Upload
azilah-azie
View
280
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
selamat membaca
Citation preview
BMK 3033 : KETERAMPILAN MEMBACA
___________________________________________________________
TEKNIK MENGAJAR KEFAHAMAN MEMBACA DAN BERFIKIR SECARA
KRITIKAL : BERFIKIR BERSUARA DAN MENERAP IMEJ
___________________________________________________________
KUMPULAN A :
AZILAH BINTI ABDUL RAHMAN D20111047475
NOOR EMYLIANA BINTI GAZALI D20111047507
PENSYARAH
DR. DAHLIA BINTI JANAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Semester 2
2012/2013
1
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1.0 PENGENALAN 2
1.1 Pengajaran Kefahaman dan Perkaitan dengan Berfikir secara Kritikal 2
2.0 TEKNIK BERFIKIR BERSUARA 3
2.1 Faktor Penggunaan Teknik Berfikir Bersuara dalam P&P 3
2.1.1 Mengenal pasti Masalah Pelajar Tidak Tahu Membaca 3
2.1.2 Meningkatkan Kefahaman Pelajar 4
2.1.3 Mengukuhkan Pemikiran kritikal Pelajar 5
2.2 Kelebihan dan Kekurangan teknik Berfikir Bersuara 6
3.0 TEKNIK MENERAP IMEJ 7
3.1 Faktor Pelaksanaan Teknik Menerap Imej dalam P&P 8
3.1.1 Meningkatkan Tahap Kebolehan Membaca Pelajar 8
3.1.2 Membantu Mempercepatkan Tahap Kefahaman Pelajar 8
3.2 Kelebihan dan Kekurangan Pengaplikasian Teknik 9
4.0 CADANGAN AKTIVITI TEKNIK BERFIKIR BERSUARA 10
4.1 Tujuan Aktiviti 10
4.2 Jadual Senarai Semak 11
4.3 Prosedur Aktiviti 11
5.0 KESIMPULAN 12
RUJUKAN 13
2
1.0 PENGENALAN
Pengajaran membaca merupakan satu aktiviti yang cenderung kepada kemampuan
seseorang menerapkan teknik-teknik untuk memahirkan seseorang itu membaca dengan
cepat dan lancar. Hal ini kerana pengajaran membaca yang berkesan memerlukan teknik-
teknik yang bersesuaian dengan tahap kecekapan serta intelektual pelajar bagi memastikan
pelajar mampu menerima teknik yang diperkenalkan selain mereka mampu
mengaplikasikan teknik tersebut semasa aktiviti membaca. Kesesuaian teknik pengajaran
membaca turut mempengaruhi kemampuan berbahasa pelajar-pelajar selain pemahaman
pelajar terhadap makna teks yang dibaca. Umum sedia maklum bahawa pelbagai teknik
serta kaedah pengajaran membaca yang telah diperkenalkan yang boleh digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran kefahaman ini juga berhubung
kait dengan kemahiran berfikir secara kritikal oleh pelajar-pelajar yang lazimnya bergerak
secara seiring dengan pengaplikasian teknik yang diajar.
1.1 Pengajaran Kefahaman dan Perkaitan dengan Berfikir secara
Kritikal
Pengajaran kefahaman merupakan satu aktiviti yang mengutamakan kemampuan
pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran membaca serta mampu
menginterpretasikan makna yang terkandung dalam teks yang dibaca. Hal ini
bermaksud matlamat utama sesi pengajaran ini adalah untuk memastikan pelajar-
pelajar mampu menguasai kemahiran membaca selain mereka boleh memahami
dengan mudah topik perbincangan dan isi kandungan teks yang dibaca. Menurut
Clark & Clark, 1997 dalam Soenjono Dardjowidjojo (2007:50) mengatakan
kefahaman tergolong dalam dua jenis, iaitu pertama, kefahaman yang berkaitan
dengan pemahaman terhadap ujaran yang kita dengar.
Seterusnya, jenis kefahaman yang kedua membawa makna kefahaman yang
berkaitan dengan tindakan yang perlu dilakukan setelah pemahaman terjadi. Oleh
sebab itu, dapat disimpulkan bahawa pengajaran kefahaman yang diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut pelajar-pelajar untuk
menggunakan pemikiran kritikal mereka bagi memahami konsep teknik itu sendiri
selain mereka perlu memahirkan minda mereka untuk mengaplikasikan teknik
yang diajar.
