23
Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga. Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang- ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga anda. Sebelum temuduga anda Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’ Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya. Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai. Semasa temuduga anda

Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga. Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga anda.                                                                                                        Sebelum temuduga anda

Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’

Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.

Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

                                                     Semasa temuduga anda

Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.  Beri salam kepada panel penemuduga Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas . Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan. Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

 

Page 2: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih

dari seorang penemuduga3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan

anda5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda

dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda2. Jawab dengan jelas dan lantang3. Kikiskan sifat ego anda4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba

menggunakan jawapan anda untuk membidas5. Banyakkan senyuman6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang

tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Page 3: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2

1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong

ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat

berkenaan dengan pekerjaan itu.6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-

besarkan perkara itu.8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan

pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda

menyertai temuduga itu.

PERSEDIAN TEMUDUGA – RESUME PAPARKAN PERSONALITI

OLEH: SUSAN TONG (PELATIH TAR)

Zaman kemelesetan ekonomi membuatkan ramai yang agak sukar untuk mencari kerja. Makin ramai yang menjadi penganggur dan ini menyebabkan peluang untuk mendapatkan kerja agak terhad. Kita terpaksa bersaing dan mereka yang benar-benar bagus sahaja yang terpilih. Ini bermakna kita harus berusaha lebih kuat lagi dan memberikan yang terbaik. Pertama sekali ialah dalam menyediakan resume kerana resume ini adalah langkah pertama bagi membolehkan kamu melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan cubalah ikuti tips yang kami berikan.

10 Tips Untuk Membuat Resume

1. Jangan menghantar resume kamu tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah kamu tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.

2. Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume kamu mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada kamu, seolah-olah kamu tidak bersungguh-sunguh.

3. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.4. Tulis sendiri! Tidak salah kalau kamu membuat rujukan daripada contoh atau format yang

sedia ada, tetapi sebaiknya kamu tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain

Page 4: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

itu, kamu juga harus jujur semasa membuat resume. Jika kamu membesar-besarkan keupayaan kamu, tentu kamu akan malu jika ia diketahui orang nanti.

5. Elakkan 'gimik' seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah kamu masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.

6. Resume kamu harus difokuskan dalam bidang kemahiran kamu sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.

7. Gunakan nombor atau garisan supaya resume kamu kelihatan kemas.8. Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia

kelihatan aktif dan positif.9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan

yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu.10. Buatlah beberapa draf dan berikan resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa.

Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya

Cara Menulis Resume yang Baik

Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek di bawah:

1. Isi kandungan

Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard. Walau bagaimanapun kamu boleh menentukan sama ada kamu ingin menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan kamu yang lepas.

2. Asas

la termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Kamu juga harus sertakan dengan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.

3. Objektif

Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya. Dalam objektif kamu, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan itu daripada iklan sahaja. Kamu mesti kreatif sikit!

4. Pendidikan

Senaraikan semua kelulusan akademik kamu daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.

5. Kemahiran khusus

Nyatakan kemahiran yang kamu miliki temmasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.

6. Aktiviti

Page 5: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan kamu. Selalunya penemuduga akan dapat tahu pesonaliti kamu melalui aktivi yang kamu ikuti itu.

7. Pengalaman herja

lni termasuk kerja praktikal, kerja sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan kamu, nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang kamu jalankan.

8. Rujukan

Kamu harus menyatakan bahawa kamu bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.

Corak Resume

Terdapat 4 jenis format resume. Setiap jenis itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya serta sesuai untuk suasana yang berlainan.

1. Kronologi (mengikut urutan)

Untuk menjadikan resume kamu lebih teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan taHun tetapi secara terbalik (Yang terkini ditulis dabulu). Ia lebih menitikberatkan perjalanan kerjaya kamu dan nama syarikat kamu dulu, tetapi kurang mengambil berat tentang pengalaman kerja dalam sesuatu bidang.

2. Corak Fungsi

la menitikberatkan keupayaan dan tugas utama kerja, jawatan serta pengalaman kerJa kamu. Ia amat sesuai digunakan oleh pemohon yang kurang berpengalaman dan hanya mabu fokuskan pada kemahiran mereka sahaja.

3. Corak bermatlamat

Corak ini senaraikan penerangan tentang sasaran suatu kerja khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam kepada penemuduga. la amat sesuai bagi pemohon yang mahir dalam sesuatu bidang.

4. Corak penyiaran

Corak yang berdasarkan pengalaman atau percubaan. la merupakan surat penerangan bagi diri kamu dan menitikberatkan kemahiran kamu. Amat sesuai digunakan untuk pemohon yang moden dan ingin meminta ditemuduga oleh syarikat itu..

REMAJA,1 JUN 1998,ms. 50-51

Page 6: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Tips Temuduga

Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye?

