6
TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN HARI GRADUASI PRASEKOLAH TAHUN 2014 ATURCARA SKRIP PENGACARA Ketibaan jemputan Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ucapan aluan pengerusi majlis Selamat pagi, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan Salam Menjulang Sarawak diucapkan kepada... Yang Berbahagia, Puan Norziana binti Mohd Saifuddin, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, Yang berusaha, Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sangan Iban. Yang dihormati, En. Jubang Anak Seri, Yang Dipertua PIBG SK Sangan Iban. Yang dimuliakan,En. Syahrul bin Sallamun, penyelia dari Pejabat Pendidikan Daerah Tatau, ________________________Wakil Pegawai PELITA, wakil pegawai dari jabatan Pertanian Sangan, wakil pegawai dari Jabatan Kesihatan Sangan, En. Lembang Anak Alang, Guru Kanan Kurikulum, En. Ibai Anak Aning, Guru Kanan Kokurikulum, En. Roland Anak Gumbang. Guru Kanan Hal Ehwal Murid. Tuai-tuai rumah, Kapitan, AJK-AJK tertinggi PIBG, para guru dan staf sokongan, ibu bapa, murid-murid serta para hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari Graduasi Prasekolah SK Sangan Iban bagi Tahun 2014. Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada hadirin yang hadir bagi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Segala sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan semua pastinya menjadi penggerak dan pemangkin dalam usaha mencapai kejayaan di masa-masa akan datang. Para hadirin yang dihormati, Majlis ini merupakan acara tahunan sekolah bagi menghargai pencapaian murid-murid yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah dengan jayanya. Bacaan doa Dari Perlis puspa ku mohon, Puspa dipilis buat azimat, Tangan ditadah doa dipohon, Semoga majlis mendapat berkat. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Wan Zulfadli Ad-Dinnie bin Wan Azmi untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. (Bacaan Doa)

Teks pengacara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara

TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

DAN HARI GRADUASI PRASEKOLAH TAHUN

2014ATURCARA SKRIP PENGACARAKetibaan jemputan

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Ucapan aluan pengerusi

majlis

Selamat pagi, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan Salam Menjulang Sarawak diucapkan kepada...

Yang Berbahagia, Puan Norziana binti Mohd Saifuddin, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tatau,

Yang berusaha, Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sangan Iban.

Yang dihormati, En. Jubang Anak Seri, Yang Dipertua PIBG SK Sangan Iban.

Yang dimuliakan,En. Syahrul bin Sallamun, penyelia dari Pejabat Pendidikan Daerah Tatau, ________________________Wakil Pegawai PELITA, wakil pegawai dari jabatan Pertanian Sangan, wakil pegawai dari Jabatan Kesihatan Sangan, En. Lembang Anak Alang, Guru Kanan Kurikulum, En. Ibai Anak Aning, Guru Kanan Kokurikulum, En. Roland Anak Gumbang. Guru Kanan Hal Ehwal Murid.

Tuai-tuai rumah, Kapitan, AJK-AJK tertinggi PIBG, para guru dan staf sokongan, ibu bapa, murid-murid serta para hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari Graduasi Prasekolah SK Sangan Iban bagi Tahun 2014.

Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada hadirin yang hadir bagi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Segala sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan semua pastinya menjadi penggerak dan pemangkin dalam usaha mencapai kejayaan di masa-masa akan datang.

Para hadirin yang dihormati,

Majlis ini merupakan acara tahunan sekolah bagi menghargai pencapaian murid-murid yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah dengan jayanya.

Bacaan doa Dari Perlis puspa ku mohon,Puspa dipilis buat azimat,

Tangan ditadah doa dipohon,Semoga majlis mendapat berkat.

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan

Page 2: Teks pengacara

doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Wan Zulfadli Ad-Dinnie bin Wan Azmi untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Wan Zulfadli di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Tuhan hendaknya.

