View
70
Download
15
Category
Preview:
Citation preview
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Mohd Azli Adnan Asnuurien Najma Ahmad
Rasdin Husin
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any
retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical,
photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :
Curriculum Development and Assessment Section,
Curriculum Development and Career Training Division
Department of Polytechnic Education, MOHE
Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Cataloguing –in- Publication Data
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam – Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Rasdin Husin ISBN
1. Islam
2. Sains Islam
3. Teknologi Islam
4. Kejuruteraan Islam
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
Editorial
Editor
Pn. Yusma bt. Yusof
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT
En. Yusni b. MohamadYusak
Penolong Pengarah Kanan
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT
Pn. Suzianah bt. Sahar
Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT
Penulis
En. Mohd Azli b. Adnan Politeknik Balik Pulau (PBU)
Cik Asnuurien Najma bt. Ahmad
Politeknik Merlimau, Melaka (PMM)
En. Rasdin b. Husin Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (PNS)
Bab - 1 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Asnuurien Najma bt. Ahmad (PMM)
Rusdin b. Husin (PNS)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
5
Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut
Islam, peranan, impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.
Hasil Pembelajaran :
CLO 1 : Mejelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dari perspektif
Islam.
1.1 Memahami sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam.
1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada
aspek bahasa dan keilmuan Islam.
1.1.2 Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan.
1.1.3 Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan.
1.1.4 Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam sains
teknologi dan kejuruteraan.
TOPIK 1
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
6
TOPIK 1.0 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
1.0 Pendahuluan
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu
dalam Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk
menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i
dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang
benar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini,
sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa ala mini adalah
bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki.
Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang
beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan
sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber
wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah
satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula
umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan
konkrit.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO 1]
Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dari
Perspektif Islam
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
7
1.1 Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut Islam
1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada
aspek bahasa dan keilmuan Islam.
Definisi Sains dari Aspek Bahasa dan Istilah
SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Daripada perkataan Inggeris iaituscience. Juga berasal daripada
perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud
pengetahuan.
Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in
any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable
sense experience.”
Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh
secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat
dibuktikan secara objektif.
Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses
cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta
fahaman yang lahir daripadanya.
Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i
atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping
kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).
Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i
atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping
kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).
Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan
wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.
Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
8
Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam
SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM
Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber
rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas
sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.
Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya
tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan
penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah
dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu
kebenaran.
Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak
dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.
Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli,
ilmu intelek dan ilmu wahyu.
Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.
Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-
• Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.
Sains Propaedeutik
• Sains ini adalah satu bidang yang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.
• Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain.
Sains Syariah
• Merangkumi 4 bahagian utama.
• Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik, sains tabi’ie dan matematik tabi’ie.
Sains Falsafah
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
9
i. Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :
TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari
perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran,
rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)
Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi
mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu
‘techne’ dan ‘logos’.
‘Techne’ adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Teknobermaksud
kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata
sistematis.
Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah
dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang
dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua;
teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan
proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan
sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik,
peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.
Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang
dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.
Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang
bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.
Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal
yang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang
bemanafaat ke atas alam tabi’i.
Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu : -
a. Teknologi sebagai teknik-teknik
Teknologi selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan
manusia atau segala rekaannya.
b. Teknologi sebagai satu teknologi
c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.
d. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
10
ii. Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam :
TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan
praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara
satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang
mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia
sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan
Ramli Wan Daud, 1991)
Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah
istilah صناعة‘sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan.
Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan
sains.
Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi
manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada
etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus
kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu
kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :
Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.
iii. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa :
KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang
berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil
keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan
kaedah yang paling efisyen.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
11
iv. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam :
KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian
untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan
manusia.
Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam
memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.
CIRI-CIRI SAINS ISLAM
Ciri-ciri Huraian
Ciri Keagamaan
1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.
Kajian sains dalam Islam bersumberkan
wahyu dan akal.
Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah
sebagai satu sumber untuk menrangkan
tentang alam tabi’i dan sifat-sifatnya.
Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik.
(al-Quran dan Hadith)
2. Sains bersifat Rabbani
Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan
proses alam dan konsep kausaliti (sebab dan
musabab)
Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum
Islam.
Tujuan terakhir keputusan sains adalah
untuk mencari pembuktian kebenaran Allah
SWT.
3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT.
Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.
Mengkaji, memerhati dan mencerap segala
ciptaan Allah adalah sebagai ibadah kepada
Allah SWT.
Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan
Allah salah satu wasilah pengabdian diri
kepada Allah SWT.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
12
4. Terikat dengan batas-batas hukum dan
etika Islam.
Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.
Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah
mereka yang mematuhi segala suruhan dan
meninggalkan larangan serta menyeru
kebaikan.
Ciri Saintifik
Sains Islam menggunakan kaedah emperikal
yang diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-
7 Masihi lagi.
Adanya formula dan alat-alatan yang
berbentuk klinikal.
Menggunakan kaedah sintesis ke atas
sumber-sumber tamadun yang terdahulu.
Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai
bangsa, agama, bahasa, tamadun, wilayah,
zaman dan sebagainya.
Ciri Universal
Sains Islam bersifat universal atau sejagat
kerana bukan sahaja dihasilkan oleh
Muslimtetapi juga non-Muslim.
Ciri Sepadu
Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.
Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah
yang bersepadu.
Kajian yang bersifat menyeluruh.
Kajian alam fizik tidak terpisah dengan
metafizik.
Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada
Allah SWT kerana keimanan kepada Allah
SWT dijadikan sebagai asas kajian.
Ciri Harmoni
Tidak terdapat percanggahan antara sains
dan agama.
Kajian yang dijalankan menuju kepada
matlamat yang sama iaitu pengabdian diri
kepada Allah SWT.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
13
Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.
Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk
berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah
berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu
kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran
pencipta.Firman Allah SWT dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.
(Surah ‘Ali ‘Imran : 190)
Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains
hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi
tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah
SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia
bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran
manusia tentang keagungan Allah SWT melalui kecanggihan
ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat
sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk
kepentingan diri.
1.1.2 Menyatakan Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
14
2. Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang
kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia
melalui penggunaan akal.
Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada
penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-
Quran surah Al-Baqarah iaitu :
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya
malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang
berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa
air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan
Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan
awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat
tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan” (Surah Al-Baqarah : 164)
3. Membantu Pelaksanaan Syariat
Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh
kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.
Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat
Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.
Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat
kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia
sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.
4. Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan
sesuatu perkara.
Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap
bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal
puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk
meramal sesuatu perubahan cuaca.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
15
5. Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.
Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu
karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.
6. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan
kehidupan seharian yang diperlukan.
Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal,
pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.
Menjadikan kehidupan manusia selesa.
Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.
Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan
dunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian
daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang akan dapat
memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah SWT Dalam hal ini, kita tidak
nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kita
terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam
kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.
1.1.3 Menyatakan Impak/Kesan Sains Teknologi dan Kejuruteraan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
16
A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
Bidang Huraian
Bidang Sosial
Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding
umat dan bangsa lain yang lebih maju.
Maruah umat Islam akan dipandang hina di
mata agama lain dan umat Islam akan
diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.
Bidang Ekonomi
Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka
bergantung kepada kuasa asing.
Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan
diterajui oleh bangsa asing dan penguasaan
teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.
Bidang Politik
Umat Islam akan ditindas dan seterusnya
dijajah oleh bangsa dan agama lain.
Umat Islam menjadi satu umat yang tidak
pandai berdikari memimpin negaranya sendiri
Bidang Pendidikan
Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan
kejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilai
agama yang sebenar.
Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama
sudah tidak wujud lagi.
Pelaksanaan sistem pendidikan yang
dilaksanakan adalah secara dualisme.
