan ganti pancari
Mampukah di Ramadan ini Kunci mulut bicara Berbicara kosong tanpa
makna Kata nista kisah manusia Kumat kamit ayat dusta Omongan tanpa
hala Mampukah matikan segala Zikir, tasbih tahmid dibibir bertahta
Pengawal utama mulut mulia
Mampukah di Ramadan ini Ku tetapkan minda Dari fikir dunia
sementara Hanya wang pangkat berharta Mampukah nyahkan semua Fikir
kebesarannya pembalasannya di otak bernyala Kekal bersemadi di
minda bahagia
30 Semarak Rindu
Mampukah di Ramadan ini Ku kempiskan nafsu selera Bertandang ke
Bazar agenda utama Meredah asap ikan bakar Ayam pusing sentiasa
berlegar Minuman berperisa nampak segar Aneka kueh dan kentang
putar Murtabak siap ada ditebar Lauk pauk air liur menggecar
Menambah rasa lapar Semuanya dibeli tanpa sabar Nak baham semua
semasa iftar Mampukah ia disingkirkan Bersederhana ikut kemampuan
Ikut Sunnah junjungan Lepas iftar dapat kekuatan Bukan longlai
lemah kekenyangan Terawih hanya dalam igauan
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jais Sempena kehadiran bulan
Ramadhan 2019
31Semarak Rindu
MENGAPA AKU DI MUSNAHKAN?
Inilah rupaku Mulanya hasilan tangan keras kasar Digantung, digayut
di tempat dimerata Dimana saja. Di istana, di hotel penginapan,
dirumah maupun diladang, di hutan belantara Aku pasrah dengan
rupaku yang tidak seindah rupa gadis sunti Namun aku tetap bermakna
dan bererti Aku bersedia menerima siapa saja Raja maupun rakyat
jelata, samseng maupun alim Aku menerima dengan rela Semua hidup
selesa Nyenyak tidur berdengkur dan berbagai nada dan irama Aku tak
pernah pertikaikan kamu siapa? Apa bangsa kamu dan agama kamu
Lelehan bau busuk dan masam mencuka tetap aku layani Sekian lama
aku menghambakan diri kepada semua Aku bentengi musuh durjana
Nyamuk dan drakulla sentiasa mencari peluang Ingin memasuki ku
untuk mencari rezeki dari penghuni ku yang tersedia Namun ada juga
insan yang berusaha menjaga imej ku sebagai pelindung maya Mereka
cari dan cari musuh durjana Mereka kelilingi dalam ku demi menjaga
imejku Mereka musnahkan musuh durjana yang memasuki ku. Sekian lama
aku menjadi pelindung Hampir 55 tahun aku berbakti Wajahku dihias,
di andam demikian rupa Walaupun wajah berupa beza Namun tugas aku
tetap setia
Generasi baru sudah lupa Datuk nenek moyang mereka aku jaga Mereka
dilahirkan dan dibesarkan dalam aku Tergamak katakan aku sudah
tidak perlu Aku ingin dilemparkan malah ingin dirobek Dek kerana
sedikit kealpaan membiarkan musuh durjana bermaharajalela didalam
ku Terus…. Ubat dan racun berasap sebagai pengganti Mereka tidak
sedar itu racun boleh membunuh tanpa ketika
32 Semarak Rindu
Keterlaluan!!!!!! Kita bakar dan kita bukan generasi aku Kita
generasi racun dan asap berbisa Aku tidak dikenang jasa 55 tahun
aku berjaga Mereka hidup selesa Pembangunan rohani dan jasmani dan
segala Keselamatan dan keamanan yang amat berharga Keselesaan dan
kebahgiaan didakapi bersama Jasa siapa?
Fikirkan generasi ku Mengapa racun dan asap diutama Malah aku
kelambu lama mengapa dilupa
Memang tak mengenang jasa . Hidup selesa Riang ria, rumah besar
mewah gagah Makan besar, penuh nikmat syurga dunia Kereta menjalar
dijalan raya Bangunan tinggi melangit mencakar cakerawala Hiburan
menggila Semuanya ada Hebat dan tersohor seantero dunia
Kerana siapa?
Akulah kelambu yang setia Sudah dilupa . Memang tak mengenang jasa
.
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena 2012
33Semarak Rindu
Walau hebatnya ujian melanda Walau hebatnya serangan menduga Walau
hebatnya konspirasi direncana Walau hebatnya serangan menggila
Serangan budaya serangan minda Serangan fizikal kudrat kuasa Kau
tetap berdaulat utuh dipeta dunia
Musuh durjana Luar dalam berpakat bersama Ingin meruntuh mencabar
daulat perkasa Konfrontasi Indonesia Bunuhan kaum 13 Mei derita
Tentera Merah Jepun memaksa Merudum ekonomi dunia Ancaman sesat
minda dan agama Segalanya ditangani pemimpin bijaksana
Gilanya Sulu sudah berlalu Gilanya kongsi gelap gangster meluntur
layu Gilanya konspirasi upahan musuh sudah dihidu Gilanya pakatan
hancurkanmu semakin lesu
Malaysiaku Berdaulat Namamu mengharum wangi didunia sejagat Segala
bidang acara kau hebat Segala agenda kehadapan kau rapat
Ideamu tingkahmu Jadi ikutan dunia alam Berbagai bermacam mengikat
kuat Dek toleransi dan muafakat
Disini tumpah darahku Mengalir semangat jati bangga denganmu Disini
tumpah darahku Mengenggam semangat berkobar mempertahankan
daulatmu
34 Semarak Rindu
Aku rela Membanting tulang empat kerat Aku rela Membasahi bumi
dengan keringat Aku rela Pecahkan minda merencana keramat Aku rela
Gugur syahid demimu kekal berdaulat
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih
35Semarak Rindu
MILIK SIAPA RAMADAN INI?
