Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]

  • View
    6.727

  • Download
    10

  • Category

    Business

Preview:

DESCRIPTION

Form 6 [Pengajian Perniagaan - Penggal 1] - Bab 2

Citation preview

PENGAJIAN PERNIAGAAN[ BAB 2 :PENGELUARAN ]

2.3 – KAWALAN KUALITI

KAEDAH PEMERIKSAAN

Pemeriksaan ke atas pengeluaran boleh dilakukan di peringkat :

Kawalan Awalan

Kawalan Semasa

Kawalan Selepas

Merupakan satu kaedah pantas untuk mengesan kecacatan proses pengeluaran dengan melakukan aktiviti pengujian produk, aktiviti pengukuran dan aktiviti sentuh.

Tujuan: -mengesan kecacatan pada proses pengeluaran dan produk serta melakukan penambahbaikan.

Kaedah dibuat secara:

a) Pemeriksaan menyeluruhb) Pelan pensampelan

a)PEMERIKSAAN MENYELURUH

a) PEMERIKSAAN MENYELURUH

Merupakan kaedah pengawalan kualiti tradisional.

Melibatkan pengawalan kualiti terhadap seluruh proses pengeluaran produk yang dikeluarkan.

Kebaikan:Setiap peringkat proses pengeluaran produk akan melalui proses pemeriksaan.

Sesuai digunakan untuk mengawal kualiti produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.

a) PEMERIKSAAN MENYELURUH

Keburukan:Tidak sesuai digunakan terhadap proses pengeluaran produk secara besar-besaran. (masa yang panjang diperlukan & penggunaan sumber yang banyak)

a) PEMERIKSAAN MENYELURUH

b) PELAN PENSAMPELAN

b) PELAN PENSAMPELAN

Merupakan kaedah yang digunakan oleh pembeli dan penjual untuk memeriksa kualiti proses pengeluaran produk dan produk siap yang sedia untuk dipasarkan.

Beberapa sampel produk akan diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan produk.

Sampel yang diperiksa mematuhi piawaian yang ditetapkan, kumpulan produk tersebut akan diterima.

Sampel didapati mempunyai kecacatan, kumpulan produk tersebut berhak ditolak oleh pembeli.

b) PELAN PENSAMPELAN

Pelan Pensampelan

Pelan Pensampelan

Tunggal

Pelan Pensampelan Berganda Dua

b) PELAN PENSAMPELAN

Terdapat 2 jenis pelan pensampelan

Pelan pensampelan tunggal:• Menetapkan saiz sampel & bilangan kecacatan.

• JIKA:a. Bilangan kecacatan yang diperiksa

daripada saiz sampel yang diambil melebihi bilangan yang ditetapkan, maka keseluruhan produk tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

b) PELAN PENSAMPELAN [PELAN PENSAMPELAN TUNGGAL]

b. Bilangan kecacatan kurang daripada bilangan yang ditetapkan, maka keseluruhan produk mencapai tahap kualiti.

b) PELAN PENSAMPELAN [PELAN PENSAMPELAN TUNGGAL]

Pelan pensampelan berganda dua:• Pemeriksaan produk yang dibuat sebanyak dua kali.

• Pemeriksaan kali pertama gagal mengukur tahap kualiti sebenar produk.

• Pemeriksaan kali kedua perlu dibuat.• Bukan menggambarkan bahawa keseluruhan produk tersebut tidak berkualiti.

b) PELAN PENSAMPELAN [PELAN PENSAMPELAN BERGANDA DUA]

• JIKA:a. Pemeriksaan kali kedua mendapati

bilangan kecacatan produk mencapai tahap kualiti, maka keseluruhan produk tersebut diterima.

b. Pemeriksaan kali kedua mendapati kecacatan produk tidak mencapai tahap kualiti, maka keseluruhan produk akan ditolak.

b) PELAN PENSAMPELAN [PELAN PENSAMPELAN BERGANDA DUA]

ALAT KAWALAN KUALITI

• Kawalan Proses secara Statistik (Statistical Process Control-SPC)

• Analisis nilai tambah• Carta Kawalan• Kajian Kualiti/Kos• Pasukan Penambahbaikan kualiti• Penanda Aras (Benchmarking)

Alat Kawalan Kualiti

KAWALAN PROSES SECARA STATISTIK

(SPC)

ALAT KAWALAN KUALITI

Merujuk kepada proses pengawalan kualiti berdasarkan kaedah statistik yang dijalankan sepanjang aktiviti pengeluaran.