3
2.0 TEKNIK BERFIKIR BERSUARA
Teknik berfikir bersuara atau „Think-Aloud‟ merupakan salah satu teknik yang boleh
digunakan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman pelajar semasa membaca dan
mewujudkan kemahiran berfikir secara kritikal. Teknik ini juga hampir sama dengan
bacaan mekanis (bersuara). Menurut Davey (1983) dalam Stephanie Harvey dan Anne
Goudvis (2007:46) menjelaskan bahawa “the think-aloud shows kids how skilful readers
think and how we activate our background knowledge, ask questions and draw
conclusions”. Teknik ini digunakan bagi membantu pelajar untuk mengetahui jenis
pemikiran yang boleh diaplikasikan oleh mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Teknik membaca yang disampaikan oleh guru perlulah jelas bagi menghasilkan
proses pemikiran secara kritikal dalam diri pelajar bagi memproses makna yang
disampaikan terutamanya ketika sesi menjawab soalan. Terdapat beberapa faktor teknik
berfikir bersuara ini dipilih oleh guru dalam proses P&P berikutan kelebihan dan
kekurangan pelaksana tersebut. Selain itu, terdapat juga cadangan aktiviti yang boleh
diaplikasikan oleh guru dalam menggunakan teknik ini secara tidak langsung seperti
berikut:
2.1 Faktor Penggunaan Teknik Berfikir Bersuara dalam P&P.
Terdapat beberapa faktor guru memilih untuk menggunakan teknik berfikir
bersuara dalam proses P&P di dalam kelas. Antaranya termasuklah membantu guru
untuk mengenal pasti masalah pelajar tidak tahu membaca, meningkatkan
kefahaman pelajar dan mengukuhkan pemikiran kritikal pelajar. Huraian faktor-
faktor tersebut adalah seperti berikut:
2.1.1 Mengenal Pasti Masalah Pelajar Tidak Tahu Membaca.
Penggunaan teknik berfikir bersuara, guru dapat mengenal pasti pelajar
yang mengalami masalah untuk membaca. Hal ini demikian, kebanyakan
pelajar tidak mahu memberitahu guru bahawa mereka tidak tahu membaca.
4
Oleh yang demikian, sesetengah daripada mereka suka membaca dalam
keadaan senyap dan mereka akan menghadapi masalah dalam
menyelesaikan soalan yang dikemukakan.
Oleh itu, melalui teknik berfikir bersuara ini, guru akan menjadi
model atau panduan kepada pelajar ketika proses membaca. Hal ini kerana,
guru akan membaca secara kuat dan menyebut perkataan-perkataan yang
sukar secara jelas bagi membantu pelajar untuk menyebut perkataan-
perkataan tersebut semula. Pelajar juga dapat membaca dengan
menggunakan intonasi yang sesuai bagi memudahkan proses pemahaman
mereka. Sebagai contoh dalam proses P&P mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Guru akan membaca satu cerita atau bab secara kuat dan jelas bagi
membolehkan pelajar untuk mendengar dan memahami perkara yang
disampaikan oleh guru. Setelah itu, guru akan meminta pelajar untuk
membaca dengan kuat dan jelas semula bagi mengesan perkataan-perkataan
yang sukar disebut oleh pelajar. Berdasarkan situasi tersebut, guru dapat
mengenal pasti pelajar yang kurang mahir membaca dan pelajar yang
lambat membaca melalui cara pembacaan yang perlahan, tidak yakin,
gagap dan sebagainya.
2.1.2 Meningkatkan Kefahaman Pelajar.
Selain itu, kefahaman pelajar juga boleh ditingkatkan dengan penggunaan
teknik berfikir bersuara. Hal ini demikian, semasa membaca, minda
seseorang akan memproses maklumat yang dilihat bagi menghasilkan
makna yang boleh difahami oleh pembaca. Namun begitu, sekiranya
pembaca membaca sesuatu teks dengan kadar kelajuan yang tinggi,
maklumat yang dilihat mungkin sepenuhnya tetapi otak tidak dapat
memproses keseluruhan maklumat tersebut.
Oleh sebab itu, menurut Shelley Hong Xu (2010:186) menjelaskan
bahawa melalui teknik berfikir bersuara pembaca khususnya pelajar akan
diarahkan oleh guru untuk membaca dengan kuat di dalam kelas. Keadaan
5
ini akan mendorong pelajar untuk membaca dengan kelajuan yang
sederhana dan dia dapat melihat, menyebut, memahami, dan memproses
setiap perkataan dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama pelajar
lain yang mendengar pembacaan tersebut juga akan menggerakkan mata
mereka dengan kadar kelajuan yang sama dengan pelajar yang membaca
tersebut.