Ku gagahi jua Bicara tentang cinta Cinta terhadapmu (Ramadan) Kini…
Kau dihadapanku Ungkapanmu… Peluklah aku . ..Aku milikmu Aku
serahkan tubuhku untukmu Penuhilah serakahmu terhadapku Namun… Aku
gadis bidadari suci Syaratnya maha tinggi
Sebelum kau kucupiku Basahi bibirmu dengan zikir dan tasbih Sebelum
kau pelukiku Sasakan tubuhmu dengan gerakkan solatmu Sebelum kau
temukan dahimu Tandakan dahimu dengan kesan sujudmu Sebelum kau
sentuhiku Sucikan tanganmu dengan wudukmu Sebelum kau khayalkanku
Kuduskan mindamu dengan fikrah islamimu Sebelum kau bicara denganku
Istiqomahkan lidahmu dengan tahmid dan takbir Sebelum kau
menjelingiku Tajamkan matamu dengan renungan Al Qurán Sebelum kau
ungkap kata cintamu Ungkapilah dengan hadith Rasulmu
Aku tak sudi !!!!!!!
Bibir basah fitnah nista Borak kosong tanpa kerja Al Qurán hanya
hiasan cuma Tak baca tak jadi petua Solat sunat pun berkira
Bersedekah pun dihadapan kamera Canang sana heboh segala Asyik
tidur …lemah berbicara Asyik meludah ke tanah melata Beritau aku
puasa
36 Semarak Rindu
Muzik gila melodi pelupa Masih di gendang telinga Perangai lama
Tetap kekal selamanya
Jam 2 mula bicara Apa juadah apa nak makan untuk berbuka Hampir
lupa kita puasa Dihadapan TV habis segala
Jam 6 mula bercanda Ke Bazar nak lantak semua Semua enak semua
berselera Beli tanpa berkira Bila berbuka pandang saja.
Rupanya hujan ditengahari Sangkakan jimat Rupanya joli
TAK MALU KE ! KAU BUKAN MILIK KU
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena RAMADHAN
37Semarak Rindu
GURU (KAU SENTIASA HIDUP)
Sentuh pandangmu ilmu Ucap bicaramu ilmu Tegur nasihatmu ilmu Ganas
bengismu ilmu Gaya pakaimu ilmu Hayun langkahmu ilmu Imej dirimu
ilmu Segala padamu ilmu
Guruku Kau menjadi ikutan Padamu ilmu dan teladan Setiap kata dan
ucapan Setiap amal dan perbuatan Menjadi ikutan sepanjang
zaman
Kau sudah pergi Hancur berkecai jasad diri Namun ilmu mu sudah
sebati Dipertahan warisan jati diri Sanggup korban diri Demi ilmu
yang amat berbakti
Kau sudah tiada Ilmumu segar sepanjang masa Kau tidak berbicara
Ilmu bicaramu tetap membara Dibibir murid mu petah berkata Didewan
rakyat, dipentas dunia
Kau sentiasa hidup Kerna ilmu mu sentiasa dipaut Generasi berzaman
turut menyahut Syurga firdaus sedia menyambut
Selamat hari guru Al fatihah buat semua guru ku sesungguhnya kau
tetap hidup kerana ilmumu sentiasa hidup
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena Hari Guru
2014
38 Semarak Rindu
AKADEMI RAMADAN
Kau unik berbeda Bukan fantasia tapi sebenarnya Kau akademi agung
mulia Turun daripada yang esa Kau terbuka seluasnya syurga Kau
terbuka untuk sesiapa saja Syarat mutlak islam, berkuasa waras
fikiran serta niat untuk kerjakannya Patuhi syarat pencipta
Sepurnama lamanya Tiada gangguan syaitan durjana Kuduskan hati
sentiasa Mengabdi kepada syarat dan adab pencipta Kau tiada
pengetua Kau tiada saringan dan sms peminat utama Kau tiada masa
diajar dan dipaksa Kau tidak dikurung di kamar fantasia Kau bebas …
Kamarmu rumah pencipta Beriktikaf, bermunajat dan berzikir kepada
yang esa Iramamu al Qur ‘an Melodimu alunan tasbih yang takdis
Gayamu gerak solat mukhlis Pakaianmu akhlak sistematis
Katamu ibadat Senyummu ibadat Panahan matamu ibadat Bualanmu ibadat
Tidurmu ibadat Fikirmu ibadat Jalanmu ibadat Langkahmu ibadat
Lecturemu ibadat Tulismu ibadat Nyanyianmu ibadat Semuanya
bersyarat Betul, tepat dan ikut syariat
39Semarak Rindu
Awal akademimu rahmat Semua dilaku mendapat berkat Jangan keluar
daripada akademi makrifat Akademi ramadan yang mencetak masyarakat
Masyarakat bahgia dunia akhirat
Pertengahan akademimu keampunan Kudus persis bayi dilahirkan Tuhan
tawar kemaafan Hidupkan akademimu jangan persiakan
Penghujung akademimu kebebasan Dahsyatnya neraka tak sanggup
dibayangkan Mengapa dipenghujung semakin dijarakkan Akademimu tidak
serancak dipermulaan Alunan aidilfitri, kueh raya diutamakan
Alangkah malang akademi ramadan Tak semua mampu bertahan Iblis
syaitan masih dipenjarakan Nafsu bermaharajalela menjadi tuan
Ya allah masukkan kami ke akademi ramadan Syurga idaman menjadi
kegilaan Realisasikan berpaksikan amalan. Semoga kita semua
memasuki akademi ramadan Niat puasa : “sahaja aku puasa besok hari
bulan Ramadan sekaliannya kerana Allah Taala.”
