5
TEMUBUAL ANTARA GURU DAN MURID Guru : Assalamualaikum Murid : Waaalaikummussalam Guru : Cikgu hendak bertanya ni, apakah bahasa pertuturan yang awak gunakan semasa berinteraksi Dengan rakan sebaya dari kaum yang berlainan. Murid : Saya menggunakan bahasa ibunda saya iaitu bahasa melayu. Semua murid pelbagai kaum di Sekolah Kebansaan iaitu sekolah saya muridnya pandai berbahasa melayu. Guru : Adakah sukar bagi murid berlainan kaum memahami percakapaan bahasa ibunda awak ? Murid : Setakat ini mereka mudah mamahaminya. Saya juga menggunakan bahasa ibunda yang mudah Difahami dan bercakap dalam bahasa ibunda satu persatu percakapannya. Guru : Dari aspek sosio-emosi ,apakah pandangan awak terhadap aspek penggunaan bahasa ibunda awak semasa berinteraksi dengan rakan sebaya dari kaum yang berlainan. Murid : Saya amat gembira dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dalam bahasa ibunda saya kerana Bahasanya mudah untuk saya berinteraksi kerana dapat menyampaikan idea, sikap , kemahiran Dan aspirasi dalam kumpulan etnik masing –masing.Saya dan rakan sebaya juga dapat berkongsi

Temubual antara guru dan murid

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Temubual antara guru dan murid

TEMUBUAL ANTARA GURU DAN MURID

Guru : Assalamualaikum

Murid : Waaalaikummussalam

Guru : Cikgu hendak bertanya ni, apakah bahasa pertuturan yang awak gunakan semasa berinteraksi

Dengan rakan sebaya dari kaum yang berlainan.

Murid : Saya menggunakan bahasa ibunda saya iaitu bahasa melayu. Semua murid pelbagai kaum di

Sekolah Kebansaan iaitu sekolah saya muridnya pandai berbahasa melayu.

Guru : Adakah sukar bagi murid berlainan kaum memahami percakapaan bahasa ibunda awak ?

Murid : Setakat ini mereka mudah mamahaminya. Saya juga menggunakan bahasa ibunda yang mudah

Difahami dan bercakap dalam bahasa ibunda satu persatu percakapannya.

Guru : Dari aspek sosio-emosi ,apakah pandangan awak terhadap aspek penggunaan bahasa ibunda

awak semasa berinteraksi dengan rakan sebaya dari kaum yang berlainan.

Murid : Saya amat gembira dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dalam bahasa ibunda saya kerana

Bahasanya mudah untuk saya berinteraksi kerana dapat menyampaikan idea, sikap , kemahiran

Dan aspirasi dalam kumpulan etnik masing –masing.Saya dan rakan sebaya juga dapat berkongsi

Idea semasa berinteraksi. Hampir semua rakan sebaya saya seronok dan gembira berinteraksi

Dalam bahasa ibunda saya iaitu bahasa melayu, Selain itu juga mereka dapat mempelajari bahasa

Melayu dan pemertingkatkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Guru : Apakah yang awak faham tentang pantang larang /kepercayaan kaum melayu ?

Murid : Pada pandangan saya pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat melayu zaman

Lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah

sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan sebaliknya.Ia

selalunya diamalkan oleh orang –orang tua dikalangan masyarakat melayu. Kebanyakkan

pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diunggapkan melaui pepatah “ biar mati

Page 2: Temubual antara guru dan murid

anak , jangan mati adat “.

Guru : Cikgu terharu dengan awak kerana dapat memahami apa itu pantang larang /kepercayaan

Bangsa melayu, syabas cikgu ucapkan.Mengapakah pantang larang ini dikenakan sehingga

Sekarang ?

Murid : Pantang larang dikenakan bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar

dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam

kehidupan.Sebahagian pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari

ini.

Guru : Bolehkan kamu ceritakan serba sedikit pantang larang /kepercayaan kaum melayu ?

Murid : Boleh, Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti

Pantang larang semasa perkahwinan, perayaan , juga semasa mengandung , dalam kehidupan

Seharian seperti berikut :

1.Pantang Larang :makan dan minum dengan menggunakan pinggan / cawan retak atau sumbing.

Kepercayaan : orang tua cakap nanti dapat suami /isteri yang dah kahwin dua atau tiga.

2.Pantang larang: duduk atas bantal.

Kepercayaan : nanti punggung bisul

3. Pantang larang : Bersiul dan menyanyi dekat dapur.

Kepercayaan : Nanti kahwin dengan lelaki tua.

4. Pantang larang :Jangan potong kuku pada waktu malam.

Kepercayaan :Nanti umur pendek.

5.Pantang larang : Tidak boleh duduk dekat tangga pada waktu maghrib.

Kepercayaan : Nanti kena rasuk hantu.

6. Pantang larang : Jangan duduk depan pintu.

Kepercayaan : Nanti lambat dapat jodoh.

Page 3: Temubual antara guru dan murid

7. Pantang Larang : Jangan bergaduh dengan mertua.

Kepercayaan : Nanti susah hendak melahirkan anak.

8. Pantang larang : Kalau makan nasi kena habiskan.

Kepercayaan : nanti nasi menangis.

9.Pantang larang : Jangan kencing berdiri.

Kepercayaan : nanti punggung kena gigit hantu.

Guru : Apakah usaha yang pernha kamu lakukan untuk berkongsi pengetahuan berkaitan pantang

Larang /kepercayaan kaum kamu dengan rakan sebaya?

Murid : Saya akan bercerita dan bersoaljawab tentang pantang larang/kepercayaan kaum saya. Selain

daripada itu saya akan menjemput rakan sebaya saya datang ke rumah saya setiap kali perayaan

seperti baru baru ini Hari RayaAidilfitri . Di rumah saya , saya akan bercerita serba sedikit tentang

pantang larang perayan kepada rakan sebaya yang berlainan bangsa seperti bangsa cina dan

india. Dengan ini sekaligus dapat berkongsi pengalaman dan dapat pengetahuan baru.

Guru : Bagus usaha yang pernah kamu lakukan. Sekian sahaja temuramah juga pada kamu. Cikgu

ucapkan terima kasih kerana banyak memberi respond an kerjasama.

Murid : sama-sama cikgu