Secara tidak langsung, pelajar-pelajar lain turut dapat meningkatkan
kefahaman mereka walaupun mereka membaca bersama ataupun tidak
dengan hanya mendengar setiap perkataan yang disebut oleh pelajar
tersebut. Ketika membaca secara lantang, pelajar juga akan memberi
tumpuan kepada kosa kata yang sukar, isi-isi penting, jawapan dan
sebagainya.
2.1.3 Mengukuhkan Pemikiran Kritikal Pelajar.
Teknik berfikir bersuara juga merupakan antara teknik yang digunakan
untuk menghasilkan pemikiran secara kritikal dalam kalangan pelajar.
Teknik berfikir bersuara juga merupakan satu teknik yang digunakan untuk
memproses kefahaman seperti membuat ramalan, mewujudkan imej,
menghubungkaitkan maklumat teks dengan pengetahuan sedia ada,
membuat pemantauan dan menyelesaikan masalah (Gunning, 1996).
Menurut Block & Israel (2004) dalam Susan E. Israel et. al
(2005:183) menyatakan bahawa “think-aloud is a metacognitive process
that students use in which their thought are verbalized while reading a
selection of text, thus modelling the process of comprehension”. Oleh yang
demikian, teknik berfikir bersuara sangat sesuai digunakan untuk
‘mengaktifkan’ pemikiran pelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif dan
kritikal.
Teknik ini boleh dilaksanakan semasa sesi menjawab soalan dan
membuat ramalan. Para pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk menjawab soalan, berkongsi dan berbincang secara kritikal
6
untuk menghasilkan jawapan yang tepat. Penyampaian jawapan perlulah
disampaikan dengan cara pembentangan secara literal, grafik, carta dan
sebagainya bagi membantu pelajar lain untuk memahami maklumat yang
ingin disampaikan.
Secara tidak langsung, pelajar lain boleh menanyakan soalan kepada
pembentang dan mewujudkan suasana komunikasi dua hala. Komunikasi
dua hala ini akan membantu pelajar untuk mengukur tahap metakognitif
mereka bagi membuat penilaian terhadap pemahaman mereka dalam
sesuatu bidang atau maklumat yang disampaikan oleh guru. Hal ini sekali
gus dapat membantu mereka untuk menyusun strategi dan memperbaiki
kelemahan diri sekiranya mereka gagal memahami perkara yang
disampaikan oleh guru dan pelajar lain (Oster, L, 2001).
2.2 Kelebihan dan Kekurangan Teknik Berfikir Bersuara
Antaranya kelebihan dan kekurangan pengaplikasian teknik berfikir bersuara ialah
seperti berikut:
> Mewujudkan komunikasi dua
hala
> Meningkatkan tahap penelitian pelajar terhadap
teks
Kelebihan > Mengambil
tempoh masa yang lama untuk sesi
P&P
> Tidak melibatkan psikomotor pelajar secara maksimum
Kekurangan
7
3.0 TEKNIK MENERAP IMEJ
Teknik menerap imej ini merujuk satu prosedur atau kaedah yang menjadi petunjuk atau
garis panduan kepada pelajar untuk melahirkan imej mental berkaitan perkara yang dibaca
semasa proses pembacaan. Proses melahirkan imej mental ini dikatakan dapat membantu
meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar. Selain itu, menerap imej ini lebih cenderung
kepada proses pelajar-pelajar memberi gambaran tentang perkara yang dibaca. Hal ini
kerana semasa pelajar-pelajar membaca, teks bacaan akan difahami menerusi pemberian
lambang-lambang yang dikira bersesuaian dan berkaitan dengan teks bacaan.
Selain itu, kaedah ini juga dikatakan berkait rapat dengan hubungan fungsi otak
dan pancaindera lain seperti telinga dan mulut yang memainkan peranan yang cukup
penting semasa proses membaca berlaku. Hal ini berdasarkan pendapat yang diberikan
oleh Gambrell, Kpinus, & Wilson, 1987 dalam Timothy V. Rasinski (2003:50) bahawa
pelajar akan seolah-olah bercakap tentang imej yang bina sendiri di dalam minda mereka
semasa mereka membaca atau mendengar teks yang dibaca. Hal ini menunjukkan bahawa
imej mental yang dibina telah menggabungkan fungsi pancaindera-pancaindera tersebut
bagi melahirkan gambaran imej yang mempunyai kaitan dengan teks yang dibaca atau
didengar.