Jangan lupa bersahur kerana Rasulullah bersabda “Bersahurlah kerana
sahur itu berkat.”
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena kehadiran bulan
Ramadhan 2019
40 Semarak Rindu
PENILAIAN BUAT GURU
Oh Guru… Betapa sukarnya dibicara Betapa sukarnya dineraca Betapa
sukarnya …. Luluh hancur berkecai otak minda … Takhta mana
singgahsana persada Kau lebih mulia antara termulia Tanpa kau jahil
segenap alam maya Tanpa kau dunia porak peranda Tanpa kau kehidupan
kosong belaka Tanpa kau maya menjadi bengong, benak dan tolol
segala
Oh Guru….
Kau hambakan segenap detik dan ketika Mendidik anak bangsa dan nusa
tercinta Tanpa pilih tanpa beda Semuanya dididik ikhlas sejernih
mutiara
Oh Guru…
Kau tak kan biarkan mereka meraba Kau tak kan biarkan mereka
melanun durjana Kau tak kan biarkan mereka merempit melata Kau tak
kan biarkan mereka mensyaitan celaka Kau tak kan biarkan mereka
tanpa hala Kau tak kan biarkan mereka dibenakki musuh negara
Oh Guru…. Kau pahatkan azam memanusiakan manusia Kau pahatkan azam
mencetak akhlak mulia Kau pahatkan azam membentuk waris
negara
Oh Guru…
Ku tak mampu membalas jasamu segala Ku tak mampu menjiwai
pengorbananmu setinggi syurga Ku tak mampu menandingimu semua
perkara. Hanya tuhan bisa mengatur balasan cuma Setimpal jasamu nan
berharga .
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih
41Semarak Rindu
KINI TINGGAL MEMORI
2009 tahun pertama yang gembira Perut IAB Genting Highlands Haji
terokai Salam perkenalan daripadanya Insan kecil molek dari Chukai
Cukup terkenal di kalangan warga.
Bekas guru yang berdedikasi Garangnya haji Ditakuti murid tetapi
disayangi Warden SMT Kuantan yang disegani Didik anak murid pandai
bawa diri Ke mana pergi punya jati diri
Mukanya kelakar berwajah ceria Murah senyuman mudah digauli Sangat
tegas namun lembut bicara Lawak jenakanya tak kering gusi Baru
berjumpa seperti kenal lama
Meneraju BAKIP sebagai pengerusi Pelbagai aktiviti kelab menjadi
nyata Naikkan imej dan sejahtera organisasi Berkongsi ilmu tak kira
rupa bangsa Niat satu demi kemajuan ibu pertiwi
2014 Haji turun ke induk di Nilai Tiada beza prinsipnya tetap sama
Rakan taulan senang damping Sepuluh tahun di IAB tidak terasa
Banyak kenangan indah mencuit hati
Sebagai AJK Kelab Kebajikan dan Rekreasi Haji cenderong menjana
Ekonomi Dana kelab terkumpul mencukupi Untuk ahli kelab bersama
menikmati Pelbagai faedah dan juga aktiviti
42 Semarak Rindu
2 Januari 2018 tidak diduga Berita bala bagai mimpi Ada yang
menitis air mata WhasApp ditepis sukar dipercayai Baharu semalam
berjumpa Pagi ini, haji yusuf telah pergi
Perginya beliau tidak kembali Wajahnya terbayang di mata Gelak
ketawa dirasai, dirindui Kata nasihat bermain di telinga Nostalgia
arwah segar di sanubari Kenangan indah bersamanya Kini tinggal
memori
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar Nostalgia buat Allahyarham Tn. Haji
Yusof bin Ali
43Semarak Rindu
MERINTIH EHSANNYA
22 Disember 2017… aku terpaku Mata merneong keluar jendela Memori
ku memutar kisah lalu Potret demi potret muncul di minda Tanpa ku
sedari, manik jernih turunnya laju Mengapa dikenang yang
tiada
Januari 2018 semakin menghampiri Yang pergi tetap tak kembali Yang
hilang sukar ditemui Tidak akan sama jika berganti Kasih sayangnya
hanya dikenangi
Tahun 2018 bakal m enjelma Alhamdullillah… aku masih bernyawa
Syukurku panjatkan doa kepadaNya Tak pasti samada esok lusa ku
masih ada Tegar di sini meniti usia semakin manja
Ya Allah … aku tak lupa Setiap hari aku ingat belaian mesranya Aku
bagai mimpi di alam nyata Aku rindu kepada mereka Insan teristimewa
Yang mengajar aku tentang dunia Manusia itu sama tiada beza Yang
beza adalah ilmu dan amalan sahaja
Doa ku panjatkan buat ayah dan bonda Kesalku tiada ruang membalas
jasa Bagaimanalah mereka di alam sana? Ya Allah… yang Esa Sepuluh
jari ku susun meminta Ampunilah dosa dosa mereka Kasihanilah ayah
dan bonda Berderai mutiara jatuh di atas riba Diriku adalah hamba
yang hina Merayu dan merintih ehsanNya
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
44 Semarak Rindu
Selaut pandang Saujana merentas pilu Melangit biru Menghijau
banjaran titiwangsa bakal menyusup
Bumi nilai melambai-lambai Gerak tari dalam terik mentari Tiada
lagi dingin bayu genting Alahai hati Terimalah ketentuan ini
Merintih tiada erti Tugasan itu tanggungjawab Patut dipikul walau
dibumi asing
Asingkah diri dengan angin baru Membahang jiwa Tiada lagi angin
sepoi menyapa Segar udara mengiring diri
Rindu terus membara Sesekali bayu genting menyapa Riuh rendah dalam
samar damai udara dingin
Angin mantap di sini dengan dunia tersendiri Menggalas tugas demi
dunia pendidikan Niat diri kerana Allah Susah payah menjadi mudah
Angin garang menjadi dingin Reda sudah rintihan hati Semarak rindu
IAB tetap dihati
Nor Ishsan Ab.Razak Genting Highlands 2014
45Semarak Rindu
MURABI
Layakkah aku Memikul amanah-Mu Meskipun telah disuratkan dan
dinobatkan aku akan menghuni dunia intelek berdepan dengan cabaran
dan dugaan semoga jiwaku tidak akan jemu untuk aku bertemankan
kitab ilmu
Layakkah aku, Untuk tidak aku mendambakan anugerah Untuk aku
menghiasi jiwaku dengan bunga keikhlasan Untuk aku gilapkan permata
