View
259
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
PJK
Citation preview
Kuasa ialah salah satu komponen kecergasan berasaskan kemahiran motor.
Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
maksimum. Hasil kuasa wujud disebabkan proses pengucupan otot yang kuat
dalam jangka masa yang singkat. Kuasa boleh ditingkatkan melalui latihan-latihan
yang sistematik dan konsisten. Sebagai satu komponen kecergasaan berasaskan
kemahiran motor, kuasa hendaklah ditingkatkan dengan lebih efektif, mudah dan
tidak melesukan.
FAEDAH LATIHAN
Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat terutamanya otot kaki.
Meningkatkan keupayaan anaerobik.
Meningkatakan kekuatan otot.
Meningkatakan kuasa eksplosif.
Membantu meningkatkan kecekapan larian dan lompatan.
CARA MELAKSANAKAN LATIHAN
A. Kaedah latihan kuasa berpandukan prinsip latihan tambah beban. Latihan
tambah beban dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlet dan amat
berfaedah untuk membina dan meningkatkan system aerobik dan sistem
anaerobik.
B. Intensiti latihan yang digunakan untuk meningkatkan kuasa kaki adalah
dengan menambah set sela kerja pada setiap minggu.
1.5 KUASA
TEKNIK MELAKUKAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KUASA KAKI
Lompat dakap
Ketingting tiga kali dan lompat
Ketinting lima kali dan lompat
Ketinitng-melangkah-melompat
UJIAN KUASA KAKI
Ujian kuasa kaki yang sesuai ialah lompat jauh berdiri. Alatan ujian yang diperlu
ialah:
1. Pita pengukur
2. Pita perekat
3. Borang ujian
Prosedur ujian
Berdiri kaki di belakang garisan mula dengan kedua-dua belah kaki dibuka
mengikut keselesaan.
Ayun tangan ke belakang dan fleksikan kedua-dua lutut.
Melompat sejauh yang boleh dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki.
Ukur jarak lompatan dalam unit sentimeter dari garisan mula hingga ke
tumit kaki atau anggota badan yang menyentuh lantai yang terdekat sekali.
Lakukan sebanyak dua percubaan dan rekodkan jarak terbaik.
Bandingkan dapatan yang diperoleh dan rekodkan jarak terbaik.
Recommended