Seterusnya, teknik pengajaran bahasa ini turut melibatkan proses melahirkan
lambang-lambang yang dikira bersesuaian dengan perkataan-perkataan yang dibaca atau
didengar. Lambang-lambang yang dibina adalah dalam bentuk imej atau visual mental
yang dibentuk berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara
mahupun andaian imej yang dikira berkaitan dengan perkataan-perkataan yang dibaca atau
didengar. Selain itu, teknik ini juga dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan
teks. Menurut Erin K. Jurand (2008:37) kuasa imej mental akan dihasilkan apabila imej
tersebut berinteraksi dengan sesuatu teks.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu imej mental yang dihasilkan
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sesuatu teks. Imej mental yang dihasilkan
haruslah dapat menggambarkan teks walaupun bukan pada keseluruhannya. Oleh sebab
itu, interaksi antara teks dan imej mental yang dihasilkan perlu dititikberatkan bagi
memastikan makna teks yang dibaca dapat difahami oleh pelajar-pelajar.
8
3.1 Faktor Pelaksanaan Teknik Menerap Imej dalam P&P
Terdapat beberapa faktor yang mendorong para guru untuk menggunakan teknik
menerap imej ini dalam pelaksanaan P&P. Antaranya termasuklah untuk
meningkatkan tahap kebolehan membaca pelajar dan membantu mempercepatkan
tahap kefahaman pelajar. Penjelasan lebih jelas adalah seperti berikut:
3.1.1 Meningkatkan Tahap Kebolehan Membaca Pelajar
Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk menguasai teknik
membaca akan dapat memahirkan diri mereka untuk membina gambaran
awal berkaitan teks yang dibaca sebelum mereka dapat membaca teks
tersebut dengan betul sekali gus memahami makna yang terkandung dalam
teks berkenaan. Menurut Micheal C. Mckenna (2002:120), guru sebagai
model mampu memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan untuk
memahirkan diri mereka dalam aktiviti membaca. Menurut beliau lagi,
guru boleh memilih satu perenggan teks yang pendek semasa proses
pengajaran.
Kemudian, guru perlu menerangkan kaedah untuk membina imej
mental ini bagi membantu mereka untuk memahami dan mengingati teks
yang dibaca. Selepas pelajar-pelajar memahami konsep sebenar imej
mental ini, guru boleh membaca perenggan teks yang dipilih dengan jelas
dan kuat sambil meminta pelajar-pelajar memberitahu kepada guru imej
mental yang berjaya dibina oleh mereka. Gambaran imej yang dibentuk
mungkin dalam pelbagai bentuk sama ada benda, tempat, dan sebagainya
mengikut pemahaman pelajar-pelajar terhadap perkataan-perkataan yang
didengar.
3.1.2 Membantu Mempercepatkan Tahap Kefahaman Pelajar
Pelajar-pelajar yang sudah mampu menguasai teknik pengajaran bahasa
mungkin akan memberi kelebihan kepada mereka untuk meningkatkan
tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu teks. Kita sedia maklum bahawa
tahap kecekapan pelajar-pelajar untuk faham adalah berbeza-beza antara
9
satu sama lain. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
menghalang mereka untuk cepat faham berbanding rakan-rakan lain yang
sebaya dengan mereka.
Selain itu, pengaplikasian kaedah ini dalam aktiviti membaca
seolah-olah memberi petunjuk awal kepada pelajar-pelajar tentang perkara
yang diperkatakan di dalam teks yang dibaca walaupun pada dasarnya
pelajar-pelajar masih tidak mampu membaca dengan lancar teks tersebut
selain gagal untuk memahami makna teks sepenuhnya.
Hal ini kerana pelajar yang menghadapi masalah sebegini akan
berusaha untuk membina imej mental pada perkataan-perkataan yang biasa
didengar dan difahami oleh mereka. Imej mental tersebut akan dibina
berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan digabungkan dengan
maklumat baharu yang diberikan oleh guru mereka yang akhirnya akan
menyebabkan proses menguasai teknik membaca serta pemahaman makna
teks berjalan dengan lancar.
