View
298
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
1/52
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
2/52
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan
cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5. Banyakkan senyuman
6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang
tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda
yang tidak boleh dicapai orang lain
7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan
sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran
yang tenang.
TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti
biasa saja. Ucapkan Selamat Pagi atau Selamat Petang mengikut pada
keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan
penemuduga.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak
berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk,
ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
Jangan menggelisah.
4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas
meja penemuduga itu.
5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan
pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja
penemuduga itu
7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
2
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
3/52
8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya
jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda
beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan
bahasa kasar
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang
menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda
kepada Ketua Panel
10.Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa
ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
11.Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan
sekali-kali berbalah dengannya.
12.Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
13.Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam
temuduga.
14.Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong
ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.
Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
15.Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan,
kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidaksepatutnya.
16.Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
17.Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat
berkenaan dengan pekerjaan itu.
18.Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
19.Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah
membesar-besarkan perkara itu.
20.Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit
dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan
dibayar pada permulaannya.
3
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
4/52
21.Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau
bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih
dahulu.
22.Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui
keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi
ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh
dan masa yang sesuai baginya.
23.Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
24.Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada
anda menyertai temuduga itu
TIPS TEMUDUGA 1
Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu
mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangandalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi.
Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada
beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).
Ini termasuk :-
penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan
mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima.Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar
daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa
bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali
mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
4
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
5/52
penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik,
sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara
tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga
yang berpengalaman.
calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan
kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana
mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon
temuduga.
kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang
salah pada masa dahulu telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja
yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya
prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon,
tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu.
Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu
jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan,
dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat
pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri walaubagaimanapun berusaha untuk
menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang
mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik
semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil darisini ialah :
jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika
sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan
yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang
5
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
6/52
secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan terutamanya
apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa
persediaan untuk menghadiri temuduga.
jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan
tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah
berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan.
Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai
pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda
semasa menghadapi temuduga.
TIPS TEMUDUGA 2
Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah lebih
banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.
Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta
menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu
berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan,
temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang
baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan
yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan
panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta
yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap
adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga.
Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul
atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yangberbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang
percapaian anda dengan penuh yakin
6
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
7/52
TIPS TEMUDUGA 3
Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanyamereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka
tidak letih dengan kerja). Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan
kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka
lakukan. Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-
mereka sahaja yang banyak bercakap
mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minitpertama temuduga dijalankan
mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga
mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut
pada anda
Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-
mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah
melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
7
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
8/52
mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan
suka pada sikap anda
Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat
dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada
kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja. Oleh itu sekiranya anda di
temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan
yang baik ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang
menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan
bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu.
Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku terutama sekali jika anda
ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan padadiri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah
sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik
penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan
pendapat mereka.
TIPS TEMUDUGA 4
Mitos No. 4: Jangan sekali-kali mengatakan Saya tidak tahu
Temuduga adalah berkisar tentang tanggapan yang positif dengan menjawab soalan-
soalan dengan bijak dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penemuduga. Di
penghujungnya, ramai calon merasakan yang mereka hendaklah memberi jawapan
yang tepat kepada setiap soalan yang dikemukakan, tanpa mengira samada benar-
benar mengetahui jawapannya. Jelaslah,temuduga yang hebat adalah di mana andadapat menjawab semua soalan (dan anda semestinyalah dapat melakukannya
seandainya anda mengambil sedikit masa untuk menyediakannya dengan betul);
sebaliknya jika anda tidak mengetahui akan sesuatu jawapan, adalah lebih elok anda
mengakuinya daripada berpura-pura mengetahuinya atau mula bercakap berjela-jela
tanpa mengetahui kewajarannya. Kebanyakan penemuduga dapat merasakan omong
8
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
9/52
kosong anda sejak mula lagi dan mereka tidak suka kerana beberapa sebab; pertama,
berkemungkinan akan membuat anda kelihatan tidak jujur. Adalah lebih baik sekiranya
anda tidak menghadiri temuduga sekiranya anda mempamerkan ketidakjujuran atau
kebijaksanaan anda.
Percubaan anda untuk menjawab soalan yang anda tidak mahir boleh memudaratkan
sesi temuduga yang sepatutnya hebat. Ini tidak bermakna yang anda tidak boleh
mencuba memberi jawapan yang anda tidak pasti. Tiada salahnya anda berterus
terang. Mungkin ini adalah jawapan yang anda boleh cuba:
Secara jujurnya saya katakan yang saya tidak berapa mahir dalam bidang ini, walaupun
saya amat meminatinya. Sekiranya tidak menjadi keberatan, saya ingin mencuba untuk
menangani isu tersebut, sekiranya tuan tidak mengharapkan jawapan yang tepat.
atau:
Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya katakan ini adalah
bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati untuk menambahkan
pengetahuan saya mengenainya.
TIPS TEMUDUGA 5
Mitos No. 5: Orang yang berketerampilan mendapat kerja
Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun
bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu
amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklahmemberi kesan. Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak
berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran,
tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang
berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasa-
biasa adalah satu anggapan yang salah bahawa majikan menggemari keterampilan
9
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
10/52
seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar
saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang
hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat
mahal.
Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak
mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan
cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda. Penampilan yang
baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi bukannya penampilan
yang bersesuaian dan mesra.
TIPS TEMUDUGA 6
Mitos No. 6: Kalau jawapan anda adalah lebih baik dari yang lain, anda akan
ditawarkan kerja
Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah
mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya
mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga seperti yang telah kita lihat
adalah lebih dari hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang
meyakinkan penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja.
Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda
secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan
berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat sukar
di temui ataupun penemuduga itu adalah tersepit).
Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan
yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang
baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini,
terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak
10
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
11/52
sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki
kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.
TIPS TEMUDUGA 7
Mitos No. 7: Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat.
Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri,
mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin
mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.ataupun mereka memikirkan mereka
dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang terlalu obses terhadapmemperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba tanpa henti sehingga pada
pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari penemuduga.
Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh
penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap
ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap
terlalu banyak, di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh
sedemikian, di situ mungkin berakhirnya temuduga anda.Sebenarnya dalam
kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada
banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah memberi
jawapan yang terus kepada tajuk yang dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa
tujuan untuk mencari jawapan yang tepat.
TIPS TEMUDUGA 9
Mitos No. 9: Relaks dan jadilah diri anda sendiri
Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk
memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah
11
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
12/52
peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah
tidak diterima. Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka
(satu perkataan yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud
menyandar pada kerusi, berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan
menyedari bahawa anda menghadiri beberapa temuduga. Sementara penemuduga
suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan yang dijangkakan
tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu temuduga dan anda
menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan anda!
TIPS TEMUDUGA 10
Mitos No. 10: Penemuduga mencari kecelaan
Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap
mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda
percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar
kemungkinannya akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk hubungan
erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan
memberi jawapan yang baik. Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan
soalan-soalan dengan harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya
selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk memberi gambaran keseluruhan
secara mendalam tentang apa yang si penemuduga boleh menyumbang kepada
syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda
tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga
hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan anda.
Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang untuk
menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia
hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda.
Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan
masuk akal langsung.
12
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
13/52
Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik.
Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara
mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan. Pemahaman secara
mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda satu senjata dengan
informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada terjerumus ke dalam
perangkap yang mengecewakan. Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang
temuduga akan membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan
dan persembahan anda.
KUNCI TEMUDUGA
Ringkasan kata-kunci tips temuduga
Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan
memenanginya selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang
terbaik akan memenanginya.
Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia
juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda
adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik
dan tidak.
Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada
cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.
Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin
di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah
lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.
13
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
14/52
Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah
buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan
daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada
jawapan yang tepat di sana.
Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda
benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.
Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa.
Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif
sekiranya mereka tidak nampak begitu.
Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka
lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda.
Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda
berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk
menyerlahkan diri anda.
Soalan Temuduga
Anda boleh ibaratkan pengalaman menghadiri temuduga sama seperti menyelam ke
laut dalam. Apa saja mungkin terjadi. Anda mungkin terjumpa terumbu karang yang
eksotik atau mungkin ditelan jerung!
Dah takut ke?
Tak perlu.
Walaupun setiap majikan adalah berbeza dan soalan temuduga adalah khusus untuk
industri tertentu, masih ada soalan - soalan yang sesuai untuk semua bidang. Baca dan
fahamkan soalan - soalan temuduga di bawah. Semua soalan temuduga yang saya
kongsikan di sini adalah berdasarkan keperluan sektor swasta di Malaysia sahaja.
14
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
15/52
Fikirkan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pengkhususan kerja anda (ini adalah
permulaan yang baik untuk persediaan temuduga). Setelah itu, berlatih seolah - olah
anda sedang diajukan soalan - soalan tersebut dalam temuduga. Anda boleh
menggunakan bantuan beberapa perkataan yang power
Remember, practice makes perfect!Bakal majikan pasti tertarik dengan kebolehan
anda untuk menjawab apa jua soalan yang diajukan. Di bawah saya berikan beberapa
contoh soalan temuduga untuk lepasan ijazah dan yang berpengalaman.
Tell me about yourself.
Ceritakan tentang diri anda
Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri
sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh
minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda
berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama,
umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada
kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan
keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.
Why should we hire you?
Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?
Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar
calon akan memberikan jawapan hardworkingatau honest. Jangan buat kesalahan
yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri
anda yang unik.
15
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/word-power.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/word-power.html7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
16/52
Why do you want to work here?
Mengapa anda memilih syarikat ini?
Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk
memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama
sekali menghadiri panggilan interviewtanpa menyelidik tentang latar belakang,
perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia
dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang
yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan
yang berkaitan dengan syarikat.
What is your greatest weakness?
Apakah kelemahan anda yang paling ketara?
Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan
bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan
bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas
dan apa langkah - langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan
mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri
sendiri dan berusaha memperbaikinya.
Why did you leave your last job?
Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?
Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda
berhati - hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu
dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab
secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa
aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.
16
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
17/52
Describe a problem situation and how you solved it.
Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda
menyelesaikannya.
Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda
menjawab soalan ini, lebih - lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak
mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda
untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda
hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah - langkah yang anda
ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah
seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.
What accomplishment are you most proud of?
Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?
Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan
jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah
mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong
pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti -
kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi
kriteria tersebut.
What are your salary expectations?
Berapakah gaji yang anda harapkan?
Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah
menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan
17
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
18/52
khidmat percuma Jobstreetuntuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa - apa
soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian.
Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang
anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik
sehingga anda ditawarkan kerja.
Tips Temuduga
Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri
temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye?
Ha... sebab tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat
persediaan untuk temuduga. Cuba lihat petikan yang diambil dari zaharuddin.net
.
Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti
yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari
pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada
graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung
tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti
menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya
.
