Teks Pengacara Majlis Jamuan an Tahun 6

Embed Size (px)

Citation preview

Teks Pengacara Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6 Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang berusaha Pn. Hjh Noraisah binti Andin, Guru Besar Sk Taman Daya 2, yang dihormati Pn. Zuraidah bt Abd Wahab, GPK Pentadbiran, Pn. Mahani bt Zakaria, GPK Hem dan Pn. Sharifah bt Syed Salleh, GPK KoKo, guru-guru tahun 6 dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Ingin rasa memakan kari,

Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi.Bersyukur kita kepada Ilahi kerana pada petang yang berbahagia ini, kita dapat berkumpul di tempat yang selesa dalam majlis yg penuh bermakna iaitu Majlis Perpisahan Muridmurid Tahun 6. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama kami. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat.

Baiklah guru-guru dan rakan-rakan kita teruskan majlis ini dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Adi Fauzi bin ________________ . dipersilakan ustaz.

Bacaan doa------------------------------------

Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Dijemput Ketua pengawas SK Taman Daya 2, Nor Hamizah Binti Maulizan untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili muridmurid tahun 6. ................. Terima kasih kepada saudari Nor Hamizah atas ucapannya sebentar tadi. Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah puan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Majlis berbesar hati menjemput Puan Guru Besar, Pn. Hjh Noraisah binti Andin untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih, puan atas ucapan dan pesanan itu tadi..

Seterusnya dijemput Saudara Mohamad Hamdan dari 6 Satria untuk membaca doa makan. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Dipersilakan Pn. Hjh Noraisah binti Andin, Pn. Zuraidah bt Abd Wahab, Pn. Mahani bt Zakaria, dan Pn. Sharifah bt Syed Salleh, guru-guru tahun 6 dan rakan-rakan untuk menjamu selera.... Sambil kita menjamu selera ...... kita juga akan didendangkan dengan penyanyi Jemputan dari 6 Saga... Saudari Nurkhairin....

Berakhirlah majlis jamuan Perpisahan Tahun pada hari ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi menganjurkan majlis ini. Kami akhiri majlis ini dengan dua rangkap pantun: Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, lain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Sekian, terima kasih.