Ha... sebab tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat persediaan untuk temuduga. Cuba lihat petikan yang diambil dari zaharuddin.net

.

Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin

kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya

.

Saya cukup setuju dengan kenyataan di atas. Saya pun banyak pengalaman menemuduga calon sebegini.

Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah pendidikan di Malaysia yang lebih kepada exam - oriented. Menjurus kepada penghafalan semata-mata. Jadi bila tiba masa untuk mempraktikkannya di dunia nyata seperti temuduga, tidak ramai yang dapat mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa.

Mungkin terdetik dalam hati anda sekarang, "Jadi apa yang boleh saya dari sekarang buat untuk memastikan saya betul - betul bersedia untuk temuduga?"

Tips temuduga yang berikut boleh membantu.

Perkara yang perlu anda tahu:

Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.

Page 7: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).

Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)

2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.

3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.

Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.

Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

Page 8: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.

Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.

 

 

Untuk panduan temuduga yang lebih mantap dan praktikal, AKI mensyorkan ebook temuduga berjudul Sukses Temuduga. Ebook temuduga ini sesuai untuk anda yang lepasan ijazah mahupun berpengalaman.

.

Jarang dilihat website bahasa Melayu yang berkongsi tips temuduga seperti yang di atas. Kalau ada pun, kebanyakannya lebih menumpukan kepada temuduga kerajaan. Sekiranya pengunjung yang budiman ingin berkongsi link - link yang sebegini di website AKI, sila emelkan kepada kami.

Mari kita saling berkongsi untuk kejayaan bersama!

Page 9: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Tips menghadapi temuduga

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika

berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa

bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan

2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila

ditemuduga lebih dari seorang penemuduga

3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat

dilihat dengan jawapan anda

5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan

terlalu teknikal

6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam

perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga

tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah

akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan

seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda

untuk mendapat jawatan tersebut.

 

 

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini

Page 10: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

2. Jawab dengan jelas dan lantang

3. Kikiskan sifat ego anda

4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya

penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk

membidas

5. Banyakkan senyuman

6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-

butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan

kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan

ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab

soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir

sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

 

 

TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar.

Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat

Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi

perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

Page 11: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi

penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak

berbuat demikian.

3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh

duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta

tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku

anda di atas meja penemuduga itu.

5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan

itu.

6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana

sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-

lain kertas di atas meja penemuduga itu

7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah.

Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah

didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan

bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-

ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka

arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel

10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang

tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu

menggunakannya

11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan

jangan sekali-kali berbalah dengannya.

Page 12: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa

dalam temuduga.

14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak

berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan

melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang

yang anda tidak tahu jawapannya.

15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda,

persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap

melebihi dan yang tidak sepatutnya.

16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa

temuduga.

17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas

dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi

janganlah membesar-besarkan perkara itu.

20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang

bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja

dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau

bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu

terlebih dahulu.

22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda

mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya

Page 13: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan

itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi

peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Tips-Tips Untuk Promosi Diri dan TemudugaSep 4, '06 10:24 PMfor everyone

Promosi diri dengan berkesanOleh Diyanah Anuar

“SEKIRANYA anda layak, kami akan hubungi anda secepat yang mungkin.” Pernah mendengar kata-kata ini? Pernah `menerima’ kata-kata ini? Mungkin ada yang pernah dan ada juga yang masih tidak pasti dari mana datangnya dialog berkenaan.

Ini adalah antara ucapan standard yang selalu diungkapkan panel temu duga di syarikat yang membuka tawaran pekerjaan. Di sebalik ucapan seperti ini sebenarnya terselit dua pengertian, khabar gembira atau sebaliknya. Jika bertuah, anda akan menerima panggilan diterima bekerja dan jika tidak, ia satu petanda anda perlu mencuba nasib di tempat lain pula.

Page 14: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Realiti yang berlaku masa kini, mendapatkan pekerjaan tidaklah semudah yang diharapkan. Walaupun anda datang dengan pelbagai kelulusan tinggi malah dari institusi ternama sekalipun, ia belum mampu menjadi penjamin anda akan mendapat jawatan yang diinginkan.

Untuk satu jawatan, anda mungkin `bertanding’ dengan ribuan calon lain yang hadir dengan pelbagai pakej. Ada lulusan luar negara tanpa pengalaman, lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tujuh tahun pengalaman bekerja dan ramai lagi dengan latar belakang berbeza merebut peluang yang terhad ini.

Di pihak majikan pula, pemilihan calon yang layak memegang jawatan juga adalah sukar. Oleh itu, selepas menyemak resume dan portfolio calon, proses temu duga perlu diadakan untuk penilaian lanjut ke atas calon yang disenarai pendek sama ada benar-benar menepati keperluan yang ditetapkan ataupun tidak.