3.2 Kelebihan Dan Kekurangan Pengaplikasian Teknik
Antaranya kelebihan dan kekurangan pengaplikasian teknik menerap imej adalah
seperti berikut:
KELEBIHAN
pendedahan awal kepada pelajar berkaitan teks
membina kecekapan pelajar dalam
menyusun lambang-lambang yang
bersesuaian dengan perkataan-perkataan
melatih pelajar-pelajar menggunakan
pancaindera telinga, mulut dan kecekapan minda mereka untuk
menganalisis maklumat dalam masa yang sama
pelajar-pelajar menggunakan
pemikiran kreatif dan kritikal bagi melahirkan imej
mental yang sesuai
10
4.0 CADANGAN AKTIVITI TEKNIK BERFIKIR BERSUARA
Teknik berfikir bersuara boleh dijalankan dalam mata pelajaran yang kurang dikuasai oleh
pelajar seperti Bahasa Inggeris dalam „Reading Comprehension‟. Berikut merupakan
prosedur aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknik bersuara ini:
4.1 Tujuan Aktiviti
Membantu pelajar memproses maklumat khususnya perkataan-perkataan sukar
yang ditemui oleh pelajar ketika membaca. Guru akan menerangkan makna
perkataan-perkataan sukar tersebut secara lisan. Pelajar akan memahami makna
yang terdapat dalam teks dengan mudah apabila perkataan-perkataan tersebut
dikaitkan antara satu sama lain di samping menambahkan kosa kata pelajar.
KEKURANGAN
imej mental yang dihasilkan dalam kalangan pelajar
mungkin berbeza-beza
tahap kecekapan pemahaman pelajar
pada tahap yang berlainan
guru gagal mengenal pasti masalah
sebenar pelajar sekiranya imej mental yang
dihasilkan oleh pelajar tidak
dikongsi
11
4.2 Jadual Senarai Semak
Semasa membaca, saya telah :
Perkara Kurang Sederhana Banyak
a) Membina persoalan.
b) Meramalkan makna petikan.
c) Membina gambaran peristiwa
dalam petikan.
d) Mengaitkan petikan dengan
pengalaman.
4.3 Prosedur Aktiviti
a) Gunakan petikan yang mengandungi perkataan-perkataan sukar, ayat yang
mempunyai makna tersirat.
b) Guru membaca dengan kuat dan pelajar akan membaca secara senyap dan
menyemak pembacaan guru.
c) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka
dikehendaki untuk membaca secara bergilir-gilir dan mencari makna kosa
kata yang sukar.
d) Pelajar boleh berkongsi pendapat dan menggunakan senarai semak di
bawah untuk mengetahui sama ada mereka menggunakan teknik berfikir
bersuara atau tidak.
12
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, teknik berfikir bersuara dan menerap imej ini sangat sesuai digunakan
pada peringkat sekolah rendah bagi membantu guru untuk mengembangkan kemahiran
membaca para pelajar terlebih dahulu. Hal ini demikian dapat membantu pelajar untuk
bersedia apabila mereka berada pada peringkat menengah yang akan mendedahkan
mereka kepada pembelajaran teks-teks aras tinggi.
Oleh yang demikian, teknik berfikir bersuara amat digalakkan oleh guru untuk
diaplikasikan di dalam kelas dalam usaha untuk membantu pelajar membaca secara lancar
di samping melatih mereka supaya mampu berkomunikasi dengan baik dan berani berada
di hadapan khalayak.
Teknik menerap imej pula secara keseluruhannya dapat mengembangkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif apabila pelajar mampu menghasilkan imej
mental yang tepat. Imej mental dapat membantu pelajar untuk memahami perkara yang
ingin disampaikan oleh guru.
13
RUJUKAN
Micheal C. McKenne. (2002). Induced : help for struggling readers. New York :
Guildford Publications.
Shelley Hong Xu (2010). Teaching English language learners : literacy strategies and
resources for k-6. New York : Guilford Press.
Soenjono Dardjowidjojo (2007). Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Stephanie Harvey & Anne Goudvis (2007). Strategies that work : teaching comprehension
for understanding and engagement. Portland : Stenhouse Publishers.
Susan E. Israel et. al (2005). Metacognitive think-alouds : using a gradual release model
with middle school students. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Inc.
Timothy V. Rasinski (2003). The fluent reader. New York : Scholastic Profesional Books.