yang kelabu Untuk aku jernihkan air yang keruh Untuk aku jadikan
realiti daripada fantasi Biarpun daripada pahitnya hempedu Akan aku
gantikan dengan manisnya madu
Layakkah aku, Menimba syurga ilmu dari sungai derita Menghasilkan
senyuman daripada tangisan Menggali khazanah dari telaga budi
Memberi santapan untuk sama-sama merasai kenikmatan Lantas
mengunyah kesakitan Serta menghadam kesusahan
Mampukah aku, Melahirkan jutawan Melahirkan negarawan Melahirkan
olahragawan Melahirkan seniman Melahirkan macam-macam Yang
meletakkan ihsan dan syariah di hadapan Agar tidak tersesat dalam
hutan ciptaan
MURABI … itukah yang kucari
46 Semarak Rindu
IAB INSTITUSI UNGGUL
Kata orang-orang lama Andai merpati jinak di tangan hendak
ditangkap terlepas lari Maka, jemari yang bertaut perlulah kuat
genggamannya Jika terkilas ikan di air dan tahu jantan betinanya
maka jala ditebar perlu betul halanya
IAB bukan satu institusi yang biasa biasa Ia sebuah gedung
pemikiran Ia membentuk raut wajah unggul dan anggun watak
kepimpinan pendidikan IAB tidak sekadar gah disebut-sebut
Realitinya ia lebih dari itu Nadinya berdenyut pantas seiring
perubahan globalisasi Darahnya mengalir deras sepantas pacuan
inspirasi dan idealisme pendidikan Uratnya sekeras besi menangkis
tohmahan dan rintangan perubahan Namun hatinya lembut, selembut
sepoi angin yang membisikkan santun dan budi seorang pendidik Dan
niatnya jelas - pembangunan insaniah sejagat yang perlu kita kecapi
bersama nanti
Hakikatnya jelas nyata dari dulu lagi Mereka yang menerajui IAB
Juga menjadi tampuk sistem pendidikan negara Menjadi teras rujukan
pada lantangnya satu suara pelbagai bicara
Maka Tidak mungkin kita masih leka dalam bentuk acuan generasi masa
hadapan Tidak mungkin kita masih kabur mencari arah haluan dalam
mencipta sejarah kepimpinan pendidikan
47Semarak Rindu
Maka demikian itu benarlah sehingga kini IAB kekal sebagai satu
institusi unggul dalam tanggungjawab yang kekal dipikul merintis
jalan-jalan kehebatan sehingga ke akhir hayatnya
Nukilan Samsiah binti Si-Rajab Sempena persaraan Tan Sri Dr.Khair
bin Mohamad Yusof, Mantan TKPPM pada 30 November 2020 di Kota
Serimas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan Deklamasi
oleh Mistirine binti Radin
48 Semarak Rindu
BICARA MUTIARA ILMU
Beradab menitip kalam itu petanda mulia bahasa Bersopan melontar
kata itu petanda halus pekerti Berhemah menyusun bicara itu petanda
mulus budi Bermadah menyampai hasrat tariannya bersopan molek
Menyusun kalam menyata niat lenggoknya bersantun anggun
Perkasa bahasa menghiasi laman nurani Rapi teliti rantaian kalimah
ujar pertemuan Tertib terurus untaian hujah laras cendekiawan Tegap
mantap bait bicara mutiara ilmu jiwa bangsa Kemas tersimpan
khazanah temurun khazanah warisan
Perkasa waja bait berkait bahasa nusa Santun kalam penyatu jiwa
damai seluruh Halus pekerti mewarna cantik jiwa bangsa Bahasa
pertiwi madah ilmu wadah tersurat Mekar semesta mewangi indah
mutiara ilmu
Kekal utuh kata berhemah ucap nan beradab Tegap sasa kalam bersopan
kata nan santun Kalam ini kita lestari jangan nanti ditelan zaman
Indah mulus mutiara ilmu kita pelihara jangan sampai terabai Cantik
madah bahasa warisan kita pelihara zaman berzaman
Pewaris bahasa Hargai kalungan mutiara bahasa sejagat Teliti cermat
kalam ilmu tinggalan berhemat Hayati murni bicara hasrat warisan
berhikmat Sanjung julang bahasa penyatu jiwa penyatu hasrat
Kita tentu tahu murni bahasa upaya menjentik minda Kita pasti ingat
lentur bahasa upaya melentur pekerti Kita pasti tak lupa halus
bahasa upaya memujuk kalbu Kita jangan tak tahu indah bahasa upaya
menjalin ukhuwah Kita sangat tahu pernah ketika bahasa menyuntik
semangat pejuang
49Semarak Rindu
Mutiara ilmu ini kita pelihara kita jaga Mutiara ilmu ini kita
lestari kita pagari Mutiara ilmu ini kita angkat kita julang
Mutiara ilmu penyantun budi penyatu jiwa bangsa
Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara
Tempat Pertama Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sambutan Dekad
Bahasa Kebangsaan Tahun 2020 (7 Oktober 2020/ 19 Safar 1442 H)
Alyssa- Jitra
50 Semarak Rindu
BAHASA JIWA BANGSA
Bahasa …… lingua franca telah wujud berkurun lamanya sebagai pusaka
bangsa gapai gemilang tika pemerintahan Kerajaan Melaka menelusuri
ke serata nusantara
Bahasa warisan tak mungkin lut dek panahan mentari zaman tak
mungkin lenyap dek cengkaman, tikaman tak lekang dek panas tak
lapuk dek hujan
Bahasa ibunda mekar elok laksana bunga kembang di jambangan beralun
halus seperti dihembus sang bayu aromamu harum mewangi bak mawar
berduri berbicara lembut bagai sutera baldu berlagu merdu umpama
kicauan unggas di rimba mengundang seribu satu emosi dan perasaan
dalam bait-bait puisi juga lirik lagu sarat dengan corak kosa penuh
makna
Bahasa kebangsaan warisan bangsa bagai isi dengan kuku sentiasa
tersemat dalam jiwa sentiasa terpahat dalam sanubari
Ayuh kita bersama semarakkan perjuangan bahasa kita lakarkan
sejarah ke pentas antarabangsa menjadikan tonggak negara lambang
keterjalinan bangsa
51Semarak Rindu
Andai wujud bahasa kedua, ketiga jangan alpa bahasa kebanggaan kita
jangan lupa warisan nenek moyang kita hormatilah bahasa kita
cintailah bahasa kita sayangilah bahasa kita kenapa? mengapa?
