7
TEKS PENGERUSI MAJLIS UNTUK ACARA NASYID Melayang serindit di atas permatang, Merbau berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang berusaha, barisan hakim, guru-guru pengiring, para peserta, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan ………………………….. pada hari ini bagi menyaksikan Festival Nasyid Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 2 PPD Bachok bagi Tahun 1434 H. Bagi memberkati lagi majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab…Al-Fatihah. Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias cantik pandangan Bukan jemput sebarang jemput  Jemput ju ri berikan penerangan. Bagi memulakan majlis, dengan sukacitanya, menje mput ........................................................ .. selaku ketua juri, untuk memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nasyid pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

teks pengacara nasyid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MTQ

Citation preview

Page 1: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 1/7

TEKS PENGERUSI MAJLIS

UNTUK ACARA NASYID

Melayang serindit di atas permatang,

Merbau berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha, barisan hakim, guru-guru pengiring, para peserta, guru-guru serta para

pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, dapat kita

bersama-sama berkumpul di dewan ………………………….. pada hari ini bagi

menyaksikan Festival Nasyid Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 2 PPD Bachok bagi

Tahun 1434 H.

Bagi memberkati lagi majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan

ummul kitab…Al-Fatihah.

Bukan rumput sebarang rumput

Rumput penghias cantik pandangan

Bukan jemput sebarang jemput

 Jemput juri berikan penerangan.

Bagi memulakan majlis, dengan sukacitanya, menjemput ..........................................................

selaku ketua juri, untuk memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nasyid pada kali

ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 2: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 2/7

Terima kasih diucapkan kepada................................................... atas penerangan itu tadi.

Sebelum kita memulakan pertandingan ini, moleklah kiranya saya memperkenalkan

terlebih dahulu barisan Hakim yang akan mengadili pertandingan Nasyid pada hari ini.Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Mereka adalah:

 _____________________________________________ selaku ketua hakim.

1.  Bahagian Lagu :

 _____________________________________________ 

 _____________________________________________ 

2.  Bahagian Suara : _____________________________________________ 

 _____________________________________________ 

3.  Bahagian Lirik :

 _____________________________________________ 

 ______________________________________________ 

4.  Bahagian Persembahan :

 _____________________________________________ 

 _____________________________________________ 

Page 3: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 3/7

kumpulan 1

Para hadirin sekalian,

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan.

Sebelum itu, saya ingin mengingatkan para peserta agar bersiap sedia semasa

kumpulan sebelumnya membuat persembahan.

Tanpa membuang masa lagi, saya menjemput Kumpulan pertama, kumpulan

…………………………………….. yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul

……………………………………..   dan lagu kedua ………………………………. 

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan pertama yang yang telah membuat

persembahan sebentar tadi.

Kumpulan pertama adalah pelajar sekolah …………………………… 

kumpulan 2

Persembahan berikutnya pada hari ini adalah persembahan daripada kumpulan kedua

yang menamakan kumpulan mereka sebagai......................................yang akan

membawakan dua buah lagu berjudul.....................................dan lagu

kedua...................................................Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikian tadi persembahan dari kumpulan ………………………… 

terima kasih diucapkan.

Kumpulan ini berasal dari sekolah.........................................

Untuk makluman Hadirin dan hadirat sekalian, kumpulan yang menyertai Festival

Nasyid Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 2 PPD Bachok pada kali ini ialah

sebanyak 9 buah kumpulan.

Page 4: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 4/7

kumpulan 3 

Seterusnya kita akan dihiburkan dengan alunan nasyid Kumpulan ketiga yang

menamakan kumpulan mereka ………………………………… kumpulan ini akan

mendendangkan dua buah lagu. Lagu pertama berjudul……………………………………. dan lagu kedua …………………………………… 

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 3.

Kumpulan ………………………… merupakan pelajar dari sekolah ……………………. 

Buat pengetahuan semua, Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat

bahagian iaitu suara (….. markah), lagu (…… markah), lirik (….markah) danpersembahan (….. markah) 

kumpulan 4

Majlis diteruskan lagi dengan alunan persembahan kumpulan

………………………………. yang akan membawakan lagu pertama berjudul

……………………………………… dan lagu kedua …………………………………… 

Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan dari kumpulan ……………………………….

Terima kasih diucapkan.

Mereka merupakan pelajar-pelajar dari sekolah……………………………… 

Untuk maklumat, Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk mempersembahkan

kedua-dua buah lagu. Masa akan dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.

Page 5: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 5/7

kumpulan 5

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput kumpulan kelima. Dipersilakan

kumpulan ………………………….. yang akan mendendangkan dua buah lagu yang

berjudul …………………………………………… dan ……………………………………..dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan pelajar dari sekolah....................................................

Suka untuk saya mengingatkan diri saya dan hadirin sekalian, sambil kita mendengar

kemerduan alunan persembahan dari kumpulan-kumpulan nasyid, eloklah sekiranya

kita menghayati lirik-lirik lagu yang dipersembahkan.

kumpulan 6

Seterusnya, kita beralih pula kepada kumpulan keenam. Dijemput kumpulan

………………………………….. dengan dua buah lagu berjudul

…………………………………………… dan ……………………………………. Sama-sama

kita saksikan persembahan kumpulan …………………………………… Dipersilakan. 

Terima kasih diucapkan.

Demikian tadi persembahan dari kumpulan ………………………………… yang berasal

dari .........................................

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Setiap kumpulan dikehendaki

mempersembahkan dua buah lagu. Lagu pertama adalah irama padang pasir dan lagu

kedua berirama kontemporari.

Page 6: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 6/7

kumpulan 7

Hadirin dan hadirat sekalian....marilah pula kita saksikan persembahan nasyid dari

kumpulan............................... yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul

………………………………….. dan lagu kedua ……………………………. Majlismempersilakan.

terima kasih diucapkan.

Demikian tadi persembahan dari kumpulan ………………………………… mereka

merupakan pelajar-pelajar dari sekolah .........................................

Buat pengetahuan hadirin sekalian, bilangan ahli kumpulan nasyid ialah tidak kurang

daripada 7 orang dan tidak lebih daripada 9 orang murid termasuk pemain muzik.

kumpulan 8

Hadirin dan hadirat sekalian.

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput kumpulan kelapan untuk membuat

persembahan nasyid mereka. Menggelarkan kumpulan mereka dengan

nama...............................................................yang akan membawakan dua buah lagu yang

berjudul.................................................................dan........................................................

majlis dengan ini mempersilakan.

Terima diucapkan kepada kumpulan ……………………………….

Untuk makluman para hadirin, kumpulan kelapan itu tadi adalah pelajar-pelajar dari

sekolah …………………….. 

Page 7: teks pengacara nasyid

7/16/2019 teks pengacara nasyid

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-nasyid 7/7

kumpulan 9

Kini tibalah masanya majlis menjemput kumpulan terakhir iaitu

kumpulan....................................... dengan lagu ................................................. dan

................................................ Hadirin sekalian terimalah persembahan daripadakumpulan.....................................................

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 9. Walaupun kumpulan terakhir,

persembahan yang disampaikan masih mantap dan bertenaga.

Menamatkan Pertandingan:Alhamdulillah, selesai sudah persembahan dari 9 buah kumpulan nasyid. Dengan

berakhirnya persembahan kumpulan 9 itu tadi, maka berakhir sudah majlis kita pada

hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

 Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

Semoga Allah Taala memberkati majlis kita pada hari ini. Sekian sahaja, wa billahit

taufiq walhidayah assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sekian terima kasih.