Dalam sesuatu proses, jika tidak dikawal akan menyebabkan kecacatan kepada produk.

Perlu dikawal bagi memastikan output yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC

Kegunaan SPC:a) Memantau piawaianb) Membuat pengukuranc) Mengambil tindakan pembetulan

**Bagi SPC, alat yang dipanggil carta kawalan digunakan untuk memantau prestasi proses pengeluaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC

CARTA KAWALAN

Kaedah grafik untuk menilai sama ada sesuatu proses itu berada di bawah kawalan secara statistik atau tidak.

Sampel/contoh diambil secara rawak daripada keseluruhan produk bagi memastikan kualitinya.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC

Carta Kawalan:

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC

®® ®

®

®

Had kawalan atas

Garis Tengah

Had Kawalan Bawah

o Setiap titik mewakili 1 sampel produk daripada

keseluruhan produk yang dikeluarkan.o Garis tengah – kualiti sebenaro Had kawalan atas & bawah – standard kualiti

yang masih dapat diterima walaupun tidak

memenuhi piawaian yang ditetapkan.o Sampel tidak berada dalam lingkungan had

kawalan atas & had kawalan bawah

menunjukkan kualiti sampel yang tidak boleh

diterima. ALAT KAWALAN KUALITI-SPC

oApabila hal ini berlaku beberapa tindakan yang boleh diambil:i. Menahan semua keluaran daripada

dipasarkan.ii. Mengkaji punca masalah kualiti yang

wujud.iii. Mengatasi masalah kualiti.iv. Mengulang proses pengeluaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC

ANALISIS NILAI TAMBAH

Pengeluarana. Analisis sistematik dalam mengenal pasti &

memilih alternatif terbaik untuk mereka bentuk bahan, proses dan sistem.

b. Dapat mengurangkan kos tanpa menjejaskan keberkesanan.

c. Dapat mengekalkan kualiti & kepuasan pelanggan.

ALAT KAWALAN KUALITI-ANALISIS NILAI TAMBAH

Pembelian a. Pemeriksaan setiap barang yang diperolehi

bagi memastikan jumlah kos pengambilalihan, penyelenggaraan & penggunaan semasa kitaran hayat produk.

b. Jika pemeriksaan menunjukkan kos yang tinggi, syarikat akan menggantikannya dengan pengganti lain dengan kos yang lebih berpatutan.

c. Dikenali sebagai analisis value-in-use.

ALAT KAWALAN KUALITI-ANALISIS NILAI TAMBAH

CARTA KAWALAN

Pemantauan adalah perlu untuk memastikan sejauh mana produk yang dikeluarkan memenuhi spesifikasi.

Terdapat 2 halangan berkaitan dengan kualiti produki. Penyimpangan daripada spesifikasi

sasaran.ii. Kebolehubahan yang melebihi had

spesifikasi sasaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-CARTA KAWALAN

Aktiviti kawalan dijalankan untuk meminimumkan halangan-halangan tersebut.

Pendekatan umum untuk mengawal kualiti adalah dengan mengambil sampel dalam bilangan tertentu daripada proses pengeluaran yang sedang berjalan.

Rajah garis pemboleh ubah dihasilkan bagi membandingkan dengan spesifikasi sasaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-CARTA KAWALAN

KAJIAN KUALITI/KOS

Merujuk kepada tindakan pengurus pengeluaran dalam melakukan penyelidikan berkaitan kualiti produk yang dikeluarkan berbanding dengan kos yang terlibat.

Kualiti produk - suatu standard produk yang akan diterjemahkan oleh pengguna.

Kos – jumlah perbelanjaan kewangan yang dikeluarkan oleh perniagaan untuk mematuhi kualiti produk yang ditentukan oleh pengguna.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN KUALITI/KOS

Pihak pengeluar – meminimumkan kos pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti produk.