sebabnya inilah … … … Bahasa jiwa bangsa
Shafizah binti Saidin Pembantu Perpustakaan Institut Aminuddin Baki
Cawangan Utara Tempat kedua Pertandingan Mencipta Sajak Sempena
Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2020
52 Semarak Rindu
MERPATI PUTIH BERLALU PERGI
Tika menyapa alam ku lihat suria tersedu maya berhiba sendu senja
berlari ke langit malam resah kala menebarkan sayap bintang teresak
bulan menangis desa ini bakal dipenjara virus neraca tiada lagi
bernilai lantas merpati putih berlalu pergi
Kelmarin daratan merajuk pantai jua menghakis diri nyiur berhenti
melambai ombak beralun lesu melingkar di teluk lara gempita seluruh
buana mendengar berita hama telah mara bermukim
bermaharajalela
Pergilah merpati putih kau lelah mengutip marah dan pedih cela
selagi langit keakuan diliputi gelap pekat jangan kau pulang biar
sungai bermadu biar laut bersakar daerah ini biarkan saja haus
selagi dedalu material tidak diragut akarnya hama akan terus
bersultan di sini
53Semarak Rindu
Merpati putih jika kau pulang nanti racunkan musuh perosak sumur
bungkuslah perit luka semalam tanam kembali benih insani suntiklah
vaksin budi tenunkan bahasa pengikat pertiwi sebelum kami ke darul
abadi
Zaharul Arifin bin Md Zin Tingkat 5 Selatan Bandar Enstek, Nilai. 9
Oktober 2020 Tempat Ketiga Pertandingan Menulis Sajak Sempena
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2020
54 Semarak Rindu
PERKASA MERDEKA
Pewaris merdeka Teliti luhur budi untaian bicara bonda Hayati suci
abadi rantaian amanat pejuang bangsa Hargai murni wangi kalungan
bunga pahlawan nusa Sanjung julang muafakat erat damai
merdeka
Pewaris bangsa Kita nikmati hasil jerih payah nan luhur Kita warisi
mahsul penat lelah nan tulus Bakti pejuang di abai jangan Lelah
pahlawan di lupa tiada Siramkan titis hujan kedamaian Sulamkan
benang emas perpaduan Jalinkan temali ukhuwah berzaman
Pewaris nusa Ingat beringat pesan berpesan Pengkhianat pembelot
wajahnya tak kelihatan Penjajah petualang derapnya tak kedengaran
Cermat kita menyusun langkah menuju masa depan Kita pagari damai
merdeka Kita sirami aman sentosa Kita penentu kilauan
sejahtera
Kita ibarat berteduh di pohon nan subur Pohon ini kita tongkat
jangan sampai rebah Rimbun ini kita baja jangan sampai luruh Subur
ini kita siram jangan sampai kontang Cantum ini kita pertahan
jangan sampai berderai Perkasa merdeka perkasa selamanya Perkasa
Merdeka Malaysia Prihatin
Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara
Johan Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sempena Ulang Tahun
Kemerdekaan ke-63 Tahun 2020 (30 Ogos 2020/11 Muharam 1442 H)
Alyssa - Jitra
55Semarak Rindu
SEMERBAK WANGI JASAMU
Semerbak wangi jasamu guru Curahan ilmu selautan jasa Jasa nan
tulus ikhlas dan mulus Jasa nan agung kusanjung kujunjung
Kita mula mengenal huruf dan abjad Kita mula belajar tatacara
melontar kata Kita mula mengenal tata santun mengujarkan bahasa
Kita mula mengira menulis melakar apa sahaja Kita mula mengadun
warna-warni di kanvas kehidupan Kita mula mencorakkan aneka
keindahan Kita akhirnya menggapai kejayaan Kita akhirnya
menggenggam idaman Kita akhirnya melestari kehidupan
Untukmu guru Sewangi kasturi lautan kasih kupersembahkan Untuk mu
guru Semerbak harum tautan sayang hormat berpanjangan Untuk mu guru
Segunung bungkalan doa sejahtera ke akhir zaman
Untuk mu guru Kami masih anak didikmu yang dulu Kami masih anak
didikmu yang dahagakan ilmu Kami masih anak didikmu yang menyanjung
jasamu
Semerbak wangi jasamu Abadi dinubari sejati dikenangi Melewati usia
hari ke hari Melangkaui masa tahun ke tahun Selagi nadi menyambung
hayat Selagi kudrat mengiring jasad Selagi mentari menerang siang
Selagi bulan menemani malam.
