11
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014 H ARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014 19 NOVEMBER 2014 – 10.00 PAGI DISEDIAKAN OLEH: PN ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD PENGACARA MAJLIS: PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD EN. MUHAMMAD SAFWAN B. MOHD NOOR AZMI 1

Teks pengacara hari anugerah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

H ARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

19 NOVEMBER 2014 – 10.00 PAGI

DISEDIAKAN OLEH:

PN ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD

PENGACARA MAJLIS:

PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMADEN. MUHAMMAD SAFWAN B. MOHD NOOR AZMI

1

Page 2: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

BIL PERISTIWA SKRIP/TEKS CATATAN

2

Page 3: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

1 UCAPAN ALU-ALUAN

(SALUTATION)

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam Perpaduan, Salam Perak Amanjaya dan Salam Satu Malaysia

Yang berusaha Encik Othman bin Said Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Bukit Balai

Yang berusahaEncik Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Bukit Balai

Yang berusahaPuan Norhasimah binti OthmanGuru Besar SK Bukit Balai

Yang dihormatiBarisan guru-guru penolong kanan SK Bukit Balai.

Guru-guru

Para ibu bapa dan penjaga

Barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Ahli ahli Jawatankuasa pengelola

Penerima-penerima Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Balai

ASA

3

Page 4: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

Dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Melati kuntum menghias gelasTumbuh melata di tepi kaliAnugerah Kecemerlangan 2014Murid-murid cemerlang kita hargai

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Dari Dewan Sek. Keb. Bukit Balai, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelahar Bagi Tahun 2014. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis kita pada pagi nan indah permai ini.

4 BACAAN DOA Tirai majis kita pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Hafizi bin Suhaimi untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Hafizi bin Suhaimi atas bacaan doa itu tadi

ASA

5 MAKLUMAN Hadirin sekalian,

Untuk makluman hadirin, majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang telah mewarnai kecemerlangan dan kegemilangan

MS

4

Page 5: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah pelajar di Sek. Keb. Bukit Balai sepanjang tahun 2014.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidah pada masa-masa yang akan datang.

6UCAPAN TUAN GURU BESAR

Hadirin yang dihormati,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,Tak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Norhashimah binti Othman, Tuan Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan oleh Yang Berusaha Puan Norhashimah binti Othman, Tuan Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai sebentar tadi.

MS

7UCAPANYDP PIBG

(KALAU TIADA WAKIL – JEMPUT

Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Othman bin Said, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

NH

5

Page 6: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

YDP PIBG SEBAGAI

PERASMI TERUS – SKIP KE NO 9)

8 PERSEMBAHAN PENDIDIKAN

KHAS

Hadirin hadirat sekalian, bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan hadirin sekalian menikmati persembahan daripada murid-murid Pendidikan Khas. Majlis mempersilakan...

(PERSEMBAHAN)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan itu tadi. Untuk makluman, persembahan itu dibimbing oleh En. Mohd Safwan b. Mohd Noor Azmi

NH

9 UCAPAN PERASMI

(KALAU TIADA WAKIL – JEMPUT

YDP PIBG SEBAGAI PERASMI)

Kalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jeramiKepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kami

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput ____________________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Inovasi Sek. Keb. Bukit Balai 2014. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

(UCAPAN)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi. Sebagai tanda kenang-

NH

6

Page 7: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

kenangan majlis menjemput Puan Norhasimah binti Othman diiringi oleh En. Mohd Yasin bin Mohd Fadzir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan cenderamata kepada ____________________________________________. (SAMPAIKAN CENDERAMATA) Majlis mengucapkan terima kasih.

REHAT

10 KUDAPAN IBU BAPA

Untuk makluman hadirin, ibu bapa dan penjaga serta murid-murid diminta tinggal di dewan kerana sedikit kudapan ringan akan diagihkan sebentar lagi. Hadirin dipersilakan menikmati kudapan yang telah disediakan.

11 PENYAMPAIAN ANUGERAH (REFER TEKS ANUGERAH)

1. HADIAH NILAM2. TOKOH NILAM3. KEHADIRAN PENUH4. KETUA & PENOLONG KETUA5. PENGAWAS PUSAT SUMBER6. PENGAWAS SEKOLAH7. KONVO PRA8. CENDERAMATA MURID PENDIDIKAN KHAS9. ANUGERAH TAMAT SEK REN10.KEDUDUKAN DLM KELAS – PK11.ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS

ASA

7

Page 8: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

12 PERSEMBAHAN 2 TAHUN 1

Hadirin Sekalian,

Atur cara kita diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid tahun 1. Dipersilakan para peserta mengambil tempat.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Untuk makluman, persembahan tadi dipimpin oleh Pn. Anis Suhaidalisa bt Ahmad.

ASA

13 PENYAMPAIAN ANUGERAH:

(REFER TEKS ANUGERAH)

1. KEDUDUKAN DALAM KELAS2. MP TERBAIK

14 PERSEMBAHAN 3 THN 2

Berkayuh mudik ke Tanjung Deli,sampannya sarat jambangan melur,istirahat kita sekali lagi,bakat dipamer hati terhibur.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Dipersilakan para peserta mengambil tempat.

(PERSEMBAHAN)

NH

8

Page 9: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

Terima kasih di atas persembahan yang menarik itu tadi. Untuk makluman, persembahan tadi dipimpin oleh Pn. Sulawati bt .

15 ANUGERAH (REFER TEKS ANUGERAH) (ON MUSIC GAMELAN)1. TERBAIK TERAS 5 A2. MP TERBAIK KESELURUHAN TAHUN 6 2014 3. HADIAH PEPERIKSAAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 20144. ANUGERAH KHAS GURU BAHASA ARAB5. ANUGERAH KHAS GURU PELAJARAN JAWI

17 PERSEMBAHAN AKHIR

TAHUN 5/6

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Apa kata kita rehat sebentar dan sebagai halwa telinga, sama-sama kita saksikan persembahan yang akan disampaikan oleh murid-murid Tahun. Dipersilakan...

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih atas persembahan terakhir dari murid-murid tahun 5 dan 6 itu tadi. Untuk makluman, persembahan itu tadi dipimpin oleh Pn Ruzaimah bt Mustapha.

NH

18LANTIKAN KETUA PENGAWAS &

(REFER TEKS ANUGERAH)(ON MUSIC GAMELAN)

9

Page 10: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

PEN. KETUA PENGAWAS

19 ANUGERAH KHAS

(REFER TEKS ANUGERAH)(ON MUSIC GAMELAN)

1. ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM2. TOKOH KOKURIKULUM3. TOKOH SAHSIAH4. TOKOH AKADEMIK5. TOKOH MURID

20 PENUTUPMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha ________________________________ atas kesudian Tuan menghadiri MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEK. KEB. BUKIT BALAI pada pagi ini.

Melambai pepohon laksana galah, Dipupuk semilir bayu nan wangi,Simpan dihati kenangan terindah, Sampai kita ketemu lagi.

Merdu bertingkah alunan suara Kadang tak sedar tersilap kataAndai telanjur patah bicaraSerendah hati kemaafan dipinta

ASA

10

Page 11: Teks pengacara hari anugerah

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2014

Majlis pada pagi ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Balai 2014, para ibubapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini . Tahniah kepada semua Penerima Anugerah. Semoga kecemerlangan kalian akan lebih terserlah pada masa-masa akan datang

Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum…….

11