View
228
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/27/2019 8 KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN.docx
1/3
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesesuaian Item Dan Ujian 31
KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN
Selepas item dibina dan ujian dilaksanakan, analisis item ujian perlu dibuat untuk
memastikan soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis item
membolehkan guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya bagi sesuatu
kumpulan murid yang mana boleh mengasingkan murid pandai dengan murid lemah.
Sementara itu, guru juga perlu membuat analisis ujian untuk menentukan darjag ketekalan
ukuran yang dihasilkan daripada ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan
pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks
Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis sedemikian perlu dijalankan
supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai atau sah bagi sesuatu tujuan tertentu.
INDEKS KESUKARAN ITEM
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks
Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama
ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang
berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangancalon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab
item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :
p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
7/27/2019 8 KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN.docx
2/3
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesesuaian Item Dan Ujian 32
Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan
Item yang digunakan :
NILAI PENGKELASAN ITEM
0.00 0.39 Sukar
0.4 0.70 Sederhana
0.71 1.0 Mudah
JADUAL 1 : ARAS KESUKARAN DAN PENGKELASAN ITEM
Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingatbahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p
7/27/2019 8 KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN.docx
3/3
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112
Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesesuaian Item Dan Ujian 33
Berikut menunjukkanjadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item yang digunakan :
NILAI PENGKELASAN ITEM
0.00 0.39 Kurang Baik
0.4 1.00 Baik
JADUAL 2 : ARAS DISKRIMINASI DAN PENGKELASAN ITEM
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi
hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri
0.0, soalan
soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana
ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai
pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar
semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada
sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan
pengajian dalam bidang bidang tertentu.
Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL)
(1/2 T (L+U) )
Recommended