Johan Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sambutan Hari Guru Tahun
2017 Sajak untuk Cikgu Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut
Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (14 Mei 2017) Seri Pagi-
Genting Highlands
56 Semarak Rindu
MEKAR MENYINARI JASA TERPERI
Salam kami salam junjungan kasih Budimu tuan dikenang disanjung
Baktimu tuan diingat dijunjung Pekertimu tuan semarak berzaman
Mekar menyinari jasa terperi
Salam kami salam terima kasih Tiada terbalas budi dan bakti Tiada
ternilai jasa dan amanat Tiada terucap kalam penghargaan Curah
keringat teguh diingat
Salam kami salam kemaafan Tingkah laku jika tercuit rasa Bicara
lalu jika menyentuh hati Lirik pandang andai menyakit mata Menyusun
jari maaf dipinta
Salam kami salam perpisahan Jangan nanti kami dilupa Sedih hati
mengenang tuan Jangan nanti tak ingat kami Sayu minda mencari
kenangan
Melentur hati menyusun jari Terkasar bahasa maaf dipinta Tercalar
hati redakan kami Terguris rasa bukan sengaja Terlanjur santun
mohon diampun
Jasamu tuan dari Sarawak Jasamu tuan semerbak mewangi Disanjung
budi setulus hati Dikenang bakti seikhlas nubari Tetap nan mekar
dalam ingatan.
57Semarak Rindu
Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara
Sajak dideklamasi Sempena Majlis Persaraan Y.Bhg. Dato’ Suliaman@
Sulaiman bin Wak Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor
Pembangunan Profesionalisme Keguruan) (5 September 2019 / 5 Muharam
1441 H) Asrama Eksekutif - Genting Highlands
58 Semarak Rindu
RINDU BERTAMU LAGI
Saat itu, jari jemari ku menari-nari tanpa irama dan lagu Pastinya
santapan indah untukmu siap menanti Lauk pauk sudah tersedia… Menu
santai untuk dijamah.. Sebiji kek siap tertulis.. Kalimah indah
tanpa suara Selamat hari lahir ibu.. Untuk dirimu…… saban tahun..
saban waktu… Tak pernah alpa untukku rungkai.. Namun… baru kusedar…
tiada lagi igauan indah itu… Semuanya hanya mimpi bayangan… Rindu
datang lagi.. Pabila terpandang ruang jendela Terimbas kenangan
lalu.. bebelan mesra menggamit jiwa Kini semuanya sudah tiada..
Andai waktu bisaku putar Kanku pintal mesra bebelan berbisa… Kanku
dakap mesra dirimu tanpa lepas Andai perpisahan bukan jodohnya
pertemuan Kanku hidup penuh kebahagiaan…. Andai muda tak ketemu tua
Kanku ukir raut wajahmu persis bidadari jelita Andai hidup bukan
akhirannya kematian Pastinya kita kan bersama di pelusuk alam….
Namun … Semuanya… andai…andai….andai…… Lumrahnya alam…..hakikat
sebuah kehidupan.. Waktu kan terus berputar Adat bertemu kan
berpisah Muda pastinya tua… Hanya rindu …memori indah…yang mampu
bertahan Ku tahu… Dirimu hanyalah pinjaman Pergimu telah dijanjikan
Yang tinggal hanya kenangan.. Ikatan rindu yang tiada ketepian..
Rindunya aku padamu Pergimu takkan kembali lagi. Damailah engkau di
sana ibu Syurga hakiki menantimu ….. Maaf kupinta darimu ibu..
andai aku pendosa buatmu Ibu…
Maznah binti Abdullah Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa
(JKPBA) Buat Ibu yang telah dijemput Ilahi.
59Semarak Rindu
KEMBARA SEBUAH CITA
Kembara ini Ku mulai dengan langkah nekad, Walau bersendiri Di
arena baru suasana tiada pasti Ragam jiwa meragui diri Pelbagai
soalan bermain di minda Mampukah aku cuba bertahan?
Ku susun rapi langkah kecil ini Demi mencapai impian dan wawasan
Walau arus bertingkah Semangat ku garap gagah Berkat iringan doa
dan sokongan yang tercinta Syukur, aku masih bertahan!
Semakin laju derap langkahku ini Terkadang ada tersakiti Sentiasa
berpesan diri Sematkan ikhlas di sanubari Pasakkan nawaitu teguh
dihati Meyakini sesungguhnya hijrah itu perlu Melakar lukisan indah
di dunia baharu.
Langkah ini kukemaskan penuh waja Satu persatu kutemui mutiara tak
tertanding nilainya Kini ku cakna Pelangi itu berlainan warna
Mencetus harmoni, menghiasi kanvas alam Seperti kita menyimpul
ikatan Sejahtera rakan dan taulan Tersemat utuh kekal
berzaman.
Aku akan terus melangkah Walau ranjau meniti jalan Walau duri
menjadi halangan Nekad kembaraku ini hanyalah satu Melakar jaya
menggilap permata malap berharga Di puncak tertinggi cita
kerjaya.
Fauziah binti Ismail Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa
(JKPBA) Sempena Permulaan Kerjaya Baharu di IAB Induk, Bandar
Enstek.