18
http://myjobstreet.jobstreet.com/premium/basicSalaryReport.asphttp://www.zaharuddin.net/http://myjobstreet.jobstreet.com/premium/basicSalaryReport.asphttp://www.zaharuddin.net/7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
19/52
Saya cukup setuju dengan kenyataan di atas. Saya pun banyak pengalaman
menemuduga calon sebegini.
Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah pendidikan di Malaysia yang lebih
kepada exam - oriented. Menjurus kepada penghafalan semata-mata. Jadi bila tiba
masa untuk mempraktikkannya di dunia nyata seperti temuduga, tidak ramai yang
dapat mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa.
Mungkin terdetik dalam hati anda sekarang, "Jadi apa yang boleh saya dari sekarang
buat untuk memastikan saya betul - betul bersedia untuk temuduga?"
Tips temuduga yang berikut boleh membantu.
Perkara yang perlu anda tahu:
Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam
Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat
saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang
biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.
Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga
berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa
Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang
konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak
Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).
Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa
Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima
(acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih
dari sekarang. Anda boleh :
19
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
20/52
1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk
membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti
gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan
perhatian. Janganlah baca majalah Playboyplak. Menambah dosa je.
3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan
hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda
nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.
Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan
lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa
untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be
yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan).
Atau sebaliknya. kuang kuang kuang
Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga
menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.
Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab
soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai keAkademi Fantasia.
20
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
21/52
Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga
hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda
dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai
sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh.
Berabuk kat dalam lemari.
Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework
tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat
homeworkmasa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah,
mandi wajib
Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk
berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya
sahaja, supaya anda tidak off-topic.
Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau
masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat
demikian.
Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.
21
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/soalan-temuduga.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/soalan-temuduga.html7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
22/52
Soalan Temuduga Popular
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga untuk yang berpengalaman(experienced) yang dipetik dari ebookSukses Temuduga
What kind of salary would you expect for this job?
Based on your job description, which mentions that you prefer someone
experienced with a master's degree in engineering. I hope you consider the fact
that my skills also meet your highest standards. Therefore, I would expect a
salary at the high end of your pay range for the position. Can you give me some
indication of the range?
Penemuduga akan menyingkirkan calon yang meminta gaji yang tidak realistik. Jika
anda meminta gaji yang terlalu rendah, anda akan nampak kurang pengetahuan, danjika terlalu tinggi, anda mungkin ditolak mentah - mentah. Oleh itu, cara terbaik ialah
mengajukan kembali soalan kepada penemuduga. Dapatkan skala gaji yang boleh
ditawarkan dan bagaimana kelayakan anda bertepatan dengan skala tersebut.
Dapatkan lebih banyak tips rundingan gaji di:
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/asas-rundingan-gaji
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji
Bahagian kuiz temuduga juga boleh membantu.
22
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/ebook-temuduga.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/asas-rundingan-gajihttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gajihttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/ebook-temuduga.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/asas-rundingan-gajihttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
23/52
What motivates you?
There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve
excellence in every task that I set out to do. The second is my desire to contribute
to my firm. The third factor that motivates me is that I enjoy success and
accomplishment, because I regularly review my goals and like to see tangible
results when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not moving
forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards.
Finally, I like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.
Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh digunakan untuk semua jenis jawatan
atau industri.
What is your greatest weakness?
Contoh 1
I have the desire to achieve excellence and always like to give 100% when given a
task to do. So sometimes I find it a little frustrating when others are being lazy
and aren't putting in the effort they could be. I am very aware of this weakness
and try to overcome it by adopting an energetic and positive attitude to the task
that I hope spreads through the team.
Contoh 2
I consider myself a 'big picture' person. I sometimes skip the small details. For
this reason, I always have someone on my team that is very detail oriented.
23
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
24/52
Contoh 3
Sometimes, I get so excited and caught up in my work that I forget that my family
life should be my number one priority.
Contoh 4
I like to keep busy and productive at work. I always feel really bad during slow
times because I feel that I am not contributing. So, when those times do come up,
and that does happen on occasion, I have learned to ask other collegues if they
need assistance or to ask my supervisor if there is anything that they would like
me to help them with.
Jangan gunakan jawapan yang terlalu pendek atau umum seperti "I am a workaholic"
atau "I am a perfectionist". Pastikan ada sedikit huraian dan penyelesaian. Jawapan -
jawapan di atas boleh anda gunakan mengikut kesesuaian.
How long would you stay with our company?
I would certainly like to take my career forward with this company; I have a vital
interest in (bidang anda) and I feel that (nama syarikat) is the right place to develop
my expertise in this area. From my research and what we've discussed so far, it
seems that (nama syarikat) has the right environment for me to really flourish and
produce my best work. So, as long as I am being challenged and developing
professionally, there would be no need to make a move.
Jawapan terbaik untuk soalan di atas. Boleh digunakan untuk semua jenis jawatan
atau industri.
24
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
25/52
Walaupun anda bercadang untuk meninggalkan syarikat tersebut selepas beberapa
lama untuk bekerja di tempat lain, memulakan perniagaan sendiri atau melanjutkan
pelajaran, JANGAN berkongsi maklumat tersebut dengan penemuduga. Jawapan andamestilah menekankan komitmen untuk jangka masa yang panjang, pada masa yang
sama, bersedia untuk perubahan.
Tell me about yourself.
Why do you want to work here?
What other firms are you interviewing with, and for what positions?
Let's say that you were offered a job here, and at the same time, one of our
competitors offered you a similar position. Whom would you choose? And why?
Do you think that you are overqualified for this job?
What are your strengths?
Can you work under pressure?
25
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
26/52
What did you not enjoy about your last job?
