3
Teks Pengacaraan Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah, salam satu Malaysia. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai... Yang berusaha, ____________________________________________________________ Yang dihormati, ____________________________________________________________ i) _______________________________________________________________________ ii) _______________________________________________________________________ iii) _______________________________________________________________________ iv) ______________________________________________________________________ Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, dapat kita berkumpul di dalam Dewan Latihan PPD SK Tmn Prima Selayang ini. Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian, Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan dapat mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi..insyaAllah. Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Al-ustaz Ihsan Ramadhan b Mohd Noor utk membacakan doa, dipersilakan. ~DOA~ Amin amin yarabbal alamin. Kita teruskan acara dengan slot motivasi keibubapaan & guru yang akan disampaikan oleh _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ ___________ 1 | Page

Teks Pengacaraan - Majlis IbuBapa Guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacaraan - Majlis IbuBapa Guru

Teks Pengacaraan Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah, salam satu Malaysia.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Yang berusaha, ____________________________________________________________

Yang dihormati, ____________________________________________________________

i) _______________________________________________________________________

ii) _______________________________________________________________________

iii) _______________________________________________________________________

iv) ______________________________________________________________________

Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, dapat kita berkumpul di dalam Dewan Latihan PPD SK Tmn Prima Selayang ini.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan dapat mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi..insyaAllah.

Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Al-ustaz Ihsan Ramadhan b Mohd Noor utk membacakan doa, dipersilakan.

~DOA~

Amin amin yarabbal alamin.

Kita teruskan acara dengan slot motivasi keibubapaan & guru yang akan disampaikan oleh

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1 | P a g e

Page 2: Teks Pengacaraan - Majlis IbuBapa Guru

Begitulah berakhirnya ceramah motivasi yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ atas kesudian hadir menyampaikan ceramah.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, Pn Hjh Hamidah bt Hj Ahmad selaku Guru Besar SK Tmn Prima Selayang untuk menyampaikan ucapannya pada pagi ini. Dipersilakan....

~UCAPAN~

Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama...insyaAllah. Jutaan terima kasih daripada pihak majlis turut dirakamkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin warga dewan yang saya hormati,

Agenda majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan daripada Yg Dipertua PIBG SK Tmn Prima Selayang, En Daud b Jamali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

~UCAPAN~

Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan En. Daud itu tadi.

PANTUN:

Indah budi kerna jasa,

Indah manusia kerna bahasa,

Budimu tuan tidak dilupa,

Semoga bahagia melimpah berkatNya....

Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa penjaga bersama para guru. Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga adalah amat dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini. InsyaAllah....

~Sesi Soal Jawab & Dialog~

Dengan tersimpulnya kata sepakat dan idea pandangan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sebagai hamba Allah yang serba kekurangan.

PANTUN:

2 | P a g e

Page 3: Teks Pengacaraan - Majlis IbuBapa Guru

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam perpaduan......................

3 | P a g e