60 Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Kena Patuhi Etika” 1. Kursus yang
dirangka
Kena patuhi etika 2. Kita berkumpul bersemuka
Kena patuhi etika 3. Saya karang senandika
Kena patuhi etika 4. Untuk merakam cereka
Kena patuhi etika 5. Sekadar suka-suka
Kena patuhi etika 6. Ada gelagat mereka
Kena patuhi etika 7. Menjadi bahan jenaka
Kena patuhi etika 8. Bukan cerita yang direka
Kena patuhi etika 9. Semua hebat belaka
Kena patuhi etika 10. Jangan ada yang terluka
Kena patuhi etika
Kata Kunci Bil. Ceritera “Tak Terfikir Kita” 1. Nak khabarkan
berita
Tak terfikir kita 2. Gelangang aktiviti kita
Tak terfikir kita 3. Peralatan lengkap melata
Tak terfikir kita 4. Tempat melatih kita
Tak terfikir kita 5. Pusat koko tercipta
Tak terfikir kita 6. Berada di depan mata
Tak terfikir kita 7. Satu antara sejuta
Tak terfikir kita 8. Masyhur serata-rata
Tak terfikir kita 9. Sedia apa dipinta
Tak terfikir kita 10. Tapi belum diwarta
Tak terfikir kita
SENANDIKA KEUTUHAN PASUKAN
61Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Menegakkan Tiang Bendera” 1. Aktiviti
dalam acara
Menegakkan tiang bendera 2. Semacam kena dera
Menegakkan tiang bendera 3. Semangat tetap membara
Menegakkan tiang bendera 4. Panas macam bara
Menegakkan tiang bendera 5. Fokus hendaklah segera
Menegakkan tiang bendera 6. Sikap bekerjasama tertera
Menegakkan tiang bendera 7. Ada nak tunjuk terror
Menegakkan tiang bendera 8. Cuba pelbagai cara
Menegakkan tiang bendera 9. Ketua kurang berbicara
Menegakkan tiang bendera 10. Awal bermula huru-hara
Menegakkan tiang bendera
Kata Kunci Bil. Ceritera “Mendaki Gunung Jerai” 1. Tak dapat nak
hurai
Mendaki Gunung Jerai 2. Peluh menitik berderai
Mendaki Gunung Jerai 3. Taka ada sebuah gerai
Mendaki Gunung Jerai 4. Urat perut nak terburai
Mendaki Gunung Jerai 5. Kumpulan tidak bercerai
Mendaki Gunung Jerai 6. Kekusutan fikiran terlerai
Mendaki Gunung Jerai 7. Siapa pun boleh try
Mendaki Gunung Jerai 8. Kokok berderai-derai
Mendaki Gunung Jerai 9. Balik buat minit curia
Mendaki Gunung Jerai 10. Mulut jangan murai
Mendaki Gunung Jerai
62 Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Keletihan masih Terasa” 1. Aktiviti lasak
sentiasa
Keletihan masih terasa 2. Berlarutan esok lusa
Keletihan masih terasa 3. Kami tak putus asa
Keletihan masih terasa 4. Sesi memasak biasa
Keletihan masih terasa 5. Aktiviti air luar biasa
Keletihan masih terasa 6. Apa pun jangan tergesa-gesa
Keletihan masih terasa 7. Berserah kepada yang esa
Keletihan masih terasa 8. Datang bukan nak selesa
Keletihan masih terasa 9. Pasukan nak perkasa
Keletihan masih terasa 10. Waspada setiap masa
Keletihan masih terasa
Kata Kunci Bil. Ceritera “Demi Membina Pasukan” 1. Semua tenaga
diperlukan
Demi membina pasukan 2. Setiap peranan dimainkan
Demi membina pasukan 3. Pangkat darjat ditinggalkan
Demi membina pasukan 4. Kerja sepasukan dibudayakan
Demi membina pasukan 5. Segala kepakaran dicurahkan
Demi membina pasukan 6. Buah fikiran disatukan
Demi membina pasukan 7. Kesegeraan tindakan
disepadukan Demi membina pasukan
9. Ruang dan peluang diperluaskan Demi membina pasukan
10. Suri teladan diaplikasikan Demi membina pasukan
63Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Adakan Kursus Lagi” 1. Harapan tak
berbelah bagi
Adakan kursus lagi 2. Bergerak awal-awal pagi
Adakan kursus lagi 3. Peruntukan kena tinggi
Adakan kursus lagi 4. Yang tak hadir rugi
Adakan kursus lagi 5. Bernafas dah ikut gigi
Adakan kursus lagi 6. Mantapkan pelbagai segi
Adakan kursus lagi 7. Kurangkan ego tinggi
Adakan kursus lagi 8. Hajat nak datang lagi
Adakan kursus lagi 9. Kita berpisah sat lagi
Adakan kursus lagi 10. Sehingga berjumpa lagi
Adakan kursus lagi
Abdullah Hassan Sempena Bengkel Pembinan Pasukan IAB - 2018 IAB
Cawangan Utara Residen IABCU
64 Semarak Rindu
DI RUMAH SENDIRI
Watak kita dicipta Perwatakan kita disusun Menjadi epilog cerita
yang dijadikan kronologi mimpi yang ngeri Meskipun babak-babak itu
disusun dan ditulis oleh bangsa sendiri yang disambut gembira oleh
si lupa diri
Melayu itu bijaksana Melayu itu cukup berbahasa Itulah klausa kata
rakaman Usman Awang Melayu juga Mengajar kita bersopan Mengajar
kita bersantun
Namun, Adakah ini yang kita mahu Apabila mahligai kita diceroboh
Apabila tanah kita diteroka Apabila laman kita dirosakkan Apabila
maruah kita diinjak-injak
Apakah tiada lagi Tiupan seruling bahagia Apakah tiada lagi kicauan
gembira daripada beburung riang Apakah tiada lagi rebusan ubi di
gelegar petang Apakah tiada lagi aroma haruman kopi Di anjung
muafakat Menyantuni tetangga Tanpa mengira warna bangsa Apakah