Sesi temu duga dianggap cabaran paling getir bagi calon kerana mereka harus membuktikan kepada bakal majikan merekalah orang paling sesuai untuk menjalankan tugas di syarikat mereka. Di peringkat ini juga calon biasanya sudah boleh menduga sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak.

Temu duga, jika hendak dikaitkan dengan situasi semasa, ia tidak ubah seperti konsep program realiti hiburan di televisyen. Setiap peserta mempunyai bakat masing-masing namun yang diinginkan juri dan juga penonton rancangan seperti itu adalah apa yang disifatkan sebagai ‘faktor X’.

Faktor X adalah perkara subjektif yang berkait rapat dengan personaliti seseorang dan kehadirannya amat penting sebagai penentu keunggulan peserta di mata yang menilai.

Dalam sesi temu duga, calon dinilai secara analitikal. Apa kelayakan, kebolehan juga kemahirannya dan paling penting, apakah kelebihan dan kelainannya atau faktor X yang dimiliki, yang dapat memenangi hati bakal majikan. Faktor X di sini boleh mewakili apa saja, mungkin imej, personaliti, kesungguhan atau juga keistimewaan anda yang boleh membuatkan anda lebih menyerlah berbanding calon lain.

Jadi, sebelum melangkah ke temu duga, kenali dan `pertajamkan’ potensi anda. Mengikut nasihat yang sering diberikan pakar dan juga majikan sektor utama pekerjaan, wujudkan `nilai tambah’ pada diri supaya anda memiliki kelebihan berbanding orang lain. Kemahiran berkomunikasi dan keupayaan menguasai bahasa asing dapat membantu.

Tanggapan pertama yang baik juga harus ditampilkan calon kerana melalui pandangan pertama, bakal majikan sudah mula membuat andaian cara kerja dan sikap anda untuk membuat pemilihan. Maka, serlahkan sikap proaktif anda sepanjang sesi temu duga dan sudah tentu anda tetap perlu mempraktikkannya selepas memperoleh pekerjaan berkenaan.

Jangan lupa juga untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai bidang kerja yang anda mohon dan jangan abaikan juga isu semasa. Akhir sekali, mantapkan `kerja promosi diri’ anda dengan keyakinan dan kesungguhan.

Tetapi, jika jawapan akhirnya tetap...`Maaf...anda gagal’, jangan berputus asa. Cuba dan teruskan mencuba..

Page 15: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Majikan 1:

“Antara faktor utama calon gagal adalah kerana mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ada calon, apabila kita meminta dia menjawab dalam Bahasa Inggeris, dia minta kebenaran untuk menjawab dalam Bahasa Malaysia. Takkan mereka tidak boleh langsung bercakap dalam Bahasa Inggeris? Belajar tinggi-tinggi hingga ke universiti tapi tidak boleh berkomunikasi.

“Kita harus menerima hakikat Bahasa Inggeris ini penting, lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan. Bukan kita tidak faham atau menerima Bahasa Malaysia tetapi mereka harus ingat, apabila bekerja pelbagai jenis orang mereka akan jumpa dan berinteraksi.

“Institusi pengajian tinggi harus melihat aspek ini dan ambil inisiatif menyediakan graduan mereka dengan apa yang diperlukan pasaran semasa. Satu daripadanya menyediakan penuntut untuk menguasai Bahasa Inggeris.”

Majikan 2:

“Kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris amat penting. Selalunya, apabila kita menemuduga calon, sebaik saja dia membuka mulut dan bertutur kita sudah tahu sama ada dia calon yang kita mahu atau tidak.

“Penampilan juga penting ketika datang temu duga. Pembawaan diri dan cara mereka berpakaian sedikit sebanyak mencerminkan kematangan dan kesungguhan calon. Ia memberi gambaran pertama kepada penemuduga.

“Seperkara lagi, calon perlu bersedia dan membuat penyelidikan bidang kerja yang mereka bakal ceburi. Dalam banyak keadaan, ramai calon tidak bersedia.”

Majikan 3:

“Calon perlu profesional ketika datang temu duga, sekalipun kenal penemuduga. Jangan campur aduk dengan hal peribadi seperti sampaikan salam mak ayah umpamanya kepada penemuduga walaupun memang benar keluarganya mengenali penemuduga.

“Sikap begini sebenarnya memberi kesan, termasuk kepada penemuduga sendiri. Penemuduga akan menjadi serba salah. Tidak menerima calon sebagai pekerja, akan rasa bersalah pada keluarga calon dan kalau terima pula, orang akan kata calon guna `kabel’ dalam walaupun hakikatnya dia benar-benar layak.”

Perkara yang PERLU dan JANGAN dilakukan ketika temu duga.