What was your opinion of your last boss?
What are your short term objectives?
What are your long term objectives? / Where do you see yourself in five years?
Tell me something about yourself that I didn't know from reading your resume.
Why do you want to leave your current position?
Soalan yang ANDA boleh tanya semasa temuduga
Selepas tamat ditemuduga, biasanya anda pula akan diberi peluang untuk menanyakan
soalan. Jangan lepaskan peluang tersebut. Tanyalah soalan - soalan standard yang
menggambarkan individu berpandangan jauh.
Oleh itu, baik bersedia dengan beberapa soalan yang bernas dari awal. Gempaklah
sikit keputusan temuduga anda nanti.
What is the vision of this organization?
Apakan visi syarikat ini?
26
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
27/52
What opportunity for the advancement does this position offer?
Apakah peluang untuk kenaikan pangkat yang saya di syarikat ini?
Is a training or professional development program available for employees?
Adakah latihan dan kursus profesional ditawarkan untuk staf?
May I talk with a staff member who holds a similar position in the company?
Bolehkah saya berbual dengan staf di jabatan yang sama dalam syarikat ini?
What are the benefits that the company can offer me?
Apakah faedah lain yang boleh ditawarkan oleh syarikat?
================
Contoh soalan untuk penemuduga yang dipetik dari ebookSukses Temuduga
Contoh 1
I have learned that your company has a good reputation in online marketing.
What are the major insights into the marketing process that I might gain from this
position?
Contoh 2
I understand that your company is one of the leaders in gamat based cosmetics
in Asia. I am curious to know how much of the product line is sold here in
Malaysia - and whether there are many career opportunities abroad.
Soalan - soalan berikut menggambarkan pengetahuan dan minat anda yang khusus
terhadap jawatan/ syarikat tersebut. Pastikan anda ada menyoal sekurang - kurangnya
satu jenis soalan seperti di atas.
27
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/ebook-temuduga.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/ebook-temuduga.html7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
28/52
Kuiz Temuduga
Pilih jawapan terbaik!
Soalan 1: Why are you the best person for this job?
a: "I've held a lot of positions like this one, and that experience will help me here."
b: "Because I am good at what I do."
c: "Our discussion here leads me to believe this is a good place to work."
d: "You need someone who can produce results, and my background and experience
are proof of my ability. For example..."
Soalan 2: Jika ditanya soalan seperti : Are you creative? Are you analytical? Can
you work under pressure? etc. Apakah cara terbaik untuk menjawab?
a: Answer yes or no.
b: Answer yes and give a specific example.
c: Answer you are not sure.
d: ------
Soalan 3: Describe yourself.
a: Outline personal data, hobbies, and interests.
b: Give an overview of your personality and work habits.
c: Give three specific examples of your personality traits and accomplishments.d: --------
Soalan 4: Why are you in the job market?
a: "I have invested a great deal of time with my company and become disenchanted
28
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
29/52
with the way things are done."
b: "I have a solid plan for my career. Within that plan I am looking for additional
responsibility and more room for growth."
c: "I have been passed over for promotions when I know I am capable of doing more. I
want to move on to a company that will not stunt my growth."
d: --------
Soalan 5: What are you looking for in a position?
a: "I'm looking for an opportunity to apply my skills and contribute to the growth of the
company while helping create some advancement opportunities for myself."
b: "I'm looking for an organization that will appreciate my contributions and reward myefforts."
c: "I'm looking for a position that will allow me to make enough money to support my
lifestyle. I am a hard worker and will give a concerted effort to earn the money I need."
d: -------
Soalan 6: What do you know about our organization?
a: "I've done a little homework and here is what I know about your organization...(give
any example)"
b: "Everything I've seen and heard makes me want to be a part of this organization. I
understand your industry is ________ and your primary customer is __________. A
particularly exciting part of your business appears to be _________ ."
c: "I know enough to know this is an exciting place to work. It appears to be fit for my
career goals."
d: -------
Soalan 7: What are your short term objectives?
a: "Short term, I just want a job."
b: "Bills are beginning to pile up. In the short run I need to find work so I can keep up
29
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
30/52
with my obligations."
c: "Short-term, I'd like to find a position that is a good fit and where I can contribute to a
company's bottom line. The position we are here to discuss today would appear to be
such an opportunity. Could you tell me more about it?"
d: -------
Soalan 8: What are your long term objectives?
a: "I would think over long term I would be preparing myself to do your job."
b: "If selected I would hope to meet my goals and take advantage of opportunities to
learn so I will be considered for other positions within the company. I hope to build my
career with a company such as this one."c: "Long term, I hope to start my own business."
d: --------
Soalan 9: Where do you see yourself in five years?
a: "In five years I will have either been promoted to your job or have started my own
business."
b: "Due to recession, it is a very volatile market. I find it difficult to project out five years."
c: "That really depends on the firm I join. I would like to take a position with some
responsibility and room for growth. The key is with the right challenge I intend to
continually contribute and grow with the firm."
d: --------
Soalan 10: Pada peringakat awal temuduga, anda ditanya solan berikut: Before
we go any further, what kind of money do you need to make?
a: "I was making 2K at my last job and I feel I am worth at least 40% more."
b: "My salary requirements are negotiable. Your firm has a reputation of compensating
employees fairly and I trust you would do the same in my case. Before we discuss
salary, may I ask you some questions about the position? As I understand, the most
30
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
31/52
important aspects of this job are..."
c: "Money is not very important to me. I need to be able to pay the bills but the work
environment is far more important to me."
d: -------
Soalan 11: What are your strengths?
a: "I am good at giving constructive criticism to my coworkers. This honesty is
something I'm very proud of and have found essential to having open working
relationships."
b: "I consider myself to be very consistent. I have proven myself to be someone who
can be counted upon to do what is expected."c: "I have a determination and ability to get things done. At the same time, I have strong
analytical abilities and problem solving skills. These skills combine to give me a unique
ability to solve problems and then implement productive solutions."
d: -------
Soalan 12: What do subordinates think of you?
a: "They obey me as a leader. The people who have worked for me learned a great deal
under my direction and accomplished in many cases more than they thought possible."
b: "My employees would tell you they got direction when they needed and the room to
work when it was appropriate."
c: "They perceive me as someone who cared about them personally and had high
expectations. Former employees would highlight three of my priorities, which are to
build loyalty and a team environment, obtain results and develop people."