Bidang Sains,
Teknologi dan
Kejuruteraan
Umat Islam akan bergantung kepada sains dan
teknologi barat yang mana akan menimbulkan
masalah kepada umat Islam sendiri. Contohnya
hari \
ini umat Islam sendiri bergantungkepada dunia
teknologi barat seperti penggunaan internet,
telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi
terkini.
Memberi keuntungan yang besar kepada dunia
teknologi barat sendiri.
Umat Islam semakin mundur dan malas untuk
mencipta sesuatu teknologi baru yang boleh
digunakan oleh sejagat.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
17
B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
TERHADAP UMAT ISLAM.
Bidang / Aspek Kebaikan Keburukan
Pertahanan
Mampu melindungi
negara dari serangan
musuh-musuh.
Contohnya dengan
penciptaan senjata dan
kelengkapan perang.
Membawa kepada
kemusnahan dunia
termasuklah alam sekitar,
dan juga nyawa yang
terkorban.
Menyebabkan rusuhan
berlaku
Menyebabkan tamakkan
kuasa berlaku.
Teknologi
maklumat
Membolehkan semua
lapisan masyarakat
mendapat maklumat
dengan begitu mudah.
Jalan dakwah terbuka
luas (alternatif medan
dakwah)
Maklumat dapat dicapai
dengan pantas dan dapat
berhubung antara satu
sama lain tanpa
sempadan.
Muda mudi terpengaruh
dengan kelebihan
teknologi ini.
Teknologi mengabaikan
nilai-nilai murni.
Berlakunya
pencerobahan maklumat
‘penggodam’ .
Pengubahsuaian
terhadap sesuatu fakta
atau gambar akan
berlaku.
Berlakunya kegiatan seks
melalui internet sahaja.
Bio-teknologi
Mampu menghasilkan
makanan ubah suaian
genetik (Genetically
Modified Food) yang
mempunyai cirri-ciri
terbaik seperti tahan
lama, sedap dan bermutu.
Teknik dan teknologi
pertanian mengalami
transformasi.
Membantu meningkatkan
produktiviti.
Membantu dalam
penghasilan baka, benih,
Sumber genetik yang
digunakan untuk
mengubah suaian
makanan mengandungi
bahan yang dilarang
dalam syarak.
GMF memberi kesan
terhadap kesihatan
manusia kerana
mengandungi bendasing
yang tidak diketahui
kesan buruknya.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
18
dan racun dalam sektor
pertanian.
Pengklonan
Memberi pengetahuan
baru kepada manusia.
Disalahgunakan oleh
pihak tertentu.
Menyimpang dari
landasan agama yang
sebenar kerana
menyalahi apa yang telah
Allah ciptakan mengikut
fitrah.
Perubatan (Stem
Cell)
Banyak kelebihannya
dalam membantu
mengatasi pelbagai
penyakit.
Penggunaan “embryonic
stem cell” bakal
disalahgunakan juga
untuk kegunaan
pengklonan manusia.
Teknologi laser
Menggantikan peranan
kabel dengan fiber optik
untuk bidang komunikasi
dan perindustrian.
Maklumat yang dihantar
adalah lebih cepat dan
tepat serta
meminimumkan
kehilangan data.
Penyelewengan
penggunaan akan
berlaku.
Mudah diubahsuai oleh
mereka yang mahir dan
pakar.
1.1.4.1 Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam
Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa
pentingnya sejarah dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun
manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat
terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al-Quran
sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu
dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.
1.1.4 Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
19
Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalam
Al-Quran dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabi
terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan
Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun
laknatullah.
Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-
Quran adalah:-
Tujuan Huraian
Supaya manusia menjadikan
contoh dan teladan aras apa
yang berlaku
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka
terdapat pengajaran bagi orang yang
berakal”. (Surah Yusuf: 111)
Mengesahkan bahawa Al-
Quran itu adalah kalam Allah
Umat manusia sekarang selalu ingin
kepada bukti. Jadi, segala kisah yang
berlaku dalam Al-Quran adalah untuk
mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu
kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad SAW.
Satu kaedah untuk manusia
berfikir.
Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah
untuk mendidik dan salah satu daripada
kaedah untuk mengajak manusia berfikir.
Untuk membenarkan janji baik
dan janji buruk dari Allah
SWT.
Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk
membuktikan bahawa segala apa yang
dijanjikan Allah adalah perkara yang benar.
1.1.4.2 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku
pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah
menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan
kepada manusia pada hari ini. Berikut adalah antara kisah yang terdapat
dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
20
Kisah Nabi Huraian
Kisah Nabi Adam a.s
Merupakan nabi dan juga manusia pertama
bergelar khalifah Allah SWT. Adam dijadikan
oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan
Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan
sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat
Jibril.
Firman Allah yang bermaksud :“dan Dia telah
mengajarkan Nabi Adam akan segala nama
benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia
berfirman:Terangkanlah kepada-Ku nama
benda-benda ini semuanya jika kamu golongan
yang benar”.
Kisah Nabi Idris a.s
Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja
yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam
Surah Maryam yang bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada
smereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-
Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang
sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi” (Surah Maryam : 56-57)
Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang
pertama menulis menggunakan pena dan
mengenakan baju yang berjahit. Bahkan orang
yang mula-mula menggunakan kulit sebagai
pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)
Kisah Nabi Nuh a.s
Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi
Idris a.s.
Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi
ditolak oleh kaumnya.
Akibat keingkaran kaumnya, Allah
memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal
untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir
melanda kelak.
Beliau juga pakar dalam bidang sains,
matematik dan teknologi logam.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
21
Kisah Nabi Ibrahim
a.s
Putera kepada Azar seorang menteri kepada
raja Namrud dan seorang ahli bintang.
Nabi Ibrahim juga pakar mengenai
perjalanan cakerawala di langit.
Firman Allah dalam Surah al-An’am yang
bermaksud : “dan demikianlah Kami
perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda
keagungan Kami yang terdapat di langit dan
di bumi, supaya menjadilah ia daripada
orang-orang yang penuh yakin ”.
Kisah Nabi Daud a.s
Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari
Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.
Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan
ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.
Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam
pembuatan baju besi.
Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju
besi untuk kegunaan peperangan.
Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang
bermaksud: “Dan telah Kami ajarkan kepada
Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam
peperangan…” (Surah al-Anbiya:80)
Kisah Nabi Sulaiman
a.s
Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang
sangat memahami semua bahasa termasuklah
bahasa haiwan.
Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang
mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah
pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah
memudahkan golongan itu bekerja dengan
Baginda.
Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang
bermaksud: “Dan Kami kurniakan kepada Nabi
Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya adalah menyamai perjalanan
biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata
air dari tembaga; dan Kami mudahkan
sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya
dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu
yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami
akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.
(Surah Saba’: 12)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
22
1.1.4.3 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada
Peristiwa Yang Berlaku
Kaum Terdahulu
Teknologi Balasan
Kaum ‘Ad (Kaum Nabi
Hud)
Pakar dalam membina
bangunan yang tinggi-
tinggi tiangnya.
Merupakan kaum yang
sangat kuat dan kukuh
dari segi
pemerintahannya.
Allah telah membinasakannya
kerana ingkar kepada
perintah Allah SWT.
Membinasakan bangunan-
bangunan yang tinggi itu.
Allah membinasakan mereka
dengan ribut kencang.
Kaum Thamud
(Kaum Nabi Soleh)
Kepakaran dalam
memahat batu-batu
besar dan dapat dilihat
di lembah (Wadil-Qura
iaitu tempat tinggalnya)
Mereka telah dibinasakan oleh
Allah SWT dengan satu
letusan suara yang sangat
menggemparkan pada waktu
pagi.
Mereka telah dibinasakan
dengan petir yang sangat
dahsyat.
