3
TEKS UCAPAN GURU PENYELARAS VLE-FROG Yang Berusaha, SK Seafield 3 En A. Rahim Bin Mohd Mislani, Tuan Guru Besar SK Seafield 3, Yang Dihormati PK1, Pn Norida, Yang Dihormati PKHEM, En Mohd Sabri Bin Hashim, Yang Dihormati PKKokurikulum, Pn Nur Munifah Bt Mazlan, Rakan-rakan seperjuangan & murid-murid yang saya kasihi sekalian. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul lagi pada pagi yang indah ini untuk MAJLIS PELANCARAN 1BESTARINET VLE-FROG peringkat sekolah kebangsaan seafield 3 2013. Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian, Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan VLE- FROG kepada guru dan murid yang mana ini adalah salah satu dari kaedah pengajaran baru yang akan dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, semua warga SK Seafield 3 perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dalam menyahut cabaran VLE_FROG ini. Apakah yang dimaksudkan dengan VLE-FROG ini? Frog adalah VLE atau Virtual Learning Environment yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian

Teks Ucapan Guru Penyelaras Vle FROG

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Ucapan Guru Penyelaras FROG VLE sempena minggu perasmian ICT

Citation preview

TEKS UCAPAN GURU PENYELARAS VLE-FROGYang Berusaha, SK Seafield 3 En A. Rahim Bin Mohd Mislani, Tuan Guru Besar SK Seafield 3,

Yang Dihormati PK1, Pn Norida,

Yang Dihormati PKHEM, En Mohd Sabri Bin Hashim,

Yang Dihormati PKKokurikulum, Pn Nur Munifah Bt Mazlan,

Rakan-rakan seperjuangan & murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul lagi pada pagi yang indah ini untuk MAJLIS PELANCARAN 1BESTARINET VLE-FROG peringkat sekolah kebangsaan seafield 3 2013.

Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan VLE-FROG kepada guru dan murid yang mana ini adalah salah satu dari kaedah pengajaran baru yang akan dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, semua warga SK Seafield 3 perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dalam menyahut cabaran VLE_FROG ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan VLE-FROG ini? Frog adalah VLE atau Virtual Learning Environment yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan kata yang lebih mudah, FROG-VLE ini boleh digambarkan sebagai BLOG atau laman web peribadi yang mana semua murid dan guru akan menggunakan ia sebagai medium perhubungan untuk berinteraksi, menghantar/menyemak tugasan, membuat tempahan, takwim dan calendar dan sebagainya. Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,

Bagaimanakah pelaksanaan FROG-VLE ini? Setiap guru dan murid akan diberikan ID dan katalaluan yang unik untuk mengaktifkan akaun FROG VLE ini. Latihan secara kumpulan kecil akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana ia meliputi penggunaan dashboard untuk memperoleh maklumat, menghantar & membuat tugasan kepada guru-guru dan sebagainya.

Selain dari itu, Ibubapa juga akan diberikan ID dan katalaluan untuk mereka mengakses ke laman FROG VLE ini. Dengan ini, secara tidak langsung akan mewujudkan interaksi yang sihat dan berterusan antara pihak sekolah dan komuniti luar khususnya.Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,

Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan kerjasama dari semua guru dan murid adalah diharapkan. Sebarang maklumat tambahan akan kami salurkan di laman web sekolah, www.skseafield3.com atau bolehlah berjumpa dengan saya atau Pn Noorzailawaty untuk bantuan.Sekian, terima kasih.