4
Terima kasih saudari pengacara majlis, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Dihormati Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Yang Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG, penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru-guru, yang diraikan para penerima hadiah ibu bapa dan para pelajar yang saya kasihi sekelian. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada petang ini kita dapat berkumpul bersama- sama bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2012. Sesungguhnya majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SKPB. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan. Tuan puan dan penerima hadiah yang diraikan, Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SKPB tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai guru besar, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan yang disebutkan.

Teks ucapan bmk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks ucapan bmk

Terima kasih saudari pengacara majlis, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Dihormati Pengarah Pelajaran Negeri

Pahang, Yang Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG, penolong-penolong

Kanan, Guru Kanan, guru-guru, yang diraikan para penerima hadiah ibu bapa dan para pelajar

yang saya kasihi sekelian.

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada petang ini kita dapat berkumpul bersama-

sama bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang

cemerlang khusus dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2012. Sesungguhnya majlis hari

ucapan dan penyampaian hadiah ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama

dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SKPB. Saya mengambil

kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokongan

seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan

yang membanggakan.

Tuan puan dan penerima hadiah yang diraikan,

Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan

perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan

sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada

akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi

cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal

insan minda kelas pertama. Maka, SKPB tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang

pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di

sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai guru besar, saya

akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentuk

perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan

yang disebutkan.

Page 2: Teks ucapan bmk

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kemunculan sekolah sebagai pesaing dan juga rakan kecemerlangan pendidikan menuntut kita

melipatgandakan usaha untuk terus relevan dan dihormati. Cerita-cerita kejayaan dari generasi

demi generasi menjadikan sekolah ini terus menjadi pilihan ibu bapa. Guru-guru diberi

pendedahan yang berterusan untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baru dalam sistem

penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar

secara optimum. Saya memberi jaminan bahawa guru sekolah ini sentiasa komited terhadap

usaha membantu dan membimbing pelajar ke arah kesejahteraan hidup masa kini dan masa akan

datang. Semua pelajar di sekolah ini berhak mendapat peluang pembelajaran yang terbaik dan

kami akan mencari jalan supaya perkara ini tercapai sepenuhnya.

Def kehormat, ibu bapa, guru dan pelajar sekalian

Dari segi kemudahan dan prasarana fizikal, sekolah ini telah mencapai taraf lima bintang.

Sebagai contoh, kemudahan kantin yang berimej medan selera moden, bilik darjah yang selesa

untuk proses pembelajaran dan sistem sanitari yang menepati piawaian kesihatan. Pihak sekolah

juga ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak

PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar yang banyak membantu sekolah bagi meningkatkan

kecemerlangan pembelajaran dan segala kegiatan sekolah yang lain. Begitu juga saya

menghargai sokongan material dan moral para ibu bapa, masyarakat dan media. Pada hakikatnya

apa-apa jua projek naik taraf kemudahan fizikal sekolah akan dipulangkan kepada para pelajar

supaya dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Justeru saya merayu tuan puan

tidak akan berasa jemu untuk menghulurkan sokongan seumpama itu tanpa berbelah bahagi

secara berterusan dan konsisten.

Tuan-tuan dan puan-puan

Pada tahun ini, SKPB memilih slogan Kecemerlangan Yang Sentiasa Diperbaharui, iaitu warga

sekolah prihatin terhadap pencapaian tertinggi dalam konteks kepesatan perubahan persekitaran

pendidikan. Insan bijak pandai, insan yang gigih dan insan yang berdaya usaha sebagai hasil

sistem pendidikan kita hanya akan bermakna apabila dapat menyumbang terhadap

kecemerlangan yang berterusan. Dengan cara menguar-uarkan slogan ini, pihak sekolah

mengharapkan bahawa dalam jangka masa panjang, generasi pelajar yang mendapat pendidikan

Page 3: Teks ucapan bmk

di sini akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk membaharui pencapaian kecemerlangan.

Untuk tempoh yang terdekat ini, pihak sekolah giat merangkakan program yang menggambarkan

keazaman memindahkan slogan itu dalam bentuk pelaksanaan program, tingkah laku dan

kebiasaan. Saya sentiasa optimis bahawa warga sekolah dapat berganding bahu dalam

memastikan apa-apa jua kemajuan yang dikecapi hendaklah berteraskan konsep kecemerlangan

yang holistik dan seimbang. Kesedaran tentang pencapaian kecemerlangan hendaknya bersemi

dalam sanubari warga sekolah buat selama-lamanya. Doakan semoga impian besar ini menjadi

kenyataan.

Saudari pengacara, tetamu, guru dan murid yang diraikan

Seperti yang saya sebut pada awal ucapan saya bahawa pengiktirafan yang diberi kepada pelajar

berpencapaian cemerlang tidak dibataskan kepada bidang kurikulum semata-mata. Domain

kognitif atau minds-on memang masih unggul. Namun kebolehan psikomotor atau hands-on, ciri

afektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti berjalan seiringan. Kini, definisi kepandaian atau

kepintaran telah diberi dimensi yang baru. Akses kepada maklumat dan kemahiran tidak lagi

bergantung kepada individu yang dianggap genius, tetapi lebih kepada kekuatan pasukan dan

data dalam talian. Aspek kecerdasan emosi (EQ), serta kecerdasan spiritual dan sosial (SQ) akan

menjadi lebih dominan. Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa ketaksuban atau

fokus yang berlebihan terhadap pencapaian peperiksaan akan segera berakhir. Kini sistem

pentaksiran berasaskan sekolah telah diperluaskan. Pada masa depan, sebagai contoh, pusat

tuisyen tidak lagi dapat menyaingi peranan sekolah dalam menyediakan pakej pendidikan yang

lengkap dan sekilah ini telah bersedia ke arah itu.

Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilai

kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi

pengiktirafan yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah

lupakan rakan-rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan

dan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia.

Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal

membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Page 4: Teks ucapan bmk

Kepada ahli jawatankuasa majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah kali ini, terima kasih daun

keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

Ikan sembilang, sepat dan kelah

Guna bubu biasa di hujung

Pencapaian cemerlang dapat hadiah

Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahitaufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi

wabaraktuh.