Teknologi Firaun
Kepakarannya pada
masa itu adalah
menguasai bangunan-
bangunan yang handal
dan kukuh.
Negeri mereka dibinasakan.
Kaum ini telah
ditenggelamkan oleh Allah
SWT akibat kesombongan dan
keingkaran mereka.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
23
1.1.4.4 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan
Zaman Kerajaan Islam.
Kronologi Zaman Pencapaian
Zaman Rasulullah SAW
Meletakkan asas dalam sains dan
teknologi.
Sains yang berdasarkan ayat-ayat
al-Quran.
Rasulullah SAW sering mengubati
pesakit dengan membaca ayat-
ayat al-Quran.
Sains Islam bertapak di Madinah
dan Mekah.
Menuntut manusia mengkaji
tentang manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin
Perluasan wilayah sehingga ke
Romawi dan Parsi.
Zaman pertembungan sains Islam
dengan Yunani, Parsi dan
Romawi.
Zaman Kerajaan Umayyah
Perkembangan ilmu sains sudah
mula meluas.
Terciptanya beberapa teknologi
seperti perkapalan, alat
peperangan & pertanian.
Zaman Kerajaan Abbasiyyah
Munculnya Pusat Sains Islam di
Baghdad.
Wujudnya aktiviti penMaksudnya
secara besar-besaran.
Munculnya Baitul Hikmah dalam
kegiatan sains dan teknologi.
Munculnya cendekiawan muslim
yang ramai.
Wujudnya institusi sains seperti
balai cerap dan hospital.
Zaman Kerajaan Islam di Andalus
Pusat-pusat sains dan intelektual
muncul di kota-kota seperti
Cordova, Granada, Seville.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
24
1.1.4.5 Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Sumbangan Sarjana Islam
Tokoh Islam Sumbangan
Al-Razi (865 – 925M)
- Nama sebenarnya adalah
Muhammad bin Zakaria al-
Razi dalam Barat disebut
Rhazes.
- Lahir di Ray berhampiran
dengan Taheran Parsi.
Tokoh perubatan Islam
Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang
paling terknenal adalah Kitab Tib al-
Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.
Sumbangannya adalah mengenal
pasti perbezaan penyakit cacar dan
campak.
Al-Khawarizmi (780 – 850M)
- Nama sebenarnya
Muhammad ibn Musa al-
Khawarizmi.
- Dianggap sebagai bapa al-
Jabar.
Tokoh matematik dan tokoh algebra.
Karyanya diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin pada 1120M dengan
judul De Numero Idorom.
Antara karya yang terkneal adalah al-
Jami’ Wa al-Jabar dan Kitab al-
Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-
Muqabalah.
Sumbangannya dalam bidang
geometri ialah memperkenalkan
konsep segitiga sama, mengira luas
segitiga, segiempat dan bulatan serta
memperkenalkan algebra.
Turut berperanan dalam bidang
mekanikal tentang bagaimana
menentukan ketumpatan spesifik dan
berat kegravitian (tarikan bumi dan
keapungan).
Merupakan penyumbang kepada
bidang astronomi dengan membuat
beberapa jadual perjalanan matahari
yang dikenali dengan namaZij.
Jadual ini digunakan sebagai rujukan
kepada pusat pengajian di Timur dan
Barat.
Antara buku beliau adalah Kitab al-
Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab
Zij al-Thani dan lain-lain.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
25
Ibn Sina (370 – 480H / 980 –
1037M)
- Nama sebenar adalah Abu
Ali Hussain bin Abdullah
bin Sina.
- Dilahirkan di Afshina
berhampiran Bandar
Bukhara.
- Di Barat dikenali dengan
namaAvicenna.
- Diikenali dengan nama
tokoh perubatan agung
dalam dunia Islam dan
juga di Barat dikenali
sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’
atau ‘Prince of Physicians’.
Tokoh perubatan Islam yang agung.
Karyanya yang terkenal adalah
Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine).
Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku
dan merupakan enskiopedia
perubatan.
Sumbangannya adalah menganalisa
pelbagai jenis penyakitdan telah
menjadi doktor kepada beberapa
khalifah al-Gurgan, Hamadan dan
Isfahan.
Juga orang pertama yang menemui
ubat bius.
Juga turut menyumbangkan kepada
bidang mekanikal.
Al-Zahrawi (936 – 1013M)
- Nama sebenarnya Abu
Qasim al-Zahrawi.
- Di Barat dikenali dengan
nama Abu Casis.
Tokoh pembedahan dan pakar bedah
serta pernah berkhidmat sebagai
doktor di istana al-Hakam II.
Karya beliau dalam bidang bedah
ialah Kitab al-Tasrif.
Beliau menghasilkan karya mengenai
penyediaan dadah daripada
tumbuhan, mineral dan haiwan
dengan nama Latinnya ialah Liber
Servitoris.
Antara sumbangan lain adalah
mencipta teknik pembedahan dan
mencipta alat pembedahan.
Al-Battani (858 – 929M)
- Nama sebenarnya adalah
Muhammad ibn Jarir Sinan
Abu Abdullah al-Battani
dan dilahirkan di Battan.
- Di Barat dikenali dengan
namaAlbategannius.
Tokoh matematik dan astronomi.
Beliau memperkenalkan teorem
tangent, kotangen, sinus dan kosinus
serta menghasilkan sifir kotangen.
Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu
menerangkan tulisan kritis yang
membetulkan pelbagai kesilapan
dalam takwim pada masa itu.
Karyanya yang lain adalah Kitab al-
Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina
Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar,
Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.
Sumbangan beliau adalah dalam
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
26
bidang trigonometri iaitu
mengemukakan kaedah pengiraan
astronomi secara trigonometri.
Sumbangan beliau adalah memulakan
pencerapan terhadap bintang sejak
tahun 264H sehingga tahun 306H.
Kejayaannya beliau berjaya dalam
menyiapkan jadual gerhana matahari.
Ab Rahman al-Sufi (903 –
986M)
Tokoh dalam bidang astronomi.
Orang pertama menulis mengenai
astronomi.
Berjaya mengkatalogkan lebih
daripada 1000 jenis bintang.
Memperkenalkan nama-nama
bintang iaitu al-ghurab (al-gorab), al-
Dabara (adbera), Agrab (acrab), al-
Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan
Dhanah (Deneb).
Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M)
- Di Bar dikenali dengan
namaGeber.
- Dianggap sebagai ‘Bapa
Kimia Arab’ dilahirkan di
Kufah.
Tokoh Kimia Islam.
Teori kimia beliau adalah logam
seperti timah, timah hitam, besi dan
suasa (gangsa) boleh bertukar
menjadi emas dan perak melalui
proses menggunakan bahan-bahan
Kimia seperti cinnaban (sulphide of
mercury), arsenik oksid dan
sebagainya.
Antara karyanya adalah Kitab
Ustuqus al ‘As al-Awwal ila al-
Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-
Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan
lain-lain.
Sumbangannya adalah pengasas
kepada kaedah penghabluran,
penyulingan, pemejalwapan dan
penyejatan.
Sumbangan lain mencipta peralatan
bagi kardah-kaedah ini dan
memperkenalkan istilah kimia dan
digunakan di Eropah iaitu alkali,
antimoni, alembik (anbique), dan
alchemy.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
27
Al-Jahiz
- Nama sebenarnya adalah
Abu Uthman Amr ibn Bhar
al-Jahiz dilahirkan di
Bashrah.
Tokoh terpenting dalam Sains
Biologi.
Menyusun sebuah buku pengajian
komprehensif dalam bidang Zoologi
melalui kitabnya Al-Hayawan.
Kitab ini mengandungi jenis-jenis
haiwan, perwatakan dan tabiat
haiwan, penyakit-penyakit yang
dihidapi oleh binatang serta cara-
cara rawatannya.
