3
Kuasa ialah salah satu komponen kecergasan berasaskan kemahiran motor. Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang maksimum. Hasil kuasa wujud disebabkan proses pengucupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat. Kuasa boleh ditingkatkan melalui latihan-latihan yang sistematik dan konsisten. Sebagai satu komponen kecergasaan berasaskan kemahiran motor, kuasa hendaklah ditingkatkan dengan lebih efektif, mudah dan tidak melesukan. FAEDAH LATIHAN Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat terutamanya otot kaki. Meningkatkan keupayaan anaerobik. Meningkatakan kekuatan otot. Meningkatakan kuasa eksplosif. Membantu meningkatkan kecekapan larian dan lompatan. CARA MELAKSANAKAN LATIHAN 1.5 KUASA

1.5 kuasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PJK

Citation preview

Page 1: 1.5 kuasa

Kuasa ialah salah satu komponen kecergasan berasaskan kemahiran motor.

Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang

maksimum. Hasil kuasa wujud disebabkan proses pengucupan otot yang kuat

dalam jangka masa yang singkat. Kuasa boleh ditingkatkan melalui latihan-latihan

yang sistematik dan konsisten. Sebagai satu komponen kecergasaan berasaskan

kemahiran motor, kuasa hendaklah ditingkatkan dengan lebih efektif, mudah dan

tidak melesukan.

FAEDAH LATIHAN

Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat terutamanya otot kaki.

Meningkatkan keupayaan anaerobik.

Meningkatakan kekuatan otot.

Meningkatakan kuasa eksplosif.

Membantu meningkatkan kecekapan larian dan lompatan.

CARA MELAKSANAKAN LATIHAN

A. Kaedah latihan kuasa berpandukan prinsip latihan tambah beban. Latihan

tambah beban dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlet dan amat

berfaedah untuk membina dan meningkatkan system aerobik dan sistem

anaerobik.

B. Intensiti latihan yang digunakan untuk meningkatkan kuasa kaki adalah

dengan menambah set sela kerja pada setiap minggu.

1.5 KUASA

Page 2: 1.5 kuasa

TEKNIK MELAKUKAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KUASA KAKI

Lompat dakap

Ketingting tiga kali dan lompat

Ketinting lima kali dan lompat

Ketinitng-melangkah-melompat

UJIAN KUASA KAKI

Ujian kuasa kaki yang sesuai ialah lompat jauh berdiri. Alatan ujian yang diperlu

ialah:

1. Pita pengukur

2. Pita perekat

3. Borang ujian

Prosedur ujian

Berdiri kaki di belakang garisan mula dengan kedua-dua belah kaki dibuka

mengikut keselesaan.

Ayun tangan ke belakang dan fleksikan kedua-dua lutut.

Melompat sejauh yang boleh dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki.

Ukur jarak lompatan dalam unit sentimeter dari garisan mula hingga ke

tumit kaki atau anggota badan yang menyentuh lantai yang terdekat sekali.

Lakukan sebanyak dua percubaan dan rekodkan jarak terbaik.

Bandingkan dapatan yang diperoleh dan rekodkan jarak terbaik.