Kuiz Temuduga - Jawapan dan Huraian
Sekiranya anda tiba di laman ini tanpa menjawab soalan kuiz temuduga terlebih
dahulu, sila ke Kuiz Temuduga - dan lihat pencapaian anda!
31
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/kuiz-temuduga.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/kuiz-temuduga.html7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
32/52
Soalan 1: Why are you the best person for this job?
A "I've held a lot of positions like this one, and that experience will help me here."
...salah: Menggambarkan bahawa anda yang kerap bertukar kerja dan tidak setia
kepada syarikat.
Menggunakan perkataan 'experience' adalah baik semasa menjawab soalan ini,
tetapi, 'a lot of jobs' tidak.
B "Because I am good at what I do"
...salah: Jawapan ini menunjukkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan tetapi
ia masih terlalu umum. Anda sepatutnya menyokong kenyataan anda dengan
contoh yang kukuh.
Jawapan sebegini juga mungkin berbunyi over confidentuntuk sesetengah
penemuduga.
C "Our discussion here leads me to believe this is a good palace to work. "
...tidak tepat: Kenyataan yang memuji, tetapi kedengaran seperti memihak kepada
anda. Pastikan jawapan anda adalah dua hala, give and take. Terangkan juga apa
yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat.
D "You need someone who can produce results, and my background and
experience are proof of my ability. For example..."
...jawapan terbaik .Memberikan sebab dan menyokong kenyataan tersebut
dengan fakta adalah taktik menjawab terbaik menjawab soalan ini.
Soalan 2: Jika ditanya soalan seperti : Are you creative? Are you analytical?
Can you work under pressure? etc. Apakah cara terbaik untuk menjawab?
AAnswer yes or no
32
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
33/52
...tidak tepat: Jawapan tergantung selalunya akan dianggap tidak meyakinkan.
BAnswer yes and give a specific example
...jawapan terbaik. Penjelasan yang ringkas dan spesifik akan menyokong jawapan
anda. Juga menunjukkan bahawa anda dalam keadaan yang bersedia dan
berkeyakinan.
CAnswer you are not sure
....salah: Menggambarkan anda seorang yang tidak berkeyakinan.
Soalan 3: Describe yourself.
AOutline personal data, hobbies, and interests.
...salah: Penemuduga tidak berminat dengan maklumat peribadi dan kegiatan masa
lapang anda.
BGive an overview of your personality and work habits.
...tidak tepat: Penerangan yang umum (overview) tidak akan menonjolkan diri andaberbanding pesaing yang lain. Jawapan anda mestilah meninggalkan impak dan
meyakinkan.
CGive three specific examples of your personality traits and accomplishments.
...jawapan terbaik . Memberi contoh keperibadian yang spesifik beserta
pencapaian membuktikan keupayaan anda secara peribadi. Ia juga memberikan
kesan positif dan mengangkat imej anda berbanding pesaing yang lain.
Soalan 4: Why are you in the job market?
33
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
34/52
A "I have invested a great deal of time with my company and become disenchanted
with the way things are done."
...salah: Berbunyi seperti anda menyalahkan majikan anda sekarang. Temuduga
bukan masa untuk anda mengadu dumba. Pamirkan perwatakan sepositif yang
boleh.
B "I have a solid plan for my career. Within that plan I am looking for additional
responsibility and more room for growth."
...jawapan terbaik. Menunjukkan bahawa anda telah merancang objektif kareer
anda. Pada masa yang sama, ia menggambarkan keinginan anda untuk
berkembang dan menyumbang dalam kareer.
C "I have been passed over for promotions when I know I am capable of doing
more. I want to move on to a company that will not stunt my growth. "
...salah: Berbunyi seperti anda tidak berpuas hati dengan majikan sekarang. Cuba
jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan
beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek
yang positif juga. Elakkan jawapan - jawapan berbunyi negatif yang menjatuhkan
imej anda di mata penemuduga.
Soalan 5: What are you looking for in a position?
A "I'm looking for an opportunity to apply my skills and contribute to the growth of
the company while helping create some advancement opportunities for myself."
...jawapan terbaik . Jawapan ini menunjukkan individu yang pandangan yang jauh,
kesungguhan untuk berjaya dan kehendak untuk berkerja dengan organisasi yang
baik.
B "I'm looking for an organization that will appreciate my contributions and reward
my efforts."
34
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
35/52
...salah: Jawapan yang berat sebelah. Penemuduga mungkin mengganggap anda
suka berkira dengan setiap tugasan yang diberikan. Oleh itu, pastikan jawapan anda
adalah dua hala, give and take. Terangkan juga apa yang anda boleh sumbangkan
kepada syarikat.
C "I'm looking for a position that will allow me to make enough money to support my
lifestyle. I am a hard worker and will give a concerted effort to earn the money I
need."