Hunain Ibn Ishaq.
- Dilahirkan pada tahun
2921H di Bandar Hirah,
Iraq.
Merupakan tokoh dalam bidang
farmasi berasal dari agama Kristian.
Tokoh terulung ilmu perubatan dan
mendahului tokoh perubatan yang
lain.
Seorang yang genius dalam bidang
penMaksudnya, mampu menguasai
14 bahasa antaranya bahasa Parsi,
Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain.
Sumbangan beliau dalam bidang
perubatan yang sangat besar ialah
mencipta istilah-istilah baru dalam
ilmu tersebut.
Antara karya beliau adalah Kitab al-
Asr Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi
al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-
Laban dan lain-lain.
Abu Raihan al-Biruni (362 –
442H / 973 – 1051M)
- Nama sebenarnya adalah
Abu Raihan al-Biruni
dilahirkan di luar Kota
Khwarazm, bandar Khiva
dalam tahun 362H / 973M.
Tokoh astronomi
Menuntut ilmu di bawah seorang
guru dan bimbingan Abu Nasr al-
Mansur seorang ahli astronomi dan
matematik yang pernah menulis
syarahan ke atas buku Spherics karya
Menelaus dan merupakan penuntut
kepada Abu al-Wafa’.
Antara karyanya ialah al-Athar al-
Baqiy’ah, al-Hind, dan Kitab al-
Tafhimim.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
28
Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.
1) Al-Jazari dan Taqi ad Din
- Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah
penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.
- Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan
pengairan, perumahan, industri dan lain-lain.
- Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus
di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam
dalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungai
tersebut.
- Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam
air menggunakan roda berskoop.
2) Banu Musa
- Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.
- Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan
mengepam air.
- Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya
sendiri.
Gambar Jam Air Gajah Ciptaan Ilmuan Islam Gambar Jam Air Gajah yang telah yang asal. diubah suai
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
29
1.1.4.6 Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada
Institusi Intelektual Islam
Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam
pembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam.Antaranya :
a. Universiti dan institusi pendidikan.
o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya
Univeristi al-Azhar, universiti di Andalus contohnya Universiti
Granada, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.
b. Perpustakaan
o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun
Ar-Rsyid di Baghdad.
o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang
mahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan
teknologi, menerbitkan bahan penMaksudnya yang berkualiti
dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu.
o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.
o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
c. Hospital
o Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan
perubatan, rawatan dan pusat latihan kejururawatan dan
kedoktoran.
o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam
spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan
penyakit.
o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-
penyakit tertentu.
o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital
bergerak dan pusat kecemasan.
o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat
pengajian perubatan yang lebih teratur.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
30
d. Balai Cerap.
o Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan
pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data.
o Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian
astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra.
o Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat
pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam,
mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional
dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan
instrument dan cerapan untuk mengisahkan teori.
e. Kejuruteraan Awam
o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang
arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang
mengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga
Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke-7 M.
f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.
o Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di
Isfahan, Iran pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu
gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.
g. Kejuruteraan Hidrologi
o Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah
mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km
untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca
air kerana berlakunya kemarau yang panjang.
o Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di
sekeliling Bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada
Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
31
Aktiviti yang dicadangkan
1. Pelajar dikehendaki menjelaskan definisi sains teknologi dan kejuruteraan
Islam menurut bahasa dan aspek kejuruteraan.
2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan peranan sains
teknologi dan kejuruteraan Islamdan kemudian dikehendaki bentangkan
dalam bentuk pembentangan (power point) atau pun dalam bentuk projek
yang boleh dikaitkan dengan topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu
bab 3 dan bab 4.
3. Peranan dan keburukan sains teknologi dan kejuruteraan Islam berkenaan
sains dan teknologi serta buktinya secara emprikal boleh dijadikan sebagai
bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library Base Learning (LBL)
4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari
sesuatu ciptaan dan sumbangan Ilmuwan Islam dalam bidang sains, teknologi
dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan dengan sumber-sumber dan fakta
dari al-Quran dan al-Hadith kemudian dibentangkan di hadapan rakan-
rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base Learning (LBL) dan Project Base
Learning (PBL)
5. Pelajar juga dicadangkan untuk menonton video yang berkaitan dengan
sains, teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang
berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan
bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka.
6. Pelajar juga dicadangkan untuk mencari dan membincangkan pencapaian
tamadun Islam serta tokoh-tokoh ilmuwan Islam dalam bidang sains
teknologi dan kejuruteraan Islam.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
32
Bibliografi
Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur :
Darul Fikir
Ab. Aziz Ismail. (2008). Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM,
Shah Alam: Penerbitan Universiti (UPENA)
Hairudin Harun (2007). Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam
Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan Sains Islam
Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Kamarudin Abu Taib. (t.t). Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian
Umum.
Mahyudin Hj Yahya. (1984). Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala
Lumpur : Penerbit Saujana.
Shahril Mohamad Zin (Penyunting), (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam
Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Nordin, (2005) Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur :
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Noordin. (1993). Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian
Umum.
____________. (t.t). Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
____________. (t.t). Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2011) Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan
Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti (UPENA).
Bab - 2 Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi & Kejuruteraan
Asnuurien Najma bt. Ahmad (PMM)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
34
Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang
terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.
Hasil Pembelajaran :
CLO 2 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains,
teknologi dan kejuruteraan.
2.1 Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
2.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains
teknologi dan kejuruteraan.
2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
2.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.
TOPIK 2
WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
35
TOPIK 2.0 : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam
Bil Aspek Bahasa Aspek Keilmuan Islam
1 Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak bertulis [ وحي غير متلو ] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur” (Surah an-Nisa: 163)
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad),
melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang
berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui” (Surah An-Nahl:43)
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO2]
Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
2.1 Memahami Wahyu Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
36
Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa
semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.
2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam
Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi
Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan
membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000
ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau
akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik
dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)
Bil Peranan Huraian
1 Menjelaskan Aqidah Islam
- Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
- Firman Allah SWT yang bermaksud : - “Tidakkah mereka melihat dan
memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
- (Surah Al-Ankabut: 19) 2 Menerangkan Syariat
Islam - Wahyu yang diturunkan oleh Allah
adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.
- Sebagai penjelas kepada syariat manusia dan menjadi panduan dalam pelaksanaan tersebut.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
37
3 Menghuraikan Akhlak Islam
- Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
- Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
- Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
- Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.
- Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).
- Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.
- Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
4 Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia
- Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
5 Menegakkan keadilan - Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
- Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.
2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains
Teknologi dan Kejuruteraan
1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil Wahyu Sumber Bidang Sains Teknologi &
Kejuruteraan
Huraian
1 Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji
Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
38
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :- 1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah :
17-20
بل كيف وإلى * خلقت أفل ينظرون إلى ال
ماء كيف رفعت وإلى الجبال كيف * الس
* وإلى الرض كيف سطحت * نصبت Maksudnya: “Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20) (Surah Al-Ghasiah :17-20) 2) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
الخلق ثم يعيده إن أولم يروا كيف يبدئ للا
يسير * ذلك على للاMaksudnya : “Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”. 3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
وهو الذي مد الرض وجعل فيها رواسي
وأنهارا ومن كل الثمرات جعل فيها زوجين
ل النهار إن في ذلك ليات اثنين يغشي اللي
وفي الرض قطع متجاورات * لقوم يتفكرون
وجنات من أعناب وزرع ونخيل صنوان
ل وغير صنوان يسقى بماء واحد ونفض
في ذلك ليات بعضها على بعض في الكل إن
لقوم يعقلون Maksudnya : “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
39
bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3) Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
2 Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1) Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
ماوات والرض واختلف ومن آياته خلق الس
* ألسنتكم وألوانكم إن في ذلك ليات للعالمين Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.” 2) Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11
يتون والنخيل والعناب ينبت ل رع والز كم به الز
ومن كل الثمرات إن في ذلك لية لقوم
يتفكرون Maksud ayat : “Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”. 3) Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat
32-33:
ماوات والرض وأنزل من الذي خلق الس للا
ماء ماء فأخرج به من الثمرات رزقا لكم الس
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
40
ر لكم الفلك لتجري في البحر ب أمره وسخ
ر لكم النهار ر لكم الشمس * وسخ وسخ
ر لكم الليل والنهار والقمر دائبين وسخMaksud ayat : “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
3 Menggalakkan pembangunan teknologi.
Memberi galakan dalam membina teknologi.
Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran : 1) Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat
60:
ة ومن رباط وا لهم ما استطعتم من قو وأعد
كم وآخرين وعدو الخيل ترهبون به عدو للا
يعلمهم وما تنفقوا من دونهم ل تعلمونهم للا
يوف إليكم وأنتم ل من شيء في سبيل للا
تظلمون Maksud ayat : “Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.(Surah al-Anfal:60)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
41
2) Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’
ayat 80:
وعلمناه صنعة لبوس لكم لتحصنكم من بأسكم
أنتم شاكرون فهل Maksud ayat : “Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?” 3) Firman Allah dalam surah al-Mukminun
ayat 27:
نا إليه أن اصنع الفلك بأعيننا ووحينا فإذا فأوحي
جاء أمرنا وفار التنور فاسلك فيها من كل
زوجين اثنين وأهلك إل من سبق عليه القول
إنهم منهم ول تخاطبني في الذين ظلموا
مغرقون Maksud ayat : “Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”
4 Panduan dalam penggunaan teknologi
Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.
1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah
dalam Surah Rum:41
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
42
ظهر الفساد في البر والبحر بما كسبت أيدي
الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم
يرجعون Maksudnya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
5 Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran
Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teori). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.
Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya: 1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat
82:
فيكون إنما أمره إذا أراد شيئا أن يقول له كن Maksudnya : “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
43
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran
1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi’i
a. Proses kejadian alam tabi’i.
Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara
yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos /
cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan
istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat
dikaji menerusi pengajian saintifik dan emrprikal.
Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul
alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam
serta matlamat penciptaan alam.
Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
Dalam Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi
kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya
serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan
bumi.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:
وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق أولم يكف بربك سنريهم آياتنا في الفاق
أنه على كل شيء شهيد Maksudnya ayat : “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas
2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadis
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
44
ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-
Nya di segenap dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya
ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada
manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran.
Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan
tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan
pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang
mutlak.
b. Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam
a. Alam ini diciptakan oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.
1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 117
ماوات والرض وإذا قضى أمرا فإنما يقول له بديع الس
كن فيكون Maksudnya: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia” 2) Surah Al-Furqan ayat 59
ماوات والرض وما بينهما في ستة أيام ثم الذي خلق الس
حمن فاسأل به خبيرا استوى على العرش الرMaksudnya: “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”. 3) Surah Nuh ayat 15 – 16
سبع سماوات طباقا وجعل القمر * ألم تروا كيف خلق للا
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
45
مس سراجا فيهن نورا وجعل الشMaksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.
b. Alam diciptakan secara berpasang-pasangan
Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan umpamanya sel.
Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).
1) Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:
وهو الذي مد الرض وجعل فيها رواسي وأنهارا ومن
الثمرات جعل فيها زوجين اثنين يغشي الليل النهار إن كل
رون في ذلك ليات لقوم يتفكMaksudnya : “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”. 2) Surah Az-Zukhruf ayat 12 :
والذي خلق الزواج كلها وجعل لكم من الفلك والنعام ما
تركبون Maksudnya : “Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya” 3) Surah An-Naba’ ayat 8 :
وخلقناكم أزواجا Maksudnya : “Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
46
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
4) Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.
Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam.
Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :
1) Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :
حاب صنع وترى الجبال تحسبها جامدة وهي تمر مر الس
الذي أتقن كل شيء إنه خبير بما تفعلون للاMaksudnya : “Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”. 2) Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 33
menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :
وهو الذي خلق الليل والنهار والشمس والقمر كل في
فلك يسبحون Maksudnya : “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.
3) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga mengenai peredaran alam ini.
والشمس تجري لمستقر لها ذلك تقدير العزيز العليم Maksudnya : “Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;”
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
47
5) Penciptaan langit/
Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga telah menyempurnakan penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap).
Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat dan kukuh.
Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :
ماء وهي دخان فقال لها وللرض ائتيا ثم استوى إلى الس
طوعا أو كرها قالتا أتينا طائعين Maksudnya : “Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita
keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :
ماء كالمهل يوم تكون الس“ Pada hari ketika langit seperti luluhan perak”.
6) Kejadian dan proses terjadinya awan
Awan memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan menjadi penyebab kepada satu proses kondensasi (proses gas air berubah menjadi cecair).
Kondensasi hanya boleh berlaku pada permukaaan butir-butir debu, garam dan lainnya.
Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang bermaksud:
يزجي سحابا ثم يؤلف بينه ثم يجعله ركاما ألم تر أن للا
ماء من جبال ل من الس فترى الودق يخرج من خلله وينز
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
48
فيها من برد فيصيب به من يشاء ويصرفه عن من يشاء
يكاد سنا برقه يذهب بالبصار “Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan
awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung”.
7) Menjelaskan mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran
Kejadian siang dan malam telah diterangkan dalam
Al-Quran. Dari pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang
akan mendahului malam atau malam akan mendahului siang tetapi dalam al-Quran menyatakan siang bukan mendahului malam dan malam juga tidak mendahului siang.
Bukti dijelaskan dalam Al-Quran antaranya :
1) Dalam surah Yunus ayat 6:
ماوات إن في اختلف الليل و في الس النهار وما خلق للا
والرض ليات لقوم يتقون Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami”.
2) Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 5 :
ماوات والرض بالحق ر الليل على النهار خلق الس يكو
ر الشمس والقمر كل يجري ر النهار على الليل وسخ ويكو
لجل مسم ى أل هو العزيز الغفار Maksudnya : “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
8) Menjelaskan berlakunya fenomena hujan.
Menjelaskan serta menreangkan penurunan hujan dari langit dan diturunkan dengan kadar yang tertentu.
1) Surah al-Baqarah ayat 164 :
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
49
ماوات والرض واختلف الليل والنهار إن في خلق الس
والفلك التي تجري في البحر بما ينفع الناس وما أنزل للا
ماء من ماء فأحيا به الرض بعد موتها وبث فيها من الس
ر بين حاب المسخ ياح والس من كل دابة وتصريف الر
ماء والرض ليات لقوم يعقلون السMaksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” 2) Surah az-Zukhruf ayat 11 :
ماء ماء بقدر فأنشرنا به بلدة ميتا ل من الس والذي نز
تخرجون كذلك Maksudnya: “Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
50
9) Kejadian
matahari
dan fakta
mengenai
matahari
Matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer denan diameternya 1.4 juta kilometer.
Matahari adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya.
Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggaran nucleus hydrogen antara satu sama lain.
Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari, iaitu koroma, kromosfera dan fotosfera.
Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah celcius.
Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan gas panas yang memancutkan hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
Manakala fotosfera mempunyai suhu purata sehingga 6000 darjah.
Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan.
Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untk satu revolusi.
Ayat al-Quran mengenai matahari adalah dalam surah al-Anbiya’ ayat 33:
مس والقمر كل في فلك وهو الذي خلق الليل والنهار والش
يسبحون Maksudnya : “Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.
Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah). (Surah Yunus : 5)
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian
manusia.
Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama
erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut
sebagai pelupa.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
51
Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam
beberapa surah. Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :
نسان في أحسن تقويم لقد خلقنا ال
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya”. ( Surah at-Tiin : 4)
Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah SWT
sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah
makhluk ‘Homo Eretus’ seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika
Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus’ sudah tentu Allah tidak
melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah
ayat 30 yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi
ini”.
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
a. Mengenai penciptaan dan kejadian Adam a.s
Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian.
Bukanlah berkembang dari satu bentuk kepada bentuk yang lain mengikut perederan masa seperti dakwaan salah oleh Darwin.
Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Al-Quran menjelaskan dan menggunakan beberapa
istilah tentang kejadian manusia antaranya 1. Air (al-ma’) seperti dalam al-Quran srah al-Furqan
ayat 54. 2. Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti dalam al-
Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Hajj ayat 5 dan Surah Fathir ayat 11.
3. Pati tanah (at-Tiin) seperti dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 49, surah al-A’araf ayat 12, Surah al-Isra’ ayat 61 dan Surah al-Mukminun ayat 11.
4. Tanah liat dansebati (tin lazib) seperti dalam al-Quran surah al-Safaat ayat 11.
5. Tanah yang keras seperti tembikar (shahshal) seperti dalam al-Quran surah al-Hijj ayat 26, 28 dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6. Tanah bumi (al-ardh) seperti dalam al-Quran surah an-Najm ayat 32.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
52
Allah telah melantik Adam sebagai khlaifah di muka bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.
b. Mengenai penciptaan hawa
Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui surah an-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud: “Hai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak….”
c. Penciptaan zuriat Adam
Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya :
Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.
Zuriat daripada pati air yang hina (ma’mahin) seperti dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat 8 dan surah al-Mursalat ayat 20.
Daripada titisan air yang kotor iaitu air mani (nutfah) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah an-Najm ayat 46 dan surah al-Qiamah ayat 37.
Menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dalam tiga kegelapan (fi zulumat thalathah) seperti yang dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.
Janin dalam perut ibu (fi butun ummuhat) seperti yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.
Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud : “Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa pula menghidupkan orang mati”.
d. Peringkat kejadian manusia dalam al-Quran
Nutfah (Air mani) Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan –
berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.
Nutfah disebut sebanyak 12 kali dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Antara ayat al-Qurannya adalah dalam surah al-Insan ayat 2:
نسان من نطفة أمشاج نبتليه فجعلناه سميعا إنا خلقنا ال
بصيراMaksudnya : “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
53
bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”
Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 – 47 menjelaskan mengenainya yang bermaksud :“Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan”.
1) ‘Alaqah Perkataan bahasa ‘Arab yang bermaksud ‘sesuatu yang
tergantung, melekat atau bergantung’ kepada sesuatu yang lain.
Mempunyai maksud perkataan lain iaitu ‘suatu buku atau ketulan darah’.
Perkataan ‘alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah al-Qiyamah ayat 37 – 40, surah al-Mu’min ayat 67 dan surah al-‘Alaq ayat 1 -3.
Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding (qarar makin).
2) Mudghah Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran
menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
Peringkat ini terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga, dan anggota-anggota lain.
Jantung juga sudah mula berdegup dan darah sudah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
3) Nasyatan Khalqan Akhar Berlakunya pada akhir minggu ke-8. Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio kepada
janin. Semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud.
4) Nufkh ar-Ruh Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ seks.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
54
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian haiwan dan alam fauna
a) Labah-labah
1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah
mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak
setengah meter lebih.
2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan
hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya.
3. Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan
memakan dengan taringnya.
4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata
tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian
menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.
b) Lebah
1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :
ا يعرشون جر ومم وأوحى ربك إلى النحل أن اتخذي من الجبال بيوتا ومن الشMaksudnya : “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau
membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”
2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk
yang amat baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum
ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam
mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.
3. Lebah adalah seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah
apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-
pokok kayu, maka lebah taat pada perintah Allah.
4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang
mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu
dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan
bertemu di tengah.
5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk
manusia dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu:
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
55
ثم كلي من كل الثمرات فاسلكي سبل ربك ذلل يخرج من بطونها شراب مختلف
رون ألوا نه فيه شفاء للناس إن في ذلك لية لقوم يتفك
Maksudnya : “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan
Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu)
akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan
warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
c) Fakta mengenai fauna
1. Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95 :
فالق الحب والنوى يخرج الحي من الميت ومخرج الميت من الحي ذلكم إن للا
ف أنى تؤفكون للا
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan)
butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang
hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang
sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu
dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan
sekutu-Nya)?”
2. Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :
a. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya.
b. Sebagai bahan makanan.
c. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
d. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir.
e. Sebagai hasil pendapatan manusia.
f. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
g. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas
karbon dioksida daripada atmosfera.
h. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
56
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith
1) Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah
- Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada
dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang
boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara’.
- Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :-
1) As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan
sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa
yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.
2) As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh
Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini
bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai
Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:
“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3) As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda
SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar
sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau
di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh
sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas
menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai
contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk
berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian
manusia dalam al-Hadith
a) Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian
manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
57
“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah
menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi
dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala
tndakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal
darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti
yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu
ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu
rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi
Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya
dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya
ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka
masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya
dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan
tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka
masuklah ia ke dalamnya.”
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
58
Aktiviti yang dicadangkan
1. Pelajar dikehendaki mencari fakta-fakta dari al-Quran dan al-Hadith
mengenai bukti-bukti sains, teknologi dan kejuruteraan yang terdapat dalam
sumber-sumber yang lain.
2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan dalam bentuk
pembentangan atau pun dalam bentuk projek yang boleh dikaitkan dengan
topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu bab 3 dan bab 4.
3. Fakta-fakta berkenaan sains dan teknologi dalam Islam serta buktinya secara
emprikal boleh dijadikan sebagai bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library
Base Learning (LBL)
4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari
sesuatu ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan
dengan sumber-sumber dan fakta dari al-Quran dan al-Hadith kemudian
dibentangkan di hadapan rakan-rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base
Learning (LBL) dan Project Base Learning (PBL)
5. Pelajar juga dicadangkan agar menonton video yang berkaitan dengan sains,
teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang
berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan
bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
59
Bibliografi
Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur :
Darul Fikir
Ab. Aziz Ismail. (2008). Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM,
Shah Alam: Penerbitan Universiti (UPENA)
Hairudin Harun (2007). Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam
Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan
Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Kamarudin Abu Taib. (t.t). Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian
Umum.
Mahyudin Hj Yahya. (1984). Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala
Lumpur : Penerbit Saujana.
Shahril Mohamad Zin (Penyunting), (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam
Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Nordin, (2005) Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur :
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Noordin. (1993). Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian
Umum.
____________. (t.t). Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
____________. (t.t). Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2011) Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan
Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti (UPENA).
Bab - 3 Prinsip Syariah Dan Etika Islam
Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Mohd Azli b. Adnan (PBU)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
61
TOPIK 3.0 : PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN
1 Memahami prinsip syariah dalam sains teknologi dan
kejuruteraan
3.1.1 Menerangkan prinsip syariah Islamiah dalam sains
teknologi dan kejuruteraan [ILO]
Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang
memberi maksud jalan ke arah sumber air atau
memberi makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]
Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada
segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT
kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.
Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber
kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu
juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup
manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat
tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi
dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Bil Prinsip Syariah Huraian
1 Rabbaniah [Ketuhanan]
Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai khalifah tertakluk
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO3]
Membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan
i
ii
iii
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
62
kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagunganNya.
Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.
2 Wasatiah [Kesederhanaan]
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.
3 Tawazun [Keseimbangan]
Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat.
Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.
4 Mizan [Kesetaraan]
Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
63
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.
Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
5 Tetap & Anjal [Mutlak & Murunah]
Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.
Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syar’i untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya.
Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
64
3.1.2 Menerangkan peranan Syariah Islamiah dalam
Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
• Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
• Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.
• Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan.
• Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
• Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama.
• Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.
• Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah hudud.
Memelihara Agama
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
65
• Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.
• Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat.
• Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar.
• Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.
• Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia
• Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang
Memelihara Maruah
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
66
• Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
• Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.[Al-An'am : 151]
• Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
• Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.
• Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
• Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia..
Memelihara Nyawa
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
67
• Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak.
• Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.
• Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.
• Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda.
• Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.
• Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.
Memelihara Akal
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
68
• Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak, seperti :
• Zina atau tuduhan melakukan zina
• Liwat
• Musahaqah - Lesbian
• Istimna' - Onani
• Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
• Berdua-duan lelaki dan wanita
• Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
• Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah
• Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
• Mendedahkan aurat
• Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta'zir
• Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia
Memelihara Keturunan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
69
3.1.3 Membincangkan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu
perkara.
Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat
diutamakan.
Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.
Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada
kepentingan individu.
Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan
keutamaan kepada memelihara peranan syariah.
Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan
memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.
• Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal.
• Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.
• Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu.
• Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta'zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini.
• Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.
Memelihara Harta
Utamakan Yang Utama
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
70
Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan
agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.
Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia
dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan
pengimarahan alam.
Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan
adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan
hidup manusia.
Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan
ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang
kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah
dengan syariat.
Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden
hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam.
Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya
kerosakan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya
tsunami.
Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan
nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam
membangunkan alam.
Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan
makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan
setiap proses kerja.
Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya
mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.
Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada
ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam.
Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan
pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan
yang minima.
Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat
Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
71
Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan
dalam pelaksanaan kerja manusia.
Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak
dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan
perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-
duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan
perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah
pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.
Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil
langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat
yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah
pencegahan tidak diambil kisah.
Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat
dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan
menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa
yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum
bertindak.
Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi
Allah SWT tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup
manusia.
Syariat adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi
mengundang rahmat dan berkat.
Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang
harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material
sesebuah negara.
Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah
mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.
Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh
perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat.
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat
Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
72
3.2 Memahami etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan
3.2.1 Menerangkan prinsip Etika Islam dalam Sains
Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
• Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang bahagia
• Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara terbaik
Etika
• Berasal dari bahasa latin Moralitas
• Memberi maksud tingkahlaku yang baik
• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya dan adat sesebuah bangsa
Moral
• Berasal dari Bahasa Arab Khuluq
• Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi amalan hidup
• Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan tetap
Akhlak
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
73
3.2.2 Membincangkan perlaksanaan prinsip etika Islam dalam
Sains Teknologi dan Kejuruteraan [ILO]
Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia
-Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia.
-Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba
-Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.
-Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.
Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti
-Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit .
-Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.
-Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
-Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan rawatan
-Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa.
-Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan kesempurnaan atau mengembalikan fungsi.
-Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
74
Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat
-Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
-Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
-Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal mengesani kehidupan makam manusia, flora dan fauna.
-Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah dilarang.
Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara
-Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
-Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.
-Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.
Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika
-Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
-Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu kebenaran wujudnya pencipta.
-Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
75
Bil Metodologi P & P Aktiviti P & P Cadangan Masa
1 CL – Collaborative
Learning
Pensyarah mengedarkan keratan akhbar/majalah/artikel yang berkaitan topik
Pensyarah memberikan arahan kepada pelajar agar berada dalam kumpulan beserta keratan tersebut
Para pelajar berbincang secara kolaboratif dalam kumpulan bagi mencari isi-isi penting beserta contoh
Setiap kumpulan akan berdebat dengan kumpulan lain berkaitan dengan topik masing-masing
Atau setiap kumpulan akan membuat pembentangan melalui kaedah forum dan sebagainya
Soal jawab akan berlangsung bagi setiap kumpulan
Rumusan akan dibuat oleh wakil setiap kumpulan berkaitan dengan topik tersebut
2 LBL – Library Base
Learning
Pensyarah akan mengedarkan rangka kerja berkaitan dengan topic
Pelajar akan mencari bahan untuk menyiapkan kajian secara berkumpulan
Setiap kumpulan menyiapkan buku skrap berdasarkan panduan yang diberikan
Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing
3 PBL - Project Base
Learning
Pensyarah akan mengedarkan tajuk-tajuk projek yang berkaitan topik untuk diselesaikan secara berkumpulan
Tajuk-tajuk projek adalah berkaitan dengan menggunakan prinsip-prinsip syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
4 TBL – Trip Base
Learning
Pensyarah membawa para pelajar ke tempat yang sesuai bagi melihat bukti-bukti aplikasi sains teknologi dan kejuruteraan Islam dalam dunia hari ini
Bab - 4 Memahami Kaedah Fiqh
Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Mohd Azli b. Adnan (PBU) Rasdin b. Husin (PNS)
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
77
MEMAHAMI KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
4.1 Memahami Kaedah Fiqh dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan
4.1.1 Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh [ILO]
4.1.2 Membincangkan peranan Kaedah Fiqh
dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan
[ILO]
Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk
digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan
kejuruteraan
Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk
digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan
penyelidikan.
Setiap persoalan yang baru dalam kajian sains teknologi
dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada kaedah fiqh bagi
menentukan hukumnya
Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat
dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang
melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan
Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknokrat dan
jurutera mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk
diselesaikan.
Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu
ditangani melalui panduan kaedah ini bagi menjadikan
Kaedah
• Bahasa : Tapak, asas rumah dan prinsip.
Fiqh
• Bahasa : suatu kefahaman
Kaedah Fiqh
• Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu
1
2
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
78
Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada Tujuannya المور بمقاصدها
operasi dalam penyelidikan mendapat rahmat dan berkat
ilahi.
Menyediakan keperluan hukum-hukum yang
menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains
teknologi dan kejuruteraan
Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh
sangat sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan
atau sampingan yang timbul dalam sains, teknologi dan
kejuruteraan
4.1.3 Membincangkan konsep asas Kaedah Fiqh
yang bertepatan dengan Sains Teknologi
dan Kejuruteraan [ILO]
Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang
samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau
hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat
atau tujuannya.
Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang
dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan
untuk ibadat. Mungkin juga berlaku sebahagian amalan
tersebut bertujuan ibadat dan sebahagian yang lain untuk
tujuan tertentu.
Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina
Umar al-Khattab yang bermaksud :
انما العمال بالنيات وانما لكل امرء ما نوى
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah
tertakluk kepada apa yang diniatkan".
1
3
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
79
Maksud Niat & Kepentingannya
Perbincangan Kaedah
1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,
berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah
kepada seseorang atau kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat
seseorang samada mendapat darjat amalan soleh atau
amalan toleh, mendapat status sekadar membuat amalan
atau mencapai tahap seronok beramal, mendapat balasan
syurga atau mendapat status reda Allah SWT.
1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah SWT tidak perlukan niat
kerana ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagi
penentuan klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi membezakan
dengan solat sunat atau niat solat zohur bagi membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti nazar dan
kaffarat atau sunat contohnya puasa.
4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan
mencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan memenuhi
syarat-syarat berikut :
i. Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan
menepati syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh
memudahkan dan membantu kerja manusia.
ii. Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di atas
hendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dan
semasa. Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampu
menjadikan kerja tersusun dan efektif.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
80
Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak
اليقين ال يزال بالشك
iii. Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting
sebagaimana yang diminta oleh tujuan syariat. Contohnya
menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam
menghasilkan kenderaan berbanding untuk tujuan keuntungan.
1. Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah
kerana sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya
terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal. Contohnya
jika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam
solat zohur, maka tiada sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk
menghabiskan solat zohurnya. Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang
rakaatnya samada dua atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegang
keyakinannya yang asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.
2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal
sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau
ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.