tiada lagi Jati diri sendiri Apakah tiada lagi Alur budaya
disantuni
65Semarak Rindu
Semoga ada jawapan nanti Semoga tidak akan berakhir khazanah bangsa
Yang disemai sejak berabad lama Yang dibaja setiap ketika Semoga
dapat dituai sampai bila-bila Semoga bercambah subur muafakat di
jiwa Agar kita kekal Menjadi tuan yang dihargai Di rumah yang kita
bina sendiri
Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman IAB Induk, Enstek, Negeri
Sembila
66 Semarak Rindu
Kepangkuan Aminuddin Baki Ku mulakan warkah ini dengan salam
keramat salam perjuangan kerana engkau adalah pejuang Engkau
pejuang bangsa, pejuang terbilang, pejuang ternama Engkau
perjuangkan Pendidikan pribumi Engkau perjuangkan kedaulatan bahasa
bonda Sayangnya engkau dipanggil pulang dalam usia muda
Aminuddin Baki pejuang ternama Sebut saja namamu, gah seantero
dunia Namamu tercatat dimana-mana Semaklah dalam catatan di UNESCO
lihatlah dalam pangkalan data di ISESCO namamu terpahat di situ
Tanyalah kepada Linda Lambert tanyalah kepada Ann Kilcher tanyalah
kepada Micheal Fullan tanyalah kepada para akademia dari King
College, atau tanya saja kepada kepala-kepala sekolah dari Medan
Mereka kenal nama ini nama pejuang ternama Aminuddin Baki tidak
pernah terpisah dari arus perdana perjuangan meletakkan pendidikan
negera ke taraf dunia
Aminuddin Baki pejuang bangsa Perjuangan kita sebenarnya tidak
pernah selesai, dan tidak akan selesai, kerana perjuangan adalah
pengisian kepada zaman yang berubah Justeru engkau usah khuatir
meski engkau telah pergi meninggalkan kami perjuanganmu tidak
terhenti di sini! Percayalah pejuang terbilang kamilah anak watan
yang meneruskan perjuanganmu memperkasa pendidikan di tanah ini Di
dada ini Kami sematkan semangat perjuanganmu yang kental, teguh dan
padu Tidak akan luntur sampai bila-bila Percayalah pejuang bangsa
akan kami lahirkan di sini lebih ramai pejuang pendidikan setaraf
perjuanganmu
67Semarak Rindu
Aminuddin Baki pejuang yang telah pergi Itulah semangat perjuangan
kami yang sentiasa mekar membara Namun hakikat perjuangan mesti ada
cabaran Begitulah perjuangan ini Kami dicabar oleh kelemahan
peribadi Sifat-sifat mazmumah menguasai diri Ada dalam kalangan
kami tidak mahu berubah, masih ditakuk lama, kerjanya tidak
seberapa Ada dalam kalangan kami bijak mencari helah, beralasan
menolak amanah Ada dalam kalangan kami meski ilmunya hanya setitik
air di lautan, tetapi mendabik dada yang benar hanya dia, salah
orang dicari sentiasa Ada dalam kalangan kami pemburu pangkat dan
kuasa, cantas sahaja setiap halangan yang ada Ada dalam kalangan
kami tak sedar diri, duduknya di bawah tetapi suaranya melangit
tinggi Ada dalam kalangan kami dalam sejuk pendingin hawa masih
mengipas orang di atas untuk sedikit keperluan peribadi
Aminuddin Baki Warkahku berhenti di sini Apapun yang telah
kucoretkan adalah cetusan rasa bangga dan kecewa Bangganya aku
kerana dapat meneruskan perjuangan mu demi martabat pendidikan
tanah ini Kecewanya aku kerana dalam perjuangan yang suci ini masih
ada dalam kalangan kami yang menjadi racun berbisa
Nukilan YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Sempena Jubli Perak
IAB di IAB Genting Highlands pada tahun 2009 Sempena kunjungan
YBrs. Dr. Khair bin Mohamad Yusof (Pengarah IAB) ke Institut
Aminuddin Baki Cawangan Utara pada 11 Disember 2008
68 Semarak Rindu
TERIMA KASIH TUAN
Terima kasih tuan Terima kasih kerana menghantar aku pulang Ke
tanah tumpah darah ku nun jauh di seberang Meskipun berbelah bahagi
aku Antara kekal di sini atau melangkah pergi Namun naluriku
berkata; ”Pulanglah! Telah lama engkau di sini, di sana ramai yang
menanti jasa dan baktimu menyirami bumi”
Terima kasih tuan Terima kasih kerana melepaskan aku pergi Iringi
keberangkatan ku dengan doa dan harapan Agar kepulanganku seperti
sirih pulang ke gagang, Seperti pinang pulang ke tampok Serasi aku,
serasi jiwaku
Terima kasih tuan Terima kasih kerana melepaskan aku berangkat
Sedar aku hebatnya cabaran mendatang Berat rasanya amanah yang
kupegang Tidak aku berjanji, khuatir tidak tertunaikan Tidak aku
menyusun harapan, takut nanti tidak kesampaian Tapi, tunggulah
Bersaksikan puncak Santubong lagenda negeri Akanku julang
perjuangan IAB melahirkan pemimpin pendidikan berkualiti
Terima kasih tuan Kerana menghantar aku pulang
Nukilan YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Sempena kunjungan
YBrs. Dr. Khair bin Mohamad Yusof (Pengarah IAB) ke Institut
Aminuddin Baki Cawangan Utara pada 11 Disember 2008
Terima kasih atas segalanya
Semarak Rindu Antologi Puisi