Topik 8 - Bateri Ujian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

share

Citation preview

TOPIK 8 BATERI UJIAN

TOPIK 8BATERI UJIAN 8.1 UJIAN KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN8.1.1 LARIAN 2.4 KMsatu bateri ujian bagi mengukur daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedarkan darah beroksigen ke otot-otot secara berterusan dalam tempoh masa yang panjang semasa melakukan aktiviti fizikal.tidak menggunakan banyak alat. Ia hanya memerlukan satu kawasan balapan, jam randik dan wisel. Sebelum memulakan ujian, peserta-peserta harus mengetahui keadaan fizikal mereka.2Prosedur Ujian

Topik : Larian 2.4km Objektif : Mengukur daya tahan kardiovaskular Kemudahan/Alatan : Balapan (400m, 200m), jam randik dan wisel.

Arahan/Penerangan : (a) Lakukan aktiviti memanaskan badan. (b) Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. (c) Setiap peserta dikehendaki menamatkan larian

Skor : Skor yang diperolehi ialah jumlah masa yang diambil untuk menghabiskan larian 2.4km.

Apabila isyarat diberi iaitu wisel dibunyikan, peserta mula berlari mengikut keupayaan masing-masing. sebanyak 2.4km. Pembantu akan mencatatkan masa yang dibuat oleh peserta pada akhir larian.

8.1.2 TEKAN TUBI TANPA HENTImerupakan ujian yang boleh dilakukan untuk menguji komponen daya tahan ototDaya tahan otot ialah keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan pergerakan atau kerja berulang kali dalam tempoh masa yang panjang tanpa cepat rasa letih.

Prosedur Ujian

Jenis Ujian : Ujian tekan tubi tanpa henti Objektif : Mengukur kekuatan dan daya tahan otot lengan, otot Kemudahan/Alatan : Tilam, lantai

Arahan/Penerangan :a) Pelaku dalam keadaan tertiarap dengan kedua belah tangan keluar dari paras bahu dan jari- jari tangan menghala ke hadapan

Pelaku Lelaki - kedua belah kaki di atas lantai dengan keadaan belakang yang sentiasa lurus.

Pelaku Wanita - kedua belah lutut berada di atas lantai, kaki bengkok di bahagian lutut (menampung berat badan) dengan keadaan bahagian belakang badan yang sentiasa lurus.(b) Pelaku bermula dengan tangan dan badan berkeadaan lurus. Kemudian badan direndahkan sehingga dada menyentuh tilam atau lantai sementara siku lengan dalam keadaan bengkok. Selepas itu, siku diluruskan. Di samping itu, badan pula ditolak naik. Ujian ini diulang seberapa yang terdaya.

Skor : Bilangan yang betul dikira sebagai skor sah. Ulangan tidak dikira sekiranya pelaku berhenti rehat ataupun dada tidak menyentuh tilam atau lantai dan siku pelaku tidak diluruskan semasa membuat tolakan. Ujian dibuat sebanyak tiga kali dan skor yang terbaik akan diambil kira.

Gred : Gred yang diterima adalah seperti di dalam Jadual 8.1 untuk lelaki dan Jadual 8.2 untuk perempuan.

Naikkan badan dari lantai dengan menegakkan lengan. Kepala dan badan hendaklah lurus hingga ke lutut.

ii. Tolakkan badan ke atas dengan tangan sehingga kedua- dua lengan lurus. Badan berada dalam keadaan lurus.8.1.3 INDEKS JISIM BADANmerupakan satu ukuran yang memberi gambaran kepada komposisi badan seseorang individu.

Komposisi tubuh badan merujuk kepada peratus berat badan yang mengandungi lemak berbanding dengan tisu badan yang lain seperti tulang dan otot.

membandingkan berat badan dengan ketinggian individu.Prosedur Ujian

Nama Ujian : Indeks jisim badan

Objektif : Mengetahui klasifikasi kandungan lemak dalam badan

Kemudahan/Alatan : Mesin penimbang, pita pengukur.

Arahan/Penerangan :

(a) Pengukuran berat badan:

(i) Berdiri tegak di atas mesin penimbang (tanpa kasut);

(ii) Mata pandang ke hadapan;

(iii) Berat badan di atas kedua-dua kaki; dan

(iv) Bacaan diambil pada unit kg.

(b) Pengukuran ketinggian:

(i) Berdiri tegak dan mata pandang ke

(ii) Bahagian belakang badan sentuh rod

(iii) Pelaras ukuran menekan rambut pada hadapan; pengukur atau dinding; dan kepala. Bacaan diambil pada unit meter.

Gred : Gred yang diterima adalah berdasarkan di dalam Jadual 8.3.