3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak
boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau
keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
4. Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah SWT dalam
surah Yunus : 36.
عليم بما يفع لون وما يتبع أكثرهم إل ظن ا إن الظن ل يغني من الحق شيئا إن للا“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan
sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”.
2
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
81
Perbincangan Kaedah
Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan
المشقة تجلب التيسير
1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa
pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinan
tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada
keraguan padanya.
2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan oleh
syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan-gangguan yang
datangnya daripada kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan jahat
syaitan menjadikan sesuatu perkara tidak pasti. Inilah punca pendirian
manusia kerap berubah dan berlakunya pergeseran sesama manusia.
3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah ini
menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu
menghasilkankeputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.
4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan atau cuba
untuk memperdayakan saintis dengan hasutan kebendaan, kemahsyuran
dan keuntungan pasti menjadi kekangan mereka menghasilkan rekaan,
ciptaan dan penyelidikan yang terbaik.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa segala
usaha mereka adalah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di samping itu hasil
kerja mereka dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan
kesempurnaan hidup manusia.
1. Masaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam
kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang
melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
2. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan barlaku dalam melaksanakan
kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi
terlaksananya kewajipan tersebut.
3
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
82
Perbincangan Kaedah
3. Contohnya puasa dalam bulan ramadan tidak dapat diteruskan kerana
kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu terpaksa
berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa.
4. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah : ayat 185
ين من حرج وما جعل عليكم فى ٱلد Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah
payah dalam perkara agama
1. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan
keringanan ialah :-
i. Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan
hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang
tidur sehingga ia sedar.
ii. Jahil
Kejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya
kewarasan biasa sebagai seorang manusia. Atau kejahilan juga
bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar. Namun
diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.
iii. Sakit
Kesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih
kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang
itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh
memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.
iv. Musafir
Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan
untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir
tersebut menimbulkan kesukaran baginya. Contohnya seseorang
itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi
menggantikan solat fardu secara penuh.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
83
v. Kelupaan atau terlupa
Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua
perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab.
Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan
pada siang hari bila ia terlupa.
vi. Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul
tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama,
nyawa dan lain-lain maksud syariat.
vii. Umumul Balwa
Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan
bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah
merah yang mengenai pakaian.
2. Konsep Rukhsah [Kelonggaran] yang dibenarkan oleh syarak
merangkumi perkara-perkara berikut :-
i. Pengguguran
Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh
dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa
ramadan disebabkan kesakitan yang berat.
ii. Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila
kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contohnya
dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat menjadi dua
rakaat sahaja.
iii. Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti
dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayyammum untuk
menggantikan wuduk.
iv. Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada
masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu. Contohnya
solat asar dalam waktu zohur atas sebab musafir.
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
84
Perbincangan Aplikasi Kaedah
v. Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia
diperlukan untuk mengelakkan kesukaran. Contohnya
melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.
1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan
adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan
tujuan-tujuannya.
2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi
perhatian bagi saintis, teknokrat dan jurutera adalah
seperti berikut :-
i. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses
penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat
yang membolehkan rukhsah terpakai.
ii. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi
kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan
untuk menggunapakai konsep rukhsah.
iii. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku
apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh
manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran
atau kepayahan.
iv. Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk
kerukhsahan adalah berkuatkuasa selama mana
kesukaran tersebut masih berlaku.
v. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk
menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum
pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau
mengatasi kesukaran tersebut.
vi. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan
sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
85
Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan الضرر يزال
kepada kes-kes yang boleh memudaratkan agama,
nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.
vii. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima
diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera
dalam menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan
kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan
hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan
menolak kesukaran.
1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara
yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi
kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah,
keturunan, akal dan harta.
2. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang
dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-
ل ضرر ول ضرارMaksudnya “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan
membalas sesuatu dengan kemudaratan”.
3. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa
kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam
sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas
kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh
memberikan kemudaratan.
4. Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak
buruk atau negatif menurut perspektif agama di samping
sedikit sistem nilai dan norma masyarakat yang tidak
bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.
5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu
kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini
akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia.
Fesyen pakaian yang pelbagai merupakan suatu
kemaslahatan kepada konsep menghayati kecantikan dan
keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh
memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun
4
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
86
Perbincangan Aplikasi Kaedah
masyarakat mengiktiraf fesyen tersebut, dianggap haram oleh
Islam.
1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan
adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.
Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak
membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah, selesa,
cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.
2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari
ini telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi
dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan
kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia.
3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada
menjadi dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan
ICT. Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan
tersebut telah dihapuskan. Malah kehidupan manusia
bertambah maju dan selesa.
4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan
kawalan iman dan akhlak menyebabkan kecanggihan
tersebut telah disalahguna untuk mengaut keuntungan.
Kerosakan akhlak dan krisis amalan untuk bekalan selepas
mati telah menerjah masuk dalam hidup manusia. Akibatnya
ciptaan teknologi dan kejuruteraan sekadar memudahkan
sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir serta kos
membendung dan merawat penyakit yang timbul
daripadanya berganda-ganda beratnya.
5. Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan
yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang
asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau
digunakan.
6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita
sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan syarat
tiada doktor wanita yang boleh merawatnya.
7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya.
Contohnya seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu
yang bahayanya sama walaupun berbeza bentuk. Penggunaan
arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan
atas alasan biasa masih dihukumkan haram. Namun jika
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
87
Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum العادة محكمة
digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya
ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.
8. Melalui kaedah ini, “menolak kerosakan menjadi keutamaan
daripada mengambil kebaikan”. Kaedah ini menuntut apa jua
program dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan
hendaklah lebih mendahulukan tujuan menyingkirkan
kemudaratan berbanding kebaikan. Ini bermakna para
saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menjadikan
penyelidikan mereka bagi menghapuskan kesukaran dan
kemudaratan berbanding nilai kebaikan serta keselesaan.
9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan
umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera tentang
pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari
kebaikan. Tiada istilah kerana kepentingan manusia segala
perkara menjadi halal. Konsep kemudaratan dan kesukaran
serta kebaikan sewajarnya diberikan makna yang sebenar
berasaskan panduan Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.
1. Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu
kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada
sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga
menjadi amalan kebiasaan.
2. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan
rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu
atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam
permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka
penggunaan kaedah ini akan terbatal.
3. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama,
iaitu:-
3.1 Adat Am-
Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima
umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu.
Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan
bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama
lain.
3.2 Adat Khusus
Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh
sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan
5
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
88
Perbincangan Aplikasi Kaedah
golongan tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk
kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang.
3.3 Adat Sahih
Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak
atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau
tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan
kemaslahatan dalam syariat. Contohnya pemberian
hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk
dalam mas kahwin. Hanya seorang sahaja antara pembeli
atau penjual yang melafazkan aqad jual beli.
3.4 Adat Fasid atau Rosak
Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan
nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang
haram atau membatalkan yang wajib atau
menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya
menjual barang secara bertangguh melebihi daripada
bayaran secara tunai.
1. Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan
manusia. Setiap kajian dalam sains, teknologi dan
kejuruteraan dibenarkan menggunakan kaedah ini bagi
tujuan sebagai sumber rujukan untuk membuat keputusan.
2. Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman
yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu
menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta
menepati kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan
prinsip syariat seharusnya menjadi bahan perbincangan
khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan dibuat.
3. Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang
meluas belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan
bahan rekaan dan teknologi baru, andaikata impak buruknya
lebih besar.
4. Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai
rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan
melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk
menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama syariat
serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam
membuat penyelidikan.
6. Antara syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah :-
AA203 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
89
6.1 Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu
budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat,
konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat.
Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam jumaat.
6.2 Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak
bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang
putus [Qat’i]
Recommended