1. Pastikan anda cari dulu lokasi temu duga sebelum hari sebenar anda perlu menghadirinya. Ini bagi mengelakkan anda tersesat atau tiba lewat pada hari berkenaan. Anda perlu sampai ke lokasi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Kelewatan adalah perkara yang paling tidak boleh diterima dalam temu duga. Jika ia tidak dapat dielakkan, sila hubungi dan maklumkan mengenai kelewatan anda.

Page 16: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

2. Kaji dan kenali jenis temu duga pekerjaan yang anda akan hadiri. Buat persediaan dan berlatih untuknya. Namun, jangan menghafal atau terlebih berlatih hingga cara anda menjawab nanti kelihatan dibuat-buat. Semak soalan lazim temu duga yang terdapat dalam panduan temu duga.

3. Beri salam hormat kepada penyambut tetamu atau pembantu syarikat tempat anda memohon kerja. Di sinilah anda dapat menampilkan tanggapan pertama (first impression) yang baik.

4. JANGAN mengunyah gula-gula getah ketika sesi temu duga.

5. Jika diberikan borang permohonan kerja, isi dengan kemas, lengkap dan tepat.

6. Bawa salinan resume untuk dirujuk penemuduga. Lebih baik jika anda sertakan bersama portfolio kemahiran kerja anda.

7. JANGAN terlalu bergantung kepada borang permohonan dan resume untuk menampilkan kebolehan anda. Tidak kira bagaimana hebat pun anda dari segi akademik untuk jawatan yang dipohon, anda masih perlu mempromosikan diri di hadapan penemuduga.

8. Beri salam kepada penemuduga dan sebut pangkat atau gelaran mereka - Cik, Puan, Encik atau Dr. Jika tidak pasti, tanyakan kepada penyambut tetamu.

9. Berjabat tangan dengan `kemas’ dan yakin. JANGAN bersalam dengan tangan yang basah.

10. Tunggu sehingga anda dipelawa untuk duduk dan betulkan postur serta `bahasa badan’ anda. Duduk tegak, JANGAN gugup dan tunjukkan wajah bersedia dan berminat sepanjang tempoh temu duga.

11. JANGAN cuba-cuba untuk berjenaka ketika ditemuduga.

12. Buat eye contact yang baik dengan penemuduga.

13. Tunjukkan anda sangat berminat bekerja di syarikat itu.

14. JANGAN merokok walaupun si penemuduga mengajak anda berbuat demikian. Elakkan juga merokok sebelum menghadiri temu duga supaya badan tidak berbau. Segarkan nafas anda.

15. JANGAN gunakan bahasa pasar, slang atau kata-kata seperti ‘uh’, `hmmm’ dan sebagainya.

16. JANGAN bercakap terlalu lemah-lembut. Suara yang bertenaga menggambarkan keyakinan.

17. Miliki keyakinan dan tenaga yang tinggi tetapi JANGAN keterlaluan.

18. JANGAN pula tunjukkan anda teramat memerlukan pekerjaan hingga sanggup menerima apa-apa jawatan pun.

Page 17: Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

19. Elakkan berbicara mengenai topik yang kontroversi.

20. JANGAN mengulas apa-apa yang negatif mengenai bekas majikan, penyelia atau teman sekerja.

21. Pastikan pendapat bernas anda disampaikan dengan baik dan disokong dengan fakta supaya mampu dimengerti oleh penemuduga.

22. JANGAN sesekali menipu. Jawab pertanyaan panel temu duga dengan jujur dan padat. JANGAN berikan jawapan yang meleret.

23. Tekankan mengenai pencapaian anda. JANGAN bercerita perkara negatif mengenai diri sendiri.

24. JANGAN berikan jawapan yang terlalu ringkas seperti ya atau tidak. Bila perlu, sokong jawapan anda dengan sedikit penerangan dan contoh. Ceritakan perkara yang dapat menyerlahkan bakat, kemahiran dan kesungguhan anda.

25. Buktikan bahawa anda ada membuat kajian mengenai syarikat dan industri yang ingin diceburi bila menjawab soalan.

26. JANGAN berbicara mengenai masalah peribadi atau keluarga.

27. JANGAN jawab soalan dengan berkata sesuatu seperti “Itu soalan yang bagus..”. Anda boleh mengambil masa untuk memikirkan jawapan dengan mengulang semula soalan atau meminta penemuduga mengulang soalan. Tidak mengapa jika anda mengambil masa sejenak sebelum menjawab soalan.

28. JANGAN jawab sebarang panggilan telefon bimbit ketika sesi temu duga. Pastikan anda sudah senyapkan atau matikannya.

29. Tunjukkan apa yang anda boleh lakukan untuk syarikat berbanding apa yang boleh anda peroleh daripada mereka.

30. JANGAN terburu-buru bertanyakan hal gaji, cuti, bonus atau faedah sehingga anda benar-benar menerima tawaran kerja itu tapi sentiasa bersedia jika ditanyakan soalan sebegitu.