Nyanyian lagu

Negaraku dan Lagu Sekolah

Hadirin hadirat yang dikasihi, Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, diikuti dengan nyanyian lagu sekolah. Dijemput semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu bersama-sama.

*semua hadirin dijemput duduk.Persembahan Pembukaan

Majlis kita dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada murid SK Sangan Iban dengan bimbingan Cik Christine Laing Anak Agam. Dipersilakan.

*begitulah tadi persembahan pembukaan sebelum kita teruskan acara kita hari ini.

Ucapan tuan rumah

Guru Besar(En. Paul

Anak Jarum)

Hadirin sekalian,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna, jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha En. Paul Anak Jarum, Guru Besar Sekolah kebangsaan Sangan Iban. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan GB)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan beliau itu tadi.

Ucapan YDP PIBG

(En. Jubang Anak Seri)

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Jubang Anak Seri, Yang Dipertua PIBG Sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(ucapan YDP)

Terima kasih diucapkan kepada En. Jubang Anak Seri atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian

(Pn. Norziana)

Buah langsat di tepi busut,Mari dimuat di atas peti,

Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Pn. Norziana binti Mohd Saifuddin, penyelia unit Perkhidmatan dan Perjawatan PPD Tatau merangkap wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari Graduasi Prasekolah SK Sangan Iban bagi Tahun 2014.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan puan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Gimik Perasmian

Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita, Pn. Norziana binti Mohd Saifuddin diiringi oleh tuan guru Besar, YDP PIBG, En. Syahrul dan barisan Penolong Kanan untuk menyempurnakan gimik perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah dengan paluan gong sebanyak 3 kali. Dipersilakan.

Page 3: Teks pengacara

(paluan gong)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kerana sudi menyempurnakan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Cenderamata

Tetamu jemputan

Seterusnya sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Encik paul Anak Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Norziana binti Mohd Saifuddin, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tatau.

Terima kasih di atas penyampaian cenderahati tersebut.Majlis

Graduasi Pra Sekolah

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Graduasi Prasekolah 2014. Jesteru itu, majlis dengan sukacitanya menjemput ___________________________ diiringi oleh _________________________________ untuk menyampaikan sijil tamat prasekolah dan Anugerah Prasekolah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Anugerah Prasekolah

Persembahan Murid

Adat tuan adat berserahMari datang membawa puan

Adat bersirih adat sejarahUntuk tuan kami sembahkan

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada persembahan pelajar.

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan tersebut.

(persembahan murid)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan tarian sebentar tadi. Untuk makluman hadirin semua, persembahan tadi adalah di bawah bimbingan Cik Christine Laing Anak Agam.

Penyampaian Anugerah

Pelajar Cemerlang

Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua murid yang telah berjaya mencatat kecemerlangan sepanjang tahun ini untuk menerima penghargaan atas usaha yang berterusan.

Kedudukan dalam Kelas

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput _______________________ untuk menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya merangkul tempat pertama hingga ketiga dalam ujian Akhir Tahun 2014 bagi setiap kelas.

Terima kasih kepada ____________________ atas kesudian menyempurnakan penyampaian.

Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahun 1-3)

Anugerah yang akan disampaikan sebentar lagi adalah anugerah Mata Pelajaran Terbaik Mengikut Kelas berdasarkan kepada Peperiksaan Akhir Tahun 2014 baru-baru ini.untuk itu, dijemput __________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada murid.

dimulai dengan(a) Tahun 1(b) Seterusnya bagi Tahun 2dan(c) Bagi Tahun 3

Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahun 4-6)

Anugerah Pemulihan Khas

Page 4: Teks pengacara

Bagi menyampaikan anugerah Pemulihan Khas, dijemput ___________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah.

Terima kasih atas penyampaian hadiah sebantar tadi.

