6
TEKS PENGACARA SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2013 BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP TINDAKAN 1. Ucapan alu- aluan PM Bismillahirrahmanirrahim 1. Yang Berusaha, Puan Hajah Hamisah bt Haji Abu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang 2. Puan Latifah bt Abd. Samad, Guru Penolong Kanan Akademik. 3. Puan Nor Rihar bt Yaakub, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4. Encik Idris b Wahab, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, 6. Guru-guru 7. Warga kerja SKKL 8. Dan murid-murid sekalian Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1 Malaysia. 2 Aluan MC Ceria wajah dalam majlis Hati berkobar, semangat dibawa Sambutan merdeka penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Kampong Ladang 2013. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama- sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh kedamaian 1

Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

TEKS PENGACARA SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2013

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP TINDAKAN

1. Ucapan alu-aluanPM

Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang Berusaha, Puan Hajah Hamisah bt Haji Abu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang

2. Puan Latifah bt Abd. Samad, Guru Penolong Kanan Akademik.

3. Puan Nor Rihar bt Yaakub, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Encik Idris b Wahab, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,

6. Guru-guru

7. Warga kerja SKKL

8. Dan murid-murid sekalian

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1 Malaysia.

2 Aluan MC Ceria wajah dalam majlis

Hati berkobar, semangat dibawa

Sambutan merdeka penyeri majlis

Sematkan gagah di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan

SK Kampong Ladang 2013. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa

kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-

sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh kedamaian

1

Page 2: Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

dan keamanan. Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda

bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah,

dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk

menjadi warganegara yang patriotik .

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk

menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan dan lagu sekolah. Semua hadirin

diminta berdiri.

(NYANYIAN LAGU2)3. Bacaan Doa Anugerah di kecap si anak watan

Mengangkat senjata bidalan suara

Menadah tangan memohon keberkatan

Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil Ust. Tuan Rosli b.

Tuan Abd Rahman untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya

dipersilakan…

[Doa]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas bacaan doa itu tadi.

4Hadirin sekalian...

Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya

merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Yang Berusaha, Puan Hajah

2

Page 3: Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

Hamisah bt Haji Abu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang. Dengan

segala hormatnya dipersilakan...

[ucapan GB]

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Hamisah atas ucapan

yang diberikan.

5. Nyanyian Lagu-lagu Patriotik

Marilah kita sama-sama menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Rakyat

Diutamakan Pencapaian Diutamakan, Warisan dan Lagu Tema Kemerdekaan 2013

iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Selepas itu, laungan

merdeka yang akan diketuai oleh En. Mohd. Zulkifli bin Harun.

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh

semangat.

6. Pert. Mewarna & Kolaj

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pertandingan mewarna bagi Tahun 1, 2 &

3. Manakala bagi tahun 4, 5 dan 6 akan diadakan pertandingan membuat kolaj. Oleh

itu, dipersilakan guru-guru kelas memimpin dan bersama-sama murid-murid di dalam

acara-acara yang dipertandingkan. Majlis dengan itu mempersilakan. Terima kasih.

Untuk makluman, majlis akan berhenti rehat pada jam 10.00 pagi bagi memberi

laluan kepada Jamuan Hari Raya.

7 Persembahan Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1 Malaysia.

Bertemu kita sekali lagi di dalam majlis yang cukup meriah ini.

Terbang tinggi si burung helang

Berkicau kenari sambil berterbangan

3

Page 4: Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

Insan cemerlang Negara terbilang

Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

1. Persembahan murid pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan

lagu hari raya oleh murid-murid tahun 1 yang dipimpin oleh Puan Zubaidah dan

Puan Aziah. Dipersilakan. [Persembahan]. Terima kasih diucapkan atas

persembahan yang cukup comel itu tadi.

2. Persembahan kedua di teruskan dengan menjemput murid-murid tahun 2 yang

dipimpin oleh En. Mohd Zulkifli. Dipersilakan. [Persembahan]. Terima kasih di

atas persembahan itu tadi.

3. Seterusnya dijemput murid-murid tahun 3 yang dipimpin oleh En. Mohd Radzi

untuk membuat persembahan. Majlis mempersilakan. [Persembahan]. Terima

kasih atas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.

4. Kita serikan majlis kita pada pagi ini dengan nyanyian daripada murid-murid

tahun 4 yang dipimpin oleh Pn Zubaidah. Majlis mempersilakan. [Persembahan].

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

5. Hadirin yang dimuliakan, majlis mempersilakan murid-murid tahun 5 membuat

persembahan mereka yang dipimpin oleh En. Mohd. Shairazi. Dipersilakan.

[Persembahan]. Terima kasih atas persembahan itu tadi.

6. Sebagai persembahan penutup, seterusnya majlis mempersilakan murid-murid

tahun 6 menyampaikan persembahan mereka yang dipimpin oleh Puan Anis.

Majlis mempersilakan. [Persembahan] Terima kasih atas persembahan itu tadi.

8 Penyampaian hadiah

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

(Rujuk kepada penyelaras

hadiah)

4

Page 5: Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar, Pn.

HJH Hamisah bt Hj Abu diiringi oleh Pn. Latifah bt Samad bagi menyempurnakan

acara. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan acara

8 PenutupDengan penyampaian hadiah itu tadi,berakhirlah majlis kita pada hari ini. Jika

terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa

dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.

Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putra puteri

Sempurna sudah majlis dirai

Salah dan silap harap dimaafi

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

5

Page 6: Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar, Pn.

HJH Hamisah bt Hj Abu diiringi oleh Pn. Latifah bt Samad bagi menyempurnakan

acara. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan acara

8 PenutupDengan penyampaian hadiah itu tadi,berakhirlah majlis kita pada hari ini. Jika

terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa

dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.

Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putra puteri

Sempurna sudah majlis dirai

Salah dan silap harap dimaafi

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

5