...salah: Adalah tidak salah untuk meletakkan duit sebagai 'motivating factor', tapi
maklumat ini lebih baik disimpan dengan diri anda. Kebanyakan penemuduga
mencari calon yang sanggup bekerja keras dan menyiapkan tugasan. Fokus kepada
faktor kewangan mungkin tidak berapa digemari oleh bakal majikan.
Soalan 6: What do you know about our organization?
A "I've done a little homework and here is what I know about your organization...
(give any example)"
...tidak tepat: Membuat sedikit 'homework'adalah bagus. Tetapi pendekatan ini
terlalu umum dan kadangkala nampak seperti anda mereka - reka. Jawapan yang
spesifik lebih digalakkan.
B "Everything I've seen and heard makes me want to be a part of this organization. I
understand your industry is ________ and your primary customer is __________. A
particularly exciting part of your business appears to be _________ ."
...jawapan terbaik. Walaupun jawapan yang sebegini memerlukan persediaan yang
mendalam, pengetahuan yang sebegini adalah penting untuk mendapatkan first
impression yang baik dan meyakinkan bakal majikan bahawa anda benar - benar
berminat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.
35
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
36/52
C "I know enough to know this is an exciting place to work. It appears to be fit for my
career goals."
...salah: Ini adalah jawapan yang akan diberi oleh calon yang langsung tidak
bersedia.
Ingat! Kajian latarbelakang syarikat (background check) adalah salah satu senjata
yang akan membantu anda dalam proses temuduga. Anda tidak patut sama sekali
menghadiri panggilan temuduga tanpa menyelidik tentang latar belakang,
perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Dengan adanya
internet, proses ini menjadi lebih mudah.
Soalan 7: What are your short term objectives?
A "Short term, I just want a job."
...salah: Menunjukkan anda dalam keadaan terdesak.
B "Bills are beginning to pile up. In the short run I need to find work so I can keep up
with my obligations."...salah: Mungkin anda berkata benar - tetapi tiada majikan yang mahukan pekerja
yang matlamatnya adalah gaji semata - mata. Jawapan ini menggambarkan
hubungan satu hala dengan majikan dan tiada rancangan untuk bersama dengan
syarikat tersebut untuk jangka masa panjang.
C "Short-term, I'd like to find a position that is a good fit and where I can contribute
to a company's bottom line. The position we are here to discuss today would appear
to be such an opportunity. Could you tell me more about it?"
...jawapan terbaik. Jawapan yang dua hala, menyatakan apa yang anda boleh
sumbangkan dan apa yang diinginkan dari syarikat. SETERUSNYA, memfokuskan
semula perbincangan kepada jawatan yang ditawarkan.
36
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
37/52
Soalan 8: What are your long term objectives?
A "I would think over long term I would be preparing myself to do your job."
...salah: Jawapan ini mungkin benar, tetapi ada kalanya membuatkan penemuduga
rasa tergugat.
B "If selected I would hope to meet my goals and take advantage of opportunities to
learn so I will be considered for other positions within the company. I hope to build
my career with a company such as this one."
...jawapan terbaik. Jawapan ini menunjukkan bahawa anda akan rajin berusaha
untuk peningkatan diri. Menekankan keinginan untuk maju bersama - sama dengansyarikat juga mengggambarkan kesetiaan anda.
C "Long term, I hope to start my own business."
...salah: Jawapan ini mungkin benar - tetapi mungkin menampakkan anda sebagai
bakal pesaing! Ada ke syarikat yang nak melatih pesaing mereka sendiri?
Soalan 9: Where do you see yourself in five years?
A "In five years I will have either been promoted to your job or have started my own
business."
...salah: Jawapan ini mungkin benar, tetapi agak agresif dan menggugat.
B "Due to recession, it is a very volatile market. I find it difficult to project out five
years."
...salah: Walaupun dalam kegawatan ekonomi, penemuduga ingin melihat calon
yang mempunyai pendekatan yang positif kepada jawatan yang dipohon.
37
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
38/52
C "That really depends on the firm I join. I would like to take a position with some
responsibility and room for growth. The key is with the right challenge I intend to
continually contribute and grow with the firm."
...jawapan terbaik. Jawapan yang menekankan kepada keinginan calon untuk
bekerja keras dan menyumbang tanpa menggugat sesiapa.
Soalan 10: Pada peringkat awal temuduga, anda ditanya solan berikut: before
we go any further, what kind of money do you need to make?
A "I was making 2K at my last job and I feel I am worth at least 40% more. "
...salah: Ramai majikan yang menggunakan faktor duit sebagai pemutus apabila
terpaksa memilih salah seorang daripada calon yang disenarai pendekkan. Anda
mesti memahami kehendak jawatan dan gaji yang boleh ditawarkan untuk jawatan
tersebut sebelum menyatakan gaji yang anda ingini. Walaupun soalan ini ditanya di
awal sesi temuduga, ubah haluan supaya penemuduga dapat mengenali anda dan
kepakaran anda terlebih dahulu.
Soalan gaji itu sendiri adalah kritikal, sama seperti soalan - soalan temuduga yang
lain. Rundingkan dengan cara dan masa yang sepatutnya.
B "My salary requirements are negotiable. Your firm has a reputation of
compensating employees fairly and I trust you would do the same in my case.
Before we discuss salary, may I ask you some questions about the position? As I
understand, the most important aspects of this job are...
...jawapan terbaik. Merundingkan gaji sebelum perkara lain dalam temuduga
bukanlah langkah yang bijak. Anda akan mempunyai 'bargaining power'yang lebih
tinggi sekiranya anda dapat menawan hati penemuduga sebelum soalan ini dijawab.