Anugerah Murid Hadir dan Sihat Sepanjang TahunDanAnugerah Kelas Ceria dan Bersih 2014

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Kehadiran Terbaik dan Sihat Sepanjang Tahun 2014. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, anugerah ini dinilai dari Buku Rekod Kehadiran Pelajar sepanjang tahun 2013. Majlis dengan segala hormatnya menjemput ____________________ bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.Bermula dari pra-sekolah, calon-calon murid yang hadir dan sihat sepanjang tahun adalah …

Bagi Anugerah Kelas Ceria dan Bersih bagi Tahun 2014 pula, penilaian adalah berdasarkan kelas yang paling banyak menerima anugerah kelas paling ceria setiap minggu sepanjang tahun ini.

Bagi Tahap 1, anugerah ini dirangkul oleh kelas __________________ .Dipersilakan, ketua kelas tahun ________ untuk menerima hadiah

Bagi tahap 2 pula, anugerah ini dirangkul oleh kelas ______________. Dijemput ketua kelas untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Anugerah Tokoh Murid

Hadirin sekalian,

Insan yang cemerlang bukan hanya lahir dari akal yang cemerlang tetapi perlulah seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Anugerah yang seterusnya adalah merupahan anugerah Tokoh Murid yang terbahagi kepada tiga katogori utama iaitu Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum, Anugerah Murid Terbaik Sahsiah dan Akademik serta Anugerah Tokoh Murid Asrama Terbaik.

Dengan ini, pihak majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan .............................................................................................................................diiringi ................................................................................................................bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah ini. Dipersilakan.

a. Bagi anugerah Tokoh Murid Kokurikulum, dipersilakan penerima anugerah, adik ___________________________

b. Bagi anugerah Murid Terbaik Sahsiah dan Akademik, dijemput adik ________________________ untuk menerima anugerah.

danc. Bagi anugerah Tokoh Murid Asrama Terbaik, dipersilakan

____________________________Penyampaian Sijil Pengawas Sekolah 2014

Para hadirin sekalian,

Sekolah bukannya hanya sebagai tempat untuk menimba ilmu. Tetapi juga sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan membentuk nilai

Page 5: Teks pengacara

kepimpinan dalam diri murid-murid. Oleh itu, Majlis ingin merakamkan penghargaan kepada semua pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, ketua dan Penolong Ketua Kelas dan juga Squad Khas Sekolah di atas kepimpinan yang telah ditunjukkan.

Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan yang …………………………………… untuk menyampaikan sijil kepada penerima.

Penyampaian Sijil Pengawas Pusat Sumber 2014

Penyampaian Sijil Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Penyampaian Sijil Squad Khas

Terima Kasih diucapkan kepada ___________________ .Penyampaian Sijil dan Fail Tahun 6 2014

Bagi penyampaian sijil dan fail tahun 6, dipersilakan ______________________ untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara ini. dipersilakan.

Terima kasih _____________________ atas kesudian menyampaikan fail dan sijil sebentar tadi.

Penyampaian Insentif Lulus Penuh UPSR 2013

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Insentif Lulus Penuh UPSR bagi tahun 2013 yang lalu. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________________________________ Iban dengan diiringi oleh En. Paul Anak Jarum untuk menyampaikan sijil dan cenderahati daripada pihak PIBG SK Sangan Iban. Dipersilakan.

Dipersilakan, penerima pertama .......................

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian penyampaian insentif sebentar tadi.

Jamuan Dengan penyampaian Sijil dan Insentif Sebentar tadi, maka dengan itu, berakhirlah Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari Graduasi Prasekolah SK Sangan Iban bagi tahun 2014 ini. Kami bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaih di atas segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan sepanjang majlis ini berlangsung.

Kalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

Pihak majlis mempersilakan Tuan Guru Besar, En. Paul Anak Jarum dan semua barisan pentadbir untuk mengiringi Pn. Norziana binti Mohd Saifuddin, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Tatau dan tetamu-tetamu jemputan ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemaridisusunmaaf dipinta.

Bungaseroja di ataspara,

Page 6: Teks pengacara

Jatuhditimpabuahberangan;Andai kata tersilapbicara,

Kemaafanjua kami pohonkan.

Sekian sahaja daripada kami.Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh

Majlis Bersurai