Kos pengeluaran yang rendah membolehkan pihak perniagaan menentukan harga serendah mungkin untuk dijual kepada pengguna.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN KUALITI/KOS

Kos kualiti yang ditanggung oleh pengeluar terbahagi kepada 3.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN KUALITI/KOS

3 jenis kos kualiti

Kos pencegahan

Kos taksiran

Kos kegagalan

a) Kos pencegahan-kos perancangan kualiti, kos kajian semula teknikal, kos kelengkapan pengujian dan kos latihan.

b) Kos taksiran-melibatkan kos prose pengeluaran, kos kelengkapan pengujian dan kos pengujian produk.

c) Kos kegagalan-merangkumi kos analisis kegagalan dan membaik pulih kegagalan.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN KUALITI/KOS

PASUKAN PENAMBAHBAIKAN

KUALITI

Definisi-satu kumpulan pekerja multi-terampil yang dibebankan dengan tanggungjawab untuk meningkatkan proses pengeluaran atau mereka bentuk produk baharu supaya produk mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI

Mempunyai tujuan tertentu dari segi masa dan wang serta memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI

Menyertai proses penyelesaian masalah untuk mencapai tujuan, mentakrif dan memperincikan masalah, pertimbangan alternatif penyelesaian masalah, memilih alternatif penyelesaian dan melakukan pemeriksaan selepas pelaksanaan.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI

Mendorong peningkatan kualiti dalam proses pengeluaran.(termasuk penyelesaian masalah, tindakan pembaikan, masalah audit, masalah kecacatan produk, masalah proses, masalah sistem dan masalah pentadbiran)

Ia merupakan tanggungjawab 1 pasukan bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI

PENANDA ARAS

Merupakan proses membandingkan prestasi dan merit sendiri dengan prestasi dan merit yang terbaik dalam industri yang sama atau berlainan dengan firma.

Dimensi yang diukur adalah:i. Kualitiii. Masa iii. kos

ALAT KAWALAN KUALITI-PENANDA ARAS

Merupakan satu proses yang sistematik & berterusan untuk mengenal pasti, mempelajari, mengubahsuai & melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau berlainan.

Menggalakkan peningkatan kualiti produk dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah pengurusan pemimpin lain.

ALAT KAWALAN KUALITI-PENANDA ARAS

Membabitkan pihak pengurusan mengenal pasti firma terbaik dalam industri mereka, atau sebarang industri yang memiliki proses yang sama, dan membandingkan keputusan dan proses yang dikaji dengan keputusan dan proses sendiri bagi mengetahui keupayaan prestasi sasaran dan kaedah untuk menjadi yang terbaik.

ALAT KAWALAN KUALITI-PENANDA ARAS

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI

Pendekatan Kawalan Kualiti

Kawalan input

Kawalan proses transformasi

Kawalan output

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN INPUT

oMerujuk kepada kawalan awalan yang dilaksanakan sebelum barang kerosakan atau penyimpangan berlaku.

oDigunakan untuk mengawal aktiviti yang melibatkan penggunaan mesin atau peralatan.

oDilaksanakan sebelum sesuatu aktiviti dimulakan.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN INPUT

oPengawalan dijalankan:a) Memeriksab) Membaiki atau menggantikan

peralatan atau mesin yang telah rosak.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN INPUT

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN PROSES TRANSFORMASI

oMerujuk kepada kawalan semasa yang dilaksanakan ketika sesuatu proses atau aktiviti sedang berjalan.

oKawalan semasa melibatkan:a) Tindakan pemulihanb) Tindakan pembetulanc) Tindakan pengubahsuaian selepas

kerosakan atau penyimpangan berlaku.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN PROSES TRANSFORMASI

oBentuk kawalan semasa:

i. Kawalan kualitiii. Kawalan kuantitiiii. Kawalan prestasi

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN PROSES TRANSFORMASI

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN OUTPUT

oMerujuk kepada kawalan selepas yang akan dilaksanakan selepas sesuatu proses atau aktiviti tamat.

oKesan:- kecekapan, keberkesanan sesuatu aktiviti yang telah dijalankan dapat dikenal pasti.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN OUTPUT

oAnalisis varian boleh digunakan untuk menilai kejayaan dan kegagalan sesuatu proses/aktiviti.

oTindakan pembetulan diambil terhadap proses pengawalan pada masa akan datang.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-KAWALAN OUTPUT

TERIMA KASIH….

Disediakan oleh Allan N.