Jawapan ini mungkin panjang tetapi sangat efektif kerana ia tidak menyangkal akan
kepentingan gaji kepada anda, tapi pada masa yang sama, mengubah haluan
38
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
39/52
temuduga kepada jawatan yang ditawarkan terlebih dahulu. Cuba lihat artikel Tips
Rundingan Gaji.
C "Money is not very important to me. I need to be able to pay the bills but the work
environment is far more important to me."
...salah. Apabila anda menyatakan bahawa anda tidak mementingkan gaji, secara
automatik 'bargaining power'anda menjadi lemah (walaupun anda ditawarkan
jawatan tersebut). Ia juga menggambarkan anda tidak menghargai kerja dan
keupayaan anda sendiri.
Soalan 11: What are your strengths?
A "I am good at giving constructive criticism to my coworkers. This honesty is
something I'm very proud of and have found essential to having open working
relationships."
...tidak tepat: Walaupun jawapan ini mungkin benar, ia juga menggambarkan anda
sebagai seorang yang suka mengkritik. Adalah lebih baik sekiranya anda
menyatakan (dengan contoh) bahawa anda mudah bekerjasama dengan pekerja
lain.
B "I consider myself to be very consistent.
...tidak tepat: Jawapan ini masih dikira ok tetapi ia nampak umum dan tidak unik.
Konsisten dalam kerja adalah baik, tetapi jawapan ini belum cukup meyakinkan.
C "I have a determination and ability to get things done. At the same time, I have
strong analytical abilities and problem solving skills. These skills combine to give me
a unique ability to solve problems and then implement productive solutions."
...jawapan terbaik. menunjukkan bahawa anda yakin dengan kemampuan sendiri.
Anda bukan sahaja mengetengahkan kemahiran yang anda ada, malah bagaimana
39
http://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji.htmlhttp://www.ambang-kerjaya-impian.com/tips-rundingan-gaji.html7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
40/52
ia bermanfaat kepada majikan.
Soalan 12: What do subordinates think of you?
A "They obey me as a leader. The people who have worked for me learned great
deal under my direction and accomplished in many cases more than they thought
possible."
...tidak tepat: Bukan semua penemuduga bersetuju dengan jawapan ini.
Kedengaran seperti anda seorang yang sangat tegas dan kuku besi.
B "My employees would tell you they got direction when they needed and the room
to work when it was appropriate".
...tidak tepat: Bukan semua penemuduga bersetuju dengan jawapan ini. Walaupun
jawapan ini benar, nampak seperti anda tidak berapa tegas.
C "They perceive me as someone who cared about them personally and had high
expectations. Former employees would highlight three of my priorities, which are to
build loyalty and a team environment, obtain results and develop people."...jawapan terbaik. Jawapan yang menggambarkan seorang ketua yang
menghargai anak buahnya, pada masa yang sama sangat fokus kepada produktiviti.
Ini adalah stail pengurusan yang diterima pakai secara meluas.
10 Soalan Lazim Temuduga
Soalan-soalan ini selalu saya panggil soalan bocor.
1. Ceritakan tentang diri anda? - Sediakan jawapan untuk dua (2) minit, yang
memperkenalkan diri anda, hobi, minat, penyertaan dalam persatuan & komuniti, sedikit
pengalaman bekerja anda yang terakhir.
40
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
41/52
2. Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini? - Mereka ingin tahu
motivasi anda untuk menyertai mereka.
Cari sedikit maklumat tentang syarikat tersebut, budaya kerja dan pasaran. Terangkan
bagaimana anda mampu menyumbang ke arah objektif syarikat.
3. Mengapa anda mencari kerja baru? - Sentiasa tumpukan ke arah yang positif.
Walaupun anda dibuang kerja, bergaduh dengan bos lama. Tolong pastikan bagaimana
anda boleh memanipulasi alasan itu dari segi yang positif.
Sampel jawapan yang boleh digunakan ialah, mahu meneruskan karier ke arah yang
baru (terangkan). Penstrukturan semula syarikat berlaku dan anda mengambil
keputusan mencari peluang kerja di tempat lain.
4. Jawatan apa yang anda cari? - Fokus. Jangan jawab secara umum. Jawab dengan
tepat kepada jawatan itu dan bagaimana kelebihan dan pengalaman anda membantu
dalam menjalankan tugas tersebut.
5. Apakah kelebihan dan kekurangan kamu?- Saya tidak menggalakkan anda
menceritakan kekurangan anda, tetapi cuba fikirkan kekurangan yang positif.
Contohnya seorang yang kurang sabar, mungkin katakan anda suka memulakan
sesuatu idea itu serta-merta.
6. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini? - Kaji tentang syarikat itu. Jangan
mengulang-ulang atau menggunakan fakta yang terlalu menunjukkan anda menghafal.
7. Apakah kejayaan anda yang terbaik? - Ceritakan tentang beberapa kejayaan anda
yang memberangsangkan. Tunjukkan kualiti dalam diri anda yang digunakan dalam
menyelesaikan masalah dan menghadapi tekanan.
41
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
42/52
8. Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang? - Syarikat mahu melihat
anda sebagai orang yang berwawasan. Akan tetapi pastikan ianya munasabah untuk
dicapai.
Berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka akan bertanya bagaimana untuk anda
mencapainya.
9. Apakah tugas yang anda lakukan dalam pekerjaan anda dahulu? - Jujurlah.
Kerana soalan sampingan daripada mereka akan memerangkap anda nanti jika anda
menipu.
10. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan
baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda? - Tunjukkan yang anda sangat
teruja dan positif. Terangkan yang anda mudah bergaul dengan semua orang.
Anda tidak semestinya akan disoal dengan semua soalan di atas. Setiap soalan yang
dijawab akan menghasilkan soalan-soalan yang baru.
Maka pastikan semua jawapan anda telah dilatih. Biasanya saya menggalakkan rakan-rakan membuat mock
TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA
Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat.
Ini adalah kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap
tahun.
Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan
dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam
pelbagai aktiviti maktab, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-
42
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
43/52
kegiatan serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap
pemilihan mereka.
Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh
setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon
yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas
bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon
harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.
Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa
orang, yang dipanggil panel temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam
sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya.
Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah
cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya
di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda
layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.
Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-
pelajar MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati:
1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat arguement.
2. Bersikap pasif semasa temuduga.
3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.
4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.
6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.
7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-
universiti tempatan dan luar negeri.
8. Kurang pengetahuan am.
9. Berpakaian tidak kemas.
Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat
diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki
43
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
44/52
perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru
dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.
TAMBAHAN:
Kesalahan mengisi borang permohonan seperti tidak mengisi maklumat yang
dikehendaki dengan lengkap , tulisan tangan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan
lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan calon. Jadi, perlu ditekankan
bahawa proses temuduga bermula dari masa mengisi borang permohonan.
PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA:
Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri
temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung
dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu
anda dalam hal ini ialah:
Kaunselor.
Guru-guru kaunseling.
Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
Buku-buku Occupational Outlook Handbook dan Dictionary of Occupational
Tittles yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat diPerpustakaan Maktab.
Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan,
Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
44
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
45/52
Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang
diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah
semata-mata bergantung pada nasib dan angan-angan sahaja.
3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab
edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada
betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi
borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki
dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi
gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga
bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.
4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar,
majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).
PADA HARI TEMUDUGA:
1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu
memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan
menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek
yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika
anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian
kemas.
2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung
bagi perempuan.
45
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
46/52
4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga,
kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta
surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur
mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya
nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk
sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk
berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas
pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk
pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati
yang tenang serta penuh yakin.
TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa
saja. Biasakan memberi ucapan selamat pagi/selamat petang mengikut pada
keadaan waktu, atau assalamualaikum sekiranya panel temuduga itu beragama
Islam.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak
membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh
duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan
badan. Jangan menggelisah.
4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda
meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja
penemuduga.
46
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
47/52
6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun
menggerakkannya ke sana sini.
7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas
yang terdapat di atas meja penemuduga.
8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
10.Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap
soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan
yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang
tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah
dengan penuh rasa yakin dan tenang.
11.Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari
semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila
menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang
tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato/ Dato Seri/Tuan/Puan/Encik dan
sebagainya.
12.Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang
dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya
disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaanatau situasi yang menekan.
13.Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang
tepat dan sempurna.
14.Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian
penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak
menarik perhatian mereka.
15.Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu
point itu dengan penuh semangat.
16.Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang
munasabah.
17.Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak
berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan
47
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
48/52
peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu
jawapan bagi soalan berkenaan.
18.Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
19.Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap
atau berbincang sesuatu di antara mereka.
20.Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan
tertentu.
21.Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan,
kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan
bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-
apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
22.Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh
yang anda tunjukkan.
23.Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai
contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun
"You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa
Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa
Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
24.Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengkingpenemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika
ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan
dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk
melihat sama ada anda observant atau tidak.
25.Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
26.Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana
memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang
munasabah.
48
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
49/52
CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA
1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
3. Cerita sedikit tentang diri anda.
4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan
anda?
6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-
orang bawahannya.9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
10.Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan
anda sebenar?
11.Mengapakah patut kami memilih anda?
12.Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
13.Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
14.Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda?
Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
15.Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
16.Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
17.Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda
kepuasan. Mengapa?
18.Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada
anda?
19.Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under
pressure)
20.Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat
mengatasinya.
49
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
50/52
21.Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa
lalu?
22.Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
23.Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
24.Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
25.Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
26.Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej
atau universiti? Mengapa?
27.Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti
kokurikulum?
28.Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
29.Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
30.Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan
anda.
20 Contoh Soalan Temuduga SPA
20 contoh soalan temuduga SPA:
1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah
peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur
kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh
anda ulas sedikit tentang ini?
3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan
sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa
kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh
50
7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
51/52
jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh
mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan
oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang
sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan
antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua
dua hala?
6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan
rakan sekerja anda?
7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau
jawatan yang dipohon) di jabatan ini?
8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan
sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiranlain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan
membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda
lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada
pada tahap yang tertinggi?
13. Mengapa anda memohonjawatan ini?
14. Kenapajawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan
dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
51
http://skorcareer.com.my/blog/jawatan-kosong/29http://skorcareer.com.my/blog/jawatan-kosong/favicon.icohttp://skorcareer.com.my/blog/jawatan-0%22%3E%3Cspanhttp://skorcareer.com.my/blog/jawatan-kosong/29http://skorcareer.com.my/blog/jawatan-kosong/favicon.icohttp://skorcareer.com.my/blog/jawatan-0%22%3E%3Cspan7/29/2019 86551619 Tips Menghadapi Temuduga
52/52
15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada
landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih
belum ada buat masa ini?
16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor
faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas
kertas?
17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan
sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di
tempat tempat lain.
18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana
anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke
sektor swasta?
19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah
lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini.
Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses
perpindahan